Anda di halaman 1dari 2

MEE KARI

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
500 gram ayam, potong
kecil
1 kg kerang, rebus dan
ambil isi
300 gram udang, buang
kulit
2 cawan air rebusan dari
kulit udang yg dibuang
10-15 biji bebola ikan (fish
ball)

3 keping kek ikan (fish cake)


4 sudu besar rempah kari
ayam, bancuh menjadi pes
pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji
keledek merah, rebus dan
lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair

5 biji buah pelaga


2 tangkai daun kari

1 batang serai, hiris nipis


10 tangkai cili kering, rebus
dan toskan air
2 sudu besar udang kering,
rendam sehingga lembut.

Bahan untuk rempah tumis:


1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih

Bahan untuk kisar halus:


6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Bahan untuk hiasan:


4 biji telur rebus, potong dua
2 tangkai sawi, potong dan
rebus
bawang goreng
limau kasturi, potong dua

taugeh
daun bawang
cili merah
tauhu kering goreng

Cara Penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat
dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga
naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari.
Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian
tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga
mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang,
asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa
proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tips:
1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah
masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam. 2.Boleh juga gunakan
santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.

Anda mungkin juga menyukai