Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN PENGEKOSAN PIAWAI

1 Berikut adalah piawai-piawai yang ditetapkan untuk bahan dan buruh yang digunakan oleh Syarikat
SCS :
Bahan : 2.5 kg berharga 65 sen per unit
Buruh : 1.2 jam pada kadar RM1.50 per jam
Pada bulan Mei 2010, sebanyak 220 unit barang siap berkenaan telah dikeluarkan. Bahan dan buruh
yang telah digunakan untuk mengeluarkan barang siap ini adalah seperti berikut :
Bahan : RM431.20 untuk kuantiti 616 kg
Buruh : RM453.75 untuk masa 275 jam
Dikehendaki :
a. Varians harga dan varians penggunaan bahan
b. Varians kadar dan varians kecekapan buruh

2. Berikut adalah piawai yang telah ditetapkan untuk overhed berubah dalam Syarikat LMA :
Overhed berubah : RM1.25 per unit
Pada bulan Mei 2012, sebanyak 2,500 unit barang siap telah dikeluarkan. Jumlah overhed berubah
yang telah dilakukan untuk mengeluarkan barang siap ini adalah RM3,500.
Hitungkan varians kadar overhed berubah.

3. Berikut adalah belanjawan yang telah disediakan oleh Syarikat LML untuk tahun 2011 :
Overhed tetap belanjawan RM11,400
Volum belanjawan 6,000 unit
Pada tahun 2011, sebanyak 6,200 unit barang siap telah dikeluarkan dan overhed tetap sebenar
adalah RM12,800.
Hitungkan :
a. Varians perbelanjaan overhed tetap
b. Varians volum overhed tetap

4. Syarikat HYP menggunakan sistem kos piawai dan berikut adalah piawai-piawai yang telah ditetapkan
untuk memproses sejenis produk :
Kos untuk keluaran satu
unit barangsiap
Bahan (RM1.80 per kg) RM3.60 per unit
Buruh langsung (RM5.00 per jam) RM20.00 per unit
Overhed berubah RM1.20 per unit
Overhed tetap (berasaskan 10,000 unit setahun) RM0.80 per unit

Pada tahun 2010, sebanyak 8,000 unit telah dikeluarkan dan berikut adalah kos-kos sebenar yang
telah berlaku :
Bahan 20,000 kg pada harga RM40,000
Buruh 33,600 jam pada upah RM178,080
Overhed berubah RM10,000
Overhed tetap RM7,200

Dikehendaki :
a. Kirakan kuantiti piawai untuk bahan dan jam piawai per unit untuk buruh.
b. Varians harga dan varians penggunaan bahan
c. Varians kadar dan varians kecekapan buruh
d. Varians kadar overhed berubah
e. Varians perbelanjaan dan varians volum overhed tetap
5. Syarikat CMI memproses produk X dan menggunakan sistem kos piawai. Piawai-piawai yang telah
ditetapkan untuk mengeluarkan produk X adalah seperti berikut :
RM per unit
Bahan 5 kg per unit X 6.00
Upah langsung 2 jam per unit X 5.00
Overhed berubah 1.60
Overhed tetap (berasaskan 2,000 unit) 1.20

Pada bulan Mei 2010, sebanyak 1,200 unit X telah dikeluarkan dan kos-kos yang telah berlaku adalah
seperti berikut :
RM
Bahan 6,600 kg 8,250
Upah langsung 2,880 jam 7,920
Overhed berubah 1,980
Overhed tetap 1,680

Dikehendaki :
a. Kirakan harga piawai untuk bahan dan kadar piawai per unit untuk buruh.
b. Varians harga dan varians penggunaan bahan.
c. Varians kadar dan varians kecekapan buruh.
d. Varians kadar overhed berubah.
e. Varians perbelanjaan dan varians volum overhed tetap.

6. Syarikat Pesona Berhad ialah sebuah syarikat perkilangan yang beroperasi di kawasan perindustrian
Nilai. Maklumat tentang prestasi syarikat untuk bulan lepas adalah seperti yang berikut :

Bahan langsung 5,000 kg dibeli dan digunakan, kos ialah RM25,500


Pengeluaran 10,000 unit
Buruh langsung 2,200 jam buruh langsung, kos ialah RM17,160
Overhed tetap RM11,500
Overhed berubah RM23,000

Varians harga bahan mentah RM500 (tidak memuaskan)


Varians penggunaan bahan mentah RM5,000 (tidak memuaskan)
Varians kecekapan buruh langsung RM1,500 (tidak memuaskan)
Varians volum overhed tetap RM2,000 (tidak memuaskan)
Varians kecekapan overhed berubah RM2,000 (tidak memuaskan)
Varians perbelanjaan overhed berubah RM1,000 (tidak memuaskan)
Kos overhed tetap terkurang serap RM1,500 (tidak memuaskan)

Kadar overhed pratentu dihitung berasaskan jam buruh langsung.

Dikehendaki :
i. Tentukan kos-kos piawai seunit bagi bahan mentah, buruh langsung, overhed berubah dan
overhed tetap.
ii. Nyatakan jenis piawai, cara membentuk kos piawai dan kepentingan pengekosan piawai.

7. Pada 1 Mei 2010, Syarikat Amuri Sendirian Berhad mula mengeluarkan sejenis pengisar. Syarikat
menggunakan sistem pengekosan piawai untuk mengakaunkan kos pengeluarannya. Kos piawai bagi
seunit pengisar adalah seperti yang berikut :
RM
Bahan mentah (3kg pada harga RM5 sekg) 15.00
Buruh langsung perkilangan (½ jam pada kadar RM20 sejam) 10.00
Overhed perkilangan (75% atas kos buruh perkilangan) 7.50
32.50
Data yang berikut diperoleh dari rekod Syarikat Amuri Sendirian Berhad bagi bulan Mei.
RM
Belian bahan mentah 68,250
Varians harga bahan mentah 3,250 (tidak memuaskan)
Varians kuantiti bahan mentah 2,500 (tidak memuaskan)
Varians kadar buruh langsung 1,900 (tidak memuaskan)
Varians kecekapan buruh langsung 2,000 (tidak memuaskan)

Pengeluaran sebenar pengisar bagi bulam Mei ialah 4,000 unit.


Amaun yang ditunjukkan di atas untuk varians harga bahan mentah adalah bagi belian bahan mentah
pada bulan Mei. Tiada inventori bahan mentah pada 1 Mei 2010.

Dikehendaki :
Hitung yang berikut bagi Syarikat Amuri Sendirian Berhad.
i. Jam buruh langsung perkilangan sebenar
ii. Kadar buruh langsung perkilangan sebenar
iii. Kuantiti piawai (dalam kg) bahan mentah yang dibenarkan
iv. Kuantiti sebenar (dalam kg) bahan mentah yang digunakan
v. Kuantiti sebenar (dalam kg) bahan mentah yang dibeli
vi. Harga sebenar bahan mentah sekilogram.

8 Syarikat Kleen Sendirian Berhad menetapkan kos piawai bagi pengeluaran satu botol peluntur
seperti berikut :
Bahan mentah 0.45 kg pada harga RM80.00 per kg
Buruh langsung 2 jam pada harga RM12.00 sejam
Overhed berubah 2 jam pada kadar RM2.50 sejam
Overhed tetap 2 jam pada kadar RM5.00 sejam

Syarikat itu menggunakan jam buruh langsung bagi menguntukkan overhed. Kadar overhed tetap
piawai berasaskan 8 500 jam buruh langsung piawai. Dalam Jun 2006, kos pengeluaran syarikat bagi
4,220 unit yang dikeluarkan adalah seperti yang berikut :

Bahan mentah dibeli dan digunakan 1,900 kg pada harga RM81.20


Buruh langsung 8,300 jam pada harga Rm12.50 sejam
Overhed kilang :
Kos berubah RM22,500
Kos tetap RM43,000

Dikehendaki :
i. Tentukan kos piawai sebotol peluntur.
ii. Hitung varians jumlah kos bagi Jun 2006.
iii. Hitung varians harga dan varians kuantiti bahan mentah.
iv. Hitung varians kadar dan varians kecekapan buruh.
v. Hitung varians overhed berubah dan varians overhed tetap.

9 Syarikat Perkilangan Hidup Sihat mengeluarkan sejenis produk penjagaan kesihatan untuk warga
emas. Syarikat itu telah menetapkan piawai untuk bahan mentah dan buruh langsung seperti yang
berikut :
Kadar piawai buruh langsung sejam RM20
Kos piawai buruh langsung seunit produk RM76
Kuantiti piawai bahan mentah seunit 7.2 kg

Pada tahun lepas, syarikat itu membeli 12,000 kg bahan mentah dengan kos RM205,240. Semua
bahan mentah telah digunakan untuk mengeluarkan 2,000 unit produk. Kos buruh langsung sebenar
untuk tempoh berkenaan (tahun lepas) berjumlah RM146,828. Varians yang berikut telah diperoleh
untuk tahun lepas.

Varians kecekapan buruh langsung RM4,200 (tidak memuaskan)


Jumlah varians bahan RM12,240 (memuaskan)

Dikehendaki :
i. Hitung jam piawai buruh langsung seunit dibenarkan.
ii. Tentukan kadar sebenar buruh langsung sejam.
iii. Hitung varians kadar buruh.
iv. Tentukan harga piawai bahan mentah sekilogram.
v. Hitung varians kuantiti bahan.

10 Syarikat Kembangan Berhad menggunakan sistem pengekosan piawai. Kad kos piawai menunjukkan
data seperti yang berikut :

Bahan mentah 10 meter @ RM5.50 semeter RM55.00


Buruh langsung 4 jam @ RM10.00 sejam RM40.00
Overhed kilang pada RM9.00 sejam buruh langsung RM36.00
Kos piawai seunit produk RM36.00
RM131.00

Pada tahun 2007, syarikat menunjukkan data pengeluaran sebenar seperti yang berikut :
a. Inventori awal bahan mentah ialah 6,000 meter pada pada hargaRM5.50 semeter. Tiada inventori
bahan mentahj pada akhir tahun 2007.
b. Belian bahan mentah pada tahun 2007 ialah 85,000 meter pada harga RM5.25 semeter.
c. Barang siap pada tahun 2007 ialah 8,200 unit.
d. Buruh langsung yang digunakan ialah 32,000 jam dengan jumlah kos RM313,600.
e. Kos overhed berubah ialah RM91,600 dan kos overhed tetap ialah RM183,200.
f. Buruh langsung piawai ialah 30,000 jam; kos overhed berubah piawai ialah RM90,000; dan kos
overhed tetap piawai ialah RM180,000.

Dikehendaki :
Hitung kadar pratentu bagi overhed berubah dan kadar pratentu bagi overhed tetap berdasarkan
i. jam buruh langsung piawai
ii. varians bahan
iii. varians buruh langsung
iv. varians overhed kilang

Anda mungkin juga menyukai