Anda di halaman 1dari 5

Penanda Wacana Dalam Penulisan Karangan.

i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya, b) Contohnya,

c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya, b) Intihanya,

c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Cara-cara Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas

Pada era globalisasi ini, warga kota khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sering mengeluh terutamanya ketika waktu pergi dan pulang dari kerja. Masa mereka banyak terbazir begitu sahaja di atas jalan raya. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar warga kota terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang menjadi rutin harian mereka. Jika diperhalusi, ada banyak cara untuk mengatasi masalah yang membelenggu warga kota ini. Langkah yang paling efektif untuk diaplikasikan ialah menggunakan kenderaan awam untuk menuju ke satu-satu destinasi. Kenderaan awam seperti Monorel, Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) menghubungkan antara satu bandar dengan bandar yang lain. Sistem pengangkutan berkenaan juga tidak menggunakan jalan raya sebagai laluan. Oleh itu, kita tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Seterusnya, kita janganlah malu untuk menumpang jiran bersebelahan rumah untuk ke tempat kerja atau menumpangkan anak ke sekolah. Perkongsian kenderaan seperti ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Ibarat sambil menyelam minum air, selain masalah kesesakan lalu lintas yang dapat dikurangkan, semangat kerjasama dan perpaduan juga dapat diserap dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, sebagai individu yang bertangungjawab kita perlulah patuh akan undangundang jalan raya. Umum mengetahui bahawa kemalangan juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Oleh hal yang demikian, jika kita memandu secara berhati-hati dan mengikut undang-undang tidak mustahil kemalangan dapat dielakkan. Sikap bertimbang rasa semasa memandu amat dituntut dalam mengatasi masalah ini. Cara lain pula ialah pihak kerajaan perlu membina jalan raya bertingkat terutamanya di kawasan-kawasan yang menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk. Walaupun pembinaan laluan bertingkat ini menelan kos yang tinggi, namun memberikan seribu satu faedah kepada masyarakat. Tidaklah masa kita terbuang sia-sia untuk mengharungi jalan raya yang sesak setiap hari kerana masa itu emas. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu menyelenggara jalan-jalan raya agar berada di tahap yang terbaik. Jalan raya yang tidak diselenggara pastinya akan membahayakan pemandu dan penunggang motosikal yang menggunakan laluan tersebut. Secara tidak langsung, kenderaan terpaksa dipandu perlahan dan boleh menyebabkan kesesakan terutamanya apabila tiba waktu puncak. Konklusinya, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing ini. Jika masalah ini dapat diatasi tidak mustahil negara kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Secara tidak langsung, negara Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai