Anda di halaman 1dari 20

NAMA : _____________________________________________

TAHUN : _____________________________________________

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG TOK NASEK

_____________________________________________

UJIAN SUMATIF 2

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

TAHUN EMPAT

1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.
Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya,
ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai
huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Amin mencedok air dengan _______________ untuk membasuh kakinya.

A gayung
B timba
C periuk
D mangkuk

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Samad menjemput Kamal dan Siti ke rumahnya.


____________________ makan kuih bersama-sama.

A Dia
B Kamu
C Mereka
D Beliau
3. _________________ guru besar anda sekarang ?

A Bagaimanakah
B Di manakah
C Siapakah
D Apakah

4. Kedua-dua gadis itu ________________ sopan apabila bertudung.

A kelihatan
B melihat
C dilihat
D terlihat

5. P. Ramlee __________________ biola sambil menyanyi.

A menggores
B menggesek
C memukul
D memetik

6. Kaki abang berdarah kerana _______________ serpihan kaca.

A memijak
B pijakan
C dipijak
D terpijak

7. Rohani ________________ apabila terlihat seekor tikus melintas di hadapannya.


A takut
B marah
C terkejut
D tergamam
8. Ramlan dimarahi oleh Puan Salmah kerana selalu datang _______________
ke sekolah.
A lambat
B cepat
C laju
D pantas

9. Seluruh ahli keluarga Pak Kamal hadir di majlis pengebumian itu


_________________ anak bongsunya yang sedang menuntut di Jepun.
A tetapi
B namun
C kecuali
D Selain itu

10. Pesakit itu menunggu giliran dengan sabar _______________ berdoa


agar penyakinya dapat diubati.
A walaupun
B malahan
C tetapi
D sambil

11. Surat itu dihantar oleh posmen ________________ hari Isnin yang lalu.
A di
B ke
C pada
D hingga

12. Sikap ___________________ Encik Kamarul terhadap pelanggannya berjaya


melariskan perniagaannya
A ramah-tamah
B remeh-temeh
C lemah-lembut
D lemah-longlai

13. Penduduk kampung _________________ bergotongroyong untuk


membersihkan balai raya itu sejak pagi tadi hingga sekarang.
A akan
B telah
C pernah
D sedang
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Beberapa orang ___________________ kelihatan sedang menunggu


giliran untuk mendapatkan rawatan.
A doktor
B jururawat
C pesakit
D guru

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Susila menyanyi di atas pentas dengan menggunakan


_____________________.

A peti nyanyi
B pembesar suara
C peti suara
D peti lagu
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Emak saya _______________ bubur nasi ke mulut adik.


A menyuapkan
B memberikan
C menjamukan
D menyediakan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah

17. Salmah ______________ beg pada bahunya manakala Salmi ____________


beg tangannya semasa pulang dari bandar.
A mengandar ... menyandang
B menyandang ... menjinjing
C memikul ... membimbit
D menjinjing ... memikul

18. Di pinggang pengantin lelaki itu tersisip __________________ keris


A sebatang
B sepucuk
C sebilah
D setangkai
19. Amin disayangi oleh guru-guru kerana dia _________________
A ringan mulut
B ringan tangan
C ringan tulang
D ringan badan

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

20. Saleha menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur.


A mengelap
B menyusun
C membilas
D membasuh

21 Amin memanggil ibunya yang berada di dalam bilik tidur.

A luar
B atas
C bawah
D hadapan

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris.

22 Murid-murid itu menggigil kesejukan kerana pakaian mereka nipis .

A tebal
B keras
C lembut
D pendek

23 Pakaian yang dipakai oleh wanita itu berwarna gelap .

A cerah
B kelabu
C pudar
D . hitam

24 Kucing itu masuk ke dalam rumah melalui bumbung rumah.

A terjun
B berenang
C keluar
D berlari

25 Pak Mat mengikat kambing pada sepohon pokok rambutan.

A menggantung
B mengheret
C memotong
D melepas
23. Nenek menasihati saya supaya mengenang budi ibu bapa.
A Kata nenek, Kenangilah budi ibu bapa saya.
B Kata nenek, Saya kenangkan budi ibu bapa saya.
C Kata nenek, Kenangilah budi ibu bapa kamu.
D Kata nenek, Jangan kenangi budi ibu bapa kamu.

Soalan 24 hingga soalan 25


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di atas.

