Anda di halaman 1dari 10

1

Teknologi Baru
Meningkatkan Hasil dan
Ketahanan Padi

Agribolics Technology Sdn. Bhd.


Formerly Alam Seri Gading Sdn. Bhd.
1
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

Teknologi Baru Meningkatkan Hasil dan Ketahanan Padi


Agribolics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) telah berjaya dalam usaha
penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk bioteknologi yang
berpotensi meningkatkan ketahanan padi terhadap serangan bena perang dan
penyakit-penyakit yang dibawanya. Kajian yang bermula di Amerika Syarikat telah
disempurnakan di Malaysia melalui projek Brain Gain yang dibiayai oleh
Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi. Cara menggunakan produk ini adalah
mudah. Oleh kerana produk ini tidak mempunyai kesan mudharat keatas serangga
atau haiwan, ia dapat mengekalkan sahabat-sahabat ladang yang dapat mengawal
makhluk perosak seperti bena perang.
Padi diserang oleh
Baru-baru ini, Utusan Malaysia bertarikh 6hb Ogos 2011 telah melaporkan
bena perang .
bahawa sebanyak 211 hektar tanaman padi di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) telah musnah akibat serangan bena perang. Kerugian telah dianggarkan berjumlah RM1.2 juta. Antara
faktor utama yang dikemukakan ialah penyemburan racun secara berlebihan mengakibatkan populasi sahabat
ladang (seperti labah-labah yang memakan bena perang) berkurangan, lalu membenarkan bena perang membiak
dengan cepat. Penggunaan racun secara berlebihan juga membunuh serangga semulajadi atau sahabat ladang yang
lain seperti pepatong dan kumbang kura-kura yang dapat mencegah pembiakan makhluk perosak. Kejadian
serangan bena perang bukan hanya terhad di kawasan MADA pada tahun ini sahaja, malah letusan serangan bena
perang semakin kerap berlaku dan telah dilaporkan di negara Asia lain seperti China, Filipina, Laos, Indonesia,
Malaysia, Thailand, dan Vietnam, sejak dari tahun 2009.
Bena perang menyerang pangkal rumpun padi di permukaan air. Serangan berlaku di peringkat semaian hingga
ke peringkat padi terbit. Bena-bena dewasa dan anak jelmaannya menghisap cairan batang-batang padi dan
kelopak-kelopaknya serta merosakkan saluran makanan. Tanaman yang diserang kelihatan seperti kurang subur;
bilangan pecahan anak menjadi kurang dan pokok terbantut. Serangan yang teruk menyebabkan daun padi
menjadi kering seperti terbakar. Ini menyebabkan kematian pokok padi dan keadaan seperti itu dipanggil
'hopperburn'. Selain daripada kerosakan terus keatas padi, bena perang juga menyebarkan dua jenis penyakit padi
iaitu penyakit kerdil rumput (grassy stunt) dan penyakit kerdil hampa (ragged stunt).
Agribolics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) mempunyai produk yang
berpotensi untuk mengurangkan kesan bena perang. Dengan
penggunaan produk ini, diikuti dengan penyelenggaraan tanaman
padi mengikut kaedah sedia ada, hasil tanaman dijangka akan
meningkat dan bertambah stabil dari musim ke musim. Racun
serangga berasaskan biologi seperti Bacillus thuringiensis (BT) yang
tidak berkesan keatas sahabat ladang digalakkan digunakan
Ulat ratus menyerang padi di Kubang Pasu.
bersama produk ini. Gabungan Bio-Striker dan BT juga boleh
mengawal ulat ratus yang dilaporkan baru-baru ini (Berita Harian
05/02/2012) yang telah menyerang lebih 200 hektar sawah di
daerah Kubang Pasu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. Berita surat khabar terkini (The Star 15/02/2012)
melaporkan bahawa hasil padi kebangsaan kini berada pada kadar 3.7 tan/hektar adalah amat rendah berbanding
keupayaan penuh pada kadar 7 tan/hektar. ATSB dapat membantu para petani menaikkan hasil dengan berkongsi
ilmu pengetahuan dan bantuan teknikal.

2
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

Kaedah Penanaman Padi (MR219) Dengan Rawatan Bio-Striker & Ferti-Booster


A1. Rawatan di peringkat benih dan tapak semaian untuk sistem transplanter
Bagi menyubur dan mempercepatkan pembesaran benih, sekam arang yang dihasilkan daripada proses
pembakaran menggunakan mesin pembakar dijadikan alas. Oleh kerana pengubahan anak padi perlu
dilakukan menggunakan mesin khas iaitu transplanter, maka benih padi perlu disemai di dalam tray
(takung) khas yang berukuran 2 kaki lebar x 1 kaki panjang x 1 inci tinggi. Setiap hektar sawah
memerlukan 250 tray anak padi dan setiap tray memerlukan 350 gram sekam arang. Benih padi yang
diperlukan untuk satu tray ialah 250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529 biji benih.
Dalam proses pemilihan, benih direndam selama 24 jam dalam campuran cairan 1% Bio-Striker dan
bahan penggalak akar (pada kadar separuh dari biasa) untuk proses percambahan (benih padi yang
timbul dipermukaan air dibuang) sebelum disejat dan ditabur rata di atas sekam, dan seterusnya benih
padi ditutup dengan sebahagian lagi baki sekam yang tinggal. Kemudian 3 gram Ferti-Booster
ditaburkan dengan sekata di atas sekam. Seterusnya tray yang mengandungi sekam dan anak padi tadi
disiram serta disusun bertingkat-tingkat dan ditutup.
Selepas tiga hari anak-anak padi dalam tray akan dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan ditutup
dengan plastik pelindung dengan tembusan cahaya 30% selama dua hari. Proses membaja dengan baja
semburan (foliar) (dicampur dengan cairan 0.5% Bio-Striker untuk melawan penyakit) untuk
pertumbuhan pokok dan pembiakan akar serta penukaran air di tapak semaian dilakukan tiga hari
sekali. Pertukaran air ini dilakukan supaya tapak semaian tidak berlumut dan untuk mempercepatkan
pertumbuhan akar. Manakala kawalan serangga dilakukan mengikut keperluan. Seterusnya pada hari
ke-19 tapak semaian perlu dikeringkan dan disembur dengan cairan 2% Bio-Striker (untuk membantu
pemulihan anak padi setelah melalui proses pengangkutan dan penanaman dengan transplanter). Pada
hari ke-20 anak padi bolehlah digulung dan dibawa ke bendang untuk proses penanaman
menggunakan mesin transplanter.
A2. Rawatan benih untuk sistem tabur terus basah
Untuk satu hektar sawah, gunakan 140 kg benih padi.
Penyediaan benih pra-cambah : Selepas merendam benih selama 12 jam dalam air (atau dengan
campuran penggalak percambahan), buang air tersebut (dalam masa yang sama, sediakan produk
rawatan benih dengan menghancurkan 50 gram butiran Ferti-Booster dalam 1 liter air hujan atau air
sungai (elak menggunakan air paip kerana ia mengandungi klorin yang akan membunuh bakteria
manfaat dalam Ferti-Booster) dan biarkan selama 12 jam). Setelah air rendaman tadi dibuang,
masukkan air Ferti-Booster ke dalam bekas berisi benih tadi dan tambah air hujan/sungai sehingga
menutupi seluruh benih. Kemudian biarkan selama 12 jam sebelum air dibuang. Selepas itu, sejat atau
toskan selama 12-16 jam. Taburkan benih pra-cambah secara manual atau menggunakan mesin
penyembur.

A3. Rawatan benih untuk sistem tabur terus dalam air


Untuk satu hektar sawah, gunakan 180 kg benih padi.
Penyediaan benih pra-cambah : Sama seperti untuk sistem tabur terus basah di atas.
3
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

B. Rawatan di peringkat sawah


Hari
Lepas
Tanam

Aktiviti Di Sawah

Jenis dan Bilangan Input untuk 1.2 ha (1 lot)

-55

Menebas tunggul
padi.

Kerja ini dilakukan 1 minggu selepas menuai.


Tebas menggunakan traktor 4 roda dan alat
rotary slasher atau disc mower. Serak jerami
supaya rata.

-50

Membaja Urea.

Baja urea subsidi (10 kg) + 200 liter air,


sembur secara sekata keatas jerami pada
lewat petang (5-6 pm).

-49

Bajak ke-1
(kering).
Meratakan sawah.

Kedalaman rotor 10-15 cm bagi memecahkan


lapisan tanah atas, menanam sisa jerami ke
dalam tanah, dan menggalakkan
percambahan benih rumpai dan padi
batat/angin.

-30

Meracun rumpai,
padi angin, dan
padi batat yang
tumbuh.

Petani harus memilih racun rumpai yang


bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir
di dalam sawah. Arahan keselamatan pada
label harus diikuti dengan teliti.

-22

Menabur kapur
jika perlu.

Kapur 1-3 tan/hektar bergantung pada


bacaan pH.

-20

Bajak ke-2
(kering) dan
merata tanah.
Baiki parit dan
batas.

Kedalaman rotor 10 cm bagi menggalakkan


percambahan benih rumpai, padi angin, dan
padi batat.

-10

Meracun rumpai,
padi angin, dan
padi batat yang
tumbuh.

Petani harus memilih racun rumpai yang


bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir
di dalam sawah. Arahan keselamatan pada
label harus diikuti dengan teliti.

Kawalan tikus.

Gunakan umpan seperti Drat bagi tikus.

-5

Kawalan tikus.

Kawalan diteruskan jika ada kesan positif


pengumpanan.

-3

Masukkan air
kedalam petak
sawah

Keadaan sawah berair cap-cap atau tepu


diperlukan semasa kerja-kerja membajak
serta meratakan tanah dilakukan.

-2

Baja ke-1 dan


tabur Ferti-

Campurkan baja tahi ayam (500 kg) + Ferti-

Catatan

Untuk menaikkan kadar


pereputan jerami.

Ferti-Booster dapat
meningkatkan
4

Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

-1

Booster.

Booster (500 g) dan taburkan dengan rata.

Bajak ke-3 (berair)


serta ratakan
tanah.

Traktor dengan kapasiti 70 hingga 80 HP akan


digunakan bersama implemen niplo harrow
untuk membuat perataan terakhir.
Penyediaan tanah perlu sempurna dan tiada
sisa jerami dan rumpai, dan kerataan ~5cm.

Kawal air ke petak


sawah.

Keadaan sawah berair cap-cap diperlukan


semasa kerja-kerja menanam dilakukan.

Sembur racun
rumpai pracambah.

Petani harus memilih racun rumpai yang


bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir
di dalam sawah. Arahan keselamatan pada
label harus diikuti dengan teliti.

Tanam padi
menggunakan
transplanter.

Jentera menanam perlu dilaraskan supaya


memperolehi jarak tanaman 17 cm x 30 cm
dan bilangan anak semaian melebihi 5 pokok
serumpun.

Atau tanam padi


mengikut kaedah
tabur terus dalam
air.

Air perlu dimasukkan ke dalam sawah


beberapa hari sebelum penaburan benih. Air
yang berkeladak mengurangkan
percambahan padi.

0-1

Masukkan air ke
sawah

Air dimasukkan secara perlahan-lahan


selepas kerja menanam selesai dilakukan
sehingga mencapai kedalaman 5 cm.

15-20

Sediakan lorong
kerja.

Lebar lorong kerja 6 inci, 20 kaki antara


lorong, 8 lorong se lot.

Baja ke-2.

Baja campuran subsidi (17.5:15.5:10) (160


kg/lot).

Semburkan BioStriker.

Bio-Striker 3 Liter/lot.

Baja ke-3.
Kawalan ulat lipat
daun dan ulat
batang.

Baja urea subsidi (70kg/lot).

Semburkan BioStriker.

Boleh disembur sekali bersama Bio-Striker.


Bio-Striker 2 Liter/lot.

Kawalan rumpai.

Petani harus memilih racun rumpai yang


bersesuaian dengan jenis rumpai yang hadir
di dalam sawah. Arahan keselamatan pada

35-40

keberkesanan baja tahi


ayam dan juga
mengurangkan penyakit
pada padi.

AGREE 50 WP (1.2 kg) atau BT (Hextar) (2


kg)/lot.

Bio-Striker dapat
meningkatkan ketahanan
padi terhadap penyakit
dan juga meningkatkan
kadar tumbesaran.

Bio-Striker dapat
meningkatkan
keberkesanan biopestisid
BT untuk mengawal ulat
lipat daun dan ulat
batang. Kaedah ini dapat
mengekalkan sahabatsahabat ladang yang
dapat mengawal makhluk
perosak seperti bena
perang.
5

Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

6
label harus diikuti dengan teliti.

50-55

60-75

Baja ke-4.

Baja Buah subsidi (80 kg/lot)

Semburkan BioStriker.

Bio-Striker 2 Liter/lot.

Kawalan hawar
seludang dan
bena perang.

Antracol 70 wp (Propineb 70%; Bayer) (1.2


kg/lot).

Semburkan BioStriker.

Boleh disembur sekali bersama Bio-Striker.


Bio-Striker 2 Liter/lot.

70-75

Baja ke-5.

Baja 13:13:21:2+TE atau 12:12:17:2+TE


(150kg/lot)

70-90

Cabut padi angin

Kawalan penting bagi mengurangkan benih


tersebar ke musim berikutnya.

75-80

Kawalan hawar
seludang, bintik
perang dan karah.

Antracol 70 wp (Propineb 70%; Bayer) (1.2


kg/lot).

Semburkan BioStriker.
85-90

95

105-110

Boleh disembur sekali bersama Bio-Striker.


Bio-Striker 2 Liter/lot.

Kawalan ulat dan


serangga.

