Anda di halaman 1dari 3

Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah

rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan


berpendapatan rendah , secara imbuhan untuk sementara waktu,
bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan
pemakanan. Ini adalah sebagai suatu usaha KPM selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

1. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan


seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk
membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi
pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
2. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan
pemakanan secara langsung dan tidak langsung.
3. Untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin,
timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini
berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan
dan kebersihan alam sekitar.
4. Untuk memperkasakan Amalan Makanan dan Pemakanan
kerana program ini mendapat sambutan yang baik oleh
masyarakat.
5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan
masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutama Program
RMT.

Program makanan tambahan di sekolah telah membantu


meningkatkan prestasi kehadiran murid ke sekolah dan
diharapkan dapat membantu dalam pencapaian akademik
yang lebih baik terutamanya daripada golongan berpendapatan
rendah.
Kriteria kelayakan murid untuk menerima bantuan RMT adalah
seperti berikut:

i. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di


semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
ii. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras
Garis Kemiskinan (PGK) Nasional** (kategori miskin tegar).
iii. Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid
yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU);
iv. Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.

1. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 sehingga Tahun


6.
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan
Kerajaan.

3. Pendapatan ibu/bapa/penjaga di bawah PARAS


GARIS KEMISKINAN NASIONAL (PGK) kategori miskin
tegar seperti berikut :

NEGERI PERKAPITA
Semenanjung RM 140.00
Sabah & WP
RM 150.00
Labuan
Sarawak RM 160.00

Anda mungkin juga menyukai