Anda di halaman 1dari 9

Nota Guru

my Science notes

1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia


1. Rajah di bawah menunjukkan sistem respirasi manusia.

2. Sistem respirasi manusia terdiri daripada struktur dalam peta


bulatan di bawah:

Rongga hidung
Bronkus

Trakea

Peparu

Stuktur
sistem
respirasi
manusia

Otot interkosta

Tulang
rusuk

Diafragma

3. Peta alir di bawah menunjukkan laluan udara yang masuk ke dalam


peparu.

Hidung

Bronkiol

Nota Sains Tingkatan 3/pa

Trakea

Bronkus

Alveolus

Nota Guru

my Science notes

4. Tarikan nafas
a. Semasa menarik nafas, otot interkosta luar mengecut
dan otot interkosta dalam mengendur.
b. Tulang rusuk bergerak ke atas dan ke luar.
c.

Pada masa yang sama, diafragma mengecut dan menjadi


rata

d. Isipadu rongga toraks bertambah. Dengan ini, tekanan


udara di dalamnya berkurang.
e. Tekanan atmosfera yang tinggi di luar menolak udara
masuk ke dalam peparu.
f.

Pertukaran gas berlaku di dalam alveolus.

5. Hembusan nafas
a. Semasa menghembus nafas, otot interkosta luar
mengendur dan otot interkosta dalam mengecut.
b. Tulang rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam.
c.

Pada masa yang sama, diafragma mengendur dan


melengkung ke atas.

d. Isipadu rongga toraks berkurang. Dengan ini, tekanan


udara di dalamnya bertambah.
e. Tekanan atmosfera yang tinggi di dalam toraks menolak
udara ke luar daripada peparu.
6. Jadual di bawah menujukkan perbandingan antara tarikan nafas
dengan hembusan nafas.
Tarikan nafas

Hembusan nafas
Bentuk rongga
toraks dan
diafragma

Mengecut dan
menjadi rata

Diafragma

Ke atas dan ke luar

Tulang rusuk

Bertambah
Berkurang
Masuk ke dalam
peparu

Nota Sains Tingkatan 3/pa

Isipadu rongga
toraks
Tekanan udara
dalam rongga
toraks
Pergerakan udara

Mengendur dan
melengkung ke atas
(bentuk kubah)
Ke bawah dan ke
dalam
Berkurang
Bertambah
Keluar dari peparu

Nota Guru

my Science notes

1.2 Pengangkutan Oksigen di dalam Badan Manusia


1. Faktor-faktor yang membolehkan alveolus dapat melakukan
pertukaran gas dengan cekap ditunjukkan dalam peta buih di
bawah:

Dinding sel
yang nipis
(setebal
satu sel
sahaja)

Permukaan
yang
sangat luas
(berjutajuta
alveolus)

Ciri-ciri
alveolus

Permukaan
yang
lembap
(gas
senang
larut)

Dikelilingi
oleh
kapilari
darah yang
banyak

Peta Buih: Faktor-faktor mempengaruhi kecekapan alveolus dalam


pertukaran gas

2. Pergerakan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari darah


melibatkan resapan.
3. Peresapan pergerakan molekul oksigen daripada kawasan yang
berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.

4. Oksigen meresap melalui dinding alveolus yang nipis dan melalui


dinding kapilari darah masuk ke dalam darah.
5. Dalam darah, oksigen bergabung dengan hemoglobin (sebatian
merah gelap dalam sel darah merah) untuk membentuk
oksihemoglobin.

Oksigen + Hemoglobin oksihemoglobin


Nota Sains Tingkatan 3/pa

Nota Guru

my Science notes

6. Darah yang mengandungi oksihemoglobin diangkut daripada


peparu ke seluruh badan.
7. Oksihemoglobin ialah sebatian yang tidak stabil dan berwarna
merah cerah. Ia terurai / terpisah dan membebaskan oksigen di
mana oksigen berkepekatan rendah.

Oksihemoglobin oksigen + hemoglobin


8. Sel-sel yang berdekatan dengan kapilari darah biasanya
mempunyai kepekatan oksigen yang rendah. Jadi oksihemoglobin
terurai kepada haemoglobin dan oksigen. Oksigen akan meresap
melalui kapilari darah ke dalam sel.

1.3 Kepentingan Sistem Respirasi


Nota Sains Tingkatan 3/pa

Nota Guru

my Science notes

(A) Bahan-bahan yang memudaratkan sistem respirasi


Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan-bahan yang
memudaratkan sistem respirasi kita.

Asap Rokok
Asap rokok banyak mengandungi bahan berbahaya seperti nikotin dan
tar yang mencemari udara. Asap mempunyai kesan yang dapat
merosakkan sistem respirasi. Bahan-bahan berbahaya dalam asap
rokok yang mengakibatkan kerosakan kepada sistem respirasi ialah:

Bahan
dalam asap
rokok
Tar

Penerangan

Karsinogen

Karbon
monoksida

Perengsa

Nota Sains Tingkatan 3/pa

Bahan lekit berwarna perang


Membunuh sel dalam laluan pernafasan dan
peparu.
Menambahkan pengeluaran mukus dan kahak
yang terhasil di dalam peparu.
Dapat menyebabkan kanser peparu
Agen menyebabkan kanser yang mengakibatkan
pelbagai jenis kanser.
Gas beracun tanpa warna dan tanpa bau
Menghalang hemoglobin daripada mengangkut
oksigen ke seluruh bahagian badan.
Menyebabkan kurangnya oksigen di dalam badan
dan mengakibatkan sakit kepala, kerosakan otak
malah mungkin membawa maut.

Bahan yang kimia


Merengsa laluan pernafasan dan alveolus di
dalam peparu.
Membunuhkan sel pada permukaan laluan
5

Nota Guru

Nikotin

my Science notes

pernafasan dan peparu.


Menyebabkan batuk dan menghidap kanser
peparu.
Sejenis dadah beracun
Menyebabkan ketagihan.
Merosakkan tisu otak.
Menyebabkan darah lebih mudah membeku dan
berkemungkinan menyebabkan strok.
Mengeraskan dinding arteri dan boleh
mengakibatkan berlakunya serangan penyakit
janutng.

Karbon Monoksida
Karbon monoksida lazimnya didapati
dalam asap kenderaan.
Mengapakah berbahaya apabila kita
berada di dalam kereta yang tidak
bergerak dengan pendingin udara
yang t
erpasang, tingkap yang
tertutup dan enjin yang dihidupkan?
Keracunan karbon monoksida boleh
terjadi sekiranya berlaku kebocoran
ekzos kenderaan. Jika kita duduk di
dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya
yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon monoksida
kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam kenderaan. Keracunan
karbon monoksida boleh menyebabkan kematian kerana gas ini adalah
beracun. Gas ini menghalang oksigen diangkut dalam badan kita.
Sulfur Dioksida
Pembakaran arang dan minyak
di kilang dan stesen janakuasa
menghasilkan sulfur dioksida.
Sulfur dioksida ialah gas tanpa
warna dengan bau yang
menyesakkan.
Gas
ini
merengsa laluan pernafasan
manusia, menyebabkan batuk,
sukar bernafas, bronkitis dan
kanser peparu.

Jerebu
Wasap daripada ekzos kenderaan,
pembakaran terbuka dan kebakaran
hutan menghasilkan jerebu. Jerebu
terdiri daripada zarah-zarah pepejal
yang sangat halus, umpamanya habuk
dan asap. Jerebu merengsa sistem
respirasi dan menyebabkan gangguan
respirasi seperti asma. Rajah di bawah
menunjukkan keadaan bandaraya Kuala
Lumpur yang dilanda jerebu.
Toksin
Toksin dibebaskan ke udara
daripada asap rokok, wasap
ekzos
kenderaan
dan
pembakaran bahan api.
Contoh toksin dalam udara
yang tercemar ialah sebatian
Nota Sains Tingkatan 3/pa
plumbum dan oksida-oksida
nitrogen. Toksin-toksin ini
mengakibatkan
keracunan
plumbum yang membunuh

sel-

Nota Guru

my Science notes

(B) Penyakit Sistem Respirasi


Asma
Asma berpunca daripada tersedut habuk, asap rokok dan wasap
industri. Gejala asma ialah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi
atau batuk

Pengidap asma

Laluan pernafasan orang yang


diserang asma

Bronkitis

Keadaan bronkus pesakit


bronkitis
Bronkitis ialah radang bronkus yang disebabkan oleh tar bahan
perengsa dalam asap rokok. Gejala bronkitis ialah batuk yang
berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur
Emfisema

Alveolus peparu pesakit emfisema menjadi besar dan rosak. Keadaan


ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang berbahaya
terutamanya yang terdapat dalam asap rokok. Gejala emfisema ialah
sesak nafas, sakit ketika bernafas dan rasa letih biarpun hanya
melakukan kerja ringan.

Nota Sains Tingkatan 3/pa

Nota Guru

my Science notes

Kanser Peparu
Kanser peparu disebabkan oleh
bahan kimia penyebab kanser yang
sedut semasa bernafas. Bahan
kimia ini dikenali
sebagai karsinogen. Asap rokok
mengandungi pelbagai karsinogen,
contohnya tar yang boleh
menyebabkan kanser peparu.
Beberapa gejala kanser peparu
termasuklah batuk yang berterusan,
kahak berdarah dan rasa sakit ketika
bernafas. Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara peparu
normal dengan peparu yang berkanser.

Pneumonia
Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma seperti
bakteria, virus atau parasit dan bahan-bahan kimia atau kecederaan
fizikal pada
peparu
atau akibat
kanser
peparu
atau
pengambila
n alkohol
yang
berlebihan.
Gejala radang peparu termasuklah batuk, sakit dada, demam dan
kesukaran bernafas.
Tuberkulosis (TB)
Tuberkulosis
adalah
penyakit
jangkitan pada
saluran
pernafasan
yang
disebabkan
oleh bakteria.
Bakteria
ini
merupakan
bakteria
basillus yang
sangat
kuat
sehingga
memerlukan waktu lama untuk mengubatinya. Bakteria ini lebih sering
menjangkiti organ paru-paru dibandingkan bahagian lain tubuh
manusia. Gejala penyakit ini ialah mengalami demam, tetapi tidak
terlalu tinggi yang berlangsung agak lama, biasanya pada waktu malam
dan pesakit akan berpeluh. Gejala lain, penurunan selera makan dan
berat badan, lemah tubuh badan dan batuk yang agak lama hingga
lebih daripada 3 minggu disertai dengan kahak berdarah.

Nota Sains Tingkatan 3/pa

Nota Guru

my Science notes

(C) Amalan bagi menjamin kualiti udara


Udara yang sihat ialah udara yang tidak tercemar dan memberikan
kesihatan kepada sistem respirasi kita. Amalan yang betul dapat
menjamin udara yang kita sedut setiap hari kekal bersih. Sebagai
seorang yang prihatin dan mementingkan udara yang bersih kita boleh
mempraktikkan amalan-amalan berikut:

Nota Sains Tingkatan 3/pa

Anda mungkin juga menyukai