Anda di halaman 1dari 15

CADANGAN MELOKALISASIKAN AGIHAN ZAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN

TINGGI: KAJIAN DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH


Dicky Wiwittan Toto Ngadiman1
Hairunnizam Wahid2
Mohd Ali Mohd Nor3
Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
ABSTRAK
Isu keberkesanan pengagihan zakat masih menjadi agenda utama perbincangan dalam kalangan
institusi zakat mapuhun pembayar zakat. Antara cadangan yang dikemukakan adalah melalui
kaedah desentralisasi kuasa pengagihan dan pentadbiran zakat di lokaliti tertentu. Ini berdasarkan
beberapa hujah keberkesanan kaedah ini seperti meningkatkan tahap kecekapan dan keefisienan
agihan zakat serta meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap amil zakat yang
akhirnya memungkinkan peningkatan jumlah kutipan zakat di negeri berkenaan setiap tahun.
Senario semasa di Sabah menunjukkan Pusat Zakat Sabah (PZS) telah merencanakan kaedah ini
di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah di mana satu perlapan daripada pungutan
zakatnya akan diserahkan semula kepada UiTM Sabah untuk diagihkan sendiri oleh pentadbir
zakat kepada pelajarnya yang diketegorikan sebagai asnaf. Kaedah ini dikenali sebagai
melokalisasi urus tadbir zakat. Kajian menunjukkan kaedah ini telah berjaya meningkatkan tahap
kecekapan dan keberkesanan agihan zakat di UiTM tersebut. Namun begitu, kajian ini mendapati
kaedah ini masih belum dilaksanakan di institusi pengajian Politeknik yang juga dianggap
sebagai institusi pengajian tinggi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap penerimaan dan
persepsi warga Politeknik Kota Kinabalu terhadap cadangan merlaksanakan konsep lokalisasi
agihan zakat di Politeknik tersebut. Sampel kajian ini adalah warga tenaga kerja termasuk
pembayar zakat yang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan di Politeknik Kota
Kinabalu. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan menganalisis data menggunakan
kaedah deskriptif dan nilai min skor. Hasil kajian mendapati majoriti responden di Politeknik
tersebut menyambut baik dan bersetuju cadangan perlaksanaan kaedah tersebut dimana kuasa
agihan zakat dinyahkan kepada pentadbir zakat yang dilantik oleh pihak bendahari di Politeknik
tersebut. Hasil kajian juga mendapati majoriti responden tetap memilih institusi masjid sebagai
institusi mentadbir urus zakat yang hampir dengan warga Politeknik dan memudahkan proses
pengagihan zakat. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini
Kata kunci: Lokalisasi, urus tadbir zakat, masjid, Politeknik Sabah

Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: dicky@polikk.edu.my
Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; hairun@ukm.edu.my
3
Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; ali@ukm.edu.my
2

PENGENALAN

Perintah untuk mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang ketiga daripada lima rukun Islam.
Perintah mengeluarkan zakat adalah datang daripada Allah SWT, sepertimana firman Allah SWT
yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah
kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat. (an-Nur: 56). Pada zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar R.A, baginda akan memerangi orang-orang yang enggan memgeluarkan
zakat kerana harta yang dikurniakan kepada orang-orang yang kaya juga terdapat hak orang
miskin. Berkaitan dengan agihan zakat pula, Ianya telah dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat
60:
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir,
orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang
dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang hendak memerdekakan
dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan
Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan(ktetapan hukum
yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah . Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" [QS al-Taubah (9) : 60]
Pengurusan zakat perlulah diuruskan secara cekap supaya dapat menjaga kebajikan sosial
dan memberi manfaat kepada gorongan miskin (Nor Aini, 2006). Salah satu golongan asnaf yang
layak menerima bantuan zakat dan perlu diberi perhatian adalah asnaf dalam kalangan pelajar
institut pengajian tinggi (IPT) agar mereka tidak keciciran dalam pendidikan. Menurut Roslan
(2001), keperluan pendidikan adalah mustahak untuk meluaskan potensi pelajar hingga peringkat
tinggi dan optimum bagi menjadikan mereka insan yang berjasa dan memberi sumbangan
terhadap masyarakat dan negara. Melalui pendidikan, kesempitan taraf sosial dan ekonomi akan
berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya (Gibbiseon & Murthy, 2003). Untuk memudahkan
urusan agihan zakat di institusi pengajian tinggi, terdapat inisiatif daripada pusat zakat negeri
untuk melaksanakan konsep lokalisasi pengurusan zakat. Sebagai contoh Lembaga Zakat
Selangor (LZS) telah menurunkan kuasanya kepada Penolong Amil yang dilantik di institut
pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih untuk menguruskan 50 peratus daripada jumlah
keseluruhan kutipan zakat di institusi tersebut.
Justeru konsep lokalisasi dikatakan agak sesuai di praktikkan bertujuan untuk
memudahkan pengagihan zakat kepada asnaf dalam sesuatu lokaliti tertentu. Kajian yang

dilakukan oleh Hairunnizam (2012) di Semenanjung Malaysia mendapati bahawa majoriti amil
tempatan bersetuju terhadap konsep lokalisasi dalam perlaksanaan zakat. Hairunnizam (2012)
juga mencadangkan supaya kajian mengenai lokalisasi zakat diperluaskan ke Sabah dan
Sarawak. Menurut Ahmad Hidayat (2014), penghayatan masyarakat di Sabah terhadap zakat
harta masih kurang. Di Sabah, Pusat Zakat Sabah PZS-MUIS telah mengadakan MoU antara
UiTM Sabah dimana UiTM ini dibenarkan menguruskan satu per lapan daripada jumlah kutipan
zakatnya. Seperti di UiTM Sabah, Politeknik Sabah juga seharusnya diberi peluang untuk
menguruskan zakatnya sendiri. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi dan
kesediaan Staf Politeknik Kota Kinabalu Sabah terhadap cadangan lokalisasi pengurusan zakat di
institusi tersebut. Adakah staf Politeknik Sabah bersetuju dengan lokalisasi?
Menurut Hairunnizam (2012) majoriti amil dan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur memilih masjid sebagai pusat untuk melaksanakan lokalisasi. Kajian ini disokong oleh
Najihah Ismail (2015) mendapati dua faktor pemilihan masjid di Bandar Baru Bangi sebagai
pusat urus tadbir zakat ialah kerana masjid merupakan tempat aktiviti umat Islam dan mudah
akses. Walaupun begitu, keadaan pengimarahan masjid di Sabah tidak seperti di Semenanjung
Malaysia. Kajian oleh Saini (2011) di Masjid Kampung Tebobon Sabah mendapati penyertaan
golongan muda terhadap aktiviti anjuran masjid masih lemah. Begitu juga tinjauan ke atas
kehadiran pelajar dan staf ke Masjid Politeknik Sabah dilihat masih lemah walaupun pelbagai
aktiviti dilaksanakan. Dalam situasi sebegini, adakah masjid Politeknik Sabah juga akan dipilih
sebagai pusat perlaksanaan lokalisasi zakat?

KAJIAN LEPAS

Institusi pengajian tinggi kini mengorak langkah untuk melaksanakan konsep lokalisasi dengan
pembukaan kaunter zakat dibeberapa IPT tempatan. Sehingga 2016, pihak Lembaga Zakat
Selangor telah menjalankan kerjasama dengan 11 Institut Pengajian Tinggi, antaranya ialah
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Infrastructure
University Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Tenaga Nasional (Uniten),
Universiti Multi-Media (MMU), Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Universiti Selangor

(Unisel) dan Management and Science University (MSU). Di Sabah pula, Pusat Zakat Sabah
(PZS) menjalinkan kerjasama dengan UiTM Sabah.
Kajian Muhamad Rahimi (2014) mendapati dengan penubuhan wakil zakat di institusi
pengajian tinggi dapat membantu ummah dalam kecemerlangan ilmu. Ini disokong oleh
Muhammad Shukri (2014) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu instrumen
penting untuk mengubah masyarakat. Antara punca keciciran pelajar dalam pendidikan ialah
status sosio ekonomi termasuk taraf pekerjaan ibu bapa. (Azman Ab Rahman, 2014). Kajian oleh
Katty Hsiao Jia Wong et al. (2011) mendapati sebaliknya iaitu pencapaian dalam pendidikan
mempengaruhi tahap kemiskinan di kalangan belia.
Penemuan oleh kajian Muhammad Rizal (2015) mendapati terdapat sebilangan asnaf di
IPT bekerja sambilan di masa lapang untuk menampung perbelanjaan. Hakikatnya amaun yang
diterima oleh asnaf agak kecil (Muhammad Syukri, 2006). Justeru, Muhamad Rahimi (2014)
dalam kajiannya mencadangkan supaya jumlah bantuan yang disalurkan kepada asnaf
berpadanan dengan kos pendidikan para asnaf agar mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya
kepada pelajaran.
Muhammad Rizal (2015) dalam kajiannya mencadangkan satu model agihan zakat di IPT
(Rajah 1) berteraskan konsep one stop center. Ianya berfungsi sebagai meeting point, pusat
maklumat, pusat perkhidmatan pelajar dan pusat rekreasi. Walaubagaimana pun, kajian tersebut
menyatakan dana 43.75 peratus sedia ada tidak mencukupi.

Rajah 1: Model cadangan Agihan Zakat Unit Zakat di IPT

Sumber: Mohd Rizal (2015)


4

Peranan Unit zakat di IPT perlu dikembangkan bukan sahaja menguruskan agihan dan
kutipan, tetapi pelajar asnaf perlu di pantau agar perkembangan pendidikan mereka terjaga.
Menurut Muhammad Syukri (2000) institusi zakat perlu menjalinkan ikatan rapat dengan
penerima bantuan. Justeru, Muhammad Rizal (2015) juga mencadangkan satu model seperti
Rajah 2 dimana Unit Zakat IPT bergerak secara bersama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk
memastikan kecemerlangan asnaf dalam pendidikan.

Rajah 2: Model cadangan perlaksanaanagihan zakat di IPT secara bersama LZS.

Sumber: Mohd Rizal (2015)


Kecemerlangan akademik juga ada hubungkait dengan amalan agama. Antara faktor
penting yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor
sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran
guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan kerohanian
juga turut dilihat sebagai faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Islam
(Salasiah Hanin, 2012).
Aktiviti keagamaan tidak dapat dipisahkan dengan masjid. Kajian oleh Shukri Ahmad
(2013) di Universiti Utara Malaysia mendapati penghayatan tentang solat masih lemah,
manakala tahap pengimarahan masjid masih rendah. Institusi masjid perlu diperkukuhkan kerana
kajian Hairunnizam (2012) mendapati amil tempatan memilih masjid sebagai pusat urus tadbir
zakat sekiranya konsep lokalisasi di laksanakan di kawasan mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas staf Muslim Politeknik Kota Kinabalu dan staf Pusat Zakat Sabah
dengan menganalisa persepsi mereka terhadap cadangan untuk mewujudkan lokalisasi di
peringkat Politeknik Kota Kinabalu. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 250 staf muslim
PKK. Seramai 93 staf telah menjawab soalan kaji selidik. Jumlah ini sudah mencukupi menurut
Noraini Idris (2013) yang menyatakan bahawa 20 peratus persampelan sudah mewakili populasi
sasaran kajian. Ukuran skala Likert 5 mata digunakan untuk mengukur angkubah-angkubah
dalam kajian ini. Data yang lengkap kemudian di analisisa dengan menggunakan analisis
deskriptif dan skor min.

HASIL KAJIAN

Analisis Demografi Responden: Responden yang paling ramai menjawab borang soal selidik
adalah staf yang berumur di antara 25 hingga 35 tahun, mempunyai ijazah, sudah berkahwin,
berkhidmat melebihi 5 tahun dan berpendapatan melebihi

RM4,000 sebulan. Golongan

pensyarah merupakan paling ramai menjawab borang soal selidik. Hanya 12.9 peratus responden
datangnya daripada aliran agama. Kajian mendapati bahawa seramai 60 orang telah membuat
potongan gaji untuk zakat pendapatan. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk
meningkatkan lagi kutipan zakat di PZS

Jadual 1: Latar Belakang Responden Staf Politeknik Kota Kinabalu, Sabah


Item
Kekerapan
Peratusan
1. Umur:
25 35 tahun
50
53.8
36 45 tahun
37
39.8
46 55 tahun
5
5.4
56 60 tahun
1
1.1
2. Taraf Perkahwinan:
Bujang
20
21.5
Berkahwin
72
77.4
Duda/Janda
1
1.1
3. Tahap Pendidikan Tertinggi:
Sekolah Menengah
4
4.3
Diploma
8
8.6
Ijazah
51
54.8
6

Sarjana
Phd
4. Jawatan di Politeknik:
Bahagian Pengurusan
Pensyarah
Staf Sokongan
5. Aliran Pendidikan:
Agama
Sekular
6. Membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan:
Ya
Tidak

