Anda di halaman 1dari 16

SULIT 011

NO. KAD
PENGENALAN / NO.
SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

SET 1
TUNAS CEMERLANG UPSR 2017

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

1 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,


B, C dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu
hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 - 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Bukan yang melakukan semua ini atuk, kata Irfan dan


Firdaus kepada datuk mereka.
A. saya
B. beta
C. kami
D. kita

2. Terdapat dua atau tiga durian dalam setiap pangsa.


A. buah
B. biji
C. ulas
D. ruas

3. Badan pengemis itu kotor dan pakaiannya .


A. cerai-berai
B. lintang-pukang
C. senget-benget
D. compang-camping

4. Penyanyi itu berjaya menarik perhatian para penonton


dengan persembahannya yang amat memukau.
A. gendut
B. genit
C. gelap
D. geliga

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

5. Irdina berasa amat kecewa kerana telah gagal dalam itu.


A. temu bual
B. temu duga
C. temu ramah
D. temu bicara

6. Juadah untuk berbuka yang disediakan oleh ibu enak __________.


A. agak
B. betul
C. nian
D. paling

7. Penyair itu telah mendeklamasikan sajak pada majlis Malam


Pembacaan Puisi itu.
A. seuntai
B. sebaris
C. sepatah
D. serangkai

8. Semua sekolah di daerah Kerian diumumkan cuti pada hari ini kerana
________ kawasannya mengalami jerebu tahap kualiti udara tidak sihat.
A. seluruh
B. separuh
C. setengah
D. segelintir

Soalan 9 berdasarkan petikan ayat di bawah.


Tabib dari Indonesia itu telah menerima pelbagai anugerah daripada
baginda raja setelah berjaya mengubati penyakit Puteri Kemala Dewi.

9. Apakah maksud perkataan anugerah dalam ayat di atas?


A. piala
B. pingat
C. hadiah
D. sumbangan
[Lihat halaman sebelah
SULIT
011 2017
SULIT 011

10. Para tetamu sedang menikmati sajian enak di meja utama yang disediakan oleh
Chef Razak.
Pilih perkataan sinonim bagi sajian.
A. manisan
B. pameran
C. hidangan
D. hantaran

11. Mereka mandi-manda di sungai itu untuk menyejukkan badan kerana cuaca
panas.
Pilih perkataan antonim bagi menyejukkan.
A. membekukan
B. memanaskan
C. membasahkan
D. mendinginkan

12. Encik Ikmal hanya mengikut arahan majikannya _________________


walaupun dia tahu kerja itu menyalahi undang-undang.
A. seperti ular kena palu
B. seperti denai gajah lalu
C. seperti kerbau dicucuk hidung
D. seperti mencurah air ke daun keladi

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.


II Minta semua peserta bersedia.
III Sila jangan merokok di kawasan ini.
IV Tolong jangan bising di dalam perpustakaan

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja
[Lihat halaman sebelah
SULIT
011 2017
SULIT 011

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14. I Gugur hati saya apabila melihat keadaan peminta sedekah itu.
II Buah durian yang gugur itu telah dikumpulkan untuk dijual.
III Beberapa orang anggota tentera telah gugur sebagai bunga bangsa.
IV Kesatlah air matamu yang gugur itu dengan sapu tangan.

A. I, II dan IV sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

15. Mengapakah kamu suka adik lelaki kamu itu? tanya Puan Norizan
kepada Nureen.
I menyapu
II mencebik
III memarahi
IV mengherdik

A. I dan III sahaja


B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

16. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Sila serahkan tugasan ini pada hari Khamis, kata Cikgu Halijah kepada para
muridnya.
A. Cikgu Halijah menyuruh murid-muridnya menyerahkan tugasan itu pada
hari Khamis.
B. Cikgu Halijah mengugut para muridnya menyerahkan tugasan itu pada hari
Khamis.
C. Cikgu Halijah menggesa murid-muridnya menyerahkan tugasan itu pada
hari Khamis.
D. Cikgu Halijah memaksa para muridnya menyerahkan tugasan itu pada hari
Khamis.
[Lihat halaman sebelah
SULIT
011 2017
SULIT 011

Soalan 17 hingga 20
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Langit yang membiru, alangkah indahnya


Sungai yang tenang mendamaikan hati
Udara yang bersih sungguh nyaman
Itulah asalnya bumiku

Usiaku akhirnya menginjak senja


Tulangku tidak lagi sekuat dahulu
Nasib bumiku juga demikian
Suram, kelabu, kelam di mana-mana

Langit tidak lagi biru terbentang


Awan sudah tidak kelihatan lagi
Sungai yang umpama kopi susu
Begitulah nasib bumiku kini

Angin tidak lagi menyapa


Tiada lagi gegak-gempita suara kanak-kanak
Memenuhi setiap ruang seluruh pelusuk kampungku
Alangkah pilunya hatiku

Atas nama suatu pembangunan


Bumiku menderita menanggung beban
Manusia yang rakus akan keuntungan
Langsung tidak endah generasi akan datang.

17. Mengapakah penyajak mengatakan bahawa dia sudah tidak kuat lagi?
A. Penyajak sudah tua
B. Penyajak mengidap penyakit
C. Penyajak tidak mendapat udara yang bersih
D. Penyajak sering kesepian

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

18. Suara kanak-kanak tidak lagi kedengaran kerana ______________


A. mereka sudah dewasa.
B. mereka tiada tempat untuk bermain.
C. mereka tidak mahu membuang masa.
D. mereka takut akan kerja-kerja pembangunan.

19. Frasa Sungai yang umpama kopi susu dalam puisi bermaksud ____________
A. air sungai yang tidak dapat mengalir
B. air sungai yang berbau busuk.
C. air sungai yang dijadikan air minuman.
D. air sungai yang menjadi keruh akibat pencemaran.

20. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang puisi tersebut?
A. Penyajak melahirkan rasa kecewa terhadap pencemaran yang berlaku.
B. Masalah alam sekitar berlaku akibat pembangunan.
C. Penyajak terlibat dalam kerja-kerja pembangunan.
D. Penyajak amat prihatin terhadap persekitaran

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

NO. KAD
PENGENALAN/ NO.
SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

SET 1
TUNAS CEMERLANG UPSR 2017

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad Untuk Kegunaan Pemeriksan


Kod Pemeriksa :
pengenalan atau nombor
No. Soalan Markah
sijil kelahiran dan angka 21
giliran pada petak yang 22 (a)
(b)
disediakan
(c)
23 (a)
2.Jawapan kamu hendaklah (b)
ditulis pada ruang jawapan (c)
(d)
yang disediakan dalam
24 (a)
kertas soalan ini. (b)
(c)
3.Serahkan Bahagian B ini 25 (a)
(b)
bersama- sama kertas
(c)
jawapan objektif kepada (d)
pengawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan. Jumlah
30

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.

bidang longgok tandan batang

kuntum orang helai buah

a) Rumah yang terletak di tepi se_____________ sungai itu kepunyaan Pak Mat.

b) Kakak memetik dua ______________ bunga mawar di halaman rumah.

c) Beberapa ________________ budak lelaki sedang mandi di sungai itu.

d) Beberapa ________________ kayu telah berjaya dikumpul oleh abang.

[4 markah]

Soalan 22
(a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

Ayat aktif :
Saya mencuci kasut sekolah.

Ayat pasif :
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

(b) Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Pak Cik Hassan __________ pulang


ke rumah apabila mendapat tahu
bahawa rumahnya ditenggelami air lalu-lalang
akibat fenomena air pasang besar.

(ii) Najmi leka memerhatikan gelagat


orang ramai yang __________ di
kelam-kabut
hadapan kedai makan itu.

(iii) Murid lelaki itu ditegur oleh guru disiplin


kerana pakaiannya yang kelihatan
tindak-tanduk
___________.

(iv) Kita perlu berhati-hati agar setiap


____________ kita tidak
serbah-serbih
mendatangkan masalah kepada kita.

[2 markah]

(c) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Budak perempuan itu hanya (menggoncang, menggeleng, menggoyang)


kepala apabila ditanya oleh Pak Cik Salleh tentang ibu bapanya.

(ii) Cerita sedih yang disampaikan oleh Nek Lijah tentang penderitaan yang
dilalui oleh penduduk kampung semasa pendudukan Jepun sungguh
(menambat, mencuit, menyentuh) perasaan kami.
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

Soalan 23
Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Ahmad : Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar berita tentang


kemalangan jalan raya. Agak-agak kamu, apakah puncanya?

Dahlan : Bagi saya, faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya


disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri. Lihatlah, banyak
pemandu yang memandu melebihi had laju. Mereka tidak sedikit
pun berasa takut jika disaman.

Ahmad : Betul, Dahlan. Baru semalam saya terbaca di akhbar tentang


pemandu yang ditahan akibat mabuk. Selain itu, ada juga
penunggang motosikal yang ditahan kerana berlumba haram. Sikap
mereka merupakan punca kemalangan jalan raya juga.

Dahlan : Ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk dan
penat. Jika mereka mengantuk atau penat, mereka
berkemungkinan akan terlelap ketika memandu. Keadaan ini akan
mendatangkan bahaya kepada pemandu serta pengguna jalan raya
yang lain.

Ahmad : Faktor jalan raya juga perlu diambil kira. Jalan raya yang berlubang
dan berlopak berbahaya kepada penunggang motosikal. Tambahan
lagi, jika penunggang motosikal tersebut jarang-jarang melalui
kawasan tersebut.

Dahlan : Faktor lain adalah kenderaan yang tidak diselenggara mengikut


tempoh yang ditetapkan. Selain itu, pengguna jalan raya juga perlu
memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pastikan
tayar berada dalam keadaan elok dan brek berfungsi dengan baik.

Ahmad : Benar kata kamu itu, Dahlan.


[Lihat halaman sebelah
SULIT
011 2017
SULIT 011

a) Perkataan diselenggara dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

__________________________.

[1 markah]

b) Mengapakah kita tidak boleh memandu dalam keadaan mengantuk atau penat?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

c) Apakah berita yang didengar oleh Ahmad semalam?


______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

d) Pada pendapat kamu, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk


mengatasi kemalangan di jalan raya?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Terdapat sebuah bangunan yang cukup istimewa di ibu negara ini. Upacara
sambutan Hari Kebangsaan misalnya, hampir setiap tahun diadakan di hadapannya.
Bangunan yang dimaksudkan ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, mercu tanda
Kuala Lumpur.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini dirasmikan pada tahun 1897. Bangunan ini
terletak di segi tiga Jalan Raja, Jalan Belanda, dan Lebuh Pasar Besar. Tujuan asal
pembinaannya adalah untuk menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor. Selain itu, beberapa jabatan kerajaan juga ditempatkan di situ. Sejak tahun
1972, bangunan ini menempatkan Jabatan Kehakiman pula.

Bangunan moden pencakar langit banyak didirikan berhampiran dengan


Bangunan Sultan Abdul Samad. Namun demikian, kecantikan Bangunan Sultan Abdul
Samad masih belum tertanding oleh bangunan-bangunan moden tersebut. Oleh sebab
itu, tidak hairanlah apabila kita melihat pelancong sama ada dari luar negara mahupun
dalam negara, yang gemar bergambar di hadapan bangunan itu untuk kenang-
kenangan. Sesungguhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan warisan
negara yang tidak ternilai harganya. Lantaran itu, langkah kerajaan mewartakan
bangunan tersebut sebagai bangunan bersejarah merupakan suatu langkah yang
sangat wajar.

a) Upacara sambutan Hari Kebangsaan hampir setiap tahun diadakan di hadapan

___________________________________________.

[1 markah]

b) Apakah tujuan asal pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad?


_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

[2 markah]
[Lihat halaman sebelah
SULIT
011 2017
SULIT 011

c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Bangunan Sultan Abdul Samad


merupakan mercu tanda Kuala
Lumpur.

Tujuan asal pembinaan Bangunan


Sultan Abdul Samad adalah untuk
menempatkan pejabat Jabatan
Kehakiman. Betul

Bangunan Sultan Abdul Samad Salah


dirasmikan pada tahun 1897.

Bangunan Sultan Abdul Samad


telah dimusnahkan pada tahun
1972.

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

Soalan 25
Baca sajak di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Semalam
Masih kuterasa
Indahnya alam ini
Langit bersalut kebiruan
Irama gemersik
Dedaun kedengaran
Berkibar riang
Disusuli siulan unggas.

Zaman berlari pantas


Bagaikan suatu mimpi ngeri
Kau menjadi mangsa
Keegoan manusia
Demi mengejar kemajuan
Teknologi berwawasan
Meniti pentas kemodenan.

Ingin kulaungkan pada alam


Betapa pilunya hatiku
Tika melihat hutan rimba
Yang pernah kupinjam wajahnya
Mencari sumber inspirasi
Kian menyembah bumi.

Adakah petanda ini


Suatu tragedi?

a. Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak pada rangkap kedua
sajak di atas?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017
SULIT 011

b. Mengapakah penyajak berasa sedih dan pilu?


______________________________________________________________

______________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Teknologi memberikan manfaat kepada alam.

Alam musnah akibat keegoan manusia.

[1 markah]

Teknologi berwawasan
Meniti pentas pemodenan.

d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.


______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT
011 2017

Anda mungkin juga menyukai