Anda di halaman 1dari 6

Tema

Kesedaran atau keinsafan daripada sikap angkuh dan sombong.Hal ini dapat
diperhatikan daripada sikap Kamarul yang sudah berubah.Kamarul yang asalnya
peramah orangnya telah jarang-jarang berbual dengan Saridah dan kawan-kawannya
yang lain.Selain itu,Kamarul yang giat berlatih untuk kejohanan sukan sekolah enggan
berlatih untuk sukan sekolah.Kamarul juga seolah-olah telah melupakan jasa Cikgu Zainal
yang memperkenalkannya dalam sukan olahraga.Kamarul bersikap kasar dan tidak mahu
dilatih oleh Encik Kadir yang telah membawa dia ke tahap tinggi dalam sukan
olahraga.Perubahan sikap Kamarul ini disebabkan dia terpilih mewakili negara dalam
Kejohanan Sukan SEA di Brunei dan gambarnya sering termampang di dada
akhbar.Namun begitu,Kamarul mula sedar apabila dia terlantar di hospital akibat
dilanggar kereta.Kawan-kawannya,Cikgu Zainal,Encik Kadir, dan Saridah datang
melawatnya dan memberikan kata-kata semangat.Kesedarannya itu telah
mengembalikan Kamarul pada sikap baiknya.Dia akur dengan arahan jurulatihnya serta
berbaik semula dengan semula dengan Saridah dan kawan-kawannya yang
lain.Akhirnya,Kamarul berjaya menjuarai acara 100 dan 400 meter Kejohanan Sukan SEA
Ke -14 di Bangkok.

Persoalan
(a) Kemahsyuran diri telah menjadikan seseorang itu lupa akan asal usulnya.
Contohnya,Kamarul telah menjadi sombong tehadap jurulatih dan kawan-kawannya
selepas dia berjaya mewakili negara dalam Kejohanan Sukan SEA dia Brunei.
(b) Percintaan pada waktu bersekolah boleh menjejaskan pencapaian akademik.
Contohnya,Saridah bercinta dengan Kamarul , sehingga akhirnya mengabaikan
pelajarannya kerana mengalami masalah dalam hubungan mereka.
(c)Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan amanah.Contohnya, Encik Kadir
amat komited dengan tugas dan amanah yang dipikulnya dengan sering menasihati
pelatih-pelatih di bawah kendaliannya.

Watak dan Perwatakan


(a)Watak utama dalam novel ini ialah Kamarul.
(b)Watak-watak sampingannya terdiri daripada Encik Kadir,Sures,Saridah,Juriah
,Adibah ,Cikgu Zainal,Mak Jah,De Wega.
Kamarul
(a)Pada awalnya,Kamarul seorang yang ramah dan bersopan santun.
(b)Kamarul tidak menepati janji , iaitu dia telah berjanji dengan Sures untuk datang ke
rumah pada pukul 3:00 petang tetapi dia tidak datang.
(c) Kamarul seorang berani yang berani memprotes.
(d) Dia seorang perajuk dan pendendam.
(e)Kamarul bersikap biadap apabila dia meninggalkan jurulatihnya yang sedang bercakap
dengan secara tiba-tiba.
(f)Kamarul seorang pembenci apabila mengoyakkan gambar Encik Kadir.
(g)Kamarul seorang yang bersikap sombong.
(h)Kamarul bersikap keras hati,iaitu dia menolak pingat yang diberikan oleh Encik Kadir.
(i)Kamarul seorang yang gigih berusaha untuk memperoleh kejayaan.

Saridah
(a)Saridah berhidung kecil dan berambut lurus.
(b)Saridah bersedih mengenangkan hubungannya dengan Kamarul.
(c)Seorang yang baik hati kerana ingin belanja Juriah.
(d)Dia seorang jujur apabila dia memohon maaf kepada Kamarul dan mendoakan
kejayaan Kamarul di Bangkok.
(e)Saridah seorang yang berwajah tenang dan ketenangan itu memancarkan kejujuran
hatinya.
(f)Dia seorang perahsia apabila dia tidak mahu orang lain mengetahui ceritanya.

Encik Kadir
(a)Seorang yang komited terhadap tugasnya.
(b)Encik Kadir baik dan bertimbang rasa.
(c) Seorang yang teliti, iaitu dia sentiasa meneliti tahap kecergasan dan kepantasan
pelatihnya.
(d)Encik Kadir tegas orangnya apabila mengarahkan Kamaeul melakukan larian sebanyak
8 kali mengelilingi padang.
(e)Encik Kadir bersikap bertolak ansur.
(f)Dia tidak bersikap pendendam.
(g)Encik Kadir bermuka bulat dan sering memakai topi.
(h)Encik Kadir pemurah kerana sanggup memberikan pingat yang dimenangi kepada
Kamarul.

Latar
Latar Tempat
(a)Di Pusat Sukan Kampung Panadan,iaitu tempat Kamarul,Sures,Suradi dan Mahat
berlatih olahraga.
(b)Di Stadium Merdeka,iaitu tempat mulanya Kamarul dan Saridah berkenalan dan
berbual-bual hingga mereka jatuh cinta.
(c)Di bilik guru,iaitu tempat Cikgu Zainal memberitahu Kamarul bahawa dia ada
menerima telegram daripada KOM.
(d)Di Bangkok, iaitu tuan rumah Kejohanan Sukan SEA Ke-14.
(e)Di hospital,iaitu tempat Kamarul dirawat selepas dilanggar di jalan raya.
(f)Di lapangan terbang,iaitu tempat Kamarul menunggu Saridah ysng lewt tiba sebelum
dia berlepas ke Bangkok.
(g)Di Gimnasium A,iaitu tempat Kamarul dan atlet Malaysia berlatih dan tempat Kamarul
berjumpa dan berkenalan dengan De Wega,iaitu pelari Filipina yang diminatinya.

Latar Masa
(a)Waktu petang.Contohnya,Kamarul menelefon Sures dan memberithunya bahawa dia
akan datang ke rumah Sures pada pukul 3:00 petang.
(b)Waktu tengah hari. Contohnya,Kamarul dibenarkan keluar hospital pada pukul 12:00
tengah hari.
(c)Waktu pagi. Contohnya,kontijen Malaysia menuju ke Stadium Nasional pada waktu
pagi untuk menjalani latihan.

Latar Masyarakat
(a)Masyarakat yang angkuh dan sombong apabila memperoleh kejayaan.Contohnya,
Kamarul mula bersikap angkuh apabila dia dapat menyertai Kejohanan Sukan SEA di
Brunei dan menjadi popular.
(b)Masyarakat yang bersikap bertolak ansur.Contohnya,Encik Kadir bersikap bertolak
ansur dengan Kamarul yang tidak berdisiplin dengan menasihatinya supaya berubah
sikap.
(e)Masyarakat prihatin terhadap nasib orang lain.Contohnya,Juriah menasihati Saridah
yang bersedih dengan sikap Kamarul yang dingin terhadapnya.
(f) Masyarakat yang berdisiplin dalam melakukan latihan. Contohnya,Prestasi larian
Suradi tidak konsisten,namun dia rajin berlatih.
(g)Masyarakat yang tidak berdisiplin.Contohnya,Kamarul selalu ponteng dan datang
lambat latihan sehingga menyebabkan kecergasannya merosot.

Nilai
(a)Ketegasan.Contohnya,Adibah begitu tegas menghalang Kamarul yang ingin keluar bilik
darjah pada bukan waktu rehat.
(b)Berdisiplin.Contohnya, Sures yang berdisiplin dan akur pada jadual latihan telah
membolehkan dia menewaskan Kamrul dalam saingan 100 meter.
(c)Keberanian.Contohnya,Saridah berani menegur sikap Kamarul yang mula sombong
dan bongkak setelah Kamarul popular.

Pengajaran
(a)Kita hendaklah berani menjalankan tugas supaya organisasi yang dipimpin berjalan
dengan sistematik.Contohnya,Adibah telah menegur Kamarul yang ingin keluar bilik
darjah pada bukan waktu rehat.
(b)Kita seharusnya berdisiplin dalam kehidupan agar tugas yang dijalankan dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya,Sures dan Suradi yang berdisiplin dengan
akur pada arahan jurulatih telah membolehkan dia atlet yang berpotensi.
(c)Kita perlu mengingati dan budi baik supaya kita tidak bersikap angkuh dan sombong .
Contohnya,Kamarul yang sudah popular telah melupakan jasa Cikgu Zainal dan Encik
Kadir yang membawa dia menjadi jaguh pecut dan akhirnya,Kamaru tidak disenangi oleh
kawan-kawannya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai