Anda di halaman 1dari 12

SULIT 1 3757/1

NAMA : TINGKATAN : ...

SMK SANDAKAN II

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TINGKATAN 4


TAHUN 2015

EKONOMI ASAS
KERTAS 1

Satu Jam 15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan
3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH,

LAM TEE YAW KAMARIAH BINTI CHE NGAH


GURU SUBJEK EKONOMI ASAS KETUA PANITIA EKONOMI ASAS
SMK SANDAKAN II SMK SANDAKAN II

1. Apakah motif isi rumah membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?
A Mengutamakan keselesaan
B Memaksimumkan kepuasan
C Memaksimumkan perbelanjaan
D Mengutamakan barang kehendak
2. Kehendak merujuk kepada keinginan individu untuk
A mendapatkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan
B mendapatkan pelbagai sumber-sumber ekonomi
C meningkatkan pendapatan serta kedudukan sosialnya
D memaksimumkan perbelanjaan dan kepuasan
3 Antara berikut, manakah bukan sumber ekonomi
A Wang
B Mesin
1
SULIT 2 3757/1
C Usahawan
D Buruh Kasar
Soalan 4 berdasarkan pernyataan berikut

Memberi sumbangan produktif sama ada dalam bentuk fizikal atau mental

4 Kenyataan di atas sangat sesuai untuk sumber-sumber ekonomi


A Modal
B Tanah
C Buruh
D Usahawan

Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah.

- Tidak perlu dibayar untuk menggunakannya


- Penawaran tidak terhad

5 Keterangan di atas sangat sesuai untuk jenis barang


A awam
B percuma
C ekonomi
D kerajaan
6 Bukan semua barang atau kehendak seseorang pengguna boleh diperoleh atau dipenuhi. Ini
disebabkan oleh
A masalah pilihan
B masalah ekonomi
C masalah kos lepas
D masalah kekurangan
7 Firma Minuman Fatimah memiliki sumber-sumber terhad untuk mengeluarkan air
mineral dan air berkarbonat. Kombinasi keluaran Firma Minuman Fatimah adalah seperti
berikut.

2
SULIT 3 3757/1
Kombinasi Keluaran Air Mineral Air Berkarbonat
W 0 100
X 30 95
Y 70 65
Z 85 0

Jika kombinasi keluaran berubah dari W ke Y, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 70 botol
Air Mineral?
A 30 botol air berkarbonat
B 40 botol air berkarbonat
C 65 botol air berkarbonat
D 100 botol air berkarbonat
8 Konsep pilihan menjelaskan bagaimana unit-unit ekonomi terpaksa membuat suatu keputusan
terhadap dua atau lebih pilihan yang ada. Pilihan terpaksa di lakukan kecuali untuk

A memberikan kepuasan yang maksimum


B mendapatkan keuntungan yang maksimum
C memaksimumkan kos pengeluaran
D memaksimumkan kebajikan masyarakat
Soalan 9 adalah berdasarkan maklumat berikut dan ia berkaitan dengan suatu situasi dalam
ekonomi.

Pengeluar pakaian seragam sekolah Cantik telah menambahkan bilangan pekerja untuk meningkatkan
pengeluaran bagi memenuhi permintaan pada awal sesi persekolahan 2009.

9 Apakah masalah asas ekonomi yang telah dapat diatasi dalam situasi tersebut.
I Apakah barang yang hendak dikeluarkan
II Berapakah barang yang hendak dikeluarkan
III Bagaimanakah barang hendak dikeluarkan
IV Untuk siapakah barang dikeluarkan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
3
SULIT 4 3757/1
D II, III dan IV
10 Setiap sistem ekonomi akan menghadapi masalah asas ekonomi yang berikut , kecuali
A Jenis barang yang hendak dikeluarkan
B Kualiti barang yang akan dikeluarkan
C Teknik pengeluaran yang akan digunakan
D Untuk siapa barang dikeluarkankan
11 Syarikat RMN Enterprise bercadang untuk mengeluarkan pemakanan kesihatan yang
menggunakan intensif modal. Syarikat ini bercadang mengeluarkan 50 000 botol jus madu
sebagai permulaan. Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan.
A Apakah barang yang hendak dikeluarkan
B Berapakah barang yang hendak dikeluarkan
C Bagaimanakah barang dikeluarkan
D Untuk siapa barang dikeluarkan
12 Sistem ekonomi yang diamalkan di Negara Hong Kong bertujuan untuk
A Memaksimumkan keuntungan yang diperolehi oleh firma
B Menjana kebajikan masyarakat sepenuhnya
C Menggalakkan kegiatan ekonomi tanpa riba
D Mengagihkan sumber ekonomi secara adil dan saksama
13 Bagaimanakah kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah apakah yang hendak
dikeluarkan di Malaysia.
A Mengawal tingkat harga barang
B Mengeluarkan barang awam
C Menggalakkan penggunaan teknologi moden
D Menghadkan pengeluaran lesen perniagaan
14 Pasangan yang manakah tidak benar ?

