Anda di halaman 1dari 19

1. Rajah 1 menunjukkan struktur sekuntum bunga.

Rajah 1

(a) Pada rajah 1 di atas, tulis anter, stigma dan filamen untuk melabel bahagian-bahagian
tertentu pada bunga itu.
[3 markah]

(b) Pendebungan bunga bergantung kepada agen pendebungaan. Tulis BETUL atau SALAH
dalam petak disediakan yang menunjukkan agen-agen pendebungaan.

(i) Serangga

(ii) Matahari

(iii) Angin

[3 markah]

1
2. (a) Padankan mikrorganisma yang betul dengan jenis pembiakan berikut.

Jenis Pembiakan

Belahan Dedua

Pertunasan

Penjanaan Semula

[3 markah]

(b) Padankan organ pembiakan lelaki dengan fungsinya yang betul.

Organ pembiakan Fungsi

Testis Mengangkut sperma dari testis ke uretra.

Vesikel Semen Menghasilkan sperma dan hormone seks


lelaki.

Duktus sperma Menyimpan sperma dan merembeskan


cecair yang menyuburkan sperma.

[3 markah]

2
3. (a) Rajah 2 di bawah menunjukkan sistem urinari manusia.

Rajah 2
(i) Dengan menggunakan huruf-huruf yang diberikan dalam rajah 2, lengkapkan peta
alir di bawah untuk menunjukkan laluan bagi aliran air kencing semasa perkumuhan
air kencing.

[4 markah]

(ii) Tandakan ( ) fungsi bahagian yang berlabel Q.

Mengawal paras glukosa dalam darah

Mencernakan protein kepada asid amino

Mengumuhkan karbon dioksida dan wap air

Mengawal keseimbangan air dalam badan

[2 markah]

3
4. Rajah 3 di bawah menunjukkan lengkungan pertumbuhan lelaki dan perempuan.

Rajah 3

(a) (i) Pada rajah 3 di atas , labelkan perkataan Lelaki atau Perempuan untuk
mewakili garisan graf .
[2 markah]
(ii) Nyatakan fasa tumbesaran bagi Q dan R berdasarkan graf dalam rajah 3.

[2 markah]

(b) Tulis BETUL atau SALAH pada petak yang diberikan mengenai pertumbuhan
lelaki.

(i) Lelaki mempunyai tempoh pertumbuhan yang lebih


panjang berbanding dengan perempuan.
(ii) Pada umur 12 14, kadar pertumbuhan lelaki lebih
cepat daripada kadar pertumbuhan perempuan.

[2 markah]

4
5. Rajah 4 menunjukkan keratan rentas akar.

Rajah 4
(a) Labelkan tisu P dan tisu Q dengan menggunakan perkataan yang diberi.
Kambium xilem floem

[ 2 markah]

(b) (i) Namakan bahagian yang akan berwarna merah selepas tumbuhan berkayu ini
direndamkan dalam larutan eosin.

[1 markah]

(ii) Pada rajah 5, lorekkan bahagian yang anda nyatakan di 6(b)(i).


[1 markah]

(c) Nyatakan fungsi tisu P dan tisu Q.

P:

Q:

[2 markah]

5
6. (a) Rajah 5 menunjukkan sistem peredaran darah manusia.

Rajah 5

(i) Tandakan ( ) laluan yang betul untuk peredaran pulmonari dan tandakan (X) bagi
peredaran sistemik pada rajah 3.
[ 2 markah ]

(ii) Vena pulmonari dan arteri pulmonari mempunyai dinding yang berotot. Adakah vena
pulmonari dan arteri pulmonari mempunyai dinding yang tebal? Tulis Ya atau Tidak
dalam petak yang disediakan.

Vena pulmonari

Arteri pulmonari

[ 2 markah]

6
(b) Rajah 5.1 menunjukkan jantung manusia. Jantung merupakan pusat bagi sistem peredaran
darah manusia.

Q
P

Rajah 5.1
Apakah perbezaan antara dinding P dan Q bagi jantung? Jelaskan jawapan anda.

[ 2 markah]

7. Rajah 6 di bawah menunjukkan pertukaran gas antara alveolus dengan kapilari darah.

Rajah 6

(a) Namakan gas yang terlibat dalam proses itu.


P:

Q:
[2 markah]

7
(b) Namakan proses yang berlaku dalam Rajah 6.

[1 markah]
(c) Apakah yang berlaku kepada oksigen apabila tiba di sel?

[ 1markah]
(d) Nyatakan dua ciri alveolus yang membolehkan proses peresapan gas berlaku di dalam
peparu kita.
(i)

(ii)
[ 2 markah]

8. Ginjal merupakan salah satu organ perkumuhan yang penting kerana ginjal boleh
menyingkirkan bahan kumuh daripada badan dalam kuantiti yang banyak.

Korteks
Pelvis

Medula

Rajah 7 : Keratan rentas ginjal

(a) Senaraikan satu penyakit dan satu tabiat yang boleh merosakkan ginjal.
(i) Penyakit

[1 markah]
(ii) Tabiat

[1 markah]

8
(b) Nyatakan satu fungsi ginjal selain sebagai organ perkumuhan.

[1 markah]
(c) Mengapakah penting untuk mengekalkan ginjal yang sihat?

[1 markah]

(d) Cadangkan dua cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga ginjal kita?

_____________________________________________________________________________

[2 markah]

9. Jadual di bawah menunjukkan kumpulan darah untuk penderma dan penerima darah.

Penderma Penerima

A A, AB

B B, AB

AB

(a) Lengkapkan jadual di atas.


[2 markah]
(b) Nyatakan kumpulan darah bagi
(i) Penderma universal :

(ii) Penerima universal :

[2 markah]

9
(c) Dalam keadaan kecemasan, Fitri yang berkumpulan darah O telah menerima darah dari
seorang penderma yang berkumpulan darah A.
(i) Apakah akan terjadi kepada Fitri?

[1 markah]

(ii) Nyatakan jenis darah yang sepatutnya diberikan kepada Fitri dalam situasi itu?

[1 markah]

10. Rajah 8 di bawah menunjukkan dua jenis organisma yang mengamalkan dua jenis
persenyawaan yang berbeza.

Rajah 8

(a) Apakah jenis persenyawaan yang dijalankan oleh organisma X dan Y?

X :

Y :
[2 markah]

10
(b) Nyatakan kelemahan pensenyawaan luar? Berikan alasan untuk menyokong jawapan anda.

[4 markah]

11. Rajah 9 di bawah menunjukkan dua jenis sel yang diperoleh daripada sistem pembiakan
manusia.

Rajah 9

(i) Namakan sel-sel itu.


X:

Y:
[2 markah]
(ii) Nyatakan bahagian organ yang menghasilkan Y.

[1 markah]

11
(iii) Terangkan peranan ovum dalam pembiakan.

[2 markah]
(b) Rajah 9.1 di bawah menunjukkan sistem pembiakan wanita.

Rajah 9.1
(i) Pada rajah 9.1, bulatkan bahagian-bahagian yang akan berlakunya persenyawaan gamet.
[1 markah]

(ii) Nyatakan kaedah pencegahan kehamilan yang melibatkan bahagian yang ditanda
di 11(b) (i).

[1 markah]

(iii) Terangkan secara ringkas bagaimana kaedah di 11(b)(ii) yang anda nyatakan dilakukan.

[3 markah]

12
12. Rajah 10 di bawah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan merokok terhadap
sistem respirasi manusia.

Rajah 10

Dalam eksperimen ini, rokok dinyalakan dan pam turas dipasangkan untuk menyedut asap
rokok melalui kapas putih dan penunjuk hidrogen karbonat. Berikut merupakan pemerhatian
pada bacaan suhu thermometer, perubahan pada kapas putih dan perubahan warna pada
penunjuk hidrogen karbonat.

Bahan Pemerhatian
Termometer Suhu termometer naik
Kapas putih Berubah menjadi kuning kehitaman
Penunjuk hidrogen karbonat Berubah warna daripada merah kepada kuning

(a) Nyatakan kandungan dalam asap rokok yang menyebabkan perubahan pada
(i) Termometer

[1 markah]
(ii) Kapas putih

[1 markah]
(iii) Penunjuk hidrogen karbonat

[1 markah]

13
(b) Apkah kesan bahan yang anda nyatakan di (a) (ii) terhadap peparu?

[1 markah]

(c) Rajah 10.1 di bawah menunjukkan salah satu punca penyakit sistem respirasi manusia.

Rajah 10.1

Asap rokok mengandungi bahan kimia yang dapat menjejaskan sistem respirasi manusia.
Bincangkan kesannya dan cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan
untuk mengurangkan bilangan perokok.

[6 markah]

14
13. Sebuah syarikat minuman telah mengeluarkan pernyataan seperti yang ditunjukkan di
bawah:

Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan kopi atau teh


dikaitkan dengan pengurangan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
Penyelidik telah mencadangkan bahawa peningkatan pengambilan kafein
boleh mengurangkan hati berlemak pada seseorang.
Satu kajian telah menunjukkan polifenol (sejenis antioksida yang
terdapat dalam kopi) boleh mengurangkan risiko demensia di kemudian
hari dengan membantu fungsi otak.
Minum teh bukan sahaja terhidrat sebaik air,tetapi antioksidanya juga
dapat membantu melindungi daripada penyakit jantung.

Suatu kajian baharu mendapati bahawa dengan meminum kopi dan teh dapat membantu
melawan penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, merendahkan risiko serangan
jantung dan strok dan membuatkan seseorang merasa lebih peka dan ceria. Sekumpulan
saintis telah menjalankan satu kajian tentang kesan kopi dan teh terhadap penyakit jantung
dan memberi beberapa dapatan:

Masalah jantung yang dialami oleh 10 lelaki dan 8 wanita direkodkan


Kesemua pesakit minum kopi atau teh setiap hari selama 24 minggu.

15
4 lelaki dan 3 perempuan yang minum 2 hingga 4 cawan kopi sehari dapat
mengurangkan 20% risiko penyakit jantung dan strok.
6 lelaki dan 5 perempuan yang minum 3 hingga 6 cawan teh sehari dapat
mengurangkan 45% risiko penyakit jantung dan strok.
5 orang wanita minum 3 cawan teh sehari dapat melindungi daripada serangan
jantung dan strok.
Teh mengandungi flavonoid untuk melambatkan perkembangan penyakit jantung.
Secawan teh hanya mengambil masa 30 minit untuk melebarkan arteri.
Selepas 24 minggu, tahap kesihatan jantung mereka diukur sekali lagi.
Keputusan menunjukkan bahawa pesakit yang minum teh memberi penurunan
terhadap masalah jantung.
Sekiranya minum kopi dan teh secara kerap akan memberikan banyak faedah.

(a) Adakah anda bersetuju dengan pernyataan yang diberikan oleh syarikat minuman itu?
Wajarkan pandangan anda beserta bukti yang menyokongnya.

[3 markah]

(b) Mazlan mengalami tanda-tanda masalah penyakit jantung. Cadangkan bagaimana dia
dapat mengurangkan risiko dirinya menghidapi penyakit itu daripada berterusan?

[2 markah]

(c) Mengapakah tahap kolesterol yang tinggi dalam darah tidak baik untuk jantung?

[2 markah]
16
(d) Kajian menyatakan flavanoid dalam teh membantu melambatkan perkembangan
penyakit jantung, tetapi faktor makanan memainkan peranan yang penting. Berdasarkan
pemahaman anda, rancang satu menu yang bersesuaian bagi pesakit jantung.

[3 markah]

14. (a) Rajah 11 di bawah rnenunjukkan salah satu proses hidup manusia.

Rajah 11

(i) Apakah perimeter yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan manusia
di atas?

[2 markah]

17
(b) Rajah 11.1 menunjukkan fasa-fasa dalam lengkungan pertumbuhan manusia.

Rajah 11.1

(i) Apakah yang berlaku pada fasa T?

[1 markah]

(ii) Berdasarkan graf di atas, nyatakan fasa di mana lelaki mengalami kadar
pertumbuhan yang lebih tinggi daripada perempuan?

[1 markah]

18
(c) Kita semua memerlukan makanan seimbang supaya sistem badan boleh berfungsi dengan
baik. Walau bagaimanapun, keperluan nutrisi adalah berbeza bergantung pada umur dan
jantina. Keharnilan merupakan satu fasa kritikal dalam hidup seseorang wanita. Seorang
wanita hamil memerlukan nutrien yang optimum untuk menyokong perkembangan fetus.
Namun, kita perlu sedar tentang kesan malnutrisi ketika fasa ini. Ianya jelas bahawa
malnutrisi memberi kesan negatif kepada kedua-dua ibu dan bayinya.

Berdasarkan maklumat tersebut, bincangkan gizi seimbang bagi wanita yang hamil untuk
mengelakkan impak negatif kepada fetus akibat daripada malnutrisi.

Gizi seorang wanita yang hamil perlu kaya dengan:

[6 markah]

*** Kertas Soalan Tamat ***

19

Anda mungkin juga menyukai