Anda di halaman 1dari 2

Balada Seorang Gadis Kecil Gadis kecil itu telah bertahun Dicengkam derita Di khemah pelarian Yang menjanjikan

duka cita Munir tak mengenal erti cinta Telah kering airmata Menangisi kematian Ayahbonda dan saudara Pada suatu senja Langit Syatila Menyaksikan pembunuhan Anak kecil dan wanita Munir ditembak Penuh luka Tapi ajalnya belum tiba Kerna Tuhan mengasihi dia Peristiwa hitam 17 September Telah menjadi bukti Sempurnalah kekejaman Suatu bangsa yang sombong dan hina Berapa banyak lagi Gadis kecil tak berdosa Akan menjadi mangsa Kekejaman manusia Berapa abad lagi Gadis kecil seperti munir Akan menjadi korban Peperangan

Bertemakan peperangan Peperangan yang dimaksudkan ialah peperangan di Beirut lubnan, dikatakan sebagai peperangan penghapusan kaum. Juga dikenali sebagai peperangan sabra dan shatilla. Berlaku pada 17 september 1982 Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anakanak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan. Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka. Seorang anak kecil menjadi mangsa peperangan antara dua kaum Kehilangan segalanya yang ada didalam hidup

Anda mungkin juga menyukai