Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN AKTIVITI
BENGKEL CEMERLANG PENULISAN SPM 2017 DAN
AKTIVITI BLIND DATE WITH BOOK
SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
LEBUH SULTAN ABDUL SAMAD, 42000 PELABUHAN KLANG

TAJUK AKTIVITI : BENGKEL CEMERLANG PENULISAN SPM 2017


DAN BLIND DATE WITH BOOK
PEGAWAI MEJA : ALIZA ABD AZIS
KOD : 2017/ PANITIA BAHASA MELAYU/ 01

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :
a. Mengadakan aktiviti Bengkel Cemerlang Penulisan SPM 2017 dan Blind Date with Book
b. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 650

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada pelan taktikal 2017 Panitia Bahasa Melayu telah memutuskan untuk
melaksanakan Minggu Bahasa Melayu. Antara aktiviti sepanjang minggu tersebut ialah
Bengkel Cemerlang Penulisan SPM 2017 dan Blind Date with Book yang dirancang
bersama-sama dengan aktiviti MBMMBI dan NILAM.
b. Panitia Bahasa Melayu, bersama-sama AJK MBMMBI dan AJK NILAM telah
dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

3. OBJEKTIF
a. Mengukuhkan kefahaman murid terhadap teknik penulisan karangan yang mantap.
b. Murid dapat mengikuti bengkel penulisan bersama penulis terkenal merangkap
pensyarah Universiti Malaya.
c. Murid dapat menulis karangan yang lebih mantap sekaligus meningkatkan prestasi mata
Muridan Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam.
d. Murid dapat mengembangkan minat dan kreativiti dalam bidang penulisan
e. Murid dapat meningkatkan minat terhadap amalan membaca seterusnya menjadikan
amalan membaca sebagai budaya hidup

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Oleh itu, Panitia
Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sultan Suleiman dan AJK
MBMMBI mengambil inisiatif merancang dan akan melaksanakan Program Bengkel
Cemerlang Penulisan SPM 2017 agar murid dapat mengukuhkan teknik penulisan,
memantapkan kemahiran menulis sekaligus meningkatkan prestasi dalam peperiksaan
awam.
b. Amalan membaca merupakan kunci utama untuk murid-murid mendapatkan ilmu
pengetahuan sekaligus mematangkan pemikiran murid-murid dalam menjawab soalan
peperiksaan yang bakal dihadapi. Program Blind Date with A Book dirangka oleh AJK
NILAM sebagai antara usaha menyemai minat membaca dalam kalangan murid-murid
sekolah ini.

5. KUMPULAN SASARAN
a. Murid Tingkatan 5 (Bengkel Cemerlang Penulisan SPM 2017)
b. Murid Tingkatan 4 yang berminat (bayaran RM 5.00 dikenakan setiap seorang)

6. IMPLIKASI KEWANGAN

1
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan kedua-dua aktiviti ialah sebanyak RM 650
b. Sumber kewangan :
PCG Panitia, pungutan bayaran daripada murid dan PIBG
c. Rujuk Lampiran 1 (Pendapatan dan Perbelanjaan)

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 2

8. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Ceramah
i. Puan Ana Balqis, Pensyarah Universiti Malaya, novelis, cerpenis dan ahli dalam
buku KOMSAS

b. Bengkel
i. Penulisan
ii. Aktiviti Blind Date with A Book oleh pihak MBC

c. Praktikal
i. Penulisan
ii. Pameran Buku Mobile Book Caf
iii. Aktiviti Blind Date with A Book oleh pihak MBC

9. PELAN PENGURUSAN RISIKO


Rujuk Lampiran 3

10. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pelaporan Jawatankuasa
b. Pengumpulan data

11. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Bengkel Cemerlang Penulisan SPM 2017 dan Blind Date
with Book dikemukakan untuk pertimbangan dan keluluasan.

12. SYOR
Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan Bengkel Cemerlang Penulisan SPM 2017 dan Aktiviti Blind Date with A
Book.
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 650

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

...
(MARIAM BT RAHAMAT)
Smk Bandar Baru Sultan Suleiman
Pelabuhan Klang

Cap :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

Anda mungkin juga menyukai