Anda di halaman 1dari 369

Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Sajak
Siri III Perjuangan Umum

K O L E K S I

Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

KOLEKSI SAJAK Ustaz Haji Ashaari Muhammad Siri 3 Perjuangan Umum oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad
Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V) Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta. Kali pertama diterbitkan Mac 2006 ISBN 983-2492-50-5 Teks diset dalam Palatino 10 poin Terbitan: Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-V ) 51-2, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang. Selangor Darul Ehsan.

PERJUANGAN

Perjuangan

KOLEKSI SAJAK SIRI III

KANDUNGAN Bahagian 4: PERJUANGAN


TUJUAN BERJUANG 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Tujuan Berjuang Kerja Pejuang Islam Nilailah Perjuangan Kita Mencintai Tuhan Rahsia Perpaduan Ciri Perjuangan Kebenaran Berjuanglah Hingga Orang Kenal Allah Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam Berjuanglah Atas Dasar Cintakan Tuhan Bawalah Tuhan dalam Perjuangan Aku Tidak Jemu Perjuangkan Tuhan Tauhid dan Iman Tunggak Perjuangan Jangan Jadikan Syariat Sebagai Ideologi Berjuang Mencari Barang yang Hilang Islam Ada Berbagai Aspek Islam Global Ikut Program Tuhan 9 11 13 14 15 16 18 19 20 22 23 24 25 26 28 32

SYARAT PEJUANG 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 Bukan Mudah Jadi Pejuang Berjuang Ibarat Berjalan Atas Batu Kerikil Perjuangan Laksana Menongkah Arus Cita-cita Islam Bukan Sekadar Cakap Beza Kita Berjuang dengan Sahabat Berjuang Pejuang Dahulu dan Pejuang Sekarang Senangnya Berjuang di Zaman Ini Siapa Sebenarnya Wira? Bawa Islam dengan Sikap Bukan Hanya Cakap Sebenarnya Engkau yang Bermasalah Tegakkan Islam dalam Diri Dahulu Engkau Hendak Berjuang? Engkau Ingin Berjuang Perjuangan Rasulullah Meniti Ranjau Bukan Semua Mampu Berjuang Orang yang Tidak Kekal dalam Perjuangan 2 33 35 36 37 38 40 41 42 43 44 46 47 49 50 51 53

PERJUANGAN

33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50

Orang yang Ada Prinsip dan Cita-cita Orang yang Ada Cita-cita Perjuangan Pejuang Kebenaran Unik dan Istimewa Apabila Kemenangan Atas Dasar Taqwa Apabila Kemenangan Atas Dasar Quwwah Aku Tidak Bimbang Usahaku Gagal Kehidupan Orang Tuhan Jangan Berdolak-dalik Lagi Mencari Kebenaran Adalah Wajib Berkorbanlah Untuk Agama, Bangsa dan Negara Anggota Jemaah Tidak Sama Status Baikilah Diri dalam Memperjuangkan Kebenaran Berdisiplinlah dalam Perjuangan Makin Ke Hujung Seriuslah Baiki Diri Membaiki Diri Untuk Menjadi Rijalullah Senjata Paling Ampuh Muhasabah Pejuang Ujian dalam Perjuangan Memang Berat

54 55 57 59 60 61 62 63 65 66 67 69 70 71 73 74 76 78

SYARAT PEMIMPIN 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 Syarat Jadi Pemimpin Apalah Indahnya Jadi Pemimpin (1) Apalah Indahnya Jadi Pemimpin (2) Pemimpin Palsu Orang Benci Pemimpin yang Ditunjuk Oleh Jari Mendidik Rakyat Bukan dengan Gertak Pemimpin yang Mengenal Perjalanan Hati Taat Setia Bukan Boleh Dipaksa-paksa Sifat Pemimpin yang Dijanjikan Pemimpin Bersifat Rasul atau Nabi Ulama Pewaris Nabi Pemimpin Sejati Penghubung Kepada Tuhan Ciri-ciri Pemimpin Sejati Pemimpin yang Merendah Diri Pemimpin Pilihan Tuhan Jika Pemimpin Bertaqwa Pemimpin Bagai Ibu Ayah Indahnya Negara Jika Pemimpin Baik Kemenangan Untuk Pemimpin yang Dijanjikan Ulama Berwatak Rasul Pemimpin Kebenaran Super Zalim vs Super Soleh 3 80 81 82 83 84 86 87 88 90 91 93 95 96 97 99 100 102 104 106 108 109 111

KOLEKSI SAJAK SIRI III

73 Sohibuz Zaman 74 Tempalah Sejarah Pilihlah Mana Satu 75 Ajaran dan Pemimpinnya Mesti Diterima Sekaligus PERJUANGAN YANG SALAH - I 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 Mengapa Kecil Sangat Cita-cita Mengapa Derhaka dalam Membangun Engkau Rosakkan Akidah Rakyat Engkau Robekkan Akidah Rakyat Apakah Kamu Masih Mengaku Islam? Orang Berkuasa yang Tidak Ada Kuasa Engkau Pemecah Belah Rakyat Engkau Ingin Perpaduan Tapi Engkau Bawa Perpecahan Engkau Sanjung Pemimpin yang Gila Kuasa Apabila Ulama Tidak Takut Allah Di Antara Ajaran Sesat Kerja Sia-sia Awaslah Namrud, Firaun, Hamman, Qarun Dan Balam di Zaman Ini

113 115 116

118 119 121 122 124 125 126 127 128 129 130 132 134

PERJUANGAN YANG SALAH - II 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang? Tolak Kezaliman dengan Kebaikan Diri Erti Zalim Caraku Lain, Caramu Lain Berjuanglah Membawa Air Jangan Membawa Api Waktu Berkuasa Jangan Merasa Diri Luar biasa Perjuanganmu Membesarkan Diri Keadilan Apa yang Kamu Hendak Tegakkan? Jangan Ingat Semua Orang Bodoh Berjuang dengan Mengata-ngata Tegakkanlah Keadilan dalam Kehidupan 135 136 137 139 141 142 144 146 148 149 151

PERJUANGAN ABUYA 100 101 102 103 104 105 Biogra Abuya Syeikh Imam Ashaari Aku Sedih Kerana Tidak Dapat Membela Islam Adalah Hidup Matiku Hatiku Sedih Melihat Manusia Terbiar Selagi Ada Nyawa di Badan Kami Anggota Arqam Direman 4 152 158 160 161 163 164

PERJUANGAN

106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129

Tangisanmu Menghiburkan Aku Musuh-musuhku Mengepungku Ujian Anugerah-Mu Untukku Di dalam Ujian Ada Rahmat Baru Tahu Setelah Diuji Baru Engkau Tahu Erti Perjuangan Aku Berjuang dengan Keyakinan Ramai Kawan-kawan Terkejut Engkau Tidak Boleh Nilai Lagi? Perjuangan Kebenaran Jauh Perjalanannya Kalian Kan Sudah Dipulihkan? Nilailah Iman Diri Sendiri Engkau Akan Lihat Nanti Aku Belum Mati Aku Ucapkan Selamat Tinggal Ujian Perjuangan Menapis dan Menyaring Tapisan Demi Tapisan Berlaku Tuhan, Janganlah Aku Dipersalahkan Keluarga Role Model Tuhan, Bila Lagi Bantuan-Mu Datang Bilakah Lagi Engkau Datangkan Pembela? Sudah Puluhan Tahun Kami Berjuang Nenekku Tersayang Mimpi Berada di Tanah Perkuburan

165 166 167 169 170 171 172 173 174 175 176 178 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 191 193

RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT 130 131 132 133 134 135 136 Kehidupan Para Sahabat Rasulullah Nabi Muhammad Rasul Pilihan Kebesaran Rasulullah SAW Rasulullah Bulan Purnama Rasulullah Pilihan Atas Pilihan Engkau Laksana Purnama Rahmat Allah Kepada Rasulullah 195 197 199 200 201 203 204

PENDIDIKAN 137 138 139 140 141 Bila Aku Renung Anak-anakku Ibu Penyejuk Hati Ibu Permata Hati Jangan Sia-siakan Masa Mudamu Salah Terima Didikan 5 206 207 208 209 210

KOLEKSI SAJAK SIRI III

142 Kalau Satu Bangsa Sudah Rosak 143 Ilmu Tanpa Didikan 144 Apabila Pemimpin atau Guru Hanya Pandai Memberi Ilmu 145 Kalau Kita Seorang Pendidik 146 Bila Belajar dengan Tujuan Jawatan 147 Berbagai Cara Allah Mendidik KEMASYARAKATAN 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 Di Akhir Zaman Wang Jadi Ukuran Akibat Gagal Membangun Insaniah Mencari Permata yang Hilang Zaman Serba Moden dan Maju Bila Pemimpin Hilang Wibawa Tamadun Insaniah Punah-ranah Anehnya Manusia Gejala Masyarakat Makin Parah Dunia Dipenuhi Krisis Perlunya Seorang Penyelamat Bagaimanalah Dunia Hendak Aman Manusia Tidak Sedar Perangai Merekalah Hidup Tidak Harmoni Apa Nak Jadi? Ke Mana Pergi Sudah Tidak Selamat Lagi Bangunkan Syariat Semarakkan Syiar Maju Bersama Ketakutan atau Mundur Bersama Keamanan Apa Erti Kemajuan Kalau Akhlak Menyapu Bumi Kalau Dunia Ingin Damai Orang Bertaqwa Aset Negara dan Ummah Malaysia Negara Tercinta Alangkah Indahnya Hidup Ini Bila Dunia Hendak Jadi Syurga?

211 213 214 215 217 218

220 222 224 225 227 228 230 231 232 233 234 235 236 238 240 241 243 244 246 247 248 249

KASIH SAYANG 170 171 172 173 174 Kasih Sayang Sangat Diperlukan Cinta Tuhan Pengikat Cinta Manusia Alangkah Susahnya Menagih Kasih Kasih Sayang Sudah Mati Ikatan Kasih Sayang dalam Masyarakat 6 250 251 252 253 254

PERJUANGAN

175 Kasih Sayang Telah Hilang 176 Bagaimana Hendak Berkasih Sayang Kalau Lidah Tidak Dijaga 177 Jika Kasih Sayang Tidak Wujud 178 Peringkat-peringkat Kasih SAHABAT 179 180 181 182 183 Susahnya Mencari Kawan yang Setia Watak Kawan Terhadap Kawan Umat Islam Sudah Nafsi-nafsi Jiwa Sudah Hilang Susah Mencari Sahabat

256 257 259 261

264 265 266 267 268

KEMISKINAN, ORANG KAYA, ORANG MISKIN 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda Fakir Miskin Dijadikan Bahan Publisiti Fakir Miskin Sasaran Pemimpin Orang Kayalah Membuat Masalah Kemiskinan Bukan Masalah Redhalah dengan Kemiskinan Fungsi Orang Miskin dan Kaya Miskin Bukan Satu Kesalahan Jasa Orang Miskin Allah Jadikan Manusia Tidak Sama Masyarakat Mukmin Memang Unik 270 272 273 274 276 277 278 280 282 284 285

PENYAIR, PENASYID 195 196 197 198 199 Antara Penyair Sekular dan Penyair Mukmin Jangan Lacurkan Ayat-ayat Allah Engkau Puja Bunga di Taman Jangan Jadi Penyair yang Melalaikan Kalau Kamu Sudah Terkenal 286 287 288 290 292

MASJID 201 Fungsi Masjid Dirosakkan 202 Masjid Bukan Lagi Tempat Ibadah MERDEKA 7 293 295

KOLEKSI SAJAK SIRI III

202 203 204 205 206 207

Erti Kemerdekaan Carilah Kemerdekaan Kemerdekaan Sejati Mengisi Kemerdekaan Lebih Payah Mengisi Kemerdekaan Erti Merdeka

296 297 298 299 301 302

PERJUANGAN

TUJUAN BERJUANG UJUAN berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan pencipta alam Agar Dia disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan Di sana tempat kekal abadi Sama ada di Syurga mahupun di Neraka Itulah dia tugas-tugas para dai, mubaligh-mubaligh dan ulama Mengajak manusia menyembah Tuhan Jalan dan caranya itulah syariat-Nya Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya cara yang kita reka-reka Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya Ingin kepada Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan Kalau jalannya mengikut cara sendiri, tidak sampai kepada-Nya Hari ini dakwah dan ceramah merata negara Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan Ini bukan pendakwah tapi pendakyah Ia bukan sabilillah Tapi jalan yang sudah tersalah Ini bukan hendak mencari redha Allah Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka

Lepas Asar 24 - 09 - 1999 10

PERJUANGAN

KERJA PEJUANG ISLAM ERJUANG ertinya mengajak orang mengenal Allah sebagai Tuhan Kemudian mengajak agar akui Allah adalah Tuhan yang wajib disembah Ertinya mengajak orang masuk Islam Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyuburkan dan meningkatkan Islamnya Inilah kerja yang sepatutnya dibuat oleh pejuang-pejuang Islam Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa Berjuang bukan ajak orang masuk politik Tidak juga untuk menyokong kita menjadi pemimpin Datuk nenek kita dahulu masuk Islam bukan kerana masuk politik Bukan juga kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan Tuhan itu adalah Allah Tuhan itu wajib disembah, dicintai dan ditakuti Menjunjung suruhan dan larangan-Nya Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam Kita hanya sambung sahaja kemudian memperjuangkannya Bukan datuk nenek kita terima Islam kerana politik Atau kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan matlamat perjuangannya Bukan ajak orang masuk Islam
11

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tidak juga mengajak umat Islam meningkatkan Islamnya Tapi ajak orang masuk partinya Paling tidak mengajak orang ramai menyokong partinya Ini satu kesilapan yang paling besar di dalam perjuangan Satu penyelewengan telah berlaku di dalam perjuangan

Menjelang tidur 24 - 09 - 1999 12

PERJUANGAN

NILAILAH PERJUANGAN KITA ERJUANG ertinya mencari Tuhan Berjuang bermakna mencintai Tuhan Berjuang bererti berusaha menjadikan Tuhan sebagai idola Kerana itulah berkorban habis-habisan Untuk membuktikan kecintaan terhadap idola kita Berkorban apa sahaja demi keredhaan-Nya Jangan pula berjuang hingga kehilangan Tuhan Atau makin gigih berjuang makin jauh dari Tuhan Akibatnya berjuang tidak lagi bersama Tuhan Apabila terjadi di dalam perjuangan kehilangan Tuhan Ertinya kita mengajak manusia menjadikan diri kita idolanya Aduh malangnya, secara tidak disedari kita jadikan diri kita sebagai tuhan Sekalipun kita tidak pernah mengajak manusia menuhankan diri kita Janganlah hendaknya terjadi di dalam perjuangan kehilangan Tuhan Perjuangan kita di dalam kerugian Pergorbanan kita menjadi sia-sia Kita akan dilaknat oleh Tuhan Dan oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia Nilailah semula perjuangan kita Koreksi lahir dan batinnya Sebelum terlajak jauh tersilap agar sempat membetulkannya

Menjelang tidur 20 - 09 - 1999 13

KOLEKSI SAJAK SIRI III

MENCINTAI TUHAN RAHSIA PERPADUAN ERJUANG ertinya mengenalkan manusia, Allah adalah Tuhannya Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya Supaya hidupnya, matinya, tidak lain melainkan untuk Tuhannya Untuk memuja dan membesarkan Tuhan, syariat adalah jalannya Apabila Tuhan menjadi idola Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan untuk keredhaan-Nya Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan, akan terjalin persaudaraan Makin ghairah manusia mencintai Tuhan, makin rapat manusia berkawan Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia sama-sama mencintai Tuhan Kalau begitu persaudaraan tidak perlu dikumandangkan Ukhwah tidak payah dislogankan Kasih sayang sesama manusia tidak perlu disibuk-sibukkan Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan Automatik persaudaraan terjalin Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku sesama insan Itulah dia rahsia persaudaraan Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan Iaitu manusia sesama manusia menjadikan Tuhan idolanya Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan
Menjelang tidur 20 - 09 - 1999 14

PERJUANGAN

CIRI PERJUANGAN KEBENARAN ERJUANGAN kebenaran jelas jalannya Jelas matlamatnya, jelas dasar dan konsepnya Jalannya tidak perlu dicari-cari Dasar ajarannya jelas bak matahari Di dalam berjuang masih tercari-cari tidak akan berlaku Mana boleh kebenaran diperjuangkan sambil mencari-cari dan mencuba-cuba Ilmunya adalah Al Quran dan Hadis Nabi Sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi dan Sahabatnya Rasulullah SAW akidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan Disiplin ibadahnya teratur dan penuh khusyuk dan tawadhuk Akhlaknya begitu terserlah yang merupakan bunga diri mereka Ramai orang tertawan dengan peribadinya sebelum tahu ilmunya dan tentang ajarannya Sentiasa membaiki diri, sentiasa merasa berdosa Malam mengabdikan diri kepada Tuhan Siang berjuang bak singa lapar Berusaha mengajak orang masuk Islam matlamat perjuangannya Lain sekali perjuangan Islam di masa kini Jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari Cakap politik lebih banyak daripada mengajak orang bertuhan dan rasa bertuhan Mengata, mengecam, perli jadi budaya Musuhnya lebih banyak dihina daripada didoakan Akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya
Menjelang tidur 11 - 09 - 1999 15

KOLEKSI SAJAK SIRI III

BERJUANGLAH HINGGA ORANG KENAL ALLAH ERJUANGLAH hingga orang kenal Allah itu adalah pencipta segala-galanya Berjuanglah sehingga orang faham Allah itu adalah Tuhannya Berjuanglah hingga Tuhan disembah, ditakuti dan dicintai orang Berjuanglah hingga orang berbangga Bahawa Allah itu adalah Tuhannya, pemimpinnya, idolanya Bahkan Kawan Setianya Berjuanglah hingga orang menyerahkan Seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja Yang menjadi disiplin hidup mereka Selain syariat-Nya adalah tertolak Bahkan perosak manusia dan dunia Berjuanglah hingga manusia menyerahkan Seluruh hidup matinya untuk-Nya Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya Bila-bila sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan pencipta manusia Berjuanglah hingga manusia Sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya Penyerahan diri kepada Tuhan secara total Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan ke mana-mana Hingga manusia menganggap Kawan Setianya yang membelanya Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan, makan bersama Tuhan Berjalan bersama Tuhan, bermusar bersama Tuhan

16

PERJUANGAN

Di waktu rehat bersama Tuhan Di waktu aman dan damai bersama Tuhan Di masa susah dan payah bersama Tuhan Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu amat diperlukan Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup tanpa Tuhan Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan adalah segala-galanya Berjuanglah hingga manusia seluruhnya Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang sesama manusia Begitulah berjuang yang dikehendaki Tuhan

Lepas Zuhur 01 - 11 - 1999 17

KOLEKSI SAJAK SIRI III

BERJUANG MENGAJAK MANUSIA KEPADA ISLAM ERJUANG membunuh musuh bukanlah utama Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama Ia adalah merupakan sumber rezeki,

Menjelang tidur 05 - 10 - 1999 18

PERJUANGAN

BERJUANGLAH ATAS DASAR CINTAKAN TUHAN ERJUANGLAH atas dasar cintakan Tuhan Atau berjuanglah atas dasar takutkan yang Maha Pencipta Membangunlah atas dasar tuntutan Tuhan Berekonomilah atas dasar perintah Tuhan yang Maha Esa Berpendidikanlah atas dasar cintakan Tuhan Bahkan buatlah apa sahaja tapi untuk Tuhan dan kerana Tuhan Barulah segala apa yang dihasilkan selamat-menyelamatkan Bahagia dan membahagiakan sesama manusia Bahkan segala yang dihasilkan itu akan menjadi lambang kebesaran Tuhan Ia akan menjadi ayat min ayatillah Dari buah usaha dan perjuangan itu nampak kebesaran Allah Taala Manusia akan malu dan bersyukur kepada-Nya Dan manusia akan merendah diri di hadapan kebesaran Tuhan Di waktu itu yang terasa Allahlah yang Maha Kuasa, Maha Besar dan Maha Agung Tapi apabila manusia itu berusaha dan berjuang tidak ada hubung kait dengan Tuhan Maka akan berlakulah nanti hasil dari usaha dan perjuangan itu sebagai tuhan Walaupun manusia tidak mengatakan itu tuhan Matlamat yang telah dicapai itu, manusia mentuhankan benda itu Jadi manusia itu sama ada disedari atau tidak telah mentuhankan benda Kerana itulah apabila benda itu sudah tidak boleh menyelamat manusia lagi Manusia akan jemu, resah dan gelisah bahkan kecewa dan putus asa
Menjelang tidur 28 - 01 - 2000 (21 Syawal 1420) 19

KOLEKSI SAJAK SIRI III

BAWALAH TUHAN DALAM PERJUANGAN ANGAN hanya bersyariat sahaja tanpa membawa Tuhan sama Bersyariatlah bersama Tuhan agar rasa bertuhan dan rasa kehambaan hidup di jiwa Berpuasalah, berzakat dan berhajilah bersama Tuhan agar tebal rasa kehambaan Juga agar ibadah-ibadah itu membangunkan insaniah atau memberi kesan Begitulah seterusnya berjuanglah bersama Tuhan Kalau Tuhan tidak dibawa bersama di dalam perjuangan Perjuangan kita akan jadi perjuangan ideologi Sekalipun perjuangan itu selaras dengan syariat Tuhan Memperjuangkan syariat Tuhan tidak bersama Tuhan akan lahir sifat-sifat mazmumah Di dalam dia bersyariat sombong, ego, riyak, gila nama, gila glamour terbawa sama Di dalam bersyariat takut atau cintanya dengan Tuhan sudah tiada Tapi kalau bersyariat dan berjuang bersama Tuhan Dari syariat dan perjuangan itu lahirlah akhlak yang mulia Lahir sifat kasih sayang, timbang rasa, dan mengutamakan manusia Terbit dari sifat mahmudah, bertolong bantu dan kerjasama Merendah diri, sabar dan redha Tawakal subur bersama Dari syariat dan perjuangan lahirlah peribadi-peribadi yang indah Bahkan buatlah apa sahaja, tapi biarlah bersama Tuhan Agar bersyariat itu kerana Tuhan Bukan bersyariat untuk syariat atau untuk fadhilat
20

PERJUANGAN

Agar dari bersyariat dan berjuang itu kita benar-benar kenal Tuhan Jangan sampai berjuang dan bersyariat sampai tidak kenal Tuhan Kalau berlaku seseorang itu bersyariat dan berjuang tidak kenal Tuhan Atau bersyariat dan berjuang tidak bersama Tuhan Sia-sia sahajalah syariat dan perjuangan itu

Menjelang Maghrib 22 - 02 - 2000 21

KOLEKSI SAJAK SIRI III

10

AKU TIDAK JEMU PERJUANGKAN TUHAN KU tidak jemu-jemu perjuangkan Engkau wahai Tuhan Aku tidak jemu-jemu dan tidak tahu rehat, mengenalkan Engkau Aku sudah gadaikan nyawaku agar Engkau dikenali oleh hamba-hamba-Mu Aku mahu satu hari nanti Engkau dikenali dunia Hingga Engkau disembah di mana-mana dan waktu apa pun Cita-citaku agar engkau dijadikan idola Disanjung dan dipuja Moga-moga Engkau sahaja yang akan diagungkan dan dibesarkan Aku sedang berjuang bersama kawan-kawanku Mengenalkan Engkau kepada manusia Selagi ada nyawa di badan Aku tidak akan berhenti berusaha dan berjuang Selagi aku ada tenaga Selama itulah aku tetap memperjuangkan Engkau Aku merasa bangga kalau Engkau disembah orang Aku rasa gembira kalau Engkau dicintai dan disanjung Aku mahu di mana sahaja nama-nama-Mu disebut-sebut orang Sebutan nama-Mu bergema di mana-mana Engkau dipuji, Engkau dipuja, Engkau disanjung Engkaulah tempat rujuk orang segala perkara Tempat bertanya, tempat meminta Tempat mengadu semua masalah Tempat harapan, tempat munajat Tempat bermanja Engkau adalah tempat meluahkan segala kehendak dan perasaan Moga-moga perjuanganku berjaya dan cita-cita sampai

Selepas Isyak 09 - 11 - 1999

22

PERJUANGAN

11

TAUHID DAN IMAN TUNGGAK PERJUANGAN EMPERJUANGKAN Islam ertinya memperjuangkan iman dan tauhid Agar Tuhan disembah, dicintai dan ditakuti Supaya Tuhan menjadi idola setiap manusia Kalau undang-undang Islam dan syariatnya sahaja diperjuangkan, siapa mahu hormati Ia sepertilah memperjuangkan isme dan ideologi Tidak ada tempat orang yang hendak takut Kalaupun berjaya diperjuangkan syariat dan undang-undang Islam Tanpa bertunjangkan tauhid dan iman Hanya berjaya menegakkan hukumnya sahaja Namun orang-orang tidak bertuhan juga, iman tidak ada juga Atau orang boleh mengelak hukum, secara rasuah dan berbagai-bagai lagi Lebih-lebih lagi pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang Islam tanpa iman Mereka boleh melepaskan diri, yang kena hanya rakyat jelata Di zaman sains teknologi canggih ini Alat-alat perhubungan begitu mudah, orang boleh pergi ke luar negara Tidak berani melakukan maksiat di negaranya, mereka pergi ke negara luar Selamatlah mereka daripada dikenakan hukuman Undang-undang Islam jika berjalan bukan atas dasar iman Mereka kalau kena hukuman, maka berlakulah penzaliman

Lepas Asar 29 - 09 - 1999 23

KOLEKSI SAJAK SIRI III

12

JANGAN JADIKAN SYARIAT SEBAGAI IDEOLOGI ANGAN engkau jadikan syariat Tuhan sebagai ideologi Kalau ideologi tidak bertunjangkan iman Nanti syariat juga tidak bertunjangkan iman Mana boleh syariat tanpa iman Membangunkan syariat mestilah bertunjangkan iman Syariat tanpa iman tidak dapat pahala dan keredhaan Syariat tanpa iman belum selamat daripada Neraka Syariat, Tuhan yang punya, mestilah perjuangkan Tuhan lebih dahulu Kenalkan Tuhan, agar Dia dicintai dan ditakuti Apabila orang kenal Tuhan maka syariat akan dibangunkan kerana Tuhan Kerana syariat itu adalah jalan kepada Tuhan Tidak akan sampai kepada Tuhan kalau bukan menempuh jalan-Nya Menuju Tuhan tidak boleh buat jalan sendiri Menuju kepada Tuhan kenalah juga ikut jalan-Nya Tapi kalau syariat Tuhan sahaja diperjuangkan tanpa bertunjangkan iman Seperti orang tidak kenal Tuhan atau rasa bertuhan tidak ada Walaupun syariat Tuhan itu diamalkan Ia akan sama kedudukannya seperti ideologi Tuhan dengan syariat-Nya tidak boleh dipisahkan Bila bertuhan kenalah ikut syariat-Nya Jika bersyariat kenalah dihubung kait dengan Tuhan Mana boleh ambil Tuhan tanpa syariat-Nya Begitu juga mana boleh mengguna syariat tanpa Tuhan Bersyariatlah kerana Tuhan

Lepas Isyak 01 - 10 - 1999 24

PERJUANGAN

13

BERJUANG MENCARI BARANG YANG HILANG ITA berusaha dan berjuang mencari barang yang hilang Hilang yang sudah lama berlaku dicari semula Macam-macam perkara yang hilang, untuk hendak mendapatkannya kembali Kehilangan Tuhan, kehilangan syariat, kehilangan akhlak yang mulia Kehilangan kasih sayang, kehilangan ukhwah, kehilangan simpati Kehilangan tawakal, kehilangan sifat merendah diri Kehilangan pemurah, kehilangan bertolak ansur, kehilangan ilmu Kehilangan sifat redha, kehilangan sifat sabar, kehilangan timbang rasa Mengapa di dalam berjuang mencari barang yang hilang, kita maki orang? Kenapa berjuang mencari barang yang hilang, menghina orang? Siapa ajar kita berjuang mencari barang yang hilang, memtnah orang? Cara ini bukan mencari barang yang sudah hilang! Tapi menghilangkan lagi barang yang ada Maka makin banyaklah barang yang hilang Barang yang hilang tidak dapat dicari Yang masih ada hilang pula Akhirnya makin gigih kita berjuang Makin lama kita berjuang, semakin banyak barang yang hilang Padahal berjuang hendak mencari barang yang hilang Ini makin gigih berjuang makin banyak yang hilang Ini perjuangan kartun namanya Cara ini perjuangan angan-angan Mat Jenin Perjuangan semacam ini, perjuangan membunuh diri

Menjelang tidur 12 - 10 - 1999

25

KOLEKSI SAJAK SIRI III

14

ISLAM ADA BERBAGAI ASPEK SLAM ada berbagai-bagai aspek Mendapatkan negara, menjalankan pentadbiran, menegakkan hukum ibarat membuat pagar dan benteng pertahanan Ertinya membuat pagar atau benteng ada benda dan perkara yang hendak dijaga dan dikawal Agar benda dan perkara itu selamat daripada dirosakkan Biasanya yang hendak dipagar dan dibenteng ialah kebun buah-buahan, taman bunga, ladang tanam-tanaman dan ternakan Ini dinamakan aspek luaran Ia di luar diri yang hendak dipagar Aspek yang penting di dalam Islam ialah cintakan Tuhan dan rasa bertuhan Hingga Tuhan benar-benar dirasakan pentadbir, penjaga, penyelamat dan idola manusia Aspek yang lain pula menghayati syariat-Nya Itulah dia jalan kepada Tuhan Dari penghayatan syariat itu lahirlah akhlak yang mulia di dalam diri manusia Seperti berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, pemalu, tawadhuk, sabar, redha, bekerjasama Perikemanusiaan yang tinggi, mengutamakan orang lain, hormat-menghormati, bertolak ansur, maaf-bermaafan Dari akhlak yang mulia inilah wujudnya kehidupan yang murni dan harmoni Kehidupan itulah semua golongan manusia menginginkan kerana ia membawa ketenangan dan kebahagiaan Aspek yang dua inilah ia ibarat ladang-ladang buah-buahan, taman-taman bunga, kebun sayuran, biji-bijian dan ternakan Maksudnya orang yang berjuang hendakkan negara, menegakkan hukum dan pentadbiran kerana hendak melindunginya Iaitu hendak melindungi orang yang sudah cintakan Tuhan,
26

PERJUANGAN

orang yang bersyariat dan mempunyai akhlak yang mulia Agar dengan adanya negara, hukum dan pentadbiran dapat menjaga ini semuanya Tapi kalau Tuhan pun orang belum kenal, syariat belum dihayati, akhlak yang mulia belum wujud lagi Apa ertinya dapat negara, menegakkan hukum dan pentadbiran? Apa yang hendak dijaga? Macamlah kita membuat pagar, ladang buah-buahan belum ada, taman bunga belum wujud, ladang sayuran dan makanan pun belum ada Kita ingin membuat pagar kerana hendak menjaga tanaman agar tidak dirosakkan oleh musuh Pagar itu perlu kerana tanaman telah wujud Begitulah apabila Tuhan dicintai dan dijadikan idola, syariat sudah dihayati, akhlak yang mulia sudah menjadi pakaian manusia Maka perlulah kepada negara dan menegakkan hukum untuk menjaga manusia yang sudah bersyariat lahir dan batin Tapi kalau Tuhan pun belum dikenali, syariat belum dihayati, akhlak yang mulia belum wujud lagi Bukankah lebih baik perjuangkan Tuhan lebih dahulu, hayati syariat, tegakkan akhlak Daripada sibuk-sibuk hendak memperjuangkan negara dan pentadbiran lebih dahulu Janganlah kita jadi para pejuang yang tertipu dan penipu Akhirnya rakyat pula tertipu oleh perjuangan kita

Menjelang tidur 1 Safar 1421 27

KOLEKSI SAJAK SIRI III

15

ISLAM GLOBAL ARILAH kita mengenal Islam secara global Global yang ringkas dan intensif sebagai ilmu pengetahuan Untuk mengukur diri kita, keluarga kita, seterusnya masyarakat dan negara Sejauh mana Islam secara syumul itu telah diamalkan di dalam kehidupan Sama ada di peringkat individu, rumah tangga, masyarakat dan negara Islam adalah agama syumul atau global Global dan syumul itu berlaku di dalam empat peringkat Global pada individu, global di dalam keluarga, global di dalam masyarakat atau jemaah seterusnya negara Syumul di dalam individu tidak sama dengan global di dalam keluarga Global di dalam keluarga tidak sama dengan syumul di dalam masyarakat Syumul di dalam masyarakat tidak sama dengan global di dalam negara Mari kita mengenal Islam secara global di setiap peringkat Global pada individu dia hendaklah mengetahui dan meyakini rukun iman secara ilmu Iman itulah yang menjadi akidah dan pegangannya terutama Tuhan dicintai atau ditakutinya Faham rukun Islam yang lima serta mengerjakan dan menghayatinya Tahu sifat-sifat mahmudah yang sepuluh seperti ikhlas, sabar, pemurah, amanah, tawadhuk, pengasih, tawakal dan lain-lain Terbangun di dalam jiwanya sifat-sifat mahmudah itu Faham juga sifat-sifat mazmumah yang menjadi lawannya dan membuangnya seperti pemarah, hasad, dendam, sombong, riyak, sumah, bakhil, tamak dan lain-lain Faham halal haram dalam makan minum, pakaian, pergaulan dan lain-lainnya
28

PERJUANGAN

Faham dosa-dosa besar dan kecil serta menjauhinya Faham cara bersuci dan tahu mandi hadas Global di dalam keluarga dan rumah tangga sudah bertambah pula aspek-aspeknya Suami atau ayah sebagai pemimpin keluarga, Mendidik, menjadi imam sembahyang dan bertanggungjawab makan minumnya, pakaian dan tempat tinggalnya secara halal Dia tempat rujuk keluarga, dihormati dan ditaati Isteri atau ibu membantu suami di dalam mengurus anak-anaknya dan tempat anak-anak bermanja Satu sama lain berkasih sayang dan bekerjasama Nasihat-menasihati, maaf-bermaafan, bertolak ansur dan berlapang dada Masyarakat global atau jemaah global pula hormat-menghormati, bertolong bantu, bekerjasama di antara jiran dengan jirannya dan penduduk setempat Maruah dan nama baik satu sama lain kenalah dijaga Ziarah-menziarahi terutama di waktu kematian dan kesusahan Keaiban jiran, penduduk setempat jangan dibuka Orang miskin tidak meminta-minta dan menjaga maruahnya Orang-orang kaya pula sentiasa membantu dan menolong orang-orang susahnya Pemimpin masyarakat atau jemaah laksana ayah bertanggungjawab kepada masyarakatnya atau jemaahnya Menjadi imam di dalam masyarakat, mendidik anggota masyarakat atau anggota jemaah dan berlaku adil pula Kasih sayang kepada orang bawahnya, Dan tempat rujuk orang ramai di dalam masyarakatnya atau di dalam jemaahnya Kalau adalah masalah dan perbalahan dialah yang menyelesaikannya Tetamu yang datang di dalam masyarakat dihormati dan dilayan dengan baik Masing-masing berebut-rebut hendak membawa ke rumahnya
29

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Bahkan musar yang kehabisan belanja masing-masing memberi dan membantunya Kebaikan sama-sama ditegakkan, kejahatan sama-sama ditolak Ulama-ulama di tempat itulah menjadi petunjuk dan menjadi ikutan kerana wibawanya Menjadi obor di masyarakatnya, masyarakat mendapat cahaya kehidupan dari mereka Adanya usaha-usaha untuk menghasilkan makan minum, pakaian, tempat tinggal, keperluan-keperluan masyarakat, tempat pendidikan kerana ia adalah fardhu kifayah Akhir sekali negara Islam yang dicita-citakan Globalnya pula lebih luas lagi Pemimpin ada wibawa kerana ketaqwaannya Dia ditaati, dihormati dan disayangi bahkan tempat rujuk rakyatnya Rakyat dikasihi, dipertanggungjawab dan diberi keadilan yang saksama Di dalam negara adanya berbagai-bagai sistem kehidupan Demi untuk membawa umat hidup yang berkasih sayang, berdisiplin, murni dan harmoni Al Quran dan Hadis adalah menjadi perlembagaan negara Adanya sistem pendidikan yang membawa umat mencintai Tuhan dan mengagungkan-Nya Menghormati ibu bapa, guru-guru dan berkasih sayang sesama warganegara Adanya sistem ekonomi yang sihat, bersih daripada riba dan penindasan Adanya sistem pentadbiran yang berasaskan ikatan hati dan jiwa Hingga dasar yang ditulis berjalan dengan baik dan penuh kerjasama, tiada khianat dan kecuaian di dalamnya Adanya sistem perhubungan untuk kemudahan kehidupan rakyatnya Tempat-tempat tinggal yang selesa yang sesuai di zamannya Adanya ketenteraan dan kepolisian yang dapat menjaga

30

PERJUANGAN

maruah agama, bangsa dan negara Kerana pengawal-pengawal negara itu orang-orang yang bertaqwa pula Agar tidak terjadi pagar makan padi Sistem politiknya bersih, tiada jatuh-menjatuhkan dan tiada khianat-mengkhianati Adanya sistem mahkamah yang bebas, hakim-hakimnya orang yang bertaqwa Hingga keputusan atau hukum yang dijatuhkan adil dan bertanggungjawab Tiada rakyat yang teraniaya dan terzalim Begitulah seterusnya adanya sistem-sistem yang lain yang tidak perlu diperkatakan di sini Selagi ia diperlukan oleh negara dan rakyat di zamannya kenalah diwujudkan Semuanya itu termasuk fardhu kifayah Setelah kita mempelajari global Islam di semua peringkat Untuk hendak mencari global di dalam individu pun payah wujud di zaman ini. Kerana itulah kerosakan dan gejala di dalam masyarakat berleluasa Kerana itulah memperjuangkan negara hanya sia-sia sahaja Sekalipun telah diberi kuasa dan dapat mentadbir negara Namun pengisian tidak berjaya Justeru ia tidak bertapak di dalam individu setiap insan Para pujangga ada berkata: Dirikanlah kedaulatan Islam di dalam diri kamu, Nescaya ia akan dapat ditegakkan di dalam negara kamu.

Selepas Asar 01 - 08 - 2000 31

KOLEKSI SAJAK SIRI III

16

IKUT PROGRAM TUHAN IDUP ini Tuhanlah yang menjadi tujuan Segala apa yang hendak dibuat kerana Tuhan Tuhan adalah menjadi idaman setiap insan Menuju Tuhan ada jalannya yang tersendiri Melalui sembahyang, puasa, zakat dan haji Membaca Al Quran, zikir, selawat Nabi Tafakur, berdoa, bersedekah, membantu dan berkhidmat kepada insan Memperjuangkan agama-Nya, mengikut jalan-Nya Jangan menuju Tuhan buat jalan sendiri Kerana Tuhan, jangan buat program sendiri Tapi Tuhan ada program-Nya, kena ikut program-Nya Tuhan ada jadual, jangan buat jadual sendiri Sekalipun niat kerana Tuhan Tidak akan kesampaian jika buat jalan sendiri Walaupun ingin kepada Tuhan Namun tidak akan kesampaian jika jalan Tuhan tidak diikut Oleh itu ingin kepada Tuhan jangan memandai-mandai Ingin kepada Tuhan ikutlah jalan Tuhan Perhatikan kehendak-Nya, suruhan dan larangan-Nya Adab-adab dan disiplin-Nya Jangan mereka-reka untuk menuju Tuhan Tidak akan sampai kepada Tuhan Tapi ia akan sampai kepada syaitan Janganlah sampai tertipu di dalam perjuangan

Lepas Zuhur 12 - 10 - 1999 32

PERJUANGAN

17

BUKAN MUDAH JADI PEJUANG EBUAH jemaah kebenaran yang berjuang untuk mendapat kemenangan, bukan mudah dan senang Ia terpaksa melalui liku-liku perjuangan yang lama dan panjang Setidak-tidaknya melalui puluhan-puluhan tahun baru menang Kemenangan yang akan diberi adalah kepada pejuang-pejuang yang telah melalui proses saringan Mereka telah dilengkapkan dengan berbagai-bagai kekuatan lahir dan batin Setelah mereka melalui ujian yang kecil dan besar di dalam perjuangan yang ditempuhnya Mereka perlu menguasai ilmu yang cukup lebih dahulu Mesti telah melalui proses pembersihan jiwa Setelah ibadahnya baik dan istiqamah di dalam beribadah Boleh menjadi abid di malam hari dan pejuang di siangnya Kemudian akhlak mereka pun tinggi dan mulia sebagai bunga diri Sudah terlatih tabah dan sabar di dalam perjuangan Berkasih sayang sesama sendiri laksana satu keluarga Sanggup mentaati pemimpin tidak berbelah bahagi Rasa bertuhan benar-benar bertapak di dalam jiwa Hingga rasa kehambaan memenuhi jiwa setiap pejuang Mereka penuh berdisiplin di dalam beribadah dan bekerja Berkorban apa sahaja telah menjadi budaya mereka Kerana itulah mereka terpaksa menempuh masa yang lama dan panjang Kerana untuk memiliki itu semua ia bukan boleh dapat dua tiga hari

33

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tetapi melalui didikan, pimpinan dan latihan yang panjang dan berterusan Hingga pengikut yang setia tinggal sedikit Mereka benar-benar menjadi orang Tuhan atau rijalullah di zamannya Mereka membawa rahmat dan barakah dari Tuhan Barulah mereka diberi kemenangan Begitulah berlaku perjuangan kebenaran sepanjang zaman Dari semenjak zaman para rasul hinggalah di zaman pemimpin berwatak rasul Oleh itu sabarlah menunggu kemenangan

Menjelang Tidur Malam alaf baru 31 - 12 - 1999 (23 Ramadhan) 34

PERJUANGAN

18

BERJUANG IBARAT BERJALAN ATAS BATU KERIKIL ERJUANG ertinya ibarat berjalan di atas batu-batu kerikil Aduh sakitnya Memijak onak, duri, ranjau-ranjau Berdarah kaki dibuatnya Seolah-olah masuk hutan belantara gelap-gelita Amat sengsara, penuh bahaya Berhadapan dengan kesusahan dan kesulitan Yang sangat menakutkan Menyabung nyawa dengan binatang-binatang buas Yang ganas, yang tidak ada hati perut Tidak kurang binatang yang berbisa yang sangat menakutkan Menurun lurah, mendaki gunung, merenangi sungai-sungainya Adakalanya dihanyut arus yang kencang Terumbang-ambing dibawa ke hilir yang mengerikan Ada yang tenggelam timbul, meneguk air yang melemaskan Belum lagi buaya-buaya yang ganas yang menggerunkan Menunggu mangsanya untuk membaham Kemudian menongkah arus ke hulu semula Kalau kurang tenaga, kurang kesungguhan, hanyut ke muara Cuba lagi menongkah pasang ke hulu yang dituju Memerlukan horse power yang cukup untuk ke destinasinya Sedikit yang sampai ke matlamatnya Banyak yang hanyut sampai ke laut, tidak tahu ke mana perginya Aduh ngerinya Begitulah gambaran simbolik perjuangan kebenaran Lantaran inilah tidak banyak yang sanggup menempuhnya!
Selepas Asar 01 - 05 - 1997 35

KOLEKSI SAJAK SIRI III

19

PERJUANGAN LAKSANA MENONGKAH ARUS ERJUANGAN laksana menongkah arus Arus yang deras bergelombang pula Menongkah sungai yang dalam dan berliku-liku Di dalamnya penuh buaya Sangat merbahaya Kayu-kayu besar dari hulu merempuh Sampah sarap dan kekotoran tak usah dikira Kalau sampan horse powernya kecil Mudah tertolak dan terdesak Kalau saiz kecil mudah sahaja tenggelam kena rempuh atau kena tolak Ia memerlukan sampan horse powernya besar Saiznya besar, kebal pula Jurumudinya yang gigih dan berpengalaman serta siap siaga Tabah dan sabar Bijaksana mengemudikannya Beraninya berdisiplin Takutnya berhikmah dan berstrategi Memerlukan anak-anak kapal yang bekerjasama Yang siap siaga setiap masa Jika jatuh pandai berenang Kalau hanyut mampu ke tepi Kalau tenggelam nafas panjang Sempat timbul di permukaan

36

PERJUANGAN

20

CITA-CITA ISLAM BUKAN SEKADAR CAKAP ITA-CITA Islam itu bukan cukup sekadar cakap-cakap Tidak juga cukup sekadar membaca kitab Begitu juga tidak akan selesai sekadar membahas ilmiahnya Atau menghurai falsafahnya dan hikmahnya Cita-cita Islam itu ibarat permata paling berharga di atas puncak gunung Senangkah hendak didaki?! Berapa ramaikah yang sanggup mendaki?! Atau berlian yang tersembunyi di dasar lautan yang dalam, gelap, kelam Senangkah hendak diselaminya?! Berapa orangkah yang sanggup menyelaminya?! Atau berlian yang ada di dasar bumi Di tengah padang pasir yang kering-kontang Perjalanan yang amat jauh sekali Dinaungi oleh panas terik, tiada yang melindunginya Mudahkah hendak mengambilnya?! Siapakah yang sanggup mencarinya? Memang setiap zaman ada orang mencuba mencarinya Yang mendaki gunung ramai yang jatuh Terguling-guling, remuk-redamlah jasadnya Yang menyelam ke dasar lautan ramai yang tenggelam Atau dimakan jerung yang kejam Yang mengembara di padang pasir dan menggali bumi Ramai yang mati kehausan Tidak kurang yang sakit separuh jalan lantaran kepanasan Tapi tidak mengapa Mereka telah mencubanya Sejarah mereka tetap dicatat dengan tinta emas Di dalam fail Tuhan yang tetap akan dibaca

20 - 05 - 1997 37

KOLEKSI SAJAK SIRI III

21

BEZA KITA BERJUANG DENGAN SAHABAT BERJUANG ASULULLAH SAW dan para Sahabat gigih berjuang Akhlak mereka cemerlang dan gemilang Kita gigih berjuang, akhlak kita sangat malang Mereka berjuang begitu serius Di malam hari menjadi abid menangis mengenang dosa Kita serius juga berjuang Tapi sembahyang Subuh yang wajib, terabai Mereka sibuk berjuang Balik ke rumah laksana Syurga Kita sibuk berjuang Balik ke rumah bermasam-masam muka Mereka bila berhadapan dengan ujian Sabarnya amat ketara Musuh-musuhnya didoakannya Kita bila berhadapan dengan ujian Rasa derita dan kecewa Maka kita pun melaknat dan mencerca musuh kita Kita pun mengata di sini, mengata di sana Seluruh negara mendengarnya Mereka berjuang, Sahabat-Sahabat yang miskin dipertanggungjawab oleh yang kaya Yang kaya gembira memberi, yang miskin tidak meminta-minta Kita yang kaya menambah lagi harta Kawan seperjuangan tinggal menderita Kita susah hendak memberi Yang miskin pula meminta-minta dan mengadu-ngadu di sini sana Mereka dan kita, tentang berjuang sama-sama gigih dan sibuk

38

PERJUANGAN

Tapi di dalam perkara lain jauh berbeza Mereka benar-benar model di zamannya Tapi kita modelnya tiada Marilah kita berjuang sama-sama membetul dan membaiki diri Agar Allah Taala redha, manusia senang menerima

29 - 07 - 1999 39

KOLEKSI SAJAK SIRI III

22

PEJUANG DAHULU DAN PEJUANG SEKARANG AHULU Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang Disajikan dengan lemparan batu dan debu Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging, ayam dan nasi beriani Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang Ada orang kita berjuang menghalau orang Melempar orang, memenjarakan orang Pejuang-pejuang dahulu disakiti Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban Harta-harta mereka diinfakkan Pejuang-pejuang sekarang membuat harta Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan aurat Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Quran Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya Pejuang-pejuang dahulu musar dan mengembara kerana berdakwah Pejuang-pejuang sekarang musar dan mengembara Kerana ekonomi dan mencari makan Pejuang-pejuang dahulu berukhwah Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalah Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam Atau mengaku memperjuangkan keadilan Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang? Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang Lambat-laun Allah akan buka tembelang

01 - 05 - 1997 40

PERJUANGAN

23

SENANGNYA BERJUANG DI ZAMAN INI ENANGNYA berjuang di zaman ini Setiap orang merasakan dirinya wira Dipanggil, dihormati, didudukkan di atas pentas yang tinggi Bercakaplah dengan lantangnya Sepadang yang mendengarnya Adakalanya ketawa berdekah-dekah Riuh-rendah kedengaran suaranya Bila pulang dihantar ke kereta Di samping seorang panitia menghulur envelope Di dalamnya sudah tentu ada ganjarannya Di masa-masa lain panggil lagi Di tempat lain di hari yang lain Sepadang pula yang mendengarnya Selepas berforum atau ceramah tentang agama Dijemput ke majlis khas pula Masya-Allah hidangan telah tersedia Macam-macam lauk-pauk, kuih-muih, makanan yang menyelerakan Apabila balik envelope dihulurkan Di dalamnya sudah tentu ada fulus Mungkin ada yang merah, ada yang hijau Gaji tambahan di atas gaji yang ada Atau overtime namanya Aduh seronoknya, hati berbunga Ingin berjuang setiap masa Harta bertambah dan ada makan-makan Tapi Rasulullah SAW berjuang macam mana? Semua orang tahu jauh bezanya Kalau macam Rasulullah SAW, tidak ada yang sanggup jadi wiranya
Selepas Asar 23 - 05 - 1997 41

KOLEKSI SAJAK SIRI III

24

SIAPA SEBENARNYA WIRA? UKANLAH setiap yang menempa nama wira Tidak setiap yang ada glamour banyak peminat jadi wira Tidak semesti setiap yang kuat itu wira Bukan pula setiap yang gagah itu wira Tidak juga yang berani itu wira Kalaulah setiap yang berani itu wira Yang paling berani yang membunuh dirinya Apakah dia yang paling wira? Dialah yang paling celaka! Dialah yang paling malang dan hina! Siapa yang sebenarnya wira? Yang sanggup menyeberangi lautan? Yang menawan angkasa? Wira yang sebenarnya mengikut Nabi yang bersabda Siapa yang sanggup melawan nafsunya

Selepas Asar 02 - 06 - 1997 42

PERJUANGAN

25

BAWA ISLAM DENGAN SIKAP BUKAN HANYA CAKAP I AKHIR zaman ini susah dicari mubaligh membawa Islam dengan sikap, bukan dengan cakap Dai-dai di akhir zaman banyak membaca rman, bukan suri teladan Sunnah-sunnah Rasul alhamdulillah dibacakan, malangnya tidak dikotakan Falsafah-falsafah Islam dihuraikan, realitinya terburai, berkecai Islam hari ini kering dengan suri teladan Banjir dengan syarahan-syarahan dan slogan-slogan Mabuk memperdengar dan mendengar, sepi dengan amalan Dimandikan dengan teori, praktikal tidak disiram Kita mahu Islam dijadikan tabiat bukan sekadar diingat-ingat Kita mahu Islam jadi budaya, bukan istiadat Tuhan! Engkau lahirkanlah pemimpin-pemimpin Dan mubaligh-mubaligh membawa teladan Bukan untuk didengar, tapi untuk ikutan

Selepas Asar 16 - 05 - 1997 (8 Muharam 1418) 43

KOLEKSI SAJAK SIRI III

26

SEBENARNYA ENGKAU YANG BERMASALAH NGKAU gaduh perjuangan engkau tidak diterima orang Sedih hati engkau dakwah engkau ditolak orang Engkau merungut ceramah engkau, kurang orang mengambil perhatian Bahkan perjuangan engkau dicaci orang di belakang engkau Apabila berlaku ini semuanya engkau marah-marah kepada orang Siapa sebenarnya yang salah? Engkau yang bersalah atau orang yang bersalah? Penceramah yang bermasalah atau pendengar yang bermasalah? Sebenarnya engkau yang bermasalah Orang ramai melihat engkau amat menakutkan Orang ramai melihat engkau amat menjijikkan Badan engkau penuh dengan kudis dan tokak yang terlalu kronik Badan engkau penuh dengan nanah, darah, danur yang amat busuk Diserta pula dengan ulat-ulat yang amat meloyakan Engkau tidak nampak Kerana penyakit di badan engkau adalah penyakit rohani dan maknawi Badan engkau yang penuh darah dan nanah itu ialah dosa-dosa engkau Dosa mengumpat, dosa mengata, dosa memtnah Ditambah lagi dengan dosa sombong, ego, riyak, gila nama dan glamour Belum lagi dosa-dosa sembahyang yang tidak khusyuk Bahkan entah apa lagi dosa-dosa yang engkau buat

44

PERJUANGAN

Jadi bagaimanalah orang mahu menerima perjuangan engkau Di dalam keadaan badan engkau penuh dengan darah dan nanah? Bersihkan badan engkau lebih dahulu Sucikan hatimu lebih dahulu Keluarkan segala mazmumah-mazmumah yang sangat merbahaya Yang merosakkan manusia Selepas itu barulah orang boleh menerimanya

Menjelang tidur 12 - 10 - 1999 45

KOLEKSI SAJAK SIRI III

27

TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI DAHULU NGKAU ingin memperjuangkan Islam Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu Engkau ingin menyampaikan risalah Islam? Engkau hayati lebih dahulu Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu Islamkanlah diri lebih dahulu Sebelum meng-Islamkan orang Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya Mana boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam Di dalam diri belum selesai Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu Orang akan melihatnya Kalau indah dilihatnya Akan ramai pula yang akan memakainya Islam bukan macam menjual barang Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai Kita tidak memakai apa yang kita jual, orang tidak akan mempertikaikan Tapi Islam adalah keyakinan, keindahan dan keselamatan Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya

Menjelang tidur 01 - 10 - 1999 46

PERJUANGAN

28

ENGKAU HENDAK BERJUANG? NGKAU hendak berjuang? Bagus kalau itulah yang kamu mahu Berjuang sasarannya adalah manusia Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri? Sejauh mana engkau kenal perjalanan kiranmu? Apakah kiranmu sudah Islam?! Sudahkah engkau kenal nafsumu? Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu? Ke mana dia hendak membawamu?! Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari? Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu? Jiwa ada perasaannya Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif Yang positif hendak dilepaskan Yang negatif hendaklah ditahan Melepaskan yang positif, menahan yang negatif Adalah satu perjuangan Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara Yang tidak mempunyai pedoman Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti Marabahaya hutan akan membinasakan kamu Bahkan rimau pun boleh membaham kamu Kawan, perkataan berjuang mudah disebut Tapi tidak mudah difahami Berjuang mudah diperkatakan
47

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tapi tidak mudah dikotakan Ia memerlukan ilmu yang cukup Tidak sekadar semangat yang cukup Ia memerlukan pemimpin yang tepat Yang boleh memimpin dan ia ditaati Kalau belum sampai ke taraf ini Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang Kalau engkau berjuang juga Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari Sekalipun niat engkau suci

Menjelang Zuhur 29 - 07 - 1999 48

PERJUANGAN

29

ENGKAU INGIN BERJUANG NGKAU ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia dengan kawan Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan Engkau ingin berjuang, kerenah isteri engkau tidak tahan Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang-pukang Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan Engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?

