Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN MENGENAI PERANAN KETUA JABATAN DALAM

MENGURUSKAN PEGAWAI BERMASALAH DAN BERPRESTASI RENDAH

1.0

Ketua Jabatan kenalpasti kakitangan yang bermasalah atau berprestasi


rendah.*

2.0

Ketua Jabatan hendaklah membuat tindakan pembetulan dan pembaikan


seperti berikut:
2.1

memanggil kakitangan untuk kenalpasti masalah dan memberi peluang


kepada kakitangan untuk memberi keterangan yang benar dalam
keadaan tidak formal.

2.2

Beri amaran lisan sekiranya kakitangan masih tidak memperbaiki


prestasi atau masalahnya.
2.2.1 perlu direkodkan dalam fail personal dengan nyatakan tujuan,
tarikh dan hasil perbincangan/perundingan.
2.2.2 wajar diberi sekali sahaja atau jika perlu lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian sesuatu masalah

2.3

Beri amaran bertulis secara pentadbiran sekiranya amaran lisan tidak


memberi kesan.

2.3.1 hendaklah mengandungi kenyataan masalah, peraturan yang


dilanggar, akibat masalah kepada jabatan, penekanan
tanggungjawab kakitangan dan membetulkan perlakuan dan
kenyataan tindakan seterusnya akan diambil.
______________________________________________________________
* Definisi:
Pegawai Bermasalah

Pegawai Berprestasi
Rendah

Tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif jabatan khusus gagal capai
SKT.(49.99% ke bawah)
mempunyai masalah peribadi dan interpersonal relationship dengan pihak
pengurusan, rakan sejawat atau kakitangan bawahan.
tidak produktif non performer
tidak bersungguh-sungguh dan kurang berusaha.
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah.
Mencapai LNP 50% ke atas
Masalah kualiti peribadi iaitu masalah hubungan interpersonal relationship dengan
ketua, rakan sejawat dan kakitangan bawahan serta pelanggan luar.
Bersikap agresif dan suka menonjol diri
Suka menyalahkan orang lain dan merasakan diri sendiri sahaja betul
Masalah kesihatan mental dan fizikal (nampak normal tetapi dalam keadaan dan masa
tertentu perangai dan tingkahlaku berubah dan sukar dikawal
Lemah daya kepimpinan dan membuat keputusan dan lain-lain
Tidak dapat memberi tumpuan kepada tugas hakiki atau prioriti atau tidak dapat
membawa organisasi ke arah capai objektif yang ditetapkan.
Tidak dapat menghormati ketua
Tidak dapat bekerja sebagai satu pasukan
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perkembangan semasa.

2.3.2 kandungan amaran mestilah jelas, ringkas dan tepat.


2.3.3 hendaklah direkodkan dalam fail personal.
2.3.4 wajar diberi sekali sahaja atau jika perlu lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian sesuatu masalah.
3.0

4.0

Jika tindakan pembetulan dan pembaikan di atas tidak sesuai diambil,


tindakan-tindakan lain boleh diambil seperti berikut:
3.1

Rujuk ke Lembaga Perubatan (mental/fizikal) sekiranya permasalahan


kakitangan melibatkan kesihatan di mana kakitangan boleh
dibersarakan atas sebab kesihatan berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 10 Tahun 1995.

3.2

Rujuk kepada kaunseling sekiranya permasalahan kakitangan


memerlukan rujukan perkhidmatan kaunseling dan memenuhi kriteria
untuk perkhidmatan berkenaan. Ketua jabatan hendaklah merujuk
pegawai ke bahagian kaunseling jabatan masing-masing.

3.3

Rujuk kepada pakar psikiatri/hospital sekiranya permasalahan


kakitangan memerlukan rujukan kepada pakar psikiatri/hospital dan
boleh dibersarakan atas sebab kesihatan.

Sekiranya tindakan pembetulan dan pembaikan di atas tidak memberi kesan


dan tidak dapat mengatasi masalah, salah satu tindakan dalam bentuk
hukuman berikut boleh diambil mengikut kesesuaian kes iaitu:
4.1

Ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam


LNP bawah 49.99%, pergerakan gaji statik.

4.2

Tindakan tatatertib
didapati melanggar peraturan tatatertib.
(Ketua Jabatan hendaklah mengisi Borang Laporan Tatakelakuan seperti di
Jadual 1 bagi tujuan melaporkan kes pegawai bermasalah dan berprestasi
rendah yang didapati melanggar peraturan tatatertib)

4.3

5.0

Nasihat bersara pilihan


sekiranya telah capai umur persaraan pilihan.

Ketua Jabatan hendaklah membuat tindakan pemulihan dan sokongan


selepas kakitangan dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut:
5.1

Menyelia / memantau kakitangan selepas dikenakan hukuman (selain


dibuang kerja dan ditamatkan perkhidmatan).

5.2

Peka dengan perubahan kakitangan samada ke arah kebaikan atau


memudaratkan diri / jabatan.
2

5.3

Memberi nasihat dan bimbingan sekiranya melihat perubahan negatif


kakitangan dan menghantar mengikuti latihan yang bersesuaian.

5.4

Memberi sokongan, pujian dan dorongan agar prestasi kakitangan


ditingkatkan sekiranya perubahan adalah positif.

5.5

Jika perlu dan sesuai pertukaran boleh dilakukan untuk beri suasana
kerja dan semangat baru bagi tingkatkan prestasi kerja.

Disediakan oleh:
Bahagian Perundangan
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai