Anda di halaman 1dari 3

MINGGU : Kelapan (29.08.2016 hingga 02.09.

2016)

TAJUK : Murid dapat membaca bahan puisi dengan nada, sebutan dan intonasi yang

baik.

1) Set induksi

Setiap pengajaran dan pembelajaran haru smempunyai ataupun terdapat kaedah dan teknik

pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guruu yang berprofesional. Antara

heterogen kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, saya berpendapat teknik didik

hibur adalah salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh meransang minda

murid dan seterusnya menaik minat murid dalam pdp yang diajarkan.

Teknik ini saya telah aplikasikan dengan tayangan video nyanyian lagu negara India dahulu

dan lagu Negaraku kemudiannya. Langkah ini bagi meningkatkan kesedaran murid dan

membarakan semangat cinta serta hormat pada lagu negara tersendiri. Apa yang telah

berlaku adalah murid walaupun peka menonton lagu negara India tetapi apabila dimainkan

lagu Negaraku secara tiba-tiba, mereka dapat berdiri tegak dan menyanyikan lagu tersebut.

Jadi di sini, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Murid-murid dapat menjawab

soalan yang ditanya berdasarkan video yang ditonton tadi.

2) Langkah 1

Murid-murid dapat membacakan puisi Aku Anak Malaysia yang ditayangkan melalui LCD

dengan betul dan tanpa rasa segan silu. Ketika dalam kumpulan murid-murid dapat

membacakan puisi tersebut dengan sebutan, nada, jeda dan intonasi yang betul. Murid-

murid juga dapat mengikuti arahan guru iaitu membaca secara senyap dan secara kuat.

Murid-murid dapat meningkatkan kaedah pembacaan mereka dengan betul dan fasih tanpa

sebarang sekatan. Pada pendapat saya, seseorang murid yang dapat mengenal pasti jenis

bahan puisi adalah berupaya untuk membacakannya dengan irama yang betul. Jadi, murid-

murid ini juga dapat mengenal pasti jenis puisi iaitu sajak dengan betul. Mereka dapat
membezakan sajak dengan syair dengan betul secara lisan dan membacakan puisi tersebut

berdasarkan irama sajak.

3) Langakah 2

Aktiviti pemahaman harus dilakukan agar murid-murid tahu dan senag untuk membuat

sesuatu berpandukan bahan puisi. Di sini, murid-murid dapat mencari dan menyatakan isi-isi

penting yang terdapat dalam puisi dalam bentuk prosa dengan betul. Hal ini kerana mereka

telah diberikan tindakan susulan sebelum ini iaitu menuliskan isi dalam bentuk prosa.

Jadi murid-murid mengikut kumpulan dapat berbincang antara ahli kumpulan dan dapat

menuliskan isi-isi penting yang terdapat dalam bahan puisi dalam bentuk prosa iaitu ayat

biasa dengan susunan ayat yang betul dan gramatis. Murid-murid juga dapat

membentangkannya secara spontan di hadapan kelas.

4) Langkah 3

Menurut Effandi Zakaria (1998), pengajaran yang dikenali sebagai pengajaran koperatif

memegang konsep di mana murid-murid membantu antara satu sama lain dalam kumpulan

kecil. Oleh itu, guru boleh memberi latihan ataupun aktiviti berbentuk kumpulan ketika sesi

pdp. Ini juga memberi peluang kepada guru untuk menggunakan banyak BBM yang menarik

serta kreatif. Dengan ini, murid bukan sahaja mematuhi arahan guru, malah akan

melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah kuiz kemerdekaan yang berbentuk kumpulan. Setiap

kumpulan terdiri daripada enam orang. Kumpulan yang banyak betul diberikan 2 bintang

pada carta ganjaran. Jadi melalui sistem ganjaran ini, murid berasa sangat seronok dan aktif

ketika kuiz dilaksanakan. Murid-murid dappat memilih jawapan yang betul berdasrkan tajuk

pembelajaran pada hari ini. Murid juga dapat menyatakan dua ayat yang betul dari segi

struktur ayatnya mengenai gambar tugu negara.

5) Langkah 4
Murid-murid dapat menyelesaikan aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang diberikan

jawapan yang betul. Pada pengamatan dan pengalaman saya, latih tubi harus diberikan

kepada murid agar dapat menilai tahap penguasaan murid dalam sesuatu tajuk

pembelajaran yang telah diajar. Murid dapat berfikir dengan sendiri bagi menjawab semua

soalan yang diberikan dalam latihan pengayaan dengan betul tanpa ada kesalahan. Jadi,

sebagai guru saya telah membuat penilaian bahawa semua murid faham sepenuhnya apa

yang diajar oleh guru.

6) Penutup

Murid-murid dapat menyanyikan lagu aku anak malaysia dengan penuh bersemangat dan

gembira sambil melambaikan tangan ke udara. Jadi di sini nilai murni cinta akan tanak air

dapat diaplikasikan. Murid-murid juga dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru yang

berkaitan dengan pdp pada hari ini dengan pemahaman sendiri secara spontan. Murid-

murid juga dapat menyatakan nilai-nilai murni yang diaplikasikan pada hari tersebut dengn

betul dan sesuai.

Anda mungkin juga menyukai