Menjelang tidur 14 - 09 - 1999 49

KOLEKSI SAJAK SIRI III

30

PERJUANGAN RASULULLAH MENITI RANJAU ASULULLAH dan para Sahabat meniti ranjau di dalam perjuangan Jalan yang ditempuh penuh dengan onak dan duri Memijak batu kerikil, menempuh jalan yang lekak-lekuk apatah lagi Puluhan tahun berjuang dengan penuh iman dan keyakinan Terseksa di dalam perjuangan Hati terhibur, jiwa bahagia, tidak pernah kecewa Kerana membuat kerja-kerja Kekasih Agungnya Kawan! Engkau kata hendak ikut Rasul dan para Sahabat Tapi tidak berani menempuh jalan ini Engkau kata hendak mengikut Sunnah Rasul Sudahkah menjadi rahib di malam hari, singa di siangnya? Engkau mengeluh di dalam perjuangan Itulah tanda engkau bukan orangnya Engkau rasa sakit di dalam perjuangan Itulah menunjukkan bukan kepada kamu diberi kemenangan Allah hendak menunggu orang yang terhibur dengan perjuangan Tuhan menanti orang yang sabar dengan ujian Syukur dengan kesusahan Yang merasa belum berjuang Orang yang merasa berdosa setiap masa Barulah kemenangan itu diberi

Selepas Subuh 30 - 10 - 1998 50

PERJUANGAN

31

BUKAN SEMUA MAMPU BERJUANG UKAN semua orang boleh memperjuangkan kebenaran Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara Kemuncaknya mati dibunuh orang Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima Orang datang pula kembali berjuang Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang Apabila mendapat kesusahan
51

KOLEKSI SAJAK SIRI III

lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama Ini bukan pejuang sejati dan hakiki Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin Di waktu susah dan senang Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri Mengatur strategi dan menunggu peluang Bukan lari kerana menentang Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

Lepas Zuhur 25 - 09 - 1999 52

PERJUANGAN

32

ORANG YANG TIDAK KEKAL DALAM PERJUANGAN I DALAM jemaah perjuangan Islam, orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama Atau tidak akan ada ikut sama dari mula Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik, payah menerima semua Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi payah sampai ke hujung perjuangannya Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan atau pemimpin Biasanya orang yang boleh kekal di dalam perjuangan kebenaran Dari permulaan hingga ke destinasinya Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja Yang boleh menerima khawariqul adah tanpa logik akalnya Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego Yang mudah memberi taat dan setia Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya Orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya Orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan
Selepas Subuh 30 - 09 - 1998 53

KOLEKSI SAJAK SIRI III

33

ORANG YANG ADA PRINSIP DAN CITA-CITA RANG yang ada prinsip dan cita-cita tidak banyak atau tidak ramai Orang yang ada prinsip dan cita-cita, orang yang ada pendirian Orang yang ada prinsip dan cita-cita sanggup menderita Dia rasa puas mempertahankan prinsip sekalipun dihina Yang ramai di dunia Manusia yang memikirkan makan minum dan betina Mencari pangkat pun kerana inilah Mencari nama pun kerana ini juga Mencari wang ringgit pun tujuan yang sama Kerana inilah orang yang sedikit selalunya menguasai manusia Orang yang ada cita-cita selalunya berkuasa Sekalipun salah prinsip dan cita-citanya Kerana orang yang berprinsip itu mereka berjuang Kerana prinsip mereka tahan menderita Bahkan ada yang sanggup mati kerana mempertahankan prinsipnya

Selepas Asar 02 - 06 - 1997 54

PERJUANGAN

34

ORANG YANG ADA CITA-CITA PERJUANGAN RANG yang ada cita-cita perjuangan itu Sanggup berkorban apa sahaja Sanggup terkorban Pandai berstrategi Pandai memperimbang perbelanjaan keluarga dengan pendapatannya Mendidik sama anak dan isteri kepada perjuangan Tidak meminta-minta kecuali kepada orang yang sangat dikasihi Pandai menilai kawan dan lawan Sentiasa siap siaga Tidak menyesal terkorban Tidak kecewa berhadapan dengan kegagalan Pandai menilai masyarakat zamannya Sama ada yang berlaku di dunia mahupun yang berlaku di negaranya Pandai mengorak langkah Ertinya adakalanya dia mundur setapak ke belakang mengumpul kekuatan Adakalanya berhenti beberapa ketika Adakalanya terus maju Optimis masa depan Melakukan tipu daya di dalam perjuangannya Tidak melahirkan keluhan ketika terdesak Tidak menghampakan permintaan kawan-kawannya atau orang yang susah Berahsia kepada sesetengah orang dan tidak berahsia kepada sesetengahnya pula Di dalam perjuangannya dia tidak melobi dan memaksa Tapi dia tetap sentiasa memberi penjelasan dan kesedaran Mendekatkan diri kepada Allah dan selalu mengadu kepada-Nya

55

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tidak membuang-buang masa Identiti diri dibawa ke mana-mana Dengan kata-kata yang lain Orang yang ada prinsip peka dengan sebarang kejadian Tidak melulu, tidak mudah melatah Setiap berita yang datang dia meneliti dan kaji lebih dahulu Kehidupan hariannya melambangkan perjuangannya Keluarganya contoh cita-citanya Sentiasa mencari ilmu dan pengalaman Terutama yang ada hubungan dengan membaiki diri dan perjuangannya Serius tetapi mesra

Selepas Asar 04 - 04 - 1997 56

PERJUANGAN

35

PEJUANG KEBENARAN UNIK DAN ISTIMEWA EJUANG-PEJUANG kebenaran sepanjang sejarah unik dan istimewa Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang kerana mempunyai quwwah atau kekuatan Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh barulah diberi kemenangan Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya baru menang Tapi yang membunuh tentera musuhnya dan mengalahkan adalah Tuhan Allah Taala datangkan tentera-tentera yang bukan jenis manusia Adakalanya para malaikat datang berperang Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat di peperangan Badar yang terkenal Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang Seperti yang telah berlaku di dalam peperangan Ahzab atau Khandak Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan dibantu Allah Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan bukan mereka yang berperang Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud
57

KOLEKSI SAJAK SIRI III

dan tenteranya bukan dengan perang Allah Taala datangkan tentera nyamuk memusnahkan Namrud dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan Kalau begitu jika ada di setiap zaman pejuang-pejuang Islam berjuang Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah di waktu berperang Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu penuh dengan dosa, akhirnya kecundang Kita hendak menunggu kemenangan kita bukan dari kita Kita hendak menunggu kemenangan ini di tangan Tuhan Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri untuk keredhaan Tuhan

Menjelang tidur 02 - 09 - 1999 58

PERJUANGAN

36

APABILA KEMENANGAN ATAS DASAR TAQWA PABILA satu bangsa itu mendapat kemenangan Dan kejayaan atas dasar taqwa Kerana menjadikan Tuhan itu matlamat hidup mereka Tuhan adalah cinta agung disembah dan dipuja Kerana sangat membaiki diri dan membersihkan jiwa Maka lahirlah kemajuan dan tamadun Berkat dan rahmat melimpah-ruah merata negara Hingga orang kar pun mendapat untung sama Rezeki dimurahkan, kemakmuran luar biasa Tidak tahu mana puncanya Side effectnya adalah positif Rakyat berkasih sayang sesama mereka Mereka hidup hormat-menghormati Bertolong bantu, bekerjasama menjadi budaya Manusia pemurah, suka memberi dan membantu Para pemimpin dan orang kayanya tawadhuk Ulama-ulama merendah diri dan menjadi obor kepada masyarakatnya Kemungkaran dan maksiat terang-terangan tidak kelihatan Jenayah terlalu kurang Hidup penuh aman damai dan harmoni Hingga rakyat hidup di dalam bahagia dan ceria Kebimbangan dan ketakutan tidak ada Ramai rakyat yang bersyukur Beginilah kalau sesuatu bangsa itu Mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar taqwa Tapi ini berlaku di dalam sejarah Beratus tahun sekali Kita harap ia akan datang atau terjadi Sekali lagi di zaman kita ini
Menjelang Maghrib 12 - 12 - 1999 (3 Ramadhan) 59

KOLEKSI SAJAK SIRI III

37

APABILA KEMENANGAN ATAS DASAR QUWWAH PABILA satu bangsa itu mendapat kemenangan dan kemajuan atas dasar quwwah Kerana usaha dan tenaga, ia dapat kejayaan secara istidraj Side effect yang negatif terlalu banyak Akan berlaku kezaliman dan kesombongan terutama terhadap musuh-musuhnya Kemungkaran dan maksiat merata negara Secara menjolok mata Berlakulah hasad dengki, jatuh-menjatuhkan dan perpecahan Bangsa dan negara maju tetapi tidak ada keadilannya Negara cantik tetapi rakyat hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan Ukhwah dan kasih sayang hilang Lahirlah budaya ampu-mengampu, jatuh-menjatuhkan Hidup kepura-puraan berlaku kerana manusia tidak boleh dipercayai Masyarakat huru-hara, disiplin hidup tidak ada Jenayah berleluasa, zina, rogol, bunuh perkara biasa Akhirnya kejayaan itu tidak mempunyai erti apa-apa Kemajuan yang dapat, membawa bala dan marabahaya Kemudian semua golongan pening kepala, inginkan pembelaan Manusia hidupnya tidak ada ceria Bahkan ramai yang kecewa Banyak yang sakit jiwa dan putus asa
Menjelang Maghrib 12 - 12 - 1999 ( 4 Ramadhan) 60

PERJUANGAN

38

AKU TIDAK BIMBANG USAHAKU GAGAL KU tidak bimbang usahaku gagal Yang aku bimbang kalau dia batal Aku tidak takut perjuanganku tidak berjaya Yang aku takut kalau perjuangan itu tidak dapat pahala Di dalam perjuangan, yang kita kejar adalah kebenaran bukan kemenangan Kemenangan itu adalah nikmat sampingan Kalau kita terpaksa kalah kerana kebenaran, biarlah kalah Kalah bukanlah satu kesalahan Tidak menegakkan kebenaran adalah satu kesalahan Biar kita kalah daripada berlaku salah Biar tidak berjaya daripada menanggung dosa Kebenaran mesti ditegakkan sekalipun pahit Kebenaran wajib dibangunkan, jangan ditentang Kebenaran tidak boleh ditukar dengan kemenangan Tidak mengapa kalah, kebenaran dapat ditegakkan Pilihlah kebenaran sekalipun kalah Justeru kalah tidak mesti salah

Selepas Asar 02 - 06 - 1997 61

KOLEKSI SAJAK SIRI III

39

KEHIDUPAN ORANG TUHAN RANG-ORANG Tuhan biasanya hidup di dalam penderitaan dan sengsara Dizalim, dianiaya itu adalah perkara biasa Tersingkir, terbuang, dipenjara basahan hidup mereka Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri jadi budaya Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka Lihat sahajalah para-para rasul dan para-para nabi Sahabat-Sahabat dan Tabiin dan para solehin Tapi tidak pernah menukar keyakinan Sikap mereka tidak pernah berubah Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala sentiasa bertambah Mereka itu adalah orang luar biasa Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan dan sikapnya Kalau mereka susah, sabarnya terserlah Jika mereka senang, syukurnya terserlah ibadahnya bertambah Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan sepanjang sejarah Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan Bahkan Tuhan adalah kawan setianya

Selepas Asar 10 - 09 - 1999 62

PERJUANGAN

40

JANGAN BERDOLAK-DALIK LAGI ALAU telah yakin dengan perjuanganku ini Jangan berdolak-dalik lagi Kenalah ikhlas Kenalah bersungguh-sungguh Kenalah berkorban Takkan tidak nampak lagi kebenaranku ini Perjuanganku kan unik Perjuanganku kan berlainan sekali Bukankah khawariqul adah amat banyak terjadi Bukankah cerita-cerita yang aku cerita telah terjadi Bukankah kejatuhan musuh-musuhku bukan aku yang melakukannya Tapi ia berlaku Tuhan sendiri yang membuatnya Itukan satu keanehan yang berlaku Sifat-sifat dan watak-wataknya Seakan-akan yang berlaku di zaman para nabi Apakah tandanya akan terjadi secara total baru kita percaya Baru hendak berkorban dan berjuang tidak belah bagi Keyakinan itu mahal nilainya di waktu belum terjadi Setelah terjadi baru hendak percaya, kita sudah jadi orang biasa Di waktu itu kita tidak ada istimewanya Sebelum berlaku Kita berkorban, besar sangat nilainya Setelah berlaku Pengorbanan kita kecil sangat harganya Kerana itulah di masa inilah kentalkan keyakinan Gigihkan perjuangan, sungguh-sungguh berkorban Di waktu ini jika kita boleh lakukan Kita termasuk orang pilihan Tuhan

63

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kita juga akan diiktiraf sebagai ikhwan seperti yang disabdakan Ikhwan, Sahabat-Sahabat iri hati mendengarnya Ada yang berdoa agar dipanjangkan umurnya Bersedialah menjadi ikhwan, ini adalah tawaran yang tidak ada tandingan

Lepas Asar 16 - 09 - 1999 64

PERJUANGAN

41

MENCARI KEBENARAN ADALAH WAJIB ENCARI kebenaran adalah wajib Ia merupakan aset yang paling berharga di dua negara Di negara yang sementara waktu dan negara yang kekal abadi Kebenaran itu hanya satu Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya Kebenaran itu hanya yang datang dari Allah Taala yang menjadikan manusia Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar lagi agung Ia merupakan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat Kebenaran itu satu jalan yang bersifat rohani dan maknawi Tapi buahnya dapat dilihat di dalam kehidupan yang sangat indah Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah Jika di dalam laut, selamlah Sekiranya di dalam bumi, galilah Kalau didapati di dalam hutan, terokalah Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit Memperjuangkan amat pahit tapi di hujungnya manis Di dalam perjalanannya terseksa, tapi kesudahannya bahagia Jika kebenaran sudah didapati pertahankanlah bermati-matian Dengan harta, tenaga dan jiwa Peganglah kebenaran itu, jangan sampai terlepas Sekalipun panas

13 - 08 - 2001 65

KOLEKSI SAJAK SIRI III

42

BERKORBANLAH UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ERKORBANLAH untuk agama, bangsa dan negara Berkorban apa sahaja, harta dan jiwa raga Pengorbanan itu tidak sia-sia Setiap keringat, setiap harta diberi pahala Bahkan setiap dosa berjatuhan dan berguguran Apatah lagi jiwa raga lebih besar nilainya Kalau terkorban kerananya syahid namanya Wah! Alangkah indahnya terlepas seksa kubur dan tiada hisabnya Kalau kita mengata Akhirat kekal abadi Sama ada di dalam Syurga ataupun di dalam Neraka Berkorban tidak ada susahnya Bahkan mudah dan ghairah kerana Tuhan Dan kerana mencintai kehidupan di sana Berkorbanlah! Berkorbanlah! Berkorbanlah! Sementara nyawa masih di badan Peluang masih luas, pintunya terbuka Terpulanglah kepada kita mahu atau tidaknya Mengapa kita mahu bertangguh-tangguh lagi?! Masa tidak menunggu kita! Kematian kita boleh berlaku bila-bila masa! Biarlah sedikit susah sekarang Jangan menyesal di kemudian hari Berkorbanlah apa saja! Segala pengorbanan tidak sia-sia Rabbul Hannan wal Mannan tetap membalasnya

Selepas Asar 20 - 05 - 1997 (12 Muharam 1418) 66

PERJUANGAN

43

ANGGOTA JEMAAH TIDAK SAMA STATUS I DALAM sebuah jemaah Islam anggota-anggotanya tidak sama status Orang kaya atau berduit, berkorban duit dan hartalah Ada yang ada hanya tenaga berilah tenaga dengan sesungguhnya Tidak kurang yang ada ilmu berilah ilmunya kepada jemaahnya Ada yang uzur dan cacat, harta juga tidak ada Panjatkanlah doa selalu kepada Tuhan untuk jemaahnya Ada di antara mereka yang serius membaiki dirinya Ibadahnya baik, akhlaknya mulia, jiwanya bersih Jadilah dia orang yang bertaqwa di kalangan ahli jemaah Walaupun dia tidak ada harta tapi dari dialah disebabkan datangnya harta Dari berkatnyalah kesenangan jemaah dapat dikongsi bersama Tapi tidak ada siapa yang tahu Kerana rezeki yang datang melalui orang lain bukan darinya Bantuan yang datang tidak diduga disebabkan dia Kerana dialah orang mudah mahu memberi kepada jemaah Dari sebab dialah pandangan Allah orang lain diberi rezeki Jadi di dalam sebuah jemaah jangan nampak yang memberi sahaja yang berjasa Jangan hanya orang berkorban sahaja nampak menyumbang harta

67

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tapi ada rezeki yang lebih banyak lagi mengalir ke dalam jemaah Disebabkan seseorang yang bertaqwa orang lain jadi pemurah Bantuan Tuhan melimpah-ruah Semua anggota jemaah mendapat faedah Kerana itulah orang yang pemurah jangan merasa megah Kerana mudah dia jadi pemurah disebabkan orang yang bertaqwa Berkat dialah yang menjadi jemaah mendapat rezeki yang melimpah-ruah

Menjelang tidur 03 - 10 - 1999 68

PERJUANGAN

44

BAIKILAH DIRI DALAM MEMPERJUANGKAN KEBENARAN I DALAM memperjuangkan kebenaran baikilah diri Dosa-dosa jangan dilakukan sama sekali Tajamkanlah rasa kehambaan setiap hari Aturlah strategi Elakkanlah perpecahan, satukan pandangan Awasilah perjalanan musuh Pemimpin taati kecuali yang melanggar syariat Kemudian berkorbanlah segala yang ada Sabarlah segala ujian Tradisi musuh janganlah diikuti Musuh ada jalannya sendiri kita ada jalan yang tersendiri Kemudian tunggulah hasilnya Kalau memang kita orang yang dijanjikan kemenangan pasti terjadi Kalau kita bukan orangnya yang lain menerima kemenangan Ikhlaskanlah diri Pahala tetap diperolehi

Selepas Subuh 20 - 10 - 1998 69

KOLEKSI SAJAK SIRI III

45

BERDISIPLINLAH DALAM PERJUANGAN ERDISIPLINLAH di dalam perjuangan kebenaran Bertata-susilalah di dalam pergaulan dengan manusia Bersopan-santunlah di dalam bercakap dan berbicara Beradablah dengan Tuhan di dalam sebarang keadaan Terutama waktu beribadah dan menyembah-Nya Memintalah sepadan dengan kedudukan kita di dalam kehidupan Mohonlah kepada Tuhan yang munasabah Itulah yang dikatakan disiplin seorang mukmin Berdisiplin dengan Tuhan dan berdisiplin dengan insan Beradab dengan Tuhan dan beradab juga sesama manusia Ini termasuklah siasah syariah Atau syariat yang tersirat di sebalik yang tersurat Boleh juga dikatakan kita berhadapan dengan Tuhan dan manusia dengan penuh berhikmah Berhikmah dengan Tuhan dan juga berhikmah dengan manusia Ini bukan pimpinan akal kiran Tapi ianya merupakan pimpinan hati yang murni Hatinya sahaja yang boleh faham dan nampak perkara-perkara yang halus dan seni Jiwa yang bersih sahaja yang dapat melihat perkara yang tersirat Oleh itu bersihkanlah hati Murnikanlah jiwa kita dari mazmumah Kalau tidak, kita hanya boleh mendapat ilmu sahaja Namun hikmah tidak mungkin kita memperolehinya

Menjelang Tidur 21 - 09 - 1999 70

PERJUANGAN

46

MAKIN KE HUJUNG SERIUSLAH BAIKI DIRI AKIN ke hujung marilah kita serius membaiki diri Semakin dekat ke destinasi perjuangan barisan perjuangan sepatutnya semakin padu Begitu juga pengorbanan, lajukan macam angin kencang Macam lumba lari di saat-saat akhir itulah makin kencang kerana ia masa penentu Minda-minda dan ilmu-ilmu sungguh-sungguh dikuasai Setelah pintu terbuka nanti Minda-minda dan ilmu-ilmu kita ini hendak disampaikan di seluruh negara Kitalah orangnya yang akan menyampaikan Orang lain kita tidak boleh harap kerana ilmunya sudah mustakmal Gerakan kita adalah gerakan tajdid Segala-galanya akan diperbaharui Sama ada caranya mahupun penghurainya Pendekatannya dan stailnya Barulah perubahan jiwa rakyat cepat berubahnya Sampingkan remeh-temeh, tunaikan kewajipan Yang kurang penting dibelakangkan atau ditinggalkan Bukan masa lagi kita membuang-buang masa sia-sia Kita perlu serius, kita kenalah bekerjasama yang padu sesama kita Janganlah hal kecil dan remeh-temeh mengganggu kita Janganlah hal-hal dunia menghalang kita Bantuan Allah sudah hampir, moga-moga kita orangnya yang menerimanya

71

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Bersedia sungguh-sungguhlah kita dari sekarang Kemenangan sudah di depan mata Apakah kita mahu bercuai-cuai dan berlalai-lalai lagi Ayuh! Marilah kita gembleng tenaga Menunaikan syarat-syaratnya untuk kemenangan yang dijanjikan itu

Menjelang tidur 25 - 07 - 2001 72

PERJUANGAN

47

MEMBAIKI DIRI UNTUK MENJADI RIJALULLAH EMBAIKI diri ialah untuk menjadi rijalullah Menjadi orang Allah lebih tajam daripada pedang yang paling tajam Menjadi rijalullah lebih berkesan daripada senjata yang amat canggih Rezekinya dijamin Tuhan sekalipun kurang berusaha Doanya boleh menggoncangkan dunia Ke mana pergi di mana sahaja berada, Tuhanlah yang menjaga dan memelihara Walaupun ada ujian tapi rahmat dan bantuan Tuhan lebih lagi berlipat-lipat ganda Walaupun bilangannya sedikit tapi terasa kuat dan hebat Di dalam perjuangan diberi jaminan dengan kemenangan Kalau ditakdirkan Tuhan mematikannya di dalam perjuangan Dipastikan oleh Tuhan mendapat syahid Dosa-dosanya diampunkan Tuhan Darjatnya ditinggikan Tuhan Bahkan boleh diizinkan memberi syafaat siapa yang dia suka Kepada mereka diberi berkat Keberkatannya orang lain dapat sama merasa Sekalipun orang kar pun dapat berkatnya Begitulah istimewanya orang Tuhan Oleh itu di dalam perjuangan, membaiki diri lebih utama Itulah strategi yang paling ampuh Kemudian barulah susun strategi yang boleh dikirkan Untuk lebih sempurna dan berkesan

Lepas Zuhur 13 - 10 - 1999 73

KOLEKSI SAJAK SIRI III

48

SENJATA PALING AMPUH MAT Islam hari ini sudah tidak pandai lagi hendak mencari kemenangan Mereka sudah tidak tahu Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan Umat Islam berkir, bantuan dan kemenangan itu Dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal Fikiran macam orang bukan Islam Islam memandang usaha lahir itu hanya sampingan bukan kewajipan Ada yang lebih penting dari itu Untuk mendapat kemenangan bahkan keredhaan Jadikan Tuhan sebagai kawan dan bawa Ia ke mana-mana Menjadi orang yang bertaqwa setiap masa dan waktu Membaiki diri dengan membetulkan sembahyang lima waktu Serius menjauhi dosa dan membersihkan jiwa dari mazmumah Berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu Inilah dia senjata umat Islam Yang tersirat dan tersembunyi Yang diabaikan oleh umat Islam Seluruh dunia sekalipun ulama-ulamanya Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh Untuk mengalahkan musuh-musuhnya Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam Sama seperti yang ada pada musuh Bahkan senjata yang ada pada musuh Umat Islam tidak boleh menandinginya Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam
74

PERJUANGAN

Lantaran itu hingga hari ini Kemenangan dan bantuan belum lagi datang Kerana kita masih bersandar dengan musuh, hendak melawan musuh Tetapi senjata yang tersirat dan tersembunyi Itu tidak ada pada musuh Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan Jika kita memilikinya ertinya kita menjadi orang Tuhan Bila jadi orang Tuhan kita dapat pembelaan dari Tuhan yang Esa Tuhan bila-bila masa sahaja boleh mengalahkan musuh-musuh

Selepas Zuhur 27 - 10 - 1999 75

KOLEKSI SAJAK SIRI III

49

MUHASABAH PEJUANG NGIN kukatakan kepada para pejuang Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan? Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang, lalu bersembahyang? Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan? Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya? Kalau ada yang insaf, kemudian menyerah diri kepada kalian Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam? Jika saudara tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan? Apa yang saudara cakapkan selama ini? Dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai? Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada partai? Atau dakwah saudara itu sebagai hobi? Untuk seronok-seronok dan penghibur hati? Aku harap nilai semula perjuangan saudara! Koreksi hati tujuan apa saudara berjuang Sebelum terlanjur berpanjangan

76

PERJUANGAN

Selama nyawa masih ada di badan Agar selepas mati tidak menyesal Takutilah Allah di setiap perkataan! Ingatlah Allah di dalam perjuangan Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang

Menjelang Tidur 28 - 08 - 2000 77

KOLEKSI SAJAK SIRI III

50

UJIAN DALAM PERJUANGAN MEMANG BERAT IFAT dan watak perjuangan sejak rasul-rasul ujiannya memang berat Kerana itulah tidak semua orang boleh menjadi pengikut-pengikutnya Orang yang yakin, ikhlas dan jujur serta setia sahaja yang boleh menjadi pengikut Oleh kerana kebenaran itu dari Tuhan Dengan rahmat-Nya ada perimbangan dengan ujian-ujian itu Di dalam kesusahan ada busyra atau berita gembira Iaitu Allah Taala datangkan dengan berbagai-bagai pertolongan dan bantuan Di dalam bala rahmat-Nya juga banyak Dengan mukjizat, karamah, maunah, khawariqul adah Mimpi yang benar, hatif, kasyaf, berita ghaib, bantuan ghaib dan rasat Siapa saja dan di zaman bila dan di kurun yang mana, pejuang-pejuang kebenaran itu begitu sifatnya dan wataknya Ujian yang berat, bantuan yang berbagai-bagai bentuknya sama-sama naik Sama ada berlaku secara zahir mahupun secara maknawi dan rohani Kalau pejuang-pejuang di zamannya tidak mendapat bantuan seperti yang disebut tadi Yang ada hanya ujian-ujian yang berat sahaja terjadi Sekalipun mereka mengatakan memperjuangkan Islam Itulah menunjukkan perjuangannya tidak membawa kebenaran Mungkin konsepnya telah tersalah atau matlamatnya telah tersasar
78

PERJUANGAN

Boleh jadi juga di dalam berjuang penuh dengan dosa Usaha membaiki diri tiada atau tidak diambil kira Paling tidak cara dan jalannya menyalahi Sunnah Atau banyak cakap amalan tiada Kerana itulah bantuan Tuhan tidak ada Yang hanya ada kesusahannya sahaja

Menjelang Tidur 21 - 09 - 1999 79

KOLEKSI SAJAK SIRI III

51

SYARAT JADI PEMIMPIN ALAU engkau ingin jadi pemimpin Sanggupkah engkau menjadi ayah, bertanggungjawab kepada mereka? Kalau engkau suka menjadi pemimpin Sanggupkah engkau menjadi ibu tempat bermanja-manja? Jika engkau hendak menjadi pemimpin Sanggupkah engkau menjadi guru kepada mereka? Boleh memberi didikan dan ilmu Jika engkau mahu menjadi pemimpin Sanggupkah engkau menjadi kawan yang setia? Bila-bila masa boleh memberi pertolongan dan bantuan kepada mereka Jika engkau ingin jadi pemimpin Ertinya engkau sanggup jadi ayah, jadi ibu, jadi guru, jadi kawan setia Kalau manusia fahamlah kedudukan pemimpin Kepimpinan tidak akan jadi rebutan di kalangan manusia Bahkan kalau orang memintanya pun dia akan menolaknya Kecuali tidak dapat dielakkan kerana kehendak orang banyak Sekarang kepimpinan menjadi rebutan dan buruan Bukan ingin jadi watak-watak manusia yang kita sebutkan Tapi di sana ada kepentingan dan keuntungan Kerana itulah dunia hari ini huru-hara Dikeranakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri Oleh itulah pemimpin hari ini dicaci-maki oleh rakyat

Menjelang tidur 17 - 12 - 1999 (9 Ramadhan) 80

PERJUANGAN

52

APALAH INDAHNYA JADI PEMIMPIN (1) PALAH indahnya kalau kita seorang pemimpin Yang memuji dan menyanjung kita itu orang yang berpurapura Yang inginkan sesuatu dari kita Apalah hendak dibanggakan orang yang mengangguk-angguk depan kita Di belakang kita dia mengutuk Apalah ertinya orang membawa itu dan ini kepada kita Sedangkan niatnya ada udang di sebalik batu Apalah ertinya kepada kita Yang menyambut kedatangan kita dan yang berdiri di keliling kita hipokrit belaka Pengaduannya kepada kita dusta belaka Yang sejengkal jadi sehasta Yang sehasta jadi sejengkal Yang hitam jadi putih Yang putih jadi hitam Yang tiada diada-adakan, yang ada ditiadakan Ambillah pengajaran masa yang lalu Beberapa ramai pemimpin yang sudah bersara keseorangan diri Tiada yang mempeduli Tiada yang datang, tiada yang menjenguk Macam barang buruk yang tiada berharga! Mana orang kiri kanan?! Mana kawan seperjuangan?! Ke mana pergi yang memuji dan yang menyanjung?! Di mana sekarang yang mengaku setia?! Mana orang yang bertempik mendengar pidato kita?! Ke mana perginya orang yang mengangguk-angguk membenarkan kata kita?!
Selepas Subuh 03 - 05 - 1997 81

KOLEKSI SAJAK SIRI III

53

APALAH INDAHNYA JADI PEMIMPIN (2) PALAH indahnya engkau menjadi pemimpin Orang yang di keliling-kelilingmu bukanlah setia Hormatnya kepadamu hanya pura-pura Kasihnya kepadamu hanya dibuat-buat sahaja Di hadapanmu mereka mengangguk-angguk Di belakangmu mereka mengutuk Terjadi begini kerana engkau memimpin untuk dirimu Bukan untuk Allah yang menjadikan kamu Kerana itulah pengikutmu mengikutmu ada kepentingan juga Mereka pura-pura taat kerana inginkan sesuatu daripadamu Seperti kamu juga memimpin untuk mendapatkan sesuatu buat dirimu Kerana itulah orang yang memimpin macam kamu Ramai sekali di dunia ini Apabila jawatan sudah tidak ada lagi Aduh! Ramai orang di keliling-kelalangmu habis lari Engkau tinggal keseorangan, seolah-olah orang tidak kenal Engkau berjalan seorang diri Tidak ada siapa yang mempeduli Barang bawa sendiri Semuanya engkau urus sendiri Di waktu engkau memimpin dahulu engkau tinggalkan Tuhan Kerana itulah Tuhan membiarkan orang meninggalkan kamu Apalah indahnya menjadi pemimpin begini Di dunia lagi sudah nampak terhinanya Di Akhirat kelak apatah lagi
Menjelang tidur 10 - 09 - 2000 82

PERJUANGAN

54

PEMIMPIN PALSU ORANG BENCI EMIMPIN yang sejati lagi hakiki itu orang hormati dan sayangi hingga mati Pemimpin yang palsu makin ke hujung kepimpinannya makin orang benci Kerana takut, rakyat di hadapannya pura-pura hormat, di belakangnya dikutuk dan dilaknat Pemimpin yang gagal untuk taatkan rakyat, banyak akta dan peraturan yang dibuat Berbagai-bagai undang-undang yang dibuat untuk menyekat Apabila dengan undang-undang pun gagal mengawal rakyat Ugutan-ugutan pun dibuat Gertak-gertak dan bentak-bentak dilakukan selalu apabila bercakap Bercakap selalu marah-marah, jasa dan baktinya mulalah diungkit-ungkit di hadapan rakyat Menuduh rakyat tidak mengenang jasa Bercakap selalu sahaja mengikut rasa Pertimbangan sudah tidak ada Selalu sahaja melatah, selalu sahaja menuduh melulu Apabila berbagai cara dibuat, rakyat makin marah Rakyat makin mengata, orang ramai makin menghina Tuduhan-tuduhan pun dibuat oleh pemimpin yang sudah kecewa Carilah salah musuh-musuhnya, yang kecil dibesar-besarkan Yang tiada diada-adakan Diwujudkanlah perkara-perkara yang tidak wujud Maka tangkapan pun dilakukan untuk mempertahankan kedudukan Begitulah pemimpin yang tidak popular Yang gagal mendidik rakyat Sepatutnya mengundur diri, bukan bertindak terhadap rakyat
13 - 08 - 2001 83

KOLEKSI SAJAK SIRI III

55

PEMIMPIN YANG DITUNJUK OLEH JARI ELUM pernah pemimpin yang ditunjuk oleh jari di dalam sejarah dapat menegakkan keadilan Mereka kalau ada pun paling baik hanya dapat membangun Dapat membuat berbagai-bagai kemajuan dan kemudahan di dalam negara Belum pernah berlaku di dalam sejarah pemimpin yang dilahirkan oleh demokrasi dapat membawa kasih sayang Kalau berlaku pada lahirnya ada kasih sayang hanya kasih sayang yang pura-pura Kalau begitu mengapa kita mengharapkan sangat keadilan dari seorang pemimpin yang ditunjuk oleh jari Lebih-lebih lagi apa yang kita harapkan dapat kasih sayang darinya? Padahal kita yang inginkan keadilan dari pemimpin itu, menempuh jalan demokrasi juga Menempuh jalan yang sama, hasilnya sama juga Kalau pemimpin itu kita tukar dengan jari kita maka diganti pula pemimpin yang lain Kita akan dapat jawapannya sama sahaja Mana boleh sistem demokrasi melahirkan pemimpin yang adil dan dapat memberi kasih sayang yang tulen Kalau begitu lebih baik kita didik rakyat dan asuh orang ramai membaiki diri Terutama kita yang menganjurkan itu lebih dahulu membaiki diri Moga-moga dengan itu Tuhan akan lahirkan segera pemimpin yang Allah sendiri tunjuk Apabila Tuhan yang tunjuk pasti pemimpin itu adil dan pengasih serta penyayang Mana boleh kita hendak makan kuih bahulu, mengikut acuan apam balik Mana mungkin kita tanam pokok rambutan
84

PERJUANGAN

inginkan buah durian Tidak mungkin di kalangan rakyat yang masih jahat hendak melahirkan pemimpin yang baik Pemimpin cara demokrasi ertinya pemimpin dari rakyat Kalau kita sendiri pun dan rakyat seluruhnya masih jahat bagaimana hendak melahirkan pemimpin yang baik Berapa banyak pemimpin yang silih berganti yang berlaku oleh sistem demokrasi Hasilnya sama sahaja bahkan adakalanya yang mengganti lebih jahat lagi daripada yang diganti Sekalipun yang mengganti itu atau yang menang itu katanya memperjuangkan Islam Bukankah dunia telah membuktikan berapa ramai pemimpin yang silih berganti oleh sistem demokrasi Tidak ada seorang pun yang adil dan membawa kasih sayang Mengapa kita tidak boleh berkir lagi?!

Selepas Asar 1 Safar 1421 85

KOLEKSI SAJAK SIRI III

56

MENDIDIK RAKYAT BUKAN DENGAN GERTAK ENDIDIK rakyat bukan boleh gertak-gertak dan membentak-bentak Apatah lagi mengugut-ugut bukan caranya Hendak menjadikan rakyat yang baik kenalah bijaksana Kerana manusia itu ada akal boleh berkir Ada jiwa yang mempunyai perasaan Perasaan manusia kenalah jaga Mendidik rakyat kenalah pemimpin ada ilmu yang banyak Ilmu yang sentiasa baru Jangan ilmu yang itu sahaja diulang-ulang manusia jemu Mendidik rakyat si pendidik ada contoh yang baik pada dirinya Ibadahnya baik, akhlaknya baik, tutur kata dan pergaulannya baik Kalau cakapnya tidak serupa bikin, rakyat melihat dan menilai Mungkin di hadapan pemimpin rakyat mengangguk-angguk Di belakang pemimpin rakyat mengata dan mengutuk Mengugut dan menghukum itu adalah usaha yang terakhir Setelah rakyat dididik dengan bijaksana, lama pula masanya Adakalanya kejahatan rakyat disebabkan kejahatan kita Kerana itulah jika rakyat jahat, jangan salahkan mereka sahaja Jangan-jangan kita pemimpin yang jahat, bagaimana rakyat hendak taat Ketaatan itu adalah perasaan hati setelah dinilai oleh mata Kalau mata selalu melihat pemimpin bejat Bagaimanalah rakyat mahu taat dan setia

Selepas Zuhur 04 - 08 - 2001 86

PERJUANGAN

57

PEMIMPIN YANG MENGENAL PERJALANAN HATI EMIMPIN yang mengenal perjalanan hati manusia hampir tiada Yang faham perjalanan hati manusia Pemimpin yang lahir mudah sahaja Ramai pemimpin telah buta dengan perjalanan hati manusia Sebab itu hati tidak diambil kira Apabila hati buta tidak nampak jalan yang merbahaya Setiap hari pemimpin membawa rakyatnya ke Neraka Dia sangka ke Syurga Setiap hari pemimpin menggilap lahir rakyatnya Tapi menggelapkan hati mereka Pemimpin yang membawa mala petaka itu berpengaruh sekali Bahkan mereka dianggap berjasa Mereka dipuja, walaupun secara pura-pura Mereka disanjung, sekalipun di belakangnya dibohongi Mereka dipuji, walaupun di belakangnya dicaci-maki Lupa daratanlah pemimpin-pemimpin itu Dibuai oleh rakyatnya yang tidak setia tapi tidak ketara Namun mereka diperlukan Mereka membawa syurga dunia Menjamin kemewahan yang sementara

Selepas Subuh 19 - 11 - 1998 87

KOLEKSI SAJAK SIRI III

58

TAAT SETIA BUKAN BOLEH DIPAKSA-PAKSA AAT setia bukan boleh dipaksa-paksa dan diminta-minta Juga kasih sayang bukan boleh ditagih, diarah-arah dan dirayu-rayu Ia adalah persoalan batin dan hati manusia Taat setia dan kasih sayang ada sebab-sebabnya Ada faktor-faktor yang tertentu yang menyebabkan berlakunya Kalau seseorang yang zalim, ego dan sombong Fitrah semula jadi manusia automatik benci dan menolaknya Kalau seseorang kasar dan kesat bahasanya dan tidak kasih kepada orang Mudah terjadi hilang kasih sayang dari jiwa manusia Taat setia bukan persoalan zikal Juga kasih sayang bukan persoalan zikal dan luaran Tapi ia adalah persoalan dalaman dan kejiwaan Hati dan jiwa manusia, ia dengan sendiri faham Sekalipun tidak pernah masuk ke sekolah dan mempunyai pelajaran Dia tahu sahaja siapa yang mesti ditaati Dan siapa yang patut diderhakai Juga dia faham, kepada siapa yang dia hendak berkasih sayang dan yang patut dibenci Kalau kita ingin ditaati Tidak payah diminta-minta atau digesa-gesa Juga kalau ingin dikasihi tidak payah ditagih dan diminta-minta Betulkan diri kita dan berakhlak mulialah Orang akan memberi taat setia Walaupun tidak diminta Juga orang akan memberi kasih sayang

88

PERJUANGAN

Sekalipun kita tidak menagihnya Jika orang tidak taat dan setia Janganlah salahkan orang Kalau orang tidak memberi kasih dan sayang Jangan marahkan sesiapa Salahkanlah diri sendiri dan betulkanlah diri Kerana hati dan jiwa tidak pernah berdusta Ia faham kepada siapa sepatutnya memberi kasih sayang dan taat setia

Menjelang tidur 26 10 1999 89

KOLEKSI SAJAK SIRI III

59

SIFAT PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN EMIMPIN yang sejati itu walaupun bukan rasul Wibawanya nampak terserlah Lebih-lebih lagi pemimpin yang dijanjikan Akhlaknya tinggi lagi mulia Sabarnya luar biasa, tidak ada taranya di zamannya Ilmunya tajam sangat memberi kesan kepada jiwa Apa yang keluar dari lisannya seolah-olah tidak pernah didengar dari sesiapa Kedatangannya membawa berkat yang melimpah-ruah di dalam kumpulannya Bahkan ia merupakan sumber rezeki Daripada peribadinyalah orang ramai ditolong dan dibantu Karamahnya banyak sama ada yang bersifat maknawi dan rohani mahupun maddi Kerana itulah orang yang sayang terlalu amat sayangnya Orang yang benci terlalu benci pula Pemimpin yang macam ini datang beratus tahun sekali Macam kedatangan rasul dan nabi Ajarannya sangat membawa perubahan kepada yang menerimanya Yang tidak ada hasad dengki, walaupun tidak menerima tapi senang dengannya Ia sangat mencabar ajaran dan ideologi di zamannya Kerana itulah ajarannya dan kedatangannya Sangat dimusuhi oleh para pemimpin di zamannya Lebih-lebih lagi pemerintah di zamannya Kerana itulah pemimpin sejati itu Sentiasa diburu oleh musuh-musuhnya Ada di kalangan mereka yang dibunuh dan dipenjara
Menjelang Maghrib 10 - 12 - 1999 (2 Ramadhan) 90

PERJUANGAN

60

PEMIMPIN BERSIFAT RASUL ATAU NABI ASUL atau nabi, dan juga ulama yang bersifat rasul atau bersifat nabi Adalah pemimpin Pemimpin yang membawa manusia kepada Tuhan Kalau begitu bukan semua orang yang boleh jadi pemimpin Jika dia bukan rasul atau nabi atau ulama yang bersifat rasul atau nabi Ramai para pemimpin bukan membawa orang kepada Tuhan tapi kepada syaitan Tapi mereka tidak sedar Kerana mungkin niatnya baik tapi dia bukan orangnya Betapalah kalau dia niatnya tidak baik Sudah tentu dia membawa manusia kepada syaitan Membawa kepada Tuhan bukan satu yang mudah atau senang Kerana jalan kepada Tuhan itu adalah bersifat maknawi dan rohani Ia memerlukan akal yang terpimpin Dan hati yang bersih dari mazmumah Yang dapat memikirnya dan yang dapat merasakannya Kalau ilmunya sahaja yang banyak Sedangkan hatinya penuh dengan mazmumah Dia tidak akan nampak jalan kepada Tuhan Diri sendiri dia tidak boleh memimpinnya Betapalah orang lain Tapi hari ini ramai orang berebut-rebut hendak jadi pemimpin Diri rosak dan merosakkan orang banyak

91

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kerana itulah ramai orang tidak kenal Tuhan Kerana pemimpin sendiri pun tidak kenal Tuhan Bagaimana hendak mengenal rakyat atau pengikut-pengikutnya Pemimpin yang dapat mengenalkan Tuhan tidak banyak Menjadikan orang banyak susah mencari Tuhan

Lepas Zuhur 09 - 12 - 1999 (1 Ramadhan) 92

PERJUANGAN

61

ULAMA PEWARIS NABI LAMA adalah pewaris nabi Pewaris ertinya memiliki, mempunyai apa yang dipusakakan oleh Nabi sebagai peninggalannya Pewaris bukan sekadar memiliki ilmunya Kerana ilmunya, orang kar pun boleh memilikinya Pewaris nabi ertinya memiliki ilmunya, ketaqwaannya, ibadahnya dan akhlaknya Tawadhuknya, pemurahnya bayangan Nabi Kasih sayangnya, pemaafnya mencontohi Nabi Keyakinannya, kesabarannya, kegigihannya berjuang juga ada padanya Cintakan Tuhan lebih daripada segala-galanya Takutkan Tuhan memenuhi jiwanya, adakalanya terpancar di mukanya Bijaksananya di dalam mendidik Ramai manusia yang mendapat kesedaran darinya Keberaniannya luar biasa Tegasnya beragama sangat ketara Korban apa sahaja untuk Tuhannya Cinta dunia tiada kerana Akhirat matlamat hidupnya Risalah Tuhan sangat gigih memperjuangkannya Begitulah yang dikatakan ulama pewaris nabi Walaupun bukan nabi tapi tabiatnya adalah tabiat nabi di dalam semua halnya Kalaulah zaman kenabian masih ada Merekalah nabi-nabi di zamannya Sungguh hebat ulama pewaris nabi! Kerana hidupnya bayangan nabi Di mana kita hendak cari ulama pewaris nabi di zaman ini?!

93

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kerana kebanyakan ulama telah menjadi pewaris sultan atau wuzarak Atau mereka telah memiliki tabiat orang banyak Cumanya beza dengan orang ramai ilmunya banyak

Lepas Zuhur 09 - 12 - 1999 (1 Ramadhan) 94

PERJUANGAN

62

PEMIMPIN SEJATI PENGHUBUNG KEPADA TUHAN EMIMPIN sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan pencipta alam Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi Dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci Kerana pemimpin sejati itu kirannya terpimpin Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan Siapa yang tidak mahu dipimpin Dia akan gagal menuju Tuhan Kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin Nanti yang akan memimpin adalah syaitan Pimpinan syaitan adalah menyesatkan Oleh itu harap mengambil perhatian Setiap orang mesti perlukan pimpinan Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan
Lepas Zuhur 10 - 12 - 1999 (2 Ramadhan) 95

KOLEKSI SAJAK SIRI III

63

CIRI-CIRI PEMIMPIN SEJATI EMIMPIN sejati itu sangat disayangi oleh pengikut-pengikutnya Tapi dia sangat didengki oleh orang yang berpenyakit hati Terutama para pemimpin yang tidak disayangi oleh pengikut-pengikutnya Kerana iri hati, kerana tercabar dia tidak dapat kasih sayang itu dari pengikut-pengikutnya Maka dituduhlah jangan fanatik dengan pemimpin Fanatik dengan pemimpin itu amat bahaya Pemimpin akan menyalahgunakan pengikut-pengikutnya untuk kepentingan diri Begitulah di antara tuduhan kepada pemimpin sejati Pemimpin sejati itu di tengah-tengah pengikutnya, pengikut merasakan senang dan bahagia Berpisah dengannya dirasa satu kekosongan Bersama pemimpin terasa kenyang, berpisah dengannya terasa kehilangan Bersama pemimpin rasa tidak mahu berpisah Berpisah dengan pemimpin terasa rindu Pemimpin sejati itu lebih diperlukan daripada seorang ayah dan ibu Bersama pemimpin terasa kuat Berpisah daripadanya terasa lesu Mendapat pemimpin sejati itu, bagaikan dapat ayah, ibu, pemimpin, kawan dan guru Bagaimanalah hendak mendapatkan pemimpin di akhir zaman ini semacam itu Kebanyakan di akhir zaman adalah pemimpin-pemimpin yang palsu Kerana itulah ketaatan pengikut tidak padu
Menjelang tidur 17 - 08 - 2001 96

PERJUANGAN

64

PEMIMPIN YANG MERENDAH DIRI ALAU orang miskin merendah diri, kita tidak hairan Mungkin dia sedarkan dirinya kerana miskinnya atau kesusahannya Mungkin dia inferiority complex, bukan kerana tawadhuk Jika orang kaya merendah diri, ia manusia luar biasa Biasa mereka ego dan sombong sesama manusia Kerana merasa manusia luar biasa Lebih-lebih lagi seorang pemimpin besar atau pemimpin negara merendah diri Kasih sayangnya pula kepada rakyatnya atau pengikut-pengikutnya amat ketara Biasa mereka bukan sahaja sombong tapi menindas dan menzalim terhadap manusia Ini adalah manusia yang sangat luar biasa Pemimpin semacam ini sudah tentu disayangi oleh rakyatnya Orang ramai dan pembesar-pembesar pun sangat menghormatinya Nama mereka akan disebut selalu sekalipun selepas matinya Mereka sudah mesti akan ditulis di dalam sejarah Mereka akan dipuji dan dikenang Kematiannya dirasakan satu kehilangan yang besar kepada rakyat Pemimpin semacam ini mungkin berlaku ratusan tahun sekali Macam kedatangan rasul, ratusan tahun baru berlaku Pemimpin yang merendah diri ini kedatangannya memang dirindui

97

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Semua golongan menunggu-nunggu kedatangannya Kerana sebelum itu telah didahului puluhan pemimpin yang sombong dan zalim Rakyat jemu hidup beratus tahun dengan pemimpinnya Mereka hidup terumbang-ambing Bahkan hidup di dalam ketakutan dan kebimbangan Di masa ini seluruh rakyat di dunia menunggu pemimpin yang adil Pemimpin yang merendah diri dan kasih sayang dengan rakyatnya

Lepas Zuhur 22 - 12 - 1999 (15 Ramadhan) 98

PERJUANGAN

65

PEMIMPIN PILIHAN TUHAN UJUH ratus tahun umat Islam menjadi empayar Selama itu kerajaan yang berkuasa bertukar ganti atau silih berganti Disandarkan kerajaannya mengikut bani masing-masing Daerah bertambah luas Ilmu pengetahuan pesat berkembang dengan berbagai-bagai cabangnya Rakyat ramai berbagai-bagai bangsa memeluk Islam Tetapi kerajaan atau pemerintahan yang adil boleh dibilang Rasulullah SAW dan Khulafa-Khulafaur Rasyidin Ditambah lagi Umar Ibnu Aziz, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh Ini menunjukkan keadilan itu sangat mahal Hanya pemimpin pilihan Tuhan atau yang ada isyarat dari Tuhan sahaja yang boleh melakukan keadilan Selain itu sekalipun ada, yang boleh banyak beribadah Namun untuk menegakkan keadilan sangat susah Kerana keadilan itu sangat mahal Satu sifat ini sahaja sudah mendekati taqwa Pemimpin yang adil itu termasuk orang yang dapat perlindungan Tuhan di Padang Mahsyar Di setiap zaman kita tahu bahawa pemimpin yang adil itu datang sekali-sekala Yang ramai itu adalah pemimpin yang zalim Yang melakukan sewenang-wenangnya di dalam pemerintahannya Yang beraja di nafsu dan beraja di mata Yang bertindak mengikut rasa Tidak kira dosa dan pahala, Tuhan redha atau Tuhan murka Itu semuanya sudah tidak diambil kira

Menjelang tidur 19 - 12 - 1999 (11 Ramadhan)

99

KOLEKSI SAJAK SIRI III

66

JIKA PEMIMPIN BERTAQWA PABILA pemimpin yang berkuasa itu mempunyai sifat taqwa yang tinggi Maka Tuhan pun membantu dengan mengalirkan rahmat dan berkat-Nya kepadanya Dari berkat itu melimpah dan mengalir ke seluruh rakyat di dalam negara Maka Tuhan pun campur tangan ikut mengawal dan menjaga Dimurahkan rezeki maka jadilah negara makmur, rakyat mewah Pintu hati manusia pun tertutup untuk melakukan jenayah Maka berlakulah keselamatan dan keamanan di merata negara Kebimbangan dan ketakutan pun hilang Tuhan masukkan di dalam hati manusia malu hendak membuat maksiat Maka bersihlah negara dari sebarang kemungkaran Mata selamat, hati tidak ternoda, iman tidak tercacat Kelihatan manusia penuh tawadhuk, malu bermaruah dan berdisiplin Berkasih sayang sesama manusia bekerjasama dan hormat-menghormati Bertolak ansur, simpati mengutamakan orang lain dan harmoni Tidak ada orang miskin yang terbiar Tidak ada orang sakit yang terlantar yang tidak diambil peduli Tidak ada orang kaya yang tamak dan bakhil Masing-masing menjadi pemurah seronok berkhidmat kepada orang yang susah Di mana-mana dan ke mana sahaja perempuan pergi tidak ada yang akan menodai Barang yang tercicir dijumpa kembali
100

PERJUANGAN

atau akan dikembalikan semula kepada yang empunya Orang-orang yang bermusar berebut-rebut untuk dijadikan tetamu Di mana-mana sahaja kelihatan Tuhan itu dibesarkan dan disembah orang Syariat diamalkan orang akhlak ibarat bunga yang indah di dalam kehidupan Syiar Islam itu kelihatan di mana-mana sahaja Alangkah indahnya hidup ini kerana adanya pemimpin yang bertaqwa Dengan sebabnyalah seluruh rakyat mendapat rahmat dan berkat Dengan sebab pemimpin itulah rakyat dibantu dan diberi rezeki

Menjelang tidur 22 - 11 - 1999 101

KOLEKSI SAJAK SIRI III

67

PEMIMPIN BAGAI IBU AYAH PABILA mendapatkan pemimpin atau guru Bukan sahaja mendapatkan ilmu Tapi mendapatkan ibu dan ayah Mendapat bapa yang pengasih dan mendapat ibu tempat bermanja Lebih-lebih lagi mendapat pelindung Dan tempat mengadu segala masalah Bahkan peranan pemimpin dan guru Lebih tinggi daripada peranan ibu dan ayah Biasanya peranan ibu dan ayah Memberi makan minum, menjaga kesihatan badan Tapi guru lebih-lebih lagi pemimpin memberi ilmu, tunjuk ajar, makan dan minum Tempat berlindung, tempat kasih sayang dan bermanja Tempat mengadu, tempat menyelesaikan masalah Apabila dapat guru atau pemimpin Tidak ada ibu dan ayah pun tidak mengapa Pemimpin dan gurulah pengganti tempat ibu dan ayah Segala persoalan hidup pemimpin dan gurulah yang bertanggungjawab Masih ada pelindung, masih ada tempat bermanja Dan masih ada tempat kasih sayang Guru-guru tidak lagi bertanggungjawab sebagai guru Kerana itulah banyak manusia yang terbiar Ramai orang yang kehilangan tempat kasih sayang Dan tempat bermanja Terdedahlah perlindungan manusia Padahal kehilangan tempat bermanja kehilangan tempat kasih sayang Dirasakan oleh manusia sangat terseksa

102

PERJUANGAN

Kehidupan mereka terasa kosong sekalipun banyak harta Jiwa resah dan gelisah sekalipun di dalam keadaan mewah Kasih sayang tempat bermanja tidak boleh ditukar ganti Kasih sayang tempat bermanja Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit, pangkat dan harta Ia sangat diperlukan oleh manusia setiap masa Sekalipun orang dewasa dan orang tua

Lepas Zuhur 28 - 10 - 1999 103

KOLEKSI SAJAK SIRI III

68

INDAHNYA NEGARA JIKA PEMIMPIN BAIK LANGKAH indahnya sebuah negara Pemimpin-pemimpinnya laksana ayah Di dalam bertanggungjawab kepada rakyatnya Dia seperti ibu, sifat kasih sayangnya Ibarat guru memberi ilmu dan tunjuk ajarnya Dengan penuh kasih sayang Bijaksana dan dia dahulu menghayatinya Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia Adakalanya dia berwatak pemimpin Memberi arahan-arahan kepada rakyatnya dan menghukum dengan adil Dengan tegas dan penuh hikmah Tidak ada diskriminasi dilakukannya Di waktu tertentu sebagai kawan setia Mengutamakan kawan-kawannya dari dirinya Memberi maaf ke atas kesalahannya Meminta maaf kalau dia pula yang bersalah Apabila berlaku sifat-sifat ini pada para pemimpin Alangkah mudah mendidik rakyatnya di dalam negara Mereka akan taat dan setia kepada pemimpin Pemimpin dihormati dan dimuliakan dengan tidak berpura-pura Rakyat bekerja dengan penuh gembira dan ceria Untuk agama, bangsa dan negara Mereka sanggup mati kerananya Kedaulatan agama, bangsa dan negara terpelihara

104

PERJUANGAN

Lahirlah masyarakat yang berkasih sayang sesama mereka Bertolong bantu, bekerjasama Hidup aman, damai dan harmoni di dalam negara Dengan pimpinan Allah Taala yang Maha Esa lagi Berkuasa

April 2001

105

KOLEKSI SAJAK SIRI III

69

KEMENANGAN UNTUK PEMIMPIN YANG DIJANJIKAN PABILA Allah Taala menjadikan kemenangan kepada umat Islam di suatu zaman, di sebuah negara, berlaku di dunia ini Tuhan akan pilih seorang pemimpin yang dijanjikan Allah mencukupkan dan lengkapkan keperluan-keperluan pada seseorang pemimpin itu jasmani dan rohaninya Hingga terserlah kemampuan dan kewibawaannya Orang-orang yang direzekikan menjadi pengikut-pengikutnya jatuh hati kepadanya Maka pemimpin itu pun mendidik dan memimpin pengikutnya Tuhan permudahkan pengikut-pengikutnya menghayati didikannya dan mengamalkannya Maka terjadilah jemaah dan pengikut-pengikutnya menjadi role model di zamannya Rahmat dan berkat dari Allah pun mencurah-curah datang di bumi dan langit Khawariqul adah dan berita-berita ghaib pun berlaku sebagai bantuan dan keyakinan Dalam masa yang sama ujian-ujian-Nya pun ditimpakan kepada pemimpin dan pengikut-pengikutnya Untuk menyaring di kalangan para pejuang di antara yang ikhlas dengan yang mengambil peluang Natijahnya terjadilah saringan Ada yang kekal dan ada yang terbuang Ada yang tinggal ada yang menentang Yang tinggal Allah takdirkan mereka makin serius membaiki diri Malam menjadi abid mengadukan halnya kepada Tuhan

106

PERJUANGAN

Siang hari berusaha dan berjuang macam singa yang garang Barisan pejuang bertambah bersatu dan berdisiplin di dalam satu pimpinan Bantuan Tuhan yang besar pun datang secara luar dugaan Iaitu diberi kemenangan di dalam perjuangan Yang selama ini memang ditunggu-tunggu dengan penuh kesabaran

Menjelang tidur 11 - 10 - 1999 107

KOLEKSI SAJAK SIRI III

70

ULAMA BERWATAK RASUL LAMA yang berwatak rasul, tugasnya memimpin secara umum Ulama yang berwatak nabi, kepimpinannya secara khusus Iaitu yang lebih tertonjol adalah ibadahnya Rasul yang bukan rasul, penumpuan ibadahnya 30 peratus Kepimpinannya untuk manusia 70 peratus itulah yang utama Tapi boleh juga untuk Tuhan dan untuk manusia 50-50 Ini adalah yang sederhana Ulama yang berwatak nabi, untuk ibadah 70 peratus Untuk kepimpinannya 30 peratus itulah yang utama Di sini baru kita faham Rasul yang bukan rasul, pimpinannya yang lebih menonjol Nabi yang bukan nabi, ibadahnya yang lebih menonjol Di antara dua golongan ini jangan ditukar watak dan peranannya Rasul yang bukan rasul jangan bertukar berwatak nabi yang bukan nabi Begitu juga nabi yang bukan nabi jangan pula bertukar berwatak rasul yang bukan rasul Masing-masing berperananlah mengikut watak yang Tuhan anugerahkan Nabi yang bukan nabi abidnya yang ketara Rasul yang bukan rasul kepimpinannya yang lebih nyata Kalau dua golongan ini faham kedudukan diri Kemudian masing-masing boleh berperanan mengikut watak semula jadi Alangkah indah dan cantiknya Manusia umum terpimpin dengan penuh disiplinnya Mereka selamat dan menyelamatkan

Menjelang tidur 20 - 09 - 1999 108

PERJUANGAN

71

PEMIMPIN KEBENARAN I DALAM satu perjuangan kebenaran mestilah satu pimpinan Pemimpinlah yang memberi ilmu, minda dan didikan Siapa yang datang kemudian walau bijak macam mana sekalipun dia tidak boleh campur tangan Dia kenalah menerima ilmu, minda, didikan dari pimpinannya Walaupun ideanya tidak menyalahi, idea pemimpin mesti didahulukan Bila satu pimpinan dari pemimpin nombor satu Akan lahirlah akidah yang satu, kiran yang satu di dalam satu barisan Pengikut-pengikutnya sangat berdisiplin terutama di dalam ibadahnya Sikap dan tindakan tidak jauh perbezaan Barulah dapat dilihat begitu cantik ahli-ahli di dalam barisan Kerana itulah pemimpin nombor satu bukan calang-calang orang Ilmunya cukup, wibawanya tinggi, mindanya tidak kehabisan Agar siapa sahaja yang datang kemudian di kalangan cerdik pandai boleh menerima pimpinannya Dia disegani, dihormati kerana mempunyai wibawa dan peribadi yang tinggi Oleh itu pemimpin tidak boleh jadi rebutan Kalau wibawa seseorang itu tidak cukup terserlah sekadar pandai bercakap sahaja, siapa boleh hormati Pemimpin Islam itu sebenarnya peribadinya adalah bayangannya

109

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kerana itulah jemaah kebenaran sedikit sekali daripada anggotanya di kalangan ulama Lantaran ulama tidak sanggup menerima pimpinannya Tapi manakala sebuah jemaah Islam itu disiplinnya longgar Pemimpinnya pula kurang berwibawa Para-para ulama akan berani berada di sana kerana masing-masing mahu mencorak Akibatnya lahirlah pimpinan di dalam pimpinan Tidak akan terjadilah satu akidah, satu kiran dan satu jalan di dalam satu barisan Inilah yang berlaku kepada jemaah-jemaah Islam di akhir zaman Kerana itulah pemimpin Islam tidak dilantik oleh jari Tapi dilantik oleh trah semula jadi, macam kedatangan nabi

Selepas Asar 13 - 09 - 1999 110

PERJUANGAN

72

SUPER ZALIM VS SUPER SOLEH ARA super zalim dan penzalim martabat tinggi tidak akan jatuh Atau mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapa juga Terutama para-para pemimpin dan pembesar-pembesarnya Kecuali mereka akan jatuh atau dikalahkan di waktu yang sama adanya super soleh atau orang-orang yang sangat soleh Terutama di waktu itu ada pemimpin kebenaran yang bertaraf super soleh Kerana di waktu itu berhadapan dua golongan, satu mempunyai istidraj dan quwwah dan satu lagi mempunyai taqwa Golongan bertaqwa mengikut janji Tuhan pasti menang Super zalim dan penzalim martabat tinggi ini tidak akan dapat dikalahkan oleh golongan yang peribadinya di antara kedua puak ini Kalau setakat baik sedikit sahaja dari super zalim, super zalim tidak akan jatuh terhina Pencabar pemimpin super zalim mestilah pemimpin yang super soleh pula Super zalim kepunyaan syaitan, super soleh kepunyaan Tuhan Orang Tuhan pasti menang, orang syaitan pasti kecundang Oleh itu di sini kita ingatkan kepada para-para pejuang kebenaran Menentang penzalim terutama penzalim martabat tinggi, kenalah serius membaiki diri Kenalah sungguh-sungguh mujahadatunnafsi

111

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Bersihkan sungguh-sungguh hati nurani, hingga murni Pejuang-pejuang Islam kalau secara umum peribadi mereka separuh orang Tuhan separuh orang syaitan Sedangkan musuh-musuhnya adalah orang syaitan Maka pejuang-pejuang yang separuh orang Tuhan separuh orang syaitan pasti kecundang Syaitan pun tidak menolong, Tuhan pun tidak menolong Tuhan berkecuali, syaitan pun berlepas diri Bagaimanalah hendak menang Untuk menang berhadapan dengan total orang syaitan kenalah kita jadi total pula orang Tuhan Maka para-para pejuang kebenaran hendaklah faham!

Selepas Zuhur 02 - 09 - 1999 112

PERJUANGAN

73

SOHIBUZ ZAMAN ETIAP masa ada Sohibuz Zaman Ertinya orang yang menguasai di zamannya Begitulah ketentuan dari Allah Taala setiap zaman Sebagai rahmat Allah kepada umat khususnya umat Islam Sohibuz Zaman ada dua kategori Sohibuz Zaman di awal kurun adalah mujaddid laksana kedatangan rasul di zaman adanya rasul Kalau bukan di awal kurun dia adalah Ghaus Ketua wali di zamannya Dia adalah laksana nabi di zaman adanya nabi Pimpinan mujaddid adalah memimpin lahir dan batin manusia Pimpinan ghaus adalah secara batin dari berkatnya Mujaddid yang menonjol padanya adalah perjuangan, mindanya dan pimpinannya Tapi ghaus yang menonjol padanya adalah ibadahnya dan zuhudnya Apa maksud Sohibuz Zaman? Iaitu orang yang paling arif atau kenal Tuhan di zamannya Dan yang sangat mendalam rasa bertuhan dan rasa kehambaannya Yang sangat mendalam tentang ilmu hati manusia Dia dapat ilham dari Tuhan Sangat faham mendidik manusia dan memberi kesan Peristiwa-peristiwa di zamannya dia sangat faham Sekali-sekala mendapat berita ghaib dari Tuhan Yang diberitakan oleh Nabi kepadanya Dia sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Taala Bahkan dia adalah orang yang paling bertaqwa di zamannya Sebagai anugerah Tuhan kepadanya Kedatangan Sohibuz Zaman ramai yang tidak kenal

113

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kecuali sedikit di kalangan umat Islam Bahkan manusia menimpakan kesusahan kepadanya Padahal secara tidak disedari dia membawa berkat Manusia di zamannya mendapat berkat daripadanya Dengan sebabnya mereka diberi rezeki dan dibantu Mungkin ada orang dimurahkan rezeki disebabkannya Mungkin ada orang mendapat keselamatan kerananya Tidak kurang juga ada orang yang mudah mendapat ilmu kerana berkatnya Ada orang yang dijauhkan bala bencana kerananya Doanya kabul, orang boleh bertawasul kepadanya Kerana Allah Taala hendak memperlihatkan kemuliaannya kepada manusia Kedua-dua peringkat Sohibuz Zaman itu masing-masing diberi karamah oleh Tuhan Biasanya karamah yang berlaku kepada mujaddid banyak yang bersifat maknawi dan rohani Seperti mindanya, kesabarannya, keberaniannya mudah orang jatuh hati, doanya perjuangan dan strateginya yang tepat Berlainan sekali karamah yang berlaku kepada ghaus Karamah mereka banyak yang bersifat lahir atau zahir Seperti berjalan di atas air, duduk di udara menunggang harimau makanan terhidang tanpa mengusahakannya pegang daun jadi duit Mereka itu siapa yang menghinanya akan terhina Kalau tidak jangka pendeknya akan berlaku jangka panjang Begitulah sedikit ilmu atau pengetahuan tentang Sohibuz Zaman Moga-moga kita faham erti Sohibuz Zaman dan bagaimana sifat-sifatnya

Menjelang Maghrib 14 - 02 - 2000 114

PERJUANGAN

74

TEMPALAH SEJARAH PILIHLAH MANA SATU AMRUD, Firaun telah menempa nama Dengan kuasanya dan kekejamannya Ditambah lagi dengan panjang umurnya Ditokok lagi dengan kehebatan pembangunannya Apatah lagi dengan keganasan dan kezalimannya Dia tangkap manusia, dia jel, dia bunuh sesuka hatinya Dia buang orang, dia asingkan orang yang tidak disukai Dia sebat orang, dia rantai orang yang tidak mengikutnya Begitulah tradisi dan budaya raja-raja Atau orang yang berkuasa sejak zaman-berzaman Atau pemerintah di dalam sejarah manusia Berbeza sekali para rasul a.s. Sejarah mereka amat gemilang dan cemerlang Dibaca orang sepanjang zaman Gemilang mereka bukan kerana pembangunan Tidak juga kerana selalu tangkap orang dan penjarakan orang Bukan juga kerana lama pemerintahannya Kegemilangan mereka kerana kuat imannya Ditambah lagi dengan akhlak mereka yang mulia Kasih sayang mereka merata Keadilan mereka menakjubkan dunia Pemurah mereka tidak ada tandingannya Tempalah sejarah, pilihlah mana satu yang hendak kita ikut Seperti sejarah raja-raja atau sejarah para rasul Tepuk dada tanyalah selera

Selepas Asar 02 - 06 - 1997 115

KOLEKSI SAJAK SIRI III

75

AJARAN DAN PEMIMPINNYA MESTI DITERIMA SEKALIGUS ELUM pernah berlaku di dalam sejarah Ada orang ingin jadi muslim ajaran Rasul diterima tapi peribadi Rasul tidak diterima Apa yang berlaku di dalam sejarah siapa yang ingin menjadi muslim ajarannya diterima Rasulnya juga diterima Ajaran Rasul dan Rasul dua perkara yang tidak boleh dipisah Tidak pernah kita dengar Rasul diterima, ajarannya tidak diterima Begitu juga tidak pernah berlaku di dalam sejarah ajaran Rasul diterima, Rasulnya tidak diterima Seseorang yang menjadi muslim ajaran Rasul dan Rasul, kedua-duanya diterima Begitulah di zaman tidak ada rasul Seseorang pemimpin itu kalau ajarannya memberi kesan di dalam mengubah kiran, jiwa dan sikap masyarakat Sudah tentu ajarannya diterima lebih-lebih lagi kepimpinannya diterima Tidak pernah berlaku di dalam sejarah ajaran pemimpin tanpa pemimpin boleh mengubah masyarakat Kalau ajaran boleh mengubah masyarakat yang punya ajaran lebih-lebih lagi diterima oleh masyarakat Ajaran Islam tidak seperti ajaran ideologi Sesuatu ideologi diterima dan diperjuangkan orang tidak ambil tahu pun siapa yang punya ideologi Orang tidak kenal pun tokoh yang punya Tapi ajarannya diperjuangkan orang Ini tidak berlaku kepada ajaran Islam dan perjuangannya
116

PERJUANGAN

Kalau berlaku juga ajaran seseorang itu sangat memberi kesan maka orang itu diterima dan diajarkan kepada orang Tapi yang punya ajaran tidak diterima mestilah orang itu ada kepentingan peribadi Mesti ada tujuan mencari nama atau ganjaran atau komersil Sudah tentu dia ingin hidup di atas ajaran orang itu Ini adalah manusia yang menipu di dalam kebenaran Orang yang ego dan sombongnya terlalu tinggi Orang yang tidak kenal budi orang Orang Islam apa ini? Itulah orang Islam yang menipu dan mengelirukan

Menjelang tidur 13 - 10 - 1999 117

KOLEKSI SAJAK SIRI III

76

MENGAPA KECIL SANGAT CITA-CITA ENGAPA kecil sangat cita-cita kita? Kenapa dibataskan perjuangan kita dengan wawasan yang ditentukan? Dunia sudahlah singkat masanya Kemudian masa perjuangan kita disingkat-singkatkan pula Umat Islam mesti berjiwa besar dan bercita-cita besar Agar perjuangannya menjadi besar Perjuangan umat Islam amat jauh Kerana wawasannya jauh Iaitu wawasan Akhirat yang abadi Berjuanglah untuk persiapan wawasan Akhirat yang jauh Berilah ruangan yang luas untuk perjuangan yang luas Bangunkanlah kemajuan sepadan dengan wawasan Dirikanlah bangunan seimbang dengan wawasan yang kekal abadi Agar pahalanya besar, untuk wawasan yang besar Yang penting pada kita setiap pembangunan itu ibadah Setiap kemajuan itu pahala Ia jadi ibadah Justeru itu syariat kena jaga Diberi pahala pula, mengapa wawasan kita dibataskan? Nabi ada bersabda jika kita tahu besok Kiamat Hari ini kita menanam juga

09.57 pagi 05 - 06 - 1997 118

PERJUANGAN

77

MENGAPA DERHAKA DALAM MEMBANGUN SLAM tidak melarang membangun, bahkan menggalakkan Mampu membangun, membangunlah Tapi mengapa derhaka di dalam membangun? Islam membenarkan berkemajuan Sejauh yang termampu buatlah Mengapa berkemajuan bersama kederhakaan? Atau berkemajuan membuat yang haram?! Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan tanpa derhaka serta hindarkan perbuatan haram Gunakanlah kebebasan Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia Atau hingga melanggar larangan Tuhan Buatlah apa sahaja tapi jangan menjolok mata Hingga separuh telanjang pun tak apa? Pakaian jarang jadi budaya Jangan sampai terlanggar akta Jangan pula undang-undang dilanggar Atau untuk golongan tertentu aja Berusahalah untuk kemajuan Untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara Jangan pula sampai agama terhina Atau agama tidak diambil kira Carilah kekayaan, perolehilah kesenangan Tapi jangan makan seorang Hidup di dunia ini kenalah kir semua hal Di dalam memikirkan diri, kirlah juga orang Di dalam membangun dan berkemajuan agama jangan korbankan Di dalam menegakkan kebebasan jangan korbankan maruah dan adat resam yang mulia

119

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan jangan menyusahkan orang Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun tiada larangan Tapi maruah diri, agama, bangsa dan negara kenalah jaga Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah di dunia Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya ada panduan, ada budi bicaranya Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan

Menjelang tidur 25 - 07 - 2001 120

PERJUANGAN

78

ENGKAU ROSAKKAN AKIDAH RAKYAT NGKAU telah rosakkan akidah rakyat Di kalangan mereka sudah banyak yang sesat Sehingga rakyat sudah ada yang manusia berupa syaitan dan haiwan Sifat malu mereka telah terkorban Engkau telah jadikan syariat sebagai kain buruk Engkau campakkan kerana sudah tidak ada harganya lagi Negara membangun, maju dan indah Tapi kemanusiaan telah engkau punahkan insaniah telah engkau hilangkan Engkau didik rakyat: dunia jadi agama, agama jadi dunia Engkau lalaikan rakyat hingga mereka lupa Tuhannya dan Akhirat Apakah perbuatan engkau ini boleh didiamkan? Apakah usahamu ini boleh dimaafkan? Tidak! Sekali-kali tidak Saya tidak akan bertindak macam orang yang telah kecewa Saya tidak bertindak membabi buta Tapi ingat! Saya sedang berdoa dengan Tuhan Perbuatan engkau sedang kuadukan kepada Allah Taala yang Maha Menghukum Aku merintih dan mengadu kepada Tuhanku Agar jangan membiarkan perbuatan engkau yang sudah terlalu Sudah ada tanda-tanda doaku kabul Telah mula dapat dilihat bahawa doaku diterima Kalau engkau tidak sedar dan insaf juga Insya-Allah! Engkau akan nahas dan terhina

Selepas Zuhur 01 - 09 - 1999 121

KOLEKSI SAJAK SIRI III

79

ENGKAU ROBEKKAN AKIDAH RAKYAT NGKAU telah robek-robek akidah rakyat Sudah ramai rakyat yang sesat Tidak kurang sudah banyak yang tidak kenal Tuhan Kemudian Engkau ganti dengan jalan raya yang luas dan panjang Dan juga bangunan-bangunan yang tinggi pencakar langit Engkau pun berkata: Malaysia telah dikenal oleh dunia, kita telah berjaya. Ini sepertilah seorang yang memberi seseorang sebuah basikal Tapi dia menzinahi anak orang itu Kemudian dia berkata: Saya telah membantu Syariat Tuhan engkau telah koyak-koyakkan Engkau anggap barang yang tidak berguna lagi Kemudian engkau tukar dengan pangkat bintang kehormatan jawatan tinggi Engkau pun mendabik dada dan berkata: Kita telah membuat jasa. Ini sepertilah seseorang yang datang ke rumah orang Dipecah dan dirosaknya barang-barang dan perabot rumah orang itu Dan caci-maki orang itu dan diberi malu Kemudian dihadiahkan seguni beras Dia pun berkata: Kita telah memberi bantuan Akhlak rakyat, engkau telah punah-ranahkan Hingga ada yang berupa manusia perangainya syaitan dan haiwan Engkau ganti dengan biasiswa ramai orang yang pandai Engkau pun berkata: Kita telah banyak menolong bantu, kita telah maju
122

PERJUANGAN

Ini sepertilah seseorang yang datang mengajar di rumah orang Kemudian dirogolnya anak dan keluarganya Kemudian dia hadiahkan sekilo gula dan berkata: Saya sudah membantu Maruah rakyat telah engkau gadai Hingga sudah tidak ada lagi identiti diri sendiri Kemudian engkau telah ganti dengan menempa nama dan glamour Engkau pun berkata: Malaysia boleh Ini sepertilah seseorang yang telah merosakkan nama baik seseorang Hingga dia tertnah Kemudian dia telah menghadiahkan sedikit duit Dia pun berkata: Saya telah bertanggungjawab Dengan tamsilan yang lain Seseorang yang telah menukar intan berlian kita dengan batu Ditukar emas dengan besi Ditukar daging dengan ikan masin Padankah? Seimbangkah? Adakah cara ini lebih menguntungkan?

Lepas ekspedisi 01 - 09 - 1999 123

KOLEKSI SAJAK SIRI III

80

APAKAH KAMU MASIH MENGAKU ISLAM? PAKAH kamu mendabik dada masih mengaku orang Islam?! Padahal sebut sahaja nama Tuhan hati rasa tidak senang Sebut sahaja Akhirat terasa benci di dalam hati Sebut sahaja dosa pahala sakit hati mendengarnya Yang engkau sebut setiap hari ekonomi, pelaburan, pinjaman, keuntungan Yang engkau kumandangkan kemajuan, pembangunan masa depan yang terjamin Tuhan engkau sebut sekali-sekala itu pun sekadar di mulut bukan di hati Adakala sesetengahnya rasul engkau jadikan bahan perli Tidak sedikit pun engkau takut dengan Tuhan Walaupun engkau percaya dengan Tuhan tapi tidak rasa apa-apa Ada dan tiadanya Tuhan sama sahaja Adanya macam tiada Kerana padamu Tuhan tidak perlu ditanya Bahkan Tuhan tidak dipedulikan Seolah-olahnya Tuhan itu menyusahkan Tuhan padamu tidak masuk kira Padamu duit, kemajuan, pembangunan telah menjadi Tuhan

Ogos 1999 124

PERJUANGAN

81

ORANG BERKUASA YANG TIDAK ADA KUASA NGKAU adalah orang yang berkuasa yang tidak ada kuasa Kerana di atas kuasamu ada lagi Yang Maha Kuasa Yang berkuasa di atas kuasamu Oleh itu jangan sombong dan bangga dengan kuasamu Engkau tidak sedarkah engkau berkuasa yang tidak ada kuasa Rakyatmu sendiri telah membenci bahkan memakimu Engkau tidak mampu membendungnya Bahkan orang yang engkau suap nasi ke mulutnya pun telah membencimu Engkau tidak dapat menahan kebenciannya Mereka mengangguk di depanmu Di belakangmu mencercamu Pengawal keselamatan yang menjagamu pun telah jemu melihat telatahmu Orang di keliling-kelalangmu pun lain di mulut lain di hati Takkan engkau tidak dapat membaca Aku tahu yang engkau tahu mereka semuanya telah membencimu Tapi sengaja engkau buat-buat tidak faham Berlakon macam pemimpin yang konon masih disayangi orang Tapi hatimu bolehkah berbohong Bila engkau balik ke rumah setelah terpisah dari rakyat Segala kebencian rakyat berkumpul semuanya di dalam kiranmu Macam ada duri yang mencucuk-cucuk Engkau kan tidak boleh tidur malam Bagaimana mahu tidur malam Seluruh rakyatmu telah mengetuk dan memukul

125

KOLEKSI SAJAK SIRI III

82

ENGKAU PEMECAH BELAH RAKYAT NGKAU sarankan perpaduan rakyat demi keharmonian Tapi engkau sendiri pecah belah rakyat Engkau tidak senang dengan tuduhan dan tnah Walhal engkau adalah bapa pembawa tnah Engkau ajak rakyat jangan berbohong Tapi engkau telah jadikan berbohong itu sebagai budaya Engkau kumandangkan Islam tapi amalan engkau adalah kekufuran Engkau marah orang lain fanatik dengan pemimpinnya Tapi pengikut engkau fanatik dengan engkau Engkau rasa senang dan membenarkan Baru aku tahu fanatik itu bukan tidak boleh Ia boleh dilakukan tapi bukan kepada pemimpin lain Ia boleh dilakukan bahkan mesti dilakukan kepada engkau sebagai pemimpin Yang tidak boleh kepada orang lain tapi kepada engkau boleh Sampai bila engkau hendak menipu rakyat? Aku ingatkan kepadamu Ini adalah akhir zaman, awal kurun Hijriah Ini adalah giliran Islam Kalau engkau tidak kembali kepada Tuhan Engkau pasti jatuh Engkau akan terhukum di dunia lagi dengan penuh kehinaan Sedarlah! Kalau mahu sedar Sebelum terlambat

Julai 1999 126

PERJUANGAN

83

ENGKAU INGIN PERPADUAN TAPI ENGKAU BAWA PERPECAHAN NGKAU inginkan perpaduan Cakap-cakap engkau membawa perpecahan Engkau menyeru perpaduan dan kesatuan sikap engkau memecah-belahkan Engkau ajak umat bersatu padu saranan engkau merenggangkan Engkau mengingatkan rakyat jangan berpecah Tapi pidato engkau menghentam orang Engkau ajak umat Islam bersatu Tapi pengikatnya engkau putuskan Engkau ingatkan manusia jangan timbulkan perpecahan Sikap engkau merobek-robek perpaduan Engkau ingatkan kesatuan umat Tapi pengikatnya engkau tidak tunjukkan Fahamkah apa yang engkau cakapkan Atau engkau hanya berangan-angan Atau engkau menyorokkan kelemahan Maka engkau pun menslogankan perpaduan Agar rakyat menganggap engkau wira umat Engkau mengajak rakyat bersatu padu Tapi engkau dalang perpaduan Engkau bapa perpecahan Ingatlah perpaduan terjadi bukan slogan Bukan selalu di dalam perjumpaan dan pertemuan Perpaduan terjadi ada tali pengikatnya Iaitu sama-sama cintakan dan takutkan Tuhan Syariatnya menjadi pakaian setiap umat Islam Itulah dia anak kunci perpaduan Selain itu hanya angan-angan
11.25 malam 11 - 07 - 2001 127

KOLEKSI SAJAK SIRI III

84

ENGKAU SANJUNG PEMIMPIN YANG GILA KUASA EMI negara dan bangsa, juga pemimpin yang gila Demi nama, glamor dan ingin jadi wira Gunung setinggi mana pun engkau daki Lautan seluas mana pun engkau jelajahi Sungai sepanjang mana pun engkau harungi Hutan belantara engkau teroka Tapi demi keredhaan Tuhan Boleh didapati di rumahmu sendiri engkau tidak mampu Pahala di depan mata pun engkau tidak peduli Untuk Tuhan serba tak boleh Untuk negara dan bangsa Bahkan untuk pemimpin yang derhaka Kita boleh kata: Malaysia boleh, kita boleh Apa yang boleh dibuat oleh bangsa lain bangsa kita pun boleh Engkau sanjung hak negara dan bangsa Tapi engkau korbankan hak Tuhan Engkau sanjung kehendak-kehendak pemimpin negara yang gila kuasa Engkau korbankan hak agama Bolehkah bangsa dan negara membelamu! Bolehkah pemimpin negara menyelamatkan kamu Nasib pun belum tahu

Ogos

128

PERJUANGAN

85

APABILA ULAMA TIDAK TAKUT ALLAH PA sudah jadi kepada setengah-setengah ulama kita Terutama ulama-ulama rasmi Jika ada orang mengamalkan Islam secara syumul Untuk melindungi kelemahan diri Dituduhlah orang itu hendak mencari nama Kalau ada orang mengamalkan Islam yang dia tidak ada ilmunya tentang itu Dituduhlah orang itu membawa ajaran sesat Apa sudah jadi kepada ulama makan gaji Jika pemimpin tidak suka sesuatu amalan yang ada di dalam Islam Ulamalah yang mencari hujah dan dalilnya Untuk mengambil hati pemimpin Dituduhlah orang itu ekstrimis atau tidak sesuai lagi dengan zaman Apa sudah jadi dengan ulama kerajaan Kerana mereka bergondol Lantaran itu mereka pun anti-serban Katanya serban bukan pakaian Islam ia adalah budaya Arab Apabila sesuatu amalan yang dia tidak amalkan Ada orang yang mengamalkan dituduhlah orang itu sesat Tapi kalau sesuatu amalan itu mereka setuju Sekalipun nyata sesat, tidak pun dituduh sesat Begitulah apabila ulama sudah tidak takut lagi dengan Allah Mereka pun menuduh sesuka hati

Menjelang tidur 03 - 08 - 2001 129

KOLEKSI SAJAK SIRI III

86

DI ANTARA AJARAN SESAT I ANTARA ajaran sesat, orang yang memuja negara Ia lebih dicintai dan dipuja daripada Tuhan yang mencipta negara Sikit-sikit negara sikit-sikit demi negara negara mesti dijaga Apa sahaja hendak dibuat kerana negara Berjuang kerana negara membangun kerana negara segala-galanya untuk negara Mereka telah syirik di dalam keyakinannya Jangan siapa sahaja yang menyentuh negara dia tersinggung sungguh Tuhan kalau dihina dia tidak pun rasa tersentuh Syariat Tuhan bukan sahaja kalau orang menghina Dia sendiri pun menghina tidak terasa apa-apa Orang ini negara telah menjadi agamanya Negara disanjung dan dipuja lebih daripada segala-galanya Sekalipun Tuhan yang Maha Pencipta Di mana sahaja dan di masa bila pun kalau bercakap, negara mesti disebut Tuhan jarang-jarang sekali disebut Kalaupun Tuhan disebut bukan kerana cinta atau takut Hanya penyedap mulut Kesalahannya terhadap negara dipandang besar Mereka dianggap subversif dan mesti dihukum Kesalahan terhadap Tuhan sudah tidak terasa lagi satu kesalahan Betapalah hendak dihukum memang tidak terkir oleh kirannya

130

PERJUANGAN

Orang ini sungguh tersesat jalan Orang ini bukan senang untuk dibetulkan Kerana keyakinannya telah mendarah mendaging Telah menjadi hati dan kiran Dia sanggup mati kerana negara Sanggup mengorban apa sahaja demi kerananya Kasihan orang ini, negara telah jadi agama

Lepas Asar 24 - 09 - 1999 131

KOLEKSI SAJAK SIRI III

87

KERJA SIA-SIA EMIMPIN sekular berkiran memang teruk Walaupun dia sihat, tapi macam orang gila Kalau tidak sihat bagaimana agaknya? Tentu dua kali gila Adakah disuruh seluruh rakyat meniru orang yang membuat kerja yang sia-sia? Faedah agama pun tiada faedah dunia pun tiada juga Menjelajah lautan bukan buat kerja agama Untuk menjadi wira agama dan bangsa Membawa intan berlian kemegahan orang dunia pun tiada Untuk menjadi wira bangsa Yang sudah pasti hanya menghabiskan duit negara Di dalam Islam, mengislamkan satu orang nilainya tiada taranya Macam korbankan emas sebesar Gunung Uhud untuk Tuhan Kalaupun nak jadi wira bangsa dapat menawan negara Atau membawa balik timbunan emas dan mutiara yang sangat berharga Boleh tahan juga Ini seorang yang membuat kerja dunia pun tidak kerja Akhirat pun tidak Kemudian dianggap wira Disambut kepulangannya oleh pemimpin negara Dipuji dipuja hingga meluat orang mendengarnya Ajak rakyat ikut semangatnya Apa sudah jadi kepada pemimpin kita? Sudah nyanyukkah dia? Apakah orang macam ini dianggap wira bangsa? Atau wira agama
132

PERJUANGAN

Kita sangat malu wira yang bukan wira dianggap wira bangsa Saya rasa ini satu petanda Pemimpin kita sudah penghujung kuasanya Selepas itu dia akan terhina Atau dilupakan orang jasanya

Selepas Zuhur 17 - 08 - 1999 133

KOLEKSI SAJAK SIRI III

88

AWASLAH NAMRUD, FIRAUN, HAMMAN, QARUN DAN BALAM DI ZAMAN INI UPANYA masa dan zaman peristiwanya sentiasa berulang Dia sentiasa menempa sejarah yang berulang-ulang Walaupun masa yang pergi tidak akan kembali tapi yang belum berlalu tetap datang Rupanya setiap zaman ada Firaun dan Namrud Begitu juga wujudnya Hamman dan Qarun Tidak kurang wujudnya Balam Baura Begitu juga nabi yang bukan nabi dan rasul yang bukan rasul sentiasa ada di setiap zaman Mereka berhadapan dengan Firaun, Namrud Hamman, Qarun dan Balam di zamannya Yang anehnya bahkan dahsyat ada orang yang menceritakan tentang Namrud dan Firaun Tapi dia juga Namrud dan Firaun di zamannya Ada orang yang bercerita tentang Hamman dan Qarun Dia juga Hamman dan Qarun di zamannya Juga ada orang yang bercerita tentang Balam rupanya dia adalah Balam di zamannya Malang sekali ada orang yang sudah jadi Namrud dan Firaun tapi dia tidak sedar bahawa dirinya adalah Namrud dan Firaun Begitulah seterusnya Hamman, Qarun dan Balam di zaman ini menceritakan Hamman, Qarun dan Balam di zaman dahulu Kalau mereka sedarlah tentu mereka malu Kalau mereka sedarlah tentu mereka tidak akan menceritakan diri sendiri Awaslah bahawa Namrud, Firaun, Hamman, Qarun, Balam ada di setiap zaman Janganlah kita menjadi seperti mereka itu
Selepas Asar 07 - 07 - 1999 134

PERJUANGAN

89

MENGAPA AMBIL BERAT KEZALIMAN ORANG? NGKAU mempersoalkan ketidakadilan orang lain? Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang? Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara Engkau dan mereka caci-maki si penzalim Engkau dan orang ramai sakit hati dengan ketidakadilan mereka Engkau atur strategi menentang mereka Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah? Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman? Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri? Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri? Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang yang pernah terzalim? Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu ialah orang yang tidak kenal Allah Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung dan tidak menyembah Allah Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja Tidak adil di bidang ekonomi pembahagian projek yang tidak seimbang diagih Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja yang engkau benci Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi
Menjelang Zuhur 18 - 10 - 1999 135

KOLEKSI SAJAK SIRI III

90

TOLAK KEZALIMAN DENGAN KEBAIKAN DIRI OLAKLAH kezaliman manusia dengan kebaikan diri Mengadulah kepada Allah selalu Dan cara bertindak berserahlah kepada Allah Memohon ampunlah kepada Tuhan sebanyak-sebanyaknya Akuilah bahawa berlakunya penzaliman itu Disebabkan dosa-dosa kita Jangan memaki-hamun dan menghina si penzalim Tapi doakanlah mereka agar mereka mendapat petunjuk Sabarlah di atas kezaliman mereka Cepat membaiki diri, cepat pulalah Tuhan menyelesaikannya Kezaliman manusia, jangan membalas penzaliman dengan penzaliman Akan berlaku nanti penzaliman itu bertambah besar dan merata negara Ia adalah hukuman dan pembalasan terhadap rakyatnya yang derhaka Oleh itu para ulama dan pemimpin masyarakat Ajak rakyat bertaubat banyak-banyak Baiki diri, bersihkan hati atau jiwa Doakan si penzalim agar diberi hidayah oleh Tuhan yang mencipta Bukan secara menghasut-hasut rakyat menumbangkannya Cara itu boleh menimbulkan huru-hara di dalam negara Yang akan mendapat kesusahan semua rakyat jelata Ertinya kita telah melakukan penzaliman kepada manusia pula Berhati-hatilah bertindak terhadap penzalim Nanti kita pun menjadi penzalim juga

Menjelang tidur 22 - 10 - 1999 136

PERJUANGAN

91

ERTI ZALIM AFAZ zalim berasal daripada perkataan zulmun ( ) Zulmun bererti kegelapan Hakikat kegelapan di sini adalah bersifat maknawi dan rohani Buta jiwanya (hatinya) dan akalnya melihat kebenaran zalimlah dia Buta jiwa tidak kenal lagi Tuhannya Sama ada langsung tidak tahu atau tahu Tuhan kerana buta hatinya salah pengenalannya Dari sini baru kita faham erti zalim luas maknanya Buta syariat-Nya dikatakan zalim di dalam Islam Buta daripada mengetahui adanya Tuhan, zalim martabat tinggi Buta daripada mengetahui Tuhan yang sebenar, zalimlah juga Bila buta jiwa dia ambil pakaian Tuhan iaitu sombong dan ego zalim kelas dua Tidak tahu adanya Tuhan atau tidak mengenal Tuhan ini adalah zalim martabat tinggi (super zalim namanya) Kerana itulah di dalam Al Quran dikatakan syirik itu zalim yang maha besar yang tiada taranya Zalim dengan manusia adalah zalim martabat yang rendah sahaja Termasuk juga syariat tidak berjalan di dalam diri zalim kelas bawah sahaja Zalim yang paling tinggi, zalim terhadap Tuhan Tidak percaya Tuhan syirik dengan Tuhan tidak mempeduli Tuhan Hari ini yang diriuh-rendahkan zalim dengan manusia

137

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Padahal mereka yang riuh-rendahkan zalim terhadap manusia mereka zalim dengan Tuhan Zalim dengan Tuhan adalah super zalim namanya Yang anehnya pejuang-pejuang Islam pun tidak memahami erti zalim Fahaman mereka tentang zalim sama sahaja apa yang difaham oleh kar durjana Kerana itulah mereka menentang kezaliman boleh bekerjasama dengan mereka Sampai bilakah mereka hendak membetulkan perjuangannya!

