Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN

MENERUSI LATIHAN AMALI & TASMIK AL-QURAN

oleh

Muhammad Fauzan Abdul Wahid

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dalam pendidikan.


Subjek ini mencakupi bidang Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah
dan Akhlak. Walau bagaimanapun bidang Tilawah Al-Quran merupakan
bidang yang tidak popular dan tidak digemari oleh kebanyakan pelajar.
Ini mungkin kerana kesukaran dan kurang minat serta kesedaran
tentang peri pentingnya Tilawah Al-Quran sedangkan kemahiran
membaca Al-Quran merupakan salah satu bidang yang amat penting
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Keadaan ini membawa kepada
pengabaian dan kegagalan penguasaan dalam bidang ini oleh pelajar.
Antara kelemahan yang ketara sering dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah
penguasaan kemahiran Fasohah, Makhraj Huruf dan Tajwid. Kegagalan
menguasai kemahiran-kemahiran ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak
dapat membaca Al-Quran dengan baik dan lancar. Sehubungan itu, satu
kajian tindakan bagi pelajar B. Ed TESL Foundation Kohot 4 2006 telah
dijalankan untuk mengenal pasti langkah-langkah perlu untuk mengatasi
masalah tersebut. Kajian dijalankan ke atas 21 orang pelajar F2.3 dan 20
orang pelajar F2.4 di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa,
Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menerusi kajian tindakan ini, data-data
dikumpulkan melalui ujian Pra dan ujian Pasca. Dalam kajian ini, pelajar 19
telah didedahkan cara menguasai bacaan Al-Quran melalui penekanan
dan latih tubi bacaan di dalam kelas untuk 10 minggu berturut-turut. Melalui
kaedah ini, pelajar juga didedahkan kemahiran membaca Al-Quran selama
10 hingga 15 minit pada setiap kali subjek Pendidikan Islam. Pada 5 minit
pertama pelajar mendengar sambil menyemak bacaan contoh daripada
pensyarah, rakan pelajar, kaset atau sebagainya. Pada 5 minit kedua,
pelajar membaca bacaan tersebut secara individu atau berkumpulan.
Manakala pada 5 minit yang terakhir pula, pensyarah memberi teguran,
nasihat, peneguhan, peringatan dan sebagainya kepada pelajar tentang
bacaan tersebut. Kemudian pelajaran hari tersebut diteruskan mengikut
bidang pengajian semasa. Dapatan kajian ini, amat memberangsangkan.
Peningkatan aras cemerlang dan baik, sebaliknya penyusutan aras
sederhana dan lemah adalah suatu petanda dan perkembangan yang
sihat. Keseluruhannya, kaedah yang telah dilaksanakan amat berkesan
dan memberi impak besar kepada kebolehan pelajar dalam menguasai
kemahiran membaca Al-Quran.
ISU KAJIAN

Kebolehan membaca Al-Quran merupakan satu tuntutan Fardhu ’Ain ke atas setiap muslim.
Sebagai bakal guru, walaupun kemahiran dan kebolehan ini bukan merupakan prasyarat
sebagai guru tetapi, penguasaan terhadap perkara ini akan mencerminkan keperibadian
kita. Di IPBA, kemahiran bacaan dan hafazan Al-Quran termasuk dalam penilaian bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu Amali & Tilawah Al-Quran : 50 %, Ujian Bertulis : 30
% dan Tugasan : 20 %. Ramai pelajar yang tidak boleh memperoleh markah yang tinggi
bagi subjek ini kerana kurangnya penguasaan dalam bacaan Al-Quran.

REFLEKSI ISU

Kelemahan pelajar Foundation di IPBA dalam penguasaan bacaan Al-Quran dapat dilihat
dalam markah ujian amali yang diadakan pada tahun 2005 yang lalu. Terdapat 15 %
sahaja yang mendapat markah cemerlang & baik, 61 % memperoleh markah sederhana
& lulus manakala 9 % lagi gagal. Menerusi pemerhatian saya juga, didapati pelajar kurang
minat mempelajari topik Tilawah Al-Quran berbanding topik-topik yang lain dalam subjek
Pendidikan Islam.

Pada hemat saya, antara sebab pelajar kurang menguasai kemahiran ini kerana tiada
kesinambungan asuhan membaca Al-Quran yang diterima sejak alam kanak-kanak,
kesuntukan masa, tiada galakan daripada mana-mana pihak, memandang remeh terhadap
kemahiran membaca Al-Quran dan terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain yang dianggap
juga lebih penting.

Oleh itu, sebelum kaedah pemulihan penguasaan dan kebolehan membaca Al-Quran
dijalankan terlebih dahulu, rasa cinta dan minat yang mendalam terhadap bacaan Al-Quran
disemai dan ditanam dalam diri dan hati sanubari para pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai tujuan :


20
a) Menyemai dan menanam rasa cinta dan minat yang mendalam terhadap
bacaan Al-Quran.

b) Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam bacaan Al-Quran.

c) Merancang tindakan untuk meningkat kebolehan dan kemahiran bacaan Al-Quran.

d) Menilai keberkesanan tindakan ’latihan amali dan tasmik Al-Quran’ untuk


meningkatkan kebolehan dan kemahiran bacaan Al-Quran.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar B. Ed TESL Foundation Kohot 4 2006 iaitu seramai
21 orang pelajar F2.3 yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 14 orang perempuan dan 20
orang pelajar F2.4 yang terdiri 5 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Jumlah keseluruhan
responden ialah 41 orang iaitu 12 orang lelaki dan 29 orang perempuan.
PELAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan yang dirancang telah dilaksanakan selama 10 minggu berturut-turut bermula pada
17 April hingga 14 Julai 2006. Setiap sesi pengajaran hanya memerlukan 10 hingga 15 minit
sahaja. Kekerapannya pula ialah 2 kali seminggu.

Pada 5 minit pertama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan diperdengarkan
bacaan contoh daripada pensyarah, rakan pelajar, kaset atau sebagainya. Ketika ini juga,
pelajar akan menyemak dan merujuk bacaan contoh kepada Al-Quran.

Pada 5 minit kedua pula, pelajar akan memperdengarkan bacaan Al-Quran sama ada
secara individu atau kumpulan. Manakala pensyarah dan pelajar yang lain akan menyemak
bacaan tersebut.

Pada 5 minit seterusnya, pensyarah akan memberi teguran, nasihat, peneguhan dan
sebagainya kepada pelajar berkaitan bacaan tersebut. Sesi pengajaran dan pembelajaran
disambung dan diteruskan dengan tajuk dan bidang semasa seperti biasa.

PENGUMPULAN DATA

Kajian ini dijalankan secara mengadakan ujian pra dan pasca. Ujian pra telah ditadbirkan
pada 3 April hingga 14 April 2006. Setiap pelajar dikehendaki membaca 8 ayat Al-Quran
daripada surah-surah yang telah ditentukan. Bacaan pelajar dinilai dan diberi markah
mengikut kebolehan dan kecekapan masing-masing. Ujian pasca pula telah ditadbirkan
pada 24 Julai hingga 4 Ogos 2006. Dalam ujian pasca ini, setiap pelajar dikehendaki
membaca 10 ayat Al-Quran daripada surah-surah yang telah ditetapkan. Bacaan pelajar
pada ujian ini juga dinilai dan diberi markah.

Jadual 1: Markah Ujian Pra dan Pasca Kelas F2.3

Keterangan :
MH : Makhraj Huruf
F : Fasohah
T : Tajwid 21
Cemerlang : 75 – 100
Baik : 65 – 74
Sederhana : 55 – 64
Lulus : 50 – 54
Gagal : 0 – 49
Ujian Pra Ujian Pasca
Bil Responden Jantina MH F T % MH F T %
30m 30m 30m 30m 30m 30m
1 I L 21.2 21.7 20.8 70.8 23.2 23.4 22.1 76.3
2 II L 15.2 16.0 15.8 52.2 17.2 17.8 15.8 56.4
3 III L 16.8 17.2 16.2 55.7 17.2 18.2 17.2 58.4
4 IV L 16.1 16.8 16.8 55.2 17.2 17.3 17.3 57.5
5 V L 17.2 17.5 17.4 57.9 18.1 18.1 18.2 60.4
6 VI L 18.3 19.2 18.8 62.6 19.7 20.1 19.1 65.4
7 VII L 22.1 20.7 19.8 69.6 23.1 23.5 23.2 77.6
8 VIII P 18.8 19.2 18.6 62.8 19.6 19.7 19.4 65.2
9 IX P 24.8 25.2 23.4 81.6 25.7 26.3 24.7 85.2
10 X P 16.2 17.4 15.8 54.9 17.4 18.5 16.7 58.4
11 XI P 15.8 15.5 15.8 52.3 16.3 16.2 16.2 54.1
12 XII P 18.7 18.6 19.2 62.8 19.2 19.2 19.4 64.2
13 XIII P 15.2 15.8 15.2 51.3 16.1 16.1 15.8 53.3
14 XIV P 19.3 20.1 19.7 65.6 20.2 21.1 20.2 68.3
15 XV P 15.4 16.2 15.7 52.6 16.1 16.4 16.1 54.0
16 XVI P 19.1 19.2 18.8 63.4 23.1 23.1 19.2 72.7
17 XVII P 18.9 19.2 19.2 63.7 19.3 19.4 19.3 64.4
18 XVIII P 20.7 23.3 20.2 71.3 23.2 23.2 21.2 75.1
19 XIX P 17.7 18.8 18.6 61.2 18.2 19.1 19.1 62.7
20 XX P 17.8 18.6 18.6 61.1 19.6 19.7 19.1 64.8
21 XXI P 15.8 16.2 15.8 53.1 17.2 17.2 16.2 56.2
Min 18.1 18.7 18.1 60.9 19.4 19.7 18.9 64.3

Jadual 2: Markah Ujian Pra dan Pasca Kelas F2.4

Ujian Pra Ujian Pasca


Bil Responden Jantina MH F T % MH F T %
30m 30m 30m 30m 30m 30m
1 I L 19.1 18.8 18.8 63.0 20.2 20.2 19.1 66.1
2 II L 15.7 16.2 15.8 53.0 16.3 16.2 16.2 54.1
3 III L 25.4 24.1 24.2 81.8 26.1 25.8 26.2 86.6
22 4 IV L 18.4 16.2 15.8 56.0 19.4 19.8 16.4 61.7
5 V L 21.2 21.7 20.4 70.3 22.7 22.1 21.2 73.3
6 VI P 16.2 18.4 16.3 56.6 16.3 16.4 16.4 54.6
7 VII P 17.8 18.6 18.8 61.3 18.3 19.3 17.2 60.9
8 VIII P 15.5 15.8 15.2 51.6 16.1 16.1 15.4 52.8
9 IX P 24.6 23.2 24.3 80.1 25.4 24.8 26.2 84.9
10 X P 18.4 19.2 18.8 62.7 19.2 19.3 19.2 64.1
11 XI P 20.8 20.9 18.6 67.0 21.2 21.2 19.7 69.0
12 XII P 18.6 19.2 18.7 62.8 19.1 19.3 19.2 64.0
13 XIII P 18.8 19.3 18.8 63.2 19.2 19.4 19.2 64.2
14 XIV P 23.3 23.1 24.3 78.5 25.2 25.4 26.2 85.3
15 XV P 17.9 18.2 18.4 60.6 18.3 19.1 19.2 62.9
16 XVI P 19.2 18.8 18.4 62.7 20.5 19.4 20.1 66.7
17 XVII P 15.4 15.9 15.2 51.7 16.1 16.1 16.1 53.7
18 XVIII P 21.4 21.2 19.2 66.4 23.2 19.4 21.1 70.8
19 XIX P 17.8 18.6 16.2 58.4 19.1 19.1 17.3 61.7
20 XX P 19.1 19.2 16.3 60.6 21.2 20.8 17.2 65.7
Min 19.2 19.4 18.6 63.4 20.2 19.9 19.4 66.2
Jadual 3: Markah Tertinggi dan Terendah

UJIAN MARKAH TERTINGGI MARKAH TERENDAH


MH F T % MH F T %
PRA 25.4 25.2 24.3 81.8 15.2 15.5 15.2 51.3
PASCA 26.1 26.3 26.2 86.6 15.8 16.1 16.1 52.8

Berdasarkan Jadual 3 di atas, markah tertinggi bagi kemahiran Makhraj Huruf ialah 25.4
dalam Ujian Pra dan 26.1 dalam Ujian Pasca. Manakala yang markah terendah ialah 15.2
dan 15.8 . Perbezaan markah tertinggi dengan markah terendah ialah 10.2 bagi Ujian Pra
dan 10.3 bagi Ujian Pasca. Bagi kemahiran Fasohah, markah tertinggi ialah 25.2 bagi Ujian
Pra dan 26.3 bagi Ujian Pasca. Markah terendah ialah 15.5 dan 16.1. Perbezaan markah
tertinggi dengan terendah ialah 9.7 bagi Ujian Pra dan 10.2 bagi Ujian Pasca. Bagi
kemahiran Tajwid pula, markah tertinggi ialah 24.3 dan 26.2 sedangkan markah terendah
ialah 15.2 dan 16.1. Perbezaan markah tertinggi dengan terendah ialah 9.1 bagi Ujian Pra
dan 10.1 bagi Ujian Pasca.

Manakala markah besar yang tertinggi ialah 81.8 % bagi Ujian Pra dan 86.6 % bagi Ujian
Pasca. Markah terendah pula ialah 51.3 % bagi Ujian Pra dan 52.8 % bagi Ujian Pasca.
Perbezaan markah besar tertinggi dan terendah ialah 30.5 % bagi Ujian Pra dan 33.8 %
bagi Ujian Pasca. Dan perbezaan markah tertinggi Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah 4.6 %
manakala markah terendah anatara keduanya ialah 1.5 %.

Jadual 4: Min

UJIAN MH F T MARKAH
PRA 18.7 19.0 18.4 62.2
PASCA 19.8 19.8 19.1 65.2

Merujuk Jadual 4 di atas pula, didapati min kemahiran Makhraj Huruf ialah 18.7 untuk Ujian
Pra dan 19.8 untuk Ujian Pasca. Min Fasohah bagi Ujian Pra ialah 19.0 dan Ujian Pasca
ialah 19.8. Manakala min Tajwid Ujian Pra ialah 18.4 dan 19.1 bagi Ujian Pasca. Dan min
bagi markah besar ialah 62.2 bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah 65.2. Keseluruhannya,
berlaku peningkatan.
23
Jadual 5: Ujian Pra Tahap Pencapaian

Kemahiran Yang Ujian Pra


DiNilai Tahap Pencapaian
C % B % S % L % G %
Makhraj Huruf 4 9.8 6 14.6 20 48.8 11 26.8 0 0
Fasohah 5 12.2 6 14.6 21 51.2 9 22.0 0 0
Tajwid 4 9.8 5 12.2 18 43.9 14 34.1 0 0
Sumber: Ujian Amali & Tasmik Al-Quran 2006
Keterangan :
C : Cemerlang
B : Baik
S : Sederhana
L : Lulus
G : Gagal
Cemerlang : 22.5 – 30.0
Baik : 19.5 – 22.4
Sederhana : 16.5 – 19.4
Lulus : 15.0 – 16.49
Lemah : 0 – 14.9

Rajah 5: Keputusan Ujian Pra

60

50
40 Makhraj Huruf
PERATUS

30 Fasohah

20 Tajwid

10
0
C B S L G
KEMAHIRAN

Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 5 di atas, hanya 4 orang pelajar (9.8 %) sahaja yang
mencapai aras cemerlang dalam kemahiran Makhraj Huruf dan Tajwid , 5 orang pelajar (12.2
%) dalam Fasohah. Pada aras baik, 6 orang pelajar (14.6 %) dalam kemahiran Makhraj
24 Huruf dan Fasohah dan 5 orang pelajar (12.2 %) dalam Tajwid. Pada aras sederhana 20
orang pelajar (48.8 %) dalam Makhraj Huruf, 21 orang pelajar (51.2 %) dalam Fasohah dan
18 orang pelajar (43.9 %) dalam Tajwid. Manakala pada aras lulus pula, terdapat 11 orang
pelajar (26.8 %) dalam kemahiran Makhraj Huruf, 9 orang pelajar (22 %) dalam Fasohah
dan 14 orang pelajar (34.1 %) dalam Tajwid. Tiada pelajar yang gagal dalam ujian ini.

Jadual 6: Ujian Pasca Tahap Pencapaian

Sumber : Ujian Amali & Tasmik Al-Quran 2006


Rajah 6: Keputusan Ujian Pasca

60

50
40 Makhraj Huruf
PERATUS

30 Fasohah

20 Tajwid

10
0
C B S L G
KEMAHIRAN

Berdasarkan Jadual 6 dan Rajah 6 di atas, menunjukkan markah ujian pasca telah
meningkat berbanding semasa ujian pra sebelum ini. Pelajar yang mendapat aras
cemerlang dalam kemahiran Makhraj Huruf telah meningkat kepada 10 orang pelajar (24.4 %),
Fasohah 8 orang pelajar (19.5 %) dan 5 orang pelajar (12.2 %) dalam Tajwid. Aras baik
dalam kemahiran Makhraj Huruf 10 orang pelajar (24.4 %), Fasohah 12 orang pelajar (29.3 %)
dan Tajwid 7 orang pelajar (17.1 %). Manakala berlaku penyusutan pada aras sederhana,
14 orang pelajar (34.1 %) dalam Makhraj Huruf, 15 orang pelajar (36.6 %) dalam Fasohah
dan 20 orang pelajar (48.8 %) dalam Tajwid. Pada aras lulus sahaja iaitu hanya 7 orang
pelajar (17.1 %) dalam kemahiran Makhraj Huruf, 6 orang pelajar (14.6 %) Fasohah dan 9
(22 %) Tajwid. Tiada pelajar yang gagal dalam ujian ini.

Jadual 7: Perbandingan Keputusan Ujian

25
Menerusi Jadual 7 di atas, dapat dibuktikan keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan.
Berlaku peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra sebelumnya. Aras
cemerlang meningkat sebanyak 14.6 % dalam Makhrah Huruf, 7.3 % dalam Fasohah
dan 2.4 % dalam kemahiran Tajwid. Pada aras baik pula 9.8 % dalam kemahiran Makhraj
Huruf dan 14.6 dalam Fasohah dan 4.8 % dalam kemahiran Tajwid. Sebaliknya berlaku
penyusutan pada aras sederhana sebanyak 14.6 % dalam Makhrah Huruf dan Fasohah dan
4.8 % Tajwid. Pada aras lulus sahaja sebanyak 9.8 % dalam kemahiran Makhraj Huruf, 7.3
% dalam Fasohah dan 12.2 % dalam kemahiran Tajwid. Penyusutan peratusan sederhana
dan lulus sahaja telah banyak membantu melonjakkan peningkatan peratusan cemerlang
dan baik.

Perbandingan dan peningkatan yang seterusnya dapat dilihat pada Graf 7, 8 dan 9.
Penyusutan peratus yang berlaku pada tahap sederhana dan lulus adalah kerana berlaku
peningkatan kepada tahap cemerlang dan baik. Manakala penyusutan peratus pada tahap
lulus kerana telah berpindah kepada tahap sederhana. Ini menguatkan lagi keberkesanan
tindakan yang telah dilaksanakan.

Rajah 7: Perbandingan Tahap Cemerlang

26
Rajah 8: Perbandingan Tahap Baik

Rajah 9: Perbandingan Tahap Sederhana

27
Rajah 10: Perbandingan Tahap Lulus

REFLEKSI DAPATAN

Pada peringkat awal pelaksanaan tindakan ini, terdapat segelintir pelajar yang kurang
minat dan selesa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Keadaan
berubah apabila mereka mengetahui tentang tujuan tindakan ini dan apabila mereka mula
merasakan keberkesanan tindakan ini ke atas diri mereka. Pada peringkat ini, pelajar begitu
seronok untuk belajar kemahiran membaca Al-Quran malah ada yang meminta untuk lebih
mendalaminya. Keputusan kajian tindakan yang dijalankan menampakkan hasil yang
memberangsang dan boleh dibanggakan. Penguasaan membaca Al-Quran dalam kalangan
pelajar dapat ditingkatkan dengan jaya dan baik.

PENUTUP

28 Pelajar yang menjalani latihan perguruan di IPBA ini adalah merupakan golongan terpelajar
yang terpilih. Kekurangan dan kelemahan yang ada pada mereka bukanlah bersifat kekal
dan berpanjangan. Minat, iltizam dan kesungguhan yang telah sedia ada dalam diri mereka
memudahkan tindakan dan usaha untuk menggilap kemahiran dan kebolehan sedia ada
mereka. Selain asuhan, didikan, bimbingan dan latihan dalam menentukan kejayaan tindakan
ini, galakan dan perhatiam amat diperlukan. Kejayaan tindakan ini telah melengkapkan diri
mereka sebagai guru dan muslim mukmin sejati yang diredai Allah s.w.t. Kejayaan yang
dicapai bukan sekadar meraih kemewahan dan kebahagiaan di dunia malah mencakupi
kemewahan dan kebahagiaan di akhirat juga.

Tindakan susulan dan kepelbagaian dalam tindakan untuk mengukuhkan lagi tindakan yang
telah sedia ada perlu direncana dan dilaksanakan untuk menjamin kelangsungan kejayaan
yang digarap. Pertandingan Ujian Tilawah Al-Quran, kelas bimbingan yang berterusan,
galakan berupa imbuhan, sokongan moral dan penghargaan hendaklah diteruskan.
RUJUKAN

Abdullah Qari bin Haji Salleh. (1984). Qari dan qariah. Kelantan, Malaysia : Pustaka
Aman Press.

Ahmad bin Mohd Salleh. (1995). Pendidikan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. (2005). Staff handbook: Overseas link


foundation course, 2005-2006. Kuala Lumpur, Malaysia: IPBA.

29

Anda mungkin juga menyukai