Anda di halaman 1dari 4

Soalan Forum 1:

Setiap orang memerlukan kefahaman asas dalam statistik dan ia merupakan subjek utama
yang diajarkan di hampir kesemua peringkat institusi pengajian tinggi. Jelaskan
kepentingan mempelajari literasi statistik berserta contoh yang sesuai.
STATISTIK merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek
satu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam
membuat kesimpulan dan keputusan. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi
dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana
menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya
berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial. Membuat keputusan yang lebih berkesan
Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan
keuntungan. Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu sesuatu
produk.

Soalan Forum 2 :
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan terma Proses Statistik (The Statistical
Process)? Apakah proses-proses yang perlu dilalui dalam melaksanakan sesuatu proses
statistik.
Proses Statistik adalah memberi fokus terhadap penghasilan produk dan semasa proses
penghasilan produk supaya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.Ia melibatkan proses
pemilihan produk secara berkala untuk memastikan supaya produk menepati standard yang
ditentukan.Ia melibatkan ukuran kecenderungan memusat yang mengukur satu nilai yang
mewakili sekumpulan data.Jika produk yang dihasilkan tidak menepati standard yang ditetapkan
maka perlu dikenalpasti masalah dan cara-cara mengatasinya.Jika purata produk yang dihasilkan
berada dalam had kawalan maka proses pengeluaran akan diteruskan.Jika pengeluaran itu cacat
dan bervariasi, maka keseluruhan proses pengeluaran akan dikaji balik.
Tujuh langkah yang terlibat dalam statistical process adalah seperti berikut:
1.lembar pengamatan (check sheet)
2.Stratifikasi (run chart)
3.Histogram
4.Grafik Kendali (control chart)
5.Diagram pareto
6.Diagram sebab akibat (cause and effect diagram)
7.Diagram sebar (scatter diagram)

Soalan Forum 3:
Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan statistik deskriptif dan
statistik inferensi.
Statistik Deskriptif
Statistika deskriptif merupakan cabang ilmu statistic yang menjelaskan teknik untuk meringkas
dan mendeskripsikan data. Penekanan statistik deskriptif terletak pada pemberian informasi
mengenai data yang dipunyai dan tidak menarik kesimpulan terhadap kelompok yang lebih
besar. Termasuk dalam klasifikasi statistika deskriptif adalah output tabel, diagram, grafik, serta
besaran lain seperti di majalah . Di awali dengan pengumpulan data populasi dan dari data
populasi tersebut kemudian dianalisa untuk mendapatkan karakteristik populasi yang sedang
diteliti.

Statistik Inferensi
Sementara cabang ilmu statistika yang bertujuan untuk membuat kesimpulan (mengambil
kesimpulan, memprediksi, membuat kesimpulan) tentang karakteristik populasi berdasarkan
informasi yang diperoleh dari sampel merupakan pengertian dari statistika inferensi. Dimulai
dengan pengumpulan data; data yang ada diolah, disederhanakan dan ditata agar bisa disajikan
dalam bentuk yang sederhana yang menjadi karakteristik dari sampel; dilakukan pengujian
terhadap data sampel untuk menaksir parameter atau menguji asumsi parameter populasi dan
akhirnya didapatkan kesimpulan mengenai karakteristik populasi yang sedang diteliti.

Soalan Forum 4:
Persampelan secara rawak amat sukar untuk diperolehi. Mengapa? Jelaskan juga
mengapa persampelan secara rawak ini begitu penting dalam menjalankan statistik.

Sampel rawak adalah sampel di mana pengambilannya adalah dengan cara setiap ahli dalam
populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dalam sampel itu. Tujuan pengambilan
sampel secara rawak adalah untuk membuat kesimpulan umum bagi sesuatu populasi itu
berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada data sampel.
Sampel secara rawak amat sukar kerana hanya sebahagian kecil sampel daripada populasi. Jadi,
sampel itu boleh dibebankan sebagai asas untuk membuat satu kesimpulan umum bagi populasi
tersebut. Sampel secara rawak penting kerana

i)

Sampel yang dipilih mewakili ciri-ciri populasi asalnya dengan jelas. Dalam erti kata
yang lain, sampel semirip mungkin dengan populasi asal.

ii)

Sampel yang dipilih mestilah saksama. Sebagai contoh, jika kita ingin meninjau
pilihan rakyat tentang parti politik mana yang sesuai untuk mentadbir Malaysia dan
kita hanya memilih rakyat yang tinggal di bandar-bandar besar sahaja, maka ini tidak
mencerminkan keseluruhan rakyat Malaysia kerana tidak ada penglibatan rakyat di
luar bandar. Sudah tentu data yang dperolehi itu pincang dan tidak saksama.

Soalan Forum 5:
Teknologi komputer membantu dalam peningkatan kegunaan statistik untuk golongan
profesional seperti penyelidik, kakitangan kerajaan, pekerja yang menganalisis data,
perunding statistik dan sebagainya? Bagaimanakah perisian komputer dapat membantu
anda dalam statistic?

Dalam bidang pendidiakn, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam
pelbagai situasi. Statistik boleh diguna untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian.
statistik juga boleh digunakan untuk menguji hipotesis tertentu, misalnya menguji sama ada
wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian.

Data dapat direkod dengan mudah, tepat dan lebih sistematik serta bersifat
kebolehpercayaan.

Melalui perisian komputer, penyelidik boleh mendapat mod,median dan min dengan
mudah dan tepat.

Data boleh disimpan dalam kuantiti yang banyak, besar dan kompleks.

Anda mungkin juga menyukai