AGREE 50 WP (SureCrop) (1.2 kg) atau BT


(Hextar) (2 kg)/lot. Boleh disembur sekali
bersama Bio-Striker.

Semburkan BioStriker.

Bio-Striker 2 Liter/lot.

Keringkan air dari


petak sawah.
Mengira bilangan
tangkai/m2

Sawah sebolehnya dibiarkan kering sehingga


seminggu selepas menuai bagi mengekalkan
lapisan keras (hard pan).

Menuai hasil.

Masa sesuai bila 85% padi masak dan


keadaan kering. Pastikan jentuai dalam
keadaan baik dan mengikut kelajuan yang
sesuai bagi mengurangkan kehilangan hasil.

6
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

Kaedah Alternatif
Kaedah yang telah dinyatakan di atas bukanlah mutlak dan boleh diubah mengikut kaedah tanaman
biasa di kawasan setempat. Kaedah di atas menggunakan terutamanya produk Bio-Striker dan amat
kurang penggunaan racun serangga dan kulat dari jenis kimia. Walaupun demikian, kaedah alternatif
yang menggunakan terutamanya racun kimia dan kurang produk Bio-Striker juga boleh digunakan.
Untuk kaedah alternatif ini, disyorkan sekurang-kurangnya 5 kali semburan Bio-Striker pada kadar 1
Liter per Kali per Hektar dalam satu musim. Semburan lima kali tersebut dilakukan pada hari selepas
tanam berikut: (1) 15-20; (2) 35-40; (3) 50-55; (4) 60-75; dan (5) 75-80. Seeloknya, semburan BioStriker dilakukan sehari selepas setiap kali penaburan baja. Bio-Striker boleh dicampur dengan racun
kimia apabila perlu untuk mengawal perosak. Bio-Striker dapat meningkatkan keberkesanan racun
kimia dan biopestisid untuk mengawal perosak.

7
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

Projected Cost-Benefit Analysis For ATSB Product Application in Rice

Cost benefit analysis in rice plantation setting for 1 lot (1.2 ha)

Subject

Unit

ATSB Method

Conventional
Method

ATSB Method

Conventional
Method

Quantity

Quantity

Value (RM)

Value (RM)

1200

1200

a. Rice seeds

b. Fertilizer
i. Baja subsidi

c.

ii. Baja 12,12,17:2

50 kg

540

1260

iii. Baja Tahi Ayam

1 mt

0.5

250

790

1260

Herbicide
i. Solito

1 liter

40

40

ii. Gramoxone

4 liter

90

90

iii. NU-Amine

1 liter

38

38

168

168

d. Insecticide
i. Karate

1 liter

58

ii. Confidor

500 ml

400

iii. Match

1 liter

85

iv. Regent

500 ml

196

v. Armada

1 liter

58

vi. Previthon

500 ml

360

vii. BT (Hextar)

1 kg

68

68

1157

8
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

ATSB Method

Conventional
Method

ATSB Method

Conventional
Method

Unit

Quantity

Quantity

Value (RM)

Value (RM)

i. Fujione

1 liter

58

ii. Amore

1 liter

80

iii. Sicore

1 liter

150

iv. Dithane 45

1 kg

30

v. Antracol 70 wp

1 kg

105

105

318

Subject

e. Fungicide

f.

Others
i. Bio-Striker

4 liter

3.25

650

ii. Ferti-Booster

500 g

50

700

RM 1831

RM 2903

Total cost of input (excluding seeds)


a. Cost savings

36.93%

RM 1072

Kesan bermanfaat yang tidak dapat dikira seperti peningkatan kesihatan pekerja ladang dan impak rendah
keatas persekitaran adalah disebabkan oleh sifat lestari produk ATSB dan pengurangan penggunaan racun
kimia yang merbahaya oleh pekerja ladang.
Para peladang juga dapat meningkatkan pendapatan melalui projek bela ikan di sawah kerana kaedah ATSB
yang mesra alam, berbanding dengan kaedah konvensional yang menggunakan racun-racun kimia yang
merbahaya kepada ikan.
Penggunaan produk ATSB juga berpotensi untuk menarik lebih banyak sahabat-sahabat ladang (seperti
labah-labah dan lain-lain) untuk mengawal serangga perosak seperti bena perang berdasarkan kajian
saintifik.

9
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

10

Agribolics Technology Sdn. Bhd.


Formerly Alam Seri Gading Sdn. Bhd.
Block M, UPM-MTDC Technology Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-89418708
Fax: 603-89418709
email: dramir@agribolics.com
Homepage: http://agribolics.com/

10
Copyright 2012

Agribolics Technology Sdn Bhd

http://agribolics.com/

Anda mungkin juga menyukai