Anda di halaman 1dari 2

Doa Pembuka Majlis

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim .. Tuhan yang mempunyai kebesaran,


kemuliaan dan kekuasaan. Sesungguhnya pada hari ini kami memohon
hidayah bersempena dengan mesyuarat ini. Berikanlah kami kekuatan fizikal
dan mental untuk membincangkan segala permasalahan dan berupaya
mencapai kata sepakat untuk menghasilkan satu keputusan yang terbaik.
Ya Allah .. Lindungilah kami dari segala perkara dan masalah, hindarkanlah
kami dari rasa bosan, rasa putus asa, tidak bersemangat serta suka
membelakangkan keputusan mesyuarat ini.
Ya Allah .. Lapangkanlah dada kami, bukakanlah minda kami agar kami
mampu menghasilkan idea yang bernas, supaya terhasil strategi dan
pelaksanaan yang kemas serta jitu. Ya Allah .. kami jua memohon agar segala
keputusan yang kami buat menjadi kebaikan kepada kami, andai tersalah,
ampunkan lah kami ya Allah.

Tasbih Kafarah

Doa Rabithah

Anda mungkin juga menyukai