Anda di halaman 1dari 12

PRUlink one INSURANS BERKAITAN PELABURAN

Bolehlah saya menghabiskan


hidup saya dengan hati
yang tenang
Lakukan lebih banyak dengan
hanya satu pelan

Sepintas lalu:
PRUlink one memberikan anda :

> OPSYEN PERUBATAN YANG KOMPREHENSIF*


> MANFAAT KEMALANGAN DIPERTINGKAT untuk
perlindungan tambahan*
> Peluang pelaburan yang TERPELBAGAI melalui DANA
TEMPATAN dan GLOBAL
> BONUS KETAATAN kerana menjadi pelanggan yang boleh
dipercayai
> KEFLEKSIBELAN, KEMUDAHAN dan KAWALAN ke atas pelan anda

Memperkenalkan teman sejati anda untuk setiap peringkat


hidup
Semua orang menempuh fasa-fasa hidup yang berlainan dalam hidup. Begitu juga anda.
Keutamaan sentiasa berubah sepanjang hidup anda... jadi bagaimana anda menangani
kitaran yang sentiasa berubah ini?

Graduan yang baru keluar universiti ingin sekali hidup berdikari menyertai tenaga kerja
dan membeli polisi insurans mereka yang pertama.
Pasangan yang baru berkahwin menghadapi komitmen baru seperti membiayai rumah
baru, kerjaya yang semakin meningkat dan berura-ura untuk menimang cahaya mata.
Ibu bapa pula mahukan perlindungan untuk anak-anak mereka di samping
memastikan mereka mempunyai simpanan yang secukupnya untuk penerusan masa
depan anak-anak mereka.
Apabila mencecah usia emas, para pesara hanya mahukan kesihatan yang baik di samping
mencari peluang pelaburan yang bijak.

Di sinilah PRUlink one memainkan peranannya pelan yang menolong anda melakukan apa
yang anda mahu di peringkat hidup anda yang berlainan memberi anda perlindungan
lengkap melalui manfaat perubatan dan kemalangan yang baru dan inovatif serta
gabungan peluang pelaburan tempatan dan global yang tersedia setiap waktu!
PRUlink one juga membolehkan anda menikmati bonus ketaatan** apabila anda sentiasa
menjelaskan semua bayaran anda!

Jadi, mengapa tunggu lagi? Anda boleh berharap untuk menikmati setiap detik yang
berharga dalam hidup anda tiada langsung kerisauan di samping dapat menikmati setiap
ganjaran yang anda terima dengan PRUlink one.

* Lampiran manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan & premium tambahan.
** Tertakluk kepada terma dan syarat.
Manfaat
OPSYEN PERUBATAN YANG KOMPREHENSIF1
PRUhealth bukan sahaja memberi ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) kepada
anda, bahkan anda kini juga mempunyai pilihan deduktibel (amaun tetap yang mesti
anda bayar daripada jumlah bayaran perubatan, kecuali kos bilik & penginapan harian
bagi mana-mana satu hilang upaya dalam tempoh 90 hari) sebanyak RM3,000 dan
RM10,000 selain daripada opsyen koinsurans yang ditetapkan. Anda kemudiannya
boleh terus membina pelan PRUhealth anda dengan manfaat baru ini:

PRUmedic overseas: Di samping perlindungan yang komprehensif untuk kemasukan


ke hospital dan perbelanjaan pembedahan di bawah pelan PRUhealth anda, anda kini
mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara untuk 5
jenis penyakit yang dilindungi di Singapura, Hong Kong dan China.

PRUmedic auto upgrade2: Dengan pilihan baru ini, pelan anda akan dinaik taraf ke paras
manfaat yang berikutnya pada ulang tahun manfaat rider yang ke-5 dan ke-10 tanpa
mengira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang
telah anda buat. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat polisi pada permulaan
atau apabila ia dilampirkan pada pelan PRUhealth anda.

PRUmedic retirement2: Dengan manfaat ini, fokus kepada perkara-perkara yang lebih
penting dalam hidup apabila anda mencecah usia emas. Tukar amaun deduktibel
(bahagian yang anda bayar daripada jumlah bayaran perubatan, tidak termasuk kos
bilik & penginapan harian) secara automatik bagi pelan PRUhealth anda ke koinsurans,
bermula dari ulang tahun polisi apabila mencapai umur 55 tahun hari tarikh lahir
berikut. Pelan anda bukan sahaja akan menjadi lebih murah, ia memberi perlindungan
kepada anda pada masa anda paling memerlukannya persaraan anda.

Untuk butir-butir lanjut, sila rujuk risalah produk PRUhealth.

MANFAAT KEMALANGAN DIPERTINGKAT untuk perlindungan


tambahan1
Biarkan manfaat kemalangan yang baru dan dipertingkat memberi anda perlindungan
tambahan itu dengan:

PRUacci guard: Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, anda akan dilindungi dengan
Elaun Belas Ihsan
Manfaat Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan
Tanggung rugi berganda atau dua kali ganda manfaat jika kemalangan berlaku semasa
anda mengembara di dalam pengangkutan awam, di dalam lif (tidak termasuk lif di
lombong dan tapak pembinaan) atau berada di dalam panggung, hotel atau bangunan
awam yang terbakar.
PRUacci med: Bagi kecederaan akibat kemalangan, perbelanjaan berikut adalah antara
yang akan dibayar ganti
Rawatan perubatan, kemasukan ke hospital atau khidmat kejururawatan
Perbelanjaan perubatan untuk merawat kecederaan akibat kemalangan oleh
Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (pakar akupunktur / pakar herba
/ tabib tulang / kiropraktor berlesen)
Tiket penerbangan pergi balik untuk seorang ahli keluarga terdekat untuk melawat
anda jika anda dimasukkan ke hospital luar negara untuk 10 hari atau lebih, dan tiket
sehala untuk anda kembali ke Malaysia selepas sahaja dimasukkan ke hospital
Membayar ganti kos membeli kerusi roda jika anda menjadi lumpuh kekal atau
anggota palsu (prostesis) yang berpatutan

PRUacci income: Jika anda dimasukkan ke hospital, anda akan menerima


Pendapatan mingguan sebanyak RM100 bagi Hilang Upaya Menyeluruh Sementara
dan RM50 bagi Hilang Upaya Separa Sementara
Pendapatan harian sebanyak RM50 sehari apabila dimasukkan ke hospital kerajaan di
Malaysia

Nota: Untuk butir-butir lanjut mengenai setiap manfaat kemalangan, sila rujuk dokumen polisi.

PELUANG PELABURAN YANG LEBIH LUAS melalui DANA TEMPATAN


dan GLOBAL
Nikmati kefleksibelan untuk membina dana pelaburan yang sihat yang berpotensi meraih
pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang dengan memilih untuk melabur dalam
mana-mana dana PRUlink dan PRUlink global. Untuk butir-butir lanjut, sila rujuk Lembaran
Fakta Dana PRUlink dan PRUlink global yang dilampirkan pada risalah ini.

BONUS KETAATAN3 kerana menjadi pelanggan jangka panjang


Di Prudential, kami ingin mengganjari pelanggan kami yang membayar premium mereka
tepat pada masanya dengan memberi 5% daripada premium tahunan (tidak termasuk
premium untuk tambah nilai dan PRUsaver) apabila tamatnya tahun polisi ke-10 dan setiap
3 tahun selepas itu.

KEFLEKSIBELAN, KEMUDAHAN DAN KAWALAN ke atas pelan anda


PRUlink one memberi anda kawalan dan kefleksibelan untuk mengubah dan menggubah
keperluan perlindungan dan pelaburan anda supaya sesuai dengan semua peringkat hidup
anda! Jangan ragu-ragu lagi. Berbincanglah dengan Perancang Kewangan Prudential
anda yang mesra apabila keadaan atau keperluan anda berubah.

1
Perlindungan opsyenal adalah tertakluk kepada pengunderaitan, premium tambahan serta tertakluk kepada terma
dan syarat polisi.
2
Tidak boleh wujud bersama dengan rider PRUannual limit waiver dan sebaliknya.
3
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Mengenai PRUlink one
1. Apa itu PRUlink one?
PRUlink one adalah pelan insurans berkaitan pelaburan premium tetap komprehensif
semua dalam satu yang menyediakan perlindungan berserta peluang pelaburan di dalam
dan di luar negara yang boleh memenuhi keperluan anda yang sentiasa berubah di
peringkat hidup anda yang berlainan.

Selain perlindungan kematian dan hilang upaya asas, anda boleh memilih daripada
pelbagai perlindungan tambah nilai yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan semasa
anda (tertakluk kepada premium tambahan):

Perlindungan Kesihatan & Perubatan


Nikmati ketenangan fikiran dengan perlindungan perubatan yang komprehensif
untuk perbelanjaan yang terlibat sekiranya dimasukkan ke hospital melalui pelan
PRUhealth.

Untuk meningkatkan lagi perlindungan perubatan anda, anda kini boleh


melampirkan manfaat opsyenal yang baru ini:
PRUmedic overseas
PRUmedic auto upgrade
PRUmedic retirement
Untuk butir-butir lanjut mengenai manfaat perubatan opsyenal yang baru di atas, sila rujuk risalah produk
PRUhealth.

Perlindungan Kemalangan
Dapatkan perlindungan komprehensif bagi kematian dan kecederaan akibat
kemalangan.
PRUacci guard (PAG), PRUacci med (PAM) dan PRUacci income (PAI) yang baru
dan dipertingkat akan menolong menghilangkan kebimbangan anda akibat
kemalangan supaya anda boleh pulih daripada kecederaan tanpa gangguan yang
tidak diingini.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Menjaga anda sekiranya anda didiagnosis menghidap penyakit kritikal melalui pelan
seperti Multiple Crisis Protector, Crisis Shield dan Crisis Shield Plus.
Perlindungan Pembayar
Membayar untuk pelan anda sekiranya berlaku kematian (jika berkenaan), hilang
upaya atau penyakit kritikal bagi pihak pembayar pelan sama ada anda sendiri atau
pasangan anda.
Perlindungan Hilang Upaya
Menjaga anda sekiranya ditimpa sebarang hilang upaya dengan menolong anda
menampung perbelanjaan anda menerusi pembayaran tahunan pada setiap ulang
tahun polisi berikutnya sebelum umur 70 tahun.
Untuk butir-butir lanjut mengenai komponen utama pelan anda, sila rujuk Ilustrasi Jualan dan Kontrak Polisi.
2. Bagaimana saya hendak bermula?
Mula-mula, tentukan dahulu keperluan perlindungan anda, seperti pelindungan
asas anda dan manfaat opsyenal lain. Kemudian tentukan jumlah yang anda mampu
peruntukkan setiap bulan. Dengan PRUlink one, anda boleh mula menjamin masa
depan anda daripada serendah RM100 sebulan (tertakluk kepada pengunderaitan,
tidak termasuk premium yang dibayar untuk PRUsaver dan tertakluk kepada terma &
syarat polisi).

3. Apa yang akan saya terima?


Apabila berlaku kematian Jumlah:
a) jumlah diinsuranskan, dan
b) nilai unit di dalam akaun
Hilang Upaya Menyeluruh Sekiranya berlaku TPD sebelum umur 70 tahun, jumlah
dan Kekal (TPD) diinsuranskan akan dibayar, tertakluk kepada jumlah
Tertakluk kepada RM4 juta sekali gus maksimum RM1 juta. Baki jumlah diinsuranskan
setiap hayat ke atas jumlah akan dibayar pada ulang tahun pertama hilang upaya1.
diinsuranskan. Apabila berlaku kematian lebih awal, baki sebarang jumlah
diinsuranskan akan dibayar serta-merta bersama dengan
nilai unit di dalam akaun.

(Sila rujuk dokumen polisi untuk definisi TPD)


Pada Kematangan Polisi Nilai unit di dalam akaun akan dibayar apabila anda
mencapai umur 100 tahun pada hari lahir anda yang
berikut.
Pada Serahan Polisi Nilai unit di dalam akaun pada masa serahan.
1
Tertakluk kepada bukti hilang upaya yang berterusan.

4. Siapa yang boleh menyertai PRUlink one?


Sesiapa yang berumur di antara 26 70 tahun pada hari lahir berikut boleh menyertai
pelan ini.

5. Berapa lama saya perlu membayar premium?


Premium perlu dibayar bagi seluruh tempoh polisi sehingga tamat tempoh polisi. Apabila
tamat tempoh mana-mana manfaat opsyenal atau tambah nilai, premium akan dikurangkan
sewajarnya.

6. Berapakah premium yang perlu saya bayar?


Premium minimum yang perlu dibayar setahun adalah seperti berikut:
Premium minimum setahun
PRUlink one RM1,200 (tertakluk kepada pengunderaitan)

PRUsaver RM120

Anda boleh menambah nilai premium anda dengan minimum RM500 atau pilih untuk
meningkatkan paras pelaburan anda dengan membeli PRUsaver, yang mana 95% daripada
premiumnya akan dilaburkan dalam dana-dana dengan bayaran serendah RM10 sebulan.
Peruntukan premium
Premium yang anda bayar diperuntukkan untuk membeli unit-unit dalam dana PRUlink
atau PRUlink global seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Untuk maklumat
lanjut mengenai dana-dana ini, sila rujuk Lembaran Fakta Dana PRUlink atau PRUlink global
(jika berkenaan).

Contoh:
Andaikan premium bulanan anda untuk PRUlink one dan PRUsaver ialah RM200 setiap
satu; maka peruntukan premium bulanan anda adalah seperti berikut:
Tahun Polisi 1 2 3 4 5 6 Melebihi 6
Kadar Peruntukan
Premium 40% 50% 60% 70% 90% 90% 100%
PRUlink one*
Premium Dilaburkan** RM80 RM100 RM120 RM140 RM180 RM180 RM200
Kadar Peruntukan
95%
PRUsaver
Premium Dilaburkan** RM190
* Kadar peruntukan premium yang ditunjukkan di atas adalah untuk polisi dengan tempoh 20 tahun ke atas.
Bagi tempoh kurang daripada 20 tahun, peruntukan premium adalah lebih tinggi.
** Sebelum ditolak caj perkhidmatan dan caj insurans.

Bayaran premium
Premium boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau
setiap bulan melalui Autodebit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.

7. Di manakah wang saya dilaburkan?


Anda boleh memilih untuk melabur dalam mana-mana siri dana PRUlink dan / atau
PRUlink global. Untuk butir-butir lanjut, sila rujuk Lembaran Fakta Dana PRUlink dan
PRUlink global yang dilampirkan pada risalah ini.

Anda boleh mengikuti prestasi dana-dana anda dengan menyemak harga unit yang
disiarkan setiap hari di laman web kami di www.prudential.com.my atau dalam akhbar-
akhbar utama.#

Sila ambil perhatian bahawa ini adalah produk insurans yang dikaitkan dengan
prestasi aset-aset pendasar, dan bukannya produk pelaburan tulen seperti unit
amanah.


#
Prestasi pelaburan dana PRUlink dan PRUlink global adalah tidak dijamin.
8. Apakah caj* yang terlibat?
Caj perkhidmatan RM6 sebulan untuk bayaran secara tunai atau cek.
RM5 sebulan bagi cara bayaran lain (kad kredit atau auto debit).
Caj insurans Caj insurans bulanan dikenakan bergantung pada umur, tempoh,
jantina, status perokok, jumlah diinsuranskan dan kelas pekerjaan
anda (jika berkenaan).
Caj perkhidmatan Setiap tambah nilai dikenakan caj perkhidmatan RM25.
tambah nilai
Yuran pertukaran Empat penukaran percuma dibenarkan setiap tahun. Yuran penukaran
dana ditetapkan pada kadar 1% daripada amaun yang ditukar (tertakluk
kepada maksimum RM50) bagi mana-mana penukaran berikutnya dalam
tahun itu.

Caj pengurusan Caj berbeza-beza bergantung pada dana yang anda pilih. Sila rujuk
dana Lembaran Fakta Dana yang dilampirkan untuk butir-butir lanjut.
* Semua caj dikenakan menerusi pembatalan unit. Yuran dan caj boleh diubah dari semasa ke semasa.

Sila ambil perhatian bahawa mulai 1 April 2015, caj perkhidmatan, caj insurans (jika berkenaan), caj perkhidmatan
tambah nilai dan yuran pertukaran dana adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Sila rujuk
kepada Lampiran Keterangan Produk dan Ilustrasi Jualan untuk implikasi bagi GST.

Lakukan lebih banyak dengan


pelan PRUlink one anda.
Untuk bantuan peribadi, sila hubungi 03-2116 0228, emel kami
di customer.mys@prudential.com.my atau hubungi Perancang
Kewangan Prudential anda yang mesra.
Nota Penting
> Risalah ini hendaklah digunakan bersama dengan Lembara Fakta Dana PRUlink dan
PRUlink global (jika berkenaan).

> Semua dana PRUlink dilaburkan dalam sekuriti diluluskan Syariah dan / atau
sekuriti hutang swasta Islam. Produk PRUlink dan PRUlink global bukanlah
produk patuh Syariah.

> Kadar premium dan caj insurans untuk perlindungan asas bagi kematian / TPD
adalah dijamin. Walau bagaimanapun, kadar premium dan caj insurans untuk
manfaat lain adalah tidak dijamin. Syarikat berhak menyemak kadar premium
dan caj (kecuali caj insurans bagi manfaat Kematian dan TPD) pada ulang tahun
polisi dengan memberi notis terdahulu 90 hari jika pengalaman tuntutan
sebenar adalah lebih buruk daripada jangkaan (atau notis terdahulu 30 hari bagi
PRUhealth, PRUmedic overseas, PRUmedic auto upgrade, PRUmedic retirement
dan PRUannual limit waiver).

> Anda hendaklah menaksir kemampuan bayar dan kesesuaian produk (termasuk
manfaat opsyenal) berkaitan dengan matlamat kewangan dan selera risiko
anda. Untuk berbuat demikian, kami syorkan anda berbincang dengan ejen atau
Perancang Kewangan anda yang akan membuat analisis keperluan dan
membantu anda membuat keputusan termaklum.

> Perlindungan sehingga umur tamat tempoh adalah tertakluk kepada wang
yang mencukupi untuk menampung caj insurans dan caj perkhidmatan.

> Jika anda membatalkan polisi pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak
dapat memperoleh nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar. Apabila
pelan ini diserahkan, pelbagai manfaat di bawah pelan ini akan terhenti.

> Anda diberikan tempoh tengok percuma selama 15 hari selepas polisi
diserahkan kepada anda bagi membolehkan anda mengkajinya semula
bagi memastikan ia menepati keperluan anda. Jika polisi dibatalkan dalam
tempoh ini, nilai unit (pada tarikh penentuan harga berikut) serta premium
tidak teruntuk, caj perkhidmatan dan caj insurans tolak perbelanjaan
perubatan akan dibayar balik. Selain itu, jika tambah nilai dibuat, 5%
daripada premium tidak teruntuk tolak perbelanjaan perubatan akan
dibayar balik. Tambah nilai tidak dikenakan sebarang caj insurans.

> Risalah ini adalah bagi tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya
merujuk Lembaran Pendedahan Produk Prudential dan Ilustrasi Jualan sebelum
membeli sesuatu pelan, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi
untuk butir-butir mengenai ciri-ciri penting pelan ini.

> Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini terhenti.

> Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) adalah syarikat insurans berlesen
dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)
Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939
Emel: customer.mys@prudential.com.my
07/2015

www.prudential.com.my

Anda mungkin juga menyukai