28
2

30.1
2.2

10
71
12

10.8
76.3
12.9

12
81

12.9
87.1

60
33

64.5
35.5

Persepsi Staf Politeknik Kota Kinabalu Terhadap Cadangan Melaksanakan Konsep


Lokalisasi: Pembolehubah berbentuk konstruk dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga iaitu
sosial, ekonomi dan politik yang merupakan kelebihan melaksanakan konsep lokalisasi
(Hairunnizam et.al, 2012). Kajian ini menggunakan skala likert nilai 1 hingga 5 bermula kepada
persepsi sangat tidak setuju bernilai 1 dan sangat setuju bernilai 5. Merujuk kepada Jadual 1,
terdapat 10 soalan konstruk untuk pembolehubah sosial. Item satu memperolehi min yang
tertinggi iaitu 4.12. Majoriti responden bersetuju sekiranya lokalisasi zakat diwujudkan, amil
PKK yang dilantik daripada kalangan staf PKK sendiri lebih mengenali pelajarnya berbanding
amil dari PZS.
Jadual 2: Kelebihan lokalisasi dalam aspek sosial

Bil.
Item
1 Amil PKK lebih mengenali pelajar asnaf di PKK
berbanding amil negeri.
2

Amil PKK mempunyai hubungan rapat dengan


pelajar-pelajar asnaf berbanding amil negeri

Amil PKK lebih dipercayai berbanding amil negeri

Amil PKK pastikan pelajar asnaf tidak malu dan


kekok jika memohon zakat melalui kaunter zakat
PKK
Amil PKK mudah dihubungi dan akan menjimatkan
masa permohonan zakat

5
6

Amil PKK akan memantau pelajar asnaf lebih kerap


berbanding amil negeri

1
2
(2.2)

2
-

Skala
3
4
24
26
(25.8) (28)

5
41
(44.1)

Min
4.12
[.98]

1
3
24
31
34
4.01
(1.1) (3.2) (25.8) (33.3) (36.6) [.096]
2
8
40
24
19
3.54
(2.2) (8.6) (43) (25.8) (20.4) [.102]
1
2
28
31
31
3.96
(1.1) (2.2) (30.1) (33.3) (33.3) [.094]
-

1
29
29
34
4.03
(1.1) (31.2) (31.2) (36.6) [.088]

1
30
(1.1) (32.3)

27
(29)

35
4.03
(37.6) [0.90]

Amil PKK lebih mengenali pelajar miskin di PKK


yang berpotensi layak menerima zakat

2
23
31
37
4.11
(2.2) (24.7) (33.3) (39.8) [.088]

Amil PKK lebih memahami masalah yang dihadapai


pelajar asnaf berbanding amil negeri

3
21
32
37
4.11
(3.2) (22.6) (34.4) (39.8) [.090]

Amil PKK mudah menggalakkan pelajar asnaf turut


serta dalam sebarang aktiviti

2
25
30
36
4.08
(2.2) (26.9) (32.3) (38.7) [.089]

10

Amil PKK akan bertindak lebih cepat


menyelesaikan masalah pelajar asnaf berbanding
amil negeri

1
(1.1)

Nota:

27
(29)

28
37
4.09
(30.1) (39.8) [.089]

berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4 Setuju; 5 Sangat
setuju
Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.01
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi min

Kajian ini mendapati nilai min untuk konstruk untuk pemboleh ubah sosial secara puratanya
adalah 4.01. Nilai purata ini secara keseluruhannya menunjukkan majoriti responden bersetuju
dengan cadangan lokalisasi berdasarkan kelebihannya dalam aspek sosial.
Jadual 3: Kelebihan lokalisasi dalam aspek ekonomi

Bil.
Item
1 Amil PKK akan mengagihkan zakat lebih cekap dan
efisien

1
-

2
2
(2.2)

Skala
3
4
5
Min
35
28
28
3.88
(37.6) (30.1) (30.1) [.090]

Amil PKK lebih mudah bekerjasama dengan pelajar


asnaf dan menggalakkan aktiviti

1
(1.1)

24
33
35
4.1
(25.8) (35.5) (37.6) [.085]

Kos permohonan menjadi lebih murah seperti kos


pengangkutan dan masa

1
(1.1)

22
28
42
4.19
(23.7) (30.1) (45.2) [.087]

Amil PKK lebih kenal potensi ekonomi yang


bersesuaian dengan minat dan bakat pelajar asnaf

1
(1.1)

24
34
34
4.09
(25.8) (36.6) (36.6) [.085]

Amil PKK akan mengagihkan zakat dengan cepat


berbanding amil negeri

1
(1.1)

31
29
32
3.99
(33.3) (31.2) (34.4) [.088]

Nota:

berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4 Setuju; 5 Sangat
setuju
Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.05
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi min

Merujuk kepada Jadual 3, purata min untuk soalan konstruk pembolehubah ekonomi adalah
4.05. Ini menunjukkan majoriti responden masih bersetuju ke atas lokalisasi berdasarkan
kebaikannya daripada aspek ekonomi. Nilai min yang tertinggi adalah daripada aspek penjimatan

kos iaitu kos pengangkutan dan masa akan menjadi murah kerana pelajar asnaf tidak lagi perlu
perurusan di pejabat PZS.

Jadual 4: Kelebihan lokalisasi daripada aspek politik


Bil.
Item
1 Amil PKK lebih disukai jika berurusan dengan
pelajar asnaf kerana PKK adalah dikalangan
pensyarah PKK
2 Amil PKK akan menjalankan pengagihan zakat
dengan telus dan jujur

Skala
3

32
29
32
4.00
(34.4) (31.2) (34.4) [.086]

27
(29)

Min

31
35
4.09
(33.3) (37.6) [.085]

Amil PKK akan mengurangkan proses birokrasi


permohonan zakat

1
(1.1)

29
28
35
4.04
(31.2) (30.1) (37.6) [.089]

Amil PKK tidak pilih kasih terhadap pelajar asnaf


berdasarkan kecenderungan

1
(1.1)

35
28
29
3.91
(37.6) (30.1) (31.2) [.089]

Amil PKK akan meningkatkan imej institusi zakat


dan menarik lebih ramai orang membayar zakat.

4
(4.3)

Nota:

26
(28)

28
35
4.01
(30.1) (37.6) [.095]

berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4 Setuju; 5 Sangat
setuju
Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.01
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi min

Akhirnya, apabila dilihat dari aspek politik seperti dalam Jadual 4 majoriti responden masih lagi
bersetuju keatas cadangan lokalisasi diwujudkan. Ini dibuktikan dengan purata min yang
diperolehi adalah 4.01. Item yang menyumbangkan min tertinggi adalah item 1 iaitu 4.09 dimana
pelajar lebih suka berurusan dengan amil PKK yang dilantik kerana amil tersebut daripada
kalangan pensyarah PKK sendiri.
Jika diperhatikan min keseluruhan bagi pembolehubah sosial, ekonomi dan politik seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4, masing-masing adalah 4.01, 4.05 dan
4.01. secara keseluruhannya keseluruhan staf Politeknik Sabah bersetuju perlaksanaan lokalisasi
di institusi tersebut. Ini adalah kerana min keseluruhan adalah melebihi 4 iaitu melebihi tahap
setuju. Sekiranya responden ditanya secara langsung tentang cadangan perlaksanaan lokalisasi,
65.6 peratus bersetuju dan selebihnya 34.4 peratus sangat bersetuju seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 4. Tiada seorang pun responden menyatakan tidak setuju tentang cadangan
lokalisasi dan ini bermaksud bahawa semua responden berkeinginan supaya konsep lokalisasi ini
dilaksanakan.
9

Jadual 5: Persetujuan cadangan perlaksanaan lokalisasi


_______________________________________________________
Kekerapan Peratusan
________________________________________________________
Setuju
61
65.6
Sangat setuju
32
34.4
________________________________________________________
Jumlah
93
100.0
Kajian ini juga mengambil tinjauan daripada responden sekiranya konsep lokalisasi ini
dilaksanakan dimanakah lokasi paling sesuai untuk menempatkan pejabat Pusat Agihan Zakat
PKK. Didapati bahawa Pusat Islam atau Masjid telah dipilih oleh responden sebagai tempat yang
paling sesuai. Jadual 5 menunjukkan hasil tinjauan ke atas tempat yang sesuai untuk pusat urusan
zakat di Politeknik Sabah.
Jadual 6: Tempat yang sesuai untuk pusat urusan zakat di PKK
Item
Kekerapan
Peratusan
Pusat Islam PKK
65
69.8
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
22
23.7
Pejabat Asrama
1
1.1
Pejabat Pentadbiran
5
5.4
Hasil yang diperolehi dalam Jadual 6 pula menunjukkan responden yang terdiri daripada staf
Politeknik memilih masjid sebagai pusat yang sesuai untuk melaksanakan konsep lokalisasi. 10
Soalan yang dirangka sebagai pembolehubah merupakan peranan dan kelebihan masjid terhadap
lokalisasi. Data di analisa menggunakan min skor untuk melihat tahap kepuasan responden.
Jadual 7: Nilai Min Skor Cadangan Melokalisasikan Pusat Pengurusan Zakat di Masjid
Bil.
Item
1 Masjid adalah Pusat Islam atau tempat umat

Islam melakukan ibadat dan aktiviti keagamaan.


2

1
1
(1.1) (1.1)

Masjid adalah tempat kegiatan ilmu dan


dakwah, oleh itu ia menjadikan mudah untuk
menyebarkan maklumat berkenaan zakat.

