Anda di halaman 1dari 6

Teknik Belajar Nur Amalina

Teknik Belajar Nur Amalina


Oleh: Halim Rahmat

Mengingati Pelajaran
"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam
setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu
aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih
walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk
mengulangkaji."
Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?
"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan
kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata
pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu
memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah.
Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh
membimbing subjek berkenaan."
Tip Mengingati Formula & Fakta
Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari
tajuk bar
Wujudkan kata kunci.
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga
terbiasa.
Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah
untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan

Tip Menguat Ingatan


Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
Berfikiran positif.
Fikir perkara berfaedah sahaja.
Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan
minda.
Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan
kimia seperti makanan ringan dan makanan
segera.
Jangan minum minuman bergas.

Menghafal atau Memahami


"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal
mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya
fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih
penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu.
Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham
seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."

Langkah Mengulangkaji
Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak
ulangkaji.
Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil
Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar,
gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab
tersebut.
Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk
itu barulah saya meneliti isinya secara detail
Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku
teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.
Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
Pada masa yang sama saya mengingat.
Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati
sesuatu yang sukar dan kompleks.

Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir


sebelum peperiksaan.

Kaedah Memahami
Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih
dahulu.
Setelah faham barulah mudah mengingat data dan
menghafal.

Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.


Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.

Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara


baru yang dipelajari.

Study Hard atau Study Smart?


Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah
payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah
memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya
menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan.
Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita
hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan
'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan
menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang
lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda
mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart.
Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu
cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.

Tetapkan Teknik Belajar


"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda
sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab
soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat
keputusan yang cemerlang

Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas

" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan


menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan
sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan
topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu
latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100%
kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas
peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar
peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya
soalan ramalan."

Pentingnya STUDY GROUP


" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya
gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak
mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masamasa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di
taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan
pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap.
Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.
Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di
dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa
yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang
lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari
dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan
ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif
yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."
Peranan Nota
Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri
keutamaan.
Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh
kefahaman.

Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat


dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang
peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik
atau peristiwa dengan yang lain.
Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata
kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan
fakta yang lain.
Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau
menjawab soalan peperiksaan.

Peranan Peta Minda


" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta
minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya
berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau
mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan
peristiwa."" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari
mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk
menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak
kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih
mengingat."" Ketika mengulangkaji pula, peta minda
mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan
kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau
aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang
peperiksaan."

Anda mungkin juga menyukai