Anda di halaman 1dari 12

PROJEK POUCH BAG FOR THE BLIND

1.1 Pengenalan

Projek ini merupakan inisiatif Kolej Vokasioanal Bintulu untuk membantu golong

istimewa iaitu orang buta untuk memudahkan pergerakkan mereka. Nama produk ini ialah

Eye Shine Bag. Beg ini dilakasanakan atas dasar kemanusiaan dan penghargaan terhadap

golongan istimewa iaitu , golongan yang mempunyai masalah penglihatan samaada rabun

ataupun buta . Hal ini demikian , golongan yang mempunyai masalah penglihatan ini

mempunyai masalah pergerakan secara bebas serta mempunyai keyakinan yang kurang

semasa dalam pergerakan . Pelaksanaan beg ini dibuat sebagai menunjukkan rasa kasih

sayang dan prihatin terhadap gologan kurang upaya agar mereka dapat iktiraf sepeti insan

normal .

1.2 Rasional

Kami memilih projek ini kerana projek ini diciptakan khas untuk golongan istimewa

yang mempunyai masalah penglihatan . Hal ini demikian , golongan istimewa ini

mempunyai kesukaran untuk bergerak kerana risau akan keselamatan diri . Selain itu , projek

yang diciptakan ini dapat memberikan keyakinan kepada mereka supaya mereka mampu

menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Projek ini juga diciptakan sebagai

penghargaan terhadap golongan istimewa agar mereka merasa diri mereka selesa bersama

dengan orang sekeliling .


1.3 Objektif ( Petronas)

Matlamat projek ini adalah untuk menambah kemudahan untuk orang buta. Contohnya

kami menggantikan pouch bag dengan bagpack untuk memudahkan mereka yang kurang

upaya ini membawa barang-barang peribadi mereka apabila berjalan di luar. Selain itu,

tujuannya adalah untuk memudahkan pergerakan orang buta. Dengan adanya pengesan

(sensor) yang terletak dibahagian hadapan dan belakang ini akan memudahkan mereka untuk

mengesan halangan dari perspektif yang luas. Seterusnya adalah sebagai tanda keperihatinan

dan menghargai golongan orang buta. Projek ini membuat golongan ini rasa dihargai kerana

golongan normal seperti kita mahu mengerah akal fikiran dan tenaga untuk menghasilkan

suatu projek untuk mereka.

1.4 Petunjuk Prestasi Utama

Kami mengharapkan projek ini akan mendapat sambutan dan sokongan yang

mengalakkan daripada orang ramai . Selain itu , kami berharap projek yang diciptakan ini

serba sedikit dapat membantu golongan istimewa dalam pergerakkan seharian sekali gus

meringankan beban mereka. Seterusnya, kami juga mengharapkan bahawa projek ini

mendapat pengiktirafan daripada Badan Badan Kebajikan dan Kesihatan Malaysia. Akhir

sekali adalah agar dapat memupuk sikap kemanusiaan dalam diri masyarakat di negara kita

malahan di serantau dunia.


1.5 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi projek yang kami lakukan ini adalah untuk golongan kurang

upaya iaitu orang buta dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan dengan jelas.

Golongan orang buta ini merupakan golongan orang yang tidak dapat melihat apa-apa

manakala golongan yang mempunyai masalah penglihatan adalah sukar untuk melihat

keadaan disekeliling dengan jelas atas faktor-faktor tertentu seperti rabun dan silau yang

berada pada tahap yang kritikal.


1.6 Struktur Organisasi

Wallace Galleh Anak


Tambi

( Ketua )

Maximillian Alap Anak


Luta

(Penolong)

Kimberly Usun Ngang

( Setiausaha )

Steffanie Umang
Anak Simon

(Bendahari)

Pemasangan Projek Penyediaan Bag Multimedia Kertas Kerja


- Debora Anak
Brundang - Jonathan Giri Anak - Ashy-
- Nadhirah Binti Sanah Shyaidatul
- Barnes Gibbillson
Muhd.Jauhari - Azzarias Aymar
Anak Anyan Fatiheen Binti
- Akneycia Valentina
- Lazarus Mabil Anak Steward Abulana
Mariah Ak Aking
Stephen - Racheal Paya - Kimberly Usun
- Raynold Anak - Ellister Juty Anak Ngang
Thomas Tambi - Steffanie
- Gabriel Arang - Abner Bin Timin Umang Anak
- Hanniellennerry
Belawan - Andrecson Tary Simon
Anak Ginelu Sie
- Gelbert Jarry
1.7 Mekanik Projek

Kompenan yang kami gunakan ialah main box , suis tekan tutup , pembesar audio ,

kelip buaya ,solar panel, buzzer, transistor, dan LED. Fungsi Main Box ialah dapat

diibaratkan sebagai otak kepada semua kompenan - kompenan elektronik , dimana ia dapat

mengawal semua kompenan dalam satu satu masa mengikut fungsi fungsi yang

dikehendaki . Manakala fungsi suis tekan tutup digunakan untuk mengawal atau membuka

serta menutup arus yang masuk ke litar . Seterusnya , fungsi pembesar suara ialah memberi

kesan audio. Fungsi kelip buaya pula sebagai pengalir kepada arus elektrik. Solar panel juga

berfungsi untuk memberikan tenaga elektrik kepada kompenen-kompenen yang terdapat di

dalam beg tersebut. Selain itu, buzzer juga digunakan untuk memberikan amaran kepada

orang awam yang berdekatan. Manakala transistor adalah alat semikonduktor yang dipakai

sebagai pemutus sirkuit dan penyambung switching. Akhirnya, LED juga berfungsi sebagai

penanda untuk memastikan arus elektrik mengalir atau masih aktif.


1.8- Aliran Projek

Menghadiri ceramah Petronas All About Youth bersama pegawai dari Pihak Petronas

Penerimaan idea senior dari tahun 2014

Perbincangan secara berkumpulan dan lontaran idea penambahbaikan projek

terdahulu

Perdebatan mengenai idea-idea baru yang disuarakan dan dicadangkan bersama

peserta dan hadirin yang datang dari sekolah yang berbeza

Penyerahan bajet untuk merealisasikan projek yang terdahulu dari pihak penganjur

Perjumpaan di sekolah dan membincangkan semula idea-idea yang telah dilontarkan

dari akal fikiran semua peserta bersama dua guru pengiring dan perantis dari Petronas

serta pembahagian tugas.

Majlis pelancaran program All About Youth di Kolej Vokasional Bintulu.

Penyediaan dan pembelian bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dengan

peruntukkan yang telah diberikan.

Temuduga bersama-sama beberapa golongan orang buta.

Proses penghasilan litar dan bag untuk projek tersebut.

Penghasilan iklan oleh kumpulan multimedia.

Penghasilan kertas kerja untuk projek yang telah dibuat.


1.9- Perincian Tentang Aktiviti-aktiviti Utama

Antara kekangan yang kami hadapi semasa melaksanakan projek ini ialah masalah

yang berlaku pada sensor. Selain itu, kami juga mempunyai masalah dalam penyambungan

litar dan mendapatkan susunan kompenen yang betul dan teratur bagi memastikan projek

kami berfungsi dengan berkesan secara menyeluruh. Masalah yang kami hadapi dapat

diselesaikan dengan sebaik mungkin atas kerahan usaha serta buah fikiran yang bernas

daripada semua ahli kumpulan yang memikirkan cara penyelesaian yang terbaik untuk

mengatasi masalah dan kekangan yang dihadapi. Contohnya, kami telah bertanya kepada

beberapa orang pensyarah, pakar elektronik dan beberapa orang pelajar elektronik di kolej

kami untuk menyelesaikan masalah ini.

1.10 Pencapaian Utama

Dalam projek yang kami usahakan ini, kami telah berjaya menambahbaik beberapa

bahagian yang terdapat pada projek yang terdahulu. Antaranya ialah kami telah menukarkan

pouch bag kepada backpack. Tujuan pengubahsuaian jenis beg tersebut kepada beg galas

untuk menambahkan keselesaan dan memudahkan orang buta membawa barang-barang

keperluan ketika berjalan keluar. Selain itu, kami telah membuat penambahbaikan pada

bahagian litar projek tersebut seperti mengawalkan pengesanan halangan pada jarak yang

lebih jauh untuk membantu orang buta tersebut mengelak halangan dengan lebih awal. Oleh

hal yang demikian sekali gus telah membantu orang buta untuk melakukan pergerakan dalam

kehidupan seharian mereka dengan lebih yakin dan lancar. Pada pandangan kami dari segi
respon daripada orang ramai adalah sangat mengalakkan. Hal ini kerana orang ramai

menganggap projek yang kami usahakan ini adalah sangat mulia dan menandakan

masyarakat normal seperti kita tidak mengabaikan masyarakat kurang upaya seperti orang

buta dan kurang penglihatan. Manakala bagi pandangan kami terhadap diri sendiri untuk

projek yang diusahakan ini adalah sangat wajar dilakukan oleh setiap individu dan golongan

muda seperti kami. Hal ini demikian kerana menandakan generasi muda berusaha

memangkinkan kehidupan masyarakat di negara kita dengan menciptakan inovasi yang dapat

membantu golongan yang memerlukan sejak usia muda lagi. Usaha seperti ini sememangnya

diharapkan oleh kerajaan kerana generasi muda merupakan pelapis untuk negara di masa

hadapan. Maka wajarlah sikap sedemikian digarap dalam generasi muda sejak berusia muda

lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

1.11 Impak Projek Keatas Kumpulan Sasaran

Projek yang kami usahakan ini telah meringankan beban dan membantu golongan

orang buta dan kurang penglihatan bergerak dengan lebih mudah apabila berjalan keluar dari

rumah. Dengan itu, mereka dapat berjalan di luar rumah tanpa rasa was-was dan lebih yakin.

Bagi mereka yang berkeluarga, ahli-ahli keluarganya kurang khuatir akan keselamatan

sepanjang perjalanan mereka di luar. Pada pandangan kami, sekiranya kami meletakkan diri

dalam keadaan seperti mereka yang mempunyai masalah penglihatan ini dan menerima

bantuan projek ini, kami akan berasa sangat gembira kerana diberi bantuan dan perhatian dari

golongan masyarakat yang normal. Selain itu, kami akan berasa mudah untuk bergerak

secara sendirian di luar tanpa peneman kerana adanya pengesan (sensor) yang boleh

mengesan halangan dari perspektif yang luas.


1.12 Kemampanan

Setelah kami menghasilkan projek Bag For Blind People ini, kami menganggarkan

jangka hayat bateri tersebut boleh bertahan dalam anggaran 21 hari kerana mempunyai panel

solar yang berfungsi untuk mengecas semula bateri tersebut . Selain itu, kami menggunakan

beg galas yang diperbuat daripada bahan kalis air. Hal ini kerana bahan kalis air tersebut

dapat melindungi komponen litar elektronik yang sememangnya sensitif terhadap air. Dengan

itu, projek kami dapat bertahan dalam tempoh masa yang lama. Kami meletakkan harapan

yang tinggi agar projek ini dapat dimantapkan lagi dan diiktiraf oleh Badan-Badan Kebajikan

dan Kerajaan Malaysia. Di samping itu, kami mengharapkan agar projek ini mendapat

pengiktirafan dari negara-negara luar dan dapat dipasarkan di pasaran dengan harga yang

berpatutan mengikut peruntukkan kehidupan golongan yang dibantu.

1.13 Strategik Perancangan Keluar

Setelah selesainya projek All About Youth yang dianjurkan oleh pihak Petronas ini,

kami mengharapkan agar Badan-Badan Kebajikan yang menguruskan golongan kurang

upaya meneruskan dan membuat penambahbaikan ke atas projek kami ini. Selain itu, kami

mengharapkan agar badan badan kebajikkan yang menguruskan golongan kurang upaya

akan memberikan bimbingan serta cara cara bagaimana untuk menambah baik projek kami

ini agar dapat melengkapi keperluan golongan kurang yang menghadapi masalah penglihatan.

Seterusnya kami merancang untuk mendapatkan peruntukkan modal daripada pihak- pihak
tertentu untuk meneruskan projek ini bagi penambahbaikkan kearah yang lebih baik. Akhir

sekali, kami merancang untuk memasarkan projek ini yang telah ditambah baik dalam

pasaran dengan nilai komersial yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh golongan kurang

upaya selaras dengan kemampuan mereka.

1.14 Impak Kewangan

Kami telah menggunakan geran RM1000 yang PETRONAS telah laburkan dengan

sebaik mungkin. Kami juga mencuba untuk meminimumkan perbelanjaan terhadap projek

ini. Geran yang diberikan oleh PETRONAS dapat kami belanjakan dengan jimat dan cermat.

Bil Keterangan Jumlah (RM)


1

1.15 Faktor Faktor Utama Kejayaan

Faktor utama kejayaan projek bag for blind people ini adalah pemasangan litar

dengan betul dan terperinci. Hal ini demikian kerana pemasangan litar memerlukan ketepatan

dan keterperinciaan untuk membuatnya berfungsi dengan baik.

Selain itu faktor kejayaan bagi projek kami adalah sikap berusaha dengan

tekun dan gigih serta tidak mudah berputus asa dengan dugaan yang melanda. Hal ini kerana

setiap ahli perlu berfikiran positif apabila berhadapan dengan pelbagai masalah semasa

menghasilkan projek ini. Kerjasama yang diberikan juga dapat membantu menyelesaikan

masalah dengan sebaik mungkin. Seterusnya, faktor kejayaan kami adalah bantu daripada

ramai pihak seperti mendapat respon dari orang lain, bimbingan dari pensyarah pensyarah ,

mendapat sokongan dari pakar elektronik dan tidak terlupa juga sokongan dari ibubapa.
1.16 - Pengalaman ( Pengajaran ) Penting

Sepanjang projek ini telah berlangsung, kami mempelajari bahawa nilai bekerjasama

secara berkumpulan sememangnya penting untuk menjayakan projek ini. Hal ini kerana sikap

kerjasama yang diusahakan oleh setiap peserta amat diperlukan kerana memberi impak yang

besar samada projek tersebut akan berhasil dengan jayanya. Selain itu, projek ini dapat

memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat di negara kita seperti

keprihatinan, rasional, kerjasama, kegigihan dan baik hati. Seterusnya ialah menambah ilmu

pengetahuan mengenai penghasilan komponen elektronik yang boleh mengesan halangan dan

rintangan dari perspektif yang luas .

1.17 Perkara Yang Boleh Dilakukan Dengan Lebih Baik

Perkara yang kami dapat lakukan dengan baik ialah memberi kerjasama antara ahli

sepasukan. Selain itu, kami juga dapat berkomunikasi dengan baik antara masyarakat

setempat yang merupakan sebahagian golongan orang yang mempunyai masalah penglihatan.

Seterusnya, kami berjaya mendapat sokongan yang mengalakkan dari ramai pihak seperti

pihak kebajikan, pihak sekolah, masyarakat dan golongan kurang upaya. Di samping itu,

melalui projek ini kami dapat menimbulkan rasa empati dan menyemai perasaan kasih sayang

terhadap golongan kurang upaya. Akhir sekali, kami dapat mempelajari bagaimana

menguruskan kewangan mengikut geran yang telah diperuntukkan.

Anda mungkin juga menyukai