Anda di halaman 1dari 4

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

1. Gelanggang permainan
Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan
gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua
pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol
adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam
kawasan gol selepas menjaringkan gol..

2. Bola

Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah
umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas.
Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8
tahun ke bawah.

3. Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang.
Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada
bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu
sebelum pemain pengganti masuk.

4. 4. Pakaian
Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai
warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau
pemain gelanggang pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas,
jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.

5. 5. Pengadil
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan
keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh
seorang penjaga masa dan seorang pencatat.

6. 6. Tempoh Permainan
Bagi kumpulan lelaki 18 tahun ke atas, 30 minit setiap separuh masa dengan
10 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan
perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa
permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan
bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.
7. 7. Permainan Pasif
Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan
pasif. PASIF bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau
menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan
lawan.

8. 8. Memulakan Permainan
Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan
setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan
mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada
jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah
memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil
gelanggang.

9. 9. Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol.
Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.

10. 10. Memainkan Bola


a. Pemain dibenarkan :

Mengambil 3 langkah dengan bola.


Memegang bola maksimum 3 saat.
Menggelecek.
Menjunam untuk mendapatkan bola.

b. Pemain tidak dibenarkan :


Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak
lawan.
Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

11. 11. Menghadang Pihak Lawan


Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada
dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan
atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari
kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain
pertahanan semasa membuat jaringan.

12. 12. Balingan ke Dalam


Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah
atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan
ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-
kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada
pada jarak 3 meter dari pembaling.

13. 13. Balingan ke dalam di sudut


Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar
melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di
sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki
memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari
pembaling.

14. 14. Balingan Pengadil


Ia diberikan apabila :
14.1. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
14.2. Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

15. 15. Balingan Percuma


Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil
dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali

15.1. Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat di


luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter
sebelum bola dimainkan.
15.2. Bila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan
penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.
(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
15.3. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar
garisan 9 meter.
15.4. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan
bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.
Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah
atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3
meter sebelum balingan dilakukan.

16. 16. Balingan 7 meter (penalti)


Balingan ini diberikan apabila
16.1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
16.2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
16.3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan
bola tersebut disentuh oleh penjaga gol.

Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil
balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan
dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.

17. 17. Balingan Gol


Balingan ini diberikan apabila
17.1. bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
17.2. bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

18. 18. Hukuman Susulan


Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan
percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat.
Antara hukuman yang boleh diberikan :
18.1. Amaran (Kad Kuning)
18.2. 2 minit penggantungan
18.3. Penyingkiran
18.4. Pembatalan

Anda mungkin juga menyukai

  • SELASA
    SELASA
    Dokumen7 halaman
    SELASA
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen5 halaman
    Khamis
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen5 halaman
    Khamis
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • SABTU
    SABTU
    Dokumen5 halaman
    SABTU
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • JUMAAT
    JUMAAT
    Dokumen5 halaman
    JUMAAT
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • Rabu
    Rabu
    Dokumen5 halaman
    Rabu
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • Khamis
    Khamis
    Dokumen5 halaman
    Khamis
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen7 halaman
    ISNIN
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen7 halaman
    SELASA
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen8 halaman
    SELASA
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen6 halaman
    SELASA
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • Ahad
    Ahad
    Dokumen1 halaman
    Ahad
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen8 halaman
    SELASA
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • JUMAAT
    JUMAAT
    Dokumen5 halaman
    JUMAAT
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • KHAMIS
    KHAMIS
    Dokumen5 halaman
    KHAMIS
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • RABU
    RABU
    Dokumen5 halaman
    RABU
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • ISNIN
    ISNIN
    Dokumen4 halaman
    ISNIN
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen5 halaman
    SELASA
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • JUMAAT
    JUMAAT
    Dokumen2 halaman
    JUMAAT
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • RABU
    RABU
    Dokumen5 halaman
    RABU
    fadhli
    Belum ada peringkat
  • Ibu Sang Kura-Kura Ke 3. Ibu Bapa Sang Kura-Kura: Rumah Sang Landak. Membawa Anaknya
    Ibu Sang Kura-Kura Ke 3. Ibu Bapa Sang Kura-Kura: Rumah Sang Landak. Membawa Anaknya
    Dokumen2 halaman
    Ibu Sang Kura-Kura Ke 3. Ibu Bapa Sang Kura-Kura: Rumah Sang Landak. Membawa Anaknya
    fadhli
    Belum ada peringkat