Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PENANDA ARAS LAWATAN BALAS PPKI SMK BANDAR TASIK

SELATAN KE PPKI SMK SUNGAI BESAR

1.0 PENDAHULUAN
Pada 4 Mei 2016, Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sungai Besar telah
mengadakan satu lawatan penanda aras ke Program Pendidikan Khas SMK Bandar
Tasik Selatan dengan harapan dapat meningkatkan lagi pencapaian prestasi sekolah. Ia
merupakan isu utama bagi sekolah-sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah
digariskan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Selaras dengan itu, SMK Bandar
Tasik Selatan juga telah mengambil langkah-langkah meningkatkan prestasi dengan
mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Sungai Besar yang dijadualkan pada 19 Mei 2017.

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai
langkah utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum
program pendidikan khas agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya
meletakkan kecemerlangan sebagai agenda utama mereka.

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu
perkhidmatan antara kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas
dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian
murid. Hal ini sekaligus akan meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru di samping
menimba pengetahuan untuk menambahbaik pengurusan program pendidikan khas.

2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
memperkasakan lagi PPKI, maka program sebegini sesuai dilaksanakan kerana ia
memberi pendedahan secara langsung kepada guru-guru PPKI dalam mendapatkan
idea-idea baru yang bernas dalam memantapkan lagi program PPKI. Selain itu, lawatan
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda
dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar PPKI untuk meneroka masa depan yang
lebih baik dan berkualiti. Antara rasional yang lain :
2.1 Dapat memberi motivasi kepada guru-guru serta pelajar ke arah kecemerlangan.
2.2 Menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran serta kemahiran dalam bidang-
bidang tertentu.
2.3 Dapat memberi galakan kepada guru-guru untuk bekerja dengan lebih tekun dan
bersungguh-sungguh ke arah memastikan kecemerlangan PPKI.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan dengan SMK Bandar Tasik
Selatan.
3.2 Guru-guru dan pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran tentang
kecemerlangan melalui pengalaman sebenar.
3.3 Dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang
pengurusan PPKI.

4.0 DESTINASI/ TEMPAT


Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sungai Besar

5.0 PELAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 19 Mei 2017


Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi 12.00 tengahari

6.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar serta guru SMK Bandar Tasik Selatan dan SMK Sungai Besar.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. PERKARA KUANTITI & JUMLAH
KOS
1. Cenderahati 105 X RM 3.00 RM 315.00
2. Makanan dan minuman 105 x RM 5.00 RM 525.00

3. Banner 1 X RM 150.00 RM 150.00


Jumlah RM 990.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Tn. Hj. Saroni B. Tasuki


Pengerusi : En. Aziz B. Rosman@Sujah
Naib Pengerusi : En. Che Hashim B. Mat Ghani
Setiausaha 1 : En. Wan Mohd Faizul B. Wan Mohd
Zahari
Setiausaha 2 : Pn. Noryusmila Bt. Mahmood Zuludin
Penyambut Tetamu : En. Che Hashim B. Mat Ghani
Pn. Hjh. Mahanom Bt. Mat Noor
Bacaan Doa : En. Azma Azuwan B. Abdul Aziz
Pengacara Majlis : Pn. Nurfarahin Bt. Muhammad Shafie
Persiapan Tempat : Tn. Hj. Mansor B. Ishak
Siaraya : En. Mohd Shukor B. Daud
Jurugambar : Pn. Jamilah Bt. Mohd Napiah
Dokumentasi : Pn. Zanariah Bt. Mokhtar
Cenderamata & Goodies : Pn. Noorul Huda Bt. Saeipuddin
Pn. Hjh. Mahanom Bt. Mat Noor
Pn. Rosmawati Bt. Mohammad
Kandar
Montaj : Cik Messalina Lim Siaw See
Buku Program : En. Wan Mohd Faizul B. Wan Mohd
Zahari
Persembahan Angklung : En. Azma Azuwan B. Abdul Aziz
Pn. Junaidah Bt. Baharuddin
Lawatan : En. Che Hashim B. Mat Ghani
(Bangunan PPKI)

En. Mohd Shahren B. Shukor


(Fertigrasi timun Dan Sekitarnya)

Pn. Noryusmila Bt. Mahmood Zuludin


(Fertigrasi Cili)

Makanan : Pn. Zuraidah Bt. Mumin


Pn. Suhana Bt. Mohd Sunip
Pn. Norhuda Bt. Juli
Disiplin Tn. Hj. Helmi B. Ahmad
Kebersihan Dan Keceriaan : Tn. Hj. Mohd Ramli B. Mohd Ali

9.0 TENTATIF LAWATAN

8.30 pagi : Ketibaan rombongan lawatan dari PPKI SMK Bandar Tasik
Selatan
9.00 pagi : Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Bacaan doa oleh En. Azma B. Abdul Aziz
Ucapan Tuan Pengetua
Ucapan GPK PPKI SMK Sungai Besar
Ucapan wakil dari PPKI SMK Bandar Tasik Selatan
Tayangan montaj : Kebitaraan SMK Sungai Besar
Persembahan Angklung
Penyampaian cenderamata
Lawatan ke bangunan PPKI dan tapak fertigrasi PPKI
Jamuan
12.00 tgh : Bersurai

10.0 PENUTUP
Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh guru-guru dan pelajar dalam
lawatan ini dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri semua untuk menjalankan
tugas dengan lebih dedikasi. Diharap guru-guru dapat menggunakan pengalaman yang
diperolehi untuk menambahbaik kualiti kerja. Semoga lawatan ini dapat memberi
manfaat kepada semua peserta.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

. ..
(WAN MOHD FAIZUL BIN WAN MOHD ZAHARI) (AZIZ BIN ROSMAN @ SUJAH)
Setiausaha GPK PENDIDIKAN KHAS
Lawatan Penanda Aras SMK SUNGAI BESAR
SMK SUNGAI BESAR
Diluluskan oleh :

.
(TN. HJ. SARONI BIN TASUKI)
Pengetua
SMK SUNGAI BESAR

Anda mungkin juga menyukai