Anda di halaman 1dari 10

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

REKA BENTUK TEKNOLOGI TAHUN 4

NAMA : ..............................................................................

TAHUN 4 : ...........................................................................

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan yang berikut di dalam kertas jawapan objektif.

1. Antara yang berikut, manakah yang boleh anda pakai di dalam bengkel?
A. Rantai
B. Gelang
C. Jam Tangan
D. Cincin

2. Apakah yang perlu anda lakukan sebagai seorang murid perempuan yang berambut
panjang?
A. Mengguntingnya
B. Mengikatnya dengan kemas
C. Membiarkan tanpa diikat
D. Memasukkan ke dalam pakaian

3. Antara pakaian berikut, yang manakah anda perlu pakai untuk melindungi pakaian
anda daripada menjadi kotor ketika membuat kerja di dalam bengkel?
A. Apron
B. Baju hujan
C. Baju getah
D. Jaket

4. Tempat yang sesuai menyimpan bahan beracun, minyak, dan bahan kimia adalah di
___________.
A. Atas meja kerja
B. Luar makmal
C. Di dalam almari berkunci
D. Bawah meja kerja

5. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas plastik atau botol bahan beracun
yang telah habis digunakan.
A. Digunakan semula untuk mengisi bahan lain
B. Dibuang atau ditanam
C. Diubahsuai untuk dijadikan bahan menyimpan paku
D. Digunakan untuk mengisi air minuman

6. Antara bahan berikut yang manakah tidak mudah terbakar?


A. Kertas
B. Kayu
C. Getah
D. Batu
7. Keadaan lantai berikut boleh menyebabkan kemalangan berlaku di dalam bengkel
kecuali...
A. Licin
B. Berair
C. Bersih
D. Tidak rata

8. Antara berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan semasa bekerja di dalam
bengkel?
A. Pakai apron dan menutup rambut
B. Gulungkan baju yang berlengan panjang
C. Pakai selipar di dalam makmal
D. Tanggalkan tali leher

9. Antara penyataan yang berikut yang manakah salah?


A. Tutup semua tingkap sebelum kamu meninggalkan bengkel
B. Labelkan semua alatan tangan
C. Gunakan alatan tangan yang tajam tanpa pengawasan guru
D. Keringkan tangan sebelum membuka suis elektrik

10. Mengapakah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api perlu ada pada setiap
bengkel?
A. Membantu murid membuat kerja dengan selamat
B. Membantu guru sebagai alat bantuan mengajar
C. Membantu semasa berlaku kemalangan
D. Membantu pelajar membersihkan diri

11. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang mungkin akan berlaku?


A. Kerja dapat disiapkan dengan cepat
B. Alat tangan akan patah
C. Kemalangan atau kecederaan akan berlaku
D. Murid berasa gembira

12. Antara objek berikut, yang manakah kiub?


A. B.
C. D.

13. Antara objek di dalam kelas anda, yang manakah mempunyai bentuk asas segi
empat tepat?
A. Papan hitam
B. Kipas angin
C. Pensel
D. Bakul sampah

14. Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya ___________.
A. Selamat dan tidak mudah hilang
B. Sentiasa bersih dan mudah digunakan
C. Berkilat dan menarik
D. Tidak berbau busuk

15. Antara alatan tangan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk memotong kayu
yang kecil.
A. Gergaji tangan
B. Gergaji puting
C. Gergaji besi
D. Tukul warrington

16. Alatan yang digunakan untuk mengetuk permukaan kepingan logam ialah
_________.
A. Gandin getah
B. Kayu
C. Tukul besi
D. Besi

Membuat garis lurus


Mengukur jarak
Menanda jarak

17. Antara alatan tangan berikut, yang manakah fungsinya seperti di atas?
A. Tukul kuku kambing
B. Sesiku L
C. Gergaji tangan
D. Pembaris keluli
18. Antara bahan berikut, yang manakah digunakan untuk merata dan melicinkan
permukaan kayu?
A. Surat khabar
B. Kertas las
C. Kain perca
D. Tepung sumbat

19. Apakah yang tidak terdapat dalam peti pertolongan cemas?


A. Gunting
B. Iodin
C. Kain pembalut
D. Jarum suntikan

20. Pemutar skru philip digunakan untuk membuka____________.


A. Skru beralur lurus
B. Skru beralur palang
C. Paku
D. Nat

21. Antara alatan tangan di bawah yang manakah boleh digunakan untuk membuka atau
mengetatkan nat ?
A. Sepana hujung terbuka
B. Playar gabung
C. Pemutar skru mata rata
D. Pena ujian

22. Berdasarkan alat di atas, bahagian manakah menentukan saiznya?


23. Meja boleh dibina dalam lakaran secara 3 dimensi dengan menggunakan bahan
berikut iaitu

I. Plastisin
II. Kertas
III. Span
IV. Gabus
A. I , II dan III
B. II , III dan IV
C. I , III dan IV
D. I, II , III dan IV

24. Antara alatan tangan di bawah, yang manakah digunakan untuk memotong wayar?

A. B.

C. D.

25. Mentol berfungsi untuk?


A. Menyambung bahan-bahan elektrik dan elektronik dalam satu litar
B. Memutuskan litar
C. Menyambung litar
D. Menghasilkan cahaya

26. Rajah di bawah yang manakah adalah simbol untuk bateri?

A.

