Anda di halaman 1dari 26

|

MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

KATA-KATA ALUAN
NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izinNya saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata di
dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu UTM Program Sarjana Muda Sesi
Akademik 2016/2017 ini.

Saya dan semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas atas kejayaan saudara kerana telah berjaya melanjutkan pengajian di
UTM.

Kehidupan kampus merupakan cabaran baharu kepada saudara dalam proses menimba ilmu
pengetahuan yang lebih tinggi. Seluruh warga kampus sentiasa bersedia memberi didikan,
dorongan dan bimbingan kepada saudara dalam membentuk graduan berkualiti yang
mampu mendukung wawasan negara.

UTM telah menggariskan wawasan dan objektif yang jelas selaras dengan aspirasi negara,
pastinya memerlukan penggemblengan usaha di antara tenaga akademik, pentadbiran dan
juga para mahasiswa untuk bersama-sama memikul tanggungjawab ke arah wawasan dan
objektif tersebut.

Matlamat utama UTM adalah untuk menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan
teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. UTM sangat menggalakkan apa jua program
mahasiswa bagi menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta. Saudara-saudari
seharusnya memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri dan mempunyai daya saing yang
tinggi untuk menghadapi cabaran ini. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

UTM berharap Program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2016/2017 dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh saudara/saudari untuk mengenali UTM secara menyeluruh. UTM penuh
yakin dengan dedikasi tinggi, keikhlasan serta semangat gigih, saudara akan mencapai
kejayaan yang cemerlang.

Selamat Maju Jaya!



YBHG. PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR
Naib Canselor UTM

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

KATA-KATA ALUAN
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI)

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke kampus induk Universiti Teknologi Malaysia.
Tahniah kepada saudara yang telah berjaya ditawarkan tempat
pengajian di sini. Pihak Universiti yakin pemilihan UTM sebagai pusat
pengajian tinggi akan membawa kejayaan dan kecemerlangan baik kepada diri sendiri
mahupun kepada keluarga. Kami di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA)
mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian.

Perihatin; Komited; Mesra merupakan moto Pejabat HEMA di mana kami sentiasa berusaha
memberikan khidmat terbaik dari segi kemudahan dan perkhidmatan mahasiswa bagi
menjadikan kembara ilmu saudara di kampus ini merupakan suatu pengalaman yang
menyeronokkan serta membantu saudara dalam mengejar impian dan cita-cita murni
negara.

Sempena dengan kemasukan mahasiswa baharu, Universiti mengadakan Minggu Mesra
Mahasiswa (MMM) bagi menyambut kedatangan mahasiswa baharu dengan suasana mesra,
agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dengan lebih
kondusif. Peluang ini juga menggalakkan mahasiswa berkenalan dengan rakan baharu
daripada berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza agar dapat memperluaskan lagi
konsep perkongsian dan pemahaman silang budaya. Selain itu, ia memberi satu
pengalaman baharu untuk memupuk nilai berdikari di samping membantu menyesuaikan
diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus.

Konsep Pengalaman Kampus Secara Menyeluruh atau Total Campus Experience
menekankan pengalaman mahasiswa untuk menggunakan segala peluang dan kemudahan
yang disediakan bagi membentuk modal insan yang holistik, berdaya saing, berketrampilan,
inovatif, mempunyai ciri-ciri keusahawanan serta penghayatan global berdasarkan nilai-nilai
murni dan etika profesional.

Saya berharap maklumat dalam buku ini dapat membantu saudara sebagai persiapan dalam
menjalani minggu pertama semester dengan penuh bersemangat.

Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya!




PROF. DATO DR. MOHD. ISMAIL BIN ABD. AZIZ
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)


ii

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

Kandungan
1.0 Tawaran Pengajian .......................................................................................................... 1
2.0 Persediaan Sebelum Hari Pendaftaran ............................................................................ 1
3.0 Panduan Semasa Tiba di Universiti Teknologi Malaysia (Kampus Johor Bahru) ........... 1-2
4.0 Semasa Hari Pendaftaran ............................................................................................. 3-6
5.0 Kelengkapan Kolej Yang Perlu dan Boleh Dibawa ......................................................... 7-8
6.0 Minggu Mesra Mahasiswa ......................................................................................... 9-11
7.0 Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar Dan Semasa

Program Minggu Mesra Mahasiswa ........................................................................ 12-13
8.0 Kemudahan-kemudahan Umum (UTM Johor Bahru) ............................................. 14-15
9.0 Kemudahan-kemudahan Umum (UTM Kuala Lumpur) ........................................... 15-16
10.0 Bantuan Kewangan ................................................................................................. 16-18
11.0 Pertanyaan & Maklumat Lanjut ............................................................................. 19-20
12.0 Lagu Universiti: Keunggulan Terbilang ......................................................................... 21

Welcome to the Universiti Teknologi Malaysian Virtual Tour. This visually stunning resource
uses interactive flash which allow you to explore and manipulate 360 degree photographic
panoramas of the university.


iii

1.0

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

TAWARAN PENGAJIAN

1.1

MAKLUMAT TAWARAN PENGAJIAN KE UTM



Maklumat yang berkaitan dengan tawaran pengajian ke UTM boleh dimuat
turun melalui laman web https://jpt.utm.my.

1.2

PERHATIAN!

2.0

Mahasiswa yang mendapat tawaran pengajian di UTM Kuala Lumpur


dikehendaki mendaftar di KOLEJ TUN DR ISMAIL (KTDI), UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA, KAMPUS JOHOR BAHRU bagi mengikuti program
Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2016/2017 mulai 28 Ogos 1 September
2016.

Pelajar UTM Kuala Lumpur akan bertolak balik ke kampus UTM Kuala Lumpur
pada 1 September 2016 jam 8.00 pagi dengan menaiki bas yang akan
disediakan Universiti.

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

2.1

Sekiranya saudara membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan


ini, saudara perlu membuat proses e-Daftar melalui laman web
https://jpt.utm.my (Rujuk Carta Alir Proses e-Daftar yang disediakan dalam
web tersebut).

*Maklumat kaedah pembayaran yuran pendaftaran terdapat dalam carta alir


proses e-Daftar.


2.2

Menyediakan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk


membeli keperluan harian, peralatan kuliah, buku, kelengkapan kolej seperti
langsir, cadar, sarung bantal, bantal dan selimut (sila rujuk perincian
kelengkapan kolej di mukasurat 7-8).

3.0

PANDUAN SEMASA TIBA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


(KAMPUS JOHOR BAHRU)


3.1

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN KE UTM JOHOR BAHRU


3.1.1 Teksi Ke Kampus UTM
a. Tambang teksi dari Pusat Bandaraya Ke UTM - RM35.00 (tertakluk
kepada perubahan)

b. Tambang teksi dari Lapangan Terbang Senai RM50.00 (tertakluk


kepada perubahan)

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

3.2

3.1.2 Keperluan Kenderaan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan


Stesen Bas Larkin, Johor Bahru
a. Pejabat HEMA hanya menyediakan perkhidmatan pengambilan dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Stesen Bas Larkin, Johor
pada 28 Ogos 2016 SAHAJA.

b. Bagi mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan ini, diminta untuk
menghubungi:
Nama
: En Nazam bin Isa (Unit Perkhidmatan)
Talian
: 07-5530262/ 5530263
Jangkamasa : 1 minggu sebelum hari pendaftaran
Hari/Masa : Ahad hingga Rabu,
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan
2.30 hingga 5.00 petang.
Emel
: nazam@utm.my

(Saudara diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan
teksi yang tidak berpermit dan teksi tidak bermeter demi
keselamatan saudara.)

3.1.3 Kenderaan Sendiri
Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila
perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak
Universiti. Saudara diminta mematuhi arahan Pegawai Keselamatan
yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang
proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama saudara dalam perkara ini
amatlah dihargai.

KEMUDAHAN PENGINAPAN
Sekiranya saudara sekeluarga memerlukan penginapan, berikut adalah di
antara senarai hotel, nombor telefon dan anggaran jarak hotel berikut dari
UTM bagi memudahkan proses penempahan anda:

Bil

Nama Hotel

No. Telefon

Jarak dari UTM

Lokasi

Scholars Inn UTM

07-5535197

-dalam kampus-

-dalam kampus-

Hotel Seri Malaysia

07-2211002

20 km

Larkin

Hotel Mutiara

07-3300300 22 km

Johor Bahru

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

Hotel Good Hope

07-5572828

6 km

Taman Skudai Baru

Hotel Puteri Pacific

07-2199999

22 km

Johor Bahru

Le Grandeur Palm Resort


Johor

07-5996000

12 km

Senai

Pulai Spring Resort

07-5212121

4 km

Jalan Pontian

Thistle Hotel JB

07-2229234

22 km

Johor Bahru

Rose Cottage

07-5211366

2 km

Taman Universiti

Bagi pelajar yang tiba di kampus secara BERSEORANGAN sebelum hari pendaftaran,
saudara bolehlah menghubungi kolej kediaman masing-masing (senarai no. telefon
kolej kediaman adalah seperti di mukasurat 19-20 untuk terus mendaftar masuk
SEHARI SEBELUM HARI PENDAFTARAN.

4.0 SEMASA HARI PENDAFTARAN


Sila mendaftar penginapan berdasarkan Kolej Kediaman seperti yang tertera dalam
surat tawaran.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti dalam senarai
semak yang boleh dicapai melalui https://jpt.utm.my.

4.1 TINDAKAN SEMASA DI KAUNTER PENDAFTARAN

Tarikh pendaftaran : 28 Ogos 2016 (Ahad)


Masa

: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat
: Kolej Kediaman seperti yang tertera dalam surat
tawaran

(Bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur, saudara dikehendaki mendaftar di Kolej Tun Dr
Ismail (KTDI), UTM Johor Bahru bagi mengikuti Minggu Mesra Mahasiswa bersama
semua pelajar baharu di kampus UTM Johor Bahru).
* Bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur, urus setia dari UTM Kuala Lumpur akan
membuka kaunter di setiap checkpoint. Sila berurusan terus ke kaunter pelajar
UTM Kuala Lumpur sahaja di setiap checkpoint.





| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI


Anda digalakkan menanda (/) di dalam kotak untuk semakan.















KAUNTER 1 (INFORMASI & SEMAKAN)


1. Pertanyaan dan semakan Dokumen
2. Borang Soal Selidik Perkhidmatan


KAUNTER 2 (KOLEJ KEDIAMAN)

1. Pengesahan dan Semakan Surat Tawaran

2. Semakan nama pelajar baharu di dalam sistem e-Daftar
(Petugas mengemaskini rekod pendaftaran bilik pelajar dan
cenderamata dalam sistem e-Daftar)

3. Pelajar UTM Johor Bahru : Penyerahan kunci setelah mendapat nombor blok
dan bilik pelajar
(Pelajar menyemak nombor kunci dan menandatangani dokumen
penyerahan kunci)

4. Pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja: Penyerahan kunci sementara setelah
mendapat nombor blok dan bilik pelajar
(Pelajar menyemak nombor kunci dan menandatangani dokumen
penyerahan kunci sementara)

5. Penyerahan Borang UTMP5 yang dicetak dari sistem e-Daftar

6. Pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja : Pembayaran yuran Kolej Siswa Jaya
berharga RM50.00








4

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

KAUNTER 3 (CENDERAMATA)

1. Pastikan Anda Mendapat:

a) Beg
b) Buku Panduan Mahasiswa Baru & Buku Peraturan Mahasiswa UTM
c) Atur cara Minggu Mesra Mahasiswa 2016/2017
d) Cenderamata


KAUNTER 4 (AKU JANJI DAN BORANG OKU)
1. Pengesahan Surat Aku Janji Mahasiswa (2 salinan)
2. Serahkan Borang Orang Kelainan Upaya (OKU) (Jika berkaitan)






KAUNTER 5 (KLINIK)

1. Ujian Rabun Warna:
Bagi pelajar fakulti berikut di UTM Johor Bahru:
(Bagi Fakulti Kej. Elektrik, Fakulti Kej. Kimia & Kej. Tenaga (SKTP, SKTG, SKTN)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Biosains & Kej. Perubatan (SMBE)
dan Fakulti Alam Bina (SBEA, SBEL, SBEP).

2. Bagi pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja:
Serahan borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthetic) dan Pembedahan
(1C)

PERHATIAN:
Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti UTM
mengikut tarikh temujanji dalam slip e-Daftar.

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

PERINGATAN !


a.

Semua mahasiswa baharu yang telah selesai proses pendaftaran dan telah
menandatangani Surat Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009, Kaedah-Kaedah Universiti
Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

b.

Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa,


Universiti Teknologi Malaysia dan diminta untuk tidak melakukan apa-apa
perkara yang bertentangan dengan peraturan bertulis yang digunapakai oleh
Universiti.

c.

Mana-mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan


tindakan yang setimpal dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib Mahasiswa. Kesalahan yang telah disabitkan ke atasnya
bersama tindakannya sekali akan dicatat ke Rekod Peribadi Mahasiswa yang
boleh menjejaskan masa depan mahasiswa (pesalah) selepas tamat pengajian
kelak.

Kenderaan Bermotor
Mahasiswa baharu kemasukan sesi 2016/2017 (termasuk mahasiswa lepasan
diploma) TIDAK DIBENARKAN membawa atau menyimpan atau memiliki
kenderaan bermotor di dalam kampus.

d.


e.

Simpanan Wang
Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK
membawa tunai secara berlebihan ketika hari pendaftaran Minggu Mesra
Mahasiswa untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian. Universiti tidak
akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan harta peribadi dan wang
tunai sepanjang pengajian mahasiswa.

5.0

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

KELENGKAPAN KOLEJ YANG PERLU DAN BOLEH DIBAWA


5.1

KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN (Tertakluk Kepada Jenis Bilik Yang


Ditawarkan)

5.2

RM3.50 - RM5.00

2 helai langsir (2 keping berukuran lebar: 72 inci (1.8meter), tinggi: 76


inci (1.9 meter), warna gelap, berpencangkuk dan boleh dilaraskan)

b. Langsir (Pelajar UTM Kuala Lumpur)

Berdua

a. Langsir (Pelajar UTM Johor Bahru )

Kadar Sewa (Hari)

KELENGKAPAN KOLEJ YANG PERLU DIBAWA

Jenis

2 helai langsir (2 keping berukuran lebar: 56 inci (1.42meter), tinggi:


61 inci (1.55 meter), warna biru cerah, berpencangkuk dan boleh
dilaraskan)


c. Cadar & Selimut (Pelajar UTM Johor Bahru & Kuala Lumpur)

2 helai cadar berukuran katil bujang,


2 helai sarung bantal, bantal dan selimut.

5.3

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

Peralatan yang DIBENARKAN BAWA DAN PERLU DIDAFTARKAN


Peralatan ini akan dikenakan bayaran penggunaan elektrik seperti berikut:

Bil
1
2
3
4
5
6
7

Nama Peralatan
Pengecas Telefon
Komputer/ laptop
Seterika
Cerek Elektrik
Pembakar Roti
Pengering Rambut
Radio

Kadar/Semester
Percuma
Percuma
RM10
RM10
RM10
RM5
RM5

Catatan


Pakej RM15


*Peralatan elektrik selain daripada senarai di atas tidak dibenarkan.

Tasik Ilmu, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru


6.0

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM)


Kedatangan mahasiswa baharu setiap tahun memang dinanti-nantikan oleh
Universiti. Minggu Mesra Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baharu
sebagai persediaan menjadi sebahagian daripada masyarakat Universiti.
Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti digarap melalui perlaksanaan
Minggu Mesra Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan budaya Universiti agar
bersesuaian dengan kehendak mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti program
pembelajaran Universiti dengan penuh yakin dan jayanya.

Mahasiswa baharu yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-sama
mereka kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman.
Kepelbagaian ini adalah merupakan satu aset yang penting, bukan sahaja dapat
menyatupadukan mahasiswa, memupuk perasaan saling memahami dan sikap
toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan sumber kekuatan untuk
memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara satu
sama lain.

Minggu Mesra Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan
mahasiswa baharu dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka
tertarik dengan kehidupan di Universiti yang boleh mencetus semangat, motivasi
dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik serta kehidupan yang
harmoni.


6.1 OBJEKTIF
Minggu Mesra Mahasiswa diadakan dengan objektif berikut:

a. Memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa mengenai matlamat,
fungsi dan hala tuju universiti.

b. Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam bidang
akademik dan kokurikulum semasa di universiti.

c. Memupuk nilai berdikari di samping membantu mereka menyesuaikan
diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam
kampus.

d. Menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni serta mengeratkan
perhubungan kaum menerusi pelbagai program pembangunan
mahasiswa.

6.2

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

PENGISIAN MINGGU MESRA MAHASISWA


6.2.1 TAKLIMAT BANTUAN KEWANGAN
Mahasiswa baru akan didedahkan mengenai bantuan kewangan yang
ditawarkan untuk membantu membiayai perbelanjaan mereka
sepanjang melalui pengajian di UTM.

6.2.2 PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI
Program ini bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan sikap dan
penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran kepada Tuhan.
Program kuliah agama, tazkirah dan solat berjemaah akan diadakan di
masjid atau surau Kolej Kediaman Mahasiswa untuk pelajar beragama
Islam. Manakala mahasiswa bukan Islam akan diberikan ceramah
berunsurkan kerohanian, moral, kenegaraan dan kesedaran sivik di
Dewan Sultan Iskandar.

6.2.3 PROGRAM RIADAH
Program ini memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat
yang sedia ada. Menggalakkan seberapa ramai mahasiswa baru
mengamalkan gaya sihat bersesuaian, mengeratkan perpaduan kaum
dan menjauhkan mereka dari perkara-perkara negatif yang boleh
menjejaskan masa depan mereka.

6.2.4 TAKLIMAT DAN CERAMAH
Taklimat mengenai teknik belajar yang berkesan di IPT dan
kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Universiti bagi
memangkin potensi pelajar untuk belajar dengan cemerlang.

6.2.5 LARIAN KEMERDEKAAN DAN KARNIVAL SUKAN MERDEKA
Karnival sukan bersempena sempena sambutan kemerdekaan yang
akan diadakan di Stadium UTM. Pelbagai jenis sukan popular akan
dilaksanakan yang melibatkan semua mahasiswa baru bertujuan
untuk menyatupadukan mahasiswa berbilang bangsa dan agama
melalui aktiviti sukan.

6.2.6 MALAM KEBUDAYAAN DAN PATRIOTISME

Aktiviti yang diadakan untuk mengukuhkan talian persahabatan dan
mengeratkan silaturahim di kalangan mahasiswa baru melalui
persembahan kebudayaan dan kesenian.
6.2.7 SESI BERSAMA TNC HEMA
Tetamu
:YBhg. Prof. Dato Dr. Mohd Ismail bin Abd. Aziz


Timbalan Naib Canselor


(Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
Tarikh
: 28 Ogos 2016 (Ahad)
Masa
: 9.00 malam
Tempat
: Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
10

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

6.2.8 MAJLIS PERASMIAN DAN BACAAN IKRAR MAHASISWA


Tarikh
: 29 Ogos 2016 (Isnin)
Masa
: 9.00 malam
Tempat
: Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
6.2.9 SESI BERSAMA IKON MAHASISWA
Tarikh
: 30 Ogos 2016 (Selasa)
Masa
: 9.00 malam
Tempat
: Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

Dataran Utama Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur

11

7.0

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEMASA PROGRAM


MINGGU MESRA MAHASISWA

7.1

KOD ETIKA PAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN


7.1.1 Setiap mahasiswa yang datang mendaftar mestilah memakai pakaian
formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan. Pakaian
melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa UTM.


Sahsiah Rupa Diri Mahasiswa

S Berpakaian formal, kemeja berlengan
panjang (warna bebas), bertali leher,
berseluar slack gelap.

S Berkasut gelap. Tidak dibenarkan
memakai selipar

S Rambut mestilah pendek, kemas, tidak
diwarnakan, tidak berekor, fesyen
rambut yang tidak keterlaluan tidak
menutup telinga dan tidak menutup
kening.

S Tidak memakai subang, anting-anting
serta rantai leher

Sahsiah Rupa Diri Mahasiswi


S Berpakaian baju kurung (warna
bebas) atau baju lengan panjang
berkolar, berkain labuh berwarna gelap

S Pakaian mestilah tidak mencolok
mata seperti pakaian ketat, jarang,
pendek dan berbelah

S Tidak dibenarkan memakai pakaian
yang menutup muka (purdah).

S Berkasut gelap dan berstokin gelap.
Tidak dibenarkan memakai selipar.

S Rambut hendaklah berada dalam
keadaan kemas dan tidak diwarnakan.

7.1.2 Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak


menuruti Tatacara Pakaian Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan
dibenarkan mendaftar.

7.1.3 Maklumat lengkap adalah seperti dalam Buku Peraturan Mahasiswa
UTM yang akan diedarkan pada hari pendaftaran.

12

7.2

KOD ETIKA PAKAIAN SEPANJANG MINGGU MESRA MAHASISWA

Bil Mahasiswa

Minggu Mesra Mahasiswa


Pakaian Harian

Lelaki

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

Pakaian Upacara Rasmi Universiti

S T-shirt berlengan pendek


seluar panjang sukan (track
bottom)

S Pakaian sukan yang sesuai
termasuk kasut sukan dan
stokin

S Tidak dibenarkan memakai
kemeja "T" tidak berkolar, seluar
jeans atau selipar.

S Kemeja berlengan panjang (warna


cerah), bertali leher dan berseluar

S Kasut berwarna gelap dan stokin
hitam untuk upacara rasmi

S Beragama Islam. Keperluan untuk
solat termasuk pakaian baju Melayu
kebangsaan lengkap, bersamping
dan songkok berwarna hitam atau
biru tua gelap

Perempuan S T-shirt berlengan panjang
S Berpakaian baju kurung (warna
seluar panjang sukan (track bebas) atau baju lengan panjang
bottom)
berkolar, berkain labuh berwarna

gelap.
S Pakaian sukan yang sesuai
termasuk kasut sukan dan stokin S Tidak dibenarkan memakai
pakaian yang menutup muka
(purdah).


S Kasut berwarna gelap dan stokin
hitam untuk upacara rasmi.

(Sebarang perubahan pemakaian
akan dimaklumkan kemudian)

13

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

MAKLUMAT UMUM

8.0

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM (UTM JOHOR BAHRU)

8.1


8.2


8.3

PUSAT KESIHATAN
Pusat Kesihatan Universiti di Blok J01 memberi rawatan dan kemudahan
perubatan kepada mahasiswa pada hari Ahad hingga Khamis dari jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang. Jumaat dan Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 12.30
tengahari.
8.1.1 Rawatan Kecemasan
Sila hubungi 07-5530999 bagi mendapatkan rawatan sekiranya
berlaku kecemasan. Mahasiswa juga boleh mendapatkan bantuan
daripada Pengetua/ Felo Kolej ataupun Krew-krew yang bertugas
semasa Minggu Mesra Mahasiswa di kolej-kolej kediaman saudara
untuk bantuan kecemasan.
BANK
8.2.1 Perkhidmatan bank yang beroperasi di dalam kampus UTM JB adalah
CIMB Bank sahaja. Bank beroperasi dari jam 9.15 pagi hingga 4.30
petang (Isnin hingga Khamis) dan jam 9.15 pagi hingga 4.00 petang
(Jumaat sahaja)

8.2.2 Pelajar boleh membuka akaun simpanan CIMB Bank dengan hanya
mengemukakan MyKad di kaunter CIMB Bank Cawangan UTM JB
dengan bayaran serendah RM20.00 (bagi pelajar berumur 18tahun ke
atas sahaja). Pelajar juga amat digalakkan untuk mengaktifkan
kemudahan perbankan internet CIMBClicks untuk kemudahan urusan
perbankan dan bayaran sepanjang tempoh pengajian.

8.2.3 Sila hubungi CIMB Bank Cawangan UTM di alamat berikut :

CIMB Bank (Cawangan UTM)

Bangunan SUB, UTM 81310

Johor Bahru, Johor

Tel : 075577103/104
PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-TELLER (ATM)- MEPS
Perkhidmatan mesin kad auto-teller ATM-MEPS yang boleh didapati di sekitar
UTM kampus Johor adalah seperti berikut:
Bil
a.

Mesin Kad Auto-Teller


ATM-MEPS
CIMB

Lokasi
Aras 1 Bangunan Persatuan
Mahasiswa
Arked Cengal dan Arked Angkasa
KTDI

14

8.4

8.5


b.

Maybank

c.

Bank Islam Malaysia Berhad

Arked Kolej Perdana



Aras 1 Bangunan
Mahasiswa
Arked Cengal

Persatuan

PERKHIDMATAN BAS TRANSIT


Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke fakulti
disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali
hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan
perkhidmatan bas yang disediakan.


Di samping itu Kerajaan Negeri bersam-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
dan diterahui oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
menyediakan perkhirmatan Bas Muafakat Johor sevara percuma kepada
seluruh rakyat Johor. Ia meliputi kawasan sekitar Iskandar Malaysia iaitu
Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasair Gudang dan Kulai. Perkhidmatan bas
ini juga meliputi kawasan Kampus UTM.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui lama web muafakatjohor.com
Pendaftaran boleh dibuat sevara online dan boleh mendapatkan kad bus
tersebut di Kaunter PAJ seperti yang dinayatakan di laman web.


KEMUDAHAN DI KOLEJ KEDIAMAN
Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej-kolej kediaman

Kolej/Kemudahan Wi-Fi Kafe


Kolej Rahman
Putra
Kolej Tun Fatimah
Kolej Tun Razak
Kolej Tun Hussein
Onn
Kolej Tun Dr.
Ismail
Kolej Tuanku
Canselor
Kolej Perdana
Kolej 9 & 10


8.6

8.7

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

ATM

Surau

Mesin
Basuh
/

Gelanggang
Sukan
/

Bilik
Aktiviti
/

Bas

/
/
/

/
/
/

/
/
/

/
/
/

/
/
/

/
/
/

/
/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

Perkhidmatan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa.


Kemudahan kafetaria lain boleh didapati di Bangunan Persatuan Mahasiswa,
15

9.0

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

Arked Cengal, Arked Meranti, Arked Angkasa, Arked Lestari dan Scholars Inn,
Bangunan UTMAlumni, CICT, Laman Siswa, Arked N24 dan Fakulti
Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga.


8.8

Masjid Sultan Ismail terletak berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM (UTM KUALA LUMPUR)

9.1

PUSAT KESIHATAN
Pusat Kesihatan Universiti memberi rawatan dan kemudahan perubatan
kepada mahasiswa pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang.

9.2

PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-TELLER (ATM)- MEPS

Bil
1.

2.


9.3


9.4


9.5

9.6

Mesin Kad Auto-Teller ATM-


MEPS

Lokasi

Bank Islam Malaysia Berhad Dalam kampus UTM Kuala Lumpur


(BIMB)
Kolej Siswa Jaya (KSJ)

Maybank
Dalam kampus UTM Kuala Lumpur

PERKHIDMATAN BAS TRANSIT UTM Kuala Lumpur
Perkhidmatan bas transit dari Kolej Siswa Jaya ke Kampus atau sebaliknya
disediakan seawal jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hari
Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara digalakkan menggunakan perkhidmatan
bas yang disediakan.
Kemudahan fotokopi, kedai runcit dan mesin basuh berbayar disediakan di
Kolej Siswa Jaya (KSJ).
Kemudahan kafetaria terdapat di dalam kampus.
Masjid UTM terletak di kampus dan surau disediakan di Kolej Siswa Jaya (KSJ).

10.0 BANTUAN KEWANGAN


Pihak Universiti tidak menawarkan bantuan kewangan kepada mahasiswa. Oleh itu
mahasiswa adalah dinasihatkan untuk memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman
atau lain-lain bentuk bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau syarikat/agensi swasta melalui iklan yang
16

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

dikeluarkan samada di akhbar tempatan atau melalui laman web yang berkaitan.
Bagi tujuan ini, mahasiswa diminta untuk membuat persediaan awal dengan
membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan salinan fotokopi yang telah
DISAHKAN* seperti di bawah semasa hari pendaftaran :

a. Salinan kad pengenalan;
b. Salinan surat tawaran kemasukan ke UTM;
c. Salinan sijil-sijil persekolahan /Matrikulasi /Asasi /Diploma
d. Salinan surat beranak;
e. Gambar berwarna berukuran pasport;
f. Salinan sllip gaji terkini ibu bapa/penjaga atau Borang J (bagi ibu bapa yang
bekerja) atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga (bagi yang
bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) ;
g. Salinan sijil kerakyatan (jika ada) ; dan
h. Salinan maklumat nombor akaun Bank CIMB (bagi mahasiswa UTM Johor) atau
Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur).

* Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat sama ada oleh Pengetua, Guru
Besar Sekolah, (Sekolah Kerajaan sahaja), Penghulu/ Penggawa, Tuai Rumah,
Ketua Mukim, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred
41 ke atas (dahulunya Kumpulan A), atau Jaksa Pendamai.
Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa juga akan mempamerkan
iklan/notis mengenai tawaran biasiswa/pinjaman daripada agensi kerajaan atau
swasta untuk makluman mahasiswa dari semasa ke semasa. Sila rujuk papan notis di
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa/ fakulti/ kolej kediaman atau boleh menghubungi Unit
Penajaan di talian 07-5530185 (bagi kampus UTM Johor Bahru) dan 03-
26154282/4762 (bagi kampus UTM Kuala Lumpur) untuk keterangan lanjut.

10.1 PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Untuk permohonan pembiayaan pinjaman PTPTN, saudara dikehendaki
membuka akaun CIMB Bank (bagi mahasiswa UTM Johor Bahru) dan akaun
Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur). Untuk maklumat lanjut
saudara boleh merujuk kepada laman sesawang PTPTN di alamat
www.ptptn.gov.my.
10.2

BANTUAN ZAKAT PUSAT ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Mahasiswa yang tergolong dalam golongan fakir miskin dan sedang
mengikuti pengajian diploma atau ijazah sarjana muda secara sepenuh
masa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan
daripada Unit Kebajikan dan Zakat, Pusat Islam UTM.

Pemohon hendaklah mengisi borang secara atas talian pada tarikh yang telah
ditetapkan atau hadir terus ke Pejabat Pusat Islam UTM.

17

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

10.2.1 Jenis-jenis bantuan zakat yang terdapat di Pusat Islam UTM ialah:
1.
Bantuan zakat yuran pengajian
(Tidak menerima tajaan atau pinjaman & jumlah yang
diberikan maksima RM1000/sem).

2.
Bantuan zakat sara diri (RM300-RM600).

3.
Bantuan zakat sementara
(Wang tajaan atau pinjaman lewat masuk & jumlah yang
diberikan maksima RM150/bulan).

4.
Bantuan zakat bagi projek tahun akhir (RM100).

5.
Bantuan zakat bagi menjalani latihan industri (RM100-
RM300).

6.

Bantuan zakat kecemasan:


i.
Bantuan zakat tambang bas pulang ke kampung
(Sekali sahaja untuk setiap semester & jumlah yang
diberikan RM50-RM150 atau mengikut pertimbangan
pihak Pusat Islam UTM).

ii.
Bantuan zakat bagi kes-kes seperti kecurian,
kemalangan, kesihatan, OKU dan lain-lain yang
difikirkan perlu (RM50-RM200 atau mengikut
pertimbangan pihak Pusat Islam UTM).


Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan kebajikan dan zakat, mahasiswa boleh
hadir terus ke Pejabat Pusat Islam UTM atau menghubungi talian berikut:
Alamat : Unit Kebajikan & Zakat
Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor

No. Tel : 07-553 7508 / 07-553 7521

Alamat : Unit Kebajikan & Zakat


Pusat Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2203 1603

Kolam Renang Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru



18

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

11.0 PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT


Segala pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran, sila hubungi urus setia seperti berikut:

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UTM JOHOR BAHRU


Bahagian Kemudahan & Kesejahteraan


Tuan Haji Harun bin Mohd


Timbalan Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Tel
: 07-5530279/5530265
Faks : 07-5530491
E-mel : harun@utm.my

Pn Nor Sita binti Zakirai @ Zakaria
Penolong Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Tel
: 07-5530513
E-mel : sita@utm.my

KOLEJ- KOLEJ KEDIAMAN UTM JOHOR:

1.
Tuan Haji Seidi bin Mohamad

Pengurus Asrama Kanan

Unit Perumahan & Kolej Kediaman
Tel: 07-5532554
Faks: 07-5532553

Emel: sham7900@utm.my

2.
Encik Zulkepli bin Jemain

Kolej Rahman Putra (KRP)

Tel: 07-5537246/5537242

Faks: 07-5532701

Emel: zuljamain@utm.my

3.
Puan Salmiah binti Salleh

Kolej Tun Fatimah (KTF)

Tel: 07-5537259/5537255/37256

Faks: 07-5532702

Emel: sals@utm.my

4.
Encik Mohd Ismahadi bin Mohd Isa

Kolej Tun Razak (KTR)

Tel : 07-5537277/ 5530542

Emel: mismadi@utm.my

Encik Nazam bin Isa


Penolong Pengurus Asrama (Kanan)
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Tel
: 07-5530262

E-mel
: nazam@utm.my








19


5. Puan Nor Aishah binti Abdullah
Kolej Perdana (KP)
Tel : 07-5536673/5536609/36614
Faks: 07-5536674
Emel: noraishah@utm.my

6. Encik Hamdan bin Abd Ghani
Kolej 9 & 10
Tel : 07-5535017/5535008
Faks: 07-5535161
Emel: hamdana@utm.my

7. Encik Mohd Rasdan bin Jamian @
Raduan
Kolej Tun Hussein Onn (KTHO)
Tel : 07-5532624/ 5532593
Faks: 07-5532704
Emel: rasdan77@utm.my

8. Puan Norsidah binti Othman
Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)
Tel: 07-5531952/5531951
Faks: 07-5532705
Emel: shada@utm.my


9.

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM


11. Encik Mohamad Hairil Abdul Ghani
Kolej Dato Onn Jaafar
Tel: 07-5537709-5537708-37746
Faks: 07-5537706
Emel: hairil@utm.my





Puan Ema Razrina binti Ambayah


Kolej Tuanku Canselor (KTC)
Tel : 07-5535657/5535658/35680
Faks: 07-5535984
Emel: emarazrina@utm.my

10. Encik Khairil Zaidi bin Mohd Zaki


Kolej Datin Seri Endon
Tel : 07-5537701/5537702/37759
Faks: 07-5537700
Emel: khairil@utm.my


PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UTM KUALA LUMPUR

Unit Pentadbiran, Kebajikan & Aktiviti Mahasiswa


Puan Hafizah binti Ahmad Puaat


Encik Zurik Azaham bin Aris
Penolong Pendaftar (Biasiswa Dan
Timbalan Pendaftar
Kebajikan)
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Tel
: 03-26154760
Tel
: 03-26154762
Faks : 03-26935488
Faks : 03-26935488
E-mel : zurik@utm.my
E-mel : hafizahahmad@utm.my


Kolej Kediaman Di UTM Kuala Lumpur (Kolej Siswa Jaya)

2. Puan Suhana bte Bahatin
1. Puan Eva Sriaza binti Muhamad Ariff
Penolong Pengurus Asrama (Kanan)
Penolong Pengurus Asrama
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Telefon
: 03-26154136
Telefon : 03-26154139
E-mel
: evasriaza.kl@ utm.my
Faks
: 03-26154139

E-mel
: suhana.kl@utm.my

20

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM


12.0 LAGU UNIVERSITI KEUNGGULAN TERBILANG

Bersama kita menjulang


Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Pengajaran penyelidikan
Penulisan perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa










21

21

| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM

Anda mungkin juga menyukai