Anda di halaman 1dari 8

PENYELESAIAN MASALAH

PROBLEM SOLVING

Objektif Pembelajaran
Mendefinisikan pengertian Penyelesaian Masalah Mendefinisikan pengertian heuristik Menyenaraikan empat langkah model penyelesaian masalah Polya Membimbing pelajar untuk mengenalpasti masalah. Menggunakan cara bukan rutin untuk menyelesaikan masalah. Mengembangkan pendekatan heuristik dalam pernyataan dan penyelesaian masalah. Membincangkan pelbagai strategi dan cara untuk menyelesaikan masalah. Mengembangkan pemahaman tentang penilaian dan kewajaran jawapan. Mengaplikasikan penyelesaian masalah dalam situasi sebenar.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA


Langkah 1: Memahami masalah Berikut adalah soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami masalah: Adakah anda faham ayat tersebut? Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda sendiri? Apakah yang anda cuba cari atau lakukan? Apakah maklumat yang anda dapat daripada masalah tersebut? Apakah yang tidak diketahui? Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan?

Langkah 2: Merancang strategi


Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi penyelesaian masalah: Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak diketahui? Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda selesaikan sebelum ini? Apakah strategi yang boleh anda gunakan?

Langkah 3: Melaksanakan strategi.


Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi penyelesaian masalah: Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah tersebut. Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan. Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

Langkah 4: Menyemak Semula


Langkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagai guru matematik , anda perlu sentiasa mengingatkan pelajar menyemak jawapan mereka. Gunakan panduan berikut ketika melaksanakan langkah ini:
Baca semula soalan. Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan? Adakah jawapan anda betul? Adalah jawapan anda munasabah?

Masalah Rutin dan Bukan Rutin


Masalah rutin hanya memerlukan beberapa prosedur seperti operasi aritmetik untuk mendapatkan penyelesaian. Contoh masalah rutin adalah seperti berikut: "Berapa luaskah tempat letak kereta yang berukuran 100 m kali 100 m?"

Sebaliknya, jika situasi masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah pengiraan biasa maka ia dikenali sebagai masalah bukan rutin. Dalam situasi seperti itu, pelajar meneroka cara penyelesaian yang lebih mendalam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contoh masalah bukan rutin adalah seperti berikut:
"Anggarkan bilangan rambut yang ada di kepala anda?"

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


Teka dan Uji Mengurus Maklumat dalam Carta, Jadual atau Graf Mencari Pola Memudahkan masalah Melakonkan masalah Melukis gambarajah Bekerja secara songsang

Anda mungkin juga menyukai