Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PENGAWAS 2012

1) Pengawas yang tidak bertugas selama 5-kali tanpa alasan akan dipecat. Antara alasan yang dapat diterima ialah:- Kelas lambat habis, - Tidak hadir ke sekolah, - *Terlalu sakit badan atau demam, - *Berjumpa dengan guru - *Membantu guru atau pekerja awam di sekolah, - Dan lain-lain alasan yang munasabah dan tertentu sahaja. * hendaklah menujukkan surat kebenaran daripada guru atau pihak yang sepatutnya. 2) Pengawas yang lambat datang bertugas iaitu lewat 5minit atau lebih akan dianggap tidak bertugas. 3) Pengawas yang akan dipecat akan diberitahui dalam tempoh seminggu. 4) Pengawas yang melanggar peraturan sekolah, terutamanya:- Mempunyai markah e-disiplin melebihi 25 markah, - Ponteng kelas/sekolah, - Bersikap biadap dengan guru, pekerja awam di sekolah, AJK dan AJKT, - Tidak mengikut arahan guru dan pekerja awam di sekolah

- Berdating di kawasan sekolah akan DIPECAT terus. 5) Pengawas yang melakukan masalah disiplin yang serius di sekolah atau melakukan mana-mana jenayah di sekolah akan terus dipecat jawatan sebagai pengawas. 6) Pengawas yang telah dipecat atau yang akan dipecat yang ingin menjawat jawatan sebagai pengawas semula hendaklah berjumpa dengan guru pengawas secepat mungkin dan akan menjalani temuduga dengan ketua pengawas dan dengan ketiga-tiga pen.ketua pengawas. 7) Berikut adalah senarai perkara yang tidak boleh melakukan oleh pengawas semasa sedang menjalankan tugas:- Berdating, - Berbual-bual dengan pelajar mahupun pengawas lain, - Terlalu khusyuk membaca buku, - Melepak dengan kawan-kawan, - Makan di kantin mahupun di tempat bertugas. 8) Berikut adalah senarai perkara yang harus dilakukan/dipatuhi oleh pengawas semasa bertugas:- Berpakaian kemas, - Mencatat nama pelajar yang melanggar peraturan sekolah, - Mematuhi peraturan sekolah. 9) Ketua Chekpoint wajib menyediakan buku kedatangan.

Procedure pemecatan pengawas

1) Pengawas yang akan dipecat hendaklah diumumkan sebelum seminggu. 2) Pengawas yang telah atau akan dipecat yang lambat meminta rayuan untuk menjawat jawatan semula tidak harus dilayan oleh mana-mana AJK dan AJKT. 3) Pengawas yang memberikan rayuan secepat mungkin mesti dilayan dan ditemu duga oleh ketua pengawas dan ketiga-tiga pen.ketua pengawas. 4) Keputusun hanya akan ditentukan oleh guru pengawas atau guru disiplin. 5) AJK atau AJKT yang dilucut jawatan tidak boleh merayu jawatannya balik. 6) Pengganti AJK atau AJKT yang dilucutkan jawatan hendaklah dicadangkan oleh semua AJKT dan AJK yang tertentu sahaja. 7) Keputusan penggantian tersebut hanya akan ditentukan oleh guru pengawas berdasarkan cadangan AJK dan AJKT.

Peraturan AJK dan AJKT pengawas 2012


1) AJK yang tidak bertugas selama 4-kali tanpa alasan akan dilucutkan jawatan sebagai AJK. Jika berturutan selama 3-kali lagi akan dipecat jawatan sebagai pengawas. 2) AJK yang lambat datang bertugas iaitu lewat 5 minit atau lebih akan dianggap tidak bertugas. 3) Antara alasan yang akan diterima jika tidak bertugas ialah:- Kelas lambat habis, - Tidak hadir ke sekolah, - *Terlalu sakit badan atau demam, - *Berjumpa dengan guru - *Membantu guru atau pekerja awam di sekolah, - Dan lain-lain alasan yang munasabah dan tertentu sahaja. * hendaklah menujukkan surat kebenaran daripada guru atau pihak t yang sepatutnya.

4) AJK yang mempunyai masalah contohya, diadukan oleh pengawas lain (jika benar) sebanyak 3-kali akan disiasat dan jika berterusan akan dilucutkan jawatan atau ditemu duga oleh ketua pengawas dan pen.ketua pengawas atau dikenakan markah e-disiplin. 5) AJK yang dipecat tidak boleh sama sekali meminta jawatanya balik dan tidak akan dilayan walaupun merayu.

6) AJK yang akan dipecat akan diberitahu dalam tempoh seminggu. 7) AJK atau AJKT yang tidak bertanggungjawab contohnya:- Berbual-bual dengan pengawas atau pelajar lain semasa 0bertugas - Melanggar peraturan sekolah - Tidak menjalankan tugas/ kewajipan yang diberikan oleh pihak 0atasan - Sentiasa lambat datang bertugas - Berkasar dengan guru atau AJK dan AJKT lain Akan dikenakan tindakan yang maksimum iaitu dilucutkan jawatan atau e-disiplin 5 markah. 8) Ketua disiplin serta pen. Ketua disiplin dan pen.ketua pengawas (3) harus memeriksa buku kedatangan pengawas pada bila-bila masa. 9) AJK(ketua BIRO) wajib menunjukkan buku kedatangan pengawas dengan lengkap dan nyata apabila ketua pengawas atau ketua serta penolong ketua disiplin ingin memeriksanya. 10) Semua AJK dan AJKT wajib memakai blaser pada waktu g g g g g g perhimpunan, waktu mesyuarat pengawas dan waktu rehat. 11) AJK(ketua BIRO) harus memberikan nama pengawas yang tidak 0 bertugas dengan sempurna atau mempunyai masalah kepada 0 0 AJKT atau pada Ketua Disiplin atau pada penolongnya. 12) AJK atau AJKT yang tidak memberi kerjasama seperti tidak 0 0 0 hadir dalam segala pertemuan atau mesyuarat dianggap 0 0 0 0 sebagai tidak bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai