Anda di halaman 1dari 3

Pelepas Saka penuh mistik

AQMAR MUSTAZA
6 FEBRUARI 2016

Sumber rujukan atas talian : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pelepassaka-penuh-mistik-1.482431

KISAH-kisah mistik di kalangan masyarakat Melayu bukan lagi asing.


Terpanggil untuk menghasilkan sebuah filem yang dekat dengan masyarakat Melayu,
Mangkin Prestij menerusi pengarahnya, Hashim Rejab kemudiannya mengarap filem,
Pelepas Saka.
Dibarisi oleh muka-muka baharu seperti Hanif Safuan, Hafiz Bahari dan Lydia Izati,
Pelepas Saka turut dibantu pelakon lama, Esma Daniel dan Fauzi Nawawi.
Filem ini mengisahkan Haider dan isterinya, Alisya, yang telah pulang ke kampung
Mestika untuk menghadiri majlis doa selamat yang dilakukan oleh ibu bapa Haider,
Adnan dan Nora.
Adik kembar Haider, Raden, juga pulang. Dari kecil hingga besar, Haider dan Raden
sangat rapat, namun semuanya berubah selepas Haider berkahwin dengan Alisya yang
merupakan bekas kekasih Raden.
Suatu malam, seorang wanita telah melakukan upacara melepaskan sakanya pada
Haider. Haider yang tidak menyedari bahawa dirinya didampingi oleh saka mula
berubah perangai menjadi panas baran.
Dia juga mengesyaki Raden dan Alisya menjalin hubungan sulit.
Melihat kepada hasilnya baru-baru ini, apa yang dapat penulis simpulkan, Pelepas
Saka sama seperti filem seram lain, sarat dengan kejutan dan debaran yang
membuatkan penonton tidak senang duduk.
Namun apabila bercakap mengenai saka atau penjaga, ia pastinya melibatkan unsurunsur mistik, kurafat dan benda yang menjijikkan.
Begitulah yang diserapkan Hashim di dalam filem ini.
Unsur-unsur mistik seperti pemujaan, makan mentah, darah, antara elemen yang
dimainkan Hashim.

Dek kerana elemen itulah, Hashim berjaya membuatkan penonton berasa mual dan
ngeri, apabila melibatkan beberapa babak di dalam filem ini.
Bagaimanapun dalam keterujaan penonton mengikuti filem ini dari awal hingga akhir,
barangkali anda pasti akan kecewa dengan babak akhir yang dipotong Lembaga
Penapisan Filem Malaysia (LPF).
Pemotongan babak sebanyak 30 peratus itu diakui Hashim sedikit sebanyak
menjejaskan filem ini dan faktor sama dirasai penulis.
Bagaimanapun mahu atau tidak, itulah hakikat yang terpaksa diterima semua mengenai
filem ini.
Muka baharu
Dari segi lakonan pula, penglibatan muka-muka baharu bukan bermakna kita perlu
memandang enteng kehadiran mereka di dalam industri seni.
Biarpun masih baharu, namun mereka membawakan karakter masing-masing dengan
baik.
Terutama sekali Hanif Safuan yang nampak menyerlah dan menjaya membawakan
watak Haider dengan baik.
Penghayatan dan penyampaian yang berkesan banyak membantu mencantikkan lagi
Pelepas Saka.
Manakala kehadiran pelakon lama, penulis pasti, tidak perlu dipertikaikan lagi mutu
lakonan mereka.
Justeru bagi anda yang ingin mengetahui apakah nasib yang menimpa Haider dan
benarkan Raden dan Alisya menjalinkan hubungan sulit?
Serta siapakah yang memberi saka tersebut kepada Haider dan mengapakah Haider
yang dipilih? Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam berdekatan anda.

Anda mungkin juga menyukai