Anda di halaman 1dari 20

2012 NK

KANDUNGAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Dari Hati Noura Tentang Kulit Anda Tips Kecantikan Kulit Tentang Rambut Anda Senyuman Yang Menawan Mata Yang Menarik Jerawat Bagaimana Mempunyai Badan Yang Menawan Dan Rupa Yang Menarik Bagaimana Menjaga Kebersihan

10. Apa Yang Harus Anda Lakukan Untuk Kelihatan Comel 11. Bagaimana Kelihatan Comel Dengan Solekan Yang Tipis 12. Bagaimana Untuk Tampil Menawan Bagi Anda Yang Bersaiz Besar 13. Bagaimana Memilih Warna Baju Untuk Digayakan 14. Bagaimana Menjadi Seseorang yang Disukai Ramai Orang 15. Tabiat Buruk Mengenai Kecantikan 16. Cantik! Dengan Bahan-Bahan Semulajadi 17. Tips Kecantikan

2012 NK

Dari Hati Noura...


Assalamualaikum wbt. Kita bertemu sekali lagi... Kecantikan adalah penting bagi setiap insanterutamanya wanita. Wanita yang menghargai diri sendiri pasti berusaha untuk kelihatan cantik. Sama ada anda dilahirkan cantik, atau sebaliknya, anda tetap seorang wanita yang punya keinginan untuk tampil menawan dan yakin di hadapan orang lain. Cantik juga adalah satu simbol kebersihan, kekemasan dan kebaikan hati budi. Rupa yang cantik saja tidak mencukupi jika hati tidak baik. Dan hati yang ikhlas mampu menyerlahkan kecantikan dalaman bagi seorang insan. Jadikan e-book ini HANYA sebagai sebuah bahan bacaan dan untuk menambah pengetahuan tentang kecantikan. Segala info dan tips yang dimuatkan dalam e-book 'CANTIK' didapati daripada beberapa laman web tertentu. Jangan terlalu mencuba atau memaksa sehingga boleh mencederakan diri sendiri. Yang penting, terimalah diri anda seadanya, sebagaimana SAYA menerima diri saya seadanya dengan rasa gembira dan bersyukur kepada-Nya.

NK

Noura Kay

2012 NK

Tentang Kulit Anda


1. Kopi Kafein adalah punca kulit kering. Oleh itu, elakkan daripada minum kopi dalam kuantiti yang banyak, beberapa kali sehari. Minum air suam adalah yang terbaik untuk kulit anda.

2. Ponteng makan
Mengurangkan setiap kilogram mungkin menjadi misi dan keutamaan anda setiap hari, tetapi pastikan anda melakukannya dengan cara yang betul. Ponteng makan akan menyebabkan kulit anda lebih cepat tua dan kering. Sentiasa mengambil Vitamin C (Oren), B3 (Kacang), E (Avokado) dan A (Keledek) untuk membina kesihatan kulit. 3. Tidak Cukup Minum Air Ianya benar! Minum 8 gelas air sehari mampu mengurangkan kedutan pada wajah anda. Ia bukan saja mampu melawan penuaan, ia juga menyebabkan kulit anda sihat dan bercahaya. Kekurangan air akan menyebabkan kulit anda kasar dan berkerut. 4. Tidak Konsisten Dalam Berdiet Diet untuk mengekalkan berat badan bukan satu perkara yang mudah. Penambahan berat badan secara kerap akan menyebabkan kulit anda longgar dari semasa ke semasa. Ia akan mewujudkan kesan regang dan kendur. 5. Tidak Cukup Tidur Tidur 8 jam sehari bukan saja menyegarkan tubuh anda, malah ia juga akan menghidrat kulit anda. Tidak cukup tidur menyebabkan kulit kusam dan liang-liang tersumbat. 6. Memakai Lipstik Lama Memakai gincu lama akan mengeringkan kulit bibir anda. Hentikan penggunaan gincu lama, dan gunakan lip balm untuk melembapkan bibir. 7. Kulit Mati Ramai antara kita yang gemarkan skrub. Ianya sangat bagus untuk menanggalkan kulit mati. Tetapi kerap melakukan skrub akan menyebabkan minyak semulajadi yang ada pada kulit anda turut hilang. Kulit anda akan cepat kering dan mengelupas. Lakukan skrub sekali seminggu sudah memadai. 8. Mengerutkan Muka Ekspresi wajah anda akan menunjukkan hasil pada masa akan datang. Kerap mengerutkan muka akan menyebabkan kulit anda berkedut dengan garis-garis halus yang tetap. Rehatkan wajah anda. Dan senyuman adalah satu senaman yang bagus untuk menegangkan otot wajah. 9. Stress Stress biasanya dikaitkan dengan kulit. Ia bukan saja menyebabkan jerawat, noda, dan ruam, malah garis kedutan juga akan kekal pada wajah anda, walaupun anda tidak mengerutkan muka. Hilangkan stress dengan berehat, atau melakukan sesuatu yang anda sukai. 10.Gula Apabila anda mengambil gula berlebihan, ia akan merosakkan kolagen pada kulit anda. Dan kulit anda akan kendur dan melendut.

2012 NK

11.Memandu Tangan pemandu biasanya terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Ia akan menyebabkan kulit kering dan kasar. Kulit juga akan lebih gelap. Memakai sarung tangan khas untuk pemandu adalah baik untuk melindungi kulit tangan. 12.Sauna Berita buruk untuk semua peminat spa! Pastikan anda menggunakan sauna pada tahap suhu yang minimum. Kerap bersauna akan menyebabkan kulit kendur, kerana ia merosakkan keanjalan dan kolagen semulajadi dalam kulit dari semasa ke semasa. 13.Asyik Bersolek Mekap bukan satu kemestian, dan tidak bersolek bukan bermakna anda tidak cantik. Sesekali, cuba beriadah di taman rekreasi, berjalan atau berjoging, tanpa mekap. Kulit anda juga perlu bernafas. Malah, ia akan membantu mencegah liang roma daripada tersumbat dan berjerawat sambil mengelakkan penuaan pramatang.

***NK***

Tips Kecantikan Kulit


Pelembap adalah bahan terbaik untuk menghindari kulit kering. Sapukan losyen pelembap setiap kali lepas mandi dan kulit anda akan terus menyerap lembapan. Simpan sebotol losyen di dalam beg tangan anda untuk penggunaan yang kerap--terutamanya pada tangan! Sayur hijau seperti bayam, adalah penuh dengan antioksidan semulajadi. Untuk kulit yang lebih berseri dan bebas dari cela, tambahkan salad dan sayuran hijau dalam menu tengahari dan makan malam anda. Madu adalah baik untuk bibir yang kering dan merekah. Ia membantu menyembuhkan luka akibat kulit kering. Ia juga mempunyai sifat anti-virus dan baik untuk penyakit yang melibatkan virus. Retinol adalah salah satu ramuan penting yang mesti ada dalam kosmetik/krim anda kerana ia adalah agen anti-penuaan yang mujarab untuk kulit. Berbual di telefon bimbit anda selama berjam-jam boleh menyebabkan jerawat dan ruam sepanjang garis rahang dan pipi anda. Pastikan anda mengelap telefon bimbit anda dengan tisu anti-bakteria. Diet Mediterranean yang terdiri daripada ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, minyak zaitun dan teh memberikan asid lemak Omega yang baik untuk kulit anda. Diet ini juga mempunyai antioksidan untuk kulit anda kekal cantik dan bercahaya, dan menghalang daripada kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Tidak mendapat tidur yang cukup akan menyebabkan stress yang membawa kepada jerawat dan kulit kusam. Berikan tubuh dan kulit anda masa untuk berehat dan merawat akibat aktiviti seharian ketika anda sedang tidur.
2012 NK

Kulit di bahagian mata adalah paling nipis, jadi ia akan menunjukkan tanda pertama penuaan pada kulit anda. Anda harus bersedia melindungi kulit anda, walaupun anda baru mencecah 20-an supaya kulit anda kekal muda untuk tahun-tahun akan datang. Senaman memberikan anda wajah yang sihat dan bercahaya dengan meningkatkan aliran darah. Apabila anda berpeluh, ia sebenarnya membuang toksin dalam badan dan menanggalkan sel kulit mati, jadi kulit baru akan tumbuh. Tanpa rutin senaman, anda akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Kita sering berusaha untuk menghilangkan jerawat dengan memicit dan memecahkannya. Tetapi, memicit jerawat akan menyebabkan kotoran dan bakteria semakin melangkau jauh masuk ke pori-pori kulit menyebabkan jerawat bertambah banyak. Kulit wajah yang lebih cerah adalah impian setiap wanita. Dan untuk mendapatkannya, anda ada satu cara yang sangat mudah. Gosokkan lemon pada wajah anda! Bakteria daripada berus mekap/alat solekan boleh memburukkan keadaan wajah anda dengan jerawat dan cela. Basuh dan gosokkan secara perlahan berus dan span mekap anda dengan syampu bayi. Kemudian dibilas dengan air suam--sebulan sekali. Tekapkan pada tuala dan gantungkan sehingga kering. Minum air kelapa sebagai altenatif kepada air kosong. Ia membantu penghidratan secara semulajadi. Jika anda mempunyai kulit sensitif, uji produk baru (krim) pada pergelangan tangan anda selama 24 jam, sebelum digunakan pada seluruh tubuh anda. Pastikan anda memilih produk yang lembut dan sesuai untuk kulit sensitif. Jika anda memandu pada jarak yang jauh, gunakan losyen pelindung matahari atau SPF 30 pada tangan, muka dan leher anda. Cermin kereta tidak menapis sinar UV! Untuk mengawal radang kulit, sapukan yogurt sejuk dengan sapuan nipis pada muka, 5 minit setiap pagi. Probiotik akan menyejukkan kulit dan membantu menyeimbangkan pH semulajadi kulit. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak, sapukan putih telur pada kulit wajah anda dengan sapuan tipis, dan kemudian bilas dengan air. Ia membantu menghindari kulit daripada berkilat. Pilih produk berdasarkan jenis kulit anda--bukan kerana jenama yang terkenal, atau bungkusan yang menarik. Cuba gunakan produk itu 6-8 minggu sebelum anda tahu produk itu sesuai untuk anda atau tidak. Vitamin C merangsang kolagen dan melindungi daripada kedutan. Makan buah-buahan seperti kiwi, oren dan limau gedang yang mana setiap satu daripadanya kaya dengan zat dan nutrien. Hindari daripada makanan manis. Protein dalam kulit anda akan bertindak balas dengan gula yang berlebihan, yang mana menyebabkan kulit lebih cepat tua.

2012 NK

Menambahkan keledek dan lobak merah dalam diet anda akan menjadikan kulit anda semakin lembut. Ia penuh dengan beta-karotena, dan apabila ia dimakan, ia akan bertukar menjadi Vitamin A dan menjadikan kulit anda benar-benar lembut. Untuk melegakan mata yang sembab, ambil dua beg teh (yang sudah digunakan) --letakkan dalam peti ais selama 20 minit dan tekapkan pada mata anda pada waktu pagi.

***NK***

Tentang Rambut Anda


Memotong rambut setiap 6-8 minggu untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut adalah MITOS semata-mata. Sebenarnya, kita memotong rambut untuk menentukan stail rambut, menukar fesyen, juga mencantas rambut yang bercabang. Rambut anda mudah terjejas dan rosak apabila ia dalam keadaan basah. Jangan mengelap dan menggosok rambut dengan kasar supaya rambut tidak berpintal dan kusut. Gunakan tuala dan tekapkan pada rambut anda perlahan-lahan. Apabila anda menyikat rambut yang basah, gunakan sikat yang bergigi besar/jarak. Bermula dengan hujung rambut, perlahan-lahan beralih pada akar rambut. Ini kerana rambut yang basah adalah begitu rapuh dan senang putus. Elakkan tidur ketika rambut basah untuk memastikan rambut anda tidak putus. Elakkan membasuh rambut dengan syampu setiap hari (kecuali bagi anda yang aktif). Membasuh rambut setiap hari akan membuang lembapan semulajadi pada kulit kepala. Untuk mendapatkan rambut yang berkilat dalam tempoh yang lama, syampu rambut anda dan kemudian bilas dengan air sejuk. Menggunakan perapi rambut selepas syampu boleh memperbaharui nutrien dalam rambut anda. Gunakan perapi pada rambut dan kulit kepala, biarkan selama 1-2 minit, kemudian bilas dengan bersih.

Faktor gaya hidup mempengaruhi pertumbuhan rambut Apa yang anda makan memainkan peranan besar dalam pertumbuhan rambut. Bukan hanya secantik manakah rambut anda, malah ia juga mempengaruhi keseluruhan kesihatan tubuh badan anda. Makanan yang menggalakkan pertumbuhan rambut adalah ikan salmon, kekacang dan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli. Makanan ini perlu dimasukkan dalam diet anda secara tetap.
2012 NK

Makanan lain yang hebat untuk rambut yang panjang dan sihat adalah salad, susu, avokado, yogurt, bijirin penuh, strawberri, aprikot dan kacang. Dengan bersenam selama 25 minit sehari, ia mampu memberi manfaat kepada rambut anda. Bersenam akan meningkatkan mood dan mengurangkan stress yang menyebabkan rambut gugur. Senaman yang membakar banyak kalori juga membantu anda tidur dengan lena. Tidur yang mencukupi akan mengurangkan risiko rambut gugur.

***NK***

Senyuman Yang Menawan


> Strategi memberus gigi. Selain memberus gigi 2 kali sehari, anda juga perlu menggunakan flos
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Berus gigi sebelum sarapan, walaupun anda hanya minum secawan kopi atau teh. Ini kerana bakteria membiak di dalam mulut anda ketika anda tidur. Ia akan mengurangkan pembentukan kaviti pada gigi anda sekiranya anda memberus gigi sejurus bangun dari tidur. > Makan buah-buahan dan sayur-sayuran! Buah-buahan dan sayuran yang rangup seperti epal, lobak merah, kobis bunga, pir, seleri dan timun adalah tinggi serat, dan ia bertindak sebagai berus gigi yang akan membersihkan gigi anda ketika anda mengunyah. > Fikirkan bahan di dapur anda! Kopi, teh dan minuman tenaga mengandungi banyak gula dan ia boleh merosakkan gigi. Selain daripada itu, elakkan daripada menyimpan makanan tinggi karbohidrat, snek, coklat serta minuman bergas. Jika anda tidak mahu mengetepikan makanan ini, anda haruslah minum banyak air kosong setelah makan makanan bergula, kerana ia boleh membersihkan kotoran yang melekat pada gigi anda. > Putihkan gigi anda! Ambil sedikit masa untuk melakukan pembersihan secara extra seperti menggunakan flos atau menggunakan bahan semulajadi untuk memutihkan gigi. > Berikan tumpuan pada bibir anda! Untuk senyuman yang menawan, perlu adanya bibir yang menawan. Oleh itu, sapukan bibir anda dengan pelembap bibir, kemudian gunakan gincu bibir yang sesuai dengan warna kulit anda. Warna gincu yang terbaik adalah warna gincu yang lebih gelap, 2-3 ton berbanding warna bibir anda. Dan sekiranya gigi anda kekuningan, maka elakkan daripada memakai gincu yang mempunyai warna kuning/oren. > Gaya yang menarik! Percaya atau tidak, pakaian berwarna putih akan mengurangkan daya tarikan senyuman anda. Warna yang lebih gelap, contohnya kuning air akan memberikan perbezaan dengan warna gigi anda, yang mana warna gigi anda akan kelihatan lebih semulajadi. > Kurangkan pengambilan perasa! Mustard, sos, kicap adalah perasa yang mempunyai asid yang tinggi dan akan meninggalkan kesan kekotoran pada gigi anda. Ini tidak bermakna anda tidak boleh makan--tetapi anda haruslah mencuci mulut setelah anda mengambil makanan berperasa. > Adakah anda tahu bahawa 85% daripada anda yang mempunyai masalah nafas berbau yang berpunca daripada lidah? Bakteria yang membiak pada lidah juga boleh menyebabkan penyakit gusi. Oleh itu, gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah untuk mengurangkan bakteria dan nafas berbau.
2012 NK

Mata yang menarik


Kecantikan Mata Ubat titis mata adalah cara yang terbaik untuk memberikan kilauan dan menyegarkan mata anda. Pilih produk yang baik dan berkualiti, terutamanya untuk mata letih dan simpankan dalam peti ais. Menggunakan ubat titis mata yang sejuk akan membuatkan mata anda kelihatan hebat. Gunakan Eye Lashes atau pelentik bulu mata. Mata anda akan kelihatan lebih besar dan galak. Elakkan makanan yang masin. Garam akan menyimpan lebihan air dalam badan, termasuklah di sekitar kawasan mata. Mata anda mungkin menjadi sembap dan mengembung. Lindungi mata anda daripada pancaran matahari dengan memakai cermin mata hitam berkualiti dan boleh menapis sinaran UV yang membahayakan. Ini akan menghalang kedutan pra-matang. Mata cantik secara semulajadi Kulit yang berada di sekitar mata adalah ultra-sensitif. Menggosok, meraba dan menyental mata akan menyebabkan pembentukan garis-garis halus dan kedutan. Apabila menggunakan krim mata, sentiasa gunakan jari manis, kerana ia adalah bahagian yang paling lemah. Menyapu krim perlahan-lahan daripada pangkal hidung, membawa ke kulit sekitar mata adalah yang terbaik. Jangan malas membersihkan solekan pada mata setiap kali sebelum tidur. Lakukannya secara perlahan-lahan dengan menggunakan produk yang khusus untuk pembersihan mata. Sekiranya anda malas, anda akan bangun pagi dengan keadaan mata yang sembap dengan lingkaran hitam di sekelilingnya. Lingkaran hitam di bawah mata Lingkaran gelap bawah mata adalah masalah yang biasa dihadapi oleh semua wanita. Ia boleh menyebabkan anda rasa tidak selesa. Kesan hitam akan muncul akibat letih membuatkan anda rasa tertekan. Apabila usia semakin meningkat, kulit di bawah mata menjadi semakin nipis. Jadi, uraturat di bawah mata juga akan kelihatan. Faktor lain penyebab lingkaran bawah mata adalah kerana mengambil minuman kafein, stress, kurang tidur, kurang nutrien, pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari, juga kerana merokok. Tips Untuk Kecantikan Mata Banyak minum air Dapatkan rehat yang mencukupi Gunakan krim mata yang mengandungi antioksidan dan Vitamin K Lakukan rawatan berasaskan Vitamin K, 2 kali sehari untuk beberapa minggu Gunakan concealer untuk menyembunyikan lingkaran gelap di bawah mata anda

***NK***

2012 NK

Jerawat
1. Jika diet anda termasuk dalam kumpulan karbohidrat yang diproses seperti roti putih, tepung, nasi putih, maka gula dalam darah anda akan meningkat setiap kali anda makan. Untuk menurunkan paras gula dalam darah, badan akan mengalami penambahan insulin dan hormon. Penambahan mengejut hormon akan membuatkan kulit anda menyingkirkan sejumlah besar minyak sebum dari kelenjar sebum melalui liang. Liang akan tersekat dengan asid lemak yang dihasilkan oleh tindakan enzim. Hasilnya; jerawat, jeragat dan bintik hitam. 2. Susu juga adalah salah satu penyebab penghasilan jerawat. 3. Sayuran hijau dan kekacang, bukan saja sumber kalsium yang amat baik, malah ia juga membantu melawan pertumbuhan jerawat. 4. Stim boleh membantu mengurangkan bintik hitam. Seminggu sekali, wapkan muka anda untuk melembutkan minyak yang menyumbat liang, diikuti dengan pemakaian topeng muka, dan bilas muka anda sehingga bersih. 5. Elakkan daripada menggunakan bedak asas yang menggunakan span. Span adalah tempat terbaik pembiakan bakteria dan anda menyapu bakteria berkali-kali pada wajah anda. Jerawat anda tidak akan hilang, malah dia bertambah banyak setiap hari.

***NK***

Bagaimana mempunyai badan yang hebat dan rupa yang menarik?


Bersenam setiap hari Anda masih muda dan sihat. Apa salahnya anda berlatih dan melakukan senaman setiap hari bagi menjaga bentuk tubuh badan. Anda masih bertenaga. dan percayakah anda bahawa senaman boleh mengekalkan keremajaan anda, di mana anda tidak akan dimakan usia? Malah, ketika mereka bersusah-payah mencari produk mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit, anda masih kekal cantik seperti dulu! Pilih makan yang menyihatkan Pemilihan makanan amat penting bagi semua orang. Terpulang pada anda, sama ada anda ingin menjaga kesihatan, menjaga bentuk badan, atau ingin memuaskan selera makan anda. Untuk kelihatan cantik, anda perlu berkorban sedikit. Tapi, apabila badan sudah tiada bentuk lagi, untuk kembali ramping adalah satu perkara yang sangat merumitkan. Daripada anda perlu mengikat perut di kemudian hari, ada lebih baik anda menjaga makan sedari awal lagi. Hindari bau badan Mandi setiap hari, 2 kali sehari adalah yang terbaik. Selain itu, setiap anggota badan juga perlu diberi perhatian, termasuk bahagian intim! Bau yang kurang enak yang terbit dari badan anda akan menghilangkan rasa keyakinan diri.
2012 NK

Pilih pakaian yang selesa Pakaian yang selesa bermaksud pakaian yang muat pada tubuh anda. Tidak terlalu ketat sehingga anda tidak mampu bergerak dengan baik, juga tidak terlalu longgar sehingga anda kelihatan seperti memakai selimut! Selain itu, pakaian yang menyerap peluh juga boleh mengelakkan daripada badan anda berbau! Mulakan kecantikan dari dalam diri Bergembiralah, bergaul dengan mesra dan berjalan dengan yakin. Tunjukkan pada mereka yang anda MEMANG cantik dan menarik. Biar pun anda tidak secantik mana, tetapi sifat dan sikap positif yang anda tonjolkan akan menyerlahkan lagi kecantikan dan membuatkan anda kelihatan lebih menarik daripada orang lain!

***NK***

Bagaimana menjaga kebersihan


1. Mandi setiap hari Mandi membantu menyingkirkan kotoran dan peluh serta membuang sel kulit mati. Gunakan sabun atau sabun cecair yang lembut pada kulit. Mencuci rambut juga adalah sebahagian daripada mandi. Jika anda kerap berpeluh kerana menjalani kehidupan yang aktif, anda sememangnya memerlukan pembersihan keseluruhan badan untuk menghilangkan bau badan. Jangan gunakan sabun biasa untuk membersihkan bahagian sulit wanita. Ini akan menyebabkan jangkitan. Gunakan air biasa, atau sabun cecair khas untuk membersihkan bahagian sulit. 2. Gunakan deodoran yang sesuai Bagi anda yang mempunyai bau badan, deodoran sangat penting selain daripada mandi dengan sempurna. Anda juga boleh menggunakan deodoran yang mempunyai baubauan segar. Tetapi, jangan gunakan deodoran ketika badan anda sudah pun berbau. Ia akan lebih mengganggu dengan bau yang lebih sengit! 3. Pakai pakaian yang bersih Adalah satu kemestian untuk anda memakai pakaian dan pakaian dalam yang bersih setiap kali. Jangan memakai pakaian yang kotor, berkedut dan berbau. Tetapi, anda juga boleh memakai pakaian berulang-ulang kali sekiranya anda yakin pakaian itu tidak kotor dan berbau. 4. Jaga kebersihan rambut Pastikan rambut anda bersih dan kemas setiap kali anda keluar dari rumah. Sikat rambut supaya ia kelihatan kemas. Rambut yang kering, bercabang dan tidak dijaga menyebabkan anda kelihatan tidak menarik. Gunakan syampu dan perapi rambut yang sesuai. Sekiranya anda mengalami bad hair day, anda cuma perlu menggunakan topi untuk menutup rambut anda. Yang bertudung lebih mudah. Tetapi gadis bertudung juga perlu menjaga kebersihan dan kecantikan rambut.

2012 NK

5. Jaga kebersihan kuku Kuku tangan harus dipotong sekurang-kurangnya sekali seminggu. Selain itu, elakkan penyakit kuku dan kutikel pada jari-jari anda supaya tangan anda kelihatan cantik. Kuku kaki pula biasanya dipotong antara 3 minggu hingga sebulan. Ini kerana ia tumbuh dengan perlahan. Berus kuku tangan dan kuku kaki setiap minggu supaya ia terjaga daripada kekotoran. 6. Jaga kebersihan gigi Berus gigi, gunakan flos dan pencuci mulut untuk memelihara mulut dan gigi anda. Berus gigi yang berkualiti adalah sangat perlu untuk gigi anda bersih dan putih. Gigi yang putih tentu menghasilkan senyuman yang menawan. 7. Bersihkan telinga Tidak ada gunanya anda kelihatan cantik, gaya yang hebat dan penampilan yang menarik, sekiranya telinga anda tidak bersih dan penuh dengan kekotoran. Mereka melihat dan menilai. Pada mereka, anda hanya menjaga gaya, tetapi tidak menjaga kebersihan. Bagi anda yang memakai anting-anting, jangan lupa membuka anting-anting setiap beberapa hari dan bersihkannya. Tentu tidak menarik jika anting-anting anda penuh dengan daki dan kekotoran.

Tips
Gunakan minyak wangi yang sesuai. Jangan gunakannya terlampau banyak sehingga memeningkan kepala orang lain. Minyak wangi yang mahal, tidak semestinya sesuai untuk anda. Untuk hasil terbaik, gunakan minyak wangi selepas mandi. Pilih syampu dan perapi rambut yang sesuai untuk rambut anda. Kebanyakan syampu menjanjikan pelbagai kebaikan, tetapi ia belum tentu terjadi pada rambut anda. Jangan tertipu dengan iklan dan promosi. Pilih produk yang berkualiti dan boleh meyakinkan anda. Untuk percubaan pertama, beli syampu botol kecil untuk melihat kesannya. Bawa gula-gula penyegar nafas setiap kali. Anda perlukannya setiap kali selepas anda makan. Anda tentu tidak suka berbual dengan mulut yang berbau! Anda juga boleh membawa cermin kecil, berus gigi dan cecair pembersih tangan (sanitizer) ketika perjumpaan penting atau ketika menghadiri temujanji. Cuci bahagian belakang telinga, dan beberapa tempat berlipat yang lain.

***NK***

Apa Yang Harus Anda Lakukan Untuk Kelihatan Comel?


Bermula dengan rambut Perkara pertama yang orang akan perasan adalah gaya rambut anda. Ingat! Gaya yang ringkas adalah kunci untuk kelihatan comel. Biasanya rambut dengan gaya yang berserabut akan menyakitkan mata orang lain--juga merimaskan anda. Jumpa pendandan rambut setiap beberapa bulan untuk menukar gaya rambut.

2012 NK

Mengubah gaya bila tiba masanya Jika anda memakai pakaian dengan gaya yang sama setiap hari, anda akan kelihatan membosankan, juga gaya anda boleh diagak/diramalkan oleh orang lain Memakai mekap yang tipis Mekap yang tebal akan membuatkan wajah anda kelihatan seperti memakai topeng. Kita juga tahu, seseorang yang mengenakan solekan tebal, pasti dia sedang menutup cela/kedutan pada wajah. Bergaya dengan warna pakaian yang sesuai Comel--sinonim dengan warna merah jambu. Tetapi, adakah warna itu sesuai dengan warna kulit anda? Jika tidak, baik lupakan saja. Anda hanya akan kelihatan pelik dengan gabungan warna yang tidak sesuai. Tips berpakaian untuk kelihatan comel Berwarna cerah, berbunga-bunga kecil, berenda, legging atau stokin tinggi, dan kasut yang mempunyai reben. Jangan Hadkan gaya anda Walaupun anda bertudung, anda masih boleh bergaya dengan blaus dan seluar jeans yang menutup aurat. Walaupun anda berbadan besar, anda masih boleh mengenakan skirt labuh. Tetapi, jangan pakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan lemak di bahagian pinggang anda. Ia kelihatan seperti Muffin yang terkeluar dari mangkuknya!

TIPS Sentiasa bersikap lemah-lembut Elakkan bahasa kasar seperti mencarut, memaki-hamun, menengking Senyum, ketawa dan sentiasa ceria Jangan terlalu mencuba supaya anda tidak kelihatan seperti sedang berlakon Jika anda fikir anda tidak comel, tentu ada sesuatu yang istimewa ada pada diri anda Jangan memaksa. Biar ia datang secara semulajadi. Sekiranya anda baik hati, ikhlas dan mesra, secara automatiknya mereka akan fikir anda seorang yang comel. Pastikan apa saja gaya pakaian anda, ia tidak terlalu mendedahkan bahagian dada. Itu namanya seksi!

***NK***

Bagaimana kelihatan comel dengan solekan yang tipis


1. Anda tetap cantik dengan cara anda Mereka masih tidak nampak kecantikan anda? Jangan risau. Gunakan pembayang mata yang menonjolkan kecantikan mata anda. Gaya smoky adalah yang terbaik. Gunakan warna ungu, hitam atau coklat di sekeliling mata anda.

2012 NK

2. Hati-hati dengan pemerah pipi Warna pemerah bibir yang terlalu terang adalah tidak perlu. Dengan menggunakan berus, sapukan pemerah pipi pada tulang pipi. Jangan sapu berdekatan di bawah mata. Ia kelihatan pelik. 3. Jangan menggunakan warna yang terlalu MERAH Lipstik yang berwarna MERAH bukannya sesuai untuk semua orang. Pilih warna merah jambu, dengan sedikit kilauan atau lip gloss akan membuatkan anda kelihatan comel. 4. Jangan berlebih-lebihan dengan lip gloss Warna lip gloss seperti biru, ungu atau hijau memang cantik, tetapi sudah tentu ia tidak sesuai untuk gadis muda. Elakkan warna-warna yang pekat. Ia hanya membuatkan anda kelihatan buruk. 5. Elakkan daripada mewarna rambut dengan beberapa warna yang berbeza Mewarna rambut dengan beberapa warna hanya sesuai untuk gadis muda. Bagi anda yang sudah melangkaui usia 30-an, warna rambut yang asli adalah yang terbaik. Anda boleh mewarna, tetapi dengan warna yang sesuai dan hanya satu warna sahaja.

***NK***

Bagaimana Untuk Tampil Menawan Bagi Anda Yang Bersaiz Besar?


1. Kekal sihat Makan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan makanan yang baik. Hindari makanan manis dan makanan terlalu masin. Lakukan senaman sekurangkurangnya sekali sehari walaupun dengan hanya berjalan-jalan selama 10 minit. Hanya kerana anda bersaiz besar, tidak bermakna anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. 2. Jangan mengenakan pakaian yang terlalu ketat, atau terlalu longgar Pakaian yang kecil akan menampakkan isi lemak anda. Pakaian terlalu longgar akan menampakkan badan anda terlalu besar. Memakai pakaian yang elok pada tubuh anda akan memperlihatkan anda sebagai seorang yang comel dengan gaya tersendiri. 3. Ingat bahawa gaya pakaian ada kaitan dengan ilusi Tubuh anda lebih langsing dengan warna gelap. Untuk lebih tinggi, pakailah pakaian bercorak jalur yang menegak. Ditambah dengan kasut tumit tinggi, anda akan kelihatan lebih langsing dan tinggi. Namun harus diingat--pakai pakaian yang membuat tubuh anda berasa selesa. 4. Kekalkan kesihatan kulit Kulit yang sihat membuatkan anda lebih cantik. Anda yang mempunyai kulit yang tidak sihat akan kelihatan teruk biarpun anda berbadan langsing. 5. Jangan malu Jika anda hendak bergaya dengan fesyen tertentu--lakukannya! Jika anda hendak bergaul dengan sesiapa saja--silakan. Jika anda ingin makan apa saja di hadapan orang lain--makan saja apa yang anda mahu, asalkan apa yang anda lakukan itu berpada-pada dan kena pada tempatnya. Jangan berlebih-lebihan sudah.
2012 NK

6. Berfikiran positif Aku cantik! Tidak kiralah apa kata mereka. Jangan terlalu fikir kata-kata dan pandangan orang lain. Dan jangan berpura-pura untuk menjaga hati mereka. Anda lebih kenal siapa diri anda. 7. Praktis bergaya dengan postur badan yang baik Postur badan yang baik menjadikan anda lebih tinggi. Naikkan dagu anda, tegapkan bahu, tegakkan bahagian belakang badan, dan jangan biarkan perut anda kelihatan buncit. Ianya memang agak sukar dan memenatkan, tapi bukanlah kelihatan longlai dan tidak bersemangat membuatkan anda kurang keyakinan? 8. Senyum Tunjukkan pada mereka bahawa anda juga rasa gembira dan berkeyakinan. Senyum akan membuatkan anda berasa lebih baik tentang diri sendiri. Tips bagi mereka yang bersaiz besar Mereka akan mengutuk/menghina anda. Itu hakikatnya. Tetapi siapa mereka untuk menilai anda? Jangan pedulikan mereka, dan melangkah dengan senyuman. Lama-kelamaan mereka yang menghina akan berasa bosan--kerana anda tidak melayan ejekan mereka. Kerap mandi, sekurang-kurangnya sekali sehari. Jangan berjalan sambil mengunyah makanan ringan. Anda akan kelihatan sangat teruk dan kurang disenangi orang lain. Pakai kasut jenis pump shoes. Ia lebih sesuai untuk anda yang berbadan gempal. Pakaian berwarna hitam akan menyelamatkan anda. Pilih gaya yang ringkas, tidak terlalu pendek/labuh, dan sesuai digayakan untuk pelbagai keadaan. Apabila mereka mengata/mengutuk tentang rupa paras dan bentuk tubuh badan anda. Fikirkan satu perkara. Mereka CEMBURU. Walaupun anda gempal, mungkin anda lebih baik daripada mereka. Lebih cantik. Kulit anda cerah. Rambut anda cantik dan licin. Atau mungkin anda lebih mendapat perhatian. Juga--lebih bernasib baik? Tentu ada sesuatu yang ada pada anda yang berjaya menyakitkan mata dan hati mereka. Jaga kesihatan anda. Cuba berdiet secara perlahan-lahan. Jangan menahan lapar dan memaksa diri untuk menurunkan berat badan. Lakukan senaman sedikit demi sedikit akan banyak membantu. Anda marah dengan mereka yang menghina anda? Jangan duduk diam. Cuba membalas dendam dengan cara menjaga makan, berdiet dan bersenaman dengan cara yang sihat dan teratur. Kepuasan hati anda adalah apabila melihat mereka terpegun/terkejut dengan perubahan pada diri anda. Tentu mereka tiada modal untuk mengutuk anda, malah malu dengan diri sendiri. Kini masa untuk berubah!

2012 NK

Bagaimana memilih warna baju untuk digayakan?


Warna hitam bermaksud kuasa. Ianya sesuai dipakai ketika anda menghadiri mesyuarat, menghadiri temuduga, juga sesuai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi. Warna gelap termasuklah warna hitam dan biru laut. Pakaian berwarna pastel membuatkan anda lebih santai dan mesra. Ia termasuklah warna hijau cair dan ungu cair. Gabungan warna untuk kelihatan lebih kreatif. Pastikan anda menggabungkan dua warna yang sesuai dan sepadan seperti merah jambu dan hijau muda. Pakaian berwarna merah sinonim dengan personaliti anda. Merah menunjukkan kecanggihan dan ketegasan. Warna merah-oren pula menunjukkan kemeriahan. Warna merah jambu biasanya dikaitkan dengan kecomelan. Mereka yang memilih pakaian berwarna merah jambu, tidak mengira jantina, biasanya ingin didekati orang lain, dan dilihat sebagai seorang yang penyayang dan mesra. Pakaian putih melambangkan satu permulaan baru. Putih juga melambangkan kebersihan dan gaya yang segar. Warna kuning memaparkan kehangatan dan optimistik. Warna ini membawa sifat-sifat penyembuhan seperti matahari. Warna oren dikaitkan dengan tenaga. Oren adalah warna yang membuatkan anda berasa lebih berani.

***NK***

Bagaimana menjadi seseorang yang disukai ramai orang


Sentiasa menjadi diri sendiri Anda tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain, atau menukar sikap anda keseluruhannya. Sampai bila anda mampu berlakon depan mereka? Jadi diri sendiri! Suka ketawa, suka bergurau, tetapi pastikan gurauan dan percakapan anda tidak mengguris hati orang lain. Menjaga diri sendiri Kebersihan adalah penting. Dan tidak ramai yang perasan akan bau badan mereka sendiri. Oleh itu, jagalah kebersihan di bahagian-bahagian tertentu seperti bau badan, bau nafas dan bawah lengan. Anda perlukan imej yang unik Mungkin sukar untuk anda menentukan gaya sendiri. Cari di internet dan majalah! Cari fesyen yang anda minati, padankan, dan ubah sedikit gaya anda. Gaya yang unik dan
2012 NK

berbeza akan menarik perhatian orang lain untuk mendekati anda. Tetapi pastikan gaya itu sopan dan tidak berlebih-lebihan. Gaya rambut Rambut yang diikat kemas adalah elok dipandang berbanding rambut berserabut, tidak kemas dan menyakitkan mata yang memandang. Pastikan juga rambut anda sentiasa wangi, atau sekurang-kurangnya tidak berbau busuk! Menggaru-garu kepala depan orang lain juga boleh membawa tanggapan buruk. Mungkin mereka fikir anda pengotor! Beli barangan berjenama dan berkualiti Bukanlah bermaksud ianya harus mahal. Contohnya, anda memakai beg Cap X, tentu orang lain pun malu nak berjalan bersama anda. Jika begitu, lebih baik pakai barang yang tiada jenama di atasnya. Bersikap baik, mesra, menawan Jika anda berbuat baik pada orang lain, tentu orang lain juga akan membalas kebaikan anda. Jangan sombong, ego dan meninggi diri. Tak siapa sukakan perangai buruk seperti itu. Bersikap terlalu manja dan mengada-ngada akan membuatkan orang lain meluat. Belajar untuk bergaul dengan orang lain Biasanya anda hanya bergaul dengan kawan-kawan rapat, atau orang tertentu saja. Cubalah berubah! Menegur ramai orang di sekeliling anda akan membuatkan anda berasa gembira dan lebih dikenali. Anda bebas berkawan dengan sesiapa. Bersendiri mungkin tidak sesuai bagi anda yang mahu disukai oleh ramai orang!

***NK***

Tabiat buruk mengenai kecantikan


Jangan menyentuh muka Dengan menyentuh muka, anda hanya memindahkan kuman dan kotoran dari jari anda kepada kulit wajah. Ia akan menyebabkan jerawat dan parut! Berhenti bermain dengan rambut Jika anda suka memintal atau bermain-main dengan rambut anda, mungkin ia akan berakhir dengan rambut bercabang dan berbuah (berpintal). Jangan jilat bibir Menjilat bibir bukan melembapkan, malah lebih mengeringkan kulit bibir. Simpan pelembap bibir dalam beg anda dan sapukannya pada bibir bila masa anda rasa perlu. Jangan menggosok mata Kulit di sekeliling mata anda adalah sangat halus dan nipis. Sekiranya anda menggosok dengan kuat, mata akan menjadi merah dan berair.

2012 NK

Berhenti memicit jerawat Apabila anda memicit jerawat, anda hanya menyebarkan bakteria kepada kulit anda. Hasilnya, wajah anda mungkin mempunyai lebih banyak jerawat dan parut bekas jerawat. Jangan menggigit kuku Ini antara tabiat buruk yang sukar untuk dibuang. Bayangkan berapa banyak kuman yang ada pada kuku anda? Dan anda makan kuman tu? Berapa banyak pula kuman yang masuk dalam perut anda? Kurangkan penggunaan pengering rambut Menggunakan pengering rambut setiap hari adalah tidak elok untuk rambut anda. Ia akan menyebabkan rambut kering, bercabang dan merekah. Sekiranya anda menggunakan pengering rambut, anda harus mencuci rambut anda pada keesokan harinya.

***NK***

Cantik!... dengan bahan-bahan semulajadi


Gunakan minyak zaitun untuk melembutkan dan melegakan kutikel kuku Campuran yogurt asli dengan madu boleh dijadikan mask untuk menyejukkan dan mengembalikan keremajaan kulit Cerahkan kembali kulit di bahagian siku dan lutut anda dengan menggosok bahagian tersebut dengan jus lemon dan gula. Jus lemon bertindak sebagai pemutih/peluntur dan gula akan mengelupas sel kulit mati Letakkan hirisan timun pada wajah anda untuk menyegarkan kulit wajah yang kelihatan kusam Untuk solekan yang tahan lama, bilaskan wajah anda dengan air mineral, biarkan ia kering sebelum sendiri tanpa dilap, kemudian anda bolehlah bersolek seperti biasa. Ia boleh mengekalkan solekan anda sepanjang hari Untuk tangan yang lembut dan cantik, rendamkan sebentar tangan anda ke dalam air suam, kemudian sapukan jeli petroleum pada tangan anda sebelum anda memakai sarung tangan daripada kain kapas sebelum tidur. Anda akan terkejut dengan hasilnya keesokkan hari Mahukan gigi yang putih? Tumbuk beberapa biji strawberry sehingga lumat, dan dengan menggunakan berus gigi, beruskan strawberry tersebut pada gigi anda dengan kuat. Ia akan membuang segala kekotoran dan kekuningan Mata bengkak dan sembab boleh dikurangkan dengan meletakkan parutan kentang pada mata anda selama 10-15 minit. Ia juga boleh menghilangkan lingkaran gelap bawah mata Simpan bag teh yang telah digunakan di dalam peti ais. Gunakan ia pada mata anda supaya kelihatan segar. Ia juga boleh digunakan untuk mata yang lebam
2012 NK

Untuk kulit kering, sapukan tepung jagung pada muka seperti memakai bedak talkum, kemudian lapkan dengan kain basah sehingga bersih Untuk gigi yang putih, campurkan satu sudu jus lemon dengan satu sudu soda bikarbonat dan sedikit garam. Beruskan pada gigi anda seminggu sekali

***NK***

Tips Kecantikan
Memakai mekap yang tipis akan membuatkan wajah anda kelihatan muda Vitamin dan mineral amat diperlukan untuk kesihatan dan kecantikan anda. tetapi terlalu banyak mengambil Vitamin A akan menyebabkan rambut gugur Minum banyak air suam dan tidur selama 8 jam sehari Tidur di atas 2-3 biji bantal setiap malam akan membantu menghilangkan lingkaran gelap bawah mata Selepas mencuci muka, bilas muka anda dengan air sejuk. Ia akan membantu menutup liang roma dan mengetatkan kulit wajah Postur badan yang cantik akan menjadikan anda kelihatan lebih langsing Memakai kasut bertumit rendah akan memberi anda postur yang lebih baik berbanding memakai kasut bertumit rata Kerap memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan betis anda menjadi lebih besar dan kelihatan berotot Berus gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mendapatkan gigi yang putih Anda yang mempunyai muka berjerawat haruslah membasuh muka setiap hari dengan air suam dan pencuci muka yang sesuai Membasuh muka dengan pencuci secara berlebihan akan menyebabkan kulit muka anda menjadi kering Mereka yang memakai cermin mata haruslah membersihkan cermin mata anda, juga perlu membersihkan kawasan mata dan hidung supaya minyak tidak tersumbat pada liang roma Pakai pakaian yang longgar sekiranya ada bahagian tubuh anda yang cedera supaya luka cepat sembuh Sebelum tidur, bersihkan wajah anda daripada sebarang mekap sehingga bersih untuk menghalang pembentukan jerawat, jangkitan pada mata, juga pembentukan bakteria pada kulit Gunakan krim untuk melindungi kulit anda daripada terkena cahaya matahari

2012 NK

Lov ..N oura e.

2012 NK

Anda mungkin juga menyukai