Penanda Wacana CT
Penanda Wacana CT
Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini
dikatakan demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung
kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk
para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara
menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu,jika anda mempunyai masalah untuk
menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) ............ dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,