Anda di halaman 1dari 12

Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik? - Stokin. Ikan apa banyak di atas jalan raya?

- Kelisa. Datuk apa boleh terbang? - Datuk burung. Binatang apa selalu sakit perut? - Ikan kembung. Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia? - Bayang-bayang istana. Ikan apa nama seperti orang? - Ikan bakar. Burger apa yang paling happy? - Bergembira. Air apa paling berani? - Air terjun. Jin apa boleh menyanyi? - Jinbara. Kucing apa pandai menyanyi? - Alleycats.
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah. Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur

Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan. Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur! Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput. Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya. Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan. Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah. Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta. Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok. Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah dan Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada. Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah! Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!! Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar.mati lah orang tu, kan-kan? Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh. Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang! Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4. Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang. Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh! Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam! Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa. Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal hahaha.. Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang) Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana Blue adalah perkataan inggeris, Kang adalah perkataan Jawa

1) Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara . Binatang ape yang pemalas ???? Singa Jantanpasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka. 2) Kenapa Amerika takut kat Jepon.. dan Jepon pulak takut kat Amerika????? Pasal Jepon ade Ultraman. Amerika pulak kan ade Superman? ! 3) Dalam banyak banyak Pokok.Pokok ape yg paling tinggi ??? Pokok atas gunung ddahhhh.. . 4) Kalau kamu pandai.Sila jawab soalan inie dalam bahasa Arab dah.Soalan : <a> Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati. <b> Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang. <c> Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta. Jawapan : (A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. . (B) Astagh'firullah' hal'azimm. (C) Al'hamdulillah. 5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dia naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi 2 tingkat.kenapa pulak? Sebab budak nie pendek..tak sampai nak picit tingkat 10 6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inieBangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie????????? Tak tahu ke???.. Bangsa Melayu dahh.pasal boleh makan UBI KAYU JAMBU BATU, PUCUK PAKU.BELIMBING BESI.IKAN SELAR PAPANBUAH KERASCILI API dan lain lain lagi..betul tak??? 7) Aper dia .naik cepat.turun lambat.?? ???? hingus lahhh. 8) Banyak banyak surat . surat ape yg tak perlu di jawab????? Suratan takdir illahi lahh(siapa yg nak surat seperti ini?) 9) Apasal baju Superman Ketat??????? ? Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh..

10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat .?? ?? JANGAN LAGI.bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali.Faham ?!? 11) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ? Penunggang motosikal yang tak pakai helmetsebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmetmaknanya kalau moto mereka terbalekterbabas kemasok bawah lori ke kepala mereka takkan pecah 12) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk Masukkan benang dalam jarum 13) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah 14) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais MILO AIS 15) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje. 16) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam 17) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol Semut yang matanya BENGKAK 18) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? Motorsikalsebab dia pakai tongkat 19) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah Panjat pokok kelapa 20) Ahmad bin Abu, kambing bin apa? Kambing binATANG 21) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR 22) Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2?? Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu 23) Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung? Jawapan: Seluar dalam ler.. haha 24) Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi? Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

25) Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat? Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa! 26) Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Teka.. teka.. kalo terer! Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!! 27) Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer! Jawablah kalau bijak sangat! Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..! 28) 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu? Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam. 29) Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY 30) Scorpion kaler apa? Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab! 31) Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip??? Jawapan: Kerani 32) Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU??? Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri! 33) 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!! Pantun Teka-Teki Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? Jawapan 1 : Ayam Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? Jawapan 2: Gasing Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan 3: Buah Melaka Burung nuri burung dara Terbang ke sisi taman kayangan Cubalah teka wahai saudara Semakin diisi makin ringan? Jawapan 4 : Belon Bunga orkid indah warnanya Penyeri taman dan juga hutan Ramai orang datang bertanya Bintang apa hidup di lautan? Jawapan 5 : Tapak Sulaiman Pak Pung Pak Mustafa Encik Dollah dirumahnya Ada tepung ada kelapa Gula Melaka jadi intinya Jawapan 6 : Buah Melaka Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? Jawapan 7 : Kilat Budak-budak bermain batu Batu dikira satu persatu Badannya lurus bermata satu Ekornya tajam apakah itu? Jawapan 8: Jarum Jika tuan membeli tikar Tikar anyaman dari mengkuang Kalau Tuan bijak pintar Ular apa membelit pinggang? Jawapan 9: Tali Pinggang Masak tumis sambal petai Makan kenyang sambil sendawa Anda menziarah sahabat handai Buah apakah yang akan dibawa? Jawapan 10: Buah Tangan Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang

Sudah masak, kuninglah ia Jawapan 11: Belimbing Belayar perahu dari Bentan Menyusur tepi Selat Melaka Lebar kepala dari badan Apakah ikan cubalah teka? Jawapan 12: Ikan Pari Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Untuk mendaki tempat yang tinggi? Jawapan 13: Tangga Orang bekerja diberikan upah Hidangan disaji dalam talam Gajah putih ditengah rumah Layar terkembang di waktu malam? Jawapan 14; Kelambu Gigi berduri tatah bersigai Pembelah kayu ia berguna Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Jawapan 15: Gergaji Jika ke kedai pergi berbelanja Belikan saya sudu dan senduk Jika pandai katakan ia Semakin berisi semakin menunduk? Jawapan 16: Padi Kalau tuan pakai lencana Pakailah songkok di atas kepala Kalau Tuan bijak laksana Binatang apakah tiada kepala? Jawapan 17: Ketam Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun Makan kuat tidak terkira Kenyangnya tidak tahi bertimbun? Jawapan 18: Api Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar didalam tebing diluar?

Jawapan 19: Gigi Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun? Jawapan 20: Umur Soalan: Ulat daun tidur berembun Di pohon kelapa setiap masa Banyak daun perkara daun Daun apakah dahan tiada? Jawapan: Banyak orang pergi ke dusun Dusun kaya dengan buah-buahan Banyak daun perkara daun Daun terup tidak berdahan Soalan: Ada satu teka-teki Pada tuan saya bilang bagi Kalau tuan bijak sekali Apa binatang tiada kaki? Jawapan: Jangan fikir aku budak-budak Aku tahu kamu punya cabar Di tengah padang terlengkak-lengkak Yang tiada kaki binatang ular Soalan: Cendawan bulat ditepi paya Bawa orang dari hulu Banyak hairan di hati saya Kecil dia segan,besar dia tak malu? Jawapan: Bawa orang dari hulu Cendawan bulat tepi paya

Kecil segan, besar tak malu Itulah nama kuntum bunga.

Anda mungkin juga menyukai