Selepas Asar 29 - 08 - 1999 138

PERJUANGAN

92

CARAKU LAIN, CARAMU LAIN PAKAH engkau ingat aku setuju Dengan orang yang zalim dan penzaliman?! Apakah engkau anggap aku tidak berjuang Menentang kezaliman dan pemimpin yang zalim Jangan-jangan dengan izin Allah Taala aku lebih menentang darimu Cuma jalan dan cara aku lain Dan jalanmu lain Mungkin caraku lebih benar dari caramu Engkau melepaskan kemarahan Sedangkan Islam menyuruh menyembunyikan kemarahan Aku marahkan diriku sendiri Mungkin kerana dosaku dan dosa orang lain juga Allah datangkan pemimpin yang zalim Kerana itu aku lawan kezaliman dengan membaiki diri Serta aku ajak pengikut-pengikutku Aku mendoakan mereka yang zalim Bukan memaki-hamun Tidakkah kamu tahu, di dalam kitab ada menyatakan Bahawa apabila rakyat sudah jahat Allah hukum mereka dengan didatangkan pemimpin yang zalim Ertinya kejahatan pemimpin itu kerana kejahatan kita Kezaliman pemimpin itu kerana kezaliman kita Mungkin caraku ini nafsumu tidak setuju Tapi jiwa yang murni menerima Yang lebih baik, baikilah diri Kalau mampu nasihat, nasihatkan mereka Di samping doakan Bukan melepaskan marah Tidak juga melepaskan geram

139

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Jangan kejahatan dibalas dengan kejahatan Jangan dendam dibalas dengan dendam Biarlah penzalim itu mengorbankan akhlaknya Tapi kita menegakkan akhlak Nanti orang ramai akan melihat dan menilai Allah dan Rasul sudah pasti menilai Bila bunga diri ada pada kita Insya-Allah, rakyat akan menolak mereka dan menerima kita Begitulah caranya berhadapan dengan penzalim dan kezaliman Memang nafsu tidak boleh terima Tapi orang yang jiwa murni pasti menerimanya

Selepas Zuhur 29 - 07 - 1999 140

PERJUANGAN

93

BERJUANGLAH MEMBAWA AIR JANGAN MEMBAWA API NGKAU meluahkan rasa marahmu melalui lidahmu Rasa marah itu ibarat bara api gunung berapi Luahan itu adalah laharnya Laharnya telah melimpah-ruah Melanda apa saja Aduh berapa banyak harta yang musnah Manusia yang cacat dan mati Begitulah perjuanganmu sekarang Kamu membawa api Membakar jiwa-jiwa manusia Mereka pun sakit hati Mereka pun membawa api membakar hati-hatimu semula Akhirnya bakar-membakar hati terjadi Dendam kesumat pun membara Hina-menghina, kata-mengata terjadi Beginikah perjuangan nabi? Bilakah kamu berjuang membawa air menyejukkan jiwa Islam itu adalah indah Bak bunga di taman Senang-menyenangkan setiap hati Hati bahagia dan tenang Berjuanglah membawa air, jangan membawa api Biarlah musuh berjuang membawa api Kita membawa air memadamkan api

Selepas Asar 29 - 07 - 1999 141

KOLEKSI SAJAK SIRI III

94

WAKTU BERKUASA JANGAN MERASA DIRI LUAR BIASA AKTU kau di atas takhta Engkau merasa diri manusia luar biasa Di waktu duduk di mercu ketinggian Engkau tidak sedar diri Engkau membuat sesuka hati Apa yang team engkau buat semuanya elok belaka Sistem perlembagaan engkau puji Sistem kehakiman engkau pertahankan Undang-undang ISA engkau kata perlu lagi demi keselamatan negara Engkau biarkan Islam dinodai Maksiat-maksiat dan kemungkaran bila ditegur engkau katakan jangan ekstrim Ini zaman IT Perjuangan ulama engkau pandang sepi Engkau sindir mereka, engkau pandang sinis Engkau lupa Allah yang Maha Kuasa Engkau lupa diri yang tiada kuasa Tiba-tiba dengan mengejut engkau dibuang dari takhta Engkau macam cacing kepanasan Atau macam kera yang dikacau di dalam kurungan Terlonta-lonta ke sana, terlonta-lonta ke sini Demi meraih simpati orang ramai Engkau pun melaungkan reformasi Engkau katakan keadilan sudah tiada lagi Demokrasi sudah mati Undang-undang dan ISA menakan hak asasi manusia Batalkan dengan segera Reformasi, reformasi, reformasi Engkau cuba menipu rakyat Di waktu masih di atas takhta
142

PERJUANGAN

Apa yang dijalankan oleh pemerintah baik belaka Dasar pemerintah perlu didokong bersama Undang-undang ISA masih perlu lagi, demi keselamatan rakyat Sekarang apa telah terjadi? Senjata makan diri Engkau sangka hendak memerangkap orang Rupanya kena pada diri sendiri Duduk di dalam kandang seorang diri Tanpa isteri Baru sedar mana ada kuasa Ingatlah Allah yang Maha Kuasa

Selepas Asar 09 - 10 - 1998 143

KOLEKSI SAJAK SIRI III

95

PERJUANGANMU MEMBESARKAN DIRI PABILA engkau kena diskriminasi, engkau sakit hati Bila pembahagian rezeki engkau tidak perolehi, engkau tersinggung Manakala jawatan diberi kepada orang yang bukan patut menerimanya Agihan biasiswa tidak diberi secara saksama Engkau memekik-mekik dan melaung-laung ke sini ke sana, isytihar ke seluruh negara Tanda kecewa, melahirkan sikap tidak boleh terima Bila engkau dikata, dituduh, ditnah lagilah engkau menderita Bersyarah dan berceramah ke merata negara, memberitahu rakyat jelata Hak-hak asasi engkau tersekat dan dibataskan, aduh bukan main lagi marahnya Tapi engkau tidak pernah tersinggung manakala Allah tidak dipeduli Engkau tidak pernah sakit hati Tuhan tidak dicintai Tidak sedikit pun engkau marah Tuhan tidak dijadikan idola Hak-hak Allah setiap hari dicabuli Engkau tidak rasa tersinggung dan tidak terasa hendak marah Ertinya perjuangan engkau telah membesarkan dirimu daripada Tuhan Hak engkau lebih diutamakan dan dibesarkan daripada hak Tuhan Engkau berjuang mementingkan diri engkau sendiri Engkau memuja dirimu daripada Tuhan Engkau tidak menjadikan Tuhan sebagai idola, tapi idola itu dirimu sendiri

144

PERJUANGAN

Ertinya engkau dengan orang yang engkau menentang sama sahaja Orang yang engkau tentang tidak pedulikan Tuhan, engkau juga tidak pedulikan Tuhan Perjuangan engkau dengan musuh engkau sama sahaja Sama-sama anti-Tuhan, sama-sama tidak pedulikan Tuhan Engkau tuduh musuh engkau zalim Engkau pun sama juga zalim seperti mereka Engkau tuduh orang zalim bila kena dirimu sendiri Tapi apabila Tuhan yang kena zalim engkau tidak peduli Engkau telah menganggap dirimu lebih besar dari Tuhan

Selepas ekspedisi 22 - 09 - 1999 145

KOLEKSI SAJAK SIRI III

96

KEADILAN APA YANG KAMU HENDAK TEGAKKAN? KU angkat tangan kepada kalian Aku ucapkan syabas kepada kamu semua Kegigihan kamu memperjuangkan keadilan Kamu sanggup berkorban Bahkan kamu sanggup terkorban Tangkapan tidak menakutkan kamu Penjara tidak dapat mengugut kamu Tapi aku sangsi Bahkan aku keliru dan bercelaru Keadilan apa yang kamu hendak tegakkan?! Keadilan sejagat? Keadilan untuk diri? Untuk kawan separti atau simpati? Kalau keadilan sejagat kita tidak pilih bulu Siapa sahaja yang teraniaya kita bela Sekalipun bukan kawan kita Walaupun tidak separti namun dibela juga, bila teraniaya Tapi lumrah berlaku di dunia kini Jika orang tertentu atau pemimpin tertentu kita bela bermati-mati Kita caci-maki penzalim durjana Kita kata dan hina mereka Ada golongan tertentu atau orang tertentu teraniaya, kita membisu seribu bahasa Boleh tahan juga kalau membisu Tapi kita tumpang semangkuk mencerca dan menghina Kita kata patut mereka dimusnah sahaja Di waktu itu kita sama-sama bersekongkolnya dengan penzalim yang kita kutuk Bila kena kawan kita, kita kata dia itu zalim

146

PERJUANGAN

Bila kena orang yang kita tidak suka, dia itu penegak keadilan Kawan! Berjuang biarlah jelas matlamatnya! Prinsip perjuangan biarlah nyata Dasar perjuangan janganlah berubah mengikut angin situasi Al Quran dan Sunnah tidak pernah berubah dengan berubahnya masa Kamu berjuang dengan gigih Tapi biarlah jelas tidak mengelirukan

Selepas Asar 25 - 09 - 1999 147

KOLEKSI SAJAK SIRI III

97

JANGAN INGAT SEMUA ORANG BODOH AMU sibuk dengan perjuangan Kamu kutuk si polan itu dan si polan ini Konon hendak menegakkan keadilan Kawan! Allah Taala memerhati, Rasul juga melihat Orang mukmin sezaman menilai Engkau boleh melaungkan: Tegakkan keadilan! Engkau boleh bertempik: Mari tumpaskan penzaliman! Engkau boleh berslogan: Mari perjuangkan reformasi! Engkau boleh berkata: Demokrasi sudah mati! Engkau berjuang boleh bercakap apa sahaja Untuk menarik perhatian Tapi ingat, tidak semua orang bodoh Perlu diingat masih ada lagi orang yang Allah bantu Yang boleh berkir dan menilai Yang mereka diberi petunjuk Mereka tidak mudah dipesona oleh kata-kata muluk Mereka tidak mudah dikeliru dengan kata-kata semangat Mereka tidak terpengaruh dengan pidato membelah bumi Mereka tidak mudah terikut dengan kata-kata main bahasa Mereka faham, mereka ada pendirian Mereka tidak ramai, memang pejuang-pejuang kebenaran tidak ramai Tapi perlu ingat Apabila Allah Taala takdirkan hendak diberi kemenangan Kepada merekalah Begitulah yang berlaku sepanjang sejarah Perlulah ambil ingatan

Selepas Asar 25 - 09 - 1999 148

PERJUANGAN

98

BERJUANG DENGAN MENGATA-NGATA ERJUANG dengan mengata-ngata Luahkan perasaan hati apa sahaja yang terasa Mereka tidak adil! Penzaliman berleluasa, hak asasi kita sudah tiada! Maksiat, kemungkaran berlaku merata-rata! Nepotisme, kronisme, rasuah amalan pihak berkuasa! Diskriminasi, politik wang mesti dibasmi! Kita menuntut keadilan Kita mahu kebebasan Demokrasi sudah mati Reformasi, reformasi, reformasi! Begitulah laungan yang selalu didengar terutama di waktu demonstrasi Apakah cara ini perjuangan yang hakiki? Bolehkah cara ini menyelesaikan segala masalah? Rasulullah SAW dahulu menanamkan iman atau akidah lebih dahulu Hingga setiap orang cinta atau takut dengan Maha Pencipta Cinta Syurga, takutkan Neraka Setiap orang mendisiplinkan diri dengan syariat Nampak syiarnya di mana-mana Dihiasi diri dengan akhlak mulia Kelihatan indah laksana bunga di taman bunga Kasih sayang begitu nyata, bertolong bantu begitu ketara Sepatutnya para pejuang mengusahakan ini semua Pejuang yang berjaya boleh mendidik manusia sekalipun tiada kuasa Apatah lagi jika ada kuasa Allah Taala cinta agungnya, Rasul pemimpinnya Akhirat menjadi matlamat hidupnya Syahid menjadi cita-citanya Mana? Mana? Pemimpin yang boleh buat ini semua?
149

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Mana? Mana? Pemimpin peribadi dan pengikutnya menjadi role model? Kalau ada pasti Allah Taala bantu Walaupun kena uji selalu, akhirnya kepada mereka akan diberi kuasa Mana mereka itu? Siapa mereka itu? Manusia sedang menunggu Kerana manusia sudah jemu dengan pejuang-pejuang yang ada

Selepas Asar 29 - 09 - 1998 150

PERJUANGAN

99

TEGAKKANLAH KEADILAN DALAM KEHIDUPAN EGAKKANLAH keadilan di dalam kehidupan, bukan saranan Lahirkan kasih sayang dengan perbuatan, bukan slogan Pemurahlah dengan budi, bukan teori Merendah dirilah dengan sikap, bukan cakap Berdisiplinlah, bukan membuat disiplin Ajaklah orang membuat baik bermula dari diri sendiri Orang akan turut setelah memerhati Tunjukkanlah akhlak baik, bukan menyarankan falsafah akhlak Akhlak adalah pakaian batin, seperti kain pakaian lahir Orang yang tiada pakaian lahir keaibannya nampak Orang yang tiada pakaian batin kejahatannya nampak Janji kita kotakanlah, bukan hanya berkata

Selepas Asar 09 - 05 - 1997 151

KOLEKSI SAJAK SIRI III

100

BIOGRAFI ABUYA SYEIKH IMAM ASHAARI SIAKU telah menjangkau enam puluh tahun Sepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-liku Cabaran demi cabaran menggugat kehidupanku Masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasai Aku telah menempuh berbagai-bagai zaman Satu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejam Dua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinya Di zaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahun Sudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutan Setiap hari ada orang yang dibunuhnya Ada kenderaan yang dibakarnya Balai-balai polis yang diserangnya Masa Jepun, papa kedana merata-rata negara Sangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluarga Ubi keledek sebagai nasi, itulah beras A1 makananku yang biasa di waktu itu Adakalanya sehari sekali makan nasi atau pisang Itu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubi Ubi pun payah dicari Sagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewa Makan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekali Pucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat setiap hari aku makan Pernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layau Terjumpa seekor lintah di celah daun Untungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati Bahan-bahan hutan mudah dicari Kerana di masa itu bahan-bahan semula jadi Belum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuan Zaman ini juga harimau, babi, buaya, ular, mengganas di mana-mana Kejamnya macamlah Jepun-Jepun yang selalu menzalim orang terutama bangsa Cina

152

PERJUANGAN

Hampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnya Zaman Jepun pakaian sangatlah susahnya Sedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnya Kain dan baju seribu tampungan Bahkan setengah-setengah orang sudah ada yang memakai daun-daun lebar yang keras Atau kulit kayu yang diselimutkan di badan Orang yang mati digulung sahaja dengan tikar mengkuang kemudian dikuburkan Rumah-rumah tempat tinggal rata-rata macam rumah orang asli di hutan sekarang Rumahku dan keluargaku semacam rumah mereka juga tidak ada bezanya Penyakit mengganas tidak ada orang yang terkecuali daripada serangannya Ubat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahaja Zat makanan kurang sekali Apabila berkudis susah mahu sembuh Sering sahaja berulat di dalamnya Masjid surau terbiar kambinglah penghuninya Di waktu itu orang beragama macam antah di dalam beras Seluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orang Yang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakan Di zaman Jepun aku pernah kematian keluarga Di dalam masa setahun empat orang, ibu, kakak, adik, pak cik Perhubungan sangat sulit dan susah Alat-alat perhubungan sangat payah Menyeberang sungai melalui jambatan buluh Atau setengah tempat menggunakan rakit buluh Berjalan kaki menjadi basahan harian Adakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnya Berbatu-batu naik kereta lembu sering berlaku Naik kereta mungkin satu atau dua tahun sekali, biasanya lori Pernah berlaku dua kali di zaman Jepun kapal terbang Jepun datang Satu kampung penduduk kampung lari ketakutan termasuk aku yang masih kecil
153

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udara kemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu Beberapa lama kemudian aku tahu Sebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun jatuh di Kampung Sawah Raja, Rembau Di zaman permulaan British kehidupan agak lebih baik sedikit Namun kebatilan dan kemiskinan merata negara Beras sudah ada, tepung seperti biasa Tapi masih terbatas dan terhad Pakaian sudah dijual merata-rata Kebanyakannya kain belacu Namun bermewah-mewah belum ada Kalaupun ada golongan atasan sahaja Itu pun hanya golongan terlalu minoriti Pekerjaan sangat terbatas Tidak seperti hari ini Lumrah pekerjaan orang Melayu ialah mata-mata, askar, cikgu Kerani dan kastam satu dua termasuk ayahku Perhubungan sudah ada tapi tidak selesa Perjalanan satu jam di waktu ini mungkin lima jam di waktu itu Di zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun bas Masanya agak lama juga Pergi ke Kelantan di zaman itu dua hari baru sampai ke Kota Baru Rata-rata orang Melayu masih jahil dan mundur di dalam pelajaran Buta huruf merata negara terutama penduduk desa Yang berkelulusan universiti bilangan jari Aku adalah termasuk orang yang terkorban di dalam pelajaran di masa itu Kalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umum Dari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang begini Jalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewaku Makan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti nasi makanan utamaku
154

PERJUANGAN

Pakaianku bertampung seribu, akulah yang tampung sendiri Di waktu masih kecil lagi Ketika ibu dan bapa tiada di rumah Aku masak sendiri Baju aku basuh sendiri Koyak aku jahit sendiri Belum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiri Hasilnya dibawa pulang Duduk di gerobok buruk Di waktu itu reban ayam sekarang ini adalah lebih cantik dari rumahku Kenderaanku silih berganti Tidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahap Dia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkat Dari berjalan kaki Kemudian naik basikal hinggalah dapat beberapa orang anak Berbasikal adakalanya berpuluh-puluh batu Berkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanak Enak saja tidak pula terasa kaki sakit Selepas itu alhamdulillah lega sedikit Boleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90 Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second hand Kemudian Morris Minor second hand juga Sesudah itu Holdan second hand pula Kemudian sedikit demi sedikit bertambah canggih Kereta Corolla permulaannya Berpindah pula kereta Peugeot 404 kemudian 504 Setelah itu barulah Mercedes Selepas itu kenderaanku adalah Pajero Kemudian Mercedes MPV (multipurpose van) Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbang Jadi kehidupanku mengalami bermacam-macam dan berbagai-bagai peringkat Dari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasa Yang belum lagi kaya luar biasa Di aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakan Disengat ikan sembilang, baung perkara biasa
155

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Diserang penyengat bermacam-macam jenisnya, sering sahaja Digigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengking Keling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kali Dikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantan hampir digigitnya Digigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkan memang perkara biasa Jatuh dari rumah, jatuh dari pokok berlaku juga Pernah di rumah orang kenduri, sedang makan serambi rumahnya roboh Kuah gulai menyimbahi pakaianku Di waktu itu hari pertama aku mengajar sebagai guru kerajaan Jatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupa Kereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebih lagi tidak boleh lupakan Di waktu kecil beberapa kali lemas di sungai, mujur dapat diselamatkan atau terselamat Dicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih ada Kali kedua gelap mata beberapa ketika Aku dipelihara dari satu tangan ke satu tangan Dengan ibu dan ayah tidak sempat bermanja Berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat jadi budaya Berpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan cara menyewa perkara biasa Di umur persekolahan, mengangkat air, cari kayu api, ambil pucuk paku, menyapu laman, tukang masak kerja saya Tinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandar Pernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah, di sawah padi, di tepi laut, di tepi kubur Di dalam pendidikan banyak sekolah tempat belajar dan mengajar Berpindah dari sekolah ke sekolah Di dalam perjuangan, Allah takdirkan di dalam persekolahan lagi sudah ada cita-cita perjuangan Keluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermula Berbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertai PAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIM Namun hati tidak puas
156

PERJUANGAN

Semuanya aku tinggalkan Aku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanya Sempat aku pimpin 28 tahun lamanya Di dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasa Bahkan tinggal di luar negara berturut-turut 7 tahun lamanya Di dalam jemaah, berbagai-bagai aktiviti dapat dibangunkan Hal ini tidak payah diceritakan Ramai orang yang faham dan tahu ceritanya Ujian-ujian di dalam perjuangan Memang banyak yang dirasa Tangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garam Beberapa kali hendak dipukul orang Dipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasat Kerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukan Pernah di waktu malam rumah dikepung polis beberapa kali Namun tidak menangkapnya Tohmah, tnah perkara biasa Inilah yang paling banyak dilemparkan kepadaku Akhir sekali aku ditangkap, diambil di luar negara secara ekstradisi Direman dua bulan, kemudian diasingkan di Rawang di bawah akta ISA Sekarang sudah memakan masa enam tahun Namun belum dibebaskan lagi Kalau aku panjang umur Entah apa lagilah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada diriku Tuhan sajalah yang tahu

02 - 06 - 2000 157

KOLEKSI SAJAK SIRI III

101

AKU SEDIH KERANA TIDAK DAPAT MEMBELA UHAN! Aku rasa sedih ramai orang di waktu ini sudah tidak beragama Tapi aku tidak dapat menyedarkan Dan tidak mampu menginsafkannya Aku susah hati ramai orang yang kelaparan Tidak ada apa yang hendak dimakan Aku tidak dapat memberi mereka makan Tuhan! Jiwaku sedih banyak orang terlantar kesakitan Namun aku tidak dapat merawat dan membantunya Jiwaku menderita ramai orang tidak berpakaian Kerana aku tidak mampu memberi mereka pakaian Tuhan! Jiwaku terseksa ramai orang yang terzalim Sedangkan aku tidak dapat membelanya Ramai orang yang menzalim, aku tidak dapat menahannya Tuhan! Berapa ramai anak-anak yatim Fakir miskin dan janda-janda yang terbiar Di dalam semua hal Aku tidak dapat membelanya dan mengurusnya Mereka setiap masa menunggu pembelaan Namun demikian tidak kunjung tiba Berapa ramai orang-orang tua yang terbuang Keluarga mereka pun sudah tidak mempedulikan mereka Aku tidak tahu bagaimana hendak membelanya Kerana aku juga tidak ada tenaga dan kuasa Tuhan! Itulah di antara yang aku rintihkan Masalah inilah yang selalu aku renung dan menungkan Tapi aku sendiri pun tidak dapat mengadakan jalan penyelesaian Adakalanya aku menangis bersendirian Terutama menjelang tidur di waktu malam

158

PERJUANGAN

Kerana aku tidak dapat menjadi pembela kepada mereka semuanya Aduh! Sedihnya aku Aduh! Hibanya hatiku Tuhan! Apa yang berlaku pada mereka janganlah aku dipersalahkan Lebih-lebih lagi jangan Engkau bertindak terhadap aku kerana terbiarnya mereka Aku memohon maaf dan ampun kerana tidak dapat membela mereka Berilah aku kekuatan agar aku dapat menjadi pembela Ataupun Engkau datangkanlah pembela agar masalah mereka selesai

Selepas Asar 20 - 06 - 2000 159

KOLEKSI SAJAK SIRI III

102

ISLAM ADALAH HIDUP MATIKU SLAM adalah hidup matiku Lebih kusayang dari diriku sendiri Aku tidak dapat membezakan Islam dengan diriku Dengan darah dagingku, dengan akal kiranku, dengan jiwaku Dari kecil lagi aku dididik begitu Kalau aku miskin pun biarlah dengan Islam Kalau aku kaya pun tetap dengan Islam Islam darah dagingku Aku mesti perjuangkan setiap waktu Aku rasa lapang dan luas dengan Islam Aku rasa senang dan tenang dengan Islam Kalau aku diasingkan kerananya, uzlahlah aku Kalau aku dibuang, berkelanalah aku Kalau aku dihalang, ibadahlah aku Di samping menulis idea-ideaku Aku tidak terasa susah dengan Islam Bahkan aku rasa kenyang dengannya selalu Sekalipun zikal lahirku adakalanya susah dan terhalang Tuhan, tetapkanlah hatiku dengan Islam Hidupkan aku dengan Islam Susah dan payahku dengan Islam Miskin dan kayaku dengan Islam Berkawan dan bermusuh pun dengan Islam Penutupnya hidupku dengan Islam Islam adalah hidup matiku Tuhan, begitulah harapanku dengan-Mu Kabulkanlah permintaanku Tuhan!

Selepas Subuh 08 - 05 - 1997 160

PERJUANGAN

103

HATIKU SEDIH MELIHAT MANUSIA TERBIAR ATIKU sedih melihat manusia khususnya umat Islam Mereka serba-serbi terbiar tidak ada yang benar-benar menjadi penyelamat Kalaupun ada yang nampaknya hendak menjadi penyelamat ada kepentingan diri, ada udang di sebalik batu Penyelamat tidak juga sampai mereka tetap terbiar Ada juga yang ingin menjadi penyelamat, tapi jahil tidak tahu caranya Masalah manusia tidak selesai-selesai juga Ada di kalangan manusia fakir, miskin, papa-kedana, kehidupan mereka tidak terurus Tidak ada siapa yang membela dan memikirkan Kerana kesusahan mereka terdedah kepada berbagai-bagai penyakit, tidak ada siapa yang mempedulikan Ramai di kalangan mereka tidak kenal Tuhan dan tidak mempedulikan Tuhan Tidak ada siapa yang hendak menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka Kalau ada pun yang datang berdakwah kepada mereka lebih bermotif politik atau ada tujuan hidup Maka agama mereka pun tetap terbiar, mereka tetap kehilangan Tuhan Kerana kehilangan Tuhan maka hilanglah kasih sayang sesama manusia Bila hilang kasih sayang sesama manusia berlakulah hasad dengki, hina-menghina, kata-mengata Lahirlah tnah-memtnah, jatuh-menjatuhkan, mementingkan diri Maka krisis, pergaduhan dan peperangan berlaku di kalangan manusia Lebih-lebih lagi tidak ada siapa yang datang
161

KOLEKSI SAJAK SIRI III

menjadi pendamainya Kalau ada pun nampaknya pendamai macam cerita kucing melantik hakim seekor beruk Kucing tetap berkelahi, beruk yang senang dan kenyang atau mendapat untung Ada penguasa-penguasa dan orang-orang kaya menindas dan menzalim Mereka melakukan sewenang-wenangnya dengan kekuasaan dan kekayaannya Namun tidak ada pun tangan-tangan besi yang dapat menghalangnya Kalaupun ada tangan-tangan yang hendak menghalangnya tapi tangan yang lumpuh Namun penindasan dan penzaliman tetap bermaharajalela Aku memohon maaf kepada-Mu Tuhan kerana tidak dapat menjadi pembela atau penyelamat Janganlah kerana kemiskinan dan tidak sampainya risalah Islam kepada mereka aku dipersalahkan Jangan pula seluruh kesalahan mereka dipertanggungjawabkan kepada bahuku Aku memohon maaf dan ampun di atas kelemahanku Tuhan Janganlah Engkau bertindak ke atas diriku

6 Safar 1421 162

PERJUANGAN

104

SELAGI ADA NYAWA DI BADAN ELAGI ada nyawa di badan Cita-cita Islamku tidak akan padam Selama mana darah masih mengalir Perjuanganku tetap akan mengalir macam air Selama darahku masih merah aku tidak akan menyerah kalah Selama mataku belum pejam Akal masih boleh berkir Jiwaku masih berperasaan Perjuanganku tidak akan aku abaikan Selama mana aku masih boleh bernafas Maka perjuanganku belum tumpas Cita-cita perjuanganku tidak akan pudar Bahkan dia tetap segar dan subur Jiwa perjuanganku tetap berbunga dan berbunga Islam adalah hidup matiku Kalau aku tidak perjuangkan, aku membiarkan diriku Orang yang membiarkan dirinya Orang yang ingin hidup di dalam kematiannya Cuba gambarkan kalau orang itu mati Mati di dalam kematian itulah jawapannya Orang yang tidak memperjuangkan cita-citanya Orang itu telah mati sebelum kematiannya Bangkai bernyawa yang tidak ada nilainya

Selepas Asar 19 - 05 - 1997 ( Muharam 1418) 163

KOLEKSI SAJAK SIRI III

105

KAMI ANGGOTA ARQAM DIREMAN AMI sebahagian bekas anggota Arqam direman dua bulan Diasingkan di kawasan yang terhad di beberapa tempat Entah berapa kali kami dikursuskan Konon untuk memulihkan akidah dan syariat kami yang tidak murni lagi Yang mengambil bahagian banyak agensi Dari pihak keselamatan (SB), hakim, BTN dan lain-lain lagi Yang kami lihat mereka tidaklah lebih baik dari kami Walaupun kami yang jahat Sifat ammarah mereka begitu terserlah Marah-marah jadi budaya mereka Ada yang tidak kelihatan bersembahyang Ada yang sembahyang lewat Pakaian, ada yang berseluar ketat Ada pensyarah bila dihujah merajuk, jenuh dipujuk Pantang kita memberi pandangan yang berlainan Ugutan-ugutan dan kata-kata menakutkan pun dimuntahkan Hendak tunjuk pandai tidak boleh langsung Kenalah kami membuat bodoh Kalau dibodoh-bodohkan kami diam sahaja

Selepas Subuh 15 - 01 - 1998 164

PERJUANGAN

106

TANGISANMU MENGHIBURKAN AKU ENDENGAR tangisanmu menghiburkan aku Apatah lagi mendengar gelak tawamu Melihat mukamu gembira selalu, lembut hatiku Adakalanya hatiku sayu, pilu Telatahmu, kemanjaanmu buat aku terharu Kecomotan mukamu membuatkan engkau cantik pada pandanganku Susah rasanya hendak berpisah lama-lama denganmu Ketiadaanmu dirasakan kehilangan sesuatu Rinduku padamu bertambah mendalamnya Itulah dia anakku Mubarakah dan Fathiyah, jantung hatiku Engkau berdua menempa sejarah, yang tidak boleh kulupakan Engkau direman dua bulan bersama ibumu Tapi engkau tidak tahu Engkau tetap gembira selalu Seolah-olah pergi berkelah Tapi aku sayu lebih-lebih lagi ibumu Jika engkau panjang umur, engkau akan terkejut Ibarat main lem, engkau termasuk pelakon tambahan Anakku Mubarakah, Fathiyah Moga-moga panjang umurmu Agar engkau dapat membaca sejarah hidupmu bersama ayah dan ibumu Sejarahmu tercatat nak, bersama perjuangan suci ini Di Akhirat kelak engkau berdua turut menjadi saksinya Apabila ayah mati, sekiranya panjang umurmu, sambunglah perjuanganku ini Inilah perjuangan Nabi yang ayah pusakai Engkau warisilah wahai anakku bersama kakak-kakak dan abang-abangmu
10.35 malam 23 - 05 - 1997 (16 Muharam 1418) 165

KOLEKSI SAJAK SIRI III

107

MUSUH-MUSUHKU MENGEPUNGKU USUH-MUSUHKU mengepungku berbagai-bagai jalan Pintu-pintu masuknya telah ditutup rapat-rapat Segala perhubungan diputuskan Setiap pertemuan dihalang dan disekat Senjataku hanya doa dan doa Di samping penyerahan diriku kepada-Nya Lahirnya sekatan yang berlaku padaku dari manusia Hakikatnya dari Tuhan yang mentakdirkannya Mesti ada hikmah dan pengajaran Aku sentiasa menunggu buahnya atau natijahnya Aku yakin pintu-pintu sekatan akan terbuka semula Jalan-jalan yang dihalang melaluinya akan dilalui Kesusahan tidak selamanya berkekalan Begitu juga kesenangan tidak selamanya bertakhta Bila Allah mengizinkan pintunya terbuka Tidak ada siapa yang boleh menghalang melaluinya

Selepas Asar 23 - 05 - 1997 (16 Muharam 1418) 166

PERJUANGAN

108

UJIAN ANUGERAH-MU UNTUKKU UHAN, aku panjatkan syukur pada-Mu Satu anugerah yang Engkau kurniakan padaku sangat bernilai Nilainya sangat tersembunyi Banyak orang tidak tahu Aku diasingkan di satu kawasan yang sangat terbatas buatku Waktu aku menulis ini sudah tiga tahun berlalu Lahirnya macam menyeksakan, batinnya hiburan Lahirnya macam menyusahkan, yang tersirat untuk mengelirukan musuh atau lawan Kejadian ini penuh hikmah, banyak pengajaran Ia tersembunyi, banyak orang tidak mengerti Ia mengandungi pengajaran dan didikan Ramai orang tidak faham Justeru itu dengan bantuan-Mu aku tenang di dalam kesusahan Ini satu rahmat dan nikmat Pengajaran yang tersirat, moga-moga penghapusan dosa-dosaku Membuktikan kebenaran yang aku bawa Sekalipun ada sedikit-sedikit kesilapan yang berlaku Tidaklah hairan aku bukan nabi Sudah tentu aku tidak maksum Orang-orang yang menghukum aku tidak lebih baik dariku Di antara sifat-sifat kebenaran memang begitu Di samping itu banyak masa aku muhasabah diri Membetulkan mana yang salah Membuang mana yang tidak perlu Memantapkan mana-mana yang fardhu

167

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Boleh banyak membaca menambah ilmu Dapat mendidik anak-anak dan keluarga secara langsung Mendisiplinkan kehidupan mereka Di saat-saat masyarakat penuh dengan gejala tidak sihat Hikmah yang lain, di dalam perjuangan perlukan tapisan Di dalam ujian ini Allah perlihatkan siapa ikhlas dan sebaliknya Siapa kawan dan siapa lawan Siapa sebenar, siapa pura-pura Siapa layak, siapa tidak layak Allah luahkan hati perut yang tersembunyi selama ini Ia tidak boleh disembunyikan lagi Pura-pura tidak ada lagi Semuanya telah terbuka oleh ujian Benarlah apa kata Tuhan melalui Al Quran Orang kar diuji untuk menambahkan dosa-dosa mereka Orang mukmin diuji untuk membezakan di antara yang baik dan yang jahat

November 1997 168

PERJUANGAN

109

DI DALAM UJIAN ADA RAHMAT UHAN, aku faham mengapa Engkau uji perjuangan ini Aku tahu mengapa Engkau pisahkan Aku dengan pengikut-pengikutku Itulah caranya saringan akan Engkau lakukan Cara itulah Engkau lakukan untuk memilih orang pilihan Setelah dibersihkan di dalam jemaah ini orang-orangnya Akan tinggallah hanya orang-orang yang dibantu Kalau tidak, lambat lagilah bantuan-Mu itu Jika belum lagi berlaku saringan itu Aku syukur pada-Mu Tuhan Di dalam kesusahan ada kebaikan Di dalam ujian ada rahmat Di dalam keperitan ada keinsafan dan pengajaran Begitulah wahai Tuhan setiap yang berlaku ada hikmahnya Ada pendidikan dan pengajaran Perbuatan-Mu tidak ada sia-sianya Kecuali orang yang tidak mengenal-Mu Setiap yang berlaku mereka terkeliru Atau mereka menjadi tanda tanya dan hairan terpinga-pinga

Selepas Asar 21 - 10 - 1998 169

KOLEKSI SAJAK SIRI III

110

BARU TAHU SETELAH DIUJI ARU tahu setelah diuji Sebelum diuji semua rasa mampu Sebelum diuji terasa pejuang sejati Sesudah diuji baru kenal diri Rupanya di dalam perjuangan perlu diuji Jangan dipinta Melalui ujian, dapat pejuang-pejuang yang hakiki Para pejuang perlu tapisan Justeru tanggungjawab yang berat hendak diamanahkan Bukan semua orang boleh memikulnya Tidak setiap orang boleh bertanggungjawab Hanya orang pilihan sahaja yang boleh melakukannya Apabila diuji saringan pun berlaku Ada yang lari Ada yang memukul kawan sendiri Ada yang kesal dan sedih hati Ada yang terus menyebelahi musuhnya Begitulah peranan ujian Ia sangat perlu tapi jangan dipinta

26 - 11 - 1997 170

PERJUANGAN

111

BARU ENGKAU TAHU ERTI PERJUANGAN ARU engkau tahu erti perjuangan? Engkau ingat perjuangan itu mudah?! Bila engkau berjuang kemudian disanjung, dipuji, engkau rasa sudah berjuang? Sekarang engkau telah diuji Engkau dikurung dua bulan, dikata, dicaci maki, dihina, disusahkan Engkau ditengking, diherdik, tidak dibenarkan rehat dan tidur Engkau telah kenal dirimu sekarang Engkau dibuang daerah mengikut akta ISA atau ditahan di Kemunting Terserlahlah segala-galanya diri engkau Terdedah dan terbuka segala rahsia Rupanya engkau orang yang keluh-kesah Merungut-rungut dan melatah-latah Tuduh sana, tuduh sini Hingga guru engkau pun engkau hina dan malukan Makin menderita jiwamu, makin kusut kiranmu Kesal tidak kesudahan, kecewa berpanjangan

Selepas Asar (7.00 petang) 20 - 08 - 1998 171

KOLEKSI SAJAK SIRI III

112

AKU BERJUANG DENGAN KEYAKINAN NGKAU anggap aku berjuang main-main?! Atau aku berjuang sebagai hobi?! Atau aku berjuang kerana mencari makan?! Kawan aku berjuang dengan keyakinan Aku berjuang dari hati Semangat perjuanganku telah sebati Telah mendarah mendaging Janganlah diugut-ugut dan ditakut-takutkan Sekarang aku dikurung, aku cari kekuatan Masaku banyak dengan Tuhan Mengumpul tenaga iman Ada masanya engkau akan lihat nanti Engkau akan terkejut, moga-moga tidak pengsan Engkau lihatlah apa telah terjadi kepada musuhku?! Tanpa aku apa-apakan, mereka bermusuh sesama sendiri Dahulu bersatu menangani aku Hari ini berpecah-belah dan dapat malu Dunia membencinya, apatah lagi rakyatnya Porak-peranda sesama sendiri Jiwa derita, buat apa sahaja serba tidak kena Tunggulah masanya, akan berlaku lebih parah dari ini

Selepas Subuh 11 - 11 - 1998 172

PERJUANGAN

113

RAMAI KAWAN-KAWAN TERKEJUT AMAI kawan-kawan terkejut bila diuji Padahal sebelum ini mereka pidatokan orang mukmin itu diuji Mereka lupa, mereka juga akan diuji Mengapa terkejut? Bukankah engkau tahu? Bahkan engkau pidatokan! Engkau peringatkan ujian kepada umat Menunjukkan engkau riyak dengan pidato itu Engkau pidatokan untuk penyedap cakap dan bahasa Bukan keyakinan, bukan penghayatan Justeru itu engkau terkejut Engkau menyesal dan kesal dengan ujian Engkau menuding jari menyalahkan orang lain Orang lain yang bersalah, engkau tidak bersalah Sekarang engkau kenal dirimu Engkau nilai sendiri Orang lain hanya melihat Musuh gembira dengan sikapmu Di dalam hati mencemik Di belakangmu mereka berkata: Padan muka!

Selepas Asar 26 - 11 - 1997 173

KOLEKSI SAJAK SIRI III

114

ENGKAU TIDAK BOLEH NILAI LAGI? NGKAU kata perjuanganku sudah penghujung Perjuanganku telah menurun Masa depanku sudah tiada lagi Kasihan! Sudahkah engkau berkir dahulu sebelum berkata Atau engkau bercakap mengikut rasa Engkau kecewa kerana kena belasah di tempat kurungan? Sedarkah apa yang engkau kata? Aku lihat masa depanmu sudah tiada Buktinya, kawan sudah tiada Tidak ada satu jemaah pun yang engkau menjadi ahlinya Hendak makan pun susah sekali Berjalan ke sana ke mari seorang diri Mukamu yang kusut menggambarkan hati Daripada pakai Pajero, berjalan kaki Tidak ada seorang pun kawan lama yang ambil peduli Engkau tidak boleh nilai lagi?! Aku yakin engkau telah sedar, tapi ego engkau tinggi Sudah terlanjur dan tersasar jauh sekali Malu hendak mengaku kebenaran ini Sekarang tanggunglah sendiri Jadual tetap berjalan, engkau lihatlah sendiri Aku belum mati Kehidupanku alhamdulillah dari dahulu hingga sekarang tidak berubah Ahli dan simpati bertambah setiap hari Di waktu ini kehidupanku terbatas Gambarkanlah kalau aku bebas Akan bertambah meriah lagi Tunggulah masa, engkau akan lihat nanti

Selepas Subuh 10 - 11 - 1998 174

PERJUANGAN

115

PERJUANGAN KEBENARAN JAUH PERJALANANNYA NGKAU jemu dengan perjuangan ini Kerana sudah puluhan tahun di dalam keadaan begini Hari demi hari, minggu demi minggu engkau menunggu Bahkan bulan demi bulan, tahun demi tahun menunggu janji Namun perjuangan tidak menentu Musuh-musuh Islam bermaharajalela Bertindak membuat apa sahaja Engkau kecewa dengan perjuangan ini Moga-moga tidak putus asa Kawan! Apakah perjuangan kebenaran semudah yang kamu kirkan? Perjuangan kebenaran perjalanannya jauh Jalanannya berliku-liku, mendaki dan menurun Kiri kanannya jurang yang dalam, amat mengerikan Kemenangan tidak diberikan kepada orang yang seperti kamu Baru sedikit berjuang sudah jemu Engkau mudah letih di dalam perjuangan Mudah kecewa, moga-moga tidak putus asa Takkan orang yang seperti engkau Allah Taala hendak memberi kemenangan Pengorbanan tidak sejauh mana Membaiki diri belum bersedia Kalau kemenangan itu diberi kepada orang seperti engkau Sudah tentu engkau terpengaruh dengan dunia Justeru itu Allah hendak menunggu orang yang layak menerimanya
Selepas Subuh 30 - 10 - 1998 175

KOLEKSI SAJAK SIRI III

116

KALIAN KAN SUDAH DIPULIHKAN? ALIAN kan sudah dipulihkan Akidah kalian kan sudah dimurnikan Melalui kursus entah berapa kali dilakukan Oleh tokoh-tokoh rasmi Kalian pun rasa puas hati Konon kebenaran telah ditemui di dalam pemulihan akidah itu Tapi aku hairan, pelik dan ajaib Akidah sudah murni boleh cuai sembahyang Dahulu sembahyang jemaah jadi tradisi Sekarang jarang-jarang sekali Dahulu di awal waktu sekarang tidak menentu Dahulu lemah lembut sekarang keras hati dan kasar sekali Marah-marah sahaja dengan anak-anak isteri Dahulu anak-anak dijaga dengan rapi kini kurang dipeduli Dahulu serban jadi mahkota Sekarang kopiah sahaja Mungkin ingin bergondol sahaja tapi takut orang kata Kini orang ramai terkejut Anak-anak kalian telah melakukan berbagai-bagai jenayah Rokok, dadah, telah menjadi sunnah Berpacaran tanpa malu-malu di hadapan ramai Mencuri telah mula dilakukan sebagai amalan Bergaduh bercerai-berai Saya dengar katanya ada yang berzina Moga-moga itu adalah tnah Tuntut-menuntut di mahkamah syariah Berebut harta bukan kepunyaan kalian Nampak sangat gila dunia

176

PERJUANGAN

Inikah semuanya hasil pemulihan? Inikah yang dikatakan satu kejayaan? Apakah ini yang hendak disembahkan kepada Tuhan? Inikah amal soleh dan taqwa bekal ke sana? Padahal orang yang dikatakan belum pulih tidak macam kalian Mereka tetap dengan pendiriannya Alhamdulillah, mereka nampaknya Allah selamatkan

177

KOLEKSI SAJAK SIRI III

117

NILAILAH IMAN DIRI SENDIRI RANG yang macam kamu ini siapa pun tiada mahu menerimanya Kalau setakat berkenalan sementara waktu, orang mungkin tidak tahu Bila lama-lama terutama di dalam jemaah, tembelang akan terbuka Di waktu itu orang akan tahu siapa kamu Kalau kamu tidak mengundur diri, kamu akan diundurkan Sekarang rasalah sendiri Mana mahu pergi, ke mana pergi ditolak orang Sekarang kamu macam cacing kepanasan Pergi sana tidak kena, pergi sini tidak kena Adakalanya kamu takut jumpa orang Mengapa takut? Kata kamu benar, orang benar mana takut Kata akidah telah murni Selama ini katanya dikotorkan orang Mengapa akidah sudah murni Islamnya mundur ke belakang Yaqazah tolaklah, yang lain mengapa tolak sama Takkan akidah sudah murni, anak-anak dibiarkan Rumah tangga bergolak macam air laut bergelombang Akidah sudah murni, serban berat hendak dipakai Menolak yaqazahkah? Atau sudah mula menolak Islam secara perlahan-lahan? Apakah Islam tinggal akidah murni sahaja Mana syariatnya? Mana akhlaknya? Akidah murni membolehkan mengumpat, menghina, mengata? Siapa ajar? Al Quran, As sunnah?

178

PERJUANGAN

Jangan berlakon lagilah! Janganlah hendak menilai iman orang Nilailah iman diri sendiri! Islam menyuruh menjaga diri lebih utama Janganlah anggap diri sudah bersih Konon mendengar ceramah Doktor Syeikhul Quran dan Hadis Nampaklah sesatnya orang lain Masya-Allah! Astaghrullah! Mudahnya membersihkan jiwa?! Dengan sekelip mata? Kemudian terus nampak kesesatan orang lain?!

Selepas Asar 21 - 08 - 1998 179

KOLEKSI SAJAK SIRI III

118

ENGKAU AKAN LIHAT NANTI AWAN! Tunggulah, engkau akan lihat nanti Apa yang aku katakan akan terjadi Sebahagiannya sedang terjadi Engkau buat-buat tidak tahu Kerana engkau telah membenci Tapi engkau jangan membohongi diri Aku tahu jiwamu tergugat setiap hari Engkau cuba membohongi dirimu sendiri Lantaran itu jiwamu tidak tenang Fikiranmu tidak menentu Kamu tidak tahu ke mana hendak dituju Kamu telah kehilangan haluan Kalau ada yang aku kata satu dua tidak terjadi Itu perkara biasa, jangan dicerca Aku bukan rasul, aku bukan nabi bahkan bukan wali Itulah bezanya nabi dengan orang biasa Cuma aku ada cita-cita Aku telah cuba memperjuangkannya Sekali-sekala dibantu juga Kata-kataku adakalanya terjadi juga, sebelum orang menduganya Aku bersyukur kepada Allah Walaupun perjuanganku diperkecil-kecilkan orang menggugat juga Sebuah kuasa sangat takut Tandanya, jemaahku diharamkan, aku ditangkap Kalau tidak mencabar masakan diharamkan jemaah Kalau tidak menggugat kepimpinan masakan aku di-ISAkan
Selepas Asar 12 - 06 - 1998 180

PERJUANGAN

119

AKU BELUM MATI AWAN! Janganlah engkau anggap perjuanganku telah mati Engkau janganlah tafsirkan diriku macam dirimu Engkau tetaplah engkau tapi aku tetaplah aku Kawan, aku belum lagi mati Darahku masih mengalir dan masih merah Ia masih mengalir dan masih panas Nafasku masih turun naik Perjalanan jantungku masih normal Otakku masih boleh berkir dan boleh menilai Mataku masih boleh membezakan mana yang hitam dan mana yang putih Mana boleh aku berdiam Mana boleh aku diam dan membisu Jiwaku masih macam dahulu Semangatku masih membara dan menyala Semangat juangku masih hidup dan subur Sementelahan pula aku tidak keseorangan Aku masih ada kawan Kawan yang telah tertapis dan tersaring Jiwa juang mereka masih membara dan setia Aku dan mereka menunggu masa Mereka yang kecewa bahkan ada yang berputus asa Aku ucapkan selamat tinggal Aku insya-Allah akan tetap meneruskan perjuangan Perjuangan adalah hidup matiku Bersama kawan-kawan yang sejiwa dan setia

Selepas Asar 12 - 06 - 1998 181

KOLEKSI SAJAK SIRI III

120

AKU UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KU ucapkan selamat tinggal kepada kalian Dahulu kita bersama menuju satu tujuan Bila ujian datang kalian lari bertempiaran Kalian bertukar haluan Bahkan tidak menentu haluan Begitulah hikmah ujian dari pencipta alam Dengan ujian, pura-pura dan kepuraan tidak boleh lagi berlaku di dalam perjuangan Kini segala-galanya terserlah, tersingkap dan terdedah isi hati yang mazmumah Indahnya ujian tapi jangan dipinta Ia memisahkan yang soleh dengan yang toleh Ia membezakan yang berjuang dan yang mengambil peluang Dengan ujian kita telah kenal diri masing-masing siapa kita Aku tetap aku yang dahulu hinggalah sekarang Kebenaran yang aku pegang moga-moga sampai ke hujung jalan Kalian carilah jalan, buatlah pilihan Perjuangkanlah keyakinanmu katanya engkau telah dipulihkan Insya-Allah aku akan terus berjuang Bersama kawan-kawan selama ada nyawa di badan Selamat tinggal kalian semua, selamat jalan Aku tetap sebagai aku dahulu dan sekarang Aku tetap akan meneruskan perjuangan hingga ke hujung jalan

182

PERJUANGAN

121

UJIAN PERJUANGAN MENAPIS DAN MENYARING JIAN di dalam perjuangan menapis dan menyaring para pejuang Memisahkan yang sejati dengan yang berpenyakit hati yang tersembunyi Membezakan yang tulen dengan yang pura-pura selama ini Melahirkan identiti diri yang hakiki setiap pejuang Hingga dapat dilihat oleh setiap orang Semuanya terserlah segala-galanya terang Macamlah di dalam satu guni yang bercampur di dalamnya di antara hampa dan padi Yang sambang dengan yang berisi Bila diindang atau ditampi Yang sambang terbang terbuang Yang kekal itu yang berisi Begitulah di dalam perjuangan bila diuji Di waktu itu pura-pura tidak boleh lagi Segala isi hati keluar terserlah menghiasi diri Sifat-sifat ular, harimau, nyamuk, lalat, syaitan Nampak dilihat oleh manusia nyata sekali Selama ini disembunyikan kerana ada kepentingan diri Bila diuji keuntungan pun sudah tiada lagi Kepura-puraan tidak boleh bertahan lagi Allah mengeluarkan apa yang mereka sembunyikan selama ini Mazmumah di dalam tanpa boleh dibendung Keluar melimpah-ruah macam lahar gunung berapi Meledak keluar memusnah Merosakkan harta benda tidak kira apa sahaja Begitulah mazmumah di dalam hati Bila diuji dia meledak keluar merosakkan manusia Terutama yang dia benci Begitulah hikmah ujian besar sekali Membeza-bezakan yang pura-pura dengan yang sejati
183

KOLEKSI SAJAK SIRI III

122

TAPISAN DEMI TAPISAN BERLAKU APISAN demi tapisan telah berlaku di dalam perjuangan Sejak aku mula menggerakkan perjuangan hingga aku diasingkan Kawan-kawan seperjuanganku ada yang pergi ada yang datang Pergi dan datang silih berganti sebagai tapisan Tapisan yang paling berkesan melalui tnah, tohmah dan sekatan Yang tinggal selepas itu yang pilihan Tapisan yang paling serius pengharaman, tangkapan dan pengasingan Golongan pilihan tadi mereka juga ditapis lagi, Macam beras diindang Ada yang terpelanting, ada yang bertahan ada yang di dalam kehairanan Tinggallah golongan yang sedikit tapi memuaskan dan menyenangkan Golongan yang sedikit ini sangat meyakinkan Untuk merekalah perjuangan di masa hadapan Kepada merekalah yang sangat kita harapkan Perjuangan ini akan bersemarak dan bergema semula Ia akan datang ke tengah kehidupan lebih hebat dan agungnya Mereka yang menghindarkan diri akan tergigit jari melahirkan kesalnya Ada yang datang meminta maaf kerana keterlanjurannya Simpati-simpati yang keyakinannya tidak luntur Merekalah pendukung-pendukungnya Ajaran kebenaran di waktu itu begitu cepat terserlahnya
Selepas Asar 23 - 05 - 1997 (16 Muharam 1418) 184

PERJUANGAN

123

TUHAN, JANGANLAH AKU DIPERSALAHKAN UHAN! Janganlah dipersalahkan aku jika risalah-Mu tidak sampai kepada setengah golongan Jangan pula besok di Akhirat mereka akan menjadikan hujah di hadapan-Mu aku tidak menyampaikan Maafkan aku Tuhan jika apa yang aku sampaikan tidak merata semua orang Tuhan, masih ramai lagi hamba-hamba-Mu yang miskin di bumi-Mu ini Yang tidak ada apa yang hendak dimakan dan yang hendak diminum Tidak kurang yang tidak ada pakaian dan yang tidak ada tempat tinggal Mereka terbiar dan dibiarkan Janganlah Engkau bertindak ke atas aku kerana tidak dapat menolong mereka Apatah lagi bagi hamba-hamba-Mu yang terzalim di dunia ini Aku tidak dapat membela dan menyelamatkannya Entah berapa ramai yang menderita, melarat dan papa tidak dapat aku membantu Aku pun tidak tahu apakah kerana tidak mampu atau kerana kecuaian Walau bagaimanapun aku memohon ampun kepada-Mu Kemaafan-Mulah yang aku pinta setiap peristiwa yang berlaku Aku berlindung dengan-Mu jangan sampai segala tragedi menjadi bala Tuhan! Bantulah aku Berilah aku kekuatan, keyakinan serta kesabaran Agar segala masalah dapat diselesaikan
Selepas Asar 27 - 08 - 1999 185

KOLEKSI SAJAK SIRI III

124

KELUARGA ROLE MODEL A ALLAH! Engkau jadikanlah rumah tanggaku syurga sebelum Syurga Anak-anak cahaya mata, isteri mengikut kata Tuhan! Jadikanlah rumahku masjid mengingati-Mu Sumber ilham dan ilmu Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku Tetamu yang datang membawa rahmat Perginya, penghapusan dosa Wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kerehatanku, tempat aku mendapat kekuatan jiwa Tempat aku mengecas bateri jiwaku Apabila aku keluar rumah Kereta perjuanganku bertambah laju Ya Allah! Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku Role model untuk ditiru Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku Memimpin masyarakat diharapkan juga Berilah aku kekuatan iman dan ilmu Kesihatan dan buah kiran Kelapangan masa untuk berjuang Boleh menilai diri baik buruknya Ya Allah, jadikanlah Engkau cinta agungku Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untuk-Mu Bahkan jiwa ragaku Dan berikanlah aku kawan-kawan yang setia Yang boleh berjuang bersamaku susah dan senang Akhir sekali, ya Allah Ampunkanlah seluruh dosa-dosaku Dan dosa-dosa keluargaku serta pengikut-pengikutku Amin, ya Rabbal Alamin Istajib doai
186

PERJUANGAN

125

TUHAN, BILA LAGI BANTUAN-MU DATANG UHAN, bila lagikah bantuan-Mu datang Tuhan, bila lagikah pertolongan-Mu tiba Moga-moga permintaanku ini tidak melanggar adab Tuhan, bila lagi pejuang-pejuang kebenaran diberi kemenangan Pejuang-pejuang kebatilan dikalahkan Tuhan, janganlah biarkan kami tanpa bantuan Jangan tinggalkan kami tanpa pertolongan Puak-puak kebatilan telah melakukan sewenang-wenang Mereka telah melakukan maksiat dan kemungkaran Mereka telah menganiaya dan menzalim setiap masa Tapi mereka dianggap pejuang-pejuang kebenaran Mereka dianggap wira-wira bangsa dan agama Golongan yang benar-benar menegakkan yang hak dan keadilan Tersisih di tengah-tengah kehidupan Mereka sudah tidak dianggap manusia yang patut dibela Sekalipun oleh pejuang-pejuang yang memberi nama Islam Aku membisikkan ini kepada-Mu bukan rasa kecewa jauh sekali putus asa Tapi Engkau adalah tempat aku mengadu Bisikanku kepada-Mu Tuhan, rasa bahagia Aku rasa dapat bermanja dan bermesra Engkau Tuhan adalah hiburan hatiku

187

KOLEKSI SAJAK SIRI III

126

BILAKAH LAGI ENGKAU DATANGKAN PEMBELA? UHAN! Hatiku terlalu rusuh Selalu sahaja hatiku merintih Melihatkan kejadian setiap hari menyayat hati Ramai sudah orang yang hidup tidak ada panduan Tidak kir halal dan haram, tidak ada yang menunjuk jalan Ada orang yang bercakap Islam hanya hobi, bukan dari hati Bercakap sekadar untuk hidup, bukan untuk mati Di sana-sini ramai yang melarat Hidup miskin, makan minum dan tempat tinggal tidak terurus Tidak ada yang simpati, tidak ada yang ambil peduli Di celah-celah itu hidup pula di dalam ketakutan Kerana jenayah sering berlaku di mana-mana merata negara Jenayah politik, jenayah sosial, jenayah zikal Aduh dengan siapalah hendak mengadu Tempat mengadu pun sudah tidak boleh dipercayai lagi Setiap hati sudah merintih Merasakan hidup sudah tidak selamat lagi Kegelisahan di mana-mana, resah yang tidak berkesudahan Begitulah dunia-Mu di waktu kini Manusia hidup sentiasa di dalam kebimbangan Bilakah lagi pembela Engkau akan datangkan Menyelamatkan manusia yang di dalam ketakutan Janganlah Engkau biarkan mereka berlama-lama tidak ada pembela Cucurilah rahmat ke atas mereka Dengan tibanya seorang pembela yang ada kuasa
Menjelang tidur 04 - 08 - 2001 188

PERJUANGAN

127

SUDAH PULUHAN TAHUN KAMI BERJUANG UHAN! Sudah puluhan tahun kami berjuang Di samping berjuang, kami membaiki diri Demi untuk mencari keredhaan-Mu dan inginkan pertolongan dan bantuan-Mu Engkau pun tahu bahawa pemimpinnya bukan Rasul Dan pengikutnya bukan Sahabat Sudah pasti tidak mungkin kepimpinannya lebih baik dari Rasul Dan juga sudah tentu pengikut-pengikutnya tidak mungkin lebih baik dari pengikut-pengikut Rasul Engkau pun tahu perjuangan kami tidak akan sama kualitinya dengan perjuangan Rasul dan para Sahabat Kalau Engkau hendak memberi kemenangan kepada kami setelah kami dapat berbuat seperti apa yang dibuat oleh Rasul Sampai bila pun kami tidak akan mendapat kemenangan Oleh itu wahai Tuhan, kami memohon dengan rahmat-Mu, berilah kemenangan dan kejayaan Kami memohon dengan kasih sayang-Mu Engkau kalahkanlah musuh-musuh kami Atas dasar itu ada harapan kami akan dapat kemenangan Tuhan! Kasihanilah kami! Janganlah Engkau serahkan lagi kami ini kepada musuh Walaupun kami belum baik tapi Engkau tahu kami ada cita-cita baik untuk memperjuangkan agama-Mu
189

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Janganlah biarkan kami berlama-lama tanpa bantuan-Mu Lebih-lebih lagi jangan sampai musuh-musuh dapat menguasai kami Tuhan! Engkau pun tahu bukan senang membangunkan jemaah setelah dihancurkan Berilah kami kemenangan mengikut ukuran kami yang bukan Rasul Janganlah hendak memberi kemenangan kepada kami mengikut ukuran Rasul Kerana Rasul itu, ada jaminan dari-Mu bahawa dia adalah maksum Tapi kami walaupun pemimpin, tidaklah maksum Kami baik sangka dengan-Mu Tuhan Engkau akan memberi juga kami kemenangan mengikut ukuran kami Kami sentiasa menunggu dan menanti Kemenangan itu pasti akan tiba dan terbukti

Menjelang Maghrib 11 - 01 - 2000 (4 Ramadhan) 190

PERJUANGAN

128

NENEKKU TERSAYANG ENEKKU tersayang! Satu hari bertemu, rasa setahun Nenek yang diingati dan dirindu! Sekali bertemu ingin bertemu Mendengar perbualanmu tidak jemu-jemu Cerita yang kamu bawa, adalah pengalamanmu yang berisi pengajaran Kami mendengarnya menyedarkan jiwa dan menghidupkannya Menjadikan kami ingin mengubah sikap selalu Kami duduk di hadapanmu boleh berlama-lama Tiada terasa letih, tiada terasa jemu Engkau adalah termasuk orang yang dipanjangkan umur yang luar biasa Mungkin di dalam seribu orang, hanya seorang sahaja Walaupun tidak pandai menulis dan membaca, tapi penuh barakah, hidup mulia Gurumu tidak banyak tetapi mempunyai karamah dan basirah Kerana itulah barakahnya mengalir kepadamu Sejarah hidupmu penuh ranjau dan duri Di situlah terletaknya didikan Tuhan-Mu Apabila engkau menceritakannya semula, boleh dikongsi bersama Kami tidak jemu-jemu mendengarnya Walaupun kami terpaksa berpisah, hanya zik sahaja Namun hati kami tidak terpisah darimu Kami sentiasa ingat selalu Ingin bertemu lagi Kami doakan nenek panjang umur Diberikan kesihatan badan selalu Sentiasa di dalam hidayah dan tauk Tuhanmu
191

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kami ingin bertemu lagi Inginkan mendengar pengalamanmu Engkau adalah nenek tersayang Engkau adalah nenek kepunyaan kami bersama Jangan lupakan kami, nek! Bahkan kami inginkan doamu

Selepas Asar 31 - 12 - 1998 192

PERJUANGAN

129

MIMPI BERADA DI TANAH PERKUBURAN KU tidur qailullah seperti biasa Di waktu itu giliran isteriku Ummu Ain Tiba-tiba aku bermimpi berada di suatu kawasan tanah perkuburan Di dalam suasana kampung Aku tidak tahu di mana, dan kampung apa Aku hairan di tengah-tengah perkuburan itu isteriku Ummu Jah sedang berbaring Dia tidak tidur, dan aku di sampingnya, sedang duduk Di sebelahnya isteriku, aku rasa ada seorang anak perempuanku yang kecil Tapi aku tidak pasti anak yang mana Aku tidak sakit, tapi aku merasakan sedang menunggu kematianku Di dalam sebuah kubur di sebelah isteriku, aku difahamkan akan ditanamkan sebentar lagi Sedangkan kubur itu sudah pun ada penghuninya Aku pun bercerita kepada isteriku Bahawa sebentar lagi aku akan mati dan akan dikuburkan di dalam kubur yang sudah ada penghuninya Isteriku mendengar, tanpa sepatah kata Dia diam sahaja, mendengar ucapanku Makin dekat saat kematian Aku makin takut, jiwaku kecut, badanku gementar Susahnya hati Tuhan sahajalah yang tahu Aku pun menangis dengan badan yang menggeletar, air mataku berguguran, dunia akan meninggalkan aku sebentar lagi Aku takut, kerana belum yakin

193

KOLEKSI SAJAK SIRI III

yang aku sudah membuat persiapan Di dalam ketakutan itu, di waktu sedang menangis teresak-esak Tiba-tiba aku terkejut dari tidur Aku lihat jam dinding menunjukkan 12.40 tengah hari Aku tidak tahu apa maksud mimpi itu

Pagi Isnin Selepas ekspedisi 19 - 08 - 2001 194

PERJUANGAN

130

KEHIDUPAN PARA SAHABAT RASULULLAH AHABAT-SAHABAT Rasulullah apabila bertemu satu sama lain Tidak akan bercerita tentang dunia Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri Untuk diketahui dan dibaiki Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun Apakah sabdanya yang baru diterima darinya Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang Mereka kalau ramai berada di dalam masjid Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid Kerana sunyi sepi daripada perbualan Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara Agar tidak mengganggu orang

195

KOLEKSI SAJAK SIRI III

macam masjid di zaman kita Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat Membaca Al Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia Masing-masing dengan dirinya masing-masing Hening, tenang dan sepi Orang menyangka di masjid tidak ada orang Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya

Lepas Asar 25 - 09 - 1999 196

PERJUANGAN

131

NABI MUHAMMAD RASUL PILIHAN ABI Muhammad Rasul pilihan ikutan umat akhir zaman Membawa Quran sebagai panduan, Sunnahnya suri teladan sebagai ikutan Suasana jahiliah menjadi berubah, kepada kehidupan Islam amat indahnya Dari pimpinan berpandukan Al Quran, manusia yang kejam boleh beriman Perjuangan Rasul yang utama, mengenalkan Tuhan yang sebenar kepada manusia Tuhan yang Esa, Maha Pencipta lagi berkuasa Ramai manusia meninggalkan berhala, menggantikan Allah sebagai Tuhannya Mereka agungkan Allah, memuji, memuja dan mensucikan-Nya setiap masa Syariat yang dibawa mendisiplinkan manusia cara hidup mereka Menjadilah manusia yang rajin, cergas dan kuat bekerja Menyembah Allah untuk kekuatan jiwa Berbakti kepada manusia demi persaudaraan dan perpaduan Lahirlah keadilan di dalam kehidupan Tercetuslah kasih sayang di dalam pergaulan Manusia hidup macam satu keluarga dari satu ibu dan bapa Masya-Allah indahnya hidup di dalam kebahagiaan, bertolong bantu sentiasa ada Kemungkaran dan maksiat, gejala masyarakat bersih di dalam pergaulan Manusia hidup aman damai bersih dari dosa dan noda Didikan Rasullulah di zaman Sahabat, akhlak mereka menjadi mulia

197

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Akhlak mereka laksana bunga-bunga di taman yang indah amat meriah Melihat kehidupan Sahabat sejuk mata, tenang jiwa bahagia dirasa Berduyun-duyunlah manusia bersama mereka menyembah Allah yang Maha Esa Bersungguhmu wahai Rasulullah Namamu disebut setiap masa oleh semua bangsa Namamu dikampilkan bersama dengan nama Allah yang Maha Esa Patutlah Allah, para malaikat dan orang Islam menselawatkannya

25 - 05 - 1997 198

PERJUANGAN

132

KEBESARAN RASULULLAH SAW EBESARAN Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadinya Sekaligus ia adalah ayat Allah yang agung yang terserlah sebagai akhlaknya Kehebatan Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadi para Sahabat Para Sahabat adalah ayat Allah sebagai keagungan Rasul Kebesaran Sahabat dapat dilihat pada peribadi para Tabiin Ia adalah ayat Allah sebagai keagungan para Sahabat Para Tabiin adalah hasil didikan para Sahabat ridwanullahu alaihim Adanya Tabiin terserlahlah kebesaran para Sahabat Keagungan para Tabiin dapat dilihat pada diri para Tabiut Tabiin Ia adalah merupakan ayat Allah sebagai kehebatan para Tabiin Mereka para Tabiinlah yang mendidik mereka hingga berjaya Selepas Tabiut Tabiin ayat Allah secara amnya sudah tidak terserlah lagi Kebesaran dan kehebatan mereka secara menyeluruh sudah tidak wujud lagi Ayat Allah yang berlaku pada peribadi mereka sudah terlalu minoriti Kebesaran dan kehebatan mereka sudah tidak begitu dapat dilihat lagi Daripada kita ini lebih-lebih lagi Ayat Allah di dalam diri umat Islam hampir hilang Kebesaran dan kehebatan mereka atas nama Islam sudah tidak kelihatan lagi Yang ada pun mereka secara majoritinya adalah lambang-lambang kebesaran syaitan Peribadi mereka menggambarkan keagungan dan kehebatan Barat Kerana mereka adalah hasil didikan kar keparat
199

KOLEKSI SAJAK SIRI III

133

RASULULLAH BULAN PURNAMA ASULULLAH bulan purnama, cahayanya cerah menerangi buana Menyuluh kehidupan manusia, memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya Manusia selamat di dalam perjalanan mereka Dari kesesatan dan khurafat serta marabahaya Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama Bertambah indah purnama dan makin terserlah cahaya kebesarannya Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya Para Tabiin laksana bintang-bintang yang berselerak di seluruh dunia Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir dan hutan belantara Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan di malam yang gelap-gelita Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul amilin obor di zamannya Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia yang hiruk-pikuk dan sibuknya Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga diguna dan dimanfaatkan Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita Para mubaligh dan dai membawa pelita kehidupan di zamannya Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga kehidupan manusia Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya, pimpinan kehidupan dapat juga
25 - 05 - 1997 200

PERJUANGAN

134

RASULULLAH PILIHAN ATAS PILIHAN ASULULLAH pilihan daripada seluruh rasul pilihan Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman Membawa Quran dari Tuhan Untuk panduan umat kemudian Hatinya bersih, sabarnya keras, Ulul Azmi tidak ada taranya Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran Menghadapi puluhan peperangan, hatinya tahan Seluruh hidupnya di dalam penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan Betullah Rasul contoh daripada segala contoh seluruh rasul pilihan Hatinya dengan Tuhan tidak pernah putus hubungan Ibadahnya kepada Tuhan bayangan sifat kehambaannya amat ketara Pengorbanannya macam angin kencang lajunya Dengan harta, tenaga dan jiwa raga Di dalam masa hidupnya tidak membuat harta kekayaan Segala hak kepunyaannya habis dikorbankan Beliau orang kaya, hidupnya jadi miskin Agar Islam itu manusia terima sambung-bersambung ke akhir zaman Masya-Allah akhlaknya bulan purnama sangat terserlahnya Tidak ada tandingannya, tidak ada bandingannya di seluruh dunia Kalaulah umat Islam, Rasulullah itu suri teladan mereka Mereka akan kembali berdaulat serta mulia seperti zaman kegemilangan Memang patah lidah hendak memperkatakan terhadap Rasulullah Di semua aspek kehidupannya dan peribadinya luar biasa

201

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Ibadahnya banyak, gigih perjuangannya, pengorbanannya tidak terkira Akhlaknya bak bunga-bunga di taman indah Apatah lagi kasih sayangnya bak bunga raya Allahumma salli ala Sayidina Muhammad! Allahumma salli ala Sayidina Muhammad! Allahumma salli ala Sayidina Muhammad!

Selepas Subuh 25 - 05 - 1997 (16 Muharam 1418) 202

PERJUANGAN

135

ENGKAU LAKSANA PURNAMA NGKAU laksana purnama di malam gelap-gelita Cahayamu memenuhi alam buana Semua makhluk bergembira dan ria Makhluk mendapat rahmat dengan kehadirannya Wahai Rasul, engkau Rasul pilihan Membawa cahaya Al Quran untuk semua insan Agar manusia hidup di dalam kebahagiaan Berkasih sayang, bersatu padu dan aman Engkau pemimpin luar biasa Tiada pemimpin menandinginya Engkau berkata, engkau mengkota Semua orang menghormatinya Keberanianmu besi waja Gentar dengan musuh tiada Kepimpinanmu yang bijaksana merubah dunia Akhlakmu laksana bulan di malam hari, ertinya terserlah sekali Melihat mukamu rasa bahagia, ketiadaanmu rasa rindu Keberadaanmu rasa tenang dan senang Lupa makan minum, perut rasa kenyang Di waktu malam engkau laksana bulan Di waktu siang laksana matahari yang terang Merata semua makhluk merasa Rahmatmu merata Semua makhluk merasa Berjasanya engkau wahai Rasulullah

Selepas Asar 23 - 04 - 1997 203

KOLEKSI SAJAK SIRI III

136

RAHMAT ALLAH KEPADA RASULULLAH I ANTARA rahmat Allah kepada Rasulullah SAW sebagai pemimpin kepada semua kaum dan bangsa Ialah Nabi Muhammad bukan sahaja mampu mempersatukan di antara puak-puak, kabilah-kabilah, kaum, golongan dan bangsa di dunia Tapi berjaya menanamkan kasih sayang di antara hamba dengan tuan, di antara Badwi dengan orang pekan, di antara orang miskin dengan orang kaya Mampu mendidik orang cinta-mencintai satu sama lain walaupun berlainan kaum dan warna kulit Boleh cinta-mencintai di antara Arab dengan Ajam, di antara bangsa Timur dengan bangsa Barat Di antara orang biasa dengan pembesar-pembesar kaum dan bangsa Yang lebih aneh dari itu boleh berkasih sayang di antara rakyat dengan para pemimpin Setelah tercetus kasih sayang, cinta-mencintai lahirlah satu bangsa yang bersatu padu Akibat dari kasih sayang dan cinta-mencintai lahir pulalah buah akhlak yang mulia di antaranya: Malu, pemurah, tawadhuk, mengutamakan orang lain, bertimbang rasa, perikemanusiaan yang tinggi, bekerjasama Secara automatis pula tidak berlaku hasad dengki, pemarah, khianat, penipu, pembohong, berdendam, pergaduhan dan perbalahan Ya Rasulullah sungguh besar jasamu! Jasamu patut dikenang oleh setiap orang di setiap zaman Ya Allah ya Tuhanku! Bila lagikah Engkau hendak lahirkan seorang pemimpin yang boleh membawa kasih sayang

204

PERJUANGAN

Yang dapat mempersaudarakan dan menyatukan semua golongan manusia seolah-olah hidup macam satu keluarga Manusia hari ini di dunia ini di dalam penderitaan Kerana kehilangan kasih sayang di kalangan manusia Mereka satu sama lain sentiasa di dalam perpecahan dan perbalahan Satu sama lain sentiasa curiga-mencurigai bahkan prejudis sesama sendiri Mereka sentiasa jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain Kata-mengata, hina-menghina, tnah-memtnah berlaku setiap hari Aduh, manusia sudah hidup terseksa dengan perbuatan mereka sendiri Tuhan segerakanlah datangkan seorang pemimpin sebagai penyelamat Agar dengan pimpinannya manusia satu sama lain dapat dipersaudarakan semula

Selepas Asar 1 Safar 1421 205

KOLEKSI SAJAK SIRI III

137

BILA AKU RENUNG ANAK-ANAKKU ILA aku renung-renung anak-anakku Sedangkan mereka masih kecil-kecil lagi Sebahagian mereka belum bersekolah Sebahagian besar masih bersekolah Hatiku sayu, pilu, bukan sedih tentang makan minumnya Tapi agamanya, iman dan Islamnya, syariat dan akhlaknya Justeru pada hari ini di mana sahaja dan ke mana sahaja pergi Tidak boleh selamat Aku bolehlah didik mereka di rumah Disiplinkan ibadah mereka, pimpin akhlak mereka Beri kesedaran kepada mereka Tapi di sekolah? Di dalam perjalanannya? Di tempat-tempat membeli-belah, di masyarakat umum Sudah tidak selamat lagi Bukankah media massa setiap hari memaparkan Pelajar-pelajar terlibat dengan dadah, dadah diedar di sekolah Di dalam perjalanan anak-anak perempuan dilarikan, kemudian dirogol Pelajar-pelajar menjadi samseng, bergaduh di luar sekolah Pemuda remaja melepak di mana-mana Kidnap berlaku di mana-mana Pelajar-pelajar sekolah muda remaja sering melakukan zina Manusia satu sama lain tidak boleh dipercayai lagi Tipu-menipu berlaku Jatuh-menjatuhkan, tuduh-menuduh jadi budaya Aduh, susahnya hendak menjaga anak-anak Di zaman membangun dan berkemajuan ini
Selepas Asar 24 - 04 - 1997 206

PERJUANGAN

138

IBU PENYEJUK HATI BU penyejuk hati, bapa penyemangat jiwa Bapa pembangun jiwa, ibu penyuburnya Anak-anak selalu dengan ibu, jagalah akhlak mereka Melalui pengajaran, melalui didikan, yang paling berkesan melalui teladan Bapa jarang ada di rumah, jadikanlah tempat rujuk sahaja Apabila ada masalah di dalam keluarga, tanyalah bapa Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu kepadanya Tiada salah kalau anak-anak terus direct kepadanya, asalkan jaga adab-adabnya Segala sifat-sifat mahmudah latihlah di rumah, di sekolah menambahnya Latihlah mereka beribadah, disiplinkanlah sembahyangnya Ajak mereka bekerjasama mengurus rumah tangga Programkan kerja-kerja mereka, di samping kerja-kerja sekolahnya Anak-anak berilah kasih sayang, tapi jangan terlalu dinampakkan Kecuali yang kecil-kecilnya Latih juga di kalangan mereka berkasih sayang sesamanya Bertolong bantu, bermaaf-maafan, bertolak ansur dan berlebih kurang ajarlah juga Wujudkan di dalam keluarga, ibu dan ayahlah modelnya, mereka akan menirunya Galakkan makan bersama di dalam institusi keluarga Ajar mereka adab-adab dan disiplin-disiplinnya Tidur baring mereka, membaca dan rehat tunjuklah juga cara-caranya Agar keluarga terurus, disiplin ada, wujud harmoni Itulah syurga rumah tangga, sebelum Syurga di Akhirat sana
SelepasAsar 03 - 05 - 1997 207

KOLEKSI SAJAK SIRI III

139

IBU PERMATA HATI BU permata hati Bapa besi waja jiwa Hiburan dari ibu Semangat dari bapa Bermanja-manja dan bermesra dengan ibu Penyejuk hati yang derita Bapa keris pusaka hati Pembangun jiwa yang kecewa Penghidup jiwa yang mati, setelah gagal cita-cita Oh ibu! Engkau penyejuk jiwa Kesedihan yang ada pulih semula Oh bapa! Engkau penyemangat jiwa Jiwa yang sudah luntur, datang semangat waja Perjuangan yang sudah mundur, bangun mara semula

Selepas Asar 15 - 05 - 1997 (5 Muharam 1418) 208

PERJUANGAN

140

JANGAN SIA-SIAKAN MASA MUDAMU AHAI pemuda, wahai pemudi kasihanilah dirimu Di waktu badan masih segar, kiran masih cerah, mata terang manfaatkanlah Jangan sia-siakan tenagamu percuma terbuang Masa inilah mengaut pahala dengan sebanyak-banyaknya Kamu aset agama, bangsa dan negara Tenagamu sangat berguna dan amat diperlukan Korbankanlah tenagamu untuk agama, bangsa dan negara Mudamu bukan selalu, dia datang sekali sahaja Wahai muda-mudi, tenagamu jangan sia-siakan Jangalah setelah tua, tenaga telah lemah baru digunakan Masa kuat dan gagah inilah perlu dimanfaatkan Lebih-lebih lagi Tuhan tidak berjanji pada kita hidup sampai tua Sedarlah wahai saudara dan saudari, muda hanya sekali Janganlah mudah kita dipesona oleh suasana Lebih-lebih lagi kita jangan dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan durjana Jangan kita hidup sia-sia, agama, bangsa dan negara kerugian Kita belum terlajak lagi Kita masih sempat membetulkan diri Marilah kita ubah sikap dari sekarang lagi Agama, bangsa dan negara mengalu-alukan sumbangan kita

31 - 03 - 1997 209

KOLEKSI SAJAK SIRI III

141

SALAH TERIMA DIDIKAN ALAU dari kecil sudah salah terima pengajaran dan didikan Pengajaran dan didikan tidak lagi bertunjangkan iman dan ketuhanan Maka manusia akan tersalah berkir Jiwa manusia akan rosak trahnya Dirosakkan oleh cara berkirnya sejak dari kecilnya Apabila krah sudah sebati dengan keyakinan yang tidak bertunjangkan iman Jiwa pula hitam dengan mazmumah disebabkan ajaran yang diterimanya Kalau ia menjadi pengajaran dan didikan rakyat umum Aduh, punahlah satu bangsa di dalam sebuah negara Punahnya memakan masa paling tidak puluhan tahun Kalaupun tidak ratusan tahun Jika ia telah menjadi krah dan jiwa satu bangsa Bukan senang hendak dipulihkan semula Biasanya ia akan pulih manakala Allah Taala utuskan di kalangan mereka pemimpin yang dijanjikan Atau pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan Kerana itulah setiap pendidikan dan pengajaran Yang hendak dijadikan warisan bangsa Hendaklah berhati-hati dan penuh teliti Kerana kalau tersilap dari mula mengasaskannya, oleh kerana kesilapan pemimpin-pemimpin bangsa itu Rosak binasalah bangsa itu hingga beberapa generasi Hendak membetulkannya semula Terpaksa makan masa berpuluh atau beratus tahun lamanya
Menjelang Maghrib 11 - 12 - 1999 (3 Ramadhan) 210

PERJUANGAN

142

KALAU SATU BANGSA SUDAH ROSAK ALAU satu bangsa itu berpecah-belah Sering jatuh-menjatuhkan satu sama lain Orang kayanya tamak dan bakhil Mementingkan diri sendiri Masing-masing mencari untung, mencari nama Mencari bintang gelaran Hormat-menghormati sudah tidak wujud Sekalipun di antara murid dengan guru Anak-anak dengan ibu bapa Rakyat dengan pemimpin Perhubungan suami isteri adalah perhubungan biologi Satu sama lain curiga-mencurigai Pemimpin dan orang-orang kaya sombong, angkuh, ingin dipuji Para ulama tidak dikenal lagi sebagai ulama Rakyat jelata hidup sudah tidak boleh didisiplinkan lagi Kejahatan dan kemungkaran berlaku terang-terangan tanpa segan silu Muda-mudi berlalai-lalai, hidup tidak ada tujuan Kasih sayang, timbang rasa, mengutamakan orang lain sudah hilang Kata-mengata, tnah-memtnah, tuduh-menuduh jadi budaya Hal-hal yang kotor dan menjijikkan dipertahankan Semuanya itu adalah berpunca dari asasnya Adalah daripada sistem pendidikan yang sudah rosak Kerana dibangunkan oleh pemimpin yang berkuasa yang sudah rosak krah dan jiwanya Environment dan situasi masyarakat hanya menyuburkan lagi

211

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Oleh itu bangsa itu perlu adanya pemimpin yang baik Agar dapat melagangkan satu sistem pendidikan yang baik Untuk memulihkan semula kerosakan bangsa itu yang sudah kronik Ini sudah tentu memakan masa berpuluh tahun untuk memulihkan Begitulah kalau satu bangsa itu sudah rosak jiwa dan tingkah lakunya

Menjelang tidur 11 - 12 - 1999 (3 Ramadhan) 212

PERJUANGAN

143

ILMU TANPA DIDIKAN PABILA ilmu sahaja yang diberi Didikan tidak ada Kalau ada pun tidak sempurna Manusia berjaya menjadi pandai Maju di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan Kemudahan-kemudahan hidup amat menyelesakan Tamadun kebendaan mengkagumkan Tapi di dalam kemajuan itulah berlakunya hasad dengki Di dalam kemewahan itulah hilang budi Manusia sombong, angkuh dan mementingkan diri Manusia berlagak, mencari nama, glamour Perikemanusiaan punah, timbang rasa musnah Hidup nafsi-nafsi pun bermaharajalela Berlaku jenayah setiap hari Hilang ukhwah, kasih sayang punah Akhirnya di dalam berkemajuan itu penuh ketakutan Di dalam bertamadun itu kebimbangan dan kegelisahan menyerang setiap hari Akhirnya manusia hilang kebahagiaan Oleh itu biar ilmu sederhana, didikan perlu sempurna Kalau ilmu banyak didikan sempurna pula itulah yang utama Zaman ini kerana memburu ilmu, mengabaikan pendidikan Akibatnya lahirlah manusia-manusia yang pandai Tapi akhlaknya bersifat haiwan dan syaitan Paling tidak hidup macam pokok kayu di hutan

Menjelang tidur 15 - 07 - 2001 213

KOLEKSI SAJAK SIRI III

144

APABILA PEMIMPIN ATAU GURU HANYA PANDAI MEMBERI ILMU PABILA pemimpin atau guru hanya pandai memberi ilmu Mengasuh dan mendidik tidak pandai Apatah lagi diri pula tidak terdidik Murid atau orang yang dididik hilang identitinya Rupanya sahaja manusia perangainya syaitan atau haiwan Haiwan dan syaitan yang berupa manusia Gambarkanlah manusia yang bersifat syaitan dan haiwan yang berperanan Apakah akan terjadi kepada kehidupan insan?! Sudah tentu yang terjadi di kalangan manusia nafsunya yang berperanan Makan, minum, tidur, kahwin, berkelahi dan merosakkan Apatah lagi syaitan dan haiwan yang rupa manusia itu berilmu pengetahuan Pergaduhan dan perkelahian mereka lebih terancang Kejahatan mereka lebih luas dan merata Di waktu itu terjadilah perpecahan di dalam keluarga, puak, masyarakat dan bangsa Kasih sayang hilang, timbang rasa tiada, perikemanusiaan gersang Ketakutan menghantui manusia Musnahlah ketenangan, hilanglah bahagia Pertemuan sesama manusia sudah tidak indah lagi Tidak bertemu manusia tidak boleh hidup keseorangan Apabila bertemu hanya secara terpaksa Pertemuan itu penuh bimbang Keindahan pertemuan hilang Bahkan sentiasa bimbang Kerana keharmonian sudah tidak ada

Menjelang tidur 11 - 07 - 2001 214

PERJUANGAN

145

KALAU KITA SEORANG PENDIDIK ALAU kita sebagai pendidik, kiran (akal) dan jiwa orang kenalah diambil kira Cara orang berkir secara umum kenalah tahu Psikologi orang atau perasaan orang kenalah boleh dibaca secara rambang setidak-tidaknya dan diambil kira Engkau mesti faham tentang nafsu dan tabiat nafsu Mendidik orang bererti membangunkan insaniahnya Mendidik orang kirannya (akal), jiwa dan nafsunya adalah menjadi target Soal zikal perkara gampang, bahkan sampingan sahaja Ketiga-tiga anggota manusia yang bersifat batiniah itu mendidiknya tidak sama Mendidik akal ada caranya, mendidik jiwa ada caranya dan mendidik nafsu ada caranya pula Mendidik akal memberi ilmu, maklumat dan pengalaman yang berguna dunia dan Akhiratnya Disuburkan dengan cara mengkaji, berkir, membaca serta mengamalkannya Mendidik jiwa menanamkan keyakinan dengan Tuhan dan apa-apa sahaja yang diwajibkan percaya Suburkan rasa bertuhan supaya lahir sifat kehambaan kerana manusia itu hamba Setiap hamba mesti ada rasa bertuhan dan rasa kehambaan Mendidik nafsu pula tunjukkan cara bermujahadah Agar sifat-sifat mazmumah dibuang dan sifat-sifat mahmudah disuburkan Tanamkan rasa bertuhan sangat membantu membuang mazmumah dan lahirnya sifat mahmudah Adakah zaman sekarang ini pendidik-pendidik yang faham mendidik akal, jiwa dan nafsu insan?! Itulah yang menjadi tanda tanya kita Kalau kita kata tidak ada, ramai cerdik pandai yang sensitif Yang berkecil hati dan tidak boleh menerimanya

215

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Yang sebenarnya pemberi ilmu ramai, pendidik tidak ramai Kerana itulah manusia sudah ramai yang rosak dan punah-ranah insaniahnya Yang sangat menonjol yang dapat dilihat ialah kasih sayang sudah hilang Maka seluruh manusia di dunia telah menderita dan kecewa

Selepas Asar 28 Muharam 1421 216

PERJUANGAN

146

BILA BELAJAR DENGAN TUJUAN JAWATAN PABILA kebanyakan manusia telah diasuh dari kecil lagi oleh ibu bapanya, guru-gurunya, masyarakatnya, pemerintahnya bahkan cita-cita diri sendiri Bahawa belajar itu dengan tujuan jawatan, mencari nama, kekayaan dunia, kemegahan dan pangkat kebesaran Sudah tentu buahnya akan lahirlah nanti manusia Di kalangan bangsa di negara ini Doktor-doktor yang mementingkan diri Ahli-ahli undang-undang yang mementingkan diri Ahli ekonomi yang mementingkan diri Ahli politik yang mementingkan diri Ahli pentadbir yang mementingkan diri Ahli sains yang mementingkan diri Ahli sastera yang mementingkan diri Ahli pasukan keselamatan mementingkan diri Kesannya orang awam atau rakyat jelata akan menjadi sasaran negatif Timbul kegelisahan di dalam masyarakat oleh sikap golongan tadi Itulah dia gejala masyarakat yang kebanyakan manusia tidak sedari Bila lahir gejala masyarakat dari golongan yang menjadi penyebab gejala itu terjadi Golongan itu pulalah yang bangun kononnya hendak menangani gejala masyarakat Bolehkah gejala masyarakat menjadi baik?! Apabila gejala masyarakat telah kronik Kejahatan sudah merata negara Golongan-golongan tadi juga akan menerima padah dan susahnya Akhirnya keistimewaan-keistimewaan yang ada tidak ada apa-apa ertinya

Selepas Asar 23 - 04 - 1997

217

KOLEKSI SAJAK SIRI III

147

BERBAGAI CARA ALLAH MENDIDIK ERBAGAI cara Allah mendidik dan menginsafkan manusia Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan, melihatkan kekuasaan Memperlihatkan kebesaran, menceritakan kesudahan orang yang baik dan jahat Semua bentuk pendidikan ini untuk menarik perhatian manusia Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa Namun manusia degil juga Perhatiannya tiada Ada mata dipejamkan, ada telinga dipekakkan, ada akal tidak dikirkan Ada hati tidak ada perhatian Seolah-olah manusia tidak ada mata, tidak ada telinga, tidak ada akal, tidak ada hati Nafsu sahaja yang dibelainya Bertindaklah nafsu sesuka hatinya Manusia telah menjadi tawanan nafsunya Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan Manusia buat-buat tidak dengar aja Syurga-Ku indah, nikmatnya belum pernah mata melihat Belum pernah telinga mendengar Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja Engkau tidak lihatkah Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan, sungai, lautan Aku cipta?!

218

PERJUANGAN

Manusia tidak ambil tahu penciptanya Tapi ambil tahu khazanahnya untuk keuntungan dunianya Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran Tuhan untuk menyedarkan manusia terlalu banyaknya Namun manusia tidak juga beriman Kalau beriman pun tidak bersyariat Munasabah manusia masuk Neraka dengan keadilan

Selepas Subuh 03 - 06 - 1997 219

KOLEKSI SAJAK SIRI III

148

DI AKHIR ZAMAN WANG JADI UKURAN I AKHIR zaman wang ringgit atau kekayaan menjadi ukuran Mulia atau hormat seseorang itu jika ada duit atau kekayaan Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu tidak akan dipandang orang Kalau seseorang itu tidak ada duit, tidak ada kekayaan Ada duit, ada kekayaan banyak kawan, belum tentu sayang Tidak ada duit, tidak ada kekayaan, kawan hilang dan dihina orang Sanak-saudara tidak peduli, keluarga pun pandang serong Anak isteri pun tidak hormat, silap sedikit mereka meradang Ada duit, ada kekayaan adalah saudara, banyaklah kawan Apabila miskin papa di tengah ramai, hidup keseorangan Orang mengata, orang menghina, di mana pergi dicemek orang Isteri boleh lari, anak-anak akan benci, kawan-kawan tidak peduli Seseorang yang sedang disanjung, tiba-tiba miskin, kawan-kawan lari Sedikit sahaja yang silap, orang hamun, orang maki Kalau tidak sabar mahu cabut lari, hidup bersendiri Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati Begitulah duit atau kekayaan di dalam kehidupan menjadi tuan

220

PERJUANGAN

Sesetengah orang duit dan kekayaan menjadi tuhan, sekalipun tidak dipanggil tuhan Ada duit, ada kekayaan dihormat orang, walaupun tidak sembahyang Kalau dia menjadi calon di dalam pilihan raya mudah menang Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga dialah yang paling disayang Di tengah masyarakat ramai dialah dipandang orang atau dihormat orang Di dalam kumpulan kawan-kawan, dialah selalu diziarah orang Tapi apabila jatuh miskin semuanya habis menghilang

11.53 malam 25 - 05 - 1997 (17 Muharam 1418) 221

KOLEKSI SAJAK SIRI III

149

AKIBAT GAGAL MEMBANGUN INSANIAH ARA pemimpin atau guru juga ibu bapa Berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya Berbagai-bagai kajian boleh dibuat Hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu Membuat berbagai-bagai kemajuan Membangun tamadun material mengkagumkan Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu Betapa hendak mengajar rasa bertuhan Pemimpin ingin ditaati Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya hendak mentaati mereka Guru-guru ingin mereka dihormati Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik murid-muridnya ke arah itu Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya Tapi tidak tahu hendak melakukannya Berbagai-bagai kepakaran dimiliki oleh cerdik pandai Mereka bingung bagaimana hendak menjadikan studentnya menghormatinya Kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa Semuanya suka jika mereka dihormati Oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya dan oleh anak-anaknya Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa Berjaya membangunkan tamadun material dan zikal Tapi mereka gagal membangunkan tamadun insaniah dan rohaniah Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini Berjaya berilmu, tapi tidak berjaya menahan pergaduhan dan peperangan Berjaya membangun dan berkemajuan

222

PERJUANGAN

Tapi tidak berjaya menahan daripada pengkhianatan dan penipuan Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi Ramai manusia yang pandai tapi pandai pula merompak dan menyamun Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki Tapi hilang malunya, hancur maruahnya Negara menjadi cantik, perhubungan bertambah mudah Tapi di dalam ketakutan Berjaya mendapat isteri atau suami Kedua-duanya berpelajaran tapi tidak mampu bersefahaman Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa Tapi hati atau jiwanya mati atau buta Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada

Menjelang tidur 26 - 10 - 1999 223

KOLEKSI SAJAK SIRI III

150

MENCARI PERMATA YANG HILANG ERATA kupergi Mencari permata yang hilang Persaudaraan dan perpaduan yang dikehendaki semua orang Di luar negeri, merata negara Di dalam negara aku jelajah pelosok-pelosoknya Belum kutemui di dalam realitinya Tidak kujumpa lagi di dalam sikap Di pasar kucari tidak kujumpa Di majlis-majlis kenduri sama sahaja Di majlis-majlis pengajian kupergi, nafsi-nafsi juga Di masjid-masjid kutinjau, serupa sahaja Perpaduan dan persaudaraan baru kudengar di dalam perbincangan ilmu Persaudaraan dan perpaduan kutemui baru bersifat saranan-saranannya Baru sekadar kudengar pada slogan-slogan dan tema-tema sebagai slogan Baru kulihat ulasan-ulasan media massa Di dalam praktikal belum kujumpa Di dalam realiti tidak kulihat lagi Di dalam sikap jauh sekali Baru kusedar kita sedang membangun Di dalam masa persaudaraan dan perpaduan yang telah hilang Ini amat merbahaya di dalam kita menuju wawasan

Selepas Asar 16 - 05 - 1997 (8 Muharam 1418) 224

PERJUANGAN

151

ZAMAN SERBA MODEN DAN MAJU AMAN serba moden dan maju ini sepatutnya kita rasa bahagia Sementelahan pula manusia pun sudah bijak-bijak dan pandai-pandai belaka Di mana sahaja berada tentulah rasa senang dan tenang aja Tentulah lebih berakhlak dan berperikemanusiaan Ke mana saja kita pergi tidak perlu takut dan bimbang Maklumlah negara telah maju Serba-serbi moden kemudahan ada Takkan manusia rasa takut macam duduk di dalam hutan Rupanya tidak begitu Telahan kita meleset belaka Apa yang berlaku, ramai orang hidup keluh-kesah dan gelisah Walaupun hidup di dalam negara moden, mewah dan indah Kita buat contoh di dalam satu aspek aja Di zaman ini di dalam menjaga anak Kita di dalam ketakutan dan bimbang aja Di waktu mereka ke sekolah, ibu bapa di rumah resah gelisah Takut terlibat dengan dadah Atau sumbang sesama mereka Atau kena belasah Atau kena noda Di perjalanannya takut dipujuk orang, dibawa ke mana-mana kemudian dirogolnya Atau berjumpa lelaki perempuan sesama mereka membuat perhubungan cinta pula Kita simpan aja di rumah tak mungkin juga, boring pula mereka Sekali-sekala kenalah kita benarkan mereka keluar melihat masyarakatnya Berehat-rehat dan makan-makan angin
225

KOLEKSI SAJAK SIRI III

untuk menghibur jiwa mereka Tapi selamatkah mereka dari melepak-lepak?! Bohsia dan bohjan? Ejen-ejen mempengaruh mereka di mana-mana ada Bahkan di mana saja anak-anak kita pergi, kita sentiasa takut dan bimbang Pergi ke rumah keluarga, macam-macam kita dengar anak-anak kena noda Berjalan ke rumah jiran pun sama saja Berlaku macam-macam kejadian yang mendukacitakan Aduh! Susahnya di zaman ini menjaga anak-anak Ke mana saja mereka pergi ibu bapa di rumah resah dan gelisah Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat yang merosakkan di mana-mana saja Ibu bapa sentiasa tidak tenang memikirkan anak-anaknya Wahai Tuhan! Selamatkanlah kami dan keluarga kami daripada tnah akhir zaman ini!

Selepas Asar 20 - 05 - 1997 (12 Muharam 1418) 226

PERJUANGAN

152

BILA PEMIMPIN HILANG WIBAWA ILA pemimpin hilang wibawa, rakyat kurang taat setia Bila ibu bapa tidak bermaruah, anak-anak kurang hormat Bila orang tua tidak menjadi contoh, kata-katanya sia-sia saja Bila berkawan tidak setia, hilang keyakinan kawan kita Para pemimpin jadilah teladan agar rakyat mudah dipimpin Wahai ibu bapa, jagalah maruah agar anak-anak mengikut kata Wahai orang tua, jagalah wibawa agar orang muda mendengar nasihat Wahai saudara, setialah berkawan, keyakinan orang itu aset kita Gambarkanlah jika rakyat tidak taat di dalam negara Anak-anak pula tidak taat kepada ibu bapa Anak-anak muda tidak mendengar nasihat dan kata Manusia satu sama lain curiga-mencuriga Bila masalah timbul di dalam masyarakat umat Kehidupan manusia tercabar setiap detik dan masa Ketenangan hidup yang dicari hancur dan punah Maka carilah punca mengapa timbul masalah Setiap golongan bercakap untuk mengatasi masalah Diberilah pandangan mengapa perkara negatif itu terjadi Dikatalah sebab-sebab masalah terjadi kerana itu dan ini Yang sebenarnya sebab-sebab itu ada pada diri sendiri Mengapa perkara yang mudah, amat sulit mengatasinya Mengapa perkara yang dekat, terlalu jauh kelihatan Kerana panduan semata-mata nafsu dan otak manusia Agama Islam sudah tidak menjadi panduan sejati

04 - 08 - 95 227

KOLEKSI SAJAK SIRI III

153

TAMADUN INSANIAH PUNAH-RANAH EMAMPUAN yang Tuhan anugerahkan kepada manusia sungguh luar biasa Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuat-Nya Di masa yang sama akhlak runtuh, punah-ranah separas bumi Bangunan-bangunan yang dibina pencakar-pencakar langit Tapi ego dan kesombongan manusia setinggi langit Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway Tapi jiwa-jiwa manusia telah sempit Berjalanlah manusia di atasnya himpit-menghimpit Ramai yang hatinya sakit Manusia sudah terlalu pandai Berbagai-bagai alat-alat kemudahan hidup yang canggih-canggih diciptanya Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa Tapi di masa yang sama budi bahasa sudah tiada Satu sama lain curiga-mencuriga Dengan alat-alat perhubungan yang canggih, dunia sudah dekat dan sempit Semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di negara di dunia ini dengan cepatnya Tapi dengan kemudahan bertemu ini Kemungkaran dan maksiat amat pesat Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDs menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya amat menonjol Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terbilang Tapi di waktu inilah manusia khianat, curang, penipu dan pembohong

228

PERJUANGAN

Hingga susah hendak dipercaya pada seseorang Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang dan hilang keyakinan Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan Tapi tamadun insaniah sangat rendah bahkan telah punah-ranah Kerana itulah manusia semua golongan sudah hidup di dalam ketakutan Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia Ditambah lagi dengan tuduh-menuduh, kata-mengata, tnah-memtnah lumrah berlaku Serang-menyerang, peperangan sudah jadi budaya antarabangsa Kaum wanitanya sudah berpelajaran Sama-sama menyumbang membuat kemajuan Tapi di masa yang sama sifat malunya punah-ranah Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah Lahirlah budaya bebas, budaya zina, budaya lepak-melepak Dunia sungguh indah dan cantik Tapi penyakit masyarakat sudah kronik

Lepas Asar 17 - 09 - 1999 229

KOLEKSI SAJAK SIRI III

154

ANEHNYA MANUSIA NEHNYA manusia ini Di dalam perlu-memerlukan satu sama lain ada pengkhianatan Di dalam bekerjasama ada jatuh-menjatuhkan Manusia tidak boleh hidup keseorangan Perlu bermasyarakat dan pergaulan, tapi tidak ada kejujuran Begitulah telah menjadi tradisi kehidupan manusia Bahkan telah menjadi budaya sepanjang manusia Indahkah hidup begini? Di dalam memerlukan orang lain, tapi curiga Di dalam bergaul, bimbang sahaja Di dalam menghadapi kehidupan, ketakutan memburu kita Orang lain pula, bimbang dengan kita Dengan kita orang pun takut juga Macam kita curiga dan takut kepada mereka Beginilah manusia berhadapan dengan kehidupan Jiwa tidak pernah terasa tenang Kerana banyak sangat yang menakutkan Akibat tidak mengikut syariat Tuhan

Selepas Subuh 10 - 11 - 1998 230

PERJUANGAN

155

GEJALA MASYARAKAT MAKIN PARAH EJALA-GEJALA masyarakat makin lama makin parah Makin dibuat peraturan dan undang-undang makin terserlah Dia berlaku macam air Mula-mula titis-titis air kemudian berkumpul menjadi bah Bah gejala ini, sekarang telah bertambah-tambah Dari sehari ke sehari dia makin bertambah dan melimpah Air gejala tidak sihat ini telah melimpah-ruah meredah Dia meredah di mana-mana, melanda apa sahaja Memusnah taman yang indah Empang di sana, empang di sini, semua empang pecah Bendung di sana, bendung di sini, semuanya bolong Sekat merata tempat, tembok merata jalan, pun rebah Dihalang dengan benteng yang kuat, pun telus dan tembus ke sebelah Macam-macam pakar jurubina membuat empangan Berbagai-bagai kemahiran architecture membuat benteng sekatan Semuanya belum memberi kesan Kita tunggulah jurubina-jurubina yang pakar mampu membuat empang Kita nantilah pakar-pakar architecture membuat halangan Moga-moga gejala masyarakat yang telah banjir itu tersekat dan terhalang

Selepas Asar 19 - 05 - 1997 (11 Muharam 1418) 231

KOLEKSI SAJAK SIRI III

156

DUNIA DIPENUHI KRISIS UNIA penuh dengan berbagai-bagai krisis Tidak ada negara yang sunyi daripadanya Krisis politik, krisis ekonomi Krisis akhlak, krisis nilai Krisis rumah tangga, krisis sosial Krisis kaum, bangsa dan puak Hidup di dalam ketakutan, mana pergi bimbang Keamanan sudah tidak ada lagi Kasih sayang dan keharmonian sudah hilang Bangunlah ulama, para pemimpin, dan cendekiawan menangani krisis Yang memikirkan krisis pun terlibat dengan krisis Kalau tidak krisis politik, krisis akhlak Jika tidak krisis sosial, krisis keluarga Kalau tidak krisis nilai, krisis puak Apakah kaki krisis hendak membaiki krisis? Apakah orang yang membuat masalah boleh mengatasi masalah? Apakah penjenayah-penjenayah boleh menangani jenayah? Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan segera Agar dunia aman semula Yang ada ini adalah pemusnah dan penjenayah

Menjelang tidur 03 - 08 - 2001 232

PERJUANGAN

157

PERLUNYA SEORANG PENYELAMAT I WAKTU ini di negara kita, setiap jemaah atau kumpulan atau parti masing-masing mengaku benar Setiap kumpulan menuduh kumpulan yang lain adalah salah Yang lebih parah lagi ada yang menuduh kumpulan yang lain sesat lagi menyesatkan Ada yang kena tuduh sudah kar, ada yang kena tuduh khawarij, ada yang kena tuduh membawa ajaran sesat Yang menghairankan orang yang tidak bersembahyang pun menuduh orang sesat Tidak kurang juga kaki rasuah, zina, penipu, dedah aurat menuduh orang sesat Di waktu pilihan raya, di ketika hendak bertanding suara, banyak yang datang berjumpa bomoh Bomoh yang membawa ajaran karut dan khurafat Mereka-mereka ini juga mudah menuduh orang sesat Padahal mereka telah terjebak dengan ajaran syirik Ertinya orang yang sudah sesat, menyesatkan orang Adakalanya orang yang baik kena sesatkan Kerana kalau orang ramai sudah banyak yang batil Sudah tentulah yang benar disesatkan orang Apabila berlaku masyarakat yang semacam ini Siapa pun tidak boleh menyelesaikan masalah Tidak ada orang tengah yang menjadi pendamai Pemimpin-pemimpin yang ada tidak lagi jadi penyelamat Hanya menunggu bantuan Allah yang Maha Berkuasa Menunjukkan seorang pemimpin yang ada keramat dan berkat Yang akan boleh menyelamatkan keadaan Seolah-olahnya seperti kedatangan rasul di tengah umatnya Ertinya perlu seorang pemimpin yang berwatak rasul di dalam kemelut masyarakat
15 - 08 - 2001 233

KOLEKSI SAJAK SIRI III

158

BAGAIMANALAH DUNIA HENDAK AMAN AGAIMANALAH dunia hendak aman Yang berkuasa, gila kuasa takut jatuh tekan siapa sahaja Yang belum berkuasa mencari peluang untuk berkuasa Berusaha seribu cara dan daya Menjatuhkan kawannya untuk naik perkara biasa, bahkan jadi budaya Yang kaya tidak cukup dengan kekayaan yang ada Sifat bakhil dan tamak merangsang menimbunkan lagi harta yang ada Jadilah lintah darat, menghisap darah golongan yang lemah Golongan bawah atau yang lemah merasa terhimpit bangkit marah Demonstrasi sana sini Berpiket setiap negara dan negeri sebagai membantah Datang pengawal kepunyaan yang berkuasa Lanyak siapa sahaja yang tunjuk marah Berlakulah pertembungan dan pertempuran Adakalanya menumpahkan darah Membaralah dendam kesumat memupuk jiwa Berdendam sepanjang masa Dendam yang membara itu sekali-sekala apinya menyala Membakar apa yang ada, memusnah harta benda Huru-haralah lagi di mana-mana Dendam kesumat itu laksana bom jangka Sekali-sekala meledak, lahir kesumatnya bertindak Rupanya ilmu yang banyak, tamadun yang tinggi Belum menjamin manusia bersifat lunak

Selepas Asar 05 - 05 - 1997 234

PERJUANGAN

159

MANUSIA TIDAK SEDAR PERANGAI MEREKALAH HIDUP TIDAK HARMONI ELAH menjadi trah semula jadi manusia Tidak kira apa bangsa dan etniknya Ingin dikasihi, dihormati dan bersatu-padu serta hidup harmoni Tapi kebanyakan mereka menyumbang kepada orang lain membencinya Sedar atau tidak, tabiat mereka banyak yang membawa kepada pecah belah Sikap manusia banyak yang membawa mementingkan diri sendiri Tamak, bakhil, hasad, sombong, ingin nama dan glamour Ia adalah sebahagian penyakit yang membawa benci-membenci, renggang-merenggang dan berpecah-belah Akibat daripada mazmumah-mazmumah itu trah semula jadi manusia tidak terisi Keinginan bersama selalu sahaja tidak sampai matlamatnya Apa yang tidak dikehendaki bersama itulah yang terjadi Yang dikehendaki bersama oleh manusia tidak terjadi Hiduplah manusia di dalam kemajuan tapi di dalam ketakutan Ada setengah orang dia senang tapi di dalam kebimbangan Manusia makin pandai tapi tidak ada kebebasan Kerana tidak semua tempat berada di dalam keselamatan Sekalipun tidak ada undang-undang menyekat untuk ke sana Tapi diri manusia sendiri yang membataskan Kerana takut di tempat itu banyaknya jenayah Begitulah kehidupan manusia sentiasa di dalam ketakutan Oleh perbuatan mereka sendiri Yang adakalanya mereka tidak sedar perangai mereka menyumbang kepada hidup tidak harmoni
10.50 malam 18 - 07 - 2001 235

KOLEKSI SAJAK SIRI III

160

APA NAK JADI? PA nak jadi? Apa perasaan kita! Dan bagaimana sikap kita? Apabila terjadi di rumah kita Tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk, lantai telah reput, atap berlubang-lubang Ditambah pula dinding, alang-alang dan kasau telah rapuh Lantai dipijak sini terjungkit di sana Pijak di sana terjungkit di sini Disisip atap, berguguran pula yang di tempat lain Ditupang tiang, retak pula alang-alang Disulam lantai, bertaburan benda-benda lain Begitulah seterusnya Dibaiki di satu aspek, merosakkan aspek yang lain Makin dibetulkan rumah, makin bertambah masalah Masalah yang ada tidak selesai, timbul masalah yang lain Begitulah negara kita hari ini Apa nak jadi? Bagaimana perasaan kita? Apabila berlaku masalah, bila hendak dibaiki, lahir masalah lain Lahir suatu yang negatif Setelah ditangani yang ada tidak selesai, timbul negatif yang lain Satu gejala masyarakat dikirkan, timbul gejala yang lain Gejala demi gejala timbul, tidak perlu gejala itu disebut, semua orang tahu Mengenai ekonomi, politik, masyarakat, pendidikan, kesihatan Ibarat mengubat pesakit

236

PERJUANGAN

Makin banyak makan ubat, semakin banyak penyakit yang lahir Bermacam-macam kaedah yang diberi, makin menyusahkan pesakit Sekarang penyakit pesakit telah kronik Doktor telah pusing kepala, buntu kiran, habis ikhtiar Begitu kita rakyat Malaysia Kita di dalam ketakutan, kebimbangan, resah gelisah, susah Setiap hari timbul gejala yang menakutkan Makin banyak memikirkannya, makin menjadi-jadi gejala timbul Apa nak jadi? Bagaimana kita sekarang? Apalagi sikap kita?

09.15 pagi 19 - 06 - 1997 237

KOLEKSI SAJAK SIRI III

161

KE MANA PERGI SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI E MANA sahaja mahu pergi sudah tidak selamat lagi Di mana sahaja kita berada keamanan tidak terjamin Aduh! Ketakutan berlaku di mana-mana Kebimbangan sentiasa memburu di mana sahaja kita berada Tiada manusia yang boleh dipercaya lagi Hidup keseorangan tidak mungkin Hidup bersama orang takut sentiasa memburu Aduh ke mana mahu lari? Ke masjid tempat kata-mengata dan mencerca Di pasar-pasar tempat penipuan dan berlalai-lalai Di tempat-tempat keramaian dan di stesen-stesen bas atau keretapi tempat penyeluk saku Bersama orang kaya kita terhina Kerana mereka sombong dan berbangga Bersama orang politik berkawan tidak setia Masing-masing mementingkan diri Sudah dapat kawan, mudah pula jadi lawan Pagar-pagar negara, ibarat pagar makan padi Para ulama hasad dengki Membangga diri, memuji diri Payah hendak dijadikan kawan sejati Di tempat-tempat gelap, di kawasan-kawasan sunyi bahaya sekali Di situlah tempat kidnap dan rogol Pemuda-pemudi liar, tidak boleh dikawal Pergaulan bebas, hingga melahirkan anak-anak zina Berlakulah bayi dibuang di mana-mana

238

PERJUANGAN

Membuang bayi macam buang anak kucing yang dibenci Orang-orang tua sudah hilang wibawa Kerana maruah mereka tidak dijaga Hingga ada yang menjadi haruan makan anak sendiri Aduh sedihnya! Hidup sentiasa di dalam ketakutan Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan segera Agar kasih sayang berbunga semula

Menjelang tidur 25 - 07 - 2001 239

KOLEKSI SAJAK SIRI III

162

BANGUNKAN SYARIAT SEMARAKKAN SYIAR ERTELUT, berlutut dan bersujudlah kepada Tuhanmu Beribadahlah dan sembahlah Tuhan Dia adalah penciptamu dan pencipta dunia Akhirat Besarkan syariat-Nya, meriahkan syiar-Nya Di dalam menyembah-Nya di situlah kebahagiaan Membangunkan syariat-syariat-Nya menyemarakkan syiar-Nya di situlah keamanan Kalau Tuhan sudah ditinggalkan tidak ada erti kekuasaan dan kekayaan Engkau boleh berlakon macam orang senang, tapi hatimu tidak akan tenang Engkau boleh berlagak macam orang tidak ada masalah, tapi jiwamu tidak akan merasa bahagia Engkau burulah pangkat, kekayaan dan kemewahan hingga segala-galanya engkau miliki Kalau tidak berserta dengan Tuhan engkau tidak akan merasa kepuasan Bahkan engkau akan merasa sentiasa tidak mencukupi Mahu cari lagi, mahu buru lagi, sudah dapat tidak puas-puas lagi Kasihan! Malang sekali engkau telah jatuh miskin lebih dari si miskin yang redha Si miskin tadi telah menjadi kaya, kamu menjadi miskin pula di waktu punya kuasa dan punya harta Berkirlah cepat, renunglah, kehidupan ini tanpa Tuhan ertinya kehilangan segala-galanya, walaupun mempunyai segala-galanya Cepatlah bertindak mengubah sikap, sebelum terlambat Cepatlah kembali kepada Tuhanmu sebelum buruk padahnya Agar kita tidak menyesal tidak berkesudahan
Selepas Asar 07 - 07 - 1999 240

PERJUANGAN

163

MAJU BERSAMA KETAKUTAN ATAU MUNDUR BERSAMA KEAMANAN ALAU aku disuruh pilih maju bersama ketakutan, mundur bersama keamanan Aku memilih mundur bersama keamanan Kerana tidak adanya keamanan ia lebih menakutkan daripada tidak ada kemajuan Jika memperjuangkan kekayaan lahir perpecahan dan pergaduhan Tapi di dalam kemiskinan lahir kasih sayang dan perpaduan Aku memilih kemiskinan Kerana kasih sayang diperlukan setiap masa oleh setiap manusia dan insan Ia merupakan makanan jiwa Apa ertinya kekayaan kalau jiwa menderita Tidak mengapa miskin jika jiwa bahagia Kalau aku mempunyai dan memiliki berbagai-bagai keistimewaan tapi kehilangan Tuhan Tapi dapat memiliki Tuhan hilang segala-gala keistimewaan Biarlah aku kehilangan segala-gala keistimewaan Kehilangan segala-galanya tapi memiliki Tuhan Kehilangan segala-galanya tidak mencacatkan Tapi kalau kehilangan Tuhan dapat segala-galanya Segala-galanya sudah tidak memberi erti apa-apa Kerana kehilangan Tuhan mendapat kecacatan yang terlalu besar atau cacat yang maha besar Segala-galanya tidak akan dapat menampungnya Jika dapat Tuhan ia dapat menampung segala-galanya yang tidak ada Kerana itulah di dalam kehidupan ini jangan sampai kehilangan Tuhan

241

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tuhan adalah segala-galanya Korbankanlah segala-galanya demi mendapatkan Tuhan Jangan korbankan Tuhan untuk segala-galanya Kita akan berhadapan dengan kerugian yang maha besar

Lepas Asar 11 Safar 1421 242

PERJUANGAN

164

APA ERTI KEMAJUAN KALAU AKHLAK MENYAPU BUMI PALAH erti kemajuan, pembangunan, pencakar langit, gedung besar-besar, Akhlak manusia menyapu bumi Apalah ertinya negara cantik Akhlak manusia jelik Sains teknologi tinggi, canggih sekali Hidup tidak mengerti, nafsi-nafsi menjadi-jadi Ilmu banyak untuk kepentingan diri Amalan Akhirat kering-kontang di musim kemarau Taman perumahannya indah teratur sekali Penghuni sendiri-sendiri, satu sama lain tidak peduli-mempeduli Ya, kemakmuran material kita akui terbeliak mata dunia Kemakmuran hati punah sama sekali Taman mahmudah musnah Taman mazmumah berdiri gagah Lahirlah gejala masyarakat yang tidak sihat Membunuh kasih sayang Memusnahkan keamanan dan keharmonian Jiwa diburu ketakutan, kebimbangan di mana-mana

Selepas Isyak 04 - 05 - 1997 243

KOLEKSI SAJAK SIRI III

165

KALAU DUNIA INGIN DAMAI ALAU dunia ingin aman damai, hidup penuh bahagia dan harmoni Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu kepada anak-anaknya Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin Para ulama, guru-guru berlemah lembut Sentiasa sahaja menjadi obor kepada kehidupan manusia Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan Teras-teras masyarakat seperti ulama, pemimpin, orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi Bahkan mereka dikasihi dan disayangi oleh seluruh manusia Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani Tapi apa yang berlaku pada hari ini Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak Maka masyarakat umum pun ikut rosak Bila masyarakat umum sudah rosak gejala masyarakat dan jenayah merebak Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak Gambarkanlah orang yang sudah rosak memikirkan orang yang sudah rosak? Orang-orang yang sudah rosak hendak mendidik orang yang sudah rosak? Maka masyarakat pun bertambah rosak

244

PERJUANGAN

Kemurkaan Tuhan pun berlaku kepada bangsa itu Maka Allah telah pun menimpakan bala bencana yang berbagai-bagai bentuknya Sebagai hukuman dari Allah Tuhan pencipta manusia Agar mereka kembali kepada Tuhan.

Selepas Asar 14 - 07 - 2000 245

KOLEKSI SAJAK SIRI III

166

ORANG BERTAQWA ASET NEGARA DAN UMMAH RANG-ORANG bertaqwa adalah aset negara dan ummah Dari merekalah turunnya berkat dan rahmat Kemakmuran wujud, kemewahan melimpah-ruah kerana mereka Disebabkan mereka rezeki murah, keamanan wujud, bala dijauhkan Tapi ramai manusia yang tidak sedar dan tidak mengerti soal ini Bahkan setengah manusia bermusuh dengan mereka Mereka ditnah, disusahkan bahkan adakalanya mereka dibuang daripada tanah airnya Manusia menganggap aset negara itu ialah bahan-bahan mentah yang berharga Bangunan yang komersil, harta yang tersimpan, mata benda yang bernilai, kenderaan yang mahal Mereka tidak terkir orang yang bertaqwa adalah aset negara Adanya mereka terjatuhnya pandangan Tuhan Kepada merekalah keredhaan Tuhan Kerana mereka adalah orang Tuhan dan kesayangan-Nya Keberadaan mereka orang ramai mendapat keselamatan dan perlindungan Awaslah jangan sampai bermusuh dengan mereka Memusuhi mereka laksana memakan racun Siapa memakan racun pasti binasa Ertinya Tuhan akan mendatangkan bala bencana di dalam negara Kesusahan yang akan menimpa adalah merata manusia Takutilah Allah pada mereka Kalau tidak boleh mengikut mereka jangan bermusuh dengan mereka Kita akan nahas dan bahaya
Menjelang tidur 18 Muharam 1421 246

PERJUANGAN

167

MALAYSIA NEGARA TERCINTA ALAYSIA negara tercinta, tempat tumpah darah kita Tempat dilahirkan, tempat dibesarkan Tempat menerima bermacam-macam nikmat Tuhan Ia perlu dijaga, perlu dimajukan, perlu dibangunkan Jangan dibiarkan ia ternoda, jangan dibiarkan ia dirosakkan Malaysia negara kita, kitalah yang menjaganya Cintailah Malaysia, macam mencintai diri kita Sumbangkanlah apa yang ada untuk negara Malaysia Agar ia tetap berdaulat, dihormati sepanjang masa Pagarlah Malaysia dengan iman, teguhkan iman dengan taqwa Semarakkanlah dengan amal bakti, indahkanlah dengan akhlak dan harmoni Bersatupadulah kita menegakkan amar makruf nahi mungkar Bertolakansurlah kita di sekitar yang tidak merosakkan Malaysia kenalah jaga, inilah satu-satunya negara kita Keselamatan hendaknya biarlah berlaku sepanjang masa Gejala-gejala sosial hendaklah dibanteras di mana sahaja Agar kehidupan kita bersama tidak terganggu dan tergugat Ayuh, marilah kita bersama berbakti kepada ibu pertiwi Menyumbang apa saja yang ada demi kedaulatannya Jangan buang masa, jangan bertangguh-tangguh lagi Paling-paling tidak kita doakan agar kedaulatannya kekal abadi

247

KOLEKSI SAJAK SIRI III

168

ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI LANGKAH indahnya hidup ini Pemimpin adil mengasihi rakyatnya Ibu bapa mendidik dengan penuh kasih sayang Anggota masyarakat bertolong bantu, bekerjasama Allah diagungkan, disembah dan ditaati Sunnah Rasulullah dihayati bak bunga-bunga kembang di waktu pagi Kasih sayang sesama makhluk menjadi budaya Maaf-bermaafan menjadi tradisi Para ulama bintang-bintang bergemerlapan di waktu malam Menjadi pedoman musar di dalam perjalanan Mereka terpandu menuju ke destinasi dengan selamat Terhindar dari gangguan dan tersesat Tidak ada kasta-kasta di dalam masyarakat Setiap orang mendapat tempat mengikut kebolehan masing-masing Tidak ada yang terbiar dan tersisih Hak asasi manusia dijamin dan terpelihara Ke sana-sini berpergian dengan aman Tidak ada gangguan di dalam perjalanan Di mana-mana singgah diucapkan ahlan wasahlan Menjadi tetamu yang diurus dan dihormati

07 - 08 - 95 248

PERJUANGAN

169

BILA DUNIA HENDAK JADI SYURGA? UHAN! Bilakah dunia ini hendak Engkau jadikan syurga? Mana pergi hati senang Di mana saja bergaul hati tenang Di mana saja berjumpa manusia dirasakan saudara atau keluarga Berkelana di mana pun kita dipelawa Pergi masuk kampung keluar kampung Penduduk mengucapkan ahlan wasahlan Singgahlah dulu saudara! Ke kota tidak terasa asing Berebut-rebut orang mempelawa ke rumahnya menjadi budaya Di mana saja letak barang tidak akan hilang Barang yang tercicir akan dipulang Kehabisan bekalan ada orang yang menolong Di mana saja kita tidur baring tidak ada yang akan menganiaya Kaum ibu mengembara tiada yang menoda Sakit pening diubati orang Waktu kelaparan dijamu orang Walhasil ke mana sahaja kita pergi tidak takut dan bimbang Tuhan, Engkau dengarlah rintihan kami ini! Istajib doaii Terimalah doa kami!

Selepas Asar 24 - 04 - 1997 249

KOLEKSI SAJAK SIRI III

170

KASIH SAYANG SANGAT DIPERLUKAN ASIH sayang sangat diperlukan, di samping iman Penyubur jiwa, pengikat hati, membuahkan perpaduan Jika tiada, jiwa derita, kiran kusut, badan sengsara Ke mana sahaja pergi, serba tidak kena, serba tidak selesa Justeru itu Islam menganjurkan kasih sayang Kerana perlunya, ia satu perkara yang sangat diwajibkan Lahirkanlah sebab-sebabnya, usahakanlah ke arah mewujudkannya Ia satu perjuangan yang digalakkan, dari situlah timbulnya perpaduan Pemurahlah, ia boleh menggembirakan jiwa Satu sifat mahmudah yang boleh mencetuskan kasih sayang Bermesralah sesama manusia, ia boleh mengikat jiwa Berilah kemaafan tanpa diminta dari kesalahan mereka Kita juga perlu meminta maaf kepada manusia Ketika kita bersalah dengan mereka Jangan tunggu mereka meminta dari kita Apabila kita bersalah jangan malu-malu memohon maaah kepada mereka Ziarah-menziarahi sangat dianjurkan, sambil membawa buah tangan Salah faham hilang semuanya, kasih sayang akan berbunga Apabila kasih sayang berbunga di jiwa Walaupun miskin dan papa tiada terasa di dalam kesusahannya Tiada kasih sayang, manusia menderita Tiada kasih sayang, tiada saudara Tiada kasih sayang, tiada ukhwah, tiada perpaduan Tanamkanlah kasih sayang secara mengkota, bukan berkata
Selepas Asar 03 - 05 - 1997 250

PERJUANGAN

171

CINTA TUHAN PENGIKAT CINTA MANUSIA ASIH sayang adalah trah semula jadi manusia Ia adalah makanan jiwa Penyubur jiwa, penceria muka Sangat diperlukan oleh setiap hati insan Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan sangat berhajat kepadanya Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan zikal Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber kebahagiaan manusia Dari kasih sayang manusia bersaudara Bertimbang rasa, bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela Perikemanusiaan wujud, kemesraan sentiasa berbunga Mudah bertolak ansur di dalam setiap perkara Dari kasih sayang hasad dengki kurang Kata-mengata, hina-menghina jarang berlaku di kalangan manusia Suburkanlah kasih sayang! Bermula daripada mencintai Tuhan pencipta manusia Cintakan Tuhan adalah anak kunci cintakan sesama manusia Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia sesama mereka Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat Tidak akan terjadi dengan hanya slogan-slogan Juga tidak akan berlaku hanya di majlis-majlis makan Oleh itu siapa sahaja yang inginkan memperjuangkan perpaduan Perjuangkanlah kasih sayang Dengan memperjuangkan cintakan Tuhan khaliqul alam Cintakan Tuhan adalah menjadi pengikat cinta sesama manusia
Selepas Asar 07 - 11 - 2000 251

KOLEKSI SAJAK SIRI III

172

ALANGKAH SUSAHNYA MENAGIH KASIH LANGKAH susahnya menagih kasih, laksana mutiara yang sudah hilang Cari di sana, cari di sini, merata tempat dicari sudah tiada lagi Aduh, hati ini ibarat bendang yang sudah gersang Merekah di sana merekah di sini Kerana hujan kasih sudah lama tidak menyiramnya lagi Kasih sayang sudah tiada lagi entah ke mana hilangnya Sedangkan kasih sayang itu sangat diperlukan setiap insan Manusia kini tercari-cari kasih sayang penghibur jiwanya Namun demikian mutiara jiwa yang hilang itu tidak juga dijumpa Aduh, kosongnya jiwa manusia setiap masa Sudahlah rasa bertuhan sudah tiada, kasih sayang pula hilang Hidup di dalam keluh-kesah dan gelisah Akibat dari itu, mudah merajuk dan mudah marah-marah Tuhan! Tanamkanlah rasa mencintai-Mu di dalam hati kami Kalau kasih sayang dari manusia tiada, cukuplah kami dengan-Mu Moga-moga hati yang kosong ini terubatlah sudah Tiada kasih yang lebih agung dari mengasihi-Mu Tuhan Inilah harapan kami Tuhan, jangan biarkan kami terumbang-ambing Kasihanilah kami, selamatkan kami, Tuhan Tuhan kalau kasih sayang kami dengan-Mu berbunga Kasih-Mu kepada kami berbalas pula Segala-gala masalah kami terungkai dan selesai

31 - 03 - 1997 252

PERJUANGAN

173

KASIH SAYANG SUDAH MATI ETIAP manusia merindui kasih sayang Tapi di mana dia? Kasih sayang sudah mati! Manusia inginkan simpati terutama di waktu susah Tapi di mana ada? Di mana? Simpati kan sudah hilang Manusia inginkan pertolongan, terutama di waktu perlu Pertolongan sudah gersang Setiap manusia inginkan kawan Kerana itu adalah trah semula jadi Mana ada kawan di waktu ini Yang ada hanya kenalan Kawan sudah tidak ada lagi Manusia inginkan perlindungan Daripada para pemimpin dan ulama Di mana hendak didapatkan perlindungan? Perlindungan sudah koyak-rabak Terdedahlah manusia kepada kejahatan Terdedahlah manusia kepada kesesatan Entah bermacam-macam lagi keinginan manusia yang dicari Untuk keselamatan hidupnya Tapi semuanya atau segala-galanya sudah hilang Bilakah barang yang hilang di kalangan manusia itu ditemui lagi?

Selepas Asar 07 - 08 - 1999 253

KOLEKSI SAJAK SIRI III

174

IKATAN KASIH SAYANG DALAM MASYARAKAT ADIKANLAH kemesraan dan harta penghubung kasih sayang sesama manusia Jawatan dan pengaruh membela semua bangsa Jadikanlah ilmu penghubung kasih di antara guru dan yang memerlukan atau murid-muridnya Si guru merasa dapat anak dari murid-muridnya Si murid merasakan mendapat ayah dari gurunya Berlakulah perhubungan di antara murid dan guru laksana ayah dengan anak-anaknya Begitulah hendaknya setiap orang jadi guru Juga begitulah semestinya setiap orang yang jadi murid Jadikan majikan dan buruh-buruhnya merasa satu sama lain bertolong bantu Buruh memerlukan majikan, majikan memerlukan buruh Setiap orang merasa bahawa majikan terhutang budi dengan buruhnya Dan buruh terhutang budi pula dengan majikannya Kalaulah setiap golongan itu seperti yang disebut begitu perasaannya Akan terjadilah kasih sayang sesama manusia Tapi apa yang berlaku sekarang ini Kemesraan dan pengorbanan harta ada udang di sebalik batu Ada maksud peribadi yang tersembunyi Begitu juga guru merasa adanya murid di situlah gajinya Murid pula merasakan bertemu guru inginkan ilmu untuk kehidupan masa depannya Seterusnya majikan merasakan buruhnya adalah kulinya Buruh pula merasa bahawa majikannya adalah tuannya

254

PERJUANGAN

Kalau satu pihak merasa tuan dan satu puak lagi merasa kuli Tidak mungkin terjadi kasih sayang sesama manusia Sedih di zaman ini peranan dan fungsi manusia segala-galanya telah berubah Masing-masing ada tujuan peribadi dan kepentingan diri

Lepas Asar 28 - 09 - 1999 255

KOLEKSI SAJAK SIRI III

175

KASIH SAYANG TELAH HILANG ETIAP manusia inginkan kasih sayang Kerana ia adalah makanan jiwa Tapi di mana ada kasih sayang? Kasih sayang telah hilang Seolah-olah setiap orang berkata: Aku minta kasih sayang dari ibu bapaku Kasih sayang keduanya telah hilang Aku minta dengan isteri atau suami, dia buat biasa sahaja Aku minta kasih sayang dengan adik-beradikku Kasih sayang mereka juga telah gersang Aku tagihkan kasih sayang dengan guru-guruku Kasih sayangnya juga telah kering ketandusan Aku cari kasih sayang dengan pemimpinku Kasih sayangnya lebih-lebih lagi telah hilang entah ke mana perginya Aku cuba mencari kasih sayang dengan kawan-kawanku Kasih sayang mereka juga entah ke mana hilangnya Aku cuba meminta-minta kasih sayang dengan orang ramai Aduh, kasih sayang mereka juga sudah kering-kontang Begitulah setiap manusia sudah kehilangan kasih sayang Juga kasih sayang itu telah hilang daripada orang yang hendak menagihnya Setiap orang sudah tidak membawa kasih sayang lagi Kita pun tidak dapat dari mereka Mereka pun tidak mendapat dari kita Aduh, sungguh mahal kasih sayang di akhir zaman Hingga susah hendak menemuinya Kerana itulah manusia hari ini hidup resah, gelisah, derita dan kecewa
Menjelang tidur 17 - 12 - 1999 (9 Ramadhan) 256

PERJUANGAN

176

BAGAIMANA HENDAK BERKASIH SAYANG KALAU LIDAH TIDAK DIJAGA AGAIMANALAH hendak berlaku hidup kasih sayang, bahagia dan harmoni?! Lidah tidak dijaga, ia bercakap sesuka hatinya sahaja Banyak hati-hati yang cacat Kalau ada yang bersalah tidak ada yang hendak meminta maaf Yang tidak bersalah tidak ada yang hendak memberi maaf bahkan berdendam pula Kalau ada gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat Masing-masing menuding jari, mencari kesalahan orang Untuk menutup kesalahannya sendiri, maka dikutuknya yang dikambing-hitamkan Maka orang yang tidak bersalah pun terzalim dan teraniaya Orang yang bernasib baik sombong, tidak mahu merendah diri Yang tidak bernasib baik hasad dengki Budaya bertimbang rasa, bertolak ansur, berlapang dada sudah mati Yang senang, senang sendiri Yang susah dan menderita terbiar tidak ada siapa ambil peduli Mencari nama, glamour, kekayaan menjadi budaya Hidup nafsi-nafsi, jaga diri sendiri Padahal apabila kasih sayang hilang, harmoni tiada Semua golongan hilang bahagia Setiap orang menderita dan sengsara Di waktu itu hendak berjumpa orang macam hendak bertemu ular, harimau dan singa Tidak bertemu orang manusia tidak mungkin hidup keseorangan Apabila bertemu orang aduh,
257

KOLEKSI SAJAK SIRI III

takut dan bimbang sahaja Masing-masing prejudis satu sama lain Bersangka jahat sesama sendiri Aduh, bertemu pun seksa, tidak bertemu pun seksa

Selepas Asar 14 - 07 - 2000 258

PERJUANGAN

177

JIKA KASIH SAYANG TIDAK WUJUD IKA kasih sayang sudah tidak wujud di kalangan manusia, perpaduan tidak akan berlaku Kalau kasih sayang sudah hilang, bekerjasama jika berlaku adalah secara terpaksa dan pura-pura Manakala kasih sayang sudah gersang, perikemanusiaan pun hilang Jika kasih sayang sudah tidak ada, yang miskin papa tidak akan terbela Bertimbang rasa sesama manusia pun tidak akan ada Orang yang susah akan terbiar di dalam penderitaan Jikalau kasih sayang sudah hilang, orang yang teraniaya tidak akan ada orang yang membela Penzalim-penzalim bermaharajalela tidak siapa yang akan menghalang Bila kasih sayang hilang mudah sahaja terjadi perbalahan dan permusuhan Mudah sahaja berlaku pergaduhan dan perkelahian di kalangan manusia Apabila kasih sayang hilang maaf-bermaafan payah berlaku di dalam pergaulan Masing-masing individu-individu prejudis satu sama lain Kalau begitu di manalah kebahagiaan dan keharmonian Sudah tentu kebahagiaan dan keharmonian hilang Hiduplah manusia di dalam ketakutan dan kebimbangan Jiwa manusia tidak tenang, kiran berserabut dan kusut Barulah kita sedar kasih sayang adalah anak kunci segala kebaikan Kasih sayang tidak akan wujud jika setiap insan tidak mencintai Tuhan Cintakan Tuhan rahsia kasih sayang sesama manusia Kalau inginkan perpaduan, berjuanglah untuk menanamkan rasa cinta dengan atau kepada Tuhan

259

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Secara automatis akan berlaku kasih sayang sesama manusia Di sini kita faham, perpaduan bukan boleh berlaku sekadar slogan-slogan Lebih-lebih lagi perpaduan tidak akan wujud dengan diakta dan diundang-undangkan Kerana perpaduan adalah bersifat kejiwaan Kalau jiwa kasih sayangnya sudah hilang bagaimana mungkin lahir perpaduan?!

Lepas Asar 11 Safar 1421 260

PERJUANGAN

178

PERINGKAT-PERINGKAT KASIH ASIH ada berbagai-bagai peringkat ada yang sejati, ada yang tidak hakiki Cinta atau kasih ada yang mudah luntur, ada yang payah hendak luntur Ia adalah satu sifat ada yang berpanjangan, ada yang tercicir di dalam perjalanan hidup Setiap kasih yang berlaku ada yang bersebab ada yang semula jadi Kasih ada yang asli dan ada yang aradhi Berlakunya kasih atau cinta seseorang terhadap atau kepada seseorang tidak sama Ada yang cinta dan kasih semula jadi Yang langsung tidak ada hubungkait dengan benda dan kebendaan Seperti kasih anak kepada ibu bapanya Sekalipun ibu bapa itu miskin, cacat, tidak ada pangkat, buruk Namun anaknya tetap cinta dan kasih kepada ibu bapanya Kasih semula jadi ini payah luntur kecuali kalau ibu bapanya terlalu kejam Ada kasih kerana kecantikan seseorang wanita, kerana tubuh badannya yang seksi Kasih ini ada hubungan dengan rangsangan nafsu Kalau sebab-sebab ghairahnya nafsu sudah hilang Seperti sudah tua, atau kecantikan hilang disebabkan sakit, atau kemalangan yang mencacatkan badan Kasih pun hilang, kecuali ada pada perempuan itu akhlak yang mulia Kasihnya masih tersangkut disebabkan akhlaknya Berlaku juga kasih atau cinta disebabkan ilmu atau kepandaian seseorang Terjatuh hati dengan ilmunya, maka automatik jatuh hati kepada orangnya
261

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kasih ini juga mudah luntur Jika orang itu rosak akhlaknya, hilang kasihnya Tidak kurang juga kasih seseorang pada seseorang kerana ternama dan ada glamour Dia jatuh hati pada orang itu kerana terkenalnya orang itu Cinta yang begini juga mudah luntur Jika orang itu sudah tidak terkenal mungkin kerana sakit, atau jatuh wibawanya Mungkin juga jatuh pangkatnya, luntur pula kasihnya pada orang itu Biasa juga berlaku cinta seseorang pada seseorang kerana hartanya Kekayaanlah membuatkan dia jatuh hati Kasih yang seumpama ini mudah sahaja pudar Jika hilang kekayaan, atau ditimpa miskin dan papa-kedana luntur pula kasihnya Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pangkat dan kedudukan yang tinggi di dalam sesuatu jawatan Dia terpikat dengan kedudukannya Kasih yang semacam ini juga mudah luntur Di waktu ada pangkat kasih berbunga, di waktu pangkat tidak ada kasih hilang entah ke mana Di dalam pada itu ada orang terpaut dengan seseorang kerana kuat dan gagah Hatinya pun terpaut dengan orang itu Cinta yang begini juga palsu Apabila orang itu lumpuh atau lemah kerana penyakit Kasih pun hilang, orang yang dikasihi dahulu tinggal seorang Ramai orang di dunia ini jatuh hati dan cinta pada orang yang akhlaknya tinggi Seperti pemurah, juga kasih sayang, merendah diri, mesra, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur, Berlemah lembut pakaiannya, mengutamakan orang budayanya dan lain-lain lagi sifat yang mulia Pada orang ini semua golongan jatuh hati dan cinta Orang ramai mabuk dengannya, sekalipun orang yang jahat perangainya
262

PERJUANGAN

Walaupun dia seorang kar Kecuali orang yang hasad dengki sahaja Yang sebenarnya kasih yang hakiki yang kekal abadi Cinta yang murni dan ikhlas yang tidak bersifat kebendaan Kasihkan Allah Tuhan yang ada pada-Nya segala-galanya Kasih yang tidak akan berhadapan dengan cacat celanya Sekalipun Tuhan tidak dapat dilihat oleh mata Tapi dia terasa ada-Nya di dalam jiwa Cinta ini hanya diperolehi oleh orang yang bertaqwa Cinta yang luar biasa Sesiapa yang memperolehinya tidak mampu lidah bercerita

Selepas ekspedisi 02 - 09 - 2001 263

KOLEKSI SAJAK SIRI III

179

SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA UKAN senang untuk mendapat kawan yang setia Boleh berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu kiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta Waktu sakit diziarahi Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan Kesusahan kawan kesusahannya Kesedihan kawan adalah kesedihannya Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga Ia merasakan maruah diri sendiri juga Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah bertanya-tanya Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat Mengutamakan kawan dari dirinya Selepas mati keluarganya tetap dihubungi Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini Macam kita gambarkan tadi Penulis pun belum boleh setia dengan kawan Aku memohon ampun kepada Tuhan Kerana belum boleh setia dengan kawan

Lepas Asar 25 - 09 - 1999 264

PERJUANGAN

180

WATAK KAWAN TERHADAP KAWAN ALAU engkau miskin, sabar atau redhalah, jangan meminta-minta Meminta-minta itu adalah jatuh maruah dan air muka Kalau engkau kaya, jadilah pembela orang-orang yang susah Juga korbankan harta untuk sabilillah Kalau engkau pemimpin, jadilah pelindung Berilah kasih sayang kepada pengikut-pengikut Seperti bapa kepada anak-anaknya Urus agama mereka Berilah ilmu untuk penyuluh hidup mereka Urus makan minum mereka Berilah simpati di waktu susah seperti ziarah atau beri nasihat Dengarlah pengaduan mereka Mengadu itu cara mereka bermanja-manja Kerana salah satu watak pemimpin itu adalah berwatak ibu Ibu tempat anak-anak bermanja Kalau engkau kawan, utamakan kawan lebih dahulu daripada dirimu Bantulah di waktu dia kesusahan Setidak-tidaknya tunjukkan simpati Serta lahirkan rasa sedih di waktu kesedihannya Bantulah lebih dahulu sebelum dia meminta Tanda kita peka dengan kehidupan mereka Bahkan keluarga mereka juga kenalah jaga Ambillah berat tentang kehidupan mereka Bagaimana makan minumnya, tempat tinggalnya, rumahnya Sakit peningnya dan kesusahannya Begitulah sifat atau watak seorang kawan terhadap kawannya
24 - 09 - 1999 265

KOLEKSI SAJAK SIRI III

181

UMAT ISLAM SUDAH NAFSI-NAFSI E MANA sahaja kita pergi terasa sepi Sekalipun di tempat ramai Ke mana sahaja kita berada, kita rasa macam berdagang di negeri orang Padahal di negeri sendiri Kerana tidak ada siapa yang ingin bertanya, berkenal dan bermesra Lebih-lebih lagi tidak akan ada sesiapa Yang mengajak ke rumah sebagai tetamunya Tegur sapa sesama umat Islam terlalu kurang Memberi salam jarang sangat berlaku Kalau kita orang yang baru datang di satu tempat Dia pandang kita, kita pandang dia Namun tegur sapa ingin tahu sudah jarang terjadi Hanya pandang-memandang, namun ingin berkenal jauh sekali Umat Islam hari ini masing-masing satu sama lain curiga-mencurigai Kerana itulah kemesraan sudah tidak ada lagi Ingin berkenal satu sama lain sudah tidak perlu Betapalah untuk mendapat kawan, jauh panggang dari api Aduh, sepinya dunia ini Walaupun di dalam hiruk-pikuk manusia Sekalipun di tengah ramai Tapi umat Islam sudah hidup nafsi-nafsi Masing-masing menjaga diri Satu sama lain tidak percaya-mempercayai Sungguh rasa asing sekali ke mana kita pergi Sungguh rasa sepi di mana sahaja kita berada Di negeri sendiri terasa macam berdagang di negeri orang Sekarang ini seolah-olahnya kita musar sepanjang masa Kerana orang tidak ingin
Lepas Zuhur 25 - 09 - 1999

266

PERJUANGAN

182

JIWA SUDAH HILANG I WAKTU manusia hidup nafsi-nafsi Di masa manusia mementingkan diri Ketika sifat kemanusiaan telah tercabut di dalam hati Kerana rasa bertuhan sudah mati, rasa kehambaan punah sama sekali Aduh seksanya hidup Walaupun hidup di dalam masyarakat ramai terasa sepi Inginkan kasih sayang, kasih sayang sudah hilang Mahukan simpati, ia telah mati Inginkan bantuan, bantuan telah gersang Tidak ada seorang pun yang boleh dipercayai lagi Kerana kejujuran dan amanah telah punah Dengan siapalah hendak mengadu Bukan sahaja pengaduan tidak dipeduli Bahkan adakalanya dikhianati dan ditipu pula Aduh sedihnya! Manusia sudah kehilangan jiwanya Kerana itu timbang rasa sudah tiada Manusia sudah kehilangan hatinya Lantaran itulah cinta-mencintai sudah mati Tuhan! Berapa lama lagikah Engkau biarkan kami hidup begini?! Bila lagikah seorang penyelamat Engkau lahirkan di kalangan kami?! Agar mengembalikan rasa bertuhan yang sudah mati Dan mengembalikan kasih sayang yang sudah hilang Agar manusia hidup sesama mereka bagaikan satu keluarga

Menjelang tidur 24 - 08 - 1999 267

KOLEKSI SAJAK SIRI III

183

SUSAH MENCARI SAHABAT I AKHIR zaman, di zaman moden, di zaman sains teknologi Susah mencari sahabat Sejak dari zaman persekolahan Disambung di zaman dewasa Berterusanlah ke zaman tua, sahabat sentiasa bertukar ganti Bersahabat payah hendak kekal sampai ke mati Ia sentiasa silih berganti Ada yang datang ada yang pergi Yang pergi tidak datang lagi Yang datang bilakah hendak lari?! Susah mendapat sahabat yang kekal sampai mati Bersahabat tidak menentu Ada yang setakat zaman persekolahan Habis persekolahan habislah persahabatan Ada yang setakat sebelum berkeluarga Setelah beristeri, sahabat lari tidak tahu mana pergi Kalaupun tahu dia tidak sudi bersahabat lagi Ada yang setakat sebelum bekerja Setelah bekerja dia pun lari Kalaupun bertemu tidak semesra dulu Jika hendak dirapati semula dia lari-lari Ziarah-menziarahi jauh sekali Adakalanya putus persahabatan kerana berlainan ideologi Kita Parti A, dia Parti B Rindu-merindui sudah mati berkubur sama sekali Adakalanya putus persahabatan, kedudukan tidak selari Satu orang besar, satu orang kecil Yang seorang rasa terhina untuk bertemu Yang seorang lagi rasa malu untuk didekati

268

PERJUANGAN

Haluan masing-masing engkau engkau, aku aku Satu ke hilir, satu ke hulu Yang satu menjaga status Yang satu lagi rasa tidak kufu Satu helang, satu pipit Begitulah berlaku di seluruh negara, bahkan dunia Persahabatan tidak mahu kekal sampai ke mati Di dalam suasana beginilah kita membangun Di dalam keadaan tautan hati telah mati, kita sedang maju Apakah kemajuan dan pembangunan boleh menyelamatkan kita dalam keadaan begini!?

Selepas Subuh 20 - 05 - 1997 (12 Muharam 1418) 269

KOLEKSI SAJAK SIRI III

184

KEMISKINAN DIJADIKAN BAHAN PROPAGANDA ISKIN dan kemiskinan telah dijadikan bahan propaganda Kemiskinan telah dijadikan isu menyalahkan dan tuduh-menuduh di kalangan pejuang-pejuang Miskin dan kemiskinan telah dijadikan isu mencari nama dan glamour Sepatutnya miskin dan kemiskinan tempat orang-orang yang berjuang membela mereka Menggembar-gemburkan orang miskin adalah satu penghinaan terhadap mereka Sudahlah mereka miskin, dijadikan alat pula oleh pejuang-pejuang mencari nama Fakir miskin bukan sahaja semua golongan patut membantu dan menolongnya Bahkan mereka didekati, diziarahi dan duduk bersama mereka Hati mereka perlu dijaga Bukan sahaja bantuan material patut diberi kepada yang tiada empunya Yang lebih utama kasih sayang patut diberi untuk rohani mereka Kemiskinan bukan boleh diselesaikan dengan meriuh-rendahkan berita mereka Yang penting bantuan diberi, berita mereka jangan didedah ke seluruh dunia Mereka pun ada maruah, air muka kenalah dijaga Berita mereka didedahkan, mereka tentu mendapat malu sebagai manusia Kecuali mereka yang maruah diri sudah musnah sama sekali Sepatutnya semua golongan maruah mereka
270

PERJUANGAN

patut dijaga Berilah pertolongan secara senyap-senyap, tanpa masyarakat umum tahu Didiklah mereka lahir batin Agar kesusahan orang ramai dibantu, mereka tidak pula meminta-minta

Selepas ekspedisi 02 - 09 - 1999 271

KOLEKSI SAJAK SIRI III

185

FAKIR MISKIN DIJADIKAN BAHAN PUBLISITI PA sudah jadi! Fakir miskin sudahlah malang Hidup susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Mereka dijadikan subjeknya pula oleh petualang-petualang Oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak memikirkan perasaan orang Mereka dijadikan bahan publisiti untuk kepentingan diri Mereka diberi bantuan bukanlah seberapa Mereka diisytiharkan di seluruh dunia di media massa Malunya mereka dijadikan bahan berita Mereka juga dijadikan bahan propaganda Untuk menjatuhkan lawan politiknya Kerana tidak mempedulikan mereka menderita Untuk mengangkat diri sebagai pembela Menuduh si polan si polan itu bukan pembela Kasihan fakir miskin Telah menjadi mainan oleh para pemimpin Mereka dijadikan alat Sekaligus menaikkan diri sebagai pembela konon Orang yang ikhlas bantu sahajalah mereka senyap-senyap Tanpa heboh-heboh dan bising-bising Mereka terbela tanpa orang tahu Selamatlah mereka daripada mendapat malu Maruah mereka sama-sama kita jaga Isytihar kemiskinan mereka bukan caranya Kerana mereka juga ada maruah

272

PERJUANGAN

186

FAKIR MISKIN SASARAN PEMIMPIN LANGKAH kasihan si fakir miskin Sudahlah papa-kedana Mereka dijadikan sasaran para pemimpin pula Bukan sasaran untuk menolong mereka tapi sasaran untuk mencari nama Untuk menjatuhkan lawan atas nama mereka Para pemimpin masing-masing menggunakan mereka Tapi setengah fakir miskin tidak mengerti Ada yang gembira, berita mereka dipapar di media massa Mereka tidak sedarkan diri Pemimpin menggunakan nama mereka Dengan tujuan mencari nama Agar rakyat menganggap mereka pembela Kalaupun mereka memberi, pemberian mereka tidak sampai ke mana Yang penting pada mereka pemberian itu diberi berita Agar mereka dianggap pembela fakir miskin Padahal sedikit pun tidak ada di dalam hati mereka cintakan fakir miskin Tapi pemberian yang sedikit itu penting buat mereka untuk berita di media massa Pilihan raya sudah hampir tiba Moga-moga budi mereka dikenang juga Undi untuk mereka

273

KOLEKSI SAJAK SIRI III

187

ORANG KAYALAH MEMBUAT MASALAH ANG sebenarnya orang yang kayalah di dunia ini menjadi masalah Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat Sistem ekonomi mereka riba adalah menjadi punca rakyat teraniaya Mereka monopoli di bidang ekonomi Merekalah yang menentukan harga bahan mentah yang dibeli dari rakyat Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang yang hendak dijual kepada umum Kerana mereka ingin untung banyak, bahan mentah dibeli dengan harga yang murah Setelah jadi barang, dijual pula dengan harga yang mahal Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang yang terlalu mahal Ditambah lagi rasa malang, timbul rebutan dan saingan Bakhil pun timbul, tidak mahu menolong fakir miskin Orang yang susah bertambah susah, si miskin bertambah miskin Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup atau ingin senang, jual diri dan maruah Gaji buruh pula terlalu murah Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh Makin lama, di antara orang kaya dengan orang miskin jurang kehidupan mereka terlalu jauh bezanya Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat
274

PERJUANGAN

Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama Golongan yang miskin ini akhirnya sedar Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia Demonstrasi di sana sini Kidnap, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari Akibatnya keamanan tidak wujud Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan, orang ramai tergugat keselamatannya Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah

Menjelang Zuhur 09 - 10 - 1999 275

KOLEKSI SAJAK SIRI III

188

KEMISKINAN BUKAN MASALAH EMISKINAN bagi orang beriman bukanlah satu masalah Sama ada yang ditimpa kemiskinan mahupun yang kaya Si miskin terhibur dengan kemiskinan kerana dapat pahala sabar Yang kaya pula tempat dia berhibur untuk menyukakan hamba Allah Si miskin tidak meminta-minta, si kaya pula tempat cari pahala Si kaya pun gembira ada tempat mereka membela Si miskin pula redha apa yang ada Kemiskinan bukan sahaja tanggungjawab negara semata-mata Tapi tanggungjawab semua manusia Terutama jiran yang rapat, dan juga keluarga yang terdekat Selepas itu jiran sekampung dan juga keluarga yang jauh titisan darahnya Jadi kalau setiap golongan itu bertanggungjawab Tidak ada orang miskin yang menjadi susah Tapi hari ini kerana tidak ada iman atau iman lemah Fakir miskin meminta-minta kerana tidak ada sabarnya Si kaya tidak mahu memberi kerana bakhil dengan hartanya Bagaimana kemiskinan tidak menjadi masalah Si kaya tidak mahu memberi, si miskin sabarnya tiada

Menjelang tidur 10 - 09 - 1999 276

PERJUANGAN

189

REDHALAH DENGAN KEMISKINAN ERBAHAGIALAH fakir miskin yang redha Kewajipan mereka ringan, tanggungjawab mereka kurang Terhiburlah hendaknya mereka Kerana tentang mereka Nabi ada bersabda yang bermaksud lebih kurang: Ya Allah, jadikan aku miskin, dan jadikan aku cintakan orang miskin dan dudukkan aku bersama-sama fakir miskin Ini tidak pun disabdakan oleh Nabi kepada orang-orang kaya Untunglah orang miskin yang redha Hisabnya sedikit, orang kaya hisabnya banyak Setiap hajatnya yang tidak dapat diberi pahala Amal ibadah yang sedikit besar nilainya Bergembiralah wahai orang-orang miskin Di dalam kitab ada diberitakan Bahawa di dalam Syurga ramai di kalangan mereka Mereka mendapat kasih sayang dari Rasul Ini tidak diperolehi oleh orang kaya yang berharta Tapi ingat kalau mereka tidak sabar dengan kemiskinan Tidak redha apa yang menimpa mereka Mereka mengeluh dan rasa kecewa Lebih-lebih lagi rasa putus asa Di dunia rugi, di Akhirat Neraka Oleh itu redhalah dengan kemiskinan

Selepas Zuhur 14 - 09 - 1999 277

KOLEKSI SAJAK SIRI III

190

FUNGSI ORANG MISKIN DAN KAYA I DALAM masyarakat manusia Allah Taala jadikan satu sama lain tidak sama Di antaranya adanya miskin dan kaya ada hikmahnya Miskin walaupun tidak diminta, ia diperlukan Kaya juga di dalam masyarakat lebih-lebih lagi Adanya miskin dan kaya satu keindahan Di situ ada kerjasama dan perlu-memerlukan Kalau semua orang kaya, kaya yang tidak mempunyai apa-apa Kerana banyak keperluan hidup yang orang kaya tidak mampu menyediakan, tiada siapa yang mengadakan Ertinya akan terjadi kaya yang menyusahkan Lebih-lebih semuanya miskin, lagi menyusahkan dan menyulitkan Adanya fakir miskin membolehkan si kaya membela, dapat pahala Timbul kasih sayang dari bantuannya Fakir miskin mendapat hiburan dari pembelaan Terjalinlah di antara orang kaya dan orang miskin jalinan persaudaraan Persaudaraan tidak ada manusia yang menolaknya Fitrah manusia semuanya sama, persaudaraan diperlukan Bukankah indahnya adanya miskin dan kaya Bilamana setiap orang itu berfungsi mengikut kedudukannya Lahirlah buahan ukhwah dan perpaduan Memang semua orang sangat memerlukan Kalau begitu apalah yang menjadi masalah dengan kemiskinannya? Tidak ada masalah, kerana masalah itu
278

PERJUANGAN

membawa kebaikan Melainkan setelah manusia rosak jiwanya Si miskin tiada sabarnya, si kaya tidak mahu membela Maka lahirlah dua puak yang begitu jauh jurangnya Satu sama lain sentiasa bermusuh-musuhan Akibatnya kedua-dua puak mendapat kesusahan

Selepas ekspedisi 11 - 09 - 1999 279

KOLEKSI SAJAK SIRI III

191

MISKIN BUKAN SATU KESALAHAN ISKIN bukan satu kesalahan atau satu masalah Yang salah kerana miskin mencuri, menipu dan meminta-minta, kerana tidak redha Yang menjadi masalah, orang kaya dan orang yang berharta Dia sudah kaya, merasa tidak ada Suka banyak harta, merasa tidak cukup-cukupnya Suka menimbun-nimbun dan menompok-nompok, tanpa menginfakkannya Penyakit tamak pun tiba, penyakit bakhil pun ikut sama Kapitalis monopoli harta negara Bahan-bahan mentah dikontrol oleh mereka Harga barang mereka yang menentukannya Orang miskin dan buruh dijadikan hamba Kemudian disalahkan si miskin yang menderita Orang miskin bukan hendak ditolong Tapi mengambil kesempatan mengguna tenaga fakir miskin untuk mencari kekayaan Sudahlah orang miskin susah dan menderita Diperhamba pula oleh orang kaya yang tidak pernah merasa cukup Oleh itu bukan orang miskin yang menjadi masalah Yang menjadi masalah di dalam kehidupan adalah orang kaya dan punyai harta Kerana mereka rasa miskin lebih daripada si miskin Orang miskin terbiar tidak ada siapa yang membela Tapi tidak pernah orang menganggap orang kaya yang membuat masalah Tidak pernah dituduh orang kaya yang bersalah Tapi yang menjadi sasaran tuduhan adalah si miskin yang menderita

280

PERJUANGAN

Kerana yang menuduh itu orang yang kaya juga Kerana hendak menyorokkan kesalahan, dituduhlah fakir miskin pemalas Kalaupun ingin membantu, untuk mencari nama dan glamour Pemberiannya tidak sampai ke mana, fakir miskin pula terhina Begitulah watak dunia akhir zaman Orang yang miskin dan susah tidak ada pembela

24 - 09 - 1999 281

KOLEKSI SAJAK SIRI III

192

JASA ORANG MISKIN NGIN kami mengingatkan saudara dan saudari, tuan dan puan Jasa fakir miskin yang selama ini kita lupakan Setengah orang pula memandang jijik dan menghinanya Kalau kita renungkan, masya-Allah mereka telah berjasa kepada bangsa dan negara Cuba gambarkan kalau fakir miskin tiada atau tiada bekerjasama Apa akan jadi kepada bangsa dan negara dan kepada kita semua Beras dan sayur, lauk-pauk, siapa yang menyediakannya Di ladang-ladang kapas, di fabrik-fabrik benang dan kain siapa yang bekerja? Sudah tentu tiada apa yang dimakan Apatah lagi mana hendak dicari kain untuk dipakai Bagaimana pula tempat tinggal kita tiada buruh kasar membinanya Sudah tentu tiada erti kuasa dan kaya, kalau tempat tinggal tidak selesa Marilah kita renungkan betapa besarnya jasa mereka Entah berapa batang dan panjangnya jalan raya yang mereka bina Setiap hari mengeluarkan keringat membanting tulang Kerja di ladang dan membangun negara Untuk hasil dan kemajuan serta makanan semua kaum dan bangsa Setiap hari mereka dilambung ombak menangkap ikan, nelayan namanya

282

PERJUANGAN

Untuk kepentingan orang lain, sedangkan mereka tidak menjadi kaya Adakalanya tenggelam di laut untuk bangsa dan negara Marilah bersama-sama kita mengenang jasa mereka Marilah bersama-sama kita bantu kehidupan mereka Marilah kita berdoa agar mereka menjaga syariat Moga-moga kerja mereka diberi pahala

30 - 03 - 1997 283

KOLEKSI SAJAK SIRI III

193

ALLAH JADIKAN MANUSIA TIDAK SAMA LLAH jadikan manusia satu sama lain tidak sama Allah jadikan begitu adalah rahmat dari-Nya Kalau manusia dijadikan sama saja, manusia akan sengsara Di sinilah rahsia yang tersembunyi banyak manusia tidak mengetahui Ada manusia yang kaya, untuk ekonomi bangsanya Ada manusia yang berilmu, untuk kemajuan negaranya Ada manusia yang berkuasa, untuk kepentingan rakyatnya Ada yang memikul senjata, untuk mengawal kedaulatan agama, bangsa dan negara Manusia yang miskin perlu ada, kerana itu Allah wujudkan Kerja-kerja berat, kerja-kerja pembangunan, tulang urat mereka sangat diperlukan Doa mereka diperlukan juga untuk keselamatan negara Mereka jangan dihina, tapi uruslah kehidupan mereka Kalau semua golongan faham dan boleh bekerjasama Kehidupan mereka tidak akan diabaikan Mereka pula jangan terasa hina, mereka juga boleh berjasa Yang penting setiap orang masing-masing faham kedudukannya dan meletakkan diri pada tempatnya Kemudian berjuang dan berkorbanlah mengikut kemampuan dengan ikhlasnya Hormat-menghormatilah satu sama lain, setiap orang ada jasanya Berkasihsayanglah, kerana satu sama lain perlu-memerlukan Janganlah hina-menghina, lebih-lebih lagi kata-mengata Setiap orang ada gunanya, jika mahu dimanfaatkan tenaganya

Selepas Asar 30 - 03 - 1997 284

PERJUANGAN

194

MASYARAKAT MUKMIN MEMANG UNIK ASYARAKAT orang mukmin itu memang unik Orang-orang kaya, tidak sempat berlaku kaya Kerana apabila mendapat harta atau apa-apa nikmat, tidak sempat disimpan lama Terus sahaja diagihkan Dapat lagi, diagih lagi kepada orang yang patut menerimanya Begitu juga orang yang miskin, tidak jadi miskin berlama-lama Dia tetap diistilahkan miskin kerana sumber usahanya tidak ada Namun kehidupannya semakin tidak miskin Kerana masyarakat sentiasa mengutamakannya Setiap orang memikirkannya Kerana orang ramai tahu yang dia miskin Dia tempat sasaran pemberian orang ramai Kerana itulah di dalam masyarakat orang mukmin Orang kaya dengan orang miskin tidak jauh bezanya Yang berada tidak sempat kaya berlama-lama Atau tidak akan menjadi sangat kaya Kerana dia sentiasa sahaja menginfakkan hartanya Yang miskin pula tidak sempat miskin berlama-lama Atau tidak menjadi miskin sekalipun dia diistilahkan miskin Kerana dia tempat orang ramai mencurahkan sedekah dan bantuannya Begitulah indahnya hidup di dalam masyarakat orang mukmin Orang kaya sentiasa berkorban Orang miskin adalah tempat orang ramai memberi bantuan Akhirnya masyarakat mukmin sentiasa makmur Berkat dan rahmat Allah sentiasa mencurah-curah Kita merindui masyarakat yang beginilah
Menjelang tidur 21 - 12 - 1999 (13 Ramadhan) 285

KOLEKSI SAJAK SIRI III

195

ANTARA PENYAIR SEKULAR DAN PENYAIR MUKMIN ENYAIR-PENYAIR sekular selalu memuja betina Dicintai, dikagumi dan dikhayali di dalam hati Bunga-bunga yang mekar yang indah di taman ikut serta dipuja Digambarkan dengan bahasa yang indah untuk menyentuh rasa Gelombang air laut yang menghempas dan memulas dikagumi Digambarkan di dalam tulisan untuk mempesona manusia Begitulah seterusnya memuja-muja benda dan benda yang berbagai-bagai jenisnya Berkir dan berkhayal yang tidak ada matlamat dan tujuannya Berlainan sekali dengan penyair-penyair mukmin yang sejati Di dalam syair-syairnya Tuhanlah yang dipuja dan dicintai Diagungkan dan dibesarkan serta diingati di dalam hati Tuhan adalah pemimpin dan idolanya yang ditakuti dan dirindui Setiap keindahan yang dilihat dan setiap perkara yang digeruni Terus teringat penciptanya Betapa Qudrat, Iradah dan pentadbiran dan bijaksana Tuhannya Setiap yang dilihat Tuhan terus mengusik-usik hati Berbagai-bagai perasaan yang datang silih berganti Cinta, takut, syukur, sedih dan lain-lain lagi Setiap yang dilihat menebalkan iman Berlainan sekali dengan penyair sekular, setiap yang dilihat terkorban imannya Kerana itulah Allah Taala berkata melalui Al Quran:

Menjelang tidur 24 - 08 - 1999 286

PERJUANGAN

196

JANGAN LACURKAN AYAT-AYAT ALLAH ATU ingatan untuk semua Solawatunnabi sesuatu yang mulia Zikrullah adalah agung sekali Berhati-hatilah jangan sampai dilacurkan atau dinodai Takutilah Allah, ayat-ayat-Nya jangan dicemari Ayat-ayat-Nya kenalah dijaga dan dihormati Jangan dicampuradukkan dengan noda dan dosa Jika dilakukan, satu penghinaan kepada Tuhan yang Maha Esa Berhati-hatilah menggunakan kalimah suci Kalimah-kalimah suci jangan dijadikan untuk berlalai-lalai atau mencari rezeki Janganlah dijadikan lafaz-lafaz yang mulia untuk cari nama Untuk mendapatkan harta dunia dan glamour Mencari makan luas gelanggangnya Seluas bumi Tuhan di dunia ini Janganlah mencari makan dengan kalimah-kalimah yang suci Takutilah Allah, malulah dengan diri sendiri Jangan pula kerana nama dan glamour, kalimah suci dinodai Malulah kepada Tuhan dan malulah juga dengan orang mukmin Kerana Tuhan melihat dan orang mukmin memerhati Takutilah Allah Agar kita sentiasa berhati-hati

28 - 12 - 1999 (20 Ramadhan) 287

KOLEKSI SAJAK SIRI III

197

ENGKAU PUJA BUNGA DI TAMAN NGKAU puja bunga di taman Engkau terpesona dengan keindahannya Engkau tulis di dalam sajak-sajakmu Hingga lupa engkau dengan Tuhan Bukankah dia akan layu kemudian jatuh ke bumi ia tidak berguna lagi Engkau puja perempuan, engkau lukis dengan kata-kata Hingga lalai dengan Tuhan Bukankah dia akan tua bangka Atau adakalanya dia tidak setia yang akan mengecewakan engkau Engkau kagum dan puja awan yang berarak dan beralih Engkau gambarkan dengan bahasa yang indah Hingga lupa kewajipan kepada Tuhan Padahal awan boleh hilang Engkau berkhayal-khayal dengan gunung-ganang Kemudian engkau ungkap di dalam syair-syairmu Padahal kalau engkau dekat Ia adakalanya menakutkan, membencikan, menjemukan dan memayahkan Entah apa-apa lagi yang engkau berkhayal dengan hal yang ada di dunia ini Hingga engkau berfoya-foya dan menghabiskan masa Lupa Tuhan, lupa agama, lupa Hari Pembalasan Sedangkan semua itu akan binasa Padahal kalau mata hatimu hidup jiwamu celik Engkau puja Tuhan, engkau besarkan Dia Seterusnya engkau cintakan Dia dan engkau jadikan Dia idolamu

288

PERJUANGAN

Tuhan adalah kekal, Ia adalah pembela Dia adalah sumber segala-galanya Inikan lebih menguntungkan engkau Kerja engkau tidak sia-sia Untungnya hingga ke Syurga

Menjelang tidur 31 - 08 - 1999 289

KOLEKSI SAJAK SIRI III

198

JANGAN JADI PENYAIR YANG MELALAIKAN NGKAU puja gunung, engkau lihat sesuatu yang indah Mata telah menipu engkau Kalau engkau naik ke puncaknya, mengerikan engkau Padanya penuh dengan serangga yang menakut dan menjijikkan Ada pokok-pokok yang berduri yang merbahaya dan menyusahkan Engkau puja bunga Engkau rasa indah, beberapa hari layu, kemudian jatuh ke bumi, kering dan busuk Selepas itu sudah tidak ada nilai apa-apa lagi Mengapa engkau puja benda yang tidak berharga kesudahannya Engkau gambarkan gelombang laut Mempesonakan engkau, engkau rasa dia hebat Apalah hebatnya penuh dengan kekotoran, baunya busuk yang meloyakan Bahayanya sangat menakutkan Engkau gambarkan seorang wanita cantik Engkau puja kecantikannya, hingga engkau terpesona Engkau khayalkan di waktu keseorangan atau di waktu engkau sepi Engkau berangan-angan untuk memilikinya Tidak dapat, menyusahkan engkau Kalau dapat pun belum tentu menyenangkan engkau Begitulah hobi engkau setiap hari Engkau puja alam yang tiada kuasanya Yang tidak kekal seperti engkau Tapi engkau lupa penciptanya

290

PERJUANGAN

Sumber segala keindahan, sumber segala kebahagiaan, sumber segala keselamatan Tuhan yang kekal abadi Yang patut dipuja dan dipuji Yang menentukan nasib segala makhluk Yang patut dicintai dan ditakuti Janganlah engkau menjadi penyair yang melalaikan Seperti orang gila yang berjalan-jalan di lembah-lembah yang kotor Begitulah rman Tuhan melalui Al Quran, mengingatkan kita

16 - 08 - 2001 291

KOLEKSI SAJAK SIRI III

199

KALAU KAMU SUDAH TERKENAL ALAU kamu sudah terkenal Jangan sampai tidak kenal dari mana asal usulmu Kalau kamu sudah masyhur Jangan sampai tidak kenal siapa yang mengajarmu Kalau kamu sudah terkenal Ada orang berjasa padamu Ingat-ingatlah mereka, jangan lupa siapa kamu Kalau kamu ada nama, orang terpesona denganmu Jangan pula sampai ingin dipuja, inginkan glamour Kalau kamu popular, syukurlah kepada Tuhanmu Kalau kamu dipuja, tanamkanlah rasa malu Ingatlah Allah yang mentadbir segala-galanya Begitu juga kemasyhuranmu, ada penyebab-penyebabnya Ingatlah selalu di mana kamu berada Kamu berpijak di bumi Tuhan Di mana sahaja kamu, yang menaungi adalah langit-Nya Engkau sedut udara-Nya, engkau bercahaya dari matahari-Nya Engkau bermandi dengan cahaya sang rambulan-Nya Kalau engkau sedar ini semua, sifat sombong hilang padamu Ingatlah selalu nikmat Tuhan Satu masa nanti Allah akan cabut nikmat darimu

Selepas Asar 21 - 08 - 1998 292

PERJUANGAN

200

FUNGSI MASJID DIROSAKKAN ASJID rumah Tuhan Sudah dirosakkan orang fungsinya Masjid bukan lagi lambang ketaqwaan Tapi ia telah dijadikan rebutan untuk sesetengah orang dapat kuasa Dapat kuasa masjid seolah-olah dapat nama dan glamour Bahkan masjid tempat setengah orang mencari makan Lumrah berlaku masjid dikuasai oleh orang yang berpura-pura beragama Yang sebenar, untuk menyekat agama yang tulen agar jangan mendapat tempat Pakaian mereka kadang-kadang orang awam terkeliru dibuatnya Pakaiannya adalah pakaian ahli agama Tapi hati dan jiwanya penuh dengan sifat kesyaitanan dan kehaiwanan Ibarat musang berbulu ayam Untuk menyesat orang ramai yang sudah jahil tentang agamanya Orang-orang yang baik tidak dapat tempat di dalam masjid Bahkan mereka tersisih dari masjid Adakalanya mereka malas datang ke masjid Kerana tidak sanggup melihat masjid yang sudah dirosakkan orang fungsinya Orang-orang munak yang berkuasa, berpura-pura menjadi orang soleh Yang sebenarnya kebanyakan mereka mencari makan di dalam masjid Atau untuk menguasainya agar jangan sampai orang yang membawa kebenaran

293

KOLEKSI SAJAK SIRI III

mengimarahkan masjid Menyedarkan orang ramai di dalam mimbar Kerana itulah orang-orang jahat itu menjadikan masjid kubu pertahanannya Agar kebenaran yang tulen tidak dapat lagi terpancar dari mimbar Yang akan membawa cahaya kebenaran ke tengah masyarakat Kerana orang-orang munak ini takut kalau orang ramai sedar dari masjid Mereka akan disisihkan dan ditolak oleh masyarakat

Menjelang tidur 17 - 12 - 1999 (9 Ramadhan) 294

PERJUANGAN

201

MASJID BUKAN LAGI TEMPAT IBADAH ASJID rumah-Mu Tuhan bukan lagi tempat ibadah Kebanyakan mereka beribadah tidak jadi ibadah Lahirnya taat hakikatnya derhaka Pengurusan rumah-Mu ditadbir oleh si jahil Atau yang ada kepentingan dunia dan ingin nama Rumah-Mu yang sepatutnya lambang perpaduan Sudah bertukar menjadi lambang permusuhan Di sana telah mereka tuduh-menuduh dan kata-mengata Kemesraan sudah tidak ada, senyuman hanya pura-pura Satu sama lain sentiasa curiga-mencurigai Di sinilah tempat mereka berpuak-puak Ibadah tidak sampai ke mana, tapi bercerita dan berboraklah yang banyak Kalau ada orang ingin lebih sedikit beribadah Akan ada orang yang tidak senang Tuhan! Sebenarnya rumah-Mu telah menjadi gelanggang tnah Kalaulah rumah-Mu manusia sudah tidak bersopan dan beradab Gambarkanlah kalau di rumah, macam mana agaknya Jika di pasar jangan cerita, memang sumber segala tnah Masjid bukan lagi lambang tawadhuk dan syiar agama Tapi telah menjadi lambang kesombongan dan tempat hiruk-pikuk Kelazatan beribadah di dalamnya sudah tidak dapat dirasa Bahkan di rumah sendiri kelazatannya lebih dapat dirasa

Menjelang tidur 27 - 08 - 1999 295

KOLEKSI SAJAK SIRI III

202

ERTI KEMERDEKAAN ERDEKA bukan ertinya boleh buat apa sahaja Dengan tidak memikirkan halal dan haramnya Merdeka bukan bermakna membina dan mencetuskan apa sahaja Dengan tidak memikirkan pantang-larang Tuhannya Merdeka bukan ertinya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendak oleh nafsu Dengan tidak memikirkan syariat Tuhannya Merdeka bukan ertinya bebas tanpa batas Merdeka kita bebas dari penjajah Tapi tidak bebas di dalam semua hal dengan Tuhannya Tiadanya penjajah kita bebas memilih identiti kita sendiri Kita bebas untuk rujuk kepada Tuhan Kita bebas memilih cara hidup Sunnah Nabi Kalau bebas membuat apa sahaja Ertinya manusia yang telah hilang kemanusiaannya Nafsu telah bermaharajalela, syaitan telah menjadi kawan Apa akan jadi kepada dunia Kalau manusia berperangai syaitan dan haiwan

Ogos 1999 296

PERJUANGAN

203

CARILAH KEMERDEKAAN ARILAH kemerdekaan, memang ia disuruh Bebaskanlah dirimu, memang ia diperintah Agar kita boleh mencorak diri dengan identiti sendiri Yang mengganggu dan menggugat tiada lagi Kemerdekaan itu banyak peringkatnya Bebas tanah air dari penjajah yang memperbodoh Bebas ekonomi dari kapitalis yang menindas Bebas undang-undang di dalam menegak keadilan Dari seluruh kemerdekaan itu ada yang lebih utama Bebaskanlah diri dari belenggu nafsu dan syaitan Kedua-duanya amat merbahaya Kerosakan membawa kita ke Neraka Memerangi penjajah setakat kemerdekaan tanah air Memerangi kapitalis, bila berjaya berakhir penindasan Berjuang menegakkan keadilan ada kesudahannya Berjuang melawan nafsu dan syaitan selagi nyawa ada di badan Banyak wira-wira kemerdekaan mampu mengalahkan penjajah Tidak kurang pejuang-pejuang ekonomi menumpas kapitalis lintah darat Tapi bila berhadapan dengan nafsu syaitan mereka kalah Hakikatnya kebanyakannya masih tidak merdeka sepanjang hayatnya

29 - 08 - 95

297

KOLEKSI SAJAK SIRI III

204

KEMERDEKAAN SEJATI EMERDEKAAN adalah hidup permulaan pada satu bangsa Kerana kebebasan baru bermula di tangan mereka Selepas itu berkewajipan mengisi di dalam negara Ini bererti perjuangan rakyat mesti diteruskan Mengisi kemerdekaan bukan setakat membangunkan material Sekadar itu semua bangsa boleh bangunkan Tidak juga sekadar mengusahakan rakyat menjadi pandai Hal ini orang Barat boleh jadi model Mengisi kemerdekaan lebih berat dari itu Menanamkan kesedaran kepada rakyat terhadap Tuhan yang Esa Taatkan Allah, mengikut Rasul, cintakan Akhirat Mengguna seluruh nikmat untuk semuanya itu Isi lagi kemerdekaan itu setiap waktu Tanamkan kasih sayang agar tercetus bersatu padu Lahirlah hidup harmoni dan bekerjasama Hidup bersama, tiada kasta-kasta, bertolong bantu Berlumba-lumba membuat kebaikan, berkhidmat kepada semua Kepentingan diri diketepikan, kepentingan agama dan bangsa diutama Jasa kita lupakan saja jangan diungkit-ungkit Hapuskan kemungkaran perangilah kezaliman warabbun ghafur

31 - 09 - 95

298

PERJUANGAN

205

MENGISI KEMERDEKAAN LEBIH PAYAH EMPERJUANGKAN kemerdekaan lebih mudah daripada mengisinya Berjuang ke arah kemerdekaan oleh semua rakyat dan setiap golongan hanya satu matlamat Matlamat menghalau penjajah dengan tujuan mendapat kemenangan Di waktu itu kesatuan lahir pada bangsa itu agak nampak Di waktu berjuang mendapat kemerdekaan krisis sesama sendiri kurang Tetapi apabila telah mencapai kemerdekaan untuk mengisinya amat susah dan banyak cabaran Kalau dahulunya semua rakyat dan golongan hanya satu matlamat Setelah merdeka matlamat mengisinya sudah banyak matlamat dan sudah banyak kehendak dan cita-cita Ada cita-cita peribadi, ada cita-cita parti mengikut ideologi dan prinsip parti Setiap parti yang mempunyai ideologi ada mempunyai cita-cita yang sendiri Selepas merdeka masing-masing berjuang mengikut keyakinan dan ideologi parti Kalau dahulunya hanya satu matlamat sekarang sudah banyak matlamat Di dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan datanglah cabaran daripada parti-parti yang berlainan isme Satu sama lain tidak sehaluan Musuh daripada luar pula mengambil peluang Masing-masing mengaku dialah yang paling benar dan patut diberi sokongan Maka terjadilah perang ideologi, perang prinsip, perang teknik Berlakulah perang mulut, perang psikologi, perang dingin

299

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Makin lama makin panas, makin lama makin ganas Berbalah-balah pun terjadi, tuduh-menuduh, khianat-mengkhianati, serang-menyerang Makin jauh makin runcing dan gawat, berlakulah pembunuhan, mungkin peperangan saudara dan di antara etnik Di dalam suasana itulah membangunnya Bagaimana hendak lancar dan cepat? Ada yang hendak membangun, ada yang hendak meruntuhkan Ada yang hendak maju, ada pula yang berusaha hendak memundurkan Di dalam ada yang hendak mempersatukan rakyat, ada golongan yang hendak memecahbelahkan Berlakulah sabotaj di sana, sabotaj di sini Membangun dan membuat kemajuan di dalam masa krisis yang hebat tidak habis itu Didik rakyat tidak sempat, atau tidak serius atau tidak minat atau tidak faham Maka timbul pulalah gejala-gejala lain di dalam masyarakat bangsa dan negara Pemuda-pemudi berlepak-lepak membuang masa di sinilah berlaku rogol, zina, liwat, buang bayi Perkelahian, pembunuhan, vandalisme yang tidak terkawal Sogok-menyogok, rasuah-merasuah, tipu daya, khianat berlaku di dalam negara Rakyat terbiar, hiduplah mereka di dalam kemiskinan, akhlak rosak Beginilah keadaan hampir semua negara-negara yang pernah dijajah Hendak pulih semula amat susah memerlukan pemimpin yang dibantu Tuhan

Selepas ekspedisi 01 - 09 - 2001 300

PERJUANGAN

206

MENGISI KEMERDEKAAN ARILAH kita isi kemerdekaan kita dengan segala kebaikan Untuk faedah dunia kita, lebih-lebih lagi keselamatan di Akhirat sana Kita gunakan segala kekuatan yang ada pada kita untuk membinanya Dengan ilmu, dengan harta dan dengan seluruh jiwa raga Setiap warganegara Malaysia hendaklah menyumbang membina negara Mengikut taraf, mengikut kedudukan dan mengikut kemampuan yang ada Saham setiap masa terbuka, dan sentiasa terbuka Siapa yang dapat ikut menyumbang, ia adalah warga yang setia Malaysia memerlukan kekuatan ekonomi, agar boleh berdiri sendiri Malaysia memerlukan syariat untuk keselamatan dunia Akhirat Malaysia memerlukan ilmu pengetahuan untuk kemajuan dan pembangunan Malaysia memerlukan perpaduan untuk kekuatan dan keharmonian Marilah menyumbang untuk negara, jangan tangguh-tangguh lagi Marilah membina agama untuk keutuhan Malaysia Hindarkanlah kepentingan diri demi agama, bangsa dan negara Bila negara berdaulat ertinya bangsa Malaysia dihormati Berhati-hatilah kita jangan tersilap isi Hindarkanlah kezaliman, perangilah politik wang dan rasuah Buanglah sifat tnah-memtnah dan adu domba serta dadah Jauhilah zina, arak, judi, berfoya-foya membuang masa yang sia-sia
301

KOLEKSI SAJAK SIRI III

207

ERTI MERDEKA RTI kemerdekaan, hati dan kiran bebas Daripada terikat dengan dunia dan kebendaan Lebih-lebih lagi bebas daripada sebarang ideologi Hati dan kiran semata-mata dengan Tuhan Inilah dia kemerdekaan yang hakiki dan sejati Merdeka dari Tuhan adalah merdeka yang palsu dan menipu Pautan hati dengan Tuhan terasa luas, manusia puas Pautan hati dengan dunia, ingin buat apa sahaja Terasa terbatas walaupun ingin bebas Tidak bebas dengan Tuhan itulah kebebasan Ingin bebas dari Tuhan inilah keterbatasan Jiwa sentiasa tidak puas Kerana dunia memang terbatas Manusia ingin merdeka dan bebas, padahal kuasa sangat terbatas Walaupun dengan Tuhan tidak bebas, kuasa Tuhan tidak terbatas Lahirnya tidak bebas tapi jiwanya bebas dan puas Merdeka dengan Tuhan nampaknya bebas, tapi terbatas jiwa tidak puas Ertinya orang yang berfahaman sekular tersekat di dalam kemerdekaan Orang yang berfaham Islam merdeka di dalam sekatan Kemerdekaan orang sekular Adalah kemerdekaan yang tertipu dan palsu Mereka masih terbelenggu, kerana itulah jiwa mereka selalu gelisah Bahkan ada yang kecewa Orang mukmin nampaknya terbelenggu

302

PERJUANGAN

Tapi jiwanya merdeka, puas dan bahagia Merdeka dari dunia dan manusia Itulah hakikat kemerdekaan Merdeka dari Tuhan itulah hakikatnya tidak ada kebebasan Orang mukmin mempunyai kemerdekaan yang sejati Orang sekular adalah golongan yang terjajah yang hakiki

Selepas ekspedisi 04 - 09 - 1999 303

KOLEKSI SAJAK SIRI III

304

UMUM

Umum

305

KOLEKSI SAJAK SIRI III

KANDUNGAN Bahagian 5: UMUM


UMUM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 Pertarungan Hidup Macam-macam Mabuk Hati Telah Gersang Manusia Hidup dengan Peperangan Tentera Allah Menyerang Manusia Di Manalah Kehebatanmu Manusia? Peperangan Nafsu Tidak Kunjung Padam Jenis-jenis Air Mata Derita dan Gembira Silih Berganti Manusia Hamba dan Khalifah Bangsa yang Berdaulat Banyak Manusia Memuja Alam Semesta Engkau Boleh Belajar dengan Jiwa Engkau Sendiri Ekonomi Tidak Menyelesaikan Masalah Manusia Adalah Satu Keturunan Kasih Fitrah Kasih Sayang Sudah Gersang Keperluan Manusia Terlalu Banyaknya Matlamat Hidup Kita Perkara yang Menggugat Jiwa Terlalu Banyak Ramai Manusia Dapat Malu oleh Sikapnya Sendiri Tabiat Semula Jadi Manusia Kenal Tuhan Watak dan Tabiat Setiap Jenis Makhluk Akhlak Mulia Bunga Diri Nilai Seorang Wanita Carilah Syafaat Orang yang Ada Prinsip Hidup Manusia Sentiasa Disaring Kebersihan Asas Ibadah Kesihatan Badan Kalau Kamu Kaya Alangkah Indahnya Panjang Umur Yatim Piatu 306 309 310 311 312 313 314 315 316 318 319 320 321 322 323 324 325 327 328 330 331 333 335 337 339 341 342 343 345 346 347 348 349 350

UMUM

34 35 36 37 HAJI 38 39 40 41 42 43 44 45

Anehnya Sejarah Ilmu Melahirkan Tamadun Adil Bukan Seimbang Tajamkan Bahasa Hati dan Jiwa

351 352 353 355

Kebesaran Allah di Musim Haji Adab-adab Haji Ole-ole Haji Hikmah Ibadah Haji Hikmah Rukun Islam Tidak Diperolehi Jemaah Haji Aset Berharga Haji Kemuncak Ibadah Meriahkan Hari Raya Aidil Adha

356 357 358 359 360 361 363 366

307

KOLEKSI SAJAK SIRI III

308

UMUM

PERTARUNGAN HIDUP I DALAM pertarungan hidup yang tercabar dan mencabar Berbagai-bagai coraknya, bermacam-macam bentuknya Bermacam-macam ragamnya Macam berhadapan dengan gelombang laut di waktu angin kencang Seperti arus sungai yang deras arusnya di waktu hujan di hulunya Orang yang bersemangat besi waja, ditunjang oleh iman Yang mampu menempuhnya Orang yang kehilangan iman dan jiwanya bak buih di laut Tak mungkin berhadapan dengan gelombang hidup yang selalu bergelora Tidak mampu berhadapan dengan lambungan ombak kehidupan Yang tidak pernah tenang Banyak orang karam di dalam gelombang kehidupan Ramai orang hanyut di dalam arus kencang kehidupan Tidak kurang orang yang tersadai dipukul gelombang kehidupan Ada juga orang yang tenggelam Timbul semula, berenang ke tepian pantai Ada yang sudah hanyut ke hilir Mudik semula ke hulu Walaupun penuh keletihan Ada orang belum pun ke mana-mana Tenggelam di situ juga Entah ke mana perginya Sedikit sangat yang tidak pernah tenggelam Tidak pernah tersadai Dan tidak pernah hanyut Mereka itulah menjadi kekasih Tuhan
Selepas Subuh 15 - 05 - 1997 309

KOLEKSI SAJAK SIRI III

MACAM-MACAM MABUK ACAM-MACAM mabuk berlaku di dunia Ramai manusia yang tidak lepas darinya Semuanya meruntuhkan kiran dan jiwa manusia Apabila mabuk itu menimpa manusia Manusia lupa di dalam kesedarannya Di waktu itu tiada ibu bapa walaupun ada Tiada keluarga, tiada saudara, tiada teman seia sekata Ada mabuk harta, ada mabuk nama, ada mabuk takhta Tidak kurang yang mabuk dadah, mabuk arak, mabuk betina Tapi malangnya yang ditakuti hanya mabuk dadah sahaja Apabila manusia itu mabuk dengan bermacam-macam tadi Agama tinggal sebutan Iman dan Islam setakat slogan Islam setakat forum-forum dan syarahan-syarahan Di waktu itu manusia membuat gejala-gejala masyarakat berbagai-bagai bentuknya Untuk menghukum manusia yang sudah ramai mabuk-mabuk Moga-moga mereka sedar di atas kesalahan yang telah dilakukan Agar segala bentuk yang memabukkan itu ditinggalkan Dan semua orang kembali kepada Tuhan

Selepas Asar 19 - 05 - 1997 (11 Muharam 1418) 310

UMUM

HATI TELAH GERSANG ATI telah gersang macam bumi di musim kemarau Pokok-pokok mahmudah tidak tumbuh seperti semalam Benih-benih mahmudah telah dirosak oleh kuman dan serangga-serangga pokok Dia tidak menumbuhkan lagi pokok-pokok Islam yang rendang, menjulang Hujan iman pun sudah agak lama tidak turun menyuburkan Justeru itu hasil negara yang bersifat rohaniah dan maknawiah sangat kurang Pakaian rakyat yang bersifat rohaniah dan maknawiah sangat membimbangkan Dari sehari ke sehari bertambah kurang Sudah ramai di kalangan rakyat, makanan rohaniahnya tidak kenyang Jasad rohaniah telah kurus kering Makanannya terpaksa berceking, lantaran kekurangan Bilakah kemakmuran rohaniah subur semula seperti semalam Jika tidak jiwa-jiwa akan mati Di waktu itu malang sekali Buah-buah mazmumah dan buah-buah kekufuran akan memenuhi bumi Menjadi racun di dalam kehidupan yang amat merbahaya sekali Gejala-gejala masyarakat akan tumbuh subur merata bumi Macam cendawan tumbuh di musim hujan

Selepas Asar 10.5.97 311

KOLEKSI SAJAK SIRI III

MANUSIA HIDUP DENGAN PEPERANGAN AMPAKNYA manusia lahir ke dunia untuk berperang Berperang sesama manusia Bangsa dengan bangsa Etnik dengan etnik Ideologi, agama, ekonomi, negara Mati sana mati sini, luka, menderita di mana-mana Memusnah apa sahaja Yang paling teruk berperang dengan kuman Terlalu halus, tapi amat merbahaya Setiap hari manusia mati kerananya Sakit teruk, terlantar di mana-mana Menderita, melarat sepanjang masa Dikerahkan tentera-tentera dengan kepandaian, kepakaran Dengan berbagai jenis alat senjata canggih Bertahan dengan kubu-kubu pertahanannya Namun dia tembus dan telus di mana-mana Harta dicari habis dikorbankan kerananya Belanja untuk melawannya tidak terkira Dia menyerang tidak kira siapa Raja, pembesar, orang yang pandai apatah lagi rakyat jelata Peperangan dengan kuman tidak pernah ada genjatan senjata Tidak ada perjanjian yang boleh dibuat Dia tetap menyerang setiap detik dan masa

Pagi 10 - 11 - 1997 312

UMUM

TENTERA ALLAH MENYERANG MANUSIA ENING kepala manusia Bingung manusia dibuatnya Ditambah lagi peperangan dengan air, angin, api Api memusnahkan apa sahaja Manusianya, harta bendanya, jiwanya, pembangunannya Berbagai-bagai unit pasukan tentera melawannya Namun tentera-tentera Allah ini tetap menyerang bila-bila masa Mereka tidak pernah surrender Dia berhenti sekejap, kemudian dia menyerang lagi Begitulah berlaku sejak dunia wujud Manusia tidak boleh aman dibuatnya Setiap masa berperang Dengan sesama manusia, dengan alam, dengan binatang Yang paling teruk dengan kuman makhluk yang paling kecil Peperangan dengan kuman tanpa henti-hentinya

10 - 11 - 1997 313

KOLEKSI SAJAK SIRI III

DI MANALAH KEHEBATANMU MANUSIA? LLAH lepaskan tentera-tenteranya yang paling halus Kuman namanya, bermacam-macam virus, berbagai-bagai speisis Manusia sudah tidak mampu melawannya Ditubuhkan berbagai pasukan tentera memeranginya Ada pasukan doktor, ada unit penyelidikan, ada unit pemakanan Mengguna bermacam-macam jenis alat-alat yang canggih Namun tentera-tentera seni ini belum pernah kalah Belum pernah berlaku genjatan senjata Tidak pernah mengangkat tangan surrender Mereka terus menyerang dan menyerang Tidak kira tempat dan masa Setiap hari manusia mati dibunuhnya Merata dunia manusia sengsara dan derita diserangnya Entah beberapa banyak harta terkorban memeranginya Di manalah gagahnya manusia? Di manalah kehebatan mereka? Alangkah lemahnya manusia dengan kuman yang paling halus tidak mampu memeranginya! Mengapa manusia tidak mengambil iktibar? Kenapa tidak dijadikan pengajaran? Agar tunduk, khusyuk dan tawadhuk Hilang ego, sombong dan megah diri Moga-moga melutut di hadapan Tuhan! Rukuk dan sujud kepada-Nya! Tunduk dan patuh dengan syariat-Nya! Mengucapkan zikir, tahmid dan tasbih pada-Nya!

10 - 11 - 1997 314

UMUM

PEPERANGAN NAFSU TIDAK KUNJUNG PADAM I ANTARA hati nurani dan nafsu sentiasa berperang Peperangan yang tidak kunjung padam Peperangan yang sungguh sengit dan menggerunkan Di dalam sejarah peperangan batin, nafsu selalu sahaja menang Nafsu sering memacak bendera, tanda kemenangan Kemenangan yang selalu di pihak nafsu itulah yang membawa bencana kepada alam Kerananyalah berlakunya penzaliman, penindasan, peperangan dan pembunuhan Darah tumpah setiap hari Manusia mati merata bumi Belum lagi yang cacat anggota, ada yang merana sepanjang masa Aduh! Dahsyatnya peperangan batin ini Bahaya dan kerosakannya melibatkan kehidupan yang lahir ini Manusia kebingungan, mati akalnya, kirannya buntu Tidak tahu bagaimana hendak dilakukan Agar peperangan ini kemenangannya di pihak hati nurani, bukan nafsu Tidak ada profesor yang mampu menyekat kemenangan nafsu Ahli-ahli kir telah kecewa, bahkan ada yang putus asa Terhadap kemaraan dan kemenangan demi kemenangan yang diperolehi nafsu Penduduk dunia bingung, putus asa dan kecewa Mereka telah lama jemu dengan kehidupan yang begini Kita harap Allah Taala akan lahirkan pemimpin rohani Yang mampu menyekat kemenangan nafsu Dan mampu memberi kemenangan kepada hati nurani Agar dunia aman, damai, bahagia dan harmoni
Selepas Asar 26 - 07 - 1999 315

KOLEKSI SAJAK SIRI III

JENIS-JENIS AIR MATA ANYAK air mata yang mengalir di dunia ini Sumbernya dari mata mengalir ke pipi, terus jatuh ke bumi Mata itu kecil sahaja tapi tidak pernah kering airnya Ia berlaku setiap hari tidak putus-putus Sepertilah air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti Kalaulah air mata itu ditampung, banjirlah dunia ini Air mata itu bermacam-macam jenisnya Ada air mata sedih Ada air mata gembira Ada air mata kasih Ada air mata simpati Ada air mata kecewa Air mata sedih mungkin dimarah ibu atau dimarah guru dan lain-lainnya Air mata gembira bermacam-macam pula Di antaranya dapat markah cemerlang di dalam tugasnya Air mata kasih melihat anak yang dicinta atau ibu yang tersayang Air mata simpati melihat orang miskin, papa dan yang seumpamanya Air mata kecewa banyak contohnya Di antaranya suami kahwin lagi Orang yang dicintai tidak membalas cintanya Harap dapat kerja tapi ditolak aja Begitulah sebab-sebab air mata mengalir dari sumbernya Lumrahnya ia mengalir kerana dunia Jarang sekali ia mengalir kerana sedih membuat dosa Susah sekali air mata hendak mengalir kerana kebesaran Tuhannya

316

UMUM

Payah sekali air mata hendak mengalir kerana sensitif dengan nikmat Tuhannya yang Al Hannan dan Al Mannan Jarang berlaku air mata mengalir kerana dosa Alirkanlah air mata sebanyak-banyaknya kerana takut kepada Tuhan yang Maha Pencipta

Selepas Asar 18 - 05 - 1997 (10 Muharram 1418) 317

KOLEKSI SAJAK SIRI III

DERITA DAN GEMBIRA SILIH BERGANTI ERITA dan gembira dua pertentangan yang silih berganti Satu datang yang satu pergi Macam jugalah malam dan siang, pagi dan petang Ia datang silih berganti Begitulah berlakunya sunnatullah yang ditakdirkan Setiap yang berlawanan silih bergantinya pergi dan datang Kalau kita faham sunnatullah ini Yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Khaliqul Alam Kita manusia hamba Allah ini sudah pasti pandai menyesuaikan diri Di waktu senang kita faham, satu ketika kita akan sengsara Di waktu kita derita, satu masa kita akan senang Di masa kita senang pandai kita membuat jadual hidup kita Demikian juga di waktu susah tahu pula kita bagaimana mengaturnya pula Di waktu senang jangan bertindak macam orang susah Di waktu susah jangan berbuat macam orang senang Kita akan tercabar oleh suasana Atau keadaan akan memerangkap kita Kalau tidak kena gayanya kita kecundang di dalam kehidupan Gunakanlah akal, bijaksanalah kita Jadikanlah iman tunjang kehidupan, syariat pengaturnya

Selepas Subuh 17 - 05 - 1997 (9 Muharam 1418) 318

UMUM

10

MANUSIA HAMBA DAN KHALIFAH ITA manusia hamba dan khalifah Sebagai hamba kenalah beribadah Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun, mendidik, membangun dan berkemajuan Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan Politiknya, ekonominya, pendidikannya, kebudayaannya, masyarakatnya, perhubungannya, tugasnya Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan Apabila manusia berjalan seimbang kehambaannya dan kekhalifahannya Dunia ini syurga sebelum Syurga Manusia berakhlak mulia bersama tamadun Laksana satu keluarga bersama pembangunan Bekerjalah bersama kemajuan Berukhwah, bersatu dan harmoni Tidak ada ketakutan, tidak ada kebimbangan Keadilan merata Kasih sayang jadi budaya Pemimpin payung, ulama obor, pemuda-pemudi tenaga Orang tua doanya, kanak-kanak cahaya mata

Selepas Asar 05 - 06 - 1997 319

KOLEKSI SAJAK SIRI III

11

BANGSA YANG BERDAULAT PABILA rakyat di sebuah negara pemimpinnya, orang-orang kayanya, cerdik pandainya dan rakyat jelata merendah diri Tanda bangsa itu Allah Taala hendak mengangkat menjadi penaung kepada manusia Mereka akan diangkat dan ditinggikan oleh Tuhan menjadi empayar Atau akan berdaulat di dalam negaranya Menjadi bangsa yang mulia, berwibawa, disegani dan dihormati Jika sesuatu bangsa setelah berjaya menjadi sombong Suka menceritakan kebolehan-kebolehan dan jasanya kepada manusia Mengangkat-angkat diri dan menghina-hina orang lain Suka pembaziran dan berfoya-foya di dalam kehidupan Sering berlaku berbahas-bahas dan mujadalah terutama di majlis-majlis ilmu Terlalu suka bercakap sekalipun tidak perlu Suka menegur tidak suka ditegur Suka memberi nasihat tidak suka dinasihat Menunjuk-nunjuk kebolehan masing-masing dan berbangga Tuhan dilupakan Hingga tersinggung orang-orang yang tidak mempunyai keistimewaan Tanda bangsa itu hendak hancur dan runtuh Kalau bangsa itu menjadi empayar, empayarnya akan runtuh Jika berkuasa di sesebuah negara tanda kuasanya akan berakhir Akan diganti dengan satu bangsa atau puak lain pula Sama ada bangsa yang kejam untuk menghukum Atau bangsa yang baik menggantinya, sebagai menghinanya

Selepas Asar 07 - 11 - 2000

320

UMUM

12

BANYAK MANUSIA MEMUJA ALAM SEMESTA ANYAK manusia memuja alam semesta Kerana mudah dinilai oleh dua mata Banyak orang memuja wang dan harta Di sini kemudahan hidup dapat dirasa Tidak kurang yang memuja perempuan-perempuan cantik Kerana nafsu mudah merangsang dan tertarik Dikorbankan segala kesenangan hidup untuk memiliki Hingga terkorban maruah dan nilai-nilai agama Ada lagi yang dituju dan diburu oleh manusia Memburu pangkat atau ketua yang berkuasa kerana di situ kunci segala-galanya Bila dapat memiliki itu, memiliki semua Untuk mendapatkannya lakukan apa saja Kalau boleh dibeli dengan wang, ya, sogok jangan kira Kalau boleh dengan betina, ya, cari dan beri saja Kalau ada pengaruh orang yang menghalang diupah membunuhnya Bahkan seribu satu usaha untuk mendapatkannya

04 - 08 - 1995

321

KOLEKSI SAJAK SIRI III

13

ENGKAU BOLEH BELAJAR DENGAN JIWA ENGKAU SENDIRI EPATUTNYA engkau boleh belajar dengan jiwa engkau sendiri Itulah yang dikatakan trah semula jadi Ilmu Islam hanya menguatkan sahaja Fitrah semula jadi manusia sama sahaja Apa yang dimaksudkan boleh belajar dengan jiwa atau perasaan sendiri? Iaitu jiwa kita kan suka dikasihi orang Begitulah perasaan orang lain Sepatutnya kita boleh memberi kasih sayang kepada orang lain pula Jiwa kita suka dibantu terutama di waktu kesusahan Mengapa kita tidak suka membantu orang seperti kita suka dibantu? Jiwa kita terhibur kalau ada ilmu, kekayaan dan lain-lain kesenangan Sepatutnya kita rasa terhibur dengan keistimewaan orang lain Sepertimana yang kita rasa dan suka Cukuplah itu contoh yang kita datangkan Jadi manusia boleh belajar dengan jiwa dan perasaan sendiri Cuma ilmu Islam datang menyuburkan sahaja atau menguatkan sahaja Namun demikian tidak ramai orang boleh belajar dengan jiwa sendiri Kerana itulah perikemanusiaan sudah hilang, bertimbang rasa dengan manusia sudah gersang Kehendak jiwa sendiri tidak dapat diapplykan kepada orang lain Sepertimana orang lain juga tidak dapat lakukan kepada kita Kerana masing-masing terlalu mementingkan diri Cintakan Tuhan sudah hilang dari jiwa manusia Akibatnya cinta sesama manusia kering-kontang
Selepas Asar 22 Muharam 1421 322

UMUM

14

EKONOMI TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH ENGAPA manusia menghabiskan masa memikirkan ekonomi Mengorbankan tenaga, hingga letih lesu Berbincang, berseminar, mengkaji untuk itu Setiap hari diperkatakan di media massa Ekonomi bukanlah segala-galanya Ekonomi bukanlah penentu kebahagiaan manusia Keperluan manusia bukan ekonomi sahaja Ekonomi hanya untuk zik manusia Untuk memuaskan nafsu Keperluan nafsu pada haiwan pun ada Tapi manusia ada keperluannya yang lebih penting dari itu Iaitu keperluan akal dan rohnya Kalau akal terabai dan roh tidak diberi makan Manusia hidup tidak tahu ke mana hendak dituju Jiwa akan kosong Apabila ada masalah, manusia bingung Di waktu itu ekonomi, tiada boleh menyelesaikan masalah Jiwa manusia akan menderita Seterusnya akan kecewa Kalau dibiarkan jiwa terus kosong Manusia akan putus asa Di waktu itu ekonomi tidak ada erti apa-apa

Selepas Subuh 10 - 11 - 1998 323

KOLEKSI SAJAK SIRI III

15

MANUSIA ADALAH SATU KETURUNAN ANUSIA adalah satu keturunan Daripada satu ibu dan bapa Asal-usul keturunan manusia satu Daripada Adam dan Hawa Tuhan adalah Esa yang menjadikan seluruh manusia Yang akhirnya lahirlah bangsa-bangsa dan etnik-etnik yang berbagai-bagai bahasa Manusia satu sama lain perlu-memerlukan Di antara bangsa dengan bangsa perlu kerjasama Manusia tidak mungkin hidup sendirian Sekalipun pandai dan kaya Matlamat manusia adalah satu Inginkan perlindungan Tuhan Inginkan kasih sayang, inginkan kebahagiaan Oleh itu mengapa bermusuhan Mengapa berkelahi dan berperangan Kenapa korbankan kasih sayang, mengapa korbankan kebahagiaan Ia adalah makanan jiwa Semua manusia memerlukan Hentikanlah permusuhan, hindarkanlah pergaduhan Perjuangkanlah kasih sayang, yang disukai oleh Tuhan Demi keamanan, keharmonian dan kebahagiaan Bermula daripada kasih sayang seorang pemimpin menyelamat manusia

13 - 08 - 2001 324

UMUM

16

KASIH FITRAH ITRAH semula jadi manusia kasih sayang kepada ibu bapanya Kasih trah ini tidak payah diajar-ajar dan diasuh kepada manusia Diajar-ajar dan diasuh hanya untuk menyuburkannya sahaja Begitulah trah semula jadi manusia kasih kepada orang yang berjasa kepadanya Seperti guru-gurunya, pemimpin-pemimpinnya, orang yang pemurah kepadanya Kasih trah ini payah hendak dibuang dan diungkai Kalau terjadi di dalam kehidupan ini di kalangan manusia Anak-anak hilang kasih sayang dengan ibu bapanya Terungkai kasih sayang dengan guru-gurunya, pemimpin dan orang-orang yang berjasa kepadanya, Lebih-lebih lagi hingga membenci dan derhaka kepada mereka Mesti ada yang tidak kena Kesalahan dan kesilapan itu ia mesti bermula daripada ibu bapa, guru, pemimpin dan orang yang berjasa Kesalahan itu mesti lebih berat dan lebih besar daripada jasa-jasanya Kerana kasih sayang yang bersifat trah itu bukan senang hendak diungkai Kalau sedikit-sedikit sahaja yang berlaku kepada orang yang telah disebut dahulu Orang boleh melupakannya Tidak akan sampai terungkai kasih sayangnya Oleh itu kalau anak-anak derhaka kepada ibu bapa Murid-murid membenci kepada guru-gurunya

325

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Rakyat jelata membenci dan derhaka kepada pemimpin-pemimpinnya dan orang yang berjasa kepadanya Yang paling utama mengoreksi diri adalah ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin Janganlah hendak menuding jari kepada orang lain Kalaupun kesalahan itu ada pada orang lain Hanya sebagai sampingan dan tambahan-tambahan sahaja Tapi bukan sebagai kesalahan yang asas apa yang telah terjadi itu

Selepas Asar 21 - 07 - 2000 326

UMUM

17

KASIH SAYANG SUDAH GERSANG ASIH sayang telah gersang Sekalipun anak dan ibu Di mana-mana pergi kasih tidak ditemu Kasih sayang telah tandus Kerana itulah kebahagiaan sudah putus Jiwa gelisah, terseksa, derita Berkali-kali sudah kutagih kasih Namun kasih tidak juga diperoleh Berkali-kali sudah menagih kasih Kasih sudah tidak ada di mana-mana Hanya kuharapkan cinta Tuhan Padaku yang sudah derita ini Moga-moga aku juga cintakan Tuhan

06 - 08 - 2000 327

KOLEKSI SAJAK SIRI III

18

KEPERLUAN MANUSIA TERLALU BANYAKNYA EPERLUAN manusia terlalu banyaknya Untuk mendapatkan keperluan hidup itu memang dibenarkan Keperluan hidup manusia itu di antaranya Ialah makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan Alat-alat kemudahan di dalam mengendalikan kehidupan terlalu banyak pula Isteri atau suami sebagai kawan di dalam kehidupan dan juga untuk hiburan Anak dan cucu untuk menyambung perjuangan Tapi ramai manusia dirosakkan oleh keperluan-keperluannya Sama ada rosak di dalam mencari atau rosak di dalam menggunakannya Kerana itulah manusia perlu kepada Tuhan Sebagai idola dan cinta agungnya untuk memelihara, mentadbir, menjaga Memimpin dan menyelamatkannya Syariatnya itu adalah jalan atau panduan di dalam mengendalikan keperluan hidup manusia Sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan idolanya Dan juga menjadikan syariat-Nya panduan di dalam mengendalikan keperluan kehidupannya Pasti Tuhan akan selamatkan mereka daripada dirosakkan oleh keperluan kehidupannya Sesiapa yang kehilangan Tuhan dan tidak berpandukan syariat-Nya Mereka akan rosak, dirosakkan oleh keperluannya sendiri. Keperluan manusia itulah

328

UMUM

yang menghancurkan kehidupan manusia Sama ada disedari atau tidak disedari Sedangkan keperluan kehidupan manusia itu adalah kawan di dalam hidupnya Tapi kebanyakan kawan-kawannya itu tidak setia Kerana selalu sahaja menipu dan mengkhianatinya

Selepas Asar 27 Muharam1421 329

KOLEKSI SAJAK SIRI III

19

MATLAMAT HIDUP KITA UN di sana matlamat hidup kita Di Akhirat selepas mati negara yang abadi Bukan di hujung umur muda di waktu tua Tidak di umur tua selepas pencen dari kerja Di waktu tua kan masa panjang yang pendek Dan Akhirat kan masa panjang yang panjang Mengapa menjadi fokus masa panjang yang pendek Tidak masa panjang yang panjang yang tidak berkesudahan Janganlah kita tertipu oleh slogan-slogan Bukankah akal orang yang cerdik boleh memikirkan Mengapa kita tertipu oleh ajakan yang tidak sihat Dari orang-orang yang membelakangkan agama dan Akhirat Hidup mesti ada panduan, hidup mesti ada pedoman Agar di dunia tidak sesat jalan Carilah panduan, carilah pedoman, Quran di hadapan kita, Hadis huraiannya jadikan panduan Bukankah Islam mengutamakan Akhirat lebih dari dunia Dunia menjadi jambatan ke Akhirat sana Jadikanlah dunia jambatan ke Akhirat Jangan harap tinggal di dunia berlama-lama

1995 330

UMUM

20

PERKARA YANG MENGGUGAT JIWA TERLALU BANYAK ANG menggugat jiwa kita di dalam kehidupan kita terlalu banyaknya Sedikit yang kita dapat duga banyaknya yang tidak dapat diduga Kadang-kadang yang mengugat jiwa hingga hilang ketenangan dan kebahagiaan kita itu datang bertimpa-timpa di dalam satu masa Jika kata pepatah Melayu: Sudah jatuh ditimpa tangga pula Ujian-ujian yang datang adakalanya ringan adakalanya berat Adakalanya sekali-sekala datang adakalanya sering sahaja datang menimpa Walhasil manusia tidak terlepas daripada ujian Ertinya di dalam kehidupan manusia hati atau jiwa manusia sentiasa sahaja tergugat dan digugat Jiwa tidak pernah tenang sentiasa sahaja bergolak berhadapan dengan ujian Apabila ujian datang lebih-lebih lagi jika berat pula segala apa yang ada pada kita tidak dapat mengubatnya Tidak dapat diubat oleh harta dan kekayaan, oleh nama dan glamour, oleh pangkat, oleh kekuasaan, oleh ilmu Setengah orang bila ditimpa dengan berbagai-bagai ujian jiwanya sentiasa gelisah dan sengsara Dia menjadi orang yang kecewa bahkan ada yang putus asa Biasanya berlaku kepada orang yang lemah iman atau yang tidak ada iman Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada-Nya Walaupun trah semula jadi jiwa manusia
331

KOLEKSI SAJAK SIRI III

rasa susah dengan ujian dan penderitaan Tapi bagi iman orang yang soleh walaupun rasa sedih terasa juga tapi tidak sampai menggugat Dia tidak sampai hilang pertimbangan dengan mujahadahnya kelihatan tenang juga Tapi bagi iman orang yang muqarrobin lebih-lebih lagi golongan siddiqin Dia terasa terhibur pula dengan ujian itu Dia merasakan bernasib baik Tuhan ada mengambil perhatian terhadap dirinya Dia sungguh tenang dan bahagia dengan ujian itu Ini adalah orang yang luar biasa Ini benar-benar orang Tuhan ahlillah atau rijalullah Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada Tuhan Tuhan adalah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia

Selepas Asar 6 Safar 1421 332

UMUM

21

RAMAI MANUSIA DAPAT MALU OLEH SIKAPNYA SENDIRI AMAI manusia di dunia ini dia tidak sedar dia dapat malu oleh sikapnya sendiri Kerana setengah-setengah hal dapat malu itu ia sangat tersembunyi Kecuali orang yang mata hatinya tajam Tajam oleh kerana rasa bertuhannya tajam sekali Ketajamannya itu mudah dia menilai rasa hatinya Menjadikan ia mudah menilai yang mana mulia dan mana yang terkeji Sebagai contoh kita bawa di sini sebagai perhatian Ada orang di dalam perbualannya atau di dalam berpidato memuji-muji diri Memuji kepandaiannya, memuji kedudukannya, memuji kemampuannya Atau bercakap besar, menunjukkan kesombongannya agar dihormati Padahal orang yang mendengar meluat dan membencinya Di belakangnya dikata dan dicaci Orang mencaci dibawa ke mana-mana di dalam perbualan sehari-hari Dijadikan bahan umpatan dan mengata Padahal yang memuji diri tadi ingin dihormati Ingin dimuliakan dan dikagumi Tapi berlaku sebaliknya dia dicaci dan dibenci Hilang penghormatan orang oleh sikapnya sendiri Di sini baru kita mengerti Otaknya sahaja tajam belum menjamin seseorang itu boleh menilai diri Otak tidak mampu menilai baik buruk diri sendiri Kalau dia tidak dipimpin oleh hatinya yang tajam Yang menghidupkan trah semula jadinya, iaitu rasa bertuhan menghayati hati

333

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Rasa kehambaan menjadi pakaian diri Di sinilah hebatnya kedatangan para-para rasul dan nabi Dan juga golongan kerohanian di dunia ini Dapat menghidupkan trah dan hati yang sudah mati Hingga pandai menilai yang baik dan yang buruk, yang mulia dan yang keji

Menjelang Zuhur 27 - 08 - 2000 334

UMUM

22

TABIAT SEMULA JADI MANUSIA KENAL TUHAN ABIAT dan watak semula jadi manusia adalah mengenal Tuhan, mencintai dan takut kepada-Nya Begitulah apa yang telah terjadi di alam arwah Tapi manusia ini boleh hilang rasa cintanya dan takutnya kepada Tuhan dan terus hilang rasa bertuhan Jika dari kecil lagi dia dipisahkan dengan Tuhannya Ertinya apabila lahir sahaja ke dunia sudah tidak dikenalkan lagi kepada Tuhan, cinta dan takutnya sudah tidak ada Sebagai contoh kita datangkan di sini untuk mudah difaham Seorang bayi lahir-lahir sahaja diserahkan kepada seorang ibu angkat Setelah dewasa atau tua barulah dikenalkan kepada ibunya yang sebenar Dia boleh percaya bahawa itu adalah ibunya Tapi kasih sayangnya kepada ibunya sudah tidak ada Kerana dari kecil lagi terpisah tidah pernah diperkenalkan kepada ibunya Begitulah kalau manusia itu dari kecil lagi tidak kenal Tuhan Setelah dewasa atau tua barulah diperkenalkan kepada Tuhan Dia percaya adanya Tuhan tapi cinta dan takut kepada Tuhan tidak ada Begitulah merbahayanya manusia ini kalau tidak dikenalkan Tuhan dari kecilnya Hanya dikenalkan setelah dewasa atau tua Cinta dan rasa bertuhan tidak ada

335

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Rasa bertuhan tidak menghayati jiwanya Kalaupun beribadah tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadinya Ibadah yang tidak dapat melahirkan akhlak yang mulia Yang tidak boleh jadi benteng dari maksiat dan kemungkaran Ibadah yang tidak boleh merubah perangai dari jahat kepada baik Kerana itulah manusia perlu kenal Tuhan sejak kecil lagi Agar bukan sahaja dia percaya Tuhan tetapi supaya dia cinta dan takut kepada-Nya

Selepas Asar 2 Safar 1421 336

UMUM

23

WATAK DAN TABIAT SETIAP JENIS MAKHLUK I ANTARA kekuasaan dan kebesaran Allah Taala setiap jenis makhluk yang dicipta-Nya ada mempunyai tabiat dan watak yang tersendiri Pada tabiat dan watak pada setiap jenis makhluk itulah peranan mereka Tabiat dan watak yang ada pada setiap jenis makhluk itulah keistimewaan dan kekuatan jenis itu Seperti ular tabiatnya mematuk dan ada mempunyai bisa Melalui tabiatnya dan wataknya ia boleh hidup Harimau tabiatnya garang, bengis, menerkam, ganas dan sangat menakutkan Bermodalkan tabiat-tabiat dan watak-watak itu harimau boleh hidup Tabiat dan watak pada setiap jenis makhluk itu ia boleh hilang atau dingin Mungkin kerana ia telah diasuh oleh manusia, atau dipisahkan dengan binatang yang sejenisnya Akhirnya rupanya ular, tabiatnya bukan ular lagi Begitu juga harimau tapi tabiat dan wataknya bukan harimau lagi, makhluk lain pun sudah tidak takut Begitulah manusia ia ada mempunyai tabiat dan wataknya yang tersendiri Di antaranya pemalu, berkasih sayang, merendah diri, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, simpati, sedih dengan kesedihan orang Tidak sampai hati, bekerjasama, suka berkawan Tabiat dan watak semula jadi pada manusia ia boleh hilang Mungkin kerana salah asuh dan salah didikan Atau terbiar tanpa ada yang mendidik dan mengasuh Atau bergaul dengan orang yang telah rosak tabiat dan watak semula jadinya Maka apakah yang akan terjadi kepada manusia?
337

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Iaitu rupanya masih kekal manusia tapi tabiatnya atau wataknya haiwan, atau kayu-kayan atau syaitan Haiwan atau kayu-kayan atau syaitan yang berupa manusia Itulah yang telah berlaku kepada ramai manusia di zaman ini Tabiat dan watak semula jadinya sudah punah-ranah Akibat salah asuh dan salah didikan

Lepas Asar 2 Safar 1421 338

UMUM

24

AKHLAK MULIA BUNGA DIRI KHLAK-AKHLAK mulia adalah bunga-bunga diri Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati Akhlak bunga diri, nilai diri manusia Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah Haloba, tamak, gila puji, gila nama Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin orang hormat berpura-pura Orang takut sayang tiada Orang kaya, orang segan hormat tiada Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat Kata-katanya tiada didengar lagi Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita

339

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Muka buruk pun dipandang cantik Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata Mereka itulah menjadi model di dalam negara

Selepas Subuh 09 - 05 - 1997 340

UMUM

25

NILAI SEORANG WANITA ARGA dan nilai seorang wanita lebih-lebih wanita muda Adalah sifat malu dan akhlak dirinya Bukan kecantikan dan kepandaiannya Pakaiannya sopan, pandai menjaga maruah dirinya Jika pakaian tidak sopan, maruah tidak dijaga Lelaki hidung belang, mata keranjang memang suka Tapi dia tetap tidak dipercaya Lelaki yang soleh tidak akan menjadikannya isterinya Kecuali lelaki yang macam dia Tapi biasanya susah hendak kekal di dalam perkahwinannya Selalu sahaja bercerai, sekalipun cantik mukanya Adakalanya masih muda lagi suaminya sudah dua, tiga Kalaupun kekal kerana hendak menjaga wibawa dirinya Rumah tangga macam Neraka Duduk di rumah amat terseksa Anak-anak porak-peranda Masyarakat benci, orang tidak percaya Di mana-mana sahaja orang akan bercakap dan berkata Mengumpat dan menghina

03 - 08 - 1999 341

KOLEKSI SAJAK SIRI III

26

CARILAH SYAFAAT ANYAKKANLAH selawat, engkau akan dapat syafaat Rasulullah Berkawanlah dengan orang-orang yang soleh, mereka juga boleh memberi syafaat Carilah mursyid, bergurulah dengannya, dia juga boleh memberi syafaat dengan izin Allah Beradalah di dalam jemaah di kalangan mereka yang soleh, juga dapat keizinan memberi syafaat Ibu bapa yang soleh juga diizinkan memberi syafaat, taatilah keduanya Di kalangan keluarga yang bertaqwa juga boleh memberi syafaat Amal kebaikan yang dipandang besar yang sangat ikhlas juga memberi syafaat Di kalangan kawan-kawan yang soleh juga memberi syafaat sebagai memberi kehormatan kepadanya Takut sangat dengan Allah Taala juga memberi syafaat kepada tuannya Al Quran yang dihafal juga memberi syafaat kepada yang menghafal Di sini fahamlah kita saluran syafaat terlalu banyak dan luas Ini menunjukkan kasih sayang Tuhan dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya terlalu besarnya Oleh itu carilah sebab-sebab yang boleh mendatangkan syafaat Pelbagailah usaha untuk mendapatkan syafaat Ini baru fasal syafaat telah memberi khabar gembira kepada kita Ini belum lagi amalan-amalan yang lain yang boleh menyelamatkan seseorang hamba Betapalah taqwa seseorang lebih-lebih lagi akan menyelamatkannya
Menjelang tidur 27 - 09 - 1999 342

UMUM

27

ORANG YANG ADA PRINSIP HIDUP RANG yang ada prinsip hidup itu adalah orang yang beragama Kerana mempertahankan prinsip, dia tidak berubah mengikut suasana Dia kayakah atau miskin, sikapnya sama Bertemu orang besar atau orang kecil, amalan kebiasaannya tetap dipertahankan Bagaimana sibuk sekalipun, amal ibadahnya tidak akan dicuaikan Dia tidak akan inferiority complex bertemu orang kaya sekalipun dia miskin Dia boleh bergaul dengan sesiapa sekalipun dia berpangkat dan kaya Walaupun berhadapan dengan keadaan apa sekalipun, disiplin hidupnya tetap dipertahankan Syariat tetap dijaga, maruahnya tidak dikorbankan oleh suasana Di waktu susah atau senang, sikap hidupnya tidak berubah Di masa sakit atau sihat, sikap hidupnya sama sahaja Berubah suasana, dia tidak akan mengubah sikap hidupnya Kata-kata dan penghinaan orang tidak akan menggugat pendiriannya Keyakinannya tidak akan berubah dengan berubahnya suasana Dengan Tuhan sangat taat, dengan cara menjaga syariat-Nya Walau dalam keadaan apa sekalipun Begitulah orang yang hidup yang ada prinsip Dia tetap istiqamah di dalam mempertahankan disiplin hidupnya

343

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Kerana rasa bertuhan begitu dijiwainya Rasa kehambaan subur sekali Menjadikan dia orang yang ada pendirian Yang tidak dapat digugat oleh suasana kehidupan Walau di dalam keadaan apa sekalipun dia tetap dengan prinsipnya

Menjelang tidur 21 - 12 - 1999 (13 Ramadhan) 344

UMUM

28

MANUSIA SENTIASA DISARING ANUSIA yang hidup di dunia sentiasa disaring Untuk memilih yang solehnya Tapi manusia tidak terasa Padahal ia berlaku setiap masa Cara menyaringnya Allah datangkan ujian-ujian Ujian-ujian kesusahan dan ujian-ujian kesenangan Ada yang tersaring disebabkan kesusahan Ada yang tersaring disebabkan kesenangan Ada yang tertapis disebabkan kesusahan dan kesenangan Maka dengan tapisan itu maka lahirlah bermacam-macam kategori manusia Ada yang menjadi kar yang berbagai-bagai golongannya Ada yang zalim berbagai-bagai sifatnya Ada yang menjadi fasik yang bermacam-macam corak dan ragamnya Tinggallah yang soleh terlalu sedikit Mereka terdiri beberapa golongan pula Ada yang diberi nama siddiqin Juga ada golongan muqarrobin Tidak kurang juga yang menjadi syuhada Yang teramai di kalangan mereka adalah golongan orang soleh yang biasa Atau mereka dipanggil golongan Ashabul Yamin Kita golongan yang mana? Allah Taala sahaja yang mengetahuinya Ya Allah, masukkanlah kami di dalam salah satu golongan yang selamat

Selepas Asar 16 - 03 - 1998 345

KOLEKSI SAJAK SIRI III

29

KEBERSIHAN ASAS IBADAH SLAM sangat mementingkan kebersihan Kebersihan lahir dan batin Kebersihan jasmani dan rohani Ia merupakan asas ibadah Kebersihan lahir kalau tidak dijaga Mudharatnya tidak merata Ia memberi mudharat orang yang dekat sahaja Atau yang di kiri kanan kita Tapi kebersihan batin atau rohani kalau tidak dijaga Merbahayanya merata-rata dunia Ia akan merosakkan dan memusnahkan seluruh dunia Membinasakan dan memusnahkan apa sahaja yang ada Harta dan negara Haiwan dan manusia Itulah yang sedang berlaku di dunia hari ini Harta musnah, apa yang dibangunkan binasa Manusia mati setiap masa Akibat batin atau rohani manusia tidak dibersihkan daripada mazmumah Batin manusia terbiar tidak dijaga Kerosakannya merata-rata dunia Neraka dunia sebelum Neraka di sana

Selepas Asar 04 - 04 - 1999 346

UMUM

30

KESIHATAN BADAN ESIHATAN badan suatu yang berharga Gunakanlah buat kerja-kerja yang berguna Jangan biarkan tidak diguna Jika datang sakit, tenaga sudah tiada Waktu kelapangan jangan dikosongkan Isilah dengan jihad dan khidmat Kalau sudah sibuk dengan keadaan yang menekan Di waktu itu terlepaslah peluang keemasan Waktu muda tenaga ada Gunakanlah untuk agama dan bangsa Bila sudah tua lemahlah badan Di waktu itu susah nak buat kebajikan Waktu hidup sembahlah Tuhan Ikutlah suruhan-Nya hindarkan larangan Bila mati peluang keemasan habis hilang Penyesalan di waktu itu tiada gunanya Di masa kaya korbankanlah harta untuk kebajikan Saham Akhirat yang berkekalan Jika kedatangan miskin apa nak korban? Di waktu itu susah nak makan

347

KOLEKSI SAJAK SIRI III

31

KALAU KAMU KAYA ALAU kamu kaya bersyukurlah Kalau kamu miskin bersabarlah Berusahalah selalu Kemudian tawakal kepada Tuhan Jangan tawakal saja tanpa usaha Bekerja itu syariat yang dituntut Bertawakal itu satu aspek dari akhlak orang yang berakidah Gabungkanlah syariat dengan akidah Satukanlah tawakal dengan usaha Itulah pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah Di dalam pergaulan hendaklah bertolak ansur Bekerjasama di dalam kebaikan Salah dan silap maaf-bermaafan Jangan sombong dengan kebolehan Merendah dirilah sesama manusia Ibadah jangan dicuaikan kerana kita hamba Kalau ibadah dicuaikan, kita sombong dengan Tuhan Bagaimana sibuk, ibadah jangan ditinggalkan Begitulah perintah dari Tuhan kita

348

UMUM

32

ALANGKAH INDAHNYA PANJANG UMUR LANGKAH indahnya Panjang umur, matang imannya Ibadah telah mendarah mendaging Sebati pada dirinya Cintakan Allah amat mendalamnya Pengaruh dunia tidak mengganggu hatinya Di waktu itu ada keluarga atau tiada Tidak akan mencacatkan hatinya Pada mereka cukuplah Tuhan cinta agungnya Menunggu-nunggu mati untuk melihat wajah-Nya Wahai ibu-ibu tua dan nenek-nenek yang lanjut umurnya Janganlah sedih tiada keluarga Janganlah susah hati tiada milik apa-apa Tajamkanlah iman, zikrullah jangan lupa Itulah harta di Akhirat sana Ingatlah usaha di dunia tidak berpanjangan Penderitaan di dunia ada kesudahan Tapi penderitaan Akhirat tiada sempadannya Utamakan iman itulah penolong kita Selamatkan diri dengan iman Dengan dunia jangan angan-angan lagi Kalau dapat pun bukan boleh digunakan Pentingkanlah Akhirat dengan iman dan ibadah

349

KOLEKSI SAJAK SIRI III

33

YATIM PIATU UKANLAH yatim piatu itu tiada berayah tiada beribu Yatim piatu itu yang tiada beradab dan ilmu Tiada ibu dan bapa tidak mengapa Tidak ada ilmu dan adab, manusia terhina Tiada ibu dan bapa bukanlah aib Nilai manusia bukan di situ Bila tiada ilmu dan akhlak tidak ada nilai dirinya Ilmu dan akhlak nilai diri manusia Wahai anak-anak yang tiada ayah dan ibu Jangan hati susah ketiadaan mereka Pentingkanlah ilmu dan akhlak mulia Lebih-lebih lagi iman dan taqwa Ada ibu dan ayah tiada apa-apa erti Jika iman, ilmu, akhlak tiada diperolehi Mereka akan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya Juga kepada dua ibu bapa mereka Berapa banyak manusia yang masih ada ibu bapa Tapi derhaka kepada kedua-duanya Kerana iman dan ilmu tiada di dada Akhlak yang mulia tidak lahir dari mereka Janganlah sedih ketiadaan ibu dan bapa Nasib kita bukan ditentukan oleh keduanya Carilah iman pentingkan ilmu Hiasilah diri dengan akhlak, Tuhan cintakan kita Sedihkanlah kalau kita tidak ada itu semua

350

UMUM

34

ANEHNYA SEJARAH Aneh sekali sejarah paparkan kepada kita Banyak tokoh-tokoh Islam dari kalangan yang menderita Banyak di kalangan fakir miskin menjadi tokoh Tidak kurang dari golongan yatim piatu pula Rasulullah namanya terkenal anak yatim piatu Miskin pula, musuhnya banyak merata-rata Berpindah-randah mencari perlindungan Tapi kejayaan membawa kebenaran tiada taranya Sayidina Ali orangnya miskin sejak kecilnya Wajahnya pula tidaklah cantik Tapi ilmunya banyak, waraknya luar biasa Jihadnya tiada tandingan Jasanya kepada Islam sangat banyaknya Imam Syae yang terkenal namanya Imam mujtahid yang tiada bandingannya Ilmu banyak jadi warisan kita Waraknya ketara di masa hidupnya Tapi dia siapa? Dia kan anak yatim, ibunya miskin pula Hidupnya berpindah-randah merata-rata Di situlah kejayaannya membawa ilmu dan taqwa Lihatlah Imam Ghazali mujaddid kelima Ahli su, fekah dan falsafah Ilmunya dimanfaatkan hingga kini Dia seorang yang miskin Ayahnya mati sebelum dewasanya

351

KOLEKSI SAJAK SIRI III

35

ILMU MELAHIRKAN TAMADUN LMU pengetahuan perlu dicari Jangan diabaikan dan dicuaikan Setelah dapat, perlu diamalkan Ia akan melahirkan kemajuan Ilmu tauhid, ilmu pembangunan Dua ilmu ini kenalah gabungkan Agar pembangunan bertunjangkan iman Itulah yang disuruh oleh Tuhan Ilmu adalah harta Lebih baik daripada wang Dengan ilmu mendapatkan harta Tapi harta tidak mendapatkan ilmu Tiada ilmu tiada kemajuan Bagaimana hendak membangunkan bangsa Ada ilmu ada kemajuan Dengan ilmu boleh jadi bangsa maju Kemajuan perlu dibangunkan Pembangunan perlu ada ilmu Satu bangsa tiada kemajuan, selamanya jadi bangsa terhina

352

UMUM

36

ADIL BUKAN SEIMBANG RTI adil bukan ertinya seimbang Tidak juga bererti ukuran sama panjang Denisi ini adalah tanggapan biasa yang lumrah kita terima Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam Erti adil meletakkan sesuatu itu sesuai dengan tempatnya atau kedudukannya Iaitu utama mesti diutamakan Yang tidak utama mesti dikemudiankan Yang penting didahulukan, yang tidak penting dibelakangkan Yang wajib diutamakan, yang sunat atau yang harus ditinggalkan jika berlaku di dalam satu keadaan Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan Mari kita menghurai agar kita faham Adil yang paling besar atau super adil Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan Kita sembah, kita besarkan, kita puja sepanjang masa Kita cinta dan kita takut dan ingat serta sebut di mana-mana Jangan jadikan selain Allah Tuhan, atau kita utamakan dan besarkan lebih darinya Adil martabat tinggi syariat Tuhan diutamakan atau didahulukan Atau hak Tuhan kita dahulukan Peraturan manusia ditinggalkan Hak Tuhan kita utamakan hak manusia kita kemudiankan Adil martabat rendah ialah mengikut faham biasa Adil martabat kedua mendahulukan hak ibu bapa dari kita Guru-guru kita juga patut diutamakan dari kepentingan kita

353

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Mendahulukan hak suami dari kita adalah utama dan mulia Jika berkongsi berniaga saham sama banyaknya untung bagi dua Kalau saham tidak sama untung diberi mengikut saham sedikit banyaknya Jawatan yang hendak diberi kepada seseorang sesuai dengan kebolehannya Gaji diberi sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab Inilah dia erti adil dan keadilan Tapi kita sedih adil yang diperjuangkan oleh para pejuang adil martabat rendah Super adil dan adil martabat tinggi tidak diendah Bermati-matian keadilan peringkat rendah diperjuangkan hingga sanggup menumpahkan darah Keadilan martabat tinggi dan super adil diabaikan dan tidak diendah

Menjelang tidur 04 - 09 - 1999 354

UMUM

37

TAJAMKAN BAHASA HATI DAN JIWA AHASA hati adalah rasa dan perasaan Bahasa akal adalah berkir dan kiran Bahasa nafsu runtunan kehendak dan rangsangan Bahasa mata adalah menangkap rupa dan warna Bahasa lidah adalah perkataan dan percakapan Bahasa jawarih sentuh dan sentuhan Banyakkanlah hati berkata dan berbahasa Tajamkanlah bahasa hati dan jiwa Biarlah di dalam diri hati atau jiwa jadi jurubicara Kerana patut dan memang patut kerana dia raja Raja dirilah pemutus kata Raja dirilah yang punyai perintah yang sah Yang lain-lain itu biarlah jadi rakyat yang taat setia Yang akan menjadi rakyat yang berkhidmat kepada raja Yang akan menjadi tentera-tentera yang setia Kalau setiap manusia boleh melakukan ini semuanya Perjalanan hidup mereka sangat indah dan berfaedah Segala-galanya akan menuju kepada Tuhannya Sesuai dengan kehendak Tuhan mengapa manusia dijadikan Iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah-Nya

Selepas ekspedisi 07 - 09 - 1999 355

KOLEKSI SAJAK SIRI III

38

KEBESARAN ALLAH DI MUSIM HAJI EBESARAN Allah sangat dapat dilihat di musim haji Di sudut dan di aspek yang mana saja, dapat dilihat keagungan-Nya Kerana panggilan-Nya, manusia berduyun-duyun menuju ke sana Semua bangsa, bermacam-macam bahasa dan warna kulitnya Bersusah payah mereka datang dari jauh di pelosok dunia Meninggalkan kampung halaman dan juga sanak saudara Korban harta, korban tenaga dan masa Kalau panggilan manusia tidak akan berlaku sebegitu rupa Mereka melaksanakan satu niat, satu perbuatan, satu ucapan Berkumpul beramai-ramai di Padang Arafah bayangan Padang Mahsyar Mengelilingi Kaabah, sembahyang jemaah, rukuk sujud rentak yang sama Memuji Allah dengan takbir dan tahmid serta tasbih dan doa Di waktu itu tidak dikenal mana rakyat mana raja Mana yang jahil mana yang alim Mana yang miskin mana yang kaya Tidak mempeduli satu sama lain kecuali menuju Tuhan yang Esa Masing-masing membakar diri, masing-masing buat kerja sendiri Tidak akan ada mana-mana dunia suasana yang sebegini rupa Segala etnik yang berbagai-bagai bahasa dan warna kulit berkumpul di sana Setiap orang mewakili negara mereka
1996 356

UMUM

39

ADAB-ADAB HAJI ERGI ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya Menunaikan ibadah di sana jangan gopoh-gapah Tawadhuk dan khusyuk mestilah ada Merempuh-rempuh dan bertolak-tolak sesama manusia jauhkanlah Kerana bukan begitu kita beribadah kepada Allah Jagalah tata-tertib agar mampu menyenangkan orang lain Ia termasuk ibadah yang disebut hablumminannas Kalau ada makhluk yang susah, senangkanlah Ia juga termasuk ibadah yang sangat diperintah Tawadhuk dengan Allah serta malu kepada-Nya Ia adalah sifat hamba yang mesti dimuliakan Kerana ibadah itu hendak melahirkan sifat kehambaan Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya ia bukanlah ibadah Perhubungan dengan manusia kenalah jaga Hak-hak mereka jangan sampai dicerobohi Berkasar-kasar dan bertengkar-tengkar elakkanlah Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti ada dan dijaga

10 - 03 - 1996 357

KOLEKSI SAJAK SIRI III

40

OLE-OLE HAJI ALIK dari Mekah jangan hanya tamar dan zam-zam yang dibawa pulang Lebih-lebih lagi tidak igal dan barang-barang mahal yang dibawa pulang Bukan itu semua yang penting dibawa pulang Tapi pengajaran dan hikmah yang patut dibawa dari sana Ole-ole dari haji bukan bersifat material yang dibawa pulang Tapi yang bersifat maknawiah dan rohaniah yang lebih penting Pengalaman yang luas, akhlak yang tinggi di dalam diri Itulah dia buah haji yang mabrur lagi sejati Buanglah perangai buruk, gantilah dengan perangai mulia Tanamkanlah keinsafan di dalam diri dengan agama Jadikanlah agama hidup mati kita Sesuai dengan semangat haji kemuncak rukun Islam yang lima Kebanyakan jemaah haji pulang ke tanah air tidak berubah Sifat-sifat mazmumah yang lama masih dibawa pulang Perjuangan tidak wujud, pengorbanan tidak bertambah Yang bertambah cinta dunia, gila pangkat, suka glamour Kalau itulah yang dibawa, tanda haji yang dibuat tidak berbuah Mengikut kitab haji yang tidak mengubah perangai, namanya haji mardud Terbuanglah masa, habislah duit, sia-sia tenaga Yang dapat hanya susah payah, letih badan, pahala tiada, berdosa pula

10 - 03 - 1996 358

UMUM

41

HIKMAH IBADAH HAJI ERGI ke Mekah bukan sahaja beribadah Tapi pergi belajar serta mengambil hikmah Menanamkan semangat berkorban seperti Nabi Allah Ismail dan Sayidina Ibrahim Meniru kesabaran Siti Hajar, mencontohi ketaatannya kepada suaminya Tawakalnya Siti Hajar perlu ditiru, sifat mahmudah yang perlu Terutama para-para isteri yang solehah Dia di antara serikandi Islam yang patut dicontohi Selain Siti Fatimah dan para isteri-isteri Rasul ummahatul mukminin Pergi ke Mekah kenangkanlah sejarah Rasulullah Bersusah payah membangunkan Islam kepada umat Berhadapan dengan cabaran, bergelut dengan kesusahan Namun demikian baginda tidak menyerah kalah Semangat itulah yang patut dibawa balik selepas haji Agar perjuangan Islam di tanah air menyemarak lagi Bersabarlah dan tabahlah berhadapan dengan ujian Seperti semangat yang telah disampaikan oleh Nabi Dari Mekah dan Madinah contohilah pengorbanan Nabi Bangunkan Islam dengan harta dan jiwa raga Jangan takut, jangan gentar menerima risiko Demi keredhaan Allah agar terhindar dari Neraka

10 - 03 - 1996 359

KOLEKSI SAJAK SIRI III

42

HIKMAH RUKUN ISLAM TIDAK DIPEROLEHI ETELAH kelima-lima rukun Islam seseorang itu melaksanakannya Sebelum itu sembahyang, puasa, zakat telah dilakukan Namun segala hikmah-hikmah rukun-rukun Islam itu tidak diperolehinya Seperti pemurahnya tiada, takabur pakaiannya, tamak masih subur, kasih sayang luntur Syariat-syariat lahir pula lemah mengamalkannya, sunat dicuaikannya Gila nama, mencari glamour, mabuk pangkat masih diburunya Orang-orang macam ini tiada harap dididik lagi Kebanyakannya perangai-perangai keji akan dibawa sampai mati Mereka kalau ditegur sakit hati, membesar diri Pengajaran-pengajaran yang didengar sekadar hobi Atau mabuk ilmu bukan untuk diamalkan Atau ada tujuan-tujuan lainnya, mungkin mental exercise Mereka-mereka ini sebenarnya menyibuk-nyibuk sahaja di musim haji Sembahyangnya khusyuknya tiada, segala zikir di mulut tiada di hati Amalan lahir saja dibina, amalan hati runtuh sama sekali Segala amalan tiada membuahkan akhlak mulia Malanglah mereka ini, rugilah mereka ini Mereka-mereka itulah di Akhirat nanti menjadi muis Apa yang diperniagakan di dunia semuanya rugi Hutang tiada terbayar, terhukumlah mereka di Akhirat nanti
1996 360

UMUM

43

JEMAAH HAJI ASET BERHARGA EPATUTNYA kembalinya jemaah haji merupakan aset yang berharga Aset agama, bangsa dan negara Membawa pengalaman, membawa hikmah, membawa akhlak yang mulia Dengan aset itu akan dibangunkan agama, bangsa dan negara Aset yang dimaksudkan pulangnya man power yang berjiwa pengorbanan Yang bersemangat juang, sabar dan tabah dibawa dari sana Hikmah seluruh rukun Islam yang dimilikinya Hidup matinya, seluruh tenaganya untuk membina segala yang diredhai Tuhannya Begitulah sepatutnya bertambah tenaga di dalam negara Setiap kembalinya jemaah membawa apa yang telah dikata Dari tahun ke tahun tenaga yang berguna bertambah banyaknya Kesan dari praktis haji yang besar hikmahnya Tapi malang sekali apa yang sepatutnya berlaku sebaliknya Man power yang diharapkan pulang biasa sahaja Tenaga lahir batin yang diharapkan dari hikmah haji tidak dimilikinya Ramai yang naik haji tidak ada apa-apa ertinya Di sinilah membuktikan kebanyakan mereka membawa haji mardud

361

KOLEKSI SAJAK SIRI III

Tidak ada apa-apa hasil kecuali menghabiskan duit membuang masa Kesan dari haji yang membawa manfaat tiada Sulit sekali mendapat keampunan Allah seperti baru lahir dari ibunya

10 - 03 - 1996 362

UMUM

44

HAJI KEMUNCAK IBADAH BADAH haji adalah kemuncak ibadah Bermula daripada pengakuan: Allah adalah Tuhan yang patut disembah, Nabi Muhammad Rasulullah Kemudian dimulai dengan ibadah sembahyang yang menjadi tiang seri seluruh ibadah Disusul pula ibadah puasa, kemudian zakat, penutupnya ibadah haji, semuanya menjadi rukun Islam, haji kemuncak ibadah Tujuan ibadah untuk melahirkan dua perkara yang utama Menajamkan rasa bertuhan, menebalkan rasa kehambaan Dua perkara ini ia lazim-melazimi, tidak boleh kedua-duanya bercerai perasaan Jika rasa bertuhan tajam, rasa kehambaan menebal Kalau rasa bertuhan tidak ada atau tipis, rasa kehambaan juga ikut sama tidak ada Dengan kata-kata yang lain jika wujud cintakan Tuhan dari ibadah, takutkan Tuhan ikut serta Hasil ibadah itulah yang menjadikan Tuhan redha pada seseorang hamba Di sini fahamlah kita tujuan ibadah untuk menebalkan rasa bertuhan, dan untuk menebalkan rasa hamba Side effectnya: Hamba itu merendah diri, pemurah, bertimbang rasa, pemaaf dan meminta maaf Ditambah lagi dengan sifat-sifat sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama Maka sombong, pemarah, riyak, ujub, bakhil, tamak, dengki, mementingkan diri, dendam dan lain-lain lagi sifat negatif secara automatik musnah Di dalam sajak ini fokus kita adalah ibadah haji Haji ertinya menuju Allah secara rohaniah
363

KOLEKSI SAJAK SIRI III

dan maknawiah Ingin mencintai Tuhan yang bersifat kasih sayang kepada manusia Menuju Allah tafsirannya adalah hendak menebalkan lagi rasa bertuhan dan sekaligus menebalkan lagi rasa kehambaan Hasil dari itu dapat memiliki sifat-sifat mahmudah, sekaligus sifat-sifat mazmumah pun musnah Kalaulah ibadah dari sembahyang hingga ibadah haji dihayati Ia sangat berkesan di dalam jiwa dan hati, akhirnya di dalam kehidupan manusia Apabila sampai ke ibadah haji ia telah sampai ke kemuncak ibadah Rohaniahnya juga sepatutnya turut memuncak Pulang ke tanah air membawa jiwa yang suci murni Membawa sifat mahmudah yang tinggi, akhlak yang mulia, peribadi contoh Memiliki rasa cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan telah sebati menjadi jati diri Mempunyai sifat dan rasa bertuhan memenuhi hati nurani Dapat merasa kehambaan menghayati hati sanubari Mereka pulang membawa sebahagian besar sifat-sifat malaikat berupa manusia Mereka menjadi role model di kalangan bangsanya untuk ditiru dan dicontohi Kalaulah mereka setiap pulang dari haji membawa sifat-sifat dan sikap seperti yang telah digambarkan tadi Makin ramailah bilangan bangsa itu menjadi role model untuk diikuti setiap tahun oleh bangsanya Jangka panjang bangsa itu akan berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama, bersatu padu Lahirlah kemajuan, bangunlah tamadun, bangsa bermoral dan bermaruah tinggi Semua golongan hidup aman damai dan harmoni Tapi inikah yang terjadi kepada kebanyakan jemaah haji umat Islam seluruh dunia?
364

UMUM

Mereka pulang ke tanah air membawa perangai lama juga Ibadah mereka walaupun sudah sampai ke kemuncaknya iaitu ibadah haji perubahan sikap tidak ada Kerana itulah kehidupan umat Islam seluruh dunia berpecah-belah, mundur, akhlak rosak, hina, hidup porak-peranda Ibadah mereka tidak membawa erti apa-apa di dalam kehidupan mereka Kerana ibadah itu dibuat tidak dihayati bahkan sekadar faham tidak ada Ibadah yang tidak dihayati itu tidak dapat membangunkan jiwa bangsa seterusnya tidak dapat membangunkan kekuatan bangsa

Menjelang tidur 15 - 01 - 2003 365

KOLEKSI SAJAK SIRI III

45

MERIAHKAN HARI RAYA AIDIL ADHA ARI Raya Haji atau Hari Raya Korban / Aidil Adha Ia lebih besar dari Raya Aidil Fitri Sambutlah ia dengan takbir dan salam 4 hari Meriahkan juga dengan sembahyang sunat dua rakaat serta mendengar khutbahnya Ceriakan lagi dengan takbir dan tahmid di merata-rata tempat Di jalan-jalan raya, di lorong-lorong, di dalam kereta apatah lagi di masjid Begitulah sepatutnya mengikut Sunnah Nabi Agar dengan syiar-syiar itu kita membesarkan Aidil Adha Jangan lupa ziarah-menziarahi sanak saudara dan sahabat handai Juga kaum muslimin apatah lagi yang kita kenal Bersalam-salamanlah dan bermaaf-maafanlah sesama mereka Agar kasih sayang, rasa ukhwah berbunga semula Elok juga dibuat rumah terbuka ditetapkan masa Semua kaum dipelawa datang, tidak mengapa tidak ada salahnya Agama Islam menggalakkan hidup yang harmoni Di hari raya elok diambil peluang melahirkan sebab-sebabnya Ayuh marilah kita meriahkan Aidil Adha dengan takbir dan tahmid Bukan dengan pergaulan, berjoget-joget dan lawak jenaka Meriahkan juga dengan ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan Ditambah lagi menolong fakir miskin dan siapa juga yang mendapat kesusahan
10 - 03 - 1996 366

Anda mungkin juga menyukai