24. Apakah hobi kamu?


A Saya suka mengumpul pelbagai jenis mata wang.
B Album setem koleksi saya hampir sepuluh buah.
C Kakak saya suka menanam pokok bunga.
D Hobi saya dan Salmi tidak sama.

25. Mengapakah bilik tamu tidak dibersihkan pagi tadi?


A Ali yang bertanggungjawab membersihkan bilik tamu.
B Mereka akan membersihkan bilik tamu pagi esok.
C Bilik tamu perlu dibersihkan supaya kelihatan cantik dan kemas.
D Bilik tamu tidak dibersihkan sebab tiada orang di rumah pagi tadi.

Soalan 26
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan

26. Atlet-atlet kita sudah bersedia di padang.


A Mengapakah atlet kita ke padang?
B Siapakah yang membawa atlet kita ke padang?
C Di manakah atlet-atlet kita?
D Apakah yang dibuat oleh atlet-atlet kita di padang?

Soalan 27 hingga soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.

27. i Simpan wang ini baik-baik.


ii Cik Amira suka simpan rambut panjang.
iii Rumah saya terletak berhampiran satu simpan.
iv Jangan simpan perasaan dendam dalam hati.

A i, ii dan iii sahaja


B i, ii dan iv sahaja
C i, ii dan iv sahaja
D ii,iii dan iv

28. i Lim menyusun buku itu mengikut kaum .


ii Kaum asli masih tinggal di hutan itu.
iii Majlis kenduri itu hanya untuk kaum kerabatnya sahaja.
iv Di hutan tebal itu terdapat banyak kaum gajah.

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D i, ii dan iii

Soalan 29
Pilih ayat yang betul.

29. A Encik Loh mencuci sabitnya sehingga tajam.


B Rumah di tepi sawah itu adalah rumah Faiz.
C Cuci pinggan dan mangkuk sehingga kemas.
D Bapa menghadiahi Aiman sebuah basikal.

Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
30. i Dusun durian yang luas itu kepunyaan Encik Mustafa.
ii Mereka yang menyertai pertandingan memancing itu pulang dengan
tangan kosong.
iii Kami yakin amat bahawa cadangan ini akan dipanjangkan kepada
pihak atasan.
iv Bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang telah jelas.
A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i, ii dan iv
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Lawatan ke Melaka

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2014 yang lalu, Persatuan Sejarah telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Melaka. Rombongan kami terdiri daripada 32 orang pelajar
dan diketuai oleh guru penasihat persatuan, Cikgu Roslinda.
Kami berkumpul di hadapan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Bas telah datang
setengah jam kemudian. Kami terus bertolak dan sampai di destinasi pada pukul 10.00
pagi.
Cikgu Roslinda telah memberikan penerangan di setiap tempat yang kami lawati.
Tempat bersejarah pertama yang kami lawati ialah Kota A Famosa . Kota ini
merupakan kota Portugis yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511. Kota ini
mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Di sebelah Kota A Famosa ini pula
terdapat bekas Gereja St. Paul.
Seterusnya rombongan kami singgah di Jalan Kota untuk melihat binaan
peninggalan orang Belanda iaitu Jam Besar dan Bangunan Stadhuys yang bercat
merah. Bangunan ini dibina oleh orang Belanda pada tahun 1641. Suatu masa dahulu
bangunan ini merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda tetapi sekarang telah
menjadi sebahagian daripada Muzium Melaka.
Kami juga berpeluang mengunjungi Muzium Melaka dan melihat barang-barang
zaman purba seperti tembikar Cina, pakaian tradisional Baba dan Nyonya serta wang
timah zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Di situ juga terdapat alat-alat yang
pernah digunakan oleh askar Portugis dan Belanda seperti baju besi, topi dan pedang.
Tempat-tempat lain yang kami sempat lawati termasuklah Makam Hang Tuah,
makam Hang Jebat dan Tokong Hong Teng. Akhir sekali Cikgu Roslinda membawa
kami membeli belah di Bandar Hilir. Terdapat beraneka jenis barang dan kraf tangan
yang dengan harga yang berpatutan.
Lawatan ini berakhir apabila bas kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang.
Lawatan kali ini telah meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu pengetahuan
kami terutamanya tentang sejarah Melaka.

