Anda di halaman 1dari 11

ADAT RESAM KAUM

CINA
ADAT KELAHIRAN

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat
Cinadalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung
danselepas lahir. Pelbagai bentuk adat resam dan pantanglarang diamalkan oleh
wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk
memastikan bayiyang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadianburuk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian.

SEWAKTU MENGANDUNG

Pada zaman dahulu, masyarakat kaum Cina digalakkan melahirkan bayi lelaki
kerana pangkat lelaki adalah lebih penting daripada perempuan. Masyarakat Cina
mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian
mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik
mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara
berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa
yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.

A. PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG

Mereka yang yang mengandung dilarang menyentuh barang-baang tajam


seperti gunting, pisau dan juga tidak boleh megepit kuku kerana akan
menyebabkan kecacatan anak. Mereka juga tidak digalakkan menonton wayang
patung ( ) dan menghadiri upacara pengebumian kerana mungkin akan
menjejaskan anak ()

SELEPAS BERSALIN
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk
angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada
perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi
masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang
pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang
kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-
orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal
menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat
lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak
mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang
bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

KENDURI BULAN PENUH (

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan ( . Kuih-muih khas disediakan untuk
meraikan kelahiran bayi selepas 30 hari seperti kuih yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang, Ang-Ee ( ), Sou-Tao ( ) dan
Ang-Ku-Kuih ( ) serta telur yang diwarnai merah ( ) kemudiannya
diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan
telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati
ayam untuk ibu-ibu.

MENCUKUR RAMBUT

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur


rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

MEMBERI NAMA

Nama orang Cina biasanya terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama
keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan
sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.
Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta
dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang
perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang


terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang
sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu
serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga
akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan
atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka
yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
ADAT PERKAHWINAN

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk
mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat
diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat
Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut
kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka
iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada
asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

A. MERISIK ATAU MENINJAU ()

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,
watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan
yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu
bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan
perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat
mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika
merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang
keluarga dan asal keturunan.

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih
hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang
akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu
kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan..
Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.

B. BERTUNANG ( / )

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah


bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai
dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin
sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis,
umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang
diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis
pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang
dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan
kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-
kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan
berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa
yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan
kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua
bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin
emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak
menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah
besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga
pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat
dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin
yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

C. MAJLIS PERKAHWINAN

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau


mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari
perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal
pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang
lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai
pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.
Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-
baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam,
biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian
dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan


dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat
kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya
pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di
ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu
ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan
sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga
kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si
isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang
disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat
Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam


iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di
rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau
sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua
pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua
belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan
beberapa orang saksi.

Berikut adalah alir aturcara sempurna perkahwinan kaum Cina dalam perkataan
Cina dengan terjemahan Bahasa Melayu.

Merisik Bertunang Pembalasan hadiah Penetapan katil Pengikatan rambut

Pemberian mas kahwin Penyediaan sebelum majlis Penyambutan pengantin

Keluar ambang Masuk ambang Patah balik

ADAT KEMATIAN

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan
dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang
tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina
berkaitan kematian.
1. Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta
disapu dengan minyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan
dipakaikan baju Kafan dan dimasukkan ke dalam keranda.

2. Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan diberitahu tentang berita


kematian si mati dan mereka akan menghadirkan diri ke upacara pemakaman
dengan membawa hadiah dan wang takziah sebagai tanda
penghormatan terakhir kepada si mati.

3. Apabila tepat pada masanya, keranda akan ditutup and dipaku. Kemudian,
keranda akan dihantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan. Ahli keluarga si
mayat akan terbentuk suatu rombongan bagi mengiring si mayat dari rumah
ke tanah perkuburan.

4. Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina akan dimainkan dengan
kuat sebagai lambang kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan
dicampak di sepanjang perjalanan.

5. Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan dikebumikan apabila tepat


pada masanya. Selepas itu, upacara menyembah kubur dan pembakaran
barang persembahan buatan kertas akan dijalankan seperti pembakaran
wang kertas dan pakaian kertas.

ADAT KEMATIAN ORANG CINA


Terdapat 5 perkara yang berkaitan dengan adat kematian orang Cina yang amat
dititikberatkan :
i. Status dan taraf si mati
ii. Penghormatan kepada si mati
iii. Upacara pengebumian perlu dibuat dengan sempurna
iv. Perkabungan
v. Waktu dan tempoh pengebumian

UPACARA PENGEBUMIAN ORANG CINA


1. Terdapat 10 perkara yang perlu dilakukan di dalam upacara pengebumian :
2. Kaedah dan upacara pengebumian dipengaruhi oleh bagaimana dan cara
seseorang itu mati.
3. Upacara pengebumian perlu dibuat secara besar-besaran khususnya kepada
orang tua.
4. Menangis, meraung dan meratapi kematian adalah satu kewajipan bagi anak,
menantu dan sanak saudara yang rapat.
5. Ahli keluarga akan memakai pakaian dengan warna tertentu menandakan
kedudukan dalam keluarga dan hubungannya dengan si mati.
6. Cara letak keranda dan perjalanan ke kubur perlu dibuat dengan cermat dan
tertib.
7. Perarakan mengiringi si mati ke kubur.
8. Lokasi kubur perlu di tempat yang tinggi.
9. Segala perselisihan dan konflik perlu dilupakan semasa menguruskan upacara
pengebumian.
10. Papan pemujaan akan diletakkan di rumah atau tokong untuk
memperingati si mati.

PANTANG LARANG KEMATIAN ORANG CINA


1. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi berhubung dengan
kematian orang Cina. Di antaranya :
2. Si mati tidak boleh dipakaikan pakaian bewarna merah.
3. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas.
4. Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas.
5. Keranda tidak boleh dibuat main.
6. Kucing dilarang mendekati keranda dan si mati.
7. Para tetamu dan ahli keluarga tidak dibenarkan memakai pakaian merah.
8. Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan
perkahwinan.
9. Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan air yang dicampur
daun limau Bali untuk menolak bala.
10. Tidak dibenarkan tarian singa dan pembakaran mercun dan
penyambutan Tahun Baru Cina, pesta dan keramaian selepas upacara
pengebumian.

UPACARA SELEPAS SI MATI DIKEBUMIKAN


1. Anak-anak dan saudara-saudara si mati akan mengemaskan kubur si mati
dan berkabung setiap 7 hari selama 7 kali. Dikenali sebagai
2. Tugas setiap orang adalah tidak sama dan bergilir-gilir setiap tujuh hari
3. Pada setiap Qing-Ming/Cheng-Beng , keluarga dan saudara mara si
mati akan mengemaskan kubur si mati.

Anda mungkin juga menyukai