Anda di halaman 1dari 12

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DIKEPALA


1. Kepala sebelah kanan

Kecil : Bercita-cita tinggi tidak mengenal erti putus asa dan kecewa Sederhana : Tabah menghadapi rintangan, sanggup menderita mengejar cita-cita. Besar : Terkabul semua cita-cita tanpa banyak berusaha, kuat berusaha, mematuhi arahan dan amanah. Pemilik tahi lalat ini menunjukkan ia seorang yang baik tingkah laku pemurah dan penyayang.Pandai mengambil hati orang atasan atau orang tua-tua. Sifat kesederhanaan dalam hidup sehariannya punca utama dia dikasihi oleh suami atau isteri majikan serta sahabat handai.

2. Kepala Sebelah Kiri Kecil : Selalu kecewa di dalam hidup, lemah daya ingatan dan suka bersendirian. Sederhana : Banyak masalah, selalu kecewa, lemah daya ingatan dan pandai berahsia. Besar : Tanda-tanda ini bererti mereka sering kecewa di dalam mengejar cita-cita, berulang kali putus cinta dan cerewet orangnya. Rahsia dari tanda tersebut menunjukkan mengapa pemilik sering gagal. Tabit suka bersendirian dan suka merahsia adalah punca utama segala masalah. Bagi mengatasi masalah ini sebaiknya pemilik membuang perasaan kecewa, luahkan kepada sahabat baik yang boleh di percayai atau kekecewaan itu satu pengajaran yang amat berguna dan sentiasa berhati-hati meluahkan kata cinta kepada setiap lelaki atau wanita yang dikenali.

3. Tengah kepala Kecil : Sikap dari tanda-tanda ini menimjukkan orang tersebut jujur, penyabar dan tabah. Sederhana : Tabah menghadapi cabaran dan tidak meninggikan suaranya atau lain perkataan tidak pemarah. Besar : Pendiam yang keterlaluan sehingga di anggap sombong.Sebenarnya tidak sedemikian,amanah, jujur dan selalu ditipu orang. Disebabkan terlalu jujur, pemurah dan tidak suka marah, insan ini selalu menjadi mangsa kepada kenalan, keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Matlamat mereka untuk menipu kemudian lesap menjauhkan diri. Sekiranya beliau sudah berumahtangga ia menjadi punca utama keretakan keluarga tetapi ia terus bersabar.

4. Ubun-ubun Kepala Kecil : Kejujurannya ada tujuan tersembunyi. Sederhana : Banyak bercakap, kaki ampu dan suka menimbulkan masalah. Besar : Pandai membuat cerita memikat bertujuan mainan di bibir mulut.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Kita haruslah berhati-hati dengan orang yang memiliki tahi lalat ini, beliau bukan sahaja kaki cucuk malah pandai membuat helah untuk menarik perhatian atau simpati siapa sahaja.Jika orang di atas menjadi sahabat alamatnya buncit perut. Penderitaan orang lain menjadi hiburan baginya. Setelah meningkat umur banyak harta hasil dari keringat orang lain. Diri sendiri amat bakhil.

5. Pusat Rambut Kecil : Pendiam, tabah melakukan sesuatu pekerjaan dan tajam berfikir Sederhana : Berfikiran cergas, mudah memahami tabiat kawan, tidak suka membuang masa. Besar : Orang ini tidak suka berceloteh yang bukan-bukan, tekun bekerja, cergas dan berjaya di dalam hidup Kepintaran berfikir panjang dan tahu membaca tabie seseorang menyebabkan dirinya sering ditohmah oleh manusia Ketegasan beliau menarik perhatian masyarakat mahupun di tempat kerja, dihormati keluarga dan buah fikirannya menjadi ikutan masyarakat.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DIKENING DAHI


6. Kening Kanan Kecil : Sedia melakukan apa sahaja dan sedia menghadapi risiko, keras hati, berani di dalam segala hal. Sederhana : Kata dikota tidak banyak bercakap, tabah di dalam segala hal dan mempunyai keberanian luar biasa. Besar : Tangkas, berani dan luar biasa di dalam segala hal. Sifat manusia ini memang aneh sesuatu yang dihayati akan menjadi miliknya walaupun terpaksa menipu atau sebagainya yang penting dapat. Di dalam mengejar cita-cita ia berjaya. Dahulu beliau seorang buruh kini menjadi seorang pensyarah. Cuba perhati sahabat anda adakah ia ber-

7. Kening Kiri Kecil : Bersifat berani, bersopan santun dan tidak takut bahaya. Sederhana : Sifatnya sukar diketahui kerana tabiat yang pendiam dan berani Besar : Jangan disangka air tenang tiada buaya, pijak semut tidak mati. Orang ini tangkas di dalam ilmu membela diri.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

8. Kening Tengah Kanan Dan Kiri Kecil : Keras hati, berani di dalam segala hal dan pandai menyembunyikan rahsia. Sederhana : Tegas, berani, suka menolong, pan tang dicabar dan sedia menghadapi cabaran. Besar : Keberaniannya tersembunyi, tidak makan nasihat dan baginya dia sahaja yang betul.

9. Dahi Kanan Kecil : Suka mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah berumahtangga. Sederhana : Selalu kesepian ditinggalkan suami berminggu-minggu lamanya. Besar : Di awal perkahwinan keluarga ini selalu sahaja bertegang urat dan bahagia selepas mendapat cahaya mata.

10. Dahi Kiri Kecil : Sikapnya yang selalu berhati-hati menjadikan dirinya pendiam. Sederhana : Lebih suka mendengar dari bercerita dan cakapnya suka menyindir. Besar : Lelaki/wanita dari tanda-tanda ini menunjukkan bahawa sikap orang tersebut kuat merajuk dan sukar dipujuk.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MUKA, ALIS DAN PIPI


25. Alis Kanan (antara hidung pipi) Kecil : Jujur, baik hati, suka memberi pertolongan Sederhana :Tidak gemar ditipu, ikhlas di dalam segala hal Besar : Baik hati, ikhlas dan tidak gemar berhutang 26. Alis Kiri (di antara hidung dan pipi) Kecil : Mudah diajak berunding, susah mengidap sakit demam. Sederhana : Gemar sesuatu yang mudah, tidak banyak celoteh dan berhati lurus. Besar : Sikap sederhana, mudah diajak berunding dan tidak berdendam. 27. Pipi Kanan Kecil : Suka menolong, lembut hati dan mulia tingkah laku. Sederhana : Suka membalas budi, berpekerti mulia, jujur dan mudah mesra. 28. Pipi Kiri Kecil : Bersifat pendendam, cemburu dan sentiasa was-was dengan kawan-kawan. Sederhana : Baik terlalu baik dan sebaliknya. Besar : Suka buat kecoh dengan keluarga, sahabat dan di tempat kerja. 29. Tengah Pipi Kanan Kecil : Ramai kenalan dan pandai buat kelakar. Sederhana : Pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa juga.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Besar : Tenang, pemurah dan ramai kenalan. 30. Tengah Pipi Kiri Kecil : Cepat mendapat kawan dan cepat pula memutuskannya. Sederhana : Banyak kenalan dan selalu berlaku perkara yang tidak diinginkan. Besar : Hobinya berkenalan dan pandai mengambil kesempatan. 31. Batang Hidung Kecil : Berjaya di dalam hidupnya. Sederhana : Tidak suka meminta pertolongan. Besar : Tidak sesiapa yang tahu pekong di dadanya. 32. Hidung Kecil : Kuat berusaha dan disukai oleh kawan-kawannya. Sederhana : Pemurah, rajin dan pintar mencari rezeki. Besar : Kejayaannya menakjubkan sesiapa sahaja. 33. Hidung Kanan Kecil : Pemalu dan tidak suka meminta pertolongan orang lain. Sederhana : Pemalu, jujur dan suka bersendirian. Besar : Pintar dan pantas membuat kerja. 34. Hidung Kiri Kecil : Suka pada pertolongan orang lain. Sederhana : Memperolehi pertolongan orang lain dengan cara menipu. Besar : Memberi pertolongan dengan harapan mendapat balasan berlipat ganda.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MULUT


35. Atas Bibir Kanan Kecil : Pandai mencari kenalan, murah rezeki, suka mengumpul harta dari keringat orang lain. Sederhana : Mulut manis, kaki ampu dan suka bermuka-muka. Besar : Percakapannya lemah-lembut, bijak menggoda, tetapi semuanya dusta dan ada tujuan tertentu. 36. Atas Bibir Kiri Kecil : Mulut manis mencari kepentingan diri sendiri. Sederhana : Pandai mengampu majikan, mudah naik pangkat dan cepat pula tersungkur. Besar : Lain di mulut, lain di hati ada udang disebalik batu. 37. Bawah Bibir Kanan Kecil : Dihormati orang, gemar bercinta dan dicurigai isteri. Sederhana : Kuat menggoda, menepati janji dan periang. Besar : Pandai membawa diri, murah rezeki, penyayang dan selalu digoda.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

38. Bawah Bibir Kiri Kecil : Suka membuat janji palsu. Sederhana : Mulut manis, pendendam dan pintar putar belit. Besar : Dendam selama-lamanya. 39. Hujung Bibir Kanan Kecil : Banyak cakap tidak mudah mengalah. Sederhana : Kuat berleter, busuk hati dan suka mencari kesalahan orang lain. Besar : Banyak bercakap dan janji-janjinya tidak boleh dipercayai. 40. Hujung Bibir Kiri Kecil : Gemar menyinggung perasaan orang lain Sederhana : Gemar memberi nasihat tetapi dirinya sendiri tidak jujur. Besar : Kuat menabur fitnah, bergurau dan akhirnya menjadi pertengkaran. 41. Bawah Bibir Tengah Kecil : Rezekinya sekadar cukup makan. Sederhana : Nada suaranya tinggi dan tidak suka mengalah. Besar : Kuat berceloteh dan gemar menjadi tepi kain orang lain, kain sendiri tidak bersih. 42. Dagu Bawah Kanan Kecil : Jujur, baik hati, tinggi budi bahasa dan kaki menggoda. Sederhana : Kelembutannya memikat sesiapa sahaja yang memandang, jujur, setia dan menepati janji. Besar : Jujur, pemalu dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain. 43. Dagu Bawah Kiri Kecil : Bijaksana dan pandai berjimat cermat. Sederhana : Tangkas dan cemerlang di dalam kerjaya yang diceburinya. Besar : Berfikiran tajam, bersopan santun dan tidak pandai menyakitkan hati orang lain.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI LEHER


44. Leher Depan Kanan Kecil : Berani menderita, jujur dan pintar. Sederhana : Sikap tegas dan berani kerana benar. Besar : Boleh dipercayai, bertanggungjawab dan bertimbang rasa. 45. Leher Depan Kiri Kecil : Pengetahuan tinggi, aktif dan kenalannya orang berada. Sederhana : Pantang dicabar, berpengetahuan dan rajin berusaha. Besar : Setiap perlakuannya menjadi ikutan masyarakat dan berjaya di dalam cita-cita.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

46. Kerongkong Kecil : Setiap kemahuan mudah diperolehi. Sederhana : Mendapat pasangan dan orang berpangkat. Besar : Menjadi kaya raya di hari tua dan nasibnya beruntung. 47. Tengah Leher Atas Atau Bawah Kecil : Perwatakan menarik, lemah lembut dan pengasih. Sederhana : Di sayangi majikan, tidak banyak ragam dan gemar sesuatu yang antik. Besar : Perwatakan menarik dan unik, banyak peminat kenalannya orang ternama. 48. Belakang Leher Kanan Kecil : Berpengaruh tinggi, berjaya di dalam perniagaan. Sederhana : Mudah memperoleh pertolongan walaupun tidak dipinta. Besar : Orang ramai suka memberi pertolongan di dalam segala hal. 49. Belakang Leher Kiri Kecil : Pengalamanya di masa lalu menjadi gurunya. Sederhana : Di sayangi sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Besar : Bakal menjadi pemimpin besar, berpengaruh dan dihormati.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BAHU


