Anda di halaman 1dari 24

SPLIT IDENTITY

Handsomenya!! Ni yang buat aku tak tahan ni! Arghh! So cute! Kalaulah aku seorang yang tak tahu malu dah lama aku approach dia. Mintak dia jadi kawan aku. Ish. Sukanya aku tengok mata dia. Tajam!! Kening dia tirus dan lebat. Macam mata helang! Dia dah ada awek ke? Mintakmintak tak de. He. He. Ini yang untung aku setuju nak jadi baby sitter. Atilia ketawa kecil. Matanya masih tajam merenung wajah lelaki itu. Selama seminggu ini dia terpaksa berulang-alik dari Subang Jaya ke Bangi dengan komuter. Kebetulan pula, hampir setiap hari lelaki itu pasti akan menaiki komuter yang sama pada waktu yang sama. Berambut spiky dan bercermin mata frameless. Tanned skin dan mempunyai sepasang mata yang tajam, cam Tom Cruise tu. Hari ni lelaki itu berpakaian kemas. Kadang-kadang selekeh dan extreme nampaknya. Pelik? Pandai tukar-tukar taste. Ah! Dah sampai Subang Jaya. Atilia melemparkan pandangan yang terakhir kepada lelaki tadi. Waa! Hari ni last day aku tengok kau! Esok dah tak baby sit cousin aku yang kecik tu! Ish! Ish! Tetapi, lebih memeranjatkan Atilia, lelaki tadi seperti sedang melangkah ke arahnya. Atilia tergamam. Lari ke tunggu? Argh! Betul ke apa yang aku tengok ni? "Hai." Aku toleh ke belakang. Tak de orang. "Hai. Saya hai kat awaklah!" Lelaki itu ketawa melihat telatah Atilia. "Selalu naik komuter ke?" "Hmm, hari ni last day. Sebenarnya, selama seminggu ni saya kena baby sit cousin saya kat Bangi." jelas Atilia. Matanya tidak lepas dari merenung wajah lelaki di hadapannya. Ya Allah! Tak sangka ada makhluk sehandsome mamat ni! Wah! "Kenapa awak turun kat sini?" "Rumah saya memang kat sini." Dia tersenyum. "Tak sangka pulak." balas Atilia. Dia tersipu-sipu malu. Ceh, kalau tahu aku melawa sikit hari ni. Malunya! Dah la aku tak cun cam muka model lain. Hee! "Saya tau awak selalu renung saya dalam komuter. Dan masa balik awak tak pernah toleh ke belakang bila turun dari komuter. Saya selalu turun lambat...selepas awak dah jauh sikit. Sebab tu la awak tak perasan kot." "Er..ya ke?" "Nama awak sapa?" "Saya Atilia." "Saya Fareez. Selamat berkenalan. Saya memang nak berkawan dengan awak dan sengaja saya pilih hari ni untuk tegur awak. Lucky me coz this is your last day naik komuter. Jom balik sama-sama?"

Atilia tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya. My dream comes true! Dia ketawa lagi apabila teringatkan pertemuan kali pertama mereka. Dia sungguh gembira apabila Fareez ingin menjadikannya sebagai special girlfriend. Mestilah aku suka!! Dah le baik, handsome! Ish! Tapi, kenapa dia pilih aku? Aku bukannya lawa sangat. Biasa aje. Pernah gak aku nak tanya tapi takut nak dengar jawapan dia. Biarlah! Atilia menunggu Fareez di depan rumahnya. Lambatnya mamat ni. Kata nak pick up 8 sharp. Ni dah sepuluh minit lambat. Atilia mengeluh lama. Dah masuk tiga kali dia ulang-alik ke dalam rumah. Inilah first date diorang, officially!! Gabra bukan main. Pada malam itu sengaja Atilia mengenakan baju turtle neck berlengan panjang warna merah dengan skirt putih tiga suku. Rambutnya diblow dengan hair dryer, first time tu! Rambutnya yang dilepas bebas itu dipin pada kedua-dua belah, biar tampak kemas. Jam tangan Seiko ditatap lagi. Ish! Ke aku yang excited sangat? Pon! Pon! "I'm so sorry, Tee. Mak Ezz minta tolong Ezz sikit tadi. Sorry ye! Lama tunggu?" ucap Fareez sebaik saja Atilia masuk ke dalam keretanya. "Lama! Berkurun dah!" balas Atilia. "Eh, janganlah marah. Malam ni kita tengok movie okay?" Fareez tersenyum lawa. Cair hati Atilia. Dah tak marah... Dalam panggung lak, Atilia jadi resah tidak menentu. Hatinya terasa bagaikan meletup apabila bahunya bergeser dengan bahu Fareez. Lelaki itu hanya tersenyum ceria. "Bestkan cerita ni? Mesti Tee suka sebab biasanya girl kan suka love story." "Tee tak kisah. Asalkan movie tu best Tee akan tengok!" balas Atilia, sedikit gugup. Laa, orang lain pun berdating gak! Tapi tak de la gabra nak mampus macam kau ni!! Ish! Tangan Atilia terasa sedikit panas. Dia menoleh ke arah Fareez yang sedang asyik merenungnya. Jari jemarinya diusap lembut oleh lelaki itu. Ish. Kenapa kau handsome sangat?! Dah tu pakai spek lak. Makinla handsome! Matured! Lama mereka menyepi. Masing-masing memandang skrin di depan mereka, namun fikiran melayang entah ke mana. Tiba-tiba, genggaman tangan Fareez mengendur. Dia menarik tangannya. "Eh?" "Kau ni sapa?!" soal Fareez kasar. Suaranya agak kuat sehingga ditegur oleh orang belakang. "Ezz? Kenapa ni?" tanya Atilia kehairanan. "Love story? Dah tak de movie lain ke nak tengok? Hee, memang

jiwanglah mamat ni! Dah, aku nak keluar. Kau tengoklah sorangsorang!" kata Fareez dan terus angkat punggung. Atilia bingung. Dia terpaksa mengikut lelaki itu keluar sama. "Kenapa ikut aku?" "Ezz, kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba aje melenting? Apa salah Tee?" "Tee? Sapa Tee? Heh, masalahnya aku tak kenal kau la! Dah, blah!!" tengking Fareez dan terus beredar pergi. Atilia jadi sebak. Namun, dia masih tertanya-tanya kenapa Fareez berperangai begitu tiba-tiba. Apa hal? Kalau tak suka tengok love story janganlah pilih awal-awal! Ah, camne aku nak balik ni? "Ha?" "Tula pasal. Ezz ingat 'dia' tak kacau semalam. Sebab tu Ezz tak nak cakap lagi kat Tee." "Camne boleh jadi macam ni?" "Tak tahulah. Sejak Ezz berusia tujuh tahun, 'dia' muncul. Perangai kami memang bertentangan. Boleh kata, itu jiwa jahat Ezz la agaknya." Atilia bingung. Blur! Dah le aku kena leter dengan abang semalam. Jiwa jahat? Susahlah macam ni. Kalau tiap kali aku keluar, tiba-tiba dia berubah camne? "Tee janganlah risau. Layan je dia baik-baik. Dia ni memang pendendam, sensitif dan panas baran. Tapi, kalau kena cara dia okay kot." ucap Fareez sambil tersenyum. "Dia taklah sejahat mana. Jangan bimbanglah! Jom, kita jalan-jalan." Atilia hanya tersenyum. Bimbang? Entahlah. Aku takut ditengking macam tu. Aku malu. Dan aku takut 'dia' tinggalkan aku macam semalam. Huh! Langsung tak gentleman. Cakap kasar pula tu! Langsung tak tahu nak jaga air muka orang. "Here!" "Thanks! Tee memang suka sangat bunga lili." "Ezz pun. Tak sangka taste kita sama ye." Dia ketawa kecil sambil merenung wajah Atilia. "Jom kita gi kedai tepi lorong tu. Kat situ banyak rantai cantik yang murah." Mereka berdua menuju ke sebuah gerai kecil. "Wah! Cantiknya! Eii, tak tahulah nak pilih yang mana satu ni." Rambang mata dibuatnya. Atilia masih lagi memilih rantai yang bersesuaian dengan dirinya. "Ezz, yang ni okay tak?" "Nice. Nampak cool, sesuai dengan Tee." "Ya ke? Pak cik, saya nak yang ni ye. Berapa?" "RM 6.50 je," jawab pak cik itu. Atilia mengeluarkan dompet. "Tak payah. Biar Ezz je yang belanja. Anggap Ezz hadiahkan rantai tu untuk Tee." "Tak pe ke? Mahal..."

"It's okay, sweety. Nah, pak cik." Fareez tersenyum sambil menghulurkan sekeping not merah. Dia menunggu pak cik tadi memberi baki wang. "Tee, nak ke mana tu?" "Tee nak ambik duit tu....bergolek pulak." balas Tee sambil tersengih. Tiba-tiba, tangannya dicekup seseorang. "Ezz!!" "Tee...?" Alamak! Sapa pulak tu yang kacau Tee ni. Cam muka penyangak je. Ish, tiga orang? "Kenapa pegang dia?" "Kenapa? Sebab kitorang nak kacau dia la! Kau ni sapa ha? Jangan masuk campur!" kata lelaki yang memegang tangan Atilia. Gadis itu ketakutan. "Hey, jangan nak kacau girlfriend aku! Lepaskan dia!" tegas Fareez sambil menghampiri lelaki tadi. "Kalau aku tak nak?" Dia sengaja mendekatkan mukanya pada Fareez. "Ambik penumbuk aku!" Lalu sebuah penumbuk padu singgah di rahang lelaki tadi. Pegangannya pada tangan Atilia terlepas. Gadis itu segera mendapatkan Fareez. "Siot! Ingat kau boleh kalahkan aku?" Kolar baju Fareez dicekup kasar lalu lelaki itu dihempas kuat ke tanah. Seorang rakannya datang menyertai lelaki itu manakala seorang lagi memegang kemas tubuh Atilia. "Zack, belasah dia sampai mampos!" "Ezz!! Jangan belasah Ezz!! Ish!!" Atilia pula meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. Lelaki yang berambut punk itu mula bertindak lebih jauh lagi. Leher Atilia dicium kasar. "Ezz!! Ezz...." Fareez membalas tumbukan lelaki yang dipanggil Zack tadi. Tetapi, lelaki botak menyerang dia dari belakang. Fareez tersadung ke hadapan dan hampir-hampir terlanggar botol kaca di depannya. Lantas tubuhnya diserang bertubi-tubi oleh kedua-dua orang lelaki tadi. Manakalah Atilia pula lain ceritanya. Dia sedaya-upaya cuba melawan asakan lelaki yang sedang berada di atas tubuhnya. Air matanya mengalir deras. "Ceh, berani korang belasah aku?!!" Tiba-tiba Fareez berdiri tegak. Tendangan dan tumbukan kedua-dua lelaki tadi berjaya ditepisnya. Fareez tersenyum nakal. "Korang tahu tak korang memang cari pasal dengan aku?!! Meh aku bunuh korang!!" Botol kaca tadi diambil dan dihempas pada lantai. Sengaja dia mengacah-acah lelaki tadi dengan botol pecah itu. "Here I come!!" Zack dan si botak Pedi itu dibelasah habis-habisan oleh Fareez. Selamba saja dia menusuk perut Zack dengan kaca di tangannya. Tak terkeluar suara Zack menahan kesakitan yang amat sangat. Pedi mula melepaskan tendangan demi tendangan namun berjaya dielak oleh Fareez. Kini, hujung botol kaca yang tajam bersalut darah tadi ditusuk pada punggung lelaki botak itu. Terus meraung dan bergelimpangan di atas lantai, cuba untuk menahan kesakitan yang menyucuk-nyucuk lubang anus dan alat sulitnya. Fareez ketawa melihatnya.

"Ezz! Tolong!!! Ezz...!" Atilia menangis sambil menutup tubuhnya yang hampir terdedah. Lelaki yang cuba mencabulnya itu terpaksa membantutkan niatnya apabila Fareez menarik rambutnya dengan kasar. Boleh tercabut kepala otak agaknya. "Heh! Kau ni memang keparat yang tak de kerja lain!! Tau nak merosakkan orang aje ke? Meh aku rosakkan kau pulak!!" Sebatang kayu yang entah dari mana datangnya dicapai oleh Fareez. Lelaki tadi menghayunkan penumbuknya ke muka Fareez tetapi dibalas dengan hentakan kayu pada kepalanya. "He. He. It's show time!! Meh aku ajar kau camne nak jadi seorang gay...." Kayu tadi terus ditekan pada belakang punggung lelaki tadi. Menggelupur dia menjerit kesakitan. "Kan dah kena tu! Lain kali jangan berani nak belasah aku!!" Fareez terus memainkan peranannya. "Ezz! Dahlah tu, kang mati dia..!!" Lengan Fareez ditarik oleh Atilia dengan tangisan yang masih bersisa. "Ezz! Tee nak balik!" "Huh! Perempuan! Memang menyusahkan aje." Fareez mendengus kasar sambil menyentap tangannya dari pegangan Atilia. Dia hanya merenung tubuh Atilia yang terdedah sedikit di bahagian dada itu dengan pandangan yang kosong, tidak bernafsu. Boring. "Dah la! Jangan nangislah! Aku benci tengok pompuan menangis!! Dah la lemah!" "Ezz...." Atilia mengesat matanya. Aduh! Kasarnya bahasa Fareez versi evil ni!! Memang s i a l ! Tak reti jaga perasaan orang. Dia teringatkan kata-kata Fareez yang sorang lagi. "Tee janganlah risau. Layan je dia baik-baik. Dia ni memang pendendam, sensitif dan panas baran. Tapi, kalau kena cara dia okay kot." Eleh! Layan baik-baik camne? Dia hina aku sangat!! Fareez masih lagi tidak berganjak. Matanya terpandang seutas rantai yang terjatuh di atas tanah. Rantai itu dicapai lalu dihulurkan kepada Atilia. "Ambiklah. Ni rantai yang pakwe ko tu bagi!" "Hmm." Kini rantai bertukar tangan. Atilia masih lagi memeluk tubuhnya sambil memandang ketiga-tiga tubuh yang bergelimpangan selepas dibelasah teruk oleh Fareez. Dia ni memang menakutkan la.... Tiba-tiba, Fareez melucutkan t shirtnya lalu dihulurkan kepada Atilia. Atilia tergamam. Pehal lak dia ni. Tak malu ke tak pakai baju?? Kat luar rumah lak tu! Atilia jadi segan untuk melihat tubuh Fareez yang sememangnya kelihatan tough. "Ambik!! Aku bagi ni!" "Tapi, Ezz takkan tak nak pakai baju? Nanti apa kata orang tengok Ezz camni..." "Pedulik apa orang nak kata!! Kau tu?! Lagilah orang mengata bila

tengok baju kau terdedah kat situ! Cepat sarung baju ni!!" Suara Fareez mula melengking, geram apabila Atilia masih lagi bingung kelu. "Terima kasih..." "Cepatlah. Kita nak blah ni." Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket sambil kakinya menujah-nujah kepala penyangak tadi. "Dah ke?" "Dah..." Atilia tak tahu nak kata apa. Tshirt ni basah dek peluh Fareez. Bau tengik lak tu. Tapi, apa nak buat. Hmm, dia ni okay agaknya. Cuma gayanya yang kasar tu memang menyakitkan hati aku betul. Semasa Fareez dan Atilia berjalan menuju ke kereta, beberapa pasang mata memandang mereka dengan kusyuk. Mungkin pelik melihat Fareez yang tidak berbaju dengan palitan darah di mana-mana saja. Sebelum Atilia turun dari kereta, Fareez berkata sesuatu. "Lain kali, suruh balak lembik kau tu bawak kau ke tempat yang elok sikit. Ini tak, tepi lorong la jugak dia nak beromen. Bosan betul." "Terima kasih, Fareez." ucap Atilia sambil tersenyum tawar. Kalaulah kau lembut sikit.... "Hmm." Kereta terus dipecut laju. Ok ow!! I'm in a big trouble!! Camne nak explain kalau mak dan abang tanya kenapa?? Arghh!! Ni kan baju Ezz. Lupa lak! Isk. "Mana Lia jumpa budak tu?" "Er, kitorang berkenalan masa kat komuter." "Hmm, boleh caya ke?" Arfan, abang Atilia masih ragu-ragu. "Dia baik, bang. Cuma, dia pelik sikit. Cam ada dua identity. Sorang jahat dan sorang lagi baik." "Hah! Yang jahat tu la abang bimbang! Kang dibuatnya gila, camne? Nasib baik Lia balik camni mak tak de. Kalau tak mesti bising." "Lia tak expect jadi camni. Betul bang, dia baik...." Hmm, baik ke? "Jangan cakap kat mak pasal ni okay?" "Yelah." Atilia terus naik ke tingkat atas dan menguncikan dirinya di dalam bilik. T shirt merah itu direnung lama lalu dipeluk erat. Hmm, Fareez. Aku akan cuba menyintai Ezz yang satu lagi. Dia pasti berperasaan juga. Kalau bukan kerana dia, aku dah lama rosak agaknya. He. He. Biar aku cuci baju ni. Ezz versi evil yang kasi. Poket seluarnya diseluk dan dia mengeluarkan seutas rantai. Cantik. Rantai itu dikalungkan pada lehernya. Hmm, padan gak. Masa Atilia nak melangkah masuk ke dalam bilik air, abangnya menjerit. "Lia!! Ada phone call!!" "Er...alamak! Kejap!" Tergesa-gesa Atilia menyarung tshirt merah kepunyaan Ezz yang dipegangnya itu. Kemudian, dia terus turun ke bawah. "Sapa?" "Pakwe Lia la."

"Helo." ucap Atilia. "Tee, you okay ke? Ezz mintak maaf sangat-sangat pasal tadi." "I'm okay. Thanks to you, Ezz." Atilia tersenyum riang. "Hmm, dia layan Tee dengan baik tak? Sorrylah kalau dia kasar. Hmm, peliklah. Balik-balik je baju Ezz tak de." "He,he. Ezz dah bagi pada Tee." "Ya ke? Hm, Tee simpanlah baju tu ya." "Pelik! Ezz memang tak tahu apa-apa ke kalau Ezz berubah jadi Ezz berjiwa jahat tu?" tanya Atilia. "Hmm, semuanya di luar sedar Ezz. Tapi Ezz yang sorang lagi tu dengar apa yang Ezz cakap dan buat sekarang ni. Entahlah, Ezz tak tahu kenapa. Kekadang aje Ezz sedar bila masa Ezz berubah. Hah, lega hati Ezz bila dengar Tee okay!" "Terima kasih kepada Ezz yang sorang lagi tu. Hmm, Tee nak mandi ni. Ezz camne lak? Mesti sakit kena tumbuk tadi." "Boleh tahan lagi ni. He. He. Sebenarnya, Tee tak perlu risau apa-apa kalau Ezz yang sorang lagi muncul. He's really protective to someone he loves. Maybe. Tee ni Ezz tak tahulah. Lagi pun, Ezz yang sorang lagi tu lebih kuat dari Ezz yang sekarang ni." Fareez ketawa kecil, begitu juga dengan Atilia. "Okaylah, Tee mandilah. Lepas ni tidur elok-elok. Sweet dreams." "Same to you. Bye." Gagang telefon diletak. Baju yang melekat pada tubuhnya diusap lama. Bibir gadis itu mengukir sebuah senyuman manis. "Bila nak kenalkan pakwe kau tu pada aku?" tanya Emira. "Hm, tengoklah dulu." balas Atilia acuh tak acuh. Dia bekerja di sebuah kedai kek dan bunga. Kedai itu juga mempunyai sebuah cyber cafe yang agak besar dan perniagaannya sangat laris. "At last ada gak kau boyfriend ye, Lia?" sampuk Adli, seorang tukang masak. "Kau perli aku ke? Ingat aku ni tak laku?" sentap Atilia, bengang. "Releklah. Adli memain je." kata Fakri sambil menyusun beberapa biji kek ke dalam peti sejuk. "Bosan! Korang memang suka kenakan aku...." "Hai." "Ha...hai!" Atilia tergamam sebentar. Argh! Dia datang sini?! "Er...nak beli kek?" Fareez tersenyum lawa. Dia mengurut-ngurut dagunya sambil memerhati beberapa biji kek yang tertera di dalam peti itu. Kemudian, dia merenung wajah Atilia lama. Atilia mula segan. Fakri yang berada di sebelahnya tersenyum-senyum. Ni mesti balak dia. "Ezz nak blueberry cheese cake three slices." pinta Fareez sambil

merenung mata Atilia. "Er...kejap ye." "Hm, dah lama ke Tee kerja kat sini?" "Er...tak de la lama...setengah bulan." "Tetap?" "Hmm, belum tentu. Mungkin Tee nak cari kerja lain." "Best apa kerja kat sini. Boleh curi-curi main internet." ujar Fareez. Atilia hanya tersenyum sambil menghulurkan sekotak kek. "Berapa?" "RM10.50. Jadi genap RM11." "Ohh! Jahat jualkan kat orang mahal. Ingatkan boleh dapat diskaun." Dia terus membayar harga kek tadi. "He. He. Memain ajela! Nah 50 sen..." "Ambiklah. Ezz tak nak 50 sen...." "Kenapa? Bernilai jugak tau! Jangan boros." balas Atilia. "Hmm, Tee lebih bernilai." jawab Fareez. Atilia telan liur. "Lain kali Ezz datang lagi. Balik dulu. Bye." "Bye..." Sebaik sahaja Fareez keluar dari Delicacies Cafe, beberapa rakan sekerjanya yang lain segera datang menerpa. Kaki-kaki busybody mula menjadi tukang repoter yang tak bertauliah. Naik rimas Atilia dibuatnya. "Dia tu pakwe kau?" tanya Fakri, cam pompuan la pulak! "Eh, handsome la dia!! Gaya dia cam anak orang kaya? Nampak sweet sangat tadi." sampuk Emira. "Dia dari keluarga senang tapi bukanlah anak Dato' okay?" balas Atilia bosan. "Waaa! Mana kau dapat dia, Atilia?" tanya Adli pulak, yang sememangnya penuh dengan soalan dan jawapan yang laser-laser! Atilia menjeling tajam ke arah Adli yang tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Lantas dia menyambung kerjanya mengira baki wang pada akhir bulan ini. Fareez handsome? He. He. Betul tu! Tapi, 'unik'! Hmm, camne aku nak tackle Ezz yang sorang lagi tu? "Jom keluar makan?" "Huh?! Sapa ni? Boleh tak cuba bawak belajar sebut nama orang before menanya yang bukan-bukan?!" Atilia terkedu. Ezz sorang lagi ke? Aiya, buang karan betul. "Kau sapa? Nak cakap dengan sapa ha? Jangan buang masa aku!" "Ezz, ni Tee ah. Tee nak ajak Ezz keluar makan." "Tee?!" "Atilia la." "Aku bukan pakwe kau okay? Kau sedar tak?"

"Tau...." Atilia tarik nafas. "Tee nak makan dengan Ezz jugak. Jom, Tee belanja." "Aku malas." "Ezz, please! Temankan Tee keluar?" Diam. "Ezz tak kesiankan Tee ke? Camne kalau Ezz ajak orang makan tapi orang tu tak nak?" "Okay! Okay! Jangan cakap camtu la! Aku ambik kau sekarang kat rumah!" KLIK! Atilia menghembus nafas lega. Garangnya. Tak pernah nak cakap elokelok. Camne la famili dia kat rumah tu? Em, tak pernah pulak dia pelawa aku jumpa dengan mak bapak dia? Tanpa membuang masa, Atilia terus menukar pakaiannya dan berdandan ala kadar saja. Semasa menuruni anak tangga, dia berselisih dengan Arfan. "Lia nak ke mana?" "Jumpa Ezz." Atilia tersenyum. "Baik-baik sikit. Jangan balik cam hari tu lagi...pakai baju dia." Arfan ketawa kecil manakala Atilia acuh tak acuh saja. PON! PON!!! PON!!!! PON!! PON!!!! Terburu-buru Atilia keluar dari rumahnya. Tali sandalnya pun tak sempat nak diikat. Muka Fareez versi evil cam biasa, masam mencuka dan tak pernah nak senyum. Kereta terus dipecut laju. Masing-masing tidak berketik, langsung tidak bersuara. Atilia mula rimas dan tidak selesa. "Bisu?! Kau nak ke mana ni?" sentap Fareez tiba-tiba. "Er...hmm, mana-mana yang Ezz sukalah. Kan Tee nak belanja?" "Tempat aku suka...." Fareez menguakkan rambutnya. "Okay!" Atilia menarik nafas. Aduh! Bengangnya aku tiap kali dengan dia ni. Kenapa dia tak pernah nak cakap elok-elok. Dressing pun cam gangster je. Nasib baik je dia pakai spek so nampak cam baik sikit. Kereta Fareez berhenti di depan sebuah pub. Gadis di sebelahnya terkedu. "Gerak ah. Aku nak lepak kat sini." Lelaki itu terus keluar dari keretanya. "Kenapa datang tempat camni?" tanya Atilia sedikit gusar. "Tempat inilah yang aku suka. Kau sendiri yang cakap kan?" balas Fareez kasar. Mereka berdua masuk ke dalam pub itu. Keadaan di dalam sungguh membingitkan telinga Atilia dengan lagu yang dipasang kuat dan lampulampu neon yang menyakitkan mata. Pada ketika itu, memang ramai pengunjung yang memenuhi ruang di kelab itu. Ada yang sedang terkinja-kinja menari, berbual-bual, menjamu selera dan tidak ketinggalan jugak beromen. Beberapa orang wanita yang tidak dikenali selamba sahaja mendedahkan aset mereka kepada pasangan masing-

masing. Atilia jadi tidak menentu. Cuak gile. Fareez pulak selamba saja, cam dah biasa. "Ezz, jom kita ke tempat lain." "Mana lagi? Ni ajela tempat yang aku suka! Jom order makanan." "Tapi, Tee takutlah. Jomlah...." "Kau nak pergilah sorang! Jangan tak tahu tempat ni ramai penyangak saiko berkeliaran. Diorang memang suka orang cam kau ni!" balas Fareez selamba. Atilia tidak berkata apa-apa lagi. Hatinya menjadi sebak. Siot! Kenapa aku suruh dia pilih tempat yang dia suka? "Waiter, aku nak ice lemon tea satu dan fish and chips." kata Fareez. "Cik?" "Er...fresh orange je. Ada chicken soup?" "Ada." "Bagi saya satu." jawab Atilia. "Kejap lagi order cik berdua sampai." Pelayan lelaki itu terus berlalu pergi. Fareez dan Atilia masing-masing mendiamkan diri. Mata Fareez melilau memandang keadaan di dalam pub itu. Atilia tunduk memanjang. Hatinya bengkak. Geram dengan sikap Fareez yang sorang ini. Aku jugak yang suruh dia suggest tempat yang dia nak! Siot! Kalau tahu aku takkan keluar dengan dia. Tiba-tiba, dua orang gadis yang berpakaian seksi menegur Fareez. Agaknya dah bukan gadis kot. "Honey, you tak nak menari ke dengan we all?" "Aku bukan dalam mood sekarang ni. Lain kali aje." balas Fareez sambil tangannya memainkan peranan di kaki perempuan itu. "Jomlah. You're too handsome to be wasted! Malam ini, biar I dan Lina yang layan you. Jomla...." Perempuan tadi terus merengek sambil menggeselkan pipinya pada pipi Fareez. Lina pula duduk di atas riba Fareez sambil mengusap-ngusap dada lelaki itu. Mata Atilia bulat merenung scene kat depan. Berbulu s i a l ! "Dahla. Aku cakap tak nak, bermakna aku tak nak. Okay?" tegas Fareez. Matanya terus meratah tubuh perempuan di sisinya. "Ala! Rugi je..." Kedua-dua perempuan tadi terus blah dari situ. Fareez kembali menatap wajah masam Atilia. Kolam matanya berkaca-kaca. Senyuman sinis terukir di bibir Fareez. Marah atau cemburu? "Pehal kau buat muka camtu?!" tanya Fareez, kononnya innocent. Atilia membisu. Dia tak sanggup nak menatap wajah Fareez di depannya kini. Hatinya banyak kali dilukai ketika bersama dengan Fareez yang sorang ini. Suka sangat ke sakitkan hati aku? Apa yang dia dapat kalau aku kecewa? "Hoi! Aku tanya kau ni? Pekak ke bisu?!" Diam lagi.

"Bosan betul la. Kau jugak yang terhegeh-hegeh ajak aku keluar tadi. Sekarang buat cam tunggul pulak! Hey, aku ada banyak lagi la kerja lain yang nak dibuat kat rumah tu. Bukan cam kau free memanjang je." perli Fareez. "Enough!! Shut up! Shut up!!" jerit Atilia. Fareez tergamam. "Aku benci kau! Kita break saja!! Jangan cari aku lagi! Serious shit, I hate you!" Atilia terus berdiri dan berlari keluar. Fareez hanya merenung kosong, wajahnya tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hm, kita tengok! Sama ada kau boleh balik dengan selamat atau tidak. Fareez ketawa. Termengah-mengah dia berlari. Aku tak kenal sangat tempat ni!! Camne aku nak balik! Ah! Tolonglah sesapa pun. Dia pandang ke belakang. Nasib baik dapat lepas. Argh!! Kenapa dengan aku malam ni? Teruk betul. Dia mengesat air matanya yang tidak sudah-sudah mengalir. Nak call satu public pun tak nampak! Keadaan di sekelilingnya gelap tanpa cahaya. Dia terus berlari sehingga lengannya cekup seseorang. Spontan dia menjerit namun lelaki tadi terus menekup mulutnya dan menghentak tubuhnya ke dinding. "Diam!! Bak semua duit kau!" "Nah..nah! Ambik dompet aku!" tangis Atilia. Dalam kesamaran, dia dapat melihat wajah lelaki yang menyerangnya. Stranger. "Jangan bunuh aku! Lepaskan aku...tolonglah. Kau boleh ambik semua duit aku..." rayu Atilia apabila lelaki tadi tidak melepaskan genggamannya pada lengan Atilia. "He. He. Aku takkan bunuh kau. Tapi, tak ke rugi kalau aku lepaskan kau begitu saja? Aku nak have fun dengan kau kejap aje. Okay? Lepas tu kau boleh berambus!! Ha! Ha! Ha!" Lantas tubuh Atilia dihempas ke lantai. Tanpa membuang masa, lelaki tadi merentap pakaian Atilia sehingga terkoyak. Si gadis itu hanya dapat menangis dan meminta tolong. Arghh!! Matilah aku kalau macam ni! Aku tak sanggup nak hidup lagi! Please!! Tolonglah aku! Ya Allah!! Aku tak nak jadi camni!! Tiba-tiba, tangannya menyentuh sesuatu yang tajam. Tanpa berlengah lagi, dia menikam lelaki tadi dengan hujung besi berkarat itu. Tubuh lelaki itu ditolak kasar. Atilia bingkas bangun dan berlari lagi, entah ke mana. Air matanya kembali deras. Sehinggalah di suatu selekoh, tangannya ditarik seseorang. Sekali lagi Atilia menjerit. "Syy! Diam, diam!!" pinta lelaki itu sambil menekup mulutnya. "Ni akulah!" "Fareez?" "Pehal dengan kau ni? Apsal kau lari keluar? Nak tunjuk berani sangat? Kan aku dah cakap tempat ni bahaya. Kau pepandai blah camtu je." marah Fareez sambil memegang tangan Atilia. "Lain kali, bila keluar pakailah baju yang tebal sikit. Blouse kau ni mudah koyaklah! Berapa

sen la kau beli ni ha?" Atilia masih lagi teresak-esak. Dia betul-betul takut tadi. "Diamlah. Jangan nangis lagi. Mari balik." Tangan Atilia ditariknya. Enjin kereta segera dihidupkan. Namun, Fareez tidak terus balik sebaliknya dia berhenti di sebuah kedai pakaian. Atilia masih membungkam. Tubuhnya terketar-ketar. Dah dua kali dia kena macam ni. Serik! "Jom masuk dalam tu. Aku belikan kau baju." "Tak payah. Aku balik macam ni je...." balas Atilia perlahan. "Kau jangan degil la! Cepat turun. Kalau tak aku heret kau!" Perasaanya semakin tertekan. Dengan kebencian yang semakin memuncak terhadap lelaki itu, dia turun jugak. Tetapi, Fareez selamba saja menarik tangannya masuk ke dalam kedai pakaian itu. "Pilihlah baju. Takkan nak pakai jaket aku je." "Kau pilih sendiri. Aku tak nak." "Hmm...aku pilih ye..." Fareez segera meninjau dan menilik pakaian di dalam kedai itu. Atilia duduk berteleku di atas kerusi. Wajahnya masam. Dia betul-betul sakit hati dengan lelaki itu. Walaupun aku jadi camni, dia tetap berkasar dengan aku! Kenapa? Benci sangat ke dia dengan aku?! "Nah! Kau cuba pakai baju ni. Aku rasa sesuai dengan kau. Kalau suka, terus pakai." Tanpa membalas kata-kata Fareez, Atilia merampas kasar baju itu dan terus masuk dalam fitting room. Lama juga dia berada di dalam bilik itu, agaknya dalam lima belas minit pun ada. Fareez mula gelisah. Apa yang dibuat mangkuk tu pun tak tahu. Pintu diketuk berkali-kali. Tiada jawapan. Darah Fareez mula mendidih. s i a l ! Apa yang pompuan ni nak buat sebenarnya? Aku benci dimainkan camni! "Hei, baik kau bukak. Kalau tak aku tendang pintu ni biar tercabut!" Tidak berapa lama kemudian, Atilia muncul dengan berpakaian baru. Wajahnya tetap begitu. Tanpa merenung Fareez dia keluar dari fitting room. "Okay ke baju ni? Aku bayar kalau kau suka." Diam lagi. Fareez dah mula malas nak melayan. Lalu dia terus membayar harga baju tadi yang agak mahal. Dia memandang Atilia yang sudah masuk ke dalam keretanya. Wajahnya masam, redup dan langsung tidak bercahaya. Salah aku ke? Ah! Lantaklah! Pompuan ni kalau makin dilayan makin besar kepala. Biarlah camni je. Lagipun, dia bukannya awek aku! Fareez terus menghantar Atilia ke rumahnya. Atilia turun tanpa memandang wajah Fareez. "Weh, lain kali kita keluar lagi nak?" Sengaja Fareez menduga Atilia. "Jangan jumpa aku lagi. Kita dah break, Fareez. Aku betul-betul bosan dengan kau. Sakit hati. Aku...benci kau." ucap Atilia perlahan dan terus

beredar. Fareez sedikit tersentak namun dia hanya membisu. Membisu dan membisu.... Kini, sudah sebulan mereka tidak bersua. Walaupun kadang-kadang Atilia rindukan Fareez versi angel tu, tetapi dia kuatkan semangat untuk tidak menghubungi lelaki itu. Hmm, kenapa dia tak jumpa aku? Katanya, dia takkan sedar kalau Fareez jahat tu muncul. Atau mungkinkah dia sedar? Atilia meraut wajahnya. Malas nak fikir. Sekurang-kurangnya tak de la orang nak hina aku lagi. Benci betul. Ahh!! Masalahnya aku tak leh nak lupakan dia!! "Hai." "Hai, nak...ah!" Atilia menekup mulutnya. Matanya tajam merenung wajah yang dirinduinya itu. Fareez tersenyum manis. "Apa khabar? Lama tak jumpa Tee." "Er..Tee baik. Ezz camne?" "Hmm..." Sengaja Fareez merenung mata Atilia. Soalan gadis itu dibiarkan tanpa jawapan. "Ezz nak beli kek apa?" "Ezz tak nak kek. Ezz cuma nak Tee. Boleh?" Gurauan apa pulak ni? Atilia tidak menjawab. Sebaliknya, dia menyibukkan dirinya dengan menyusun kek-kek yang sememangnya sudah tersusun rapi itu. "Aku nak cakap dengan kau kejap. Please? Kita cakap kat situ." Fareez menunjukkan tempat duduk yang agak terlindung sedikit. "Hm, apa yang Ezz nak cakap?" "Ezz rindukan Tee. Ezz menyesal sebab Ezz jahat tu buat Tee macam tu. Tapi, percayalah dia hanya menduga Tee. Entahlah..." "Nak duga apa lagi? Kerana dia, Tee hampir-hampir nak kena cabul tau tak!" "Tee, please? Ezz sayangkan Tee. Ezz sukakan Tee. Kita couple balik? Please sayang..." "Tee...Tee sukakan Ezz dan sayangkan Ezz. Tapi, Tee tak tahan lagi. Dia tu selalu sakitkan hati Tee. Benci sangat ke dia dengan Tee, Ezz?" tegas Atilia. "Sudahlah Ezz, Tee nak buat kerja. Baliklah. Fikir semula hal ni." Atilia bingkas bangun. Tiba-tiba, pinggangnya dipeluk dari belakang. Atilia tergamam. "Atilia, please don't leave me...." Suara ini? "Aku sukakan kau. Maafkan aku..." Pelukan dieratkan. "Ezz, lepaskan Tee..." "Aku sayangkan kau. Tolong terima aku balik!" pinta Fareez. Atilia semakin bingung. Suara ni....ini Ezz versi evil kan?! Huh? Kenapa jadi camni?

"Ezz?! Fareez ni .... " "Atilia, aku minta maaf sebab selalu berkasar dengan kau! Aku cemburu tengok kau dengan Fareez. Itu aje! Kau memang layan Fareez dengan baik sedangkan aku? Kau terlalu dingin!!" "Ezz! Jangan tuduh Tee macam tu. Tee cuba nak berbaik dengan Ezz cuma Ezz je yang layan Tee macam tu." "Ah! Aku tak kisah! Yang aku tau, aku nak kita bersama balik! Tolonglah! Kalau kau tak sukakan aku, at least kesiankan Ezz boyfriend kau tu! Dia asyik bersedih je dalam masa sebulan ni. Atilia, terimalah aku balik! Aku sukakan kau." ucap Fareez sambil menggenggam erat tangan Atilia. Atilia jadi serba salah. "Ezz...kita ... Tee.." Ah! Aku dah tak tahu camne nak cakap. "Atilia, aku merayu dengan kau. Jangan buat aku rasa rendah diri...." Lalu Fareez terus berlutut sambil merenung wajah kekasih hatinya. Atilia terkedu. Rakan-rakan sekerjanya dan beberapa customer yang berada di dalam kedai itu bagaikan terkedu menonton wayang free itu. "Ezz, bangunlah! Jangan buat camni...malulah..." "Atilia! Aku tanya lagi sekali. Kau nak terima aku balik tak?!" "Ezz!" Air mata Atilia mengalir. "Tee sayangkan Ezz! Tak kisah...duadua Fareez pun Tee sayang!" Tubuh Fareez terus dipeluk kemas. Fareez hanya membisu. "Ezz, Tee sukakan Ezz. Bagi Tee, dua-dua Ezz ni tiada bezanya! Tee sayangkan kedua-dua Fareez! Jangan hina Tee lagi..." "Tee...." Fareez menarik kedua-dua tangan Atilia sambil tersenyum. "Ezz minta maaf kalau selama ni buat Tee rasa tak seronok. Maafkan Ezz ya?" "Ezz!" Atilia tersenyum. Cepatnya 'dia' hilang. "Lepas kerja ni, Ezz ambik Tee okay? Kita jalan-jalan. Maafkan Ezz, Tee...." Rambut Atilia diusap lembut. Gadis itu hanya tersenyum manis sambil mengesat air matanya. Terima kasih, untuk kedua-dua Fareezku. "Eii! Bila lagi kau nak habis ni? Aku dah bosanlah! Nak balik!" "Kejaplah! Satu kedai je lagi. Tee nak cari baju untuk Ezz, sebagai hadiah." balas Atilia sambil tersenyum. Dia menarik tangan Fareez versi evil itu masuk ke dalam sebuah butik. Lelaki itu hanya menurut tanpa banyak karenah. "Eh, cantiklah baju ni. Cuba Ezz pakai!" "Em..." Fareez buat muka seposen. Malas nak melayan. "Suka ke tak? Janganlah buat muka tu!!" Bahu lelaki itu ditepuk kuat. "Tak..Ezz tak minat yang ni! Ezz suka yang tu. Colour hitam tu!" "Yang mana? Oh! Hm, yang ni pun cantik jugak! Kalau Ezz suka Tee belikan!" "Ambik je la. Dah, cepatlah! Aku lapar gile ni. Kang aku makan kau je...." kata Fareez sedikit sinis. Atilia hanya ketawa kecil.

"Nah, hadiah dari Tee." Baju yang diisi ke dalam beg kertas itu dihulurkan kepada Fareez. "Okay, jom makan kat situ!" Tangan Atilia ditarik kuat. Dah tak sabo lagi laki ni agaknya... Selepas makan, mereka berdua terus naik lif dan turun ke ground floor. Terburu-buru je si Fareez ni. Atilia pulak sesekali tersadung ketika cuba mengejar Fareez dari belakang. Apehal dengan mamat ni? Cepat je nak balik. "Ezz, kenapa ni? Releklah!" "Aku bukan cam kau. Slow je!" Atilia mencebik geram. Dia segera meletakkan barang-barangnya di seat belakang. Tiba-tiba, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali datang menghampiri kereta mereka, betul-betul mengelilingi mereka berdua. Atilia mulai takut tetapi Fareez tetap selamba. "Dia ni ah yang bunuh Zack dan Pedi!!" jerit salah seorang daripada lelaki-lelaki di situ. Fareez angkat kening. "Heh, kau ni yang kena belasah dengan aku dulu kan?" ujar Fareez sambil tersenyum sinis. "Hidup lagi rupanya!" "Kau jangan nak kurang ajar! Hari ni aku ngan geng aku akan belasah kau sampai mampos!!" tambah lelaki tadi. Fareez ketawa kecil apabila memikirkan rawatan yang terpaksa dilalui oleh lelaki malang itu. Mesti lubang bontot dia kena operate banyak kali. Atilia langsung tidak bergerak, takut bukan kepalang. Hee, Fareez ni leh plak sembang!! "Dahla! Aku nak balik ni. Hari ni memang aku tak de mood betul nak layan korang. Penat tahu tak?! Jangan kacau aku kalau tak nak mati." Fareez membuka pintu keretanya tetapi dihempas kasar oleh seorang lelaki yang berada di sebelahnya. Sengaja Fareez mengangkat sebelah keningnya, tanda tidak menyenangi perbuatan lelaki itu. "Itu hal engkau! Yang aku tahu, kitorang sume nak belasah kau sampai masuk kubur!" kata lelaki. Menyinga habis. Tanpa sepatah kata yang keluar dari bibir Fareez, anu lelaki tadi terus ditendang kuat. Merengkot dia sambil memegang anunya yang precious tu. Mamat yang kena operate lubang bontot tadi ditumbuk bertalu-talu. Empat orang rakannya yang lain segera menerkam ke arah Fareez yang selamba beruk tu. Atilia panik. Dia tak tahu nak buat apa. Takkan Fareez nak lawan sume orang tu kot? Gadis itu cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Sementara itu, Fareez masih lagi bertahan walaupun banyak kali dipukul curi oleh geng itu. Makin ah marah lelaki yang sorang itu. "Heh! Heh! Baru kau tau siapa kitorang!!" tengking salah seorang daripada lelaki di situ. Lepas je berkata begitu, mukanya terus dihadiahkan dengan tapak kasut Fareez. Tersungkur dia menyembah

bumi. Atilia masih lagi 'menggigit kuku'. Tiba-tiba, dia terlihat benda yang bersinar di tempat duduk Fareez. Wah!! Biar betul?! Tapi, aku dah terdesak gile ni! Benda itu itu terus dicapainya walaupun hatinya berdebar-debar. "Jangan pukul lagi!!" Pistol itu diacu ke arah mereka. Masing-masing terkaku sendiri. Mata Fareez tajam merenung wajah Atilia. "Kalau ada sesapa yang bergerak, aku tembak!! Betul! Tak memain!!" "Hey, pompuan! Kau jangan masuk campur..." BANG!! Satu das tembakan dilepaskan ke lantai. Terdiam semua orang. Fareez ketawa kecil. Selamba saja dia masuk ke dalam keretanya lalu mengarahkan Atilia untuk naik sekali. Enjin kereta dihidupkan dan terus dipecut laju. Sempat lagi Fareez menunjukkan jari tengah kepada slenger-slenger di situ. "Bak pistol aku!" Fareez merampas pistol dari tangan Atilia sambil tersenyum. "First experience ke pegang pistol betul?" "Aa..a..." "Nasib baik kau pandai. Seriously memang aku tak larat tadi. Tambah pulak aku tengah tak de mood. Kau memang cun masa tengah pegang pistol tadi." Pipi Atilia dicubit lembut. Dia ketawa. Atilia sekadar tersenyum. "Parents Ezz tau ke Ezz ada pistol?" "Tahu." "Diorang benarkan?" "Apa pulak nak bantahnya? Diorang sendiri yang hadiahkan aku pistol supaya aku dapat mempertahankan diri aku kalau ada hal-hal camni berlaku." Atilia diam. "Kau nak jumpa parents aku?" "Hah? Er....boleh ke?" "Apa pulak tak boleh? Jom, datang rumah aku!!" Kereta terus dipecut laju. "Dah lama ke kenal? Tak de pulak Ezz cite dengan auntie?" "Er...tak de la lama sangat..." "Auntie rasa Atilia mesti dah tahu pasal diri Ezz kan? Dia ada dua personaliti?" "Tahu." "Atilia tak kisah ke?" tanya Auntie Roziah lagi. "Tak kisah auntie. Lagi pun, 'diorang' dua baik dengan saya." balas Atilia. "Ezz ni pun satu. Dah ada yang steady bukannya nak gitau mak! Disorok pulak sorang-sorang..."

"Ezz bukannya apa mak...nak maintain dululah. Lagi pun, kalo tetiba clash Ezz gak yang malu!" balas Fareez agak sopan. Atilia rasa nak ketawa melihat cara Ezz versi evil membahasakan dirinya 'EZZ'. Tidak berapa lama kemudian, seorang pemuda turun dari tingkat atas dan melangkah menuju ke arah mereka. Dia menghadiahkan sebuah senyuman mesra untuk Atilia. Fareez mula tidak senang melihat abangnya begitu. Kalau hati dah tak baik sangat... "Hai. Kawan Fareez ke?" tegur pemuda itu sambil melabuhkan punggungnya di sebelah emaknya. "Saya Atilia." "Ehem! Bukan kawan....tapi girlfriend Ezz okay!" sampuk Fareez sambil menjeling ke arah abangnya. "Heh. Saya abang Fareez, Fazrul. Atilia kerja kat mana?" "Emm, kat Delicacies Cafe." "Tetap ke?" "Tak pasti...." "Mak, ayah mana?" Fareez mencelah. "Dia baru aje pergi pejabat. Agaknya lambat lagi kot nak balik." "Kalau saya pergi kat kedai Atilia, boleh dapat diskaun tak? Kalau tak silap, kedai tu yang ada cyber cafe sekali kan?" "Aah." "Rul tak de kerja lain ke?" "Rul cuti ah hari ni." Sengaja dia merenung muka Atilia. Dia tahu Ezz yang sorang ini mudah cemburu dan marah. Lain pulak dengan Ezz yang sorang lagi. Maintain dan cool aje. Tak cepat melatah. Hai...cam aku ada dua orang adik la plak. "Okaylah mak! Ezz nak hantar Atilia balik. Rul pun janganlah pandang Atilia macam tu! Ezz tak suka!" "Ish, releklah! Rul saja je nak test Ezz ni. Ceh, cemburu memanjang aje. Tu belum dia jadi bini ko lagi!" balas Fazrul sambil tergelak. Atilia pulak cover-cover je nak ketawa. Lawak tul Ezz ni. "Jap...Ezz nak ambik kunci kereta." Fareez terus bangun dan mencari kunci keretanya yang entah di mana letaknya. Auntie Roziah juga terus angkat punggung dah berlalu ke dapur. Kini tinggallah Atilia dan Fazrul. "Atilia sukakan Ezz?" Gadis itu menganggukkan kepalanya. "Tak pe ke dia berperangai camtu? I mean he got two personalities! Kind of weird....and sometimes he seems like a freak." Fazrul cuba cucuk jarum emasnya. "Hmm, saya tak kisah. Saya memang sukakan dia dengan ikhlas. Saya cintakan dia. Jadi, saya mestilah menerima dia seadanya. Lagi pun, saya sendiri bukannya bagus sangat." jawab Atilia selamba. "Hehe. Can be accepted!" Fazrul tersengih. "Kalau saya ajak Atilia

dating, nak tak? Kita keluar senyap-senyap?" "Itu kenalah tanya Fareez dulu!" gurau Atilia. "Tee, jom Ezz hantar balik." ajak Fareez. Atilia hanya tersenyum. Ai, ni versi angel la pulak. Bagi Atilia, dia senang untuk membezakan antara Fareez the angel dan evil melalui perangai dan renungan mata lelaki itu. "Ezz, releklah! Rul nak borak dengan dia kejap." "Tapi, ni dah lambat." Fareez kelihatan serba salah. Atilia hanya sekadar memerhati. Nampaknya, Ezz yang sorang ni memang senang dibuli oleh abang dia. Mungkin juga dia seseorang yang menghormati orang yang lebih tua. "Ish, nanti Rul hantarlah dia balik!" "Tee rasa camne?" tanya Fareez. "Fazrul, terima kasih ajelah. Saya memang nak balik. Nice meeting you." balas Atilia. "Ezz, jom!" Fareez tersengih panjang. Dia segera menarik tangan buah hatinya dan cepat-cepat berlalu pergi. Fazrul hanya membisu. Arfan sedang leka bermain komputer. Senyap-senyap Atilia masuk ke dalam biliknya. Tujuannya adalah untuk mengenakan abangnya. Biar terkencing dia ni! He.He. Perlahan-lahan dia berjingkit. Tiba-tiba, abangnya berpaling dengan memakai sebuah topeng yang sememangnya hideous sambil menyergah adiknya. Terkejut beruk si Atilia. Dia jatuh terduduk sambil menjerit. Arfan ketawa besar. "Padan muka! Ada hati nak kenakan orang. Ingat orang tak perasan ke?" "Abang ni jahat la!! Boleh mati Lia tadi tahu tak!!" Bahu abangnya ditumbuk kuat. "Eleh. Sapa yang jahat sebenarnya ni? Padan muka. Lain kali jangan nak kenakan orang aje." "Hm!" Atilia segera beredar dari bilik abangnya. Sisa tawa lelaki itu masih kedengaran. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu dikunci dan tubuh langsingnya dihempas ke atas tilam empuk katilnya. Buat seketika, dia termenung. Tidak berapa lama kemudian, bibirnya mengukir sebuah senyuman. Fareez....Fareez. Yang sorang tu baik, yang sorang lagi tu jahat! Abang dia pun satu. Sengaja je nak kenakan Fareez. Tapi, kalau difikirkan balik memang susah nak percaya. Manusia mempunyai dua karakter! Memang pelik?! Ah! Orang yang pelik itulah pakwe aku. Apa daaa~! "Fareez!! Aku sayangkan kau!" Atilia bingkas bangun. Satu persatu pakaiannya dilucutkan lalu tuala yang disangkut pada kerusi dicapai. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil dia

masuk ke dalam bilik air. Tubuhnya terasa melekit dan berbau tidak enak. Selama setengah jam dia memanjakan dirinya di dalam bilik air sehingga pintu biliknya diketuk oleh abangnya. "Cepat mandi! Ayah nak bawa kita dinner." "Okay! Gimme 10 minutes..." Tergesa-gesa Atilia keluar dari bilik air dan mengelap tubuhnya yang masih basah. Almari pakaiannya dibuka dan tanpa berfikir panjang dia segera mencapai sehelai blouse berwarna pink dan dipadankan dengan seluar jeans. Rambutnya yang masih basah dibiarkan lepas. Lantas dia turun ke tingkat bawah sambil tersenyum. "Hah! Inilah dia puteri raja kita. Lambat betul..." usik Arfan sambil tersengih. "Lia, cepat sikit. Ayah dah tunggu dalam kereta tu." kata Pn. Asyikin. Selepas pintu pagar ditutup, kereta Citroen X5 dipecut laju oleh En. Badrul. Arfan tidak habis-habis bercerita tentang awek barunya itu. Sesekali En. Badrul merungut sambil menyuruh anak terunanya supaya diam, sekadar bergurau. "Anak ayah yang cantik ni pulak camne? Dah ada yang berkenan ke?" sampuk En. Badrul tiba-tiba. Atilia tersentak sedikit. "Mana...." "Ada yah! Hari tu pakwe dia hantar dia kat depan rumah. An pernah jumpa dia sekali masa dia nak ambik Lia keluar. Handsome jugak....tapi tak boleh lawan An lagilah!" sampuk Arfan pula. Atilia menolak tubuh abangnya, tanda memprotes. "Steady ke, Lia? Suruhlah dia datang jumpa ayah. Kalau dah confirm, leh masuk meminang terus! Nikah cepat-cepat. Seronok tahu!" ujar En. Badrul seraya melirik ke arah isteri yang tercinta. "Ayah janganlah cakap macam tu." "Siapa nama dia Lia?" Sengaja Arfan mengusik adiknya. "Ha ah Lia. Tak de pulak Lia cite ngan mak ye. Pandai simpan rahsia. Hm, siapa nama budak tu?" tanya Pn. Asyikin. "Er....Fareez." "Bawalah dia jumpa mak. Teringin jugak mak nak tengok bakal menantu mak ni camne. Dia kerja apa?" Kerja? Ok ow! Aku tak pernah tahu. Dia pun tak pernah cite. Em, apa aku nak cakap ni?? "Er..." Atilia memandang ke arah abangnya, meminta tolong. "Mak, kita nak makan kat ne ni?" Si abang yang pengasih bertanya. "Mak pun tak tahu. Tanyalah ayah An tu. Dia yang nak surprise." "Kalau dah surprise tu memang ayah tak leh gitau sekarang. Hah! Tu dah nak sampai...." "Hotel Hilton?!" Mereka empat beranak masuk ke dalam hotel itu dan terus pergi ke

ruang restoran. Ayahnya berkata sesuatu kepada salah seorang pelayan di situ dan tidak berapa lama kemudian pelayan itu terus menunjukkan tempat duduk mereka. Atilia perasan bukan sahaja mereka sekeluarga di situ, tetapi dia dan keluarganya akan dinner sekali dengan sebuah keluarga yang lain. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. "Assalamualaikum, Lan. Sorry terlambat sikit. Anak I ni sibuk nak bersolek." sapa En. Badrul. Atilia mencebik geram. Buat malu je!! "Waalaikummussalam. Tak pe. I baru aje orderkan makanan tadi. Kejap lagi sampailah. Hmm, ini baru first time I jumpa anak gadis you. Arfan I dah biasa jumpa dia. Siapa nama anak you ni?" tanya lelaki itu. Atilia mengangkat mukanya. "Atilia." jawab ayah si gadis ayu itu. Kedengaran gelak tawa lelaki tatkala nama Atilia disebut. Atilia memandang ke arah wajah empunya suara itu. What?! Macam kenal....?! Arfan hanya tersenyum-senyum. "Kenapa ketawa ni Ezz?" tanya Uncle Rizlan. "Apa pulak ayah. Dia ni girlfriend Ezz la. Pasal tu Ezz rasa geli hati sikit." Atilia tersipu-sipu malu. Tadi masa aku datang tak nampak pulak muka budak ni. Bila masa dia duduk kat sini pun aku tak tahu. Tu ah ko asyik termenung je. Tapi, abang dia memang dari tadi ada kat sini. Ah! Memang aku tak ingat sangat muka si abang ni. Mak dia pun aku tak perasan sangat. Patutlah orang tua tu asyik tersenyum je apabila memandang aku. "Laa, iye ke? Lia? Kenapa ayah tak tahu pun?" En. Badrul ketawa kecil. Maknya hanya tersenyum. "Atilia ni sampai hati tak tegur Auntie. Kan kita dah jumpa tadi." sampuk Auntie Roziah. "Maaf! Saya tak perasan..." "Itulah Tee! Termenung aje. Ingatkan sapa tak tahulah tu." Fareez tersenyum penuh makna. Makanan yang dipesan tiba. Masing-masing mula melayan perut yang sudah berkeroncong kuat itu. Sesekali mereka berbual-bual dan ketawa. Fareez tidak sudah-sudah mengusik Atilia. Nampaknya, parents di kedua-dua belah pihak seperti bersetuju dengan pilihan anak masingmasing. Syukur! He.he. Hati Atilia berasa sungguh gembira pada malam itu. Hmm, Ezz versi baik. Tiba-tiba, Fareez berdiri sesudah mereka menghabiskan hidangan yang enak itu. Dia tersenyum sambil merenung Atilia. "Assalamualaikum. Ezz nak buat satu pengumuman penting. Ezz harap mak, ayah, uncle dan aunty dapat mendengar dengan penuh prihatin. Okay?" Dia meraut wajahnya lama. "Atilia binti Badrul Hakeem, sudikah Tee menjadi suri rumah dan penyeri hidupku buat selama-lamanya?"

Masing-masing tergamam. Atilia lebih-lebih lagi. Dia sungguh terharu dengan lamaran spontan Fareez. Romantiknye!! Arfan sekadar tersengih. Mak oi! Jiwang betul mamat ni. Atilia lak terlopong je. Malu betul. "Seribu kali Tee sudi, Ezz." jawab Atilia dengan penuh yakin. Fareez tersenyum lagi. Dia terus mengatur langkah menuju ke tempat duduk Atilia. Tangan mulus gadis itu diraih lalu disarungkan sebentuk cincin berlian pada jari manisnya. Mata Atilia bulat merenung cincin yang menyaluti jarinya kini. "Ewah, ewah! Pandai anak ayah ni. Cara melamar tu memang romantik!" sampuk En. Rizlan sambil menepuk tangan. "Mak, ayah..." panggil Atilia sambil tersenyum. Air matanya mula menitis. "Lia...Lia. Dah besar rupanya anak mak ni. Dah nak kahwin...." ujar Pn. Asyikin sambil memeluk erat anaknya. En. Badrul mengusap rambut anaknya. "Mak! Apa cite ni? Lia kahwin dulu sebelum An ke?" celah Arfan yang sejak dari tadi hanya membisu. Mereka ketawa mendengar kata-kata lucu Arfan. "Sebelum tu, Ezz nak gitau pada uncle dan aunty tentang diri Ezz. Sebenarnya Ezz ni...." "Nah!" "Ei? Hadiah?" "Nak ke tak nak?" "Mestilah nak! Apalah Ezz ni...." Kotak hadiah yang dibalut kemas itu disambut oleh Atilia. Perlahan-lahan dia membuka balutan hadiah yang cantik itu. Fareez yang berada di sebelahnya merenung jauh ke hadapan sambil menghirup sekotak minuman. Sengaja dia minum sambil mengeluarkan bunyi. Atilia tidak mengendahkan Fareez versi evil tu. Ada-ada aje mamat ni. "Wah!! Cantiknya! Pandai Ezz pilih." "Cantik ke?" Pulak!! Mamat ni betul la. "Tee suka sangat. Wah. Cantik design dia. Berapa ni? Cam mahal je..." "Jangan tanya harga, Atilia. Apa-apa hadiah yang aku beri kau jangan persoalkan tentang harganya. Aku tak suka!" balas Fareez sedikit kasar. Atilia mengeluh. "Ezz, I'm sorry. Rantai ni cantik." Atilia menepuk bahu Fareez. Rantai berlian itu direnung lama. "Ezz tolong pakaikan?" "Takkan pakai rantai pun tak reti? Lemah betul..." "Please Ezz! Pakaikan untuk Tee...." rengek Atilia lagi. Lengan Fareez dipeluk manja. Fareez mendengus.

"Bak sini rantai tu. Aku pakaikan." Kini, rantai berlian berada kemas di dalam genggaman tangan lelaki itu. Atilia tersengih. "Haa, rambut kau menyibuk! Camne nak pakai..." "Pasanglah cepat. Tee dah selak rambut ni." Lambat-lambat Fareez memakaikan rantai itu pada leher jinjang Atilia. Sengaja dia mendekatkan mukanya pada muka gadis ayu itu. Pinggang gadis itu dipeluk erat. Atilia terkejut dengan tindakan berani Fareez. Lelaki itu menggesel-gesel pipinya pada leher Atilia. "Atilia, kahwinlah dengan aku...." bisik Fareez lalu mengucup pipi gadis itu. "Tee....Tee...." Ah! Pesal tak keluar ni? Fareez tidak berganjak. Dia merenung mata Atilia, macam nak makan je. Mengigil jugak badan Atilia melihat Ezz berperangai begitu. Tangannya digenggam erat sambil dielus lembut. Tak sangka lelaki cam dia ni leh jadi romantik nak mampos! Cair aku siot! "Kahwinlah dengan aku, Atilia." "Tee...ah! Tee terima Ezz! You're so sweet, you know that?!" Pipi Fareez diusap lembut. "Terima kasih, Atilia. Aku mencintaimu...." Buat seketika, Atilia terkedu. Woo! Baru aku teringat. Macam mana dengan first night aku? Masa akad nikah nanti, Ezz yang mana satu yang akan muncul? Ya Allah! Complicatednya hidup aku. Atilia telan liur. Tubuhnya kaku di depan cermin. Kini, kebaya putih bersulamkan benang emas membaluti tubuh langsingnya. Baru dia teringat. Macam mana? Ah! Pandai-pandai Fareez la nak buat camana. Yang aku tau aku nak kahwin dengan FAREEZ. Tiba-tiba, maknya masuk. "Lawa anak mak ni. Hm, kejap lagi sampailah Fareez kesayangan Lia tu." "Mak. Baru Lia teringat...malam ni macam mana?" "Macam mana apa lagi. Layan aje la." Pn. Asyikin ketawa. "Bukan! Fareez kan ada dua identiti..." Pn. Asyikin hanya tersenyum. Kemudian, dia membisikkan sesuatu kepada anaknya. Wajah Atilia merona merah. "Mak!! Jangan kata macam tu. Malu Lia!" "Betul la apa yang mak cakap. Jadi, Lia jangan buat kerja berat-berat sangat lepas habis akad nikah. Biar ada tenaga sikit karang...." Atilia mencebik. Hish, mak aku dah mula loyar buruk la pulak! Atilia melangkah ke arah tingkap biliknya. Dia merenung jauh ke luar. Di bawah, ramai sanak saudara yang terdekat yang datang. Majlis akad nikah hanya dibuat secara sederhana saja. Hatinya berdebar-debar untuk menatap wajah Fareez. Wajah yang mana satukah yang akan

muncul untuk bersalam dengan tok kadi nanti? Ah.... Selepas akad nikah dan semua upacara pernikahan selesai, pasangan pengantin yang sama lawa dan sama padan itu melangkah ke ruang makan untuk menjamu selera dengan keluarga masing-masing. Beberapa orang kawan Atilia datang mengucapkan tahniah. Banyak hadiah mahal yang diterima oleh pasangan pengantin baru itu. Hari ini adalah hari yang paling gembira dan bermakna dalam hidup Atilia. Berkahwin dengan cinta pandang pertamanya itu. "Penatnya! Tak sangka ada lagi orang datang walaupun dah 10 lebih." rungut Atilia sambil mengelap rambutnya yang basah. Fareez tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya merenung wajah Atilia yang menjadi igauan dalam mimpinya dulu. Kini, dia sudah memiliki gadis ini secara mutlak. Atilia perasan gelagat Fareez yang sedikit nakal itu tetapi berpura-pura tidak tahu. Dia menyarung baju satin pada tubuhnya dan berlalu ke pintu tetapi dihadang oleh Fareez. Tubuhnya ditolak pada dinding sambil kedua-dua tangan Fareez menjalar ke seluruh tubuh pejalnya. Atilia menjadi gugup. Dia tidak berani untuk bertentang mata Fareez yang semakin galak mengusik dirinya. "Kenapa tunduk? Tak berani nak pandang mata abang?" bisik Fareez di sebelah telinga Atilia. Sesak nafas gadis itu dibuatnya. "Janganlah takut, sayang...." "Ezz...ni Ezz..." "Ye sayang? Kenapa?" Mata Fareez terus menjilat seluruh wajah ayu isterinya itu. Tangannya bermain-main dengan rambut panjang Atilia. "Er..er...ni Ezz yang mana satu?!" "Ezz yang mana lagi? Ezz milik Atilia la..." Bibirnya menjamah bibir Atilia dengan lembut. "Ezz! Tee nak tau...sekarang Tee dengan Ezz yang....!" Tubuh langsingnya dicempung oleh Fareez dan diletakkan di atas katil. Dada Atilia berdebar-debar apabila Fareez mula memeluknya. "Ezz..." "Abang sayangkan Alia..." "Alia mana ni?" Fareez ketawa. "Mulai hari ini, abang akan panggil isteri abang dengan nama manja, Alia. Okay?" Tanpa membuang masa lagi, Fareez terus mengemudi bahtera mereka pada malam bahagia itu. Alia....Sehingga kini, Atilia masih tidak mengetahui Ezz yang mana satu yang muncul pada malam itu. Jika Ezz versi baik, dia pasti akan memanggilnya dengan nama Tee manakala jika Ezz versi jahat, dia akan memanggilnya dengan nama Atilia. Tapi, Alia?! Mungkinkah? Argh! Blur aku. Biarlah. Asalkan Ezz berada di sisi aku sepanjang hayatku...menemaniku sehingga ke nafas yang terakhir. Atilia merenung wajah Fareez yang sedang lena dibuai mimpi. Fareez, aku

menyintaimu kedua-duanya...

Anda mungkin juga menyukai