Anda di halaman 1dari 8

1.0 PENGENALAN.

Perdagangan elektronik atau e-dagang (bahasa Inggris: Electronic commerce) adalah penyebaran, pembelian, penjualan, pemasaran barang melalui sistem elektronik seperti internet atau televisyen dan jaringan internet. E-dagang dapat melibatkan transfer dana elektronik, pertukaran data elektronik, sistem pengurusan inventori automatik, dan sistem pengumpulan data automatik. Industri teknologi informasi melihat kegiatan e-dagang ini sebagai aplikasi dan penerapan dari e-business yang berkaitan dengan transaksi komersial, seperti pertukaran dana secara elektronik, SCM (supply chain management), e-pemasaran (e-marketing), atau pemasaran online (online marketing), pemprosesan transaksi online (online transaction processing), pertukaran data elektronik (electronic data interchange /EDI), dan lain-lain. E-dagang atau e-commerce merupakan sebahagian dari e-business, di mana cakupan e-business lebih luas, tidak hanya sekadar perniagaan tetapi mencakupi juga kolaborasi antara pembeli dan penjual dengan jarak jauh yang membataskan pergerakan. Selain teknologi jaringan internet, e-dagang juga memerlukan teknologi data asas atau pangkalan data (databases), e-surat atau surat elektronik (e-mail), dan bentuk teknologi non komputer yang lain seperti sistem pengiriman barang, dan alat pembayaran untuk e-dagang ini. E-dagang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994 pertama kali banner-elektronik dipakai untuk tujuan promosi dan pengiklanan di suatu laman-web (website). Menurut Riset Forrester, perdagangan elektronik menghasilkan penjualan berharga AS$12,2 pada 2003. Menurut laporan yang lain pada bulan oktober 2006 yang lepas, pendapatan online yang bersifat non-travel di Amerika Serikat diramalkan akan mencapai satu perempat dolar US pada tahun 2011. Maka berhasil atau tidak sesuatu perusahaan adalah bergantung kepada cara pemasaran yang mereka rancang. Pemasaran yang baik dapat menjamin perusahaan itu menjadi maju dan mencapai keuntungan yang tinggi. Pemasaran ialah satu aktiviti perniagaan yang menyalurkan aliran barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Pemasaran ini meliputi perancangan dan pelaksanaan kegiatan pertukaran oleh individu dengan tujuan untuk memenuhi kehendak mereka. Oleh itu, sebelum bakal usahawan melaksanakan sesuatu projek, dia seharusnya mengadakan perancangan yang sistematik dan rapi. Perancangan merupakan satu proses menentukan terlebih dahulu langkah-langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan dan menjamin projek itu. Satu set garis panduan yang disebut rancangan harus diadakan.

Rancangan itu akan menggariskan tindakan yang perlu diambil, cara tindakan itu diambil dan mengawal segala pelaksanaan tindakan-tindakan untuk mengelakkan penyimpangan atau penyelewengan yang berlaku semasa melakukan sesuatu. Rancangan yang disediakan untuk projek perniagaan disebut rancangan perniagaan. Rancangan ini merupakan satu pelan induk yang menggambarkan langkah-langkah yang akan diambil untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Setiap rancangan mesti menggariskan objektif dan matlamat yang jelas. Tanpa tujuan yang jelas, rancangan itu tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dengan ini, bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, pengusaha mestilah mengadakan aktiviti pemasaran yang berkesan. Ini boleh dilakukan melalui strategi pemasaran. Mengikut strategi pemasaran, segala usaha pemasaran ditumpukan kepada pengguna. Untuk memenuhi kehendak pengguna, pengusaha harus memahami berbagai-bagai perkara tentang pengguna seperti kelakuan, tabiat membeli dan juga permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Penyelidikan yang teliti diperlakukan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan pengguna. Maklumat inilah boleh membantu pengusaha untuk memperluaskan perniagaan mereka dan membuat perniagaan bertambah maju. Dalam tugasan RBT 3110 ini, kami iaitu pelajar akan membincangkan tentang rancangan perniagaan kami ialitu laman blog Cyber Tech Shop. Kami telah membahagikan rancangan perniagaan ini kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pemahaman pembaca seperti pasaran sasaran, trend, saiz pasaran, persaingan, strategi pemasaran dan masalah pemasaran.setiap elemen-elemen ini diperlukan oleh para pengusaha untuk menganalisis dan memahami baik buruk perniagaan yang bakal mereka tempuihi itu tadi.

2.0 PASARAN SASARAN Dalam pembinaan laman blog ini kami telah memilih untuk mempromosikan barangan computer riba dan gadjet mengikut trend masa kini. Kami menjadikan para pelajar serta semua golongan sama ada pertengahan sederhana atau atasan sebagai sasaran utama dalam perniagaan kami. Ini kerana, setelah membuat pemerhatian dalam masyarakat pada masa kini, keperluan penggunaan laptop amat diperlukan oleh golongan mereka dalam menyiapkan tugasan dan kerja yang telah diberikan kepada mereka. Dalam zaman yang serba canggih, kebanyakan sesi pengajaran dan pembelajaran telah menggunakan media elektronik seperti laptop sebagai salah satu kaedah yang dijalankan di sekolah-sekolah mahupun di universiti. Oleh itu, setiap pelajar memerlukan sebuah laptop setiap seorang bagi menjadikan mereka tidak ketinggalan daripada pelajar lain dalam proses pembelajaran dalam era globalisasi ini. Untuk golongan pegawai atasan dan sederhana pula, kegunaan laptop diperlukan untuk membuat kerja-kerja pengurusan yang perlu mereka laksanakan. Pegawai-pegawai seperti pengurus syarikat, akauntan dan pembantu am merupakan antara orang yang sangat memerlukan produk daripada syarikat kami ini bagi meneruskan setiap kerja yang dilakukan. Kerja-kerja yang dilakukan oleh orang professional seperti ini kebiasaannya tidak sesuai digunakan dengan menggunakan pen dan kertas sahaja. Data-data yang penting dan melibatkan banyak pengiraaan seeloknya disimpan di dalam laptop dan gadget agar fail yang dibuat boleh disusun dengan rapi dan mudah untuk dibentangkan serta mudah dibawa kemana-mana dalam bentuk soft copy apabila memerlukannya nanti. Oleh itu, produk kami ini telah mensasarkan kepada golongan yang berumur 18 hingga 60 tahun yang akan membeli produk kami yang mana pada kitaran umur inilah para pelajar dan orang yang bekerja amat memerlukan produk computer dan gadget yang kami sediakan. Setelah membuat pengiraan, kira-kira 42 tahun jurang antara masyarakat yang kami sasarkan itu tadi. Oleh itu,kami menganggarkan pembelian yang agak memuaskan daripada pihak pembeli untuk membeli produk-produk yang ditawarkan daripada pihak kami ini. Selain itu, kami juga mensasarkan bahawa kebanyakan pembeli daripada produk kami ialah semua golongan. Ini kerana, produk yang kami tawarkan adalah dalam likungan RM1000 hingga RM 5000 sahaja bersesuaian dengan spesifikasi laptop dan gadget yang kami tawarkan. Kami tidak mensasarkan produk kami kepada golongan tertentu sahaja sebaliknya kami mementingkan kualiti produk kepada semua pelanggang kami.

3.0 TREND Sesuai dengan zaman teknologi yang bertambah maju kini, banyak perniagaan secara online telah wujud yang dibina di dalam laman internet yang dipanggil e-dagang. Pelbagai jenis perniagaan telah dibina berdasarkan kemudahan, produk dan perkhidmatan yang disediakan bersesuaian dengan dunia di hujung jari kini. Usahawan dan peniaga beranggapan bahawa dengan cara ini ianya dapat memudahkan kedua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual dalam melakukan proses jual beli yang akan dilakukan. Bagi penjual, mereka tidak perlu bersusah payah untuk menjalankan aktiviti menjual produk mereka di kedai tetapi mereka hanya menekan papan kekunci sahaja di rumah dan mengiklankan barangan mereka di laman sesawang yang telah dibina. Selain itu, para pembeli hanya perlu menempah barang yang diinginkan oleh mereka di dalam internet ini sahaja dan menunggu barang sampai seperti perjanjian yang telah dibuat antara pembeli dan penjual. Ini telah menguntungkan kedua-dua belah pihak dalam menjalankan urusan jual beli ini. Kedua-duanya mendapat manfaat daripada penjimatan waktu dan pengankutan serta ianya lebih murah kerana peniaga tidak perlu menyewa kedai untuk mempamerkan barangan yang dijual oleh mereka. Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip dan kelebihan-kelebihan yang telah kami kaji melalui perniagaan e-dagang, kami memilih untuk melakukan perniagaan di atas talian seperti ini. Antara kelebihan bagi menjalankan perniagaan ini ialah pihak kami tidak perlu lagi menyewa kedai untuk menjual barang-barang kami. Di sini,kami telah dapat menjimatkan kos bagi memulakan perniagaan ini. Tambahan pula, agak susah untuk mendapatkan harga yang murah dan lokasi yang strategik bagi menyewa kedai yang bertempat di kawasan tumpuan ramai agar dapat menyaingi pesaing-pesaing peniagaan lain. Tambahan pula, kami tidak perlu memperuntukan masa yang banyak untuk menguruskan perniagaan kami ini. Kami tidak perlu menjaga kedai untuk menjual barangbarang kami sepertimana peniaga-peniaga yang menjual di kedai mereka. Mereka harus bersusah payah membuka kedai mereka setiap pagi dan menutupnya pada sebelah petang bagi meneruskan perniagaan mereka. Ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang tinggi. Oleh itu, melalui perniagaan e-dagang, semua kerja ini dapat diminimumkan. Kami hanya bekerja apabila sesuatu tempahan dibuat oleh pembeli sahaja. Oleh itu, kami dapat menjimatkan masa dan dapat membuat kerja lain disamping menjual produk kami ini.

Selain itu, kami beranggapan bahawa likungan pembeli dapat diperluaskan lagi jika menggunakan perniagaan jenis ini. Jika kita hanya menyewa kedai, linkungan sasaran pembeli hanya dapat dituju kepada para penduduk sekitar kedai sewa sahaja. Lain pula apabila kami menggunakan perniagaan edagang ini. Kami dapat memperluaskan skop pembeli kepada seluruh Malaysia untuk membeli produk jualan kami ini. Dengan itu, kami dapat meningkatkan kebarangkalian pembeli untuk membeli produk kami. Oleh itu, dengan cara ini, ia dapat menguntungkan perniagaan kami.

3.0 SAIZ PASARAN Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan Edagang. Ini merupakan satu peratusan yang mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya. Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet. Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999. Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin.

Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta). Oleh yang demikian, saiz pasaran adalah satu set jumlah potensi bagi sebuah perniagaan. Ini menujukkan pengiraan tentang anggaran sesebuah perniagaan untuk menjalankan perniagaan mereka dan berapa banyak sasaran dan target mereka untuk menjual produk mereka. Bagi saiz pasaran yang telah dibuat oleh perniagaan kami, kami membuat perkiraan bahawa kumpulan pembeli utama adalah daripada pelajar itu sendiri dan seterusnya adalah golongan-golongan lain. Setiap anggaran ini berdasarkan pemerhatian daripada golongan masyarakat dan kajian yang telah kami buat menerusi laman blog penjualan produk laptop yang lain serta dapatan daripada pengunaan laptop, computer dan gadget dimana golongan mana yang paling banyak penggunaannya. Melalui perkhidmatan e-dagang ini,kami telah mensasarkan bahawa seluruh pelayar internet di seluruh Malaysia akan melayari laman blog kami. Ini kerana, kami telah membuat pautan yang banyak di dalam internet supaya para pelayar ini dapat mengetahui kehadiran blog kami seperti pautan di facebook, twitter dan pelbagai laman sosial yang lain. Walaubagaimanapun, apabila semua pelayar melawati laman kami ini, kami hanya mensasarkan 2/4 sahaja yang akan membuat mereka tertarik dengan produk kami seterusnya membuat urusniaga bersama kami.

