Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum murid murid, selamat pagi murid murid Semua murid sihat atau tidak?

k? Sempena hari ini kita merasmikan program pendidikan pencegahan dadah, cikgu nak tanya Apa yang kamu semua tahu tentang dadah? Adakah dadah itu bahaya kepada kita semua? Baiklah murid murid, hari ini cikgu akan terangkan kepada kamu semua mengenai dadah. Dadah ialah sejenis bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan. Dadah boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau dari segi fizikal atau mental. Dadah memberi kesan yang buruk iaitu Kurang siuman dan mengalami gangguan mental; Dadah juga mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan. Kamu semua nak ka jadi macam orang gila dan tidak betul yang duduk di tepi jalan, kt tepi longkang tu? Mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah mereka yang

1. Sifat ingin tahu dan seterusnya ingin mencuba-cuba. Maksudnya mereka nak
cuba sesuatu yang baru tapi tidak memikirnya kesan yang akan terjadi terhadap diri kita. Sedangkan dadah itu adalah sangat merbahaya jika disalahgunakan kerana ia boleh menyebabkan maut. 2. Seterusnya apabila seseorang itu dipengaruhi oleh kawan-kawannya untuk mengambil dadah, kononnya untuk mencari ketenteraman jiwa disebabkan tekanan hidup, iaitu apabila seseorang mengalami banyak masalah,mereka mengambil dadah sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah mereka. 3. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Maksudnya bila ada masa lapang, murid murid lebih suka meluangkan masa dengan melepak bersama kawan kawan yang bermasalah, oleh sebab itu murid murid kena isi masa lapang dengan perkara yang lebih faedah seperti bersukan, membaca buku, mengulangkaji pelajaran. 4. Orang yang menyalahguna dadah adalah orang yang kurang kefahaman tentang Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama. Setiap agama sudah pasti menggalakkan melakukan perkara perkara yang baik dan menghindari perkara yang buruk. tak ada agama yang suruh kita buat perkara yang tidak baik. Maksudnya salah guna dadah adalah perkara yang tidak baik dan tidak patut kita lakukan. Kesimpulannya. Murid murid perlulah berusaha untuk menjauhkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah ini dan takut kepada dadah kerana dadah adalah musuh nombor satu negara. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai