Anda di halaman 1dari 4

Sifat Luaran burung Kakak Tua

Saya burung kakak tua Saya burung yang sangat cantik. Badan saya berwarna-warni. Saya boleh didapati di kawasankawasan yang panas dan beriklim tropika. Saya tinggal di lubang-lubang pokok. Apa ini? Oh .... ini adalah kepala besar saya. Saya mempunyai dua mata sisi untuk membuatkan saya dapat melihat dengan jelas Saya juga mempunyai paruh pendek dan bercangkuk yang kuat . Saya menggunakan paruh saya untuk mematuk benih buah-buahan seperti betik dan ceri. Saya sering menggunakan paruh saya untuk memanjat dengan menggenggam di ranting dan batang pokok.

kawan-kawan, Seperti yang anda lihat .... Badan saya dilitupi dengan bulu berwarna-warni dan cantik. Ada warna biru, kuning dan merah

Haaa, .... Adakah anda tahu, apakah ini? Ya, betul. Ini adalah sayap. Apa yang boleh saya lakukan dengan sayap ini? Oh ... saya boleh terbang dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan sayap ini. Seperti yang anda tahu, saya juga mempunyai ekor panjang yang berwarna hijau. Ia dapat mengimbangkan badan saya semasa saya terbang di langit Rakan-rakan, Kenapakah Saya tidak pernah jatuh dari pokok? Anda tahu mengapa? Itu adalah kerana saya mempunyai dua kaki yang mempunyai kuku yang kuat Saya boleh menggunakan kuku saya untuk memegang dahan pokok. Kadang-kadang, saya menggunakan kuku saya untuk

membantu memegang bijirin di tempat yang besar. Apabila saya di atas tanah, saya sering berjalan dengan gaya berguling Saya popular sebagai haiwan kesayangan manusia kerana saya mempunyai kecerdasan, warna-warna cerah dan mempunyai kemampuan untuk meniru suara manusia. Pernahkah anda mendengar suara manis saya. Sekarang dengar di sini, saya mahu menyanyi lagu khas untuk anda semua. "Tweet, tweet, tweet, tweet, tweet, tweet, Saya amat gembira untuk menjadi burung kakak tua (2x) Burung yang cantik, burung berwarna-warni (2x) Tweet, tweet, tweet ... ... (2x) " Tetapi sekarang, saya dan rakan saya berada dalam bahaya. Manusia suka untuk memerangkap kami untuk perniagaan perdagangan haiwan peliharaan,serta kami telah kehilangan habitat akiat penerokaan hutan dan persaingan dari spesies lain, telah membuatkan kami dieksploitasi lebih daripada spesies burung yang lain. Jadi, tolonglah berikan kasih sayang dan mengambil berat

tentang kami. Itulah sahaja cerita saya. Semoga bertemu lagi di lain kali.Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai