Anda di halaman 1dari 3

Letakkan sekeping tuap (kira-kira 10cm lebar) yang berlapik di anggota bahagian

bawah dari pangkal paha ke tapak kaki.

Bahagian yang tidak cedera boleh dirapatkan dengan bahagian yang cedera
sehingga kedua-dua anggota itu dapat diikat bersama-sama.

Letakkan pelapik yang mencukupi di antara lutut dan pergelangan kakinya. Benda-
benda seperti kapas, rumput, daun-daun, baju, gebat boleh digunakan sebagai
pelapik.

Jika perjalanan ke hospital agak mudah dan mengambil masa kurang daripada 30
minit, ikat dengan dua helai pembalut sahaja.

Pembalut berbentuk angka lapan di pergelangan kaki dan

Pembalut lebar di sekeliling lututnya.

Sekiranya perjalanan ke hospital adalah sukar atau mengambil masa lama, ikatkan
lima helai pembalut mengikut susunan berikut.

i. Kaki bawah (Jaringan ikat di bahagian yang cedera)


ii. Paha
iii. Di antara bahagian yang tercedera dan pergelangan kaki.

Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan.

Bawa mangsa ke hospital dengan usungan.

Gunakan kayu belat untuk:

Membalut tulang yang patah ke badan.

Membalut tulang yang patah kepada sesuatu benda yang keras seperti sekeping
kayu, bantal, atau kertas yang digulung.

Belatkan di sebelah atas dan bawah tulang yang patah tetapi tidak di bahagian yang
cedera. Lakukan ini dengan cermat dengan menggunakan banyak pelapik di
sekeliling bahagian yang patah.

9
Perhatikan:

(a) Sebelum menyekat pergerakan bahagian yang tercedera, pastikan semua


pergerakan pada paras minimum.
(b) Jangan cuba meluruskan tulang kaki yang tercedera.
(c) Luka-luka di bahagian yang tercedera seharusnya ditutup dengan kain yang
bersih untuk mencengah sepsis.
Periksa nadi di pergelangan kaki dan jari-jari kaki yang terasa kebas secara
regular. Longgarkan ikatan pembebat sekiranya perlu.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Tatacara Rawatan

Menggunakan Splin:

Cuba luruskan lutut kaki yang tercedera dengan perlahan dan berhati-hati
sekiranya lutut tersebut bengkok.

Gunakan 2 splin yang diperbuat daripada papan-papan yang berbalut.


Setiap splin seharusnya lebar (lebih kurang 4 inci) dan panjangnya melebihi
jarak di antara celah kelangkang dan tumit. Kedua-dua splin diletakkan
bersebelahan kaki yang tercedera.

Bebat splin-splin ke kaki di 3 atau 4 tempat. Jangan ikat di atas bahagian


yang tercedera. Simpul-simpul ikatan sepatutnya tidak menekan kaki.
Periksa nadi di pergelangan kaki dan jari-jari kaki yang terasa kebas;
longgarkan ikatan pembebat sekiranya perlu.

Tanpa Splin:

Cuba luruskan lutut kaki yang tercedera dengan perlahan dan berhati-hati
sekiranya lutut tersebut bengkok.

Gunakan pad tebal (lipatan gebar atau kain selimut) di antara kedua-dua kaki
di 3 atau 4 tempat; satu kaki akan bertindak sebagai splin untuk kaki yang
satu lagi. Jangan ikat di bahagian yang tercedera. Simpul-simpul ikatan
sepatutnya tidak menekan kaki-kaki mangsa.

Periksa nadi di pergelangan kedua-dua kaki dan jari-jari kaki yang terasa
kebas; longgarkan ikatan pembebat sekiranya perlu.

10
Mangsa sebaik-baiknya diangkut ke pusat rawatan perubatan dalam
keadaan berbaring.

Baringkan mangsa dan sokong kaki dengan memegang di sendi yang bawah dan
atas kepada tempat patah.

Jika boleh dedahkan kaki untuk melihat jenis patah. Luka mesti merawat jika jenis
terbuka.

Dengan memegang kaki dan pergerakan kaki, luruskan kaki dengan cermat.
Terus pegang hingga ambulans tiba.

Jika ambulans lambat, seperti juga untuk patah tulang paha, letak bendej lebar
di lutut, di atas dan bawah tempat patah dan bendej kecil di pergelangan kaki.

Ikut langkah-langkah seperti bagi tulang paha.

Perhatikan tanda renjatan dan rawat jika perlu.

Jika pemberi pertolongan cemas akan menghantar mangsa ke hospital.

Ikut langkah seperti bagi tulang paha tetapi gunakan tampung hingga ke bahagian
atas paha sahaja.

11

Anda mungkin juga menyukai