50. Bahu Kanan Kecil : Bertanggungjawab dan berhati-hati di dalam segala hal. Sederhana : Bijak membuat keputusan, bertanggungjawab dan tegas. Besar : Tidak makan puji, tegas, pintar dan bertanggungjawab. 51. Bahu Kiri Kecil : Sanggup melakukan apa juga pekerjaan dan sedia menghadapi risiko. Sederhana : Tidak suka membuang masa, setia dengan kawan. Besar : Tidak pernah lalai menjalankan tugas, amanah, bersih hati dan bertimbang rasa.

TANDA-TANDA TAHI LALAT TEMPAT SULIT LELAKI


61. Kemaluan Kanan Kecil, Sederhana, Besar Firasat dari tanda-tanda ini tidak berbeza iaitu selalu banyak masalah. 62. Kemaluan Kiri Kecil, Sederhana, Besar

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Sepertimana di atas firasat dari tanda-tanda ini juga tidak berbeza iaitu pendiam, pemalu dan merbahaya kepada kaum hawa dengan lain perkataan gemar merogol. 63. Bahagian Atas Kecil : Tidak suka dikongkong oleh isteri. Sederhana : Pandai pujuk rayu, habis manis sepah dibuang. Besar : Di kasih isteri sampai ke tua. 64. Bahagian Bawah Kecil : Pendiam dan ganas di atas ranjang. Sederhana : Suka makan di luar rumah dan tidak boleh dipercayai. Besar : Banyak isteri, nafsunya luarbiasa dan yang penting baginya dapat wang ringgit tak jadi. Kebiasaan lelaki ini mempunyai ramai anak.

TANDA-TANDA TAHI LALAT TEMPAT SULIT WANTA


65. Bibir Kanan Kecil, Sederhana, Besar: Tahi lalat yang terdapat di bahagian tersebut mempunyai firasat yang sama iaitu baik hati dan daya seksnya luar biasa dan terlalu ganas. 66. Bibir Kiri Kecil : Pendiam, baik hati, pandai menyimpan rahsia. Sederhana : Lurus, tenang tidak suka melawan cakap suami dan setia. Besar : Budi pekerti mulia, pandai mengambil hati suami, mertua dan dikasihi orang. 67. Bahagian Atas Kecil, Sederhana, Besar: Firasat mengatakan wanita ini banyak anak, benihnya subur. Kuat seks dan menimbulkan keresahan suami. 68. Buah Dada Kanan Kecil : Penyabar, pengasih dan setia Sederhana : Pandai mendidik anak dan suka menolong suami di waktu susah. Besar : Pandai menjaga kehormatan diri. Penyayang dan bertimbang rasa. 69. Buah Dada Kiri Kecil : Pemilih, cemburu dan pemalas. Sederhana : Suka buang masa. Cerewet dan tidak sanggup susah. Besar : Dendam kepada suaminya. Kayu tiga dan penting diri sendiri.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DIJEJARI, TANGAN DAN KAKI


70. Jari-jari Tangan Kanan Kecil : Murah rezeki tetapi boros. Sederhana : Banyak rezeki dan kuat berjudi. Besar : Bijak mencari rezeki sebaliknya sanggup bergadai kerana berjudi. 71. Jari-jari Tangan Kiri Kecil : Murah rezeki dan pemurah Sederhana : Murah rezeki dan pandai berjimat Besar : Murah rezeki sebaliknya kedekut. 72. Tapak Tangan Kanan Kecil : Bercita-cita menjadi kaya Sederhana : Pandai membahagi masa dan membuat untung Besar : Setiap perkara yang dilakukan mendatang hasil yang lumayan sahaja. 73. Tapak Tangan Kiri Kecil : Baik hati dan suka memberi pertolongan Sederhana : Orangnya lurus dan berhati mulia. Besar : Amanah, lurus serta tidak menyimpan hasrat dengki dengan kejayaan orang lain. 74. Belakang Tapak Tangan Kanan Kecil : Besar harapan menjadi orang kaya Sederhana : Sentiasa memikirkan untung dan pandai menggunakan masa lapang. Besar : Sentiasa memikirkan untung besar, tetapi bakhil. 75. Belakang Tapak Tangan Kiri Kecil : Baik hati dan suka menolong. Sederhana : Orang pelurus, baik hati dan pemurah. Besar : Suka memberi pertolongan, lurus dan berjiwa halus. 76. Pergelangan Tangan Kanan Kecil : Setia dan taat Sederhana : Pintar, setia dan amanah. Besar : Bijaksana, cekap di dalam segala urusan serta ringan tulang. 77. Pergelangan tangan Kiri Kecil : Menepati janji dan kuat berusaha Sederhana : Tidak memilih pekerjaan, yang penting dapat wang. Besar : Sanggup lakukan apa sahaja dan boleh dipercayai. 78. Atas Pergelangan Tangan Kanan Kecil : Kuat berpoya tidak tentu arah. Sederhana : Melancong menjadi kegemaran. Besar : Suka melancong ke luar negeri berbulan bulan lamanya.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

79. Atas Pergelangan Tangan Kiri Kecil : Mudah naik pangkat. Sederhana : Selalu mendapat durian runtuh. Besar : Mudah naik pangkat, kaki ampu sikapnya tidak digemari kawan di tempat kerja. 80. Siku kanan Kecil : Mudah di dalam segala hal Sederhana : Berjawatan tinggi, sekiranya ia seorang ahli perniagaan beliau berjaya. Besar : Menyertai berbagai urusan. 81. Siku Kiri Kecil : Jujur dan kuat mencari rezeki. Sederhana : Bijaksana dan tidak suka membuang masa. Besar : Suka melakukan sesuatu yang memberi faedah yang besar. 82. Ketiak Kanan Kecil : Orangnya suka berahsia. Sederhana : Boleh memegang amanah, alim dan tidak banyak cakap. Besar : Setiap rahsia yang diketahui untuk dirinya sahaja, sikap begin! menyebabkan orang tersayang menjadi cemburu. 83. Ketiak Kiri Kecil : Tabiat baik dan buruknya tidak diketahui umum. Sederhana : Sikap baik tidak diketahui orang. Besar : Baik atau buruknya luar biasa. 84. Jejari Kaki Kanan Kecil : Suka sesuatu yang baru. Sederhana : Melompat satu tempat kerja ke tempat lain, tidak suka dikongkong. Besar : Melakukan sesuatu secara senyap-senyap dan hasilnya menakjubkan. 85. Jejari Kaki Kiri Kecil : Pandai berhutang dan tidak suka membayar. Sederhana : Lagak seperti orang berada sebaliknya anak isteri di rumah tidak cukup makan. Besar : Manusia ini agak tamak di dalam segala hal. 86. Tapak Kaki Kanan Kecil : Diam-diam ubi berisi tetapi ke arah kejahatan Sederhana : Suka berjalan mencari hiburan pada waktu malam seperti disko. Besar : Kejahatan orang ini tidak siapa yang tahu kecuali kawan-kawan rapat sahaja dan gemar ke tempat maksiat.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

87. Tapak Kaki Kiri Kecil : Kuat berjalan tetapi tidak mempunyai tujuan. Sederhana : Mencari saudara dan sahabat yang memerlukan pertolongan, ia seorang yang amat pemurah. Besar : Suka memberi pertolongan dan ada kalanya dia sendiri yang tersepit, terlalu pemurah. 88. Tumit Kanan Kecil : Jujur di dalam rumahtangga dan di tempat kerja sahaja. Sederhana : Setia dan penyayang dengan kaum keluarga tetapi tidak dengan sahabat dan lebih mementingkan diri. Besar : Suka mengambil hati seisi keluarga sebaliknya tidak sesuai dengan masyarakat sekelilingnya dan banyak ragam. 89. Tumit Kiri Kecil : Setia, mudah percaya dan tidak menaruh perasaan dengki terhadap kawan-kawannya. Sederhana : Melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti membuat umrah, haji dan suka merapatkan kembali saudara mara yang jauh. Besar : Tidak boros hasil dari jimat cermat beliau selalu pergi menunaikan haji. 90. Betis Kanan Kecil : Berkelakuan jahat di rantau orang. Sederhana : Mencari pengalaman dan ilmu di rantau orang. Besar : Merantau dan terns bermastautin di rantau orang. 91. Betis Kiri Kecil : Pulang membawa kejayaan atau harta. Sederhana : Pulang membawa kekayaan dan isteri dari bangsa lain. Besar : Menjadi kaya dan pemimpin yang disegani di rantau orang. 92. Perut Bet is Kanan Kecil : Boros dan suka berpoya-poya. Sederhana : Gemar merantau tetapi lokek. Besar : Kecewa di hari tua disebabkan tidak jimat cermat di hari muda. 93. Perut Betis Kiri Kecil : Tidak gemar dipuji walaupun baik hati. Sederhana : Pandai mengambil kesempatan dan disayangi saudara sendiri. Besar : Kejahatan berpunca dari sikap keluarga sendiri kerana terlalu di-manjakan. 94. Lutut Kanan Kecil : Bodoh sombong dan pandai berpura-pura. Sederhana : Orang pemalas, dengki dan tidak suka melihat kemajuan orang lain. Besar : Suka menganggap orang lain semuanya tidak jujur tetapi itu adalah sikapnya.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

95. Lutut Kiri Kecil : Manusia ini kreatif dan agak pemalas. Sederhana : Seperti pahat dengan pemukul. Besar : Tidak suka mendengar pandangan dari orang lain dan suka menegakkan benang basah. 96. Paha Kanan Kecil : Bercita-cita tinggi dan banyak halangan. Sederhana : Lambat laun cita-citanya akan berjaya juga. Besar : Berani, setia dan bercita-cita tinggi tetapi tidak berjaya. 97. Paha Kiri Kecil : Tidak mempunyai cita-cita tetap atau lain perkataan hatinya selalu berubah. Sederhana : Kuat berkhayal, suka termenung dan menjauhkan diri dari sanak saudara. Besar : Bersifat dengki dengan kejayaan orang lain sekalipun saudaranya sendiri.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI PUNGGUNG


98. Punggung Kanan Kecil : Baik hati, pendiam dan menyimpan rahsia Sederhana : Pendiam, pemurah dan setia Besar : Menepati janji, pendiam dan kuat daya seks. 99. Punggung Kiri Kecil : Baik hati tapi lembab Sederhana : Pemalu, pemalas dan leka dengan tugas harian Besar : Berat tulang, banyak cakap dan suka menceritakan hal orang lain.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI PINGGANG


100. Pinggang Kanan Kecil : Mencintai isteri atau suami Sederhana : Kesetiaannya tidak berbelah bagi Besar : Cinta dan setia kepada isteri/suami berkekalan. 101. Pinggang Kiri Kecil : Di sayangi suami/isteri. Sederhana : Kesetiaan suami atau isteri di dalam apa-apa situasi (walau cacat selepas nikah). Besar : Cinta, kasih, setia yang berkekalan dari pasangannya.

Generated by Foxit PDF Creator Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BELAKANG


102. Tulang Belakang Kecil : Degil, keras hati dan tidak gemar diperintah. Sederhana : Romantik dan penyayang sikap ini menjadikan dirinya seorang yang kuat cemburu. Besar : Cemburunya cemburu buta dan penyayang kepada anak-anak dan pandai berjimat cermat. 103. Belakang kanan Kecil : Tempat mengadu masalah keluarga. Sederhana : Pertengkaran suami isteri berpunca dari sikap ibunya sendiri. Besar : Terkongkong dengan sikap ibunya sendiri menyebabkan suami atau isteri makan hati. 104. Belakang Kiri Segala hasil yang diperoleh semuanya diberi kepada emaknya dan isteri di rumah dibiar kebuluran. Sederhana : Tidak bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Besar : Lebih mengutamakan masalah peribadi keluarga ini bernasib baik kerana sikap mertua suka mengambil berat dan memberi pertolongan

Anda mungkin juga menyukai