Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya
dalam
perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan
suaminya. DIa akan redha dengan kesusahan atau kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah
dicatatkan
dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.ha.
! Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke
atasnya.
Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah saw.:
"Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorg sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan
perintahkan wanita sujud kepada suaminya."
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasa pada bulannya, taat kepada
suaminya, menjaga
kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-
mana pintu yang
kamu sukai." (Riwayat Ibn Majah)
Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa, kemurkaan dan laknat kepada wanita yang
berpaling
daripada peringatan ini:
"Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya kekatilnya tetapi dia enggan mendatanginya, lalu
suaminya
tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya ma! laikat akan melaknatnya sehingga waktu subuh
(pagi)."
(Sahih Muslim)
=================================================
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu s! endiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu
rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berfikir."
[Surah Ar-Rum 30:21]