Anda di halaman 1dari 1

SMK PUTRAJAYA PRESINT 14(1) NO.1A, JALAN P14, PRESINT 14, 623000 PUTRAJAYA. No. Tel No.

Fax Rujukan Kami Tarikh KEPADA IBU BAPA / PENJAGA Tuan / Puan, MAKLUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2012 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

: 03 888902950 : 03 888902951 : SMKPP14(1) : 04 Januari 2012

2. Untuk makluman pihak tuan, semua pelajar sekolah ini diwajibkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti ini akan dimulakan dengan latihan rumah sukan untuk Larian Merentas Putra yang akan diadakan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Mulai akhir Januari, pelajar pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum bagi kelab/persatuan, sukan/permainan dan unit beruniform. 3. Para pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti kelab/persatuan sebanyak 12 kali setahun, sukan/permainan sebanyak 12 kali setahun dan aktiviti unit beruniform sebanyak 18 kali setahun. Ibu bapa diharap dapat menggalakkan anak anak menyertai aktiviti tersebut kerana ia amat penting untuk mendapatkan 10% markah yang akan diambil kira sebagai salah satu elemen penting bagi kemasukan ke IPTA dan IPTS setelah tamat SPM nanti. 4. Sehubungan itu, pihak tuan diminta melengkapkan borang kebenaran waris untuk mengikuti aktiviti kokurikulum seperti yang dilampirkan dan sila hantarkan boring tersebut kepada guru tingkatan masing-masing selewat-lewatnya pada 15 Februari 2012. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( JURIAH BINTI BAHALI ) Pengetua, SMK Putrajaya Presint 14(1), Presint 14, Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai