Anda di halaman 1dari 14

MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN

______________________________________________________________________________________

UNIT 6 : MENGESAN MASALAH DAN


MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
Objektif am :
 Dapat mempelajari berkenaan dengan papan litar utama,
kad-kad pilihan dan papan kekunci.
 Dapat mengesan kerosakan yang dialami oleh papan litar
utama
 Dapat mengesan kerosakan kerosakan pada kad-kad
pilihan
 Dapat mengesan kerosakan yang dialami oleh papan
kekunci
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
 Melukis gambarajah blok diagram bagi sesebuah papan
litar utama.
 Menerangkan bahagian-bahagian utama dalam papan litar
utama
 Mengesan kerosakan yang berlaku pada papan litar utama.
 Mengesan kerosakan yang berlaku pada kad-kad pilihan.
 Memahami operasi asas sesebuah papan kekunci
 Mengesan kerosakan yang berlaku pada papan kekunci.

PENGENALAN KEPADA SISTEM PAPAN LITAR UTAMA

Papan litar utama merupakan litar tercetak yang paling utama dalam system komputer.
Semua proses kawalan dilakukan di sini oleh satu chip kawalan yang dipanggil
mikropemproses. Semua bahagian komputer akan dihubungkan dengan papan litar ini
untuk berkomunikasi bagi membolehkan bahagian tersebut melakukan kerja-kerja yang
E3005 /UNIT 6/1
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

perlu oleh sebuah komputer. Gambarajah dibawah menunjukkan bentuk “lay-out”


kedudukan komponen-komponen utama pada papan pemprosesan utama IBM PC/XT.

Rajah 6.1: Diagram komponen sistem papan utama

Manakala rajah 6.2 menunjukkan blok diagram penyambungan komponen-


komponen utama pada papan pemproses utama IBM PC/XT

E3005 /UNIT 6/2


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

Rajah 6.2 : Blok Diagram Komponen Utama

6.1 BAHAGIAN UTAMA PADA PAPAN LITAR UTAMA

Berikut adalah keterangan berkenaan dengan komponen-komponen utama pada papan


litar pemproses utama.

E3005 /UNIT 6/3


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

a. Unit Pemprosesan Pusat


Ia merupakan pusat kawalan pada sistem komputer. Ia bertanggungjawab untuk
menukar data dari satu bahagian ke bahagian yang lain dan memproses isyarat
kawalan data

b. ROM
Ia merupakan tempat menyimpan segala arahan atau aturcara yang digunakan oleh
Unit Pemprosesan Pusat. Antara aturcara yang penting adalah aturcara permulaan
bagi sesuatu komputer tersebut seperti memulakan Chip LSI, membaca suis DIP,
membuat aturcara diagnosis sistem dan membaca aturcara sistem operasi. Selain itu
terdapat juga aturcara penukaran atau pemprosesan berbagai-bagai data dibuat.

c. RAM
Ia merupakan kawasan penyimpanan data atau aturcara untuk sementara waktu.
Aturcara-aturcara yang ditulis akan disimpan di sini sebelum dihantar ke sistem
ingatan sekunder. Contohnya disket atau diproses oleh unit pemprosesan utama.

d. Sistem Set Semula (RESET)


Sistem set semula akan mengembalikan operasi sistem komputer ke titik permulaan
yang diketahui . Ini akan membenarkan sistem komputer untuk mencari arahan
seterusnya diperlukan untuk operasi.

e. Antaramuka Masukan/Keluaran
Antaramuka masukan/keluaran merupakan labuhan untuk komputer berkomunikasi
dengan dunia luar. Antaramuka mungkin juga disambung ke pencetak, pemacu cakera
atau modem.

f. Klok (Pemasa)
Ia merupakan rangkaian denyut pemasaan untuk kegunaan sistem komputer. Ia
merupakan nadi untuk sistem komputer. Ia menentukan bahawa bahagian-bahagian
sistem komputer adalah segerak antara satu sama lain.

E3005 /UNIT 6/4


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

g. Slot Pengembangan
Digunakan sebagai penyambungan papan litar utama dengan I/O sub-sistem. Pada
masa sekarang ini terdapat 4 jenis slot pengembangan iaitu ISA,EISA,VESA dan PCI.
Ia berbeza di antara satu sama lain adalah dari segi kelajuan pemindahan data.

ISA : Industry Standard of Architecture (16 bit, 5mb/saat, 98 pin)


EISA : Extended ISA (32 bit, 3.3mb/saat, 188 pin)
VESA : Video Electronic Standard Association pada sisten 486 (32 bit)
PCI : Peripheral Component Interconnect (64 bit bas digunakan pada Pentium

h. Memori cache (ingatan sorok)


Suatu tempat simpanan data yang terhad yang mengandungi nilai-nilai yang kerap
dicapai oleh CPU, tetapi berlagak sebagai sebahagian dari ingatan utama. Ingatan
sorok amnya berkendalian pada kelajuan yang sama dengan CPU. Tujuannya untuk
mempercepatkan capaian data.

i. Pengawal Papan Kunci


Ia adalah IC yang membolehkan penyambungan sistem papan litar utama dengan
papan kekunci. Ia berfungsi sebagai data buffer, melakukan sampukan kepada CPU
sebagai INT saluran no.2 pada pin nombor 35 IC 8042. Fungsi selak pada papan
kekunci (keyboard lock) pada pin 34, sekiranya keyboard lock pin ini dibumikan.
Sebenarnya IC8042 adalah satu IC chip microcontroller yang di dalamnya terdapat
aturcara-aturcara yang khas untuk papan litar utama tertentu sahaja. Jadi ia
sebenarnya tidak boleh ditukarkan papan litar utama yang lain, kecuali yang sama
dengan versinya sahaja.

j. ROM BIOS
BIOS mengandungi aturcara asas I/O yang mengawal perkakasan (devices) yang
disambung kepada sistem dan aturcara “booting” untuk mendapatkan sistem operasi
bagi komputer samada dari disket atau pemacu cakera keras apabila bekalan kuasa

E3005 /UNIT 6/5


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

dibekalkan pada komputer tersebut. Terdapat beberapa jenama ROM BIOS seperti
PHOENIX, AMI, AWARD dan lain-lain lagi. Fungsinya adalah sama tetapi berbeza
dari segi pelaksanaannya. Contohnya ia mempunyai cara yang berlainan dalam
melakukan self-test dan “error message”. Kebanyakan ROM BIOS ia mengeluarkan
bunyi untuk memberitahu kerosakan semasa ujian self test dan bunyi ini adalah
berbeza bagi berlainan jenama dan mesti merujuk kepada dokumen bagi jenama
tersebut untuk mengetahui kerosakan sebenar.

k. Chipset
Papan Litar Utama awal-awal keluaran mempunyai IC yang banyak dan masing-
masing melakukan fungsi yang berlainan pada sistem. Dalam model XT terdapat
beberapa IC kawalan khas seperti 8255 (IO), 8284 (penjana jam), 8259 (PIC),
8253(Timer), 8237(DMA), 8288 (bas kawalan) dan lain-lain. Pada zaman sekarang
ini kesemua fungsi-fungsi tersebut dilakukan oleh satu atau beberapa IC VLSI chip
yang mempunyai berbagai jenama. Ia direkabentuk istimewa untuk hanya satu jenis
papan litar utama sahaja dan ia dikenali sebagai chip set. Untuk itu bagi chip set bagi
berlainan jenama dan papan litar utama mungkin tidak serupa bagi papan litar utama
lain dari segi susunan kaki-kaki IC dan nama isyaratnya walaupun ia adalah pada
papan litar yang sama keupayaan. Ini adalah kerana jenama dan senibinanya.

6.2.1 MASALAH PADA PAPAN LITAR UTAMA

Papan litar utama biasanya jarang berlaku kerosakan, ini adalah kerana
kebanyakan komponen utama adalah litar terkamil (IC). Bagi papan litar yang
lama kemungkinan akan berlaku kerosakan seperti berikut:

a) RAM

Kerosakan pada RAM terutamanya ingatan asas boleh menyebabkan


komputer akan ‘hang up’. Penukaran RAM yang baru perlu dilakukan.

E3005 /UNIT 6/6


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

Semasa menukarkan RAM yang baru pastikan ia mempunyai kelajuan yang


sama dengan RAM asas atau mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Kerosakan pada RAM boleh dikenalpastikan semasa komputer diberikan
bekalan kuasa atau menggunakan aturcara diagnosis komputer seperti
qaplus,checkit dan lain-lain.

b) Bateri
Kerosakan ini disebabkan oleh papan litar yang lama dan tidak digunakan. Ini
menyebabkan bateri akan mengeluarkan asid dan menyebabkan litar pintas
pada papan litar utama. Keadaan ini boleh diatasi menggunakan ‘cleaner
spray’ atau menggantikan dengan papan litar yang baru.

c) ROM
Kerosakan pada ROM jarang berlaku. Sekiranya kerosakan pada ROM,
semasa komputer diberikan bekalan kuasa tidak berlaku ‘Power On Self Test’
iaitu komputer senyap dan tidak ada perubahan pada pemacu cakera, papan
kekunci, unit paparan dan peranti lain. Sekiranya ini terjadi maka ROM yang
lama harus ditukar dengan yang baru, dan pastikan ROM baru adalah sama
dengan ROM asas.

6.2 KAD – KAD PILIHAN


Kad-kad pilihan ini adalah penting untuk membolehkan komputer menghubungi
peranti luaran seperti pencetak, unit paparan, pemacu cakera, cakera kera, modem tetikus
dan lain-lain. Dalam komputer IBM PC serasi sekurang-kurangnya terdapat 2 kad pilihan
iaitu “display adapter card” dan “multi I/O card”.
“Display adapter card” digunakan untuk mengantaramuka unit pemapar dengan
komputer, manakala “multi I/O card” digunakan untuk mengantaramuka pemacu cakera ,
cakera keras, pencetak dan tetikus.
Di samping itu juga komputer boleh dihubungkan dengan dunia luar iaitu dengan
menggunakan kad modem (MOdulator DEModulator) melalui rangkaian talian telefon.
Kad modem ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu internal dan external yang mana kad
internal diletakkan dalam CPU manakala kad external diletakkan di luar CPU.

E3005 /UNIT 6/7


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

Dalam perkembangan yang pesat sekarang ini kad suara memainkan peranan yang
sangat penting lebih-lebih lagi dalam bidang multimedia. Pada kad suara ini kita boleh
merakam suara yang dikehendaki dan boleh didengar bila ianya disambungkan kepada
pembesar suara. Kita juga boleh mendengar lagu atau ‘klip video’ apabila memasukkan
cakera padat ke dalam CD-ROM dengan bantuan perisian tertentu tetapi sambungan CD-
ROM tersebut mestilah disambung kepada AUDIO IN (input) pada kad suara. Setiap
jenama kad suara adalah berbeza dari segi prestasi dan kualitinya (samada memperoses
data 128 bit atau pun 64 bit)

6.2.1 Mengesan kerosakan kad-kad pilihan


Untuk mengesan kerosakan pada kad-kad pilihan , kita perlu memastikan
semua kad dalam keadaan baik. Sebaik sahaja proses boot dilaksanakan ,
sekiranya tiada masalah ,maka kad-kad adalah dalam keadaan baik. Tetapi
sekiranya ada masalah, kita akan lihat kemungkinan tiada paparan pada skrin atau
tiada nada suara dikeluarkan .
Sekiranya kerosakan berlaku datang daripada ‘display card’ selalunya
tiada gambar pada skrin. Oleh itu kita perlu tukarkan dengan ‘display card’ yang
baru untuk memastikan paparan berkeadaan baik. Gambar yang kelihatan pecah
(bergaris-garis) adalah berpunca daripada ‘display card’ yang sudah
berkemungkinan rosak akibat sudah lama digunakan.
Untuk pengguna komputer multimedia suara (sound) merupakan alat yang
penting bagi menjalankan operasi perbagai media seperti persembahan
menggunakan Microsoft PowerPoint. Pada ‘sound card’ , ia beroperasi dalam dua
keadaan iaitu pada pekakasan dan juga perisian. Sekiranya terdapat masalah pada
‘sound card’ kita perlu periksa pada bahagian “driver” supaya ia berkeadaan
konfigurasi yang betul manakala perkakasan mestilah dipasang dengan sempurna
betul dari segi penyambungannya. Dari segi perisian juga kita perlu periksa port
yang digunakan, alamat I/O, sampukan dan juga DMA iaitu IRQ, DMA dan
alamat I/O digabung sekali.

6.3 Sistem Papan Kekunci (keyboard )

E3005 /UNIT 6/8


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

Papan kekunci adalah bahagian yang paling penting dalam sistem,


sekiranya kita menggunakan banyak menaip dan merupakan satu keperluan.
Kekunci mesin taip biasanya seragam. Hanya 26 huruf di dalam abjad dan
beberapa symbol .
Sifat huruf utama mesin taip tidak boleh diubah tetapi pada papan kekunci
ia boleh diubah melalui kawalan pada perisian. Selain itu papan kekunci
mempunyai kekunci kawalan khas seperti ESC, CTRL, Prtsc, Alt, Del dan juga
mempunyai kekunci fungsi (function key) dan ‘numeric key pad’.

IBM mempunyai 3 rekabentuk khas papan kekunci seperti :


i. 83 kekunci PC dan XT papan kekunci
ii. 84 kekunci AT papan kekunci
iii. 101 kekunci ‘enhanced keyboard’.
Enhanced keyboard mempunyai 3 jenis versi yang berbeza
i. Enhanced keyboard dengan LED panel
ii. Enhanced keyboard tanpa LED panel
iii. Enhanced keyboard (PS/2)

Papan kekunci menggunakan ‘bi-directional synchronous serial interface’


untuk berkomunikasi dengan keyboard controller (8042) pada papan litar utama.
IC 8042 menerima data dalam bentuk sesiri dan menukarkannya ke bentuk selari
kepada CPU.
Papan kekunci PC, XT, AT, 80286 dan 80486 semuanya mempunyai
gabungan yang sama, mana-mana papan kekunci akan diplugkan kepada mana-
mana komputer tetapi PC dan XT mempunyai kelainan dari segi frekuensi dan
scan. Bagi kekunci PC yang lama atau XT tidak boleh diplugkan pada 80286 atau
80386 dan sebagainya.
Papan kekunci itu sendiri adalah merupakan komputer dengan
mikropemproses yang kecil dan mempunyai ROM-BIOS yang tersendiri. Ia
berkeupayaan untuk menyimpan data kekunci dalam keyboard buffer dan
menjana symbol atau huruf yang ditekan pada kekunci dan juga boleh melakukan
kawalan lain seperti RESET sistem, Page Up dan Page Down.

E3005 /UNIT 6/9


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

Selain dari itu ia juga berkeupayaan untuk mengatasi masalah ‘rollover’


nyahpantulan. Rollover adalah apabila 2 atau lebih kekunci ditekan serentak maka
sistem ini akan menentukan kekunci yang harus diambil. Ini dilakukan sehingga
terdapat satu kekunci ditekan. Binaan dan fungsi keyboard terkini adalah lebih
canggih dan komplek. Masalah nyahpantulan pula adalah sistem akan
membiarkan seketika apabila kekunci ditekan untuk mendapatkan satu denyut
yang terakhir sahaja akan dibaca. Ini adalah kerana pantulan suis mekanikal yang
menghasilkan beberapa pantulan apabila satu kekunci ditekan. Kebanyakan papan
kekunci sekarang mempunyai suis kecil di belakang untuk membolehkan
penggunaan XT/AT. Selain dari itu terdapat juga kekunci yang secara automatik
mengesan jenis XT/AT.

6.3.1 Operasi Asas Papan Kekunci

Apabila sesuatu kekunci pada papan kekunci ditekan maka proses


penterjemahan kekunci akan dilakukan oleh pengawal (IC 8042). Rajah di bawah
menunjukkan gambarajah blok operasi asas papan kekunci (80286).

Rajah 6.3: Gambarajah blok operasi asas papan kekunci

Apabila kekunci ditekan maka akan terjadi satu scan code kepada
pengawal IC 8042 melalui melalui talian k/b data k/b clock secara sesiri. Setelah
diterima oleh pengawal, maka pengawal akan menyampukkan kepada CPU
melalui peripheral controller dengan isyarat IRQ1. Maka peripheral akan
menjanakan INTR kepada CPU. Semasa menunggu jawapan (acknowledge)
daripada CPU, scan code tadi ditukarkan kepada ASCII kod melalui pengawal
E3005 /UNIT 6/10
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

pada ROM-BIOS dalam pengawal. Apabila CPU menjanakan INTA, XIOR dan
8042CS melalui system controller, maka barulah pemindahan data dilakukan
daripada pengawal kepada CPU melalui bas data dan data buffer secara 1 byte
akan dihantar.

6.3.2 Isyarat utama pada papan kekunci


i. Keyboard Interrupt generator – IRQ1

ii. Display type selector

iii. A gate A20 controller

E3005 /UNIT 6/11


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

iv. Keyboard lock

v. Keyboard Reset ( Ctrl-Alt-Del)

21
TO CLOCK GENERATOR
P20 OR SYSTEM CONTROLLER
RESET CIRCUIT

8042

6.3.3 Simpton kerosakan Papan Kekunci

E3005 /UNIT 6/12


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

a. Sebelum Proses Boot


Komputer akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ bertersan , pesanan
kesalahan seperti di bawah dikeluarkan :
- keyboard error
- Press F1 to continue
Kemungkinan disebabkan oleh :-
- Terdapat kekunci lekat / short
- Sambungan tidak baik
- Tiada sambungan kepada CPU
- Kerosakan komponen-komponen seperti IC 8042

b. Selepas Proses Boot


- Aksara tidak dipaparkan selepas kekunci ditekan
- Satu aksara dipaparkan berterusan setelah satu kekunci ditekan
- Sebahagian kekunci memaparkan aksara yang salah
- Tiada nyalaan pada LED

c. Tidak ada tindakbalas apabila kekunci ditekan


- Kemungkinan masalah pada keyboard interface atau penjanaan
IRQ1 tidak ada.
- Dengan menggunakan logik probe periksa IRQ1
- Cuba tukar dengan IC 8042 yang baru, tetapi sama versi.

d. Bunyi ‘beep’ yang berterusan


- Mungkin berlaku keyboard lock
- Silap set suis pada keyboard XT/AT

e. Tidak boleh mengalamatkan ingatan lebih dari 1MB.


- Kerosakan pada gate A20

E3005 /UNIT 6/13


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
______________________________________________________________________________________

- Periksa dengan menggunakan logik probe pada gate tersebut.


Sekiranya tiada denyut dihasilkan maka gate A20 controller perlu
ditukar dengan yang baru.

6.3.4 Penyelenggaraan Papan Kekunci

Elakkan papan kekunci dari habuk dan debu. Gunakan penutup atau simpan
ditempat yang tertutup (kabinet khas). Jangan merokok dalam bilik komputer.
Pengujian kefungsiannya boleh dijalankan dengan menggunakan perisian
QAPLUS.

Semoga berjaya

E3005 /UNIT 6/14

Anda mungkin juga menyukai