Anda di halaman 1dari 9

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM


KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI KELANTAN

KERTAS PENERANGAN
KERJA ANGGARAN DAN KOS

M1 K 6 MENGANGGARKAN LOJI DAN KOS YANG DIPERLUKAN

M1 K 6.1 Mengenal pasti jenis jenis Menyenaraikan jenis loji yang diperlukan dalam
loji yang diperlukan boring berdasarkan projek yang diberi

M1 K 6.2 Menyediakan anggaran Melaksana kerja anggaran untuk bilangan dan


bilangan dan tempoh tempoh penggunaan loji merujuk kepada carta
penggunaan loji kemajuan

M1 K 6.3 Menyediakan kos yang Menyediakan laporan berkaitan bilangan, masa dan
dianggarkan anggaran kos bagi penggunaan loji berdasarkan
spesifikasi
Menyatakan kos penggunaan loji berdasarkan
spesifikasi
Kos loji

Penggunaan loji dan peralatan berjentera dapat meningkatkan produktiviti kerja. Dengan bantuan
jentera kerja pembinaan dapat dilakukan dengan lebih afesen.

Loji dan peralatan berjentera dapat membantu dalam kerja-kerja pembinaan bersekala besar
bermula dari kerja penyadiaan tapak sehingga projek siap sepenuhnya.

Penggunaan jentera dalam kerja pembinaan.

a. Penggunaan jentolak, Jentera pemecah, back hoe dan lori dalam kerja penyediaan tapak
melibatkan aktiviti meroboh, menumbang pokok, penggalian parit, pemotongan dan
penambakan tanah dan pemindahan tanah.
b. Penggunaan mesin mixer untuk kerja-kerja membancuh konkrit dan mortar.
c. Penggunaan kren untuk mengangkut dan memindah bahan binaan seperti konkrit,
keluli,bata, kayu dari pelbagai aras. ( terutama bahan berat dan bersaiz besar)

Biasanya syarikat besar yang melaksana projek mega memiliki kepelbagaian loji. Loji dapat
memproses dan membekal bahan binaan untuk kegunaan sendiri. Syarikat tidak perlu membeli
bahan binaan dari pihak lain contohnya syarikat memiliki loji konkrit, kilang bata, kedai pembekal
bahan binaan dan sebagainya,dengan ini bahan binaan dapat diperolehi dengan harga yang murah.

Loji atau peralatan berjentera boleh diperolehi melalui tiga kaedah iaitu

1. Kaedah membeli loji


2. Kaedah sewaan
3. Kaedah sewa beli

Anggaran kos loji melibatkan

1. Kos pembelian
2. Kos sewaan
3. Kos operasi

Harga loji dan peralatan berjentera bergantung kepada keupayaan atau kuasa sesuatu loji, biasanya
loji berkapasiti besar lebih mahal dari loji berkapasiti kecil. Manakala kos sewa berbeza mengikut
kawasan dan persaingan.

Kos yang terlibat dalam pengurusan loji

1. Kos beli
2. Kos sewa
3. Kos selenggara ( Dilakukan secara berkala )
4. Kos minyak petrol atau disel
5. Kos minyak pelincir
6. Kos operasi
7. Kos membaiki (Dilaksana apabila berlaku kerosakan )
Antara jentera/ Loji/ Mesin yang biasa digunakan di tapak bina

1. Kren
2. Jentolak
3. Jengkaut
4. Lori pengangkut
5. Jentera pemecah
6. Mixer
7. Alat penggetar konkrit
8. Gergaji bulat mudah alih ( untuk memotong kayu )
9. Mesin pemotong besi
10. Mesin pemecah konkrit
11. Mesin pembengkok besi
12. Mesin canai
13. Mesin pelubang
14. Mesin pelelas
15. Mesin kimpal
16. Mesin pemutar skru
17. Mesin canai

Contoh:
pengiraan kos loji untuk membancuh konkrit

Hitung kos loji untuk menghasilkan konkrit dengan menggunakan mesin pembancuh berpandukan
maklumat di bawah.

Sewa mesin pembancuh sehari RM 6.00/hari


Daya produktiviti mesin pembancuh 7/5 4 m3/jam
Bilangan pengendali mesin 2 orang
Upah pengedali mesin, bekerja 8 jam sehari RM 60.00
Anggaran minyak diesel sehari 6 liter
Harga minyak diesel RM 1.80/ Liter
Anggaran minyak pelicir 0.25 liter/ hari
Harga minyak pelincir RM 8.00/ Liter

Penyelesaian :

Kos operasi

Dua orang pengendali mesin pembancuh bekerja 8 jam / hari

= 2 x RM 60.00 = RM 120.00

6 liter minyak diesel sehari 1.80 x 6 =RM 10.80

0.25 liter minyak pelincir sehari 0.25 x RM 8.00 =RM 2.00

Jumlah kos operasi =RM 132.80

Kos loji sehari = Kos sewa + kos operasi =Rm 6.000

RM 132.80

RM 138.80

Kos loji sejam = 138.80/8 jam =RM 16.60/jam

Daya produktiviti mesin pembancuh 4m3/jam =16.6 / 4

Kos loji =RM 4.15/m3

Latihan 1.
Hitung kos loji untuk menghasilkan 1 m 3 konkrit dengan menggunakan mesin pembancuh
berpandukan maklumat di bawah.

