Anda di halaman 1dari 7

1.

5 KAJIAN NOVEL
Definisi Novel
Menurut Kamus dewan edisi keempat (2005), novel adalah cerita dalam bentuk
prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman
manusia dan kelakuan manusia.
Tajuk Novel: Seharum Kasih
Pengarang: Aina Emir
Tahun Diterbitkan: Cetakan 4 - 2004
Penerbit: ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

TEMA
Perasaan kasih sayang yang utuh dalam sesuatu hubungan. Tema ini dapat
dilihat dalam hubungan antara Rasya dan Reeza. Kasih sayang yang utuh antara
mereka dapat menyatukan mereka walaupun banyak halangan yang menimpa.
Contohnya, kasih sayang Reeza terhadap Rasya. Reeza masih menyayangi Rasya
walaupun Rasya telah banyak melukakan hatinya.
PERSOALAN

Perasaan cemburu yang tiada bermanfaatnya. Adli cemburu dengan


Reeza sehingga menceritakan perkara yang tidak betul dengan Rasya
sedangkan isterinya Tengku Maria tidak lagi mempunyai perasaan dengan

Reeza.
Bertindak

terburu-buru

sebelum

memastikan

kesahihan

perkara

tersebut. Rasya menerima lamaran Fahmi untuk membalas sakit hatinya


setelah mendengar cerita Adli mengenai Reeza sebelum bertanya akan cerita

tersebut kepada Reeza.


Kasih Sayang Antara Dua Insan: Walaupun banyak kali berlaku perpisahan
antara hubungan Rasya dan Reeza, kasih sayang yang kuat antara mereka
dapat menjalinkan semula hubungan mereka.

22

PLOT
Permulaan
Pada tahap permulaan, pengarang telah memperkenalkan watak-watak yang
terlibat, iaitu Rasya (watak utama), Reeza, Fahmi, Farhana, Adli, Tengku Maria.
Latar tempat juga diperkenalkan, iaitu di sebuah pejabat yang terletak di Kuala
Lumpur. Pada bahagian ini juga, pengarang telah mengemukakan satu peristiwa
yang menjadi penyebab kepada peristiwa selanjutnya, iaitu perkenalan antara Rasya
dengan Reeza. Perkenalan mereka bermula apabila Salwa memberikan nombor
telefon Rasya kepada Tengku Maria.
Perkembangan
Tahap perkembangan bermula apabila Tengku Maria menjemput Rasya untuk
menghadiri majlis perkahwinannya dengan Adli di Kuantan. Di majlis itulah yang
mempertemukan Rasya dengan Reeza kerana Reeza merupakan kawan sekolah
kepada Tengku Maria dan Adli. Oleh itu, Reeza turut dijemput untuk menghadiri
majlis perkahwinan mereka berdua. Rasya telah membawa Reeza untuk berjumpa
dengan ibunya malah Reeza juga telah memperkenalkan Rasya kepada ibu dan
bapanya.
Klimaks
Pada kemuncaknya, semasa malam Rasya dan Reeza ke majlis reunion Reeza,
Rasya pulang sendirian kerana berasa kecewa apabila Adli memberitahunya
bahawa Adli telah meninggalkan isterinya, Tengku Maria disebabkan semasa adli
berkahwin dengan isterinya, isterinya telah mengandungkan anak Reeza. Rasya
mempercayai kata-kata Adli sebelum dia bertanyakan perkara tersebut kapada Adli.
Hal ini menyebabkan Rasya menerima lamaran Fahmi untuk membalas sakit
hatinya. Semasa Rasya tahu akan hal sebenar bahawa Tengku Maria bukanlah
mengandungkan anak Reeza tetapi suaminya Adli, Rasya berbaik semula dengan
Reeza malah Rasya meminta Fahmi untuk memutuskan pertunangan. Namun
begitu, niatnya terpaksa dibatalkan. Hal ini disebabkan, ibu Fahmi telah jatuh sakit
dan Opah Rasya memberitahu agar berkahwin dengan Fahmi kerana takut ibunya
tidak sempat untuk melihat Fahmi dan Rasya nikah. Dalam seminggu selepas Rasya
dan Fahmi menikah, mak Fahmi pula meninggal dunia. Malah
23

tidak sampai

seminggu selepas ibu Fahmi meninggal dunia, perkahwinan Rasya dengan Fahmi
dibatalkan. Semasa Rasya berada di Dubai, Rasya telah berjumpa semula dengan
Reeza. Selepas balik dari Dubai, Reeza telah bersetuju dengan cadangan uminya
untuk menerima Hilda.

Selepas Reeza bertunang dengan Hilda, barulah Reeza

mengetahui bahawa Rasya sebenarnya telah berpisah dengan suaminya. Rasya


dan Reeza bercinta semula walaupun Reeza telah bertunang. Mereka akhirnya
mendirikan rumah tangga malah Rasya telah mengatakan bahawa Reeza juga
haruslah mengambil Hilda sebagai isterinya.
Peleraian
Cerita menuju ke tahap peleraian apabila Rasya dan Reeza pergi ke Pulau Bali
Indonesia untuk berbulan madu. Sebelum balik ke Malaysia, Rasya telah dibawa
Reeza pergi ke Bandung Jakarta untuk berjumpa dengan Hilda. Dalam pertemuan
Rasya dengan Hilda, Hilda telah memberitahu Rasya bahawa sebelum Rasya dan
Reeza nikah lagi, Hilda dan Reeza telah mengambil kata sepakat untuk
memutuskan pertunangan. Akhirnya, Rasya dan Reeza hidup bahagia bersama.
WATAK DAN PERWATAKAN
Rasya

Nama sebenar ialah Rasya Aleya


Ibunya berbangsa Melayu
Bapanya berbangsa French Algerian
Ibu dan bapanya telah bercerai dan mempunyai keluarga masing-masing
Seorang yang sensitif
Bertindak terburu-buru
Berbudi bahasa
Berprasangka
Patuh pada agama

Reeza

Nama sebenar ialah Syed Reza Syed Amirul


Berbadan tegap
Berlesung pipit
Seorang arkitek
Seorang yang romantik
Seorang yang tabah manghadapi dugaan dalam bercinta
24

Fahmi

Nama sebenarnya ialah Fahmi Imran


Sepupu kepada Rasya
Seorang majistret
Pernah menjadi suami kepad Rasya

Adli

Kawan sekolah Reeza


Pendendam
Berkahwin dengan Tengku Maria tetapi tidak bertahan lama

Tengku Maria

Kawan sekolah Reeza


Pernah menyimpan perasaan terhadap Reeza
Pernah berkahwin dengan Adli namun tidak kekal lama. Selepas itu, Tengku

Maria berkahwin dengan Rizal


Nama panggilan TM

Hilda

Berasal dari Bandung Indonesia


Lemah lembut
Berumur 21 tahun
Mempunyai hati yang baik

LATAR

Latar Tempat
Pejabat tempat Rasya bekerja yang terletak di Kuala Lumpur.
Kampung Gajah Perak. Tempat Rasya dan Fahmi dibesarkan.
Kuantan. Negeri di mana Rasya dan Reeza pergi untuk menghadiri

perkahwinan Adli dan Tengku Maria.


Palace Of The Golden Horses. Reeza membawa Rasya untuk menghadiri

majlis reunionnya.
Pulau Redang Terengganu. Tempat di mana Rasya dibawa oleh Reeza untuk

aktiviti menyelam bersama rakan-rakannya.


Klinik di kaki puncak Kota Bandung. Tempat Reeza dihantar oleh ibunya

untuk berehat, merehatkan jiwa dan menenangkan hati.


Pulau Bali Indonesia. Destinasi berbulan madu Rasya dengan Reeza.
Bandung Jakarta. Reeza membawa Rasya untuk berjumpa dengan Hilda
25

Latar Masa
Petang
Petang itu, tepat jam 5.45 kedengaran bunyi SMS. (m/s 3)
Pagi
Siang tadi, puas Rasya berborak dengan kenalan lama dan sanak

saudaranya. (m/s 9)
Its not safe to be by yourself, here. Pagi-pagi macamlah, bukannya ada

orang sangat,Reeza terus menghampirinya di atas batu besar.