5.0 PERSAINGAN Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barang niaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan Setelah melakukan tinjauan di dalam internet, kami dapati terdapat beberapa laman blog yang menjualkan produk yang sama dengan perniagaan kami iaitu laptop. Ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan perniagaan kami sebagai peniaga baru yang menjalankan perniagaan laptop di dalam talian ini. Apabila sudah membuat anilisis tentang blog mereka, kami memperoleh beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada perniagaan mereka. Ianya dapat membantu kami memberikan perkhidmatan atau jualan yang lebih baik kepada pelanggang kami. Antara kekuatan yang dapat dilihat daripada blog-blog mereka ialah terdapat banyak pilihan laptop yang dapat dibuat melalui perniagaan mereka. Jenama-jenama terkenal banyak ditawarkan oleh mereka kepada pembeli. Oleh itu, pembeli akan mudah dalam membuat pemilihan terhadap laptop pilihan mereka di laman blog ini yang mempunyai pelbagai pilihan untuk mereka. Selain itu,blog yang mereka bina adalah kebanyakannya mempunyai laman blog yang menarik dan cantik. Melalui elemen ini, meraka akan dapat menarik pelayar internet secara tidak langsung untuk singgah di laman blog mereka bagi melihat barangan mereka seterusnya tertarik dengan produk jualan yang ditawarkan oleh mereka. Widget-widget dan aplikasi lain yang banyak diletakkan di laman blog mereka ini supaya ianya dapat menarik minat para pengunjung laman mereka. Kekuatan yang terakhir yang dapat diambil daripada tinjauan kami ialah mereka mempunyai tautan yang sangat meluas melalui saluran ini. Mereka banyak membuat tautan pada program-program lain seperti laman social facebook, twitter dan lain-lain laman supaya lebih ramai lagi yang dapat melawati laman mereka. Tidak hairanlah, beberapa laman blog ini dikenali sebagai sebuah perniagaan yang gah dan mempunyai pelanggan tetap dan dikenali seluruh Malaysia melalui laman sesawang yang telah dibina oleh mereka.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami dapati. Antara kelemahan yang dapat kami ambil ialah harga yang agak mahal bagi setiap pembelian barangan mereka. Kebanyakan daripada mereka meletakkan harga yang dahulu dan tidak mengikut peredaran masa iaitu susut nilai pada barangan itu. Ini telah membuatkan pembeli untuk membuat pertimbangan untuk membeli sesuatu barangan yang dijual oleh mereka. Pada pendapat kami, penetapan harga adalah sangat penting bagi menarik perhatian pembeli. Kebiasaannya,pembeli akan melihat harga produk tersebut dahulu sebelum melihat spesifikasi-spesifikasi lain yang ditawarkan oleh produk yang dipilih. Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh kebanyakan mereka adalah tidak mesra pelanggang. Kami dapati daripada ruang komen pada blog mereka, ramai yang mengkritik tentang pengurusan sehinggalah kepada harga yang ditawarkan oleh mereka. Ini mungkin kerana bilangan pembeli telah melangkaui tenaga kerja mereka sehingga menyebabkan mereka tidak cukup tangan untuk melayan karenah pelanggan itu sendiri dan mereka tidak mempunya pilihan terhadap pembekal yang dapat memberikan harga yang lebih murah dan berkualiti. Yang terakhir yang dapat dicungkil daripada laman blog mereka ialah sangat sukar untuk mengakses laman blog mereka dan kelihatan agak sesak dengan pelbagai aplikasi dan widjet yang diletakkan pada laman sesawang yang dibina oleh mereka. Para pelayar perlu menunggu lama untuk ke laman blog mereka disebabkan laman blog yang terlalu berat. Laman blog yang disediakan oleh mereka menjadi sukar untuk diakses kerana disebabkan terlalu banyak widget yang tidak perlu diletakkan didalam laman blog mereka. Mereka tidak mengambil peduli tentang itu, asalkan laman mereka kelihatan moden dan menarik. Namun begitu, pada realitinya, ia telah menyukarkan para pelanggan untuk melawati laman mereka dan sedikit sebanyak menjadikannya kelihatan tidak tersusun dan sesak dengan pelbagai aplikasi yang tidak diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai