Anda di halaman 1dari 8

Definisi Komunikasi

Komunikasi sebenarnya adalah konsep yang susah untuk didefinasikan ataupun ditafsirkan. Konsep komunikasi ini abstrak dan mempunyai pelbagai makna. Masalah juga timbul kerana maksud komunikasi yang digunakan seharian amat berbeza daripada penggunaannya oleh para sarjana untuk tujuan kesarjanaan ataupun saintifik.

Definisi oleh Ruesch (1957) menyatakan: komunikasi adalah proses yang menghubung bahagian-bahagian yang terasing di dunia ini member gambaran komunikasi yang umum.

Hybels dan Weavers menyatakan komunikasi merupakan proses yang mewujudkan perkongsian maklumat, perasaan dan idea-idea.

Komunikasi adalah satu proses yang berterusan, membabitkan pemindahan

maklumat daripada sumber kepada penerima disertai dengan maklum balas dikedua-dua pihak oleh Abrams (1986)

Byrnens (1975) mendefinisikan komunikasi sebagai satu proses interaksi dikalangan masyarakat. Proses interaksi ini akan mewujudkan aktiviti pertukaran pendapat, maklumat, idea-idea, dan menbawa kepada perubahan, tingkah laku atau cara seseorang itu bertindakdan perubahan kepada gaya pemikiran dan juga fizikal.

Manakala definisi: komunikasi adalah kaedah penghantar mesej tertera, arahan

manggunakan telefon, telegraf, radio, kurier oleh American College Dictionary (1964) adalah terhad maksudnya.

Miller

(1966) menyatakan: komunikasi adalah situasi di mana sumber imej kepada penerima dengan secara sedar bertujuan

memancarkan

mempengaruhi perlakuan penerima.Memberi gambaran setiap proses komunikasi perlu mempunyai niat/tujuan secara sedar oleh sumber, dengan defenisi begini maka tindakan menghubungi orang lain tanpa sebarang niat untuk mempengaruhi penerima bukanlah proses komunikasi.

Walau bagaimanapun, ada beberapa definasi komunikasi yang tidak menyatakan unsur tujuan/niat yang perlu ada semasa berkomunikasi. Gode (1959) menyatakan komunikasi sebagai proses mewujudkan persamaan di antara dua orang. Ini adalah tujuan utama komunikasi.

Definisi Hoben (1954) pula komunikasi adalah pertukaran secara verbal sesuatu idea atau pandangan. Definisi ini membuat andaian pertukaran idea atau pandangan telah berjaya di laksanakan.

Definisi berikut sebaliknya tidak membuat pertimbanga/rujukan kepada hasil komunikasi berkenaan sama ada berjaya atau tidak iaitu komunikasi adalah proses pemancaran maklumat (Barelson & Steiner, 1964). Kita dapati definisi ini

tidak menyebut sama ada maklumat yang dipancarkan diterima atau difahami ataupun sebaliknya.

Dance (1976) menggariskan beberapa dimensi yang boleh digunakan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal. Perbezaan itu dibuat pada tiga tahap berikut:

i.

Tahap Pemerhatian Definisi ini menyatakan ada definisi komunikasi yang luas atau am dan ada juga definisi yang menggambarkan komunikasi yang sempit atau khusus.

ii.

Tahap Tujuan Dimensi ini melihat sama ada definisi komunikasi berkenaan menyatakan dengan jelas tujuan/niat komunikator ataupun tidak.

iii.

Tahap Pertimbangan Normatif

Dimensi ini melihat sama ada definisi komunikasi mempunyai kenyataan yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi.

Berdasarkan dimensi yang membezakan di antara definisi-definisi komunikasi yang dibincangkan di atas, kita boleh membuat pertimbangan sendiri sama ada komunikasi itu sesuatu yang luas , mempunyai tujuan, dan mempunyai kesan

(pertimbangan normatif) ataupun sebaliknya. Selalunya proses komunikasi adalah kompleks dan berubah mengikut situasi.

Oleh itu adakalanya kita dapati komunikasi sebenarnya bukanlah ya ataupun tidak, hitam ataupun putih tetapi berada dalam suatu kontinum yang wujud di antara definisi yang luas, tidak bertujuan, dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Pada satu hujung lagi ada definisi yang sempit, bertujuan, dan mempunyai kesan.

Definisi Komunikasi Massa

Bittner menyatakanKomunikasi massa adalah pesan yang dikomunikasikan melalui media massa pada sejumlah besar orang.

Gerbner (1967) mendefinisikan komunikasi massa adalah produksi dan distribusi yang berlandaskan teknologi dan lembaga dari arus pesan serta paling luas dimiliki orang dalam masyarakat industri.

Komunikasi massa adalah setiap bentuk komunikasi yang menyampaikan pernyataan secara terbuka melalui media penyebaran teknis secara tidak langsung dan satu arah pada publik yang tersebar definisi yang dinyatakan oleh Meletzke.

Freidson pula mendefinisikan komunikasi massa adalah khalayak yang banyak dan tersebar yang dinyatakan dengan istilah sejumlah populasi, dan populasi tersebut merupakan representasi dari berbagai lapisan masyarakat.

Definisi komunikasi massa yang dikemukakan oleh Wright ini merupakan definisi yang lengkap, yang dapat menggambarkan karekteristik komunikasi massa secara jelas. Menurut Wright bentuk baru komunikasi dapat dibandingkan dari corakcorak yang lama kerana memiliki karekteristik yang seperti berikut : diarahkan pada khalayak yang reletif besar, heterogen dan anonym; pesan yang disampaikan secara terbuka seringkali dapat mencapai kebanyakan khalayak secara serentak, bersifat sekilas, komunikator cenderung berada atau bergerak dalam organisasi yang kompleks yang melibatkan biaya besar.

Joseph A.Devito merumuskan definisi komunikasi massa yang merupakan isinya penjelasan tentang pengertian massa, serta media yang digunakannya. Beliau mengemukakan definisinya dalam dua item iaitu :

Pertama, komunikasi massa adalah komunikasi yang ditujukan kepada massa, kepada khalayak yang ramai. Ini tidak bererti bahawa khalayak meliputi seluruh penduduk atau semua ynag menonton televisyen, tetapi ia bererti bahawa khalayak itu besar dan sukar untuk didefinisikan.

Kedua, komunikasi massa adalah komunikasi yang disalurkan oleh pemancarpemancar yang audio atau visual. Komunikasi massa akan lebih mudah dan lebih logik apabila didefinasikan menurut bentuknya; televisyen, radio, surat khabar, majalah dan filem.

Rakhmat : komunikasi massa diertikan sebagai jenis komunikasi yang ditujukan kepada sejumlah khalayak yang tersebar, heterogen dan anonym melalui media cetak atau elekronik sehingga pesan yang sama dapat diterima serentak dan sesaat.

INTRODUCTION TO MASS COMMUNICATION

(FLKM 1103)

DI SEDIAKAN OLEH

NABILAH HUDA BT MALEK

(09FA05003)

TAJUK

DEFINISI KOMUNIKASI

DEFINISI KOMUNIKASI MASSA

UNTUK

PUAN NORIZATINI BT NORALI

FOUNDATION IN COMMUNICATION SESI 1 2009/2010

Anda mungkin juga menyukai