Sekiranya pengurusan zakat di masjid, ianya secara


tidak langsung akan menggalakkan masyarakat
setempat menunaikan solat secara berjemaah.

10

Skala
3

Min

2
(2.2)

18
71
4.69
(19.4) (76.3) [.070]

7
(7.5)

16
93
4.68
(17.2) (75.3) [.063]

3
11
14
65
4.52
(3.2) (11.8) (15.1) (69.9) [.086]

9
10

Nota:

Di masjid, pihak pengurusan zakat lebih mudah


bekerjasama dengan masyarakat setempat.

1
10
20
62
4.54
(1.1) (10.8) (21.5) (66.7) [.076]

Proses pembayaran dan agihan menjadi lebih


cepat jika dijalankan di masjid kerana tidak
perlu ke pusat zakat.

1
(1.1)

8
(8.6)

20
64
4.58
(21.5) (68.8) [.072]

Aktiviti kutipan dan pengagihan zakat di masjid


kepada asnaf akan membantu pusat zakat dari
segi kutipan dan agihan.

1
(1.1)

9
(9.7)

22
61
4.54
(23.7) (65.6) [.074]

Masyarakat setempat akan dapat melihat sendiri


kemana kutipan zakat diagihkan sekiranya di
lakukan di masjid, ianya akan meningkatkan
keyakinan kepada institusi zakat.

2
10
21
60
4.49
(2.2) (10.8) (22.6) (64.5) [.080]

Imej institusi zakat akan meningkat dan akan


menarik lebih ramai masyarakat membayar zakat
jika proses pembayaran zakat dilakukan di masjid

3
(3.2)

9
(9.7)

21
60
4.48
(22.6) (64.5) [.083]

Di masjid, pihak pengurusan zakat lebih mudah


dihubungi untuk sebarang urusan berkaitan zakat

3
(3.2)

13
(14)

23
54
4.38
(24.7) (58.1) [.088]

Pengurusan zakat akan lebih cekap dan efisien


1
4
16
21
51
4.26
sekiranya dijalankan di masjid.
(1.1) (4.3) (17.2) (22.6) (54.8) [.100]
berasaskan skala seperti berikut: 1 Sangat tidak setuju; 2 Tidak setuju; 3 Sederhana; 4 Setuju; 5 Sangat
setuju
Nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.52
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi min

Bersadarkan kepada Jadual 7 min paling rendah adalah 4.26 dan yang tertinggi adalah 4.69,
manakala untuk min keseluruhan bagi soalan konstruk masjid sebagai cadangan lokalisasi ialah
4.52. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju menerima masjid sebagai pusat lokalisasi
berdasarkan kepada peranan dan kebaikan masjid disebabkan min keseluruhan melebihi 4 iaitu
setuju. Min yang tertinggi di sumbangkan oleh item 1 dan dikuti oleh item 2 yang mempunyai
kaitan yang kuat iaitu masjid merupakan sebagai pusat aktiviti keagamaan bukan sahaja untuk
melakukan solat berjemaah lima waktu tetapi juga berperanan untuk aktiviti agama yang lain
termasuk dakwah dan penyebaran risalah berkaitan zakat.

11

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Kajian ini telah membuktikan bahawa majoriti responden menyambut baik cadangan untuk
melaksanakan lokalisasi di IPT Politeknik Kota Kinabalu. Ini adalah kerana mereka dapat
melihat sendiri bagaimana wang zakat mereka diuruskan dan diagihkan disamping ianya dapat
memberi banyak manfaat kepada pelajar asnaf di institusi tersebut.
Melalui sistem penasihat akademik yang diperkenalkan di Politeknik ianya dapat
mengesan lagi asnaf dengan lebih kemas. Sebagai contoh apabila pelajar ponteng kelas atau tidak
mendaftarkan diri, penasihat akademik akan menghubungi pelajar tersebut untuk mengetahui
sebab pelajar berbuat demikian. Sekiranya kerana masalah kewangan, siasatan segera boleh
dibuat dan sekiranya benar, pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan zakat. Ini dapat
mempercepatkan urusan agihan zakat dan mengurangkan karenah birokrasi kerana pelajar tidak
perlu pergi ke pusat zakat semata-mata untuk mengambil borang kemudian kembali semula ke
institusi untuk mendapatkan pengesahan status pelajar, kemudian hantar semula ke pusat untuk
menunggu panggilan temuduga sekiranya dirasakan layak untuk menerima zakat.
Masyarakat mula menerima masjid sebagai pusat untuk pelbagai urusan hal ehwal agama.
Oleh yang demikian institusi perlu diperkasakan dengan langkah pertama dengan memakmurkan
masjid dengan solat berjemaah lima waktu. Hasil pemerhatian penyelidik mendapati bahawa
kedatangan pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Kinabalu ke masjidnya masih ditahap yang
rendah. Hanya segelintir sahaja yang memakmurkan masjid. Begitu juga sebahagian masjidmasjid di Sabah, yang hanya diimarahkan apabila ada program-program keagamaan tertentu.
Kajian oleh Ahmad Hidayat (2014) mendapati bahawa kesedaran tentang umat Islam
terhadap membayar zakat di Sabah masih lemah. Bukan sahaja berkaitan zakat malah kefahaman
tentang kepentingan kefarduan solat dan amalan agama yang lain masih lemah. Untuk mengatasi
masalah ini, peranan masjid harus dipertingkatkan dengan membentuk jemaah dakwah daripada
masjid. Kajian oleh Ahmat Hidayat (2014) mendapati masih ramai lagi masyarakat di pedalaman
sabah iaitu di Kota Belud belum menunaikan kewajipan tersebut. Lokalisasi di lihat sebagai
usaha untuk memudahkan urusan pembayaran zakat dikawasan tersebut dan juga di pedalaman
yang lain. Keberadaan wakil amil disesuatu tempat buakn sahaja membantu kutipan dan
mengenali asnaf malah boleh menjalankan peranan untuk menyebarkan agama.

12

Isu kutipan yang belum diagihkan secara sempurna atau lambat diagihkan merupakan isu
yang sering ditimbulkan. Oleh kerana lokasi geografi dan jaringan kemudahan jalan raya yang
tidak baik, amat sukar bagi kakitangan PZS untuk membuat lawatan ke kawasan-kawasan
terpencil bagi menjejaki asnaf. Dengan mengaplikasi konsep lokalisasi, wakil amil yang dilantik
boleh memudahkan pencarian asnaf. Walaubagaimanapun kajian ini mencadangkan beberapa
langkah dimana institusi pengajian tinggi boleh membantu pusat zakat dalam mencari asnaf. (1)
Butiran pelajar terutama di bahagian kewangan dan maklumat keluarga perlu dilengkapkan oleh
setiap pelajar baru. (2) Senarai pelajar yang berada dalam keluarga miskin atau asnaf diserahkan
kepada pusat zakat. (3) Senarai berikut akan dikelompokkan mengikut kawasan supaya mudah
untuk lawatan dan siasatan sekiranya perlu. (4) PZS dan IPT boleh menjalinkan kerjasama dua
hala untuk mengadakan CSR bagi menjejaki asnaf di kawasan-kawasan terpencil.

KESIMPULAN
Berdasarkan kepada isu kutipan, agihan dan kesedaran mengenai zakat, di tambah pula dengan
keadaan geografi dan jaringan perhubungan yang sukar di Sabah, kaedah lokalisasi dilihat
sebagai satu bentuk penyelesaian dan dapat membantu PSZ dalam urus tadbir zakat. Semua
orang Islam harus saling bekerjasama dalam usaha memartabatkan institusi zakat di Malaysia.
Kajian mengenai perlaksanaan lokalisasi tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian yang
mempunyai pelajar yang ramai tetapi perlu diperluaskan ke institusi-institusi pendidikan bermula
dari peringkat sekolah, IPT swasta, maktab-maktab perguruan dan institusi-institusi latihan,
kawasan-kawasan kampung dan penempatan seperti Felda dan sebagainya. Kajian seperti ini
sangat bermanfaat untuk melihat kesuaian perlaksanaan lokalisasi di sesuatu kawasan. Sekiranya
perlaksanaan di buat tanpa mengambil pandangan masyarakat setempat boleh mengundang rasa
ketidakpuashatian di kalangan mereka.

RUJUKAN
Abdul Aziz Muhammad, (1993), Zakat and Rural Development inMalaysia. Kuala Lumpur:
Berita Publishing
Adibah Abdul Wahab dan Joni Tamkin Borhan, 2014. Impak Zakat dalam Membangunkan
Sosioekonomi di Malaysia: Penilaian Teori dan Praktis, Seminar Pengurusan Zakat di
Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara.
Ahmad Hidayat Buang & Saidatul Badrul Mohd Said (2014). Pentadbiran Zakat dan Kesedaran

13

Masyarakat Islam Membayar Zakat di Daerah Kota Belud Sabah. Sains Humanika 2,
125134
Abdul Latif, M.D. 1998. Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Alderman H. 2002. Do local officials know something we dont? Decentralization of targeted
transfers in Albania. Journal of Public Economics 83 (2002) 375404
Crook R .and J. Manor (2000). Democratic Decentralization (OECD Working Paper Series
No.11). Washington The World Bank
Dziauddin Syarif. 2003. Sistem Pungutan dan Agihan Zakat Fitrah. Kajian di Baitul Mal Negeri
Sembilan, Disertasi Sarjana Syariah, Universiti Malaya.
Hankla, C .R (2008)." Wheni s FiscalD ecentralizatioGno odf or Governance? " Publius: The
Journal of Federalism 1:- 19
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, dan Radiah Abdul Kader (2009) Pengagihan Zakat Oleh
Institusi Zakat di Malaysia: Megapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?, Jurnal
Syariah, Jil. 17, Bil. 1, ms 97
Hairunnizam Wahid., Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2010). Pengagihan zakat oleh
institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR 4(1):
141-170.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan Urus
Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia. Asian Journal of
Accounting and Governance 3: 7183
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Penerimaan Amil dan Asnaf
Terhadap Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia.
46(1)(2012):39-51
Hussain, M., & Hairi, M. (2009). Keberkesanan sistem agihan zakat: Suatu pandangan awal.
Katty Hsiao Jia Wong, Ti Ching Yan & Janice Lay Hui Nga (2011) Kemiskinan Dan
Pendidikan: Kesan Dan Cabaran Di Kalangan Belia Malaysia Malaysian Journal Of
Youth Studies (Volume 5, Pages 55 To 76)
Khaf, Monzer (1995). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. Sadeq et. al (eds.)
Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd.
Khaf, Monzer( 1999).The Performance of The Institution of Zakat in Theory and Practice
(Working paper,International Conference on lslamic Economics Towards The 21st
Century Kuala Lumpur April 26-30 1999
Kline R.B (2011). Principles and practice of structural equation modeling. 3rd edition. New York:
The Guilford Press.
Mokhtar, Shaik Ali Mohammad (2003). Peranan Masjid dalam Islam.(Terj.) Kuala Lumpur:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Muhamad, A. 2008. Perception of academicians toward zakat administration particularly zakat
distribution: The case of Kelantan. IIUM. Tidak diterbitkan.
Muhamad Rahimi Osman dan Ghafarullahhuddin Din, 2014. Pengurusan Zakat di Institusi
Pengajian Tinggi, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman
dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara
Muhammad Rizal Jalil, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2015). Lokalisasi Unit Zakat
Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan.
Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 81-93 2015
14

Muhammad Sykuri Salleh et.al, 2000. Pengurusan Kemiskinan dalam Muhammad Sykuri Salleh
et.al Pengurusan Pembangunan Islam: Prosiding Seminar, Pulau Pinang, Pejabat Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang. h.1.
Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam
Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Aini Idris. 2006. Isu dan Masalah Kemiskinan di Malaysia, dalam Ishak Yusoff et.al
(penyunting), Ekonomi Malaysia ke Arah Pascaindustri, Bangi, Penerbit Univerisiti
Kebangsaan Malaysia, h.150
Noraini Idris, 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.
Bhd.h.116
Paimuzi Yahya. 1996. Pengagihan Zakat Di Malaysia, Disertasi Sarjana Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Rondinelli D.A and Cheema, G.S (1983). Implementing decentralization policies: An
Introduction. in Cheema G.S and Rondinelli D.A. (edt.) Decentralization and
development:Policy implementation in developing countries. California: SAGE
Publication Inc.
Saini Ag. Damit Abd Hakim Mohad Ros Aiza Mohd Mokhtar (2011).Modal lnsan: Peranan
Masjid Kampung Tobobon, Kota Kinabalu Sabah.
Salasiah Hanin Hamjah Ermy Azziaty Rozali Rosmawati Mohamad Rasit Zainab Ismail (2012).
Perkaitan Amalan Spiritual Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Issn : 1985-5826
Ajtlhe Vol. 4, No.2, July 2012, 51-60
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan
Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of
Management Studies 13 (2), 175-196.
Shah A and Thompson T (2004). Implementing Decentralized Local Governance: A Treacherous
Road with Potholes, Detours and Road Closures. World Bank Policy Research Working
Paper 3353, June 2004
Qardawi Y. (1999) Fiqh Az-Zakat: A Comparative study. London Dar Al Taqwa Ltd
Zakaryya Mohamed Abdel-Hady. (2010). The Masjid, Yesterday and Today

15

Anda mungkin juga menyukai