Malam
Malam itu, Reeza menelefon. (m/s 10)
Latar masyarakat
Masyarakat Melayu Islam: Melaksanakan perintah Allah untuk mengerjakan
solat. Cth: Esoknya, Rasya bangun awal. Selepas solat Subuh, dia duduk

bersantai di balkoni biliknya. (m/s 37)


Masyarakat yang saling bantu-membantu: Umi dan ahli keluarga mula sibuk
menyediakan keperluan untuk majlis perkahwinan yang diatur.

GAYA BAHASA
Bahasa Asing
Bahasa Arab
- Assalamualaikum (m/s 4)
- Walaikumsalam (m/s 34)
- Alhamdulillah (m/s 91)
- Masya-Allah m/s 124)
Bahasa Inggeris
- Short messaging service (m/s 1)
- I (m/s 2)
- You (m/s 4)
- Call (m/s 5)
- Family (m/s 7)
Bahasa French
- es-tu sure de vouloir un petit ami francais (m/s 13)
- Ca va (m/s51)
- Bon nuit(m/s 84)
Bahasa Perak (loghat Perak)
- Beno (m/s 9)
- Deme (m/s 12)
- Keroje (m/s 109)
Simpulan bahasa
- Ayam berak kapur (m/s 132)
- Berat hati (m/s 129)
- Buah hati (m/s 92)
Peribahasa
26

- Bagaikan tersirap darah di muka (m/s 64)


- Bagai mimpi di siang hari (m/s 69)
Asonansi (pengulangan bunyi vokal tertentu di dalam sesuatu baris)
Contoh:
- You yang tak nak cakap. (238)
(Pengulangan vokal /a/)
- Memang Salina tidak silap. (m/s 331)
(Pengulangan vokal /i/)
Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan tertentu di dalam sesuatu baris)
Contoh:
- Rasya terpaku tanpa kata. (m/s 64)
(Pengulangan konsonan /t/)
- Mereka racak berbual.(m/s 348)
(Pengulangan konsonan /r/)
Hiperbola (melebih-lebihkan sesuatu)
- Bukan setakat hati yang perit, seluruh badannya juga turut sakit.
(m/s 402)

NILAI

Tidak Mudah Berputus Asa: Reeza tidak mudah berputus asa dalam
memujuk Rasya untuk berjumpa dengannya. Rasya akhirnya bersetuju untuk
berjumpa dengan Reeza semasa Tengku Maria menjemputnya ke majlis

perkahwinannya dengan Adli.


Kasih Sayang: Kasih sayang yang kuat antara sepasang kekasih iaitu Rasya
dan Reeza. Kasih sayang yang kuat antara mereka akhirnya dapat

menyatukan mereka kembali walaupun pelbagai dugaan yang menimpa.


Taat Kepada Agama: Walaupun Rasya pergi ke Kuantan menghadiri majlis
perkahwinan Tengku Maria, Rasya tidak lupa untuk menunaikan ibadah
kepada Allah SWT.

PENGAJARAN

Kita

Seharusnya

Tidak

Terburu-Buru

Dalam

Membuat

Sesuatu

Keputusan. Rasya membuat keputusan terburu-buru dalam menerima

lamaran Fahmi walaupun Rasya tidak mencintai Fahmi.


Kita Janganlah Mempercayai Sesuatu Perkara Yang Tidak Betul Sebelum
Mengetahui Kesahihan Cerita Tersebut. Rasya mempercayai cerita Adli
yang mengatakan isterinya, Tengku Maria mengandungkan anak Reeza
semasa mereka berkahwin. Rasya terus percaya akan cerita tersebut

27

sebelum bertanyakan kesahihan cerita itu kepada Reeza ataupun Tengku

Maria.
Kita Mestilah Patuh Akan Suruhan Agama. Pada mulanya, Rasya tidak
memakai tudung di kepala. Selepas bercerai dengan Fahmi, akhirnya Rasya
memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat seperti memakai jubah.

28

Anda mungkin juga menyukai