Anda di halaman 1dari 10

pendahuluan

Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Untuk
mengembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang akan
melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan, penyelenggaraan dan sebagainya. Di samping
itu faktor waktu juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi jika melibatkan perdangangan
antarabangsa diantara negara yang berbeza zon waktunya. Ini sudah tentu merumitkan bagi
mereka berurusan.

E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat atau mekanisma yang
akan membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan masalah ini. E-Dagang merupakan
satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya,
organisasi dapat menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila
masa sahaja. Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan
gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat Amazon.com) Ini merupakan satu
metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan














Apa itu e dagang?
E-Dagang boleh dimaksudkan perniagaan atau perdagangan yang menggunakan
peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk
tujuan komunikasi dan juga transaksi.Melalui konsep E-Dagang ini, masa kerja dan
urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki organisasi/pejabat maya atau hanya
beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan
ia berjalan 24 jam tanpa henti.Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini
(secara atas talian) ternyata amat murah dan mudah dibandingkan dengan kaedah
pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan keperluan
kepada pengaliran wang tunai.
paling penting dalam Internet untuk muncul E-dagang membolehkan pengguna
elektronik bertukar-tukar barangan dan perkhidmatan tanpa halangan masa atau jarak.
Perdagangan elektronik telah berkembang pesat dalam tempoh lima tahun yang lalu
dan diramalkan berterusan pada kadar ini, atau bahkan mempercepatkan. Dalam masa
terdekat sempadan antara "konvensional" dan "elektronik" dagang akan menjadi
semakin kabur sebagai perniagaan yang lebih banyak dan lebih banyak menggerakkan
bahagian operasi mereka ke dalam Internet.
Perniagaan ke Perniagaan atau B2B merujuk kepada perdagangan elektronik antara
perniagaan dan bukannya antara perniagaan dan pengguna. Perniagaan B2B sering
berurusan dengan beratus-ratus atau beribu-ribu perniagaan yang lain, sama ada
sebagai pelanggan atau pembekal. Menjalankan urus niaga ini secara elektronik
menyediakan kelebihan daya saing yang besar ke atas kaedah tradisional. Apabila
dilaksanakan dengan betul, e-dagang sering cepat, murah dan lebih mudah daripada
kaedah tradisional untuk sistem tukaran barang atau sistem barter barangan dan
perkhidmatan.

Transaksi elektronik telah wujud sekian lama dalam bentuk Elektronik Data Interchange
atau EDI. EDI memerlukan setiap pembekal dan pelanggan untuk menubuhkan
hubungan data khusus (antara mereka), di mana e-dagang menyediakan kaedah yang
kos efektif untuk syarikat-syarikat untuk menubuhkan pelbagai, ad-hoc link.
Perdagangan elektronik juga telah membawa kepada pembangunan pasar elektronik di
mana pembekal dan pelanggan-pelanggan yang berpotensi dibawa bersama-sama
untuk menjalankan perdagangan yang saling menguntungkan.
Jalan untuk mewujudkan sebuah kedai online yang berjaya boleh menjadi sukar jika
tidak sedar tentang e-dagang prinsip-prinsip dan apa e-dagang sepatutnya lakukan
untuk perniagaan online anda. Menyelidik dan memahami garis panduan yang
diperlukan untuk melaksanakan pelan e-perniagaan adalah bahagian terpenting untuk
menjadi berjaya dengan bangunan kedai dalam talian.

KELEMAHAN E DAGANG

Perniagaan E-Dagang terbatas kepada golongan tertentu sahaja
Dalam hal ini, perniagaan e-dagang hanya boleh dilakukan oleh golongan tertentu
sahaja kerana ia memerlukan kemahiran yang spesifk seperti golongan yang celik IT
atau ICT dan berkemahiran dengan penggunaan komputer di pusat-pusat perniagaan
atau kedai-kedai mereka.Mereka perlu memahami peringkat asas mengendalikan
perniagaan mereka dengan menggunakan komputer dan boleh melayan pelanggan
dengan baik dan berkesan di dalam talian atau internet.Selain dari itu mereka perlu
mahir dalam urusan jualbeli barangan/produk di premis-premis mereka yang
menggunakan talian terus di internet.
Perlu menggunakan teknologi terkini seperti internet
Perniagaan e-dagang dilakukan dengan menggunakan banyak kemahiran di mana
perniagaan seperti ini perlu menggunakan kemudahan seperti internet, mesin faks dan
talian telefon untuk membuat pesanan barangan. Pengedar atau pengusaha perlu
mengagihkan barangan yang dikehendaki oleh pelanggan melalui tempahan
secara online secara terus dari dalam premis mereka kepada pelanggan atau pembeli
dengan mengirim melalui pos/poslaju.
Kadang-kala memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapatkan pesanan
Adakalanya pelanggan memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan produk
yang ditempah atau yang hendak dibeli.Pelanggan perlu menunggu pesanan yang
dibuat dalam tempoh beberapa hari untuk menerimanya.Ini boleh menjejaskan kualiti
produk tersebut kerana ada kemungkinan produk tersebut rosak atau hilang dalam
perjalanan.
Kualiti barangan yang dibeli tidak boleh dinilai ketika membuat pemilihan
barangan/produk dengan serta-merta(segera)
Barangan yang hendak dibeli tidak dapat dinilai kualitinya secara serta-merta kerana
ada kemungkinan produk yang ditpesan tidak sama seperti yang diiklankan di skrin
komputer di internet.Jika tidak berpuashati, pelanggan tidak boleh membuat pilihan lain
pada masa yang sama.Ini berbeza dengan perniagaan konvensional di mana
barangan/produk boleh dinilai ketika kita membuat pilihan pada masa tersebut.Oleh
yang demikian kualitinya belum dapat dipastikan lagi.

Pengusaha memerlukan perantara(orang tengah) di dalam mengagihkan
barangan
Barangan yang ditempah/dibeli oleh pelanggan/pembeli memerlukan perantara untuk
disampaikan.Kebiasaannya barangan yang dipesan akan disampaikan oleh penghantar
bungkusan dari pejabat POS jika kita membuat pesanan barangan menggunakan
perniagaan e-dagang.
Produk/barangan yang diiklankan tidak sama dengan yang dipesan
Adakalanya barangan yang diiklan tersebut tidak sama dengan barangan/produk yang
dipesan/ditempah oleh pelanggan/pembeli apabila barangan/produk tersebut sampai ke
alamat pembeli/pelanggan.
Produk/barangan yang diiklankan tidak ada di dalam simpanan atau telah habis
Barangan/produk yang diiklankan kadang-kala tidak ada di dalam simpanan atau telah
habis.Pengantian barangan tersebut ada mungkin tidak sama seperti yang kita
pesan/tempah.



Ciri -ciri e Dagang
Menjimatkan masa
Kebolehcapaian yang tinggi - pengguna boleh melanggani atau mencapai
mana-mana laman web e-dagang dengan cepat bergantung pada
kelajuan internet yang digunakan.
Cut supply chain
ibiquity
Technology can equally be barrier
customer are truly king in the e-commerce world
Maklumat yang tepat
impersonal interaction
ever changing nature of business




Kepentingan E-Dagang Dalam Dunia Perniagaan

Membekalkan lebih banyak maklumat kepada pelanggan dengan lebih tepat dan
pantas.
Membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk
mengenalpasti, memadankan, serta membuat inovasi dalam produk.

Cepat, mudah, selamat dan boleh dipercayai.
Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka
mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain.
Mesra pelanggan, iaitu kaedah pencarian produk yang lebih mudah, kenyataan
spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran
elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi
yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.













Klasifikasi E-Dagang
E-Dagang dapat diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu antara:
Perniagaan & Perniagaan
-Melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat.
- Biasanya melibatkan pembekal dan syarikat penjual/pemasar.
-Contoh: Sebuah kilang pengeluar/pencetak buku akan berurusan dengan sebuah
gedung buku.

Perniagaan & Pengguna
- Melibatkan penjual dengan pengguna akhir sesuatu produk.
- Contoh: Gedung buku menjual produknya kepada pengguna melalui e-dagang.


















Faedah-faedah Perniagaan Melalui E-Dagang
i. Rakan Kongsi Maya
Terdapat pembekal yang melantik agen maya secara bebas kepada mana-mana
pemilik/webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan
borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan dilantik menjadi
rakan kongsi maya setelah memasang sepanduk pembekal di dalam laman
mereka. Kod sumber html sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID
(pengenalan) perujuk (pemilik laman web) di mana perujuk akan diberikan
komisyen setiap kali transaksi berlaku menerusi laman web berkenaan.

ii. Penajaan
Ada juga pemilik/webmaster laman web lain yang ditaja oleh syarikat korporat
untuk memasarkan produk/perkhidmatan yang dikeluarkan. Pemilik/webmaster
biasanya terdiri daripada golongan profesional di bidang masing-masing untuk
mempromosikan produk/perkhidmatan syarikat korporat dan dibayar royalti atau
gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan syarikat berkenaan, sama ada
secara langsung ataupun sebaliknya.

iii. Memudahkan Pembayaran Dilakukan
Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat
kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila
pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor
kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini
akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk
menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini, nombor kad kredit pembeli tidak
akan dibaca oleh penjual.












Jenis - jenis E-dagang

1. Business to Business (B2B)

Perniagaan antara satu syarikat dengan syarikat lain

2. Business to Government (B2G)

Perniagaan antara syarikat dengan sektor awam

3. Mobile Commerce (M-Commerce)

Pembelian dan penjualan serta khidmat melalui teknologi tanpa wayar(wireless).



4. Customer to Customer (C2C)

Perniagaan antara pelanggan dan pelanggan
Contoh seperti Ebay

5. Business to Customer(B2C)

Perniagaan antara syarikat dan pelanggan.



Contoh perniagaan yang menjalankan konsep e-dagang.
Amazon.Com
Amazon.com memudahkan pengguna untuk berbelanja secara online. Pengguna dapat
browse/surf dengan mudah di amazon.com. Produk yang ditampilkan juga telah
dibahagikan mengikut kategori tertentu. Amazon.com sentiasa tampil dengan produk-
produk yang baru dan maklumatnya juga sentiasa diupdate secara terus menerus.
Selain itu, setiap produk akan ditunjukkan melalui gambar yang menarik. Tiap produk
yang ditawarkan diwakili dengan display produk itu sendiri dan pengguna akan dapat
melihat dengan jelas gambaran produk yang dijual.

Namun, dari setiap tampilan display, produk tidak selalu disertai dengan paparan harga.
Dengan demikian, memaksa para pengguna untuk mengklik produk tersebut jika
pengguna ingin tahu harga yang ditawarkan. Ketika sudah masuk pada produk yang
diinginkan, pengguna kembali dipaparkan dengan pelbagai pilihan yang menarik.
Sebagai contoh, kita tertarik pada produk baru (new item) yang ditawarkan, misalnya
iPod. Maka, tidak hanya iPod yang kita klik tadi yang muncul, tetapi pelbagai jenis iPod
yang lain dan MP3 Player lain turut dipaparkan. Hal ini terjadi mungkin kerana iPod tadi
masuk dalam kelas MP3 Player dalam katalog amazon.com. Bila sudah masuk dalam
kategori-kategori itu, barulah muncul harga yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan
pun sudah dibuat sedemikan rupa sehingga produk menarik untuk dibeli dengan
segera. Ada paparan harga asli (list price) dan harga istimewa khusus pembelian di
amazon.com (our price) dengan keterangan bayaran yang dapat dibeli pelanggan
apabila membeli di amazon.com.










RUJUKAN
http://mtd3073marianaothman.blogspot.com/2013/12/ciri-ciri-e-dagang.html
http://www.google.com.my/search?aq=f&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=e+dagang
http://promosikomp.blogspot.com/2010/10/e-dagang.html
http://www.kedaiuntunganda.com/2013/05/kebaikan-perniagaan-online.html
http://cheabdrani.tripod.com/dagang.html

Anda mungkin juga menyukai