Disediakan oleh, 7 April 2014

MUHAMAD BIN MUDA


Setiausaha,
Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek

31. Peserta lawatan telah bertolak ke Melaka pada pukul


A 7.30 pagi
B 8.00 pagi
C 10.00 pagi
D 6.00 petang
Dibina oleh Orang Portugis
Siap dibina pada tahun 1514
Gereja St. Paul terletak di sebelahnya

32. Kenyataan-kenyataan berikut di atas merujuk kepada


A Gereja St. Paul
B Jalan Kota
C Stadhuys
D A Famosa

33. Manakah tempat bersejarah yang kedua dilawati oleh rombongan ini?
A Jam Besar
B Muzium Melaka
C Bandar Hilir
D Makam Hang Jebat

34. Kenyataan-kenyataan berikut semuanya salah kecuali


A Lawatan ini mengambil masa 2 hari.
B Mereka menunggu bas di stesen bas.
C Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa 2 jam.
D Terdapat 33 orang yang melawat Melaka termasuk Cikgu Roslinda.

35. Manakah perkataan sama erti dengan perkataan beraneka?


A pelbagai
B banyak
C tunggal
D ramai
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Misah sibuk menyediakan sarapan di dapur. Bau pulut kukus berlaukkan ikan
kering bakar sungguh menyelerakan. Kedua-dua ibu bapanya pagi-pagi lagi sudah
keluar bekerja.Adik-adiknya pula masih tidur. Kebetulan cuti sekolah baru saja bermula.
Jaafar! Jamil! Johan! Cepat bangun! Laung Misah.
Seketika kemudian, suasana pagi yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh-rendah
dengan suara adik-adiknya. Mereka duduk bersila menghadap sarapan.
Makan elok-elok. Jangan berebut-rebut, kata Misah. Misah menggeleng -
gelengkan kepala melihat telatah adik-adiknya yang berumur antara tujuh hingga
sepuluh tahun itu
Baik, Kak Long , jawab adik-adiknya serentak. Selepas itu, Misah mengemas
ruang tamu. Di luar rumah,hujan turun dengan lebatnya. Sejak empat hari lalu, hujan
turun mencurah-curah tanpa henti.Menurut ayahnya pagi tadi,air sungai hampir
mencecah tebing.
Jaga adik kamu baik-baik. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah.
Bahaya! Misah teringat akan pesanan ibunya pula.
Misah terus bergegas ke dapur. Malangnya,ketiga-tiga adiknya tiada di situ.
Misah menjenguk pula ke dalam bilik. Ke mana pula mereka , Misah berbisik.
Di luar rumah, kilat sabung-menyabung. Misah memanggil nama adik-adiknya
berulang-ulang. Namun,panggilannya tidak bersahut. Hatinya mula berasa bimbang.
Misah menjenggukkan kepala keluar tingkap. Kelihatan bapa saudaranya, Pak Ngah
berlarian di tengah hujan dalam keadaan cemas.
Kenapa Pak Ngah? tanya Misah.
Tebing sungai runtuh. Air sungai melimpah, jawab Pak Ngah.
Tanpa membuang masa,Misah terus mencapai sekaki payung. Dia meredah hujan
lebat itu untuk mencari adik-adiknya. Arahnya ke sungai yang berhampiran kerana di
situlah adik-adiknya selalu bermain.
Misah, jaga adik-adik kamu!
Dalam curahan hujan itu, ada dua orang pemuda yang dikenalinya. Di sisi
mereka, berdiri ketiga-tiga adiknya. Tidak terkira betapa leganya Misah melihat
mereka.

36. Mengapakah Misah melarang adik-adiknya berebut-rebut ketika


makan?
A untuk mengelak daripada tercekik .
B Untuk mengelakkan makanan itu tertumpah.
C untuk mengeratkan hubungan antara mereka.
D untuk menyemai sikap bertolak-ansur.

37. Kata yang sama maksudnya dengan kata bersahut ialah.


A berteriak
B berhubung
C berjawab
D bersambung

38. Bagaimanakah perasaan Misah apabila dia menyedari ketiadaan adik-adiknya?


A gelisah
B kecewa
C takut
D sedih

39. Perkara apakah yang difikirkan oleh Misah apabila mendapati adik-adiknya
tiada di rumah?
A Kedua-dua ibu bapanya akan memarahinya.
B Adik-adiknya bermain di sungai yang berhampiran
C Dia terpaksa meredah hujan untuk mencari adik-adiknya.
D Adik-adiknya bersembunyi di bawah rumah

40. Semua nilai murni yang berikut tergambar dalam cerita kecuali..
A bertanggungjawab
B tabah menghadapi dugaan
C tolong-menolong
D kasih sayang dalam keluarga

Anda mungkin juga menyukai