Anda di halaman 1dari 14

Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih tiga dekad, UKM dipilih sebagai salah sebuah universiti penyelidikan

di Malaysia pada tahun 2006. Keunggulan UKM terserlah dengan penempatan institut penyelidikan nasional dan antarabangsa, iaitu Institut Genom Malaysia (GENOMalaysia) dan International Institute of Global Health, United Nations University. Proses pemantapan bidang penyelidikan disusuli dengan pengwujudan projek-projek tertumpu di bawah lapan (8) nic yang dikenalpasti iaitu Cabaran Membina Negara Bangsa, Pembangunan Lestari Wilayah, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Kesihatan & Perubatan, Perubahan Iklim, Nanoteknologi & Bahan termaju, Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi dan ICT: Informatik Isian. UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengurusan. Dengan asas yang mantap ini, UKM melestarikan kecemerlangannya melalui Pelan Strategik UKM 2000-2020 (PS2020). Kini, UKM tampil dengan citra baru melalui garis tanda Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan. Garis tanda ini memberi keyakinan kepada warganya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki, tempat memupuk kebolehan, labuhan untuk berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut, kerana di sini mereka disediakan dengan prasarana untuk memiliki masa depan yang gemilang.

Moto ____________________________________________________________________________ Mengilham harapan, mencipta masa depan

Falsafah ____________________________________________________________________________ UKM mengukuh paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Visi ____________________________________________________________________________ UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Misi ____________________________________________________________________________ Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

CANSELOR UKM melakar satu lagi sejarah apabila ke Bawah DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diisytiharkan sebagai Canselor UKM yang ke3. Pelantikan Baginda Tuanku Muhriz adalah untuk tempoh lima tahun bermula 16 April 2009. Pro Canselor

NAIB CANSELOR YBHG. PROF TAN SRI DATO' WIRA DR. SHARIFAH HAPSAH SYED HASAN SHAHABUDIN

Timbalan Naib Canselor

_______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________ _

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________

Pegawai Pengurusan Utama

_______________________________________________________________________________ PENDAFTAR Ab. Aziz Othman AMN, PJK, ANS, DNS, BEc, Dip. Ed (Malaya) BENDAHARI Mohd. Abd. Rashid Mohd. Fadzil ANS, DNS, BEc (Malaya), DPI DPI (UKMalaysia), MBA (Cardiff) KETUA PUSTAKAWAN Abu Bakar Maidin DNS, SmSn (UKMalaysia), Postgrad.Dip. Lib. & Information Science (ITM), MS (UPM), DPI (UKMalaysia)

____________________________________________________________________________

Lambang UKM

Lambang ____________________________________________________________________________ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Setiap petak mengandungi gambar dan warna latar yang berlainan dengan membawa maksud tertentu. Sebuah buku terbuka terletak di atas perisai ini. Gambar yang didapati dalam petak tersebut ialah seperti berikut: Seekor harimau berwarna kuning yang gagah sedang menyerang ke arah kanan berlatar warna merah. Simbol atom berlatar warna kuning. Simbol teknologi berlatar warna biru. Sekuntum bunga raya berwarna merah berlatar warna putih.

Buku ____________________________________________________________________________ Buku melambangkan ilmu pengetahuan, iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan. Perisai ____________________________________________________________________________ Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini. Falsafah ____________________________________________________________________________ Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan UKM mara memerangi kejahilan, kejahatan dan kepalsuan. Atom dan Teknologi ____________________________________________________________________________ Simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai pusat ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga mahir dalam semua bidang untuk memenuhi keperluan pembangunan negara. Bunga Raya ____________________________________________________________________________ Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang dianuti dan sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia.

Cokmar UKM

Cokmar ____________________________________________________________________________

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah kurniaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai lambang kuasa Universiti. Cokmar ini digunakan dalam upacara rasmi Universiti seperti Majlis Konvokesyen dan Majlis Perisytiharan Pelantikan Canselor dan juga ProCanselor.

Obor ____________________________________________________________________________ Obor terletak di atas ukiran yang berupa masjid/bangunan yang melambangkan ilmu pengetahuan dan keteguhan iman. Obor sebagai simbol pendidikan, melambangkan peranan Universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berupaya menyumbang ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat.

Batil ____________________________________________________________________________ Bentuk bulat yang terdapat di bawah obor adalah sebiji batil yang melambangkan dunia. Ini menunjukkan UKM adalah sebahagian daripada masyarakat ilmiah antarabangsa yang sedia menerima apa jua ilmu pengetahuan daripada sebarang sumber dan seterusnya menyumbangkan ilmu pengetahuan itu kepada masyarakat dalam dan luar negara. Di sebelah atas batil terdapat lambang negeri, sementara pada permukaan batil pula terdapat lambang UKM dan negara Malaysia.

Bunga Raya dan Lima Bilah Keris ____________________________________________________________________________ Bentuk batil yang melambangkan dunia itu terletak atas sekuntum bunga raya yang disokong oleh lima bilah keris. Bunga raya ialah bunga kebangsaan sementara keris menunjukkan tradisi kebudayaan negara. Lima bilah keris menunjukkan lima prinsip Rukun Negara.

Daun Lontar ____________________________________________________________________________ Di antara bunga raya dengan batil digambarkan sepelepah daun lontar yang melambangkan kesusasteraan.

Batang Cokmar ____________________________________________________________________________ Di sepanjang batang cokmar terdapat motif yang melambangkan falsafah Universiti dan fakulti di dalamnya. Ini menunjukkan universiti ingin melahirkan siswazah serba boleh, pragmatik dan kreatif, di samping menyumbang idea untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat. Di tengah batang cokmar diukir motif buah padi, melambangkan kemakmuran negara dan beras sebagai makanan utama.

Gasing ____________________________________________________________________________ Bahagian bawah cokmar diukirkan dalam bentuk sebuah gasing yang mempunyai paksi. Pecahan lima melambangkan lima faktor ekonomi iaitu perindustrian, perlombongan, pengangkutan, pertanian dan perikanan. Di atas gasing itu terukir gambar yang menunjukkan hasil-mahsul negara.

BULETIN UKM
Tahniah - Kontinjen Maulidur Rasul UKM Naib Juara (Peringkat Kebangsaan) [atas] Tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Maulidur Rasul UKM (Peringkat Kebangsaan) kerana telah berjaya menjadi sebagai Naib Juara (Kategori IPT) dalam perarakan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M bertempat di Masjid Putra, Putrajaya pada 5 Februari 2012 (Ahad) baru-baru ini. Syabas ! (ewarga/bul/bil.08022012-19)

Berita : UKM Sekali Lagi Menjuarai Kejohanan Kriket Twenty20 IPT [atas]
KLANG, 29 Jan. 2012- Pasukan Kriket UKM berjaya sekali lagi mengungguli Kejohanan Kriket Twenty20 untuk Piala Menteri Pengajian Tinggi yang berakhir di Bayuemas Oval di sini hari ini. Ia mengalahkan pasukan dari Asia Pacific University College of Technology and Innovation (UCTI) dengan tujuh wicket di perlawanan akhir. Sejumlah lapan Institut Pengajian Tinggi dari seluruh negara mengambil bahagian. Tempat ketiga dikongsi bersama oleh pasukan kriket dari Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sila klik untuk berita selanjutnya. (ewarga/bul/bil.03022012-09)

Tahniah - Pelaksanaan Autonomi kepada UKM [atas]


Tahniah diucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia atas penerimaan Pelaksanaan Universiti Berautonomi. Sila klik untuk lihat watikah dan surat daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Syabas !

Tahniah - UKM Tempat Ketiga Webometrics Ranking of World Universities (Julai 2011) [atas]
Tahniah diucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerna telah mendapat Tempat Ketiga Webometrics Ranking of World Universities (Julai 2011). Sila klik untuk lihat sijil. Syabas !

Penangguhan Pembayaran Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) [atas]


Dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan telah memutuskan SBPA disemak semula oleh sebuah Pasukan Petugas yang dilantik. Sehubungan dengan itu, pembayaran gaji kepada semua kakitangan mulai Januari 2012 perlu dilaksanakan berasaskan gaji SSM sehingga hasil semakan SBPA dimuktamadkan.

Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan Kali Ke-2 (PPSK 2012) [atas]


Tema: Perkhidmatan Sains Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan Saintifik Tarikh: 17 - 19 April 2012 Tempat: Hotel Mutiara, Johor Bahru Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan Perkhidmatan Sains.

Sila hubungi Sekretariat PPSK 2012 di talian 03-89214377/5891/012-2748384 (Pn. Hani Azlin Hussin Shaukat) atau 03-89214543 (Cik Nor Jannah) atau e-mel kepada ppsk2012@gmail.com Anjuran: Kumpulan Pegawai Sains, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan ke 2 (2012)


Perkhidmatan Sains Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan Saintifik
LATAR BELAKANG:

Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan 2009 (PPSK 2009) yang pertama telah diadakan dengan jayanya pada 1 hingga 3 Disember 2009 di Klana Resort, Seremban. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pegawai sains dari pelbagai insititusi kerajaan dan universiti pengajian tinggi telah menyertai persidangan ini. Kesinambungan daripada persidangan itu, jawatankuasa merasakan perlu untuk memastikan setiap resolusi yang dihasilkan semasa persidangan ini dapat dimanfaat dengan sebaiknya oleh semua pegawai sains bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sains. Secara umumnya, perkhidmatan sains mempunyai klasifikasi bidang tugas yang sangat luas dan memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Malaysia.

Sederap dengan Dasar Sains dan Teknologi Negara kini, inovasi dalam perkhidmatan sains adalah salah satu mekanisma utama dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sesebuah makmal. Antara inovasi dalam perkhidmatan adalah seperti pengoptimuman penggunaan instrumentasi dalam analisis, amalan terbaik yang melibatkan prosedur kerja yang menjimatkan kos dan masa serta pengurusan dan keselamatan makmal yang efektif. Cetusan inovasi yang dihasilkan dalam perkhidmatan sains adalah didokong oleh pembangunan sumber manusia yang teguh, seimbang dan tersusun.

Oleh itu, Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan Kali Kedua 2012 (PPSK 2012) dengan tema Perkhidmatan Sains Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan Saintifik menekankan isu isu inovasi dalam perkhidmatan sains yang merangkumi aspek perkhidmatan makmal, instrumentasi, pengurusan dan keselamatan makmal serta amalan terbaik melalui

penandaarasan antara institusi dalam dan luar negara. Sehubungan dengan itu, melalui persidangan ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam aspek inovasi perkhidmatan sains sekaligus menyokong teguh rancangan pembangunan negara.

OBJEKTIF:

i. ii.

Penataran ilmu, idea, dan inovasi terkini antara peserta Perkongsian amalan terbaik berdasarkan penandaarasan antara institusi dalam dan luar negara iii. Membantu meningkatkan kecemerlangan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan iv. Penambahbaikan dalam pengurusan dan keselamatan makmal v. Pemantapan pembangunan sumber manusia dalam perkhidmatan sains SKOP:

i. Pengurusan Makmal ii. Pengurusan Keselamatan iii. Pengurusan Instrumentasi


Komuniti Pegawai Sains UKM Bangi, Selangor Kumpulan Pegawai Sains UKM ditubuhkan pada 18 Mac 2005 bertujuan memberi maklumat berkenaan peranan dan tugas hakiki Pegawai Sains dalam Skim Perkhidmatan Sains, peranan Pegawai Sains dalam meningkatkan penyelidikan Universiti, bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan di kalangan ahli-ahli, merancang dan menjalankan aktiviti bersama, menjaga kebajikan serta merapatkan hubungan antara Pegawai Sains. Selain itu Blog ini ditubuhkan sebagai pengenalan kepada komuniti pegawai sains UKM untuk menghebahkan apa sahaja isu dan berita terkini tentang perkembangan Pegawai Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia.. Masing-masing boleh menyumbang apa sahaja berita dan idea untuk diketengahkan demi untuk meningkatkan lagi prestasi dan kredibiliti selama menjalankan tugas di Taman Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya sama-sama dapat berganding bahu dan bantu membantu untuk memartabatkan UKM di mata dunia

BLOG GAGASAN PEGAWAI SAINS MALAYSIA - IPTA


Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan buat julung-julung kalinya diadakan pada 1-3 Disember 2009 bertempat di Klana Resort, Seremban anjuran pihak Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dan telah dirasmikan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhun

Tuanku Jaafar. Dengan bertemakan Perkhidmatan Sains Berkualiti Teras Teknologi Terkini sejajar dengan saranan kerajaan yang mahukan pembangunan sains dan teknologi negara, semua pegawai sains dari seluruh institusi dan badan perkhidmatan awam telah berkumpul disitu sambil bertukar pendapat dan berbincang mengenai perkhidmatan sains khususnya di universiti bagi memantapkan lagi kerjaya tersebut. Pihak fakulti perubatan dan sains kesihatan, UDM telah menghantar 5 orang wakil pegawai sains yang terdiri daripada Pn Asiah, Nor Farhanah, Nursharul Aman, Mohamad Fazari dan Ng Yean Kai ke persidangan tersebut bertujuan memberikan pendedahan mengenai laluan kerjaya, perincian tugasan dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam profesion ini. Sepanjang persidangan ini berlangsung, banyak aspek telah dibincangkan antaranya Halatuju dan Peranan Pegawai Sains dalam Mendukung Dasar Kerajaan, Peranan Pegawai Sains dalam Pengurusan Makmal, dan Cabaran Pegawai Sains Dulu, Kini dan Masa Hadapan. Hasil daripada persidangan tersebut, semua wakil pegawai sains yang hadir telah sedikit sebanyak dapat merealisasikan dan memenuhi keperluan dalam menghadapi cabaran mencapai kecemerlangan universiti.

SKIM SBPA MENJAMIN KEBAJIKAN DAN MUTU KERJA YANG EFISIEN


Atas keprihatinan YAB Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan. Namun, setelah semakan semula dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan. Dalam tempoh masa yang diberikan, dilihat mencukupi bagi membolehkan seseorang penjawat awam untuk meneliti serta membuat pilihan mengenai tawaran yang diberi sebelum membuat keputusan sama ada ingin menerima atau menolak skim SBPA. Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan antara RM80 hingga RM300. Skim baru itu akan menyaksikan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun. Contohnya, kakitangan awam Gred N11 akan menerima faedah kenaikan gaji 10.5 peratus, Gred U17 (10.9 peratus), Gred N27 (9.7 peratus) dan Gred J41 (9.5 peratus) dan prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun. Mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM), penjawat awam yang dilantik selepas 1991 diwajibkan berkhidmat sehingga berusia 58 tahun, tetapi dalam SBPA pula syarat itu dimansuhkan yang mana semua penjawat awam boleh membuat pencen pilihan masingmasing. Sebelum ini, kakitangan awam yang mula berkhidmat sebelum 1991 sahaja diberi kelonggaran memilih untuk bersara sama ada pada usia 56 atau 58 tahun, manakala perkhidmatan selepas 1991 diwajibkan berkhidmat dan bersara pada usia 58 tahun, dan prospek perjawatan turut membuka ruang kepada penjawat awam untuk kenaikan pangkat tanpa menunggu kekosongan jawatan. Selain itu, penjawat awam perlu memenuhi beberapa kriteria seperti prestasi kerja yang efisien dan aktif dalam tugas yang diamanahkan. Dengan Skim gaji yang lebih tinggi, cara bekerja turut berbeza dan perubahan itu selari dengan kehendak semasa sebagai pelaksana dasar kerajaan.

SBPA 2012 bakal dinikmati oleh kakitangan awam dengan menawarkan faedah dan insentif baru termasuk skim gaji serta prospek perjawatan yang lebih baik. Jabatan Perkhidmatan Awam menjangkakan hampir semua kakitangan akan memilih bertukar daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun 2012. Sehubungan itu, kakitangan awam diberi tempoh bermula 16 Disember hingga 15 Disember untuk memilih sama ada kekal dalam SSM atau bertukar kepada SBPA. Menerusi SBPA, hierarki perkhidmatan awam akan mempunyai empat kumpulan, iaitu Kumpulan Primier bakal menerima peruntukan gaji secara single point tanpa kenaikan gaji tahunan, Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang menerima konsep gaji minimum-maksimum dengan kenaikan gaji tahunan mengikut pencapaian prestasi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (menggantikan Kumpulan Sokongan) yang kedua-duanya menerima peruntukan gaji sebaris dan tangga gaji untuk kenaikan gaji tahunan. Skim SBPA ini turut membabitkan kenaikan gaji setara dengan gred kenaikan pangkat walaupun tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong bagi pegawai yang diiktiraf sebagai pakar dalam sesuatu bidang. SBPA juga memperkenalkan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PPROSPEK) mengandungi dua komponen, iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) sebagai mekanisme penilaian. Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah: pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service),kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif; pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi; pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan; peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi; peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana; pelaksanaan enam strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing),

perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision); penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP); penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat; pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert; pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan; perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program Skills Malaysia; pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman; pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah; pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan; pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan; penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013; peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM) Penjawat awam perlu memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit pada masa akan datang. Walau bagaimana pun,

setelah pihak CUEPACS berbincang dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, beberapa persetujuan telah dapat dicapai dalam perbincangan tersebut antaranya ialah markah bagi laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) akan diselaraskan iaitu JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di dalam Skim SBPA daripada 75 peratus kepada 65 peratus. Manakala Pelaksanaan Dasar pemisah juga telah diturunkan kepada 60 peratus daripada 70 peratus pada sebelumnya serta tempoh masanya juga dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua belas bulan. Selain itu, keputusan lain yang berjaya dicapai dalam rundingan pihak CUEPACS bersama JPA adalah persetujuan untuk melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari 2012. Bagi masalah penyelarasan gaji juga telah dibincangkan dan akan dilakukan pembaharuan secara berperingkat dengan mengikut kesesuaian. Dalam perundingan itu, pihak JPA telah bersetuju untuk mengkaji semula mengenai tahap kelulusan minimum PMR untuk memohon kerja sebagai penjawat awam mengikut bidang dan keperluan bidang pekerjaan tersebut. Melalui kajian yang baru ini juga turut membabitkan permohonan menggunakan kelulusan SPM dan Diploma sama ada sesuai untuk dipadankan dengan jenis pekerjaan yang dipohon dalam sektor awam. Menerusi Skim SBPA ini, diharapkan setiap kakitangan akan melakukan kerja dengan rasa penuh tanggungjawab kerana dengan kenaikan gaji yang baru ini akan dapat memberikan suntikan semangat kerja yang cemerlang. Selain itu skim ini juga berperanan dalam menggerakkan mutu kerja yang efisien dan sebagai salah satu nilai tambah dalam proses trasformasi yang dilakukan secara keseluruhannya. Melalui SBPA ini juga dilihat sebagai salah satu daripada cara untuk mencapai status negara maju menjelang wawasan 2020 yang mana setiap penduduknya berpendapatan tinggi. Selain itu, penjawat awam juga dijangka akan dapat menikmati skim gaji yang lebih baik melalui skim SBPA berbanding SSM di mana peningkatan gajinya juga adalah lebih tinggi. Sehubungan itu, secara tidak langsung kesetiaan dan minat terhadap kerja bagi setiap kakitangan awam juga akan bertambah kerana mendapat pelbagai kemudahan dan imbuhan bagi kakitangan yang cemerlang dalam melaksanakan tugasnya. Melalui cara ini dilihat akan dapat memberikan kepuasan kepada setiap kakitangan awam yang bekerja kerana ganjaran iaitu gaji yang diterima adalah bersih dan mengikut tanggungjawab serta tugas-tugas yang telah diamanahkan. Lebih-lebih lagi sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut mencari keredaan dalam usaha mendapatkan rezeki selaras dengan hadis Nabi Muhammad iaitu Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (mengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan muka yang berseri-seri seperti bulan purnama di waktu malam:Riwayat At- Tabrani. Melalui hadis tersebut, pengajaran yang boleh kita perolehi adalah perlunya kita berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya setiap hasil pendapatan yang diperolehi adalah halal dan diredhai Allah. Oleh itu, sebagai kakitangan awam khususnya, setiap orang perlu melakukan muhasabah terhadap diri mengenai sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan keredaan tuhan dalam mencari rezeki untuk menampung keperluan harian bagi diri dan keluarga?. Kesimpulannya, pengenalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini merupakan salah satu skim yang akan membawa kakitangan awam ke arah berpendapatan tinggi seiring dengan pergerakan ekonomi negara yang sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun2020. Sungguhpun terdapat kekurangan dan rasa kurang senang dalam pelaksanaan SBPA ini, rundingan dan persidangan telah dilakukan untuk memenuhi hak kakitangan awam sebagai pemangkin kepada sektor awam ini dilihat mampu untuk memuaskan hati setiap kakitangan dengan menikmati kenaikan gaji yang lebih baik berbanding skim sebelumnya iaitu Skim Saraan Malaysia. Justeru itu, kita selaku penjawat awam haruslah bersyukur dengan kenaikan gaji yang bakal diterima menjelang Januari 2012 selain sebagai hadiah dan bukti keprihatinan pihak kerajaan terhadap kakitangannya yang membawa kemajuan dalam menjana kepentingan sektor awam.

Anda mungkin juga menyukai