B.

C.

D.
27. Alat apakah yang boleh digunakan untuk membersihkan mata pensil mekanikal yang
tersumbat
A. Pisau
B. Gunting
C. Pin
D. Kayu

28. Antara alatan tangan yang berikut, yang manakah digunakan untuk menjalur wayar
dengan cepat dan tepat?
A. Playar muncung tirus
B. Playar gabung
C. Penjalur wayar
D. Pena ujian

29. Lukisan kerja yang menggunakan simbol dinamakan lukisan ______________.


A. Kejuruteraan
B. Simbol
C. Skematik
D. Seni

30. Gambar rajah di atas menunjukkan satu lukisan litar sesiri. Apakah yang berlaku
sekiranya suis disambungkan?
A. Mentol A menyala mentol B tidak
B. Mentol A tidak menyala mentol B menyala
C. Mentol A menyala terang, mentol B menyala malap
D. Mentol A dan mentol B tidak menyala

31. Berikut merupakan beberapa kumpulan tanaman hiasan kecuali


A. Pokok naungan
B. Pokok renek
C. Pokok kaktus
D. Pokok kelapa

Mempunyai sulur untuk memaut


Contoh tumbuhan ini ialah Pokok
Bunga Kembang Pagi
32. Berikut merupakan ciri-ciri dan contoh tanaman hiasan yang tergolong dalam
kumpulan
A. Pokok Renek
B. Tumbuhan memanjat dan menjalar
C. Pokok Palma
D. Rumput

33. Apakah yang dimaksudkan dengan komisen?


A. Barangan yang diterima oleh pengguna
B. Bayaran yang dibayar kepada peniaga oleh pembeli
C. Bayaran yang dibuat oleh peniaga kepada pemborong
D. Bayaran yang diterima oleh peniaga kerana menjual barang milik pembekal
berdasarkan kadar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

34. Apakah tindakan pengguna jika telah tersalah beli barang jualan yang telah tamat
tarikh luputnya?
A. Memulangkan kembali barang tersebut kepada peniaga
B. Mendiamkan perkara tersebut
C. Membuat laporan polis
D. Membeli barangan baru

35. Apakah sebab tanda harga perlu diletakkan pada setiap jenis barang jualan?
A. Supaya pembeli mengetahui harga barang
B. Untuk mendorong pembeli membeli barang dalam kuantiti yang banyak
C. Untuk meningkatkan kualiti barangan
D. Untuk memenuhkan ruang kosong yang ada

36. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri barang yang telah rosak?
I. Telah berkulat
II. Berubah menjadi warna gelap
III. Rasa masam
IV. Bau wangi dan segar
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

37. Apakah yang harus dilakukan oleh peniaga semasa melayan pelanggan di kedainya?
A. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut
B. Bermasam muka dengan pelanggan
C. Meletakkan harga yang tinggi
D. Menghalau pelanggan yang datang
38. Apakah maklumat yang biasa terdapat pada label barang?
I. Kandungan
II. Tarikh luput
III. Keburukan barangan
IV. Berat kandungan
A. I, II dan III
B. I, II dan Iv
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Berfikiran kreatif dan inovatif dalam


mencipta sesuatu produk

39. Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri di atas.


A. Pasif
B. Rekacipta
C. Bertanggungjawab
D. Berani

40. Seorang peniaga telah membeli semua buah nenas daripada pembekal dengan
harga RM1.25 sebiji. Dia menjual semula buah tersebut dengan harga RM 1.80.
Berapakah keuntungan yang diperolehinya?
A. RM 0.25
B. RM 0.35
C. RM 0.45
D. RM 0.55
BAHAGIAN B

Jawab semua soalan di bawah. Isi jawapan ditempat yang telah disediakan.

1. Lukiskan objek-objek berikut tanpa menggunakan pembaris.

KIUB SFERA

KUBOID KON

SILINDER
2. Padankan alatan tangan berikut dengan kegunaanya

Gergaji Puting Mengetuk Paku

Pemutar Skru Mengepit benda kerja

Tukul Warrington Memotong kayu yang kecil

Apit G Membuat garisan bersudut

Sesiku L Memasang skru

Anda mungkin juga menyukai