SISTEM EKONOMI CIRI-CIRI


A Sistem ekonomi Pengguna tidak bebas membuat pilihan
perancangan pusat Kebajikan masyarakat diutamakan
B Sistem ekonomi kapitalis Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma.
C. Sistem ekonomi campuran Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan
dikawal oleh kerajaan

4
SULIT 5 3757/1
Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma
D Sistem ekonomi Islam Wujud persaingan sihat
Kebajikan masyarakat dititikberatkan

15 Sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah bagaimana barangan hendak dikeluarkan
melalui
A Kaedah pengeluaran yang ditentukan oleh kerajaan
B Kaedah persaingan antara firma dan juga kerajaan
C Kaedah meningkatkan permintaan dan penawaran
D Kaedah pengeluaran paling cekap dan meminimumkan kos
16 Berikut adalah jenis pekerjaan yang terdapat dalam sektor ketiga.
A Jurutera
B Jurukimpal
C Jurubina
D Jururawat
17 Antara faktor-faktor yang berikut, manakah yang dapat membezakan upah antara seorang
individu dengan individu yang lain?
I Minat
II Kelayakan
III Pengaruh keluarga
IV Faedah sampingan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
18 Antara berikut yang manakah merupakan bayaran pindahan?
A Bonus yang diterima oleh pekerja bank
B Komisen yang diterima oleh seorang jurujual
C Biasiswa yang diterima oleh pelajar-pelajar miskin
D Untung yang diterima oleh seorang usahawan

Encik Hamid telah mengusahakan perniagaan batik. Beliau juga


mempunyai sebidang tanah yang disewakan kepada seorang
petani.

5
SULIT 6 3757/1

19 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah pendapatan yang diterima oleh Encik Hamid?
A Bayaran pindahan dan upah
B Dividen dan sewa
C Faedah dan untung
D Untung dan sewa
20 Mengapakah caruman KWSP diwajibkan oleh kerajaan?
I Jaminan masa depan pekerja selepas bersara
II Menggerakkan tabungan di kalangan pekerja
III Pembangunan negara
IV Sumber pinjaman kepada yang yang memerlukan pinjaman bagi tujuan produktif
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
21 Mengapakah cukai pendapatan yang dikenakan kepada individu dikatakan sebagai cukai
langsung?
A Beban cukai secara langsung dapat dipindahkan kepada orang lain
B Beban cukai ini mesti dibayar oleh orang yang dikenakan cukai dan tidak boleh
dipindahkan kepada orang lain
C Cukai yang dikenakan adalah berkadar langsung dengan tingkat pendapatan
D Cukai ini dikenakan secara langsung kepada seseorang pengguna yang membeli sesuatu
barang yang dikenakan cukai
22 Antara berikut, yang manakah merupakan pelepasan-pelepasan cukai pendapatan perseorangan?
I Insurans nyawa
II Caruman KWSP
III Caruman PERKESO
IV Perubatan ibu bapa
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6
SULIT 7 3757/1

23 Encik Hariz ialah seorang pegawai di sebuah syarikat swasta. Gaji bulanan beliau ialah RM
5,500. Beliau mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan seorang isteri yang tidak
bekerja Pada setiap bulan beliau mencarum sebanyak 11% daripada pendapatan bulanannya
dalam KWSP dan membayar RM 150 untuk premium insurans pendidikan. Beliau juga
menanggung kos perubatan ibunya sebanyak RM 400 dan membayar ansuran kereta sebanyak
RM 720.
Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan pelepasan cukai Encik Hariz.
A RM15 550
B RM16 155
C RM16 875
D RM16 985
24 Antara berikut , pendapatan manakah yang tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan boleh
cukai?
A bonus
B pencen
C dividen
D sewa
25 Manakah susunan langkah penyediaan belanjawan peribadi yang baik?
I menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
II mencatat semua perbelanjaan yang dibuat
III kenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib
IV imbangkan pendapatan boleh guna dengan jumlah perbelanjaan
A I,II,III dan IV
B III,II,I dan IV
C II,III,I dan IV
D IV,I,II dan III
26 Maklumat berikut menunjukkan beberapa kenyataan.
. Membeli barang tahan lama
. Memulakan perniagaan
. Membiayai perbelanjaan pendidikan

Penyataan di atas berkaitan dengan tujuan


7
SULIT 8 3757/1
A melabur
B menabung
C meminjam
D mengguna barang

Amir, lepas kira duit ni nanti,kita akan


simpannya ke dalam bank.

