Anda di halaman 1dari 7

NOVEL JALAN KE PUNCAK

Sinopsis
Bab
Bab Satu

Sinopsis
Laiman merupakan mahasiswa tahun tiga jurusan kejuruteraan daripada
sebuah universiti tempatan, sedang mengikuti latihan dengan syarikat
milik Shell. Pada masa yang sama, Laiman berasa banyak perkara yang
perlu dipelajari daripada latihan berkenaan termasuklah menimba
pengalaman untuk berdikari sebagai seorang usahawan suatu hari nanti.
Laiman teringat kawan sekuliahnya Chow Chin yang begitu berdikari
walaupun berasal daripada keluarga berada. Khabarnya Chow Chin
telah menjadi seorang pengurus sebuah hotel mewah di kota. Laiman
yakin pengalaman tanpa kelulusan juga mampu mengubah nasib
kehidupan seseorang.

Bab Dua

Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah


selesai. Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap
Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa
rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah
bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda
yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu.
Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan
menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu
mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk
begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.

Bab Tiga

Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita


bahawa sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar.
Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan
sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan
sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai
di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh

anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi


persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat
Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku,
Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman
yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan
harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman
sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya
kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa
peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat.
Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama
Bab

Sonia seminggu yang lalu.


Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-

Empat

siar di Bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan


Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.
Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai
dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas cari gali minyak
memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan
cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah
turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada
Laiman.

Laiman

berharap

kejadian

tersebut

tidak

menjejaskan

perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang


bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan
gerak-geri mereka.
Bab Lima Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.
Bab Enam Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya
di Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli.
Dia ingin manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak
bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan
rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek
ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan
setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar juga
akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk

cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan


cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk
menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang
mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat
Bab Tujuh

perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.


Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran
bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah
banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman
tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama
dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk
menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya
tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk
kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada
kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan.

Bab

Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.


Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah

Lapan

sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak
dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam
geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian
paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus
memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah.
Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga
berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman
bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja

Bab

dengan mereka.
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk

Sembilan

melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan


untuk berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu.
Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih
sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama
ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil.
Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk

kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak


Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya
berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf
kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya
Bab

bekerja sebagaimana siswazah lain.


Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk

Sepuluh

Jabatan Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula


telah

bersetuju

dan

memberikan

kebenaran

kepada

Laiman

menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan
udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk
projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman
untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula
dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan
khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai
diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama,
Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah
Bab

melanjutkan pelajarannya di universiti.


Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu

Sebelas

Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang
ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan
projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek
Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat
marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan.
Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan
bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula
memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang
akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang

Bab

menganggur.
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk

Dua Belas mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman.
Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan
menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa

Bab

menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.


Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan

Tiga

mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan

Belas

menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih


pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk

Bab

kegunaan masa depan mereka.


Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang.

Empat

Tidak lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman

Belas

berterima

kasih

kepada

Pak

Sahok

kerana

mengizinkannya

menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan


Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka
turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut
Bab

hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.


Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke

Lima

tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-

Belas

anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya
sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai
seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang
berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman
masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar
dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan
Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

Sinopsis Keseluruhan
Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang
berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji.
Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada
mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah
banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun
menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut
mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga

kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya Milan.
Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak
muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka.
Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan
gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup
mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk
kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Tema:
Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya
dengan cara berdikari.
Contoh:
Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan berkerja makan gaji, sebaliknya
dia memilih untuk bekerja sendiri mengusahakan ladang tembikai di kampungnya.
Laiman juga turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai
makan dan menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman,
akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan
daripada pihak kerajaan.

Persoalan
Ketabahan

Contoh
Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada

menghadapi

keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja

dugaan hidup

sendiri.

Keberanian

Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan

menceburi

sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang

bidang

tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau

pertanian
Pengorbanan

Abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi

demi kejayaan membiayai pengajian Laiman di universiti


ahli keluarga
Semangat

Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman,

setia kawan

sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek yang


diusahakan oleh Laiman walaupun mendapat tentangan daripada

Semangat
cinta
negara

keluarganya sendiri.
Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh
akan kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari
dan bekerja sendiri.

Anda mungkin juga menyukai