Sewa mesin pembancuh sehari RM 9.00/hari


Daya produktiviti mesin pembancuh 7/5 4 m3/jam
Bilangan pengendali mesin 2 orang
Upah pekerja , bekerja 8 jam sehari RM 55.00
Anggaran minyak diesel sehari 6 liter
Harga minyak diesel RM 2.00
Anggaran minyak pelicir 0.25 liter/ hari
Harga minyak pelincir RM 11.00/literi

Penyelesaian :

Latihan 2.
Hitung kos loji untuk menghasilkan konkrit dengan menggunakan mesin pembancuh berpandukan
maklumat di bawah.

Sewa mesin pembancuh sehari RM 7.00/hari


Daya produktiviti mesin pembancuh 7/5 4 m3/jam
Bilangan pengendali mesin 2 orang
Upah pekerja , bekerja 8 jam sehari RM 70.00
Anggaran minyak diesel sehari 6 liter
Harga minyak diesel RM 2.20
Anggaran minyak pelicir 0.25 liter/ hari
Harga minyak pelincir 12.00/ Liter

Penyelesaian

MEMBINA JADUAL ANGGARAN KOS LOJI DAN ALATAN


Dalam satu projek pembinaan bersekala kecil hitungkan anggaran kos loji dan peralatan. Projek
dilaksanakan selama 4 bulan ( 16 minggu ) mengikut jadual kerja yang disediakan.

Aktiviti Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 1 1
0 1 2 3 4 5 6
Kerja penyediaan tapak
Kerja merancang tanda
Kerja penggalian asas
Kerja konkrit asas
kerja konkrit rasuk bumi
Kerja konkrit tiang
kerja konkrit rasuk atas
Kerja konkrit lantai
Kerja bumbung
Kerja bata kerja
Kerja lepaan
Kerja paip dan elektrik
Membersih kawasan

Menentukan senarai loji /mesin dan alatan yang diperlukan berserta tempoh penggunaan
berpandukan jadual kerja.

Sebuah Kren telah digunakan selama 4 hari dengan kadar sewa RM 380 Sehari
Sebuah Jentolak digunakan selama 8 hari dengan kadar sewa RM 280 sehari
Sebauh Lori digunakan dalam masa 8 hari dengan kadar sewa Rm 180 sehari
Sebuah Mixer dibeli dengan harga RM 2800.00 diguna selama 11 minggu
Sebuah alat penggetar dibeli dengan harga RM1400.00diguna selama 4 minggu
Dua unit gegaji bulat dengan harga RM 800.00 setiap satu diguna selama 9 minggu
Dua Unit pemotong besi dengan harga RM 450.00 setiap satu diguna selama 5 minggu
Satu Unit pembengkok besi dengan harga RM 1000 diguna selama 5 minggu
Dua unit mesin canai dibeli dengan harga RM 600.00 setiap satu dan diguna selama 3 minggu
Dua unit mesin pelubang dibeli dengan harga Rm 500.00 setiap satu dan diguna selama 9
minggu
Dua unit mesin pengetak skru di beli dengan harga RM420.00 setiap satu dan diguna selama
4 minggu

Contoh:

jadual anggaran kos loji dan alatan


Bil Loji/mesin/alatan kuantiti Beli / sewa tempoh harga Jumlah
1
2
3
4
5

Melengkapkan jadual anggaran kos loji dan alatan, Berdasarkan senarai loji dan peralatan
diperlukan.

Bil Loji/mesin/alatan kuantiti Beli / sewa tempoh harga Jumlah


1 Kren 1 sewa 4 hari RM 380 RM 1520
2 Jentolak 1 sewa 8 hari RM 280 RM 2240
3 Lori 1 sewa 8 hari RM 180 RM 1440
4 Mixer 1 Beli 66 hari RM 2800 RM 2800
5 Alat penggetar 1 Beli 26 hari Rm 1400 Rm 1400
6 Gergaji bulat 2 Beli 54 hari Rm 800 Rm 1600
7 Pemotong besi 2 Beli 30 hari RM 450 RM 900
8 Pembengkok besi 1 Beli 30 hari Rm 1000 Rm 1000
9 Mesin canai 2 Beli 18 hari RM 600 RM 1200
10 Mesin pelubang 2 Beli 54 hari RM 500 RM 1000
11 Pengetak skru 2 Beli 24 hari RM 420 RM 840
Jumlah

Latihan 1

Maklumat dibawah adalah berkaitan senarai loji dan alatan yang digunakan untuk pembinaan parit
konkrit sepanjang 200 meter selama 14 minggu
Sebuah Kren telah digunakan selama 6 hari dengan kadar sewa RM 600 Sehari
Sebuah Jentolak digunakan selama 30 hari dengan kadar sewa RM 300 sehari
Sebauh Lori digunakan dalam masa 20 hari dengan kadar sewa Rm 200 sehari
Dua unit Mixer dibeli dengan harga RM 3000.00 diguna selama 13 minggu
Dua unit alat penggetar dibeli dengan harga RM 1200 diguna selama 10 minggu
Dua unit gegaji bulat dengan harga RM 600.00 setiap satu diguna selama 10 minggu
Dua Unit pemotong besi dengan harga RM 500.00 setiap Satu diguna selama 8 minggu
Satu Unit pembengkok besi dengan harga RM 1000.00 diguna selama 8 minggu
Dua unit mesin canai dibeli dengan harga RM 300.00 setiap satu dan diguna selama 6
monggu
Dua unit mesin pelubang dibeli dengan harga Rm 460.00 setiap satu dan diguna selama 9
minggu
Dua unit mesin pemecah konkrit dibeli dengan harga RM 2100 setiap satu dan diguna selama
3 minggu

Contoh jadual penggunaan alatan dan mesin

Bil Loji/mesin/alatan kuantiti Beli / sewa tempoh harga Jumlah


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Anda mungkin juga menyukai