Gambar 1
27 Gambar 1 di atas menunjukkan simpanan yang akan dibuat oleh Puan Rashidah dan
anaknya.Berdasarkan gambarajah di atas, apakah tujuan beliau dan anaknya menyimpan?
A membeli barangan seperti rumah dan kereta
B membeli barangan keperluan harian
C menambahkan modal perniagaan
D mengurangkan bayaran cukai pendapatan
28 Apakah kesan daripada perbelanjaan yang tidak dirancang ?
I memaksimumkan kepuasan
II. tabungan yang berkurangan
III perbelanjaan melebihi pendapatan
IV beban hutang semakin meningkat
A I,II dan III
B I,III dan IV
C I,II dan IV
D II,III dan IV

8
SULIT 9 3757/1
29 Overdraf merupakan sejenis pinjaman yang membolehkan orang ramai mengeluarkan wang
melebihi simpanannaya. Institusi kewangan manakah yang mengeluarkannya?
A Syarikat Takaful
B RHB Bank
C Maybank Finance
D MNI Insurance
30 Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti pelaburan ?
I Syarikat B & C menggantikan mesin lama dengan yang baru.
II Encik Ismail membeli sebuah bangunan kedai untuk disewakan
III Firma Tan & Co menghantar pekerjanya berkursus di Jerman
IV Encik Ragu membeli sebuah kereta untuk isterinya.
A I ,II dan III
B I ,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
31 Gambar 2 menunjukkan seorang individu sedang membeli belah

Terima kasih kerana berbelanja di sini. Ini


wang bakinya

Gambar 2

Mengapakah isi rumah tersebut berbelanja demikian?


A bertujuan mencapai keuntungan maksimum

9
SULIT 10 3757/1
B memenuhi kehendak diri
C untuk memaksimumkan kepuasan
D untuk keperluan harian dan keluarga
32 Berdasarkan maklumat dalam jadual permintaan di bawah, yang manakah selaras dengan
hukum permintaan.
Harga Kuantiti permintaan Harga baru Kuantiti permintaan
asal asal (RM) baru
(RM) (unit) (unit)
A 2 100 3 80
B 4 100 4.5 120
C 5 120 3 80
D 4 150 5 150

33 Apabila harga barang X menurun, kuantiti barang Y diminta juga menurun. Apakah
kemungkinan barang X dan Barang Y?

Barang X Barang Y
A Kamera Filem
B Kereta Petrol
C Pen Dakwat
D Mentega Marjerin

34 Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer riba pada tahun 2007 hingga 2008.

Tahun Permintaan (unit)


2007 40 000
2008 70 500

Antara faktor berikut, yang manakah menyebabkan perubahan permintaan terhadap komputer
pada tahun 2008?
I Penurunan kos pengeluaran komputer
II Kenaikan pendapatan pengguna
III Harga komputer dijangka akan meningkat pada tahun depan
IV Kerajaan memberi insentif pembelian komputer
A I, II dan III
B I, II dan IV

10
SULIT 11 3757/1
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Rajah 1
35 Berdasarkan Rajah 1 di atas, apakah faktor yang menyebabkan pergerakan daripada titik R ke
titik S?
A Penurunan harga barang penggenap
B Penurunan harga barang itu
C Kenaikan pendapatan pengguna
D Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan

Rajah 2
36 Berdasarkan Rajah 2 di atas, antara faktor berikut yang manakah menyebabkan keluk permintaan
kereta beralih dari DD ke D1D1?
I Jangkaan harga kereta akan naik pada masa depan
II Penurunan harga kereta
III Kenaikan tambang seperti teksi dan bas
IV Kerajaan membenarkan pelepasan cukai RM 5 000 kepada pembeli kereta
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV

11
SULIT 12 3757/1
D II, III dan IV
Soalan 37 hingga 40 berdasarkan jadual berikut.
Pilihan Pernyataan 1 Pernyataan 2
A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

37 I Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan


II Keluk permintaan berhubung secara negatif antara harga dengan kuantiti yang diminta
38 I Kenaikan harga pen akan menyebabkan kuantiti permintaan untuk dakwat akan jatuh.
II Pen dan dakwat merupakan barang pengganti
39 I Objektif penggunaan isi rumah untuk mencapai keuntungan maksimum
II Isi rumah berperanan membekalkan faktor-faktor pengeluaran.
40 I Musim hujan menyebabkan keluk permintaan untuk payung beralih ke kanan
II Musim merupakan salah satu faktor penentu permintaan

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai