Anda di halaman 1dari 13

anduan Memulakan Bisnes Borong China (part 1)

Kehebatan pembangunan ekonomi China bukan lagi satu rahsia atau berita. Sewaktu anda menyusuri bandar di China, anda akan melihat begitu banyak kereta mewah di jalan raya, pembangunan di semua tempat dan di celah-celah bangunan pencakar langit yang lebih hebat daripada negara-negara maju Eropah dan Amerika Syarikat. Jika bergerak dari satu bandar ke bandar lain, kita dapat lihat lebuh raya 4 laluan yang bersih dan lurus tanpa sebarang lopak. Keretapi di negara ini juga sudah mencapai kelajuan 500 km/j. Ini samalah seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Star dalam masa sejam sahaja. Tidak hairanlah penganalisis ekonomi meramalkan negara yang mempunyai paling banyak penduduk di dunia ini akan menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia sebelum tahun 2015. Jika anda seorang usahawan tentu anda tidak mahu ketinggalan dan melepaskan meluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini. China adalah negara yang menjanjikan seribu peluang keemasan. Namun China juga penuh dengan cabaran dan tipu daya. Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya melihat kepada peluang tanpa mengambilkira perangkap yang menanti. Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita mengenai tipu daya yang terdapat di negara ini. Ada antaranya yang betul dan ada pula hanyalah rekaan semata-mata. Namun apa yang pasti, kita perlu belajar dan berhati-hati dengan perangkap ini. Maka China boleh menjadi sebuah negara yang akan menjadikan perniagaan anda kaya dengan merebut peluang keemasan yang ada dan dalam masa yang sama boleh menjadikan anda jatuh tersungkur. Memulakan urusan perniagaan di China memerlukan anda untuk sentiasa berhati-hati dalam menjalankan setiap urusan Memikirkan Untuk Memasuki Pasaran China Anda mungkin tertanya-tanya, apakah China ini sesuai bagi perniagaan anda? Seperti juga tindakan yang lain, kita tentu perlu melakukan analisis terlebih dahulu. Analisi berkenaan kebaikan, keburukan, kelebihan yang kita bakal dapat dan ancaman. Selepas menyenaraikan semua ini dan membuat analisa, barulah anda bersedia untuk memasuki negara ini. Dengan cara ini anda dapat memaksimakan peluang yang anda bakal perolehi ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan risiko ancaman yang dihadapi. Mengimport Barangan Dari China Peniaga dan Usahawan dari seluruh dunia kini bertumpu ke China untuk memborong barangbarang perniagaan mereka. Sedar tidak sedar, 70-90 % barang disekeliling anda diperbuat dari

negara China. Daripada sekecil-kecil jarum sehinggalah bahan binaan, kebanyakkannya diimport dari sini. Kelebihan yang dimiliki China adalah kos buruh yang rendah dan kilang pengeluaran berkualiti tinggi. Permintaan yang tinggi dari seluruh dunia pula membuatkan kilang-kilang bekerja siang dan malam mengeluarkan produk dengan efisien. Kerajaan China yang membuka ekonominya pada akhir tahun 70-an telah bertindak bijak dengan melaburkan wang yang banyak membina infrastruktur.Antaranya adalah Lapangan terbang baru, lebuh raya, jambatan, terowong, keretapi dan pelabuhan. Pembinaan infrastruktur ini adalah untuk melancarkan perkembangan ekonomi yang diramal berkembang pesat. Ramalan menjadi realiti dan China menjadi gergasi ekonomi seperti yang kita semua ketahui. Semua ini menyumbang kepada pengeluaran produk berkualiti tinggi dengan harga yang sangat rendah.Satu tarikan yang besar bagi mana-mana peniaga seperti mana semut yang mencari gula. Ini samalah seperti jika anda ingin mencetak t-shirt. Jika pesanan yang diperolehi adalah 10 helai, kos purata sepasang t-shirt akan menjadi tinggi. Namun jika pengeluarannya adalah 1000 helai. Kos purata bagi satu t-shirt akan menjadi rendah. Jadi ini membeli kelebihan yang besar kepada pengeluar dan juga pembeli yang dapat membeli dengan harga yang murah. Pengimportan barangan dari China kini tidak hanya dikuasai oleh syarikat-syarikat besar seperti sebelum ini.Syarikat-syarikat juga ikut serta untuk bersama. Mereka juga cuba untuk mengelakkan daripada berurusan dengan orang tengah atau ejen pembelian yang menjadikan kos barangan ini tinggi di pasaran. Untuk ini pula kerajaan China menyediakan pusat-pusat borong yang sistematik di bandar seperti Guangzhou dan Yiwu. Pusat-pusat borong ini terdiri daripada pusat borong khas untuk setiap jenis barangan. Terdapat pusat borong pakaian, pusat borong kasut, pusat borong barangan elektronik, pusat borong perabot dan pelbagai pusat borong lain yang dikhaskan untuk satu kategori barangan tertentu sahaja. Bagi syarikat kecil yang ketinggalan, mereka tidak akan mampu lagi bersaing harga dengan pesaing di negara mereka jika tidak mengimport terus dari China. Kelebihan ini wajar diwujudka sejak dari awal lagi bagi peniaga kecil yang bercita-cita tinggi. Perkara Yang Perlu Diberi perhatian 1. Pengalaman Jika anda mempunyai pengalaman berurusan dengan syarikat dari negara lain seperti Thailand atau Vietnam anda mempunyai kelebihan di sini. Anda tentu sudah mengetahui selok belok sewaktu berada di luar negara. Anda juga tahu kesulitan yang akan dihadapi dari segi bahasa pertuturan, pemakanan, pengangkutan dan budaya setempat. Anda perlu bersedia untuk menghadapi cabaran jika anda belum mempunyai pengalaman seperti ini.

2. Pemilik Syarikat Perlu Pergi Kaedah yang terbaik untuk pertama sekali meneroka ke negara China adalah apabila pemilik syarikat sendiri yang terbang ke China untuk melihat sendiri keadaan di sana. Anda tidak mungkin dapat menghantar pekerja anda untuk anda memahami keadaan dan budaya kerja di sana. Walaupun anda sibuk, anda perlu laburkan sedikit masa untuk membuat pemerhatian penting ini. 3. Modal Permulaan Yang Cukup Jika barangan yang anda ingin beli adalah terlalu sedikit, mungkin tidak berbaloi untuk anda membeli dari China kerana terdapat kos-kos lain seperti tiket penerbangan, hotel, makan minum dan pengangkutan yang perlu anda tanggung. Semua kos ini akan menjadi kos barangan sebelum anda jual kepada pelangan.Oleh yang demikian, anda perlukan modal sekurang-kurangnya dalam RM 5000 untuk permulaan untuk mula memborong dari China. Selepas beberapa kali berurusan, anda sudah boleh mengandakan wang anda dengan mudah. 4. Perancangan Jangka Masa Panjang. Untuk mengimport barangan terus dari China, anda tidak seharusnya berfikir untuk tempoh masa pendek semata-mata. Anda perlu pandang lebih jauh. Letakkan sasaran seperti 5 tahun atau lebih. Anda tidak mungkin akan mendapat pembekal yang tepat untuk kali yang pertama anda ke sana. Selepas beberapa kali, anda akan mula mahir mengenai pembekal yang bagus. Reputasi yang dibina akan menguntungkan anda. 5. Memahami Budaya Setempat Budaya berlainan menjalankan perniagaan dengan berlainan. Jika anda sukar untuk menerima budaya di negara lain, mungkin perjalanan anda dalam perniagaan ini agak sukar. Anda perlu memilih untuk menyesuaikan diri dengan budaya setempat. Namun anda tidak perlu mengorbankan prinsip agama untuk ini. Di China mereka juga memahami dari aspek agama dan budaya kita. Namun dari segi lain, mungkin mereka kelihatan lebih agresif dan materialistik berbanding kita. Persediaan Untuk Memborong dengan Berjaya Jika anda pernah mendengar banyak kisah penipuan dan kegagalan usahawan di China. Anda sudah pasti juga pernah mendengar kejayaan usahawan-usahawan yang berjaya di China. Bagaimana mereka melakukannya ? Apakah rahsia kejayaan mereka. Mereka melalui apa yang anda sedang dan bakal lalui juga, namun mereka tekad untuk meneruskan usaha. China bukan tempat untuk usahawan yang cepat putus asa.

Panduan Memulakan Bisnes Borong China (part 2)


Buat permulaan, anda perlu mengikuti kaedah berikut. 1. Mendapatkan Ilmu Yang Betul Mengenai China Untuk berjaya anda perlukan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu tak mungkin anda boleh berjaya dalam mana-mana bidang. Anda perlu menjadi seperti kapas yang boleh menyerap air sebanyak mungkin. Namun dalam masa yang sama, anda perlu mendapat ilmu daripada sumber yang betul. Jika anda dapat ilmu daripada sumber yang salah, anda akan menjadi lebih gagal. Saya pernah mendengar kisah orang yang membawa usahawan ke China membuat pelbagai cerita seperti pemborongan di sana dilindungi gangster. Semua ini adalah taktik untuk menakutkan usahawan. Orang sebegini tidak sepatutnya kita jadikan sumber maklumat kita. Jangan percaya jika ada individu yang mengatakan mereka adalah guru pemborongan dari China. China terlalu besar untuk satu-satu individu menguasai segalanya di sana. Kami di Kursus Borong China adalah hanya panduan anda, kami bukan guru. 2. Belajar Dalam Lawatan Sewaktu beberapa kali terawal anda melawat China, pastikan anda tengok dan belajar daripada orang yang berjaya dan mempunyai pengalaman di sana sebelum ini. Belajar daripada orang berpengalaman adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda akan menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam proses ini. Jika anda memilih untuk melalui kegagalan, anda mungkin berasa puas namun kekadang anda akan menjadi serik dan kecewa juga. Anda juga akan membuang masa, wang dan tenaga dalam melalui proses ini. Jadi kenapa ingin ambil jalan susah ? Gunakan mereka yang berpengalaman ini untuk anda mengambil jalan singkat untuk berjaya. 3. Menyesuaikan diri dengan budaya perniagaan di China Pada mulanya, anda mungkin merasakan semuanya agak asing bagi anda. Bahasa Inggeri mereka agak teruk sebutannya, orangnya agresif dan sangat berkira. Jika ke kedai borong, kita tanya harga, kita akan ditanya semula berapa kuantiti barang yang kita perlukan ?. Mereka tidak akan pujuk rayu jika anda menggunakan taktik merajuk.

Semua ini berlainan daripada budaya perniagaan di Malaysia. Budaya perniagaan seperti ini terbukti berjaya apabila China dapat mengeluarkan masyarakatnya daripada miskin menjadi kaya raya seperti yang anda akan lihat nanti. 4. Senyum dan Berjenaka Orang yang sentiasa berjenaka dan senyum selamat di mana-mana. Namun anda tidak perlu melalukannya lebih daripada keperluan. Nanti anda dianggap tidak siuman. Di China, mereka menyukai orang asing yang senyum dan berjenaka dengan hormat. Jika reputasi ini sudah dibina, kaedah anda membuat perniagaan akan menjadi lebih mudah. Kita sebagai orang Malaysia mempunyai kelebihan yang besar sebenarnya. Mereka hormat dan pandang tinggi kepada kita. Mereka tahu orang Malaysia baik-baik dan lemah lembut. Gunakan kelebihan ini untuk membina reputasi. Antara taktik yang biasa saya gunakan, saya akan bawa wang RM 1 dalam kuantiti yang banyak. Jika saya jumpa supplier yang bagus, saya akan hadiahkan anak kecilnya wang ini. Wang adalah seumpama Tuhan bagi mereka, mereka juga suka melihat wang kita dengan imej Agung bertenggolok. Mereka akan sangat menghargainya. Dengan RM 1 yang anda berikan, anda mungkin akan dapat potongan beberapa ratus yuan dalam pembelian anda. Tidakkah ini satu pelaburan yang baik. Anda juga boleh gunakan barangan lain seperti keychain atau poskad dan sebagainya . Perkara Ringkas yang anda boleh buat sekarang 1. Baca Saya telah memuatkan banyak bahan bacaaan dalam website Kursus Borong China ini, anda mungkin perlu luangkan masa untuk membaca semua tips ini satu persatu. Jangan beli sebarang ebook mengenai import barang dari china kerana saya sudah membelinya dan ia hanya akan merugikan anda. Di dalamnya hanya banyak diterangkan mengenai pembelian online melalui website DHGate dan China Vasion. Membeli di website sebegini adalah bukan kaedah memborong yang sebenar. Anda harus elakkan ebook-ebook seperti ini. Mereka hanya memandu anda ke arah yang salah. 2. Tonton Anda perlu tonton video-video yang ada di dalam website ini. Antara yang wajib ialah : - Majalah 3 - Nasi Lemak Kopi O

3. Hadiri Kursus Memborong ke China Kursus yang kami adakan sebulan sekali ini, akan menerangkan secara terperinci teori mengenai pemborongan di china, perkara-perkara yang perlu anda buat dan elakkan, kaedah penghantaran barangan melalui laut dan tips-tips perniagaan memborong Selain itu, anda juga akan berkenalan dengan usahawan-usahawan lain di sana nanti. Dengan membuat rangkaian sesama usahawan yang ingin memborong ini, anda akan membentuk satu ikatan yang kuat. Tidakkah kita dinasihatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhatihatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai.(Hadis riwayat Ahmad) Shahabudeen Jalil

Panduan Memulakan Bisnes Borong dari China (Bahagian 3)


Dalam dua tajuk yang pertama sebelum ini, kita telah diperkenalkan dengan apa itu China dan kenapa perlu memborong dari sana serta suasana perniagaan di sana. Dalam topik kali ini, kita akan pergi lebih terperinci dalam strategi perniagaan. Pertama sekali kita perlu memahami pusingan yang berlaku dalam perniagaan yang melibatkan produk atau trading. Pusing ini akan bermula daripada kajian pasaran bagi sesuatu produk, kemudian diikuti pemborongan, dan akhirnya penjualan dan kembali semula ke kajian pasaran. Kajian Pasaran > Pemborongan -> Penjualan > Kajian Pasaran Pusingan ini akan berterusan sepanjang perniagaan anda berlangsung dan ini adalah satu proses yang tidak akan berhenti jika anda ingin terus menjadi peniaga yang relevan dalam pasaran. Kita mulakan dengan langkah yang pertama iaitu kajian pasaran terhadap produk yang ingin dijual.Kajian ini penting untuk mengurangkan risiko kerugian jika anda membuat kesilapan dalam bidang ini. Semua faktor perlu diambil kira supaya perniagaan kita akan membuahkan keuntungan dan tidak merugikan. Apabila anda sudah mempunyai pengalaman nanti, langkah ini akan menjadi lebih mudah bagi anda. Jika anda tidak mempunyai pengalaman, jangan risau. Keputusan yang baik datang dari pengalaman, pengalaman datang dari keputusan yang tidak baik. Jangan takut membuat

keputusan, kerana keputusan yang baik akan menguntungkan anda dan keputusan yang tidak baik akan memberi anda pengalaman. Dalam Kursus Memborong di China, saya akan bertanya kepada usahawan yang menghadirinya Apakah barang yang ingin mereka jual ?. Hampir 95% daripada usahawan akan menjawab Apa saja yang boleh buat duit Anda tidak mungkin akan berjaya menjual apa-apa produk selagi anda tidak tahu apa yang ingin dijual. Anda perlu lebih spesifik dan terperinci. Proses ini bermula dalam tiga langkah yang saya akan terangkan di bawah. Lihat Sekeliling Anda Sebelum anda mengenalpasti pembeli dan produk. Penting anda lihat sekeliling anda dan dengan siapa anda berjumpa dan berhubung setiap hari. Memang betul anda berjumpa dengan ramai orang dalam pelbagai bidang. Namun tentu ada beberapa segmen penting masyarakat yang anda berhubung. Anda tidak boleh mengejar 2 orang yang bergerak ke arah berlainan dalam satu masa. Begitu juga dengan pemasaran. Anda tidak boleh mengejar 2 pasaran dalam satu-satu masa. Jika anda ingin menjual tudung muslimah dan pakaian sukan. Anda sedang cuba mengejar 2 orang dalam satu masa. Kemungkinan besar, anda akan gagal. Jadi cuba pilih satu pasaran buat satu masa, dan kembangkan perniagaan anda dalam bidang tersebut. Jika anda menjual jersey bolasepak. Pastikan produk seterusnya adalah seluar bolasepak atau kasut bolasepak. Jadi anda sebenarnya telah menjimatkan satu langkah seraya menjimatkan masa dan kos untuk menghadapi langkah ini. Kembali kepada mengenalpasti pasaran anda untuk mengetahui apa yang hendak di borong di China nanti. Katakan anda seorang muslimah bertudung. Anda tidak mungkin keluar bershopping dengan kumpulan berpakaian Punk. Sama juga sebaliknya. Anda tentu mempunyai identiti tersendiri dan berkawan dengan orang yang mempunyai kepercayaan dan identiti yang lebih kurang sama seperti anda. Setelah anda mengenalpasti kumpulan ini. Anda kini sebenarnya sudah mengenalpasti kumpulan besar pembeli anda. Anda perlu menjadi lebih spesifik dalam langkah yang kedua. Kenalpasti Pembeli Anda Apa yang anda kenalpasti dalam langkah yang pertama tadi adalah orang-orang yang kemungkinan besar akan menjadi pembeli anda. Iaitu orang disekeliling anda.

Kini persoalan yang perlu ditanya, berapakah pendapatan mereka dan ke mana wang ini disalurkan ? Semua manusia akan berbelanja untuk keperluan asas seperti beras, gula dan garam. Ini adalah belanja keperluan. Anda mungkin tidak berminat untuk menjual barang seperti ini. Sekarang cuba fikir mengenai kehendak. Apa barang kehendak yang dibeli oleh kumpulan pembeli anda ini. Anda boleh lihat ini pada diri sendiri dan diri mereka. Mengambil contoh sebelum ini. Jika anda seorang muslimah dalam kumpulan muslimah. Cuba lihat pada pakaian anda dan rakan-rakan anda. Apa sebenarnya yang anda dan rakan-rakan anda gunakan setiap hari ? apakah yang sering dibeli dan menjadi bualan ? apa pula produk yang menjadi impian mereka ? Kain baju kurung, aksesori, pin rambut, kasut, brooch, handbag, purse, pakaian dalam dan banyak lagi. Sekarang cuba kaji brapa harga produk-produk tersebut di pasaran dan tanya diri anda dan mereka, apa kelebihan produk-produk ini ? kenapa mereka membeli produk-produk ini ? apa impian produk yang mereka kehendaki ? Kenalpasti Produk Untuk Dijual Sedar tidak sedar, sebenarnya anda sudah pun mengenalpasti produk yang terhangat di pasaran anda. Kini anda mungkin sudah ada senarai 50 produk untuk dijual. Sekarang adalah masanya untuk anda kenalpasti dan kurangkan bilangan produk ini daripada 50 kepada 10 dan seterusnya kepada hanya 3 produk utama. Setelah mengenalpasti produk-produk ini terdapat beberapa langkah yang perlu kita perhalusi untuk menurunkan bilangan produk tadi daripada 50 ke hanya 3 produk yang anda akan borong dan jual. a. Adakah anda suka menjual produk ini ? Ini sangat penting kerana anda tidak akan penat menjual sesuatu yang anda suka. Setiap masa anda menjualnya adalah sesuatu yang sangat bahagia bagi anda. Jadi pilih produk yang anda suka untuk jual. b. Mampukah anda menjual produk ini secara berterusan ? Trend produk kita sering berubah. Namun ianya tidak lari jauh daripada produk asal. Katakan tudung, setiap hari terdapat fesyen baru muncul di pasaran, namun, tudung tetap tudung. Begitu juga dengan produk seperti handphone, kereta, jam tangan dan lain-lain. Jadi anda tidak mungkin menjual satu jenis produk dengan satu design sepanjang hidup anda. Anda perlu sentiasa berubah mengikut trend produk tersebut dan memberikan yang terkini kepada pelanggan anda.

Adakah anda mampu mengikut trend ini ? Jika ya, memang betul anda berminat mengenai produk ini dan anda mampu mengikuti trendnya untuk tempoh jangka panjang. c. Adakah produk ini boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Ini adalah persoalan penting di mana dalam perniagaan yang penting adalah keuntungan. Jadi adalah penting untuk anda kenalpasti perkara ini sebelum menjual apa-apa produk. Ada diantara mereka yang baru ingin memulakan perniagaan, mereka berkata Saya tak kisah untung atau tidak, tapi saya cuma nak mulakan perniagaan. Mindset seperti ini adalah mind set PASTI GAGAL. he he. Anda tidak boleh menyertai perniagaan tanpa objektif membuat keuntungan. Anda perlu untung untuk menyara diri, keluarga dan perniagaan anda. Ini bukan satu dosa. Malah ini satu pahala yang besar untuk anda membuat yang terbaik dengan diri anda. Sebagai kesimpulan, dalam langkah ini, kita telah melalui 3 saringan utama untuk mendapatkan produk yang bagus untuk dijual iaitu membuat pemerhatian dari sekeliling anda, mengenalpasti pembeli dan akhirnya mengenalpasti produk untuk dijual. Kita akan sambung lagi dalam bahagian seterusnya Shahabudeen Jalil

Berapa Modal Yang Diperlukan Untuk Mula Memborong dari China?


Untuk menjawab persoalan ini, terdapat satu berita baik dan satu berita buruk. Saya mulakan dulu dengan berita buruk dahulu dan kemudian saya akan susuli dengan berita baik bagi anda peniaga kecil yang ingin memborong daripada China. Berita buruknya adalah soalan ini boleh dikatakan sebagai soalan yang tidak relevan kerana modal adalah bergantung kepada produk yang anda jual. Jika anda usahawan yang menjual mesin jahit, mungkin modal sebanyak RM 5000 kurang mencukupi untuk anda mula memborong. Jika anda adalah penjual kerongsang, amount sebanyak itu boleh dikatakan banyak untuk permulaan. Jadi persoalan modal adalah berkait rapat dengan barangan yang anda ingin jual dan ada barangan yang memerlukan modal yang rendah dan ada pula barangan yang memerlukan modal yang tinggi. Namun saya ada berita baik juga bagi anda di sini, berita baiknya adalah saya memahami soalan anda dan saya tahu apa yang anda maksudkan dan saya tahu penyelesaian kepada masalah anda ini.

Pertama sekali, anda baru ingin memulakan perniagaan kecil dan anda belum tahu apa produk yang sepatutnya anda beli. Sebab itulah anda tidak tahu berapa modal yang diperlukan. Yang kedua pula, anda tidak tahu berapa minimum order quantity(MOQ) barangan daripada pemborong di China Untuk menyelesaikan dua masalah ini, anda perlu ikuti langkah di bawah untuk mengetahui samada anda mempunyai modal yang cukup atau tidak untuk memulakan untuk memborong dari negara China. 1. Buat Kajian Pasaran Kajian pasaran adalah sesuatu yang anda perlu lakukan sebelum anda ke China dan selepas itu perlu dilakukan sepanjang masa sepanjang anda berada dalam perniagaan. Anda tidak dapat lari daripada tanggunjawab untuk menjalankan kajian pasaran terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli apa-apa barangan. Tanpa kajian pasaran yang baik, anda mungkin akan membuat kesalahan yang boleh mengakibatkan anda menjadi rugi. Anda bukan membeli untuk anda gunakan untuk diri anda seperti anda membeli sabun dan shampoo. Anda membeli untuk menjual barangan ini semula di pasaran. Jika anda membuat kesalahan di sini, barangan ini tidak mungkin anda dapat gunakan sepanjang hidup anda. Contohnya jika anda tersilap memborong 50 helai baju, adakah anda ingin memakai baju ini sepanjang hidup anda ? Akhirnya barangan ini akan diberi percuma kepada orang lain atau dibiarkan begitu saja. Jadi kajian pasaran adalah sesuatu yang wajib. Kami akan menerangkan mengenai kajian pasaran ini dengan terperinci dalam Kursus Memborong ke China yang kami adakan dari masa ke semasa. 2. Rombongan Memborong ke China Jika kursus adalah untuk anda memahami secara teori tentang ilmu memborong ke China dan apa yang perlu anda lakukan sebelum memulakan langkah memborong ke China. Rombongan pula adalah latihan praktikal. Dalam rombongan ini nanti, kami akan terangkan sekali lagi secara terperinci tentang apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan pasaran di sana. Anda juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan kami dan bertanya nasihat mengenai produk yang anda pilih. Konsultansi percuma yang kami tawarkan untuk peserta rombongan ini bernilai ribuan Ringgit. Kami akan bertanya anda soalan-soalan berkenaan kaedah pemasaran, potensi produk, margin keuntungan, perancangan jangka panjang dan pelbagai lagi soalan lain yang memerlukan anda

untuk menilai pelbagai aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut secara borong. Namun anda tidak perlu risau, kami bukan saja bertanya, kami juga akan menasihati dan memberi panduan kepada anda mengenai produk yang anda bakal pilih ini. Kami boleh menasihati anda kerana kami sudah berhadapan dengan persoalan yang sama selama 10 tahun daripada lebih 7000 usahawan yang telah kami bantu selama ini. Kami tidak hanya memberikan anda ikan untuk anda makan untuk sehari sahaja, Kami akan ajarkan anda kaedah untuk menangkap ikan untuk anda gunakan sepanjang hidup anda selagimana anda dalam mana-mana perniagaan dalam rombongan ini nanti. 3. Brapa Minimum Order Quantity (MOQ) sesuatu produk ? Berkenaan dengan MOQ pula, memang jika anda menghubungi pembekal di China mereka akan meletakkan syarat MOQ yang tinggi. Dengan MOQ yang tinggi sudah tentu anda memerlukan modal yang tinggi. Kami nasihatkan jangan sekali-kali membeli dengan kuantiti yang banyak buat kali yang pertama. Kami mempunyai pengalaman melihat peniaga yang mengambil kuantiti yang banyak tanpa melakukan kajian pasaran yang betul yang akhirnya menyebabkan perniagaannya jatuh terduduk. Cuba anda bayangkan anda membeli kasut dari jenis A dalam kuantiti yang banyak dan apabila anda bawa balik barangan ini, anda lihat pesaing anda menawarkan kasut yang sama dengan harga yang lebih rendah atau kualiti yang lebih tinggi. Kasut anda mungkin tidak mempunyai permintaan lagi. Pada waktu itu anda terpaksa jual dengan menanggung kerugian yang tinggi. Nasihat saya di sini, beli dengan kuantiti yang rendah dan kami akan ajarkan bagaimana untuk mendapatkan harga yang murah seperti anda membeli dengan kuantiti yang banyak. A. Syarat Kuantiti Yang Tinggi Jika syarat yang diletakkan oleh pembekal adalah sesuatu kuantiti yang tinggi. Anda tidak perlu risau. Walaupun kuantiti anda rendah, kami masih boleh membelinya kerana kami kenal kebanyakkan pembekal-pembekal utama di China. Perlu juga difahami, tidak hanya ada sebuah syarikat di China yang membekalkan sesuatu produk. Malah terdapat beribu pembekal lain yang membekalkan produk yang sama di pasaran China yang besar dan kompetetif itu. (Tentu anda tahu China mempunyai 43 kali ganda lebih penduduk berbanding kita di Malaysia) Pembekal-pembekal ini tidak akan mengambil risiko dengan mengabaikan permintaan kami kerana kami adalah syarikat paling lama dan paling ramai membawa usahawan untuk memborong ke China dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. B. Pembelian Berkumpulan

Kami boleh menawarkan anda membuat pembelian berkumpulan. Selain menganjurkan Kursus Memborong ke China dan Rombongan Memborong ke China, kami juga menawarkan servis perkhidmatan pembelian barangan dari China. Melalui perkhidmatan ini kami mendapat tempahan pelbagai jenis barangan dari agensi kerajaan, koperasi, syarikat swasta dan usahawan untuk menjadi wakil pembelian mereka di China. Oleh itu kami mampu menyelitkan pesanan kecil anda bersama-sama pesanan-pesanan lain yang kami terima. Jadi anda akan mendapat harga murah seperti membeli terus dari kilang. Anda dapat harga lebih murah walaupun membeli dengan kuantiti yang kecil. C. Kilang Bukan Tempat Terbaik Untuk Bermula Memborong Kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan dari Malaysia ialah mereka cuba untuk memberi terus dari kilang pada kali yang pertama. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pembelian di kilang memerlukan anda untuk membeli dalam kuantiti yang banyak. Ini akan mengakibatkan anda terdedah kepada risiko yang tidak perlu sebagai usahawan kecil. Anda sebenarnya boleh bermula dengan membeli dalam kuantiti yang kecil dan jenis yang pelbagai. Maksudnya, jika anda ingin beli t-shirt, anda boleh beli 50 jenis t-shirt dengan 3 helai bagi setiap jenis. Dengan strategi seperti ini anda tentu akan lebih selamat kerana risiko melakukan kesalahan telah terbahagi kepada 50 jenis t-shirt. Jika separuh laku dan separuh tidak, anda masih lagi berada dalam zon selesa. Namun jika anda membeli satu jenis t-shirt dengan kuantiti 150 helai, risiko anda sangat tinggi jika barangan ini tidak laku. Anda tidak semestinya membeli dari kilang semata-mata, anda mempunyai opsyen untuk membeli dahulu dari pasar-pasar borong yang ada. Harga di pasaran borong ini tinggi sedikit berbanding membeli dari kilang, namun anda boleh membeli dalam kuantiti yang kecil. Ini sekaligus akan mengurangkan risiko pembelian anda. Anda bebas untuk membeli dari kilang jika anda sudahpun mempunyai kuantiti yang mencukupi oleh kilang. Dan yang lebih penting, anda sudah mengetahui bahawa barangan yang ingin ditempah akan laris di pasaran Malaysia. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini, walaupun anda sudah lama dalam perniagaan, anda masih perlu memulakan dengan langkah bayi untuk bermula memborong dari tempat asing seperti China. Terdapat cabaran, ringtangan yang anda bakal hadapi. Namun setelah anda menyelesaikan semua ini dengan kami yang akan membantu anda, anda akan berterima kasih kerana anda sudah berada di lubuk emas untuk menjalankan perniagaan. Saya juga ingin sarankan anda membaca mengenai Prinsip Pareto yang telah saya huraikan dalam 2 bahagian untuk anda fahami lebih lanjut apa yang saya maksudkan dalam artikel ini Prinsip Pareto Dalam Perniagaan Anda (Bahagian 1) Prinsip Pareto Untuk Menjimatkan Masa dan Menjadi Lebih Produktif (Bahagian 2) Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